Sabtu, Mei 30, 2009

Apabila Peguam "Banggap" Menggunakan Undang-Undang Menuntut Hak Chin Peng!

Chin Peng berhak pulang - Peguam. Peguam Chin Peng, Darshan Singh Khaira mendakwa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu berhak pulang ke negara ini di bawah perjanjian yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989 di Haadyai, Thailand.

Beliau berkata, klausa 3.1 perjanjian itu menggariskan ahli PKM daripada unitnya yang telah meletakkan senjata dan merupakan seorang yang berasal dari Malaysia serta berhajat untuk kembali ke negara ini wajar diberi kebenaran berbuat demikian.

Bukan setakat itu beliau mendakwa, mereka yang memenuhi syarat tersebut telah dijanjikan untuk diberi bantuan bagi memulakan kehidupan baru.

''Selepas perjanjian dimeterai, semua bekas pemimpin PKM termasuk Rashid Mydin dibenarkan pulang namun saya musykil kenapa Chin Peng seorang sahaja tidak dibenarkan pulang,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau juga mendakwa, setiap ahli PKM yang pulang ke Malaysia berhak mendapat bantuan RM50,000 dan elaun bulanan serta tanah untuk bercucuk tanam.

''Apa sudah jadi dengan bantuan kewangan yang dijanjikan? Saya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu depan meminta mereka menyiasat perkara ini,'' katanya.

Selain itu katanya, sebagai peguam Chin Peng, beliau telah membuat permohonan di mahkamah di sini untuk membenarkan Chin Peng pulang tiga tahun lalu namun permohonan itu ditolak.

''Semua adik-beradik dan anak-anak Chin Peng ada di Malaysia,'' katanya.

Mengenai kekejaman PKM pada masa lalu beliau berkata; ''kalau PKM dituduh bunuh banyak orang, Britain lagi banyak bunuh orang apa lagi Jepun.''

Komen : Ini apa cerita pulak "Peguam Banggap" ini. Kalau Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia sekalipun, adakah beliau boleh hidup dengan senang dan selesa. Veteran-veteran perang sanggup menggangkat senjata sekali lagi demi mencari Chin Peng? Kalau nak ambil kes pun, carilah kes-kes yang lebih munasabah. Tak perlulah mengambil kes-kes yang bakal mengguris perasaan orang Melayu lagi. Mungkin kamu tak pernah merasai apa yang orang Melayu dahulu telah lalui. Hidup kamu sudah senang hasil pengorbanan orang-orang Melayu dahulu dalam mempertahankan kedaulatan negara ini. Dan apabila kamu melihat orang Melayu semakin berpecah, kamu menggunakan kesempatan ini untuk menyakitkan hati orang Melayu. Kamu menuntut yang bukan-bukan dari orang Melayu? Hormatilah sedikit hati dan perasaan orang Melayu.

Saya orang pertama tuntut bela!

"Kalau Chin Peng masuk ke Malaysia, sayalah orang pertama mencarinya untuk menuntut bela atas kekejaman yang dilakukan," luah pesara tentera, Yahya Shafie, 76 tahun.

Menurutnya, kekejaman Parti Komunis Malaya (PKM) tidak mungkