Jumaat, Februari 19, 2010

Artikel Pilihan : Harussani bidas Sisters in Islam!

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini membidas Sisters in Islam (Sis) yang menyifatkan tindakan merotan tiga wanita Islam atas kesalahan melakukan persetubuhan haram sebagai diskriminasi terhadap wanita.

Tegas beliau, mana-mana pihak yang mempunyai tanggapan sedemikian bermakna mereka tidak mempercayai hukum Allah dan boleh dianggap terkeluar daripada Islam. ''Orang seperti ini tidak faham hukum Islam, mereka menentang dan membenci hukum Islam kerana terpengaruh dengan orientalis Barat yang menentang Islam.

''Kalau hendak diambil kira hukuman enam kali sebatan itu ia begitu ringan sedangkan asalnya 100 kali sebatan terhadap mereka yang melakukan persetubuhan haram manakala 80 kali sebatan terhadap yang minum arak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Dalam hal ini, Harussani memuji bekas model sambilan yang didapati bersalah meminum arak, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang bersedia menjalani hukuman sebat. ''Dia mengaku kesalahannya dan mahu dihukum secara Islam, jadi Kartika seorang yang jujur dan mempunyai kesedaran," kata beliau.

Sisters in Islam hari ini mendakwa tindakan Jabatan Penjara pada 9 Februari lalu merotan tiga wanita Islam atas kesalahan mengadakan persetubuhan haram sebagai satu diskriminasi terhadap wanita. Pertubuhan itu mendakwa tindakan merotan itu mencabuli hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh Perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.

Dalam kenyataan akhbarnya itu, Pengarah Eksekutif Sis, Hamidah Marican berkata, memandangkan beberapa isu syariah berhubung pelaksanaan hukuman seperti kes Kartika Sari yang masih belum selesai, tindakan kerajaan itu dipertikaikan.

Sementara itu : Reda, hukuman di akhirat lagi berat

"Kami reda disebat kerana di akhirat, hukuman sebenar nanti lebih berat dari hukuman di dunia," itulah luahan tiga wanita yang dihukum sebatan mengikut kaedah syarak pada 9 Februari lalu di Penjara Wanita Kajang, di sini hari ini. Ketiga-tiga mereka melalui episod pengalaman yang sama iaitu melakukan persetubuhan haram sehingga melahirkan anak luar nikah.

Malah, ketiga-tiga wanita yang berusia antara 18 hingga pertengahan 20-an itu sanggup menerima hukuman atas keterlanjuran mereka di dunia ini apabila menyerah diri kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Berikutan itu juga, pasangan lelaki masing-masing turut menerima hukuman yang sama di Penjara Lelaki Kajang pada tarikh hukuman itu.

TIGA pesalah syariah wanita (membelakangkan kamera) yang menerima hukuman sebat dalam kesalahan syariah di Penjara Wanita Kajang ditemubual media, semalam.

Menurut salah seorang daripada wanita itu yang dibebaskan pada 14 Februari lalu, hukuman sebat amat wajar dilaksanakan ke atas umat Islam yang telah melakukan dosa sepertinya supaya tidak terus hanyut dan bergelumang dengan dosa. "Saya pernah dengar hukuman sebat ke atas penzina namun saya ingat pihak penguat kuasa akan beri denda sahaja dan tidak menyangka hukuman sebat itu benar-benar wujud.

"Saya terus bergelumang dengan dosa sehinggalah disahkan hamil dan sejak itu saya tidak melakukan zina lagi serta berjanji dengan pasangan akan mendirikan rumahtangga selepas melahirkan anak. "Selepas selamat melahirkan anak yang kini berusia hampir setahun, saya dan pasangan menyerah diri kepada Jawi pada awal tahun ini," kata wanita berusia pertengahan 20-an ini yang dikenali sebagai 'Ayu' (bukan nama sebenar) ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tiga pesalah wanita disabitkan di bawah Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari lalu.

Ini merupakan pelaksanaan hukuman sebat syariah kali pertama ke atas kaum wanita di dilaksanakan di negara ini. Selain itu, terdapat empat pesalah lelaki turut menjalani enam kali sebatan pada hari tersebut atas kesalahan yang sama. Ayu yang dibebaskan daripada hukuman penjara dua bulan pada 14 Februari lalu, secara sukarela tampil hari ini untuk menceritakan sendiri detik-detik yang dilaluinya.

Pengakuan itu, menurutnya, semata-mata atas rasa tanggungjawab sebagai saudara sesama Islam agar tiada yang mencontohi kesalahan lalu yang dilakukannya. Dia yang turut didenda sebanyak RM1,000 dengan empat kali sebatan mengakui tidak berasa sakit ketika disebat tetapi ia memberi kesan mendalam dalam kehidupannya untuk menjadi umat Islam yang lebih baik daripada sebelum ini.

"Pengalaman beberapa minit disebat itu benar-benar membuka mata dan hati saya bahawa tiada yang lain selain Allah, hidup dan mati saya kerana-Nya. "Saya benar-benar bertaubat tidak mahu mengulangi dosa itu lagi dan benar-benar memohon pengampunan daripada-Nya," jelasnya.

Pengalaman sama turut dirasai oleh seorang lagi pesalah wanita yang ingin dikenali sebagai Aishah, 18. Aishah menyerah diri kepada Jawi pada Disember lalu, selepas anak hasil persetubuhan haramnya meninggal dunia akibat tidak cukup bulan. Wanita itu menerima hukuman penjara selama enam bulan, denda RM3,000 dan enam kali sebatan.

"Saya sedih membaca laporan akhbar berhubung pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Ketika saya disahkan hamil, tidak terlintas di hati saya untuk membunuh janin yang tidak berdosa. "Pada pendapat saya, orang yang membunuh bayi telah melakukan dua dosa besar dan semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka," katanya.

PEGAWAI Sebat Wanita Kajang membuat demonstrasi cara hukuman sebat Syariah di Penjara Wanita Kajang

Dalam pada itu, seorang lagi pesalah yang ingin dikenali sebagai Nur, berusia pertengahan 20-an menganggap dirinya insan terpilih kerana berpeluang mendapat hukuman di dunia atas keterlanjuran dirinya. "Saya tidak menganggap apa yang saya lalui (disebat) sebagai satu hukuman tetapi bagi saya ia adalah peluang kedua untuk saya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

"Bagi saya ini satu tanda kasih sayang Allah untuk saya lalui ujian seperti ini dan saya amat berharap orang ramai mengambil kisah ini sebagai pengajaran," jelasnya.
Nur yang sudah memiliki anak berusia 3 tahun hasil hubungan haram dengan kekasihnya mengakui mengambil masa yang panjang untuk membuat keputusan mendirikan rumah tangga kerana 'kehilangan' wali.

''Sudah enam tahun ayah saya menghilangkan diri tetapi semua dosa yang telah saya lakukan ini bukan disebabkan faktor itu. Ia berpunca daripada diri sendiri," jelasnya. Nur menerima hukuman 30 hari penjara dan enam kali sebatan tanpa dikenakan sebarang denda.

Manakala itu Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menganggap kejayaan pelaksanaan hukuman sebat syariah termasuk ke atas pesalah wanita dapat membuka mata semua pihak bagi menilai keadilan sistem perundangan Islam. Setiausaha Agungnya, Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor berkata, pelaksanaan hukuman sebat mengikut kaedah syarak juga didapati lebih memberikan kesan mendalam selain keinsafan.

Justeru, katanya, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula pelaksanaan hukuman sebat sivil yang 'kelihatan zalim, menyakitkan dan mencederakan' para pesalah meskipun ia hanya dikenakan ke atas golongan lelaki. ''Kejayaan hukuman sebat syariah sepatutnya dapat membuka mata semua pihak agar dapat mengkaji semula hukuman sebat sivil supaya ia lebih menepati kaedah syarak dan perikemanusiaan.

''Ini kerana pelaksanaan syariah Islam sebenarnya lebih menjurus kepada usaha 'takdib' atau mendidik masyarakat dan ia bersifat adil tidak kira sama ada pesalah wanita atau lelaki," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Suara Politik
Taminsari

14 ulasan:

Juragan Malawati berkata...

Salam..

Tak tau apa nak komen pasal Sisters in Islam ni.. Ianya sering mempersoalkan undang2 Syariah di Malaysia dan pandangan2 mereka juga seperti bertentangan dengan ajaran sunnah wal jamaah.

Minta ahli Umno jauhkan dari golongan seperti ini jika terbukti mereka tidak mengikut ajaran Islam yang sebenarnya. Semoga ugama dan umat Islam di Malaysia terpelihara, konsisten dengan perjuangan Umno selama ini.

Sisters condemns caning of 3 Muslim women...
2010-02-18 13:13
LETTER
Sisters in Islam condemns caning of three Muslim women under syariah law

Sisters in Islam (SIS) is shocked that the Prisons Department has caned three Muslim women for shariah offences.

Given that several issues on shariah and constitutional grounds, sentencing guidelines and Malaysia’s commitments to international human rights instruments that were raised on the Kartika case remain unresolved, we question the government's motive in proceeding with the caning of Muslim women.

And to do this surreptitiously implies that the government wanted to hide this degrading and unjust treatment from public scrutiny. We would also like to know whether the men involved were also found guilty for illicit sex and similarly sentenced and caned.

We urge the Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil to take immediate steps to address the several unresolved issues arising from the caning sentence carried out on these women and the Kartika case.

This case constitutes further discrimination against Muslim women in Malaysia. It violates Constitutional guarantees of equality and non-discrimination as whipping of women under Shariah Criminal Offences legislation contradicts civil law where women are not punishable by caning under Section 289 of the Criminal Procedure Code.

We once again urge the government to review caning as a form of punishment as it violates international human rights principles which regard whipping and other forms of corporal punishment as cruel, inhuman and degrading treatment. Moreover, research has shown that caning is not an effective deterrent, even to violent or sexual crimes.

Dr Hamidah Marican
Executive Director
Sisters in Islam
17 Feb 2010

hanizam berkata...

bagi SIS, semuanya tak kena belaka...ape yang kena pada dorang, aku pun tak paham....

bagus gak ustaz ni belasa SIS...kasi kaw-kaw skit ustaz...

Juragan Malawati berkata...

Salam..

Kenyataan SIS ini, saya ringkaskan kepada "konflik pemikiran" yang ketara diantara hukum agama dan undang2 dunia dari sudut perundangan...serta nilai pengembangan pemikiran yang mendalam dari sudut Islam di sempitkan dengan tafsiran yang memandai...

Orientalis islam SIS ini, sudah wajar di heret secara berdepan hujah dengan para ulama Islam untuk mendengar akan tafsiran mereka berkaitan Islam yang syumul....

Taminsari berkata...

"This case constitutes further discrimination against Muslim women in Malaysia."

Diskriminasi? Benarkah undang-undang Islam sekejam itu? Walhal hukum-hakam Syariah adalah bersumberkan Al-Quran & Hadith etc. Adakah sebab itu Amina Wadud, salah seorang (mungkin bekas) orang kuat SIS mengimamkan solat Jumaat di USA termasuklah makmum laki-laki?

"It violates Constitutional guarantees of equality and non-discrimination as whipping of women under Shariah Criminal Offences legislation contradicts civil law where women are not punishable by caning under Section 289 of the Criminal Procedure Code."

Not in all case equality amounts to justice. And justice on the other hand, not necessarily can be achieved merely through equality. It really depends on which perspective are we looking at it since it's rather subjective than objective matter. Hence the best way to interpret what justice is all about is by looking back on how Islam defines it.

Selanjutnya, Kanun Kesalahan Jenayah Syariah tidak sepatutnya diperbandingkan dengan Seksyen 289 Kanun Tatacara Jenayah kerana kedua-duanya tertakluk di bawah bidang kuasa mahkamah yang berbeza i.e Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil, di mana kedua-dua mahkamah ini adalah bebas di antara satu sama lain menurut kepada Artikel 121(1A) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Malah cara pelaksanaan hukuman sebat pun adalah berbeza sama sekali. Saya difahamkan sebatan syariah tidaklah memudaratkan, tidak seperti hukuman sebat menurut undang-undang jenayah sivil.

"... it violates international human rights principles..."

Adakah hak asasi manusia antarabangsa boleh dijadikan sandaran yang mutlak? Tidak semua perjuangan hak asasi itu selaras dengan ajaran Islam. Contohnya, terdapat kritikan kepada kebenaran untuk berpoligami di dalam Islam. Purportedly it doesn't reflects the requirement of human rights. Why? Simply because they don't understand the reasoning behind it. Ataupun sengaja pura-pura tidak faham kot...entahlah.

"Moreover, research has shown that caning is not an effective deterrent, even to violent or sexual crimes."

Benarkah? Jika tidak masakan Islam memperuntukkan hukuman yang sebegitu rupa.

Bagi saya Islam meletakkan kaum wanita pada darjat yang amat tinggi. "Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu". Sehingga begitu sekali pengiktirafan yang diberikan terhadap kaum wanita. Islam is perfect. Period. It's just the people whose practicing it that will render it's teaching / result as good or bad.

Wallahu'alam.

PUTRA MERDEKA berkata...

kumpulan sesat!

Tam Dalyell berkata...

Sisters In Islam?

Mereka ni golongan "Confident Malays".

Islam amalam mereka hanya yang sudah disekularkan dan sudah diprotestentkan.

Mereka meminggirkan diri mereka dari arus utama amalan Islam, lalu menyalak seperti anjing menyalak buklit.

Mereka bergabung sedemikian rupa kerana bagi mereka mereka lihat Islam sebagai amalan hanya akan meluntur dan mencairkan kebesaran duniawi mereka.

Tidak hairanlah mereka membantah apa sahaja amalan Islam yang mereka kira mengancam kedudukan mereka.

Lubuk hati mereka penuh sarat dengan kebesaran makhluk hingga Kebesaran Allah tiada langsung bertempat di situ.

Laknatullah teruntuk bagi kaum Sisters In Islam.

torashah berkata...

Pelaksanaan hukuman sebat termasuk ke atas wanita Islam tidak sepatutnya dipertikaikan kerana ia adalah suatu yang sah mengikut bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peruntukan hukuman itu sudah lama termaktub dalam undang-undang syariah yang terletak di bawah kuasa negeri-negeri.

Justeru beliau berkata, apa yang penting, penjelasan mengenai perkara itu perlu diberi bagi mengelak timbul salah tanggapan atau pandangan serong masyarakat antarabangsa.

"Apa yang penting sekarang, Jabatan Agama Islam negeri-negeri mungkin dengan kerjasama kita juga dapat memberi pendidikan dari segi pemahaman apakah sebenarnya (hukuman sebatan syariah).

"Ini Kerana ia sudah lama diperuntukkan dalam undang-undang syariah yang dilaksanakan di negeri-negeri dan ini bukan dalam bidang kuasa Persekutuan, (ia) dalam bidang kuasa negeri.

"Ini penting difahamkan supaya tidak timbul tanggapan salah dan serong tentang apa yang berlaku di Malaysia," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Modal Insan di sini hari ini.

Beliau mengulas pelaksanaan hukuman sebat syariah yang pertama kali dilakukan ke atas tiga wanita Islam pada 9 Februari lalu.

Ia mendapat reaksi meluas masyarakat dan media antarabangsa selain kritikan segelintir pertubuhan bukan kerajaan tempatan yang menganggap hukuman itu satu diskriminasi ke atas golongan wanita.

Muhyiddin berkata, pihaknya melihat media di negara ini telah memainkan peranan untuk memberi penjelasan tentang keadaan sebenar pelaksanaan hukuman tersebut.

"Apabila dikatakan seorang wanita dirotan, mungkin tanggapan masyarakat antarabangsa ia sama seperti dilakukan dalam soal jenayah yang menggunakan 'capital punishment'.

"Sedangkan pendekatan Islam, ia adalah dalam bentuk mendidik dan menginsafkan kepada mereka yang melakukan kesalahan," katanya.

Oleh itu, beliau berkata, sekiranya ada penjelasan, maka tidak akan timbul tanggapan negatif malah sebenarnya hukuman dalam Islam adalah jauh lebih ringan

"Sama ada ia beri gambaran (negatif) keadaan Malaysia mengamalkan cara tersebut, itu terserah kepada masyarakat antarabangsa kerana yang penting pada peringkat ini adalah memberi penjelasan," katanya.

torashah berkata...

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) hairan masih terdapat golongan seperti Sisters in Islam (SIS) dan Majlis Peguam yang tidak memahami perundangan dwisistem di Malaysia sehingga mempertikaikan pelaksanaan hukuman sebat terhadap tiga wanita baru-baru ini.

Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, langkah SIS yang secara membuta tuli menggambarkan sebatan syariah adalah zalim dan kejam adalah amat keterlaluan dan tidak berasaskan kepada perundangan dan hukum syarak.

"Saya percaya pegawai SIS sendiri tidak pernah menyaksikan pelaksanaan sebatan syariah yang dilabelkan sebagai kejam dan zalim ini. Sebatan syariah tidak mencederakan mahupun melukakan pesalah berbanding dengan sebatan sivil yang meninggalkan parut dan kesan dalam jangka masa dua tahun.

"Sebatan syariah adalah umpama bapa atau guru yang merotan anak yang telah melakukan kesilapan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam mendedahkan hukuman sebat ke atas tiga wanita berkenaan dijalankan di Penjara Wanita Kajang.

Dalam reaksi segera terhadap pendedahan Hishammuddin itu, SIS mengutuk langkah itu kerana berpendapat ia boleh menjatuhkan maruah wanita dan tidak berkesan bagi menyedarkan pesalah yang terbabit dengan jenayah seks dan kekerasan.

Dalam pada itu, Zainul Rijal berkata, Presiden Majlis Peguam, K. Ragunath tidak wajar merujuk kepada Seksyen 289 Akta Kanun Jenayah bagi menyokong hujahnya bahawa wanita tidak boleh disebat kerana ia tidak terpakai di Mahkamah Syariah.

"Undang-undang yang terpakai di mahkamah syariah bagi pelaksanaan sebatan ialah Akta Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah.

"Oleh yang demikian, Presiden Majlis Peguam perlulah merujuk kepada akta ini terlebih dahulu (yang juga diluluskan oleh Parlimen) sebelum membuat sebarang komentar," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menyeru mana-mana hukuman sebat yang belum dilaksanakan termasuk ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor dijalankan segera agar keadilan kepada pesalah syariah dapat dilakukan.

Tambah beliau, pihaknya berpendapat sebatan sivil adalah kejam dan perlu dihapuskan.

"Sebatan sivil ini tidak Islamik. Sebatan yang mencedera dan mengerikan inilah yang patut dihapuskan kerana melanggar hak asasi manusia," ujarnya.

torashah berkata...

Undang-undang Islam tidak mengira jantina dalam mengenakan hukuman sebat mandatori terhadap tiga jenis kesalahan jenayah syariah di negara ini iaitu minum arak, zina dan qazaf (tuduhan berzina).

Pensyarah di Kulliyyah Undang- Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datin Dr. Paizah Ismail berkata, hukuman sebat wajib dikenakan kepada pesalah jenayah tersebut tanpa mengira lelaki atau perempuan kerana ia tidak boleh digantikan dengan hukuman lain.

Katanya, pesalah dalam kes-kes berkaitan juga boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau gabungannya tetapi sebatan tidak boleh diganti dengan hukuman lain.

Menurut beliau, hanya yang berbeza ialah perempuan disebat dalam keadaan duduk dan berpakaian menutup aurat sementara lelaki dalam keadaan berdiri.

''Sebatan dilaksanakan ketika pesalah wanita duduk bagi mengelak aurat wanita terdedah, kerana mereka wajib menutup aurat sekalipun sudah meninggal dunia.

''Hukuman sebat adalah wajib dalam kes hudud seperti zina, qazaf (tuduhan berzina) dan minum arak dan tidak boleh ditukar kepada hukuman lain setelah pihak pendakwa berjaya mengemukakan bukti mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada siri Forum Hadhari di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini semalam.

Beliau antara tiga ahli panel membahaskan Undang-undang Islam dan Hukuman Sebat Wanita pada forum anjuran Institut Islam Hadhari UKM dan Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) di sini hari ini.

Katanya, walaupun hukuman yang dijatuhkan itu tidak mengikut undang-undang Islam sepenuhnya, namun ia perlu diterima seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagi orang-orang Islam yang sabit kesalahan tersebut katanya, boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau disebat tidak melebihi enam kali atau mana-mana kombinasi hukuman.

Menurutnya, hukuman sebat adalah lebih baik daripada menjalani hukuman penjara kerana selain tidak mengalami kecederaan, pesalah juga tidak menghadapi masalah dibuang kerja atau berpisah dengan keluarga.

Ditanya apakah denda yang diperuntukkan itu memadai dengan kesalahan mengikut undang-undang Islam, Paizah berkata, dalam keadaan realiti sekarang ini, semua pihak perlu menerima seadanya.

"Jika hendak yang lain daripada apa yang diperuntukkan, ia bertentangan pula dengan Perlembagaan, tetapi sekurang-kurangnya hukuman itu boleh menyedarkan dan mendidik mereka yang telah melanggar hukum Islam,'' katanya.

Dalam pada itu, pensyarah di Fakulti Undang-Undang UKM, Dr. Jasri Jamal pula berkata, tiada peruntukan spesifik dalam enakmen, akta atau ordinan Tatacara Jenayah Syariah yang mengecualikan pesalah perempuan dan lelaki berusia lebih 50 tahun dikenakan sebatan.

Menurutnya, peruntukan umum dalam undang-undang tatacara jenayah menyebut: "Peruntukan ini hendaklah terpakai apabila tertuduh dihukum sebat dan perkataan tertuduh itu tidak merujuk jantina dan umur,'' katanya.

Maka itu kata beliau, undang-undang itu terpakai kepada semua pesalah yang dijatuhkan hukuman sebat dalam Mahkamah Syariah.

Beliau seterusnya memberitahu, kebanyakan daripada undang-undang berkaitan sebat syariah yang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan dan Kelantan menyamai dengan yang digunapakai di Pakistan.

Sementara itu Pensyarah di Kuliyyah Undang-undang UIAM, Prof. Madya Dr. Nasimah Hussin mencadangkan agar akta yang ada sekarang dipinda supaya hukuman ke atas pesalah boleh ditingkatkan.

Menurutnya, akta yang dipinda pada 1984 tidak boleh menjatuhkan hukuman maksimum seperti menjatuhkan hukuman sebat 40 rotan ke atas kesalahan minum arak seperti dalam undang-undang Islam sebenar.

torashah berkata...

Bapa Kartika Sari Dewi, Shukarnor Abdul Mutalib meminta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menentang hukuman sebat ke atas anaknya, Kartika Sari Dewi supaya tidak menghubungi mereka berdua pada masa ini.

Menurutnya, mereka berdua juga tidak mahu dihubungi atau ditemubual oleh mana-mana agensi berita asing kerana tidak mahu kenyataan mereka disalah tafsir.

''Tadi saya ada dihubungi oleh pemberita luar negara yang bertanya mengenai pertemuan dengan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 3 Mac ini tetapi saya tidak mahu memberi sebarang ulasan.

''Kepada semua NGO dan pemberita asing yang menentang hukuman sebat ke atas anak saya, tidak payah telefon atau datang berjumpa dengan saya dan Kartika kerana kami tidak mahu diganggu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ditanya mengenai kenyataan Sisters in Islam (SIS) yang menyifatkan tindakan merotan tiga wanita Islam atas kesalahan melakukan persetubuhan haram sebagai diskriminasi terhadap wanita, Shukarnor menempelak pertubuhan tersebut sebagai tidak mempunyai pengetahuan tentang undang-undang Islam.

Katanya, mereka yang mendakwa Islam mundur kerana melaksanakan hukuman sebat adalah pihak yang sengaja mahu merosakkan Islam.

''Orang yang merangka undang-undang syariah di negara ini bukan calang-calang orang kerana mereka adalah orang terpelajar dan pakar undang-undang Islam.

''Kepada mereka yang mempertikaikan hukuman sebat, adakah mereka ini peguam yang mahir dalam undang-undang Islam atau hanya 'loyar buruk'," katanya.

Ditanya mengenai perkara yang dibincangkan semasa menghadap Tengku Mahkota Pahang pada 3 Mac ini, Shukarnor enggan membuat sebarang ulasan.

''Sekarang saya menjunjung kasih titah tuanku dan belum bersedia untuk membuat sebarang komen mengenai pertemuan dengan tuanku pada 3 Mac ini.

''Tengoklah dua tiga hari sebelum pertemuan itu, kalau saya bersedia, saya akan bagi komen," katanya sambil memberitahu hanya mengetahui pertemuan tersebut melalui pemberita.

eXception berkata...

SIS sepatutnya diharamkan... Sbb byk kenyataan menyokong golongan pengkid bercanggah dengan Islam...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

torashah berkata...

Dewan Pemuda Pas mahu Sisters in Islam (SIS) berhenti mempertikaikan pelaksanaan hukuman sebat ke atas tiga wanita Islam atas kesalahan melakukan persetubuhan haram kerana ia boleh ditafsirkan bahawa pertubuhan itu menentang hukum asal.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, sebarang penentangan terhadap hukum asal boleh membawa kepada kekufuran.

Beliau berkata, SIS secara konsisten telah menentang pelaksanaan empat hingga enam sebatan sedangkan hukuman asal sebanyak 100 kali (bagi mereka yang belum berkahwin) tidak kira lelaki atau wanita.

"Enam rotan pun dipertikai apatah lagi jika dilaksanakan seratus kali rotan terhadap mereka yang berzina. Ini hukum asal dalam Islam. Penentangan terhadap hukum asal boleh membawa kepada kekufuran.

"Saya juga mahu bertanya adakah perbuatan minum arak dan berzina tidak menjatuhkan maruah. Perbuatan ini lebih menjatuhkan maruah kerana ia dilarang oleh Allah berikutan sifatnya yang jijik dan kotor," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kelmarin mendedahkan tiga wanita yang disabitkan di bawah Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) telah disebat di Penjara Wanita Kajang.

Ekoran itu, SIS mengutuk langkah tersebut kerana berpendapat ia boleh menjatuhkan maruah wanita berkenaan dan tidak berkesan bagi menyedarkan pesalah yang terbabit dengan jenayah seks serta kekerasan.

Nasrudin berkata, di peringkat ini SIS seharusnya merujuk isu tersebut kepada pihak yang lebih berautoriti kerana terbukti kenyataan mereka tidak bersandarkan agama.

"Saya bercadang untuk berdialog dengan mereka supaya mereka lebih faham mengenai hukuman dalam Islam. Saya terfikir mungkin mereka tidak faham apakah bentuk serta manfaat hasil daripada pelaksanaan hukuman Islam.

"Merotan dalam Islam bertujuan mendidik dan menginsafkan. Jenis rotan yang digunakan sangat berbeza berbanding rotan dalam undang- undang sivil," ujarnya.

torashah berkata...

Pergerakan Puteri UMNO menyokong pelaksanaan hukuman sebat ke atas wanita asalkan ia dilakukan mengikut peruntukan undang- undang negara. Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menegaskan, pelaksanaan hukuman tersebut juga tidak harus dipertikai dan disensasikan kerana ia akan mengundang pihak luar untuk mempersendakan undang-undang negara.

''Ia (hukuman sebat) mesti dilaksanakan jika ia sebahagian daripada tuntutan undang-undang. Apa yang berlaku sekarang adalah isu ini sudah disensasikan," katanya ketika diminta mengulas pendirian Puteri UMNO berhubung pelaksanaan hukuman sebat ke atas wanita.

Kelmarin Sisters in Islam (SIS) mendakwa, tindakan Jabatan Penjara pada 9 Februari lalu merotan tiga wanita Islam atas kesalahan mengadakan persetubuhan haram sebagai satu diskriminasi terhadap wanita.

Pertubuhan itu mendakwa tindakan merotan itu mencabuli hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh Perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.

torashah berkata...

Hukuman sebat terhadap wanita Islam tidak sepatutnya dipertikaikan oleh mana-mana pihak yang seolah-olah ingin menggambarkan wanita di Malaysia tiada hak untuk bersuara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan, individu yang melanggar undang-undang perlu menghadapi hukuman termasuk undang-undang syariah jika melibatkan umat Islam.

"Undang-undang syariah amat jelas. Terpulang kepada hakim untuk menjatuhkan hukuman.

"Mereka yang ingin menulis mengenai isu sebat ini boleh datang ke Malaysia dan lihat sendiri bagaimana wanita, terutama wanita Islam di sini mempunyai kebebasan dan kejayaan yang lebih baik (dari tempat lain)," katanya.

Jelas Shahrizat, jika dilihat secara sempit, mungkin isu tersebut membawa kesan negatif, namun pihak luar tidak sepatutnya mengukur situasi wanita di negara ini berdasarkan kes sebat itu sahaja.

Beliau bagaimanapun berharap hukuman terhadap pesalah juga melibatkan pendidikan, kaunseling dan pemulihan akidah memandangkan isu tersebut amat sensitif dan boleh dieksploitasi pihak tertentu.

Pada 9 Februari lalu, tiga wanita berumur 18 hingga awal 20-an bersama pasangan masing-masing menerima hukuman sebat di Penjara Wanita Kajang dan Penjara Lelaki Kajang atas kesalahan melakukan persetubuhan haram sehingga melahirkan anak luar nikah.

Walaupun menyatakan mereka reda disebat kerana hukuman sebenar di akhirat kelak lebih berat, hukuman tersebut tetap dipertikai beberapa pihak termasuk Sisters in Islam (SIS) dan Majlis Peguam.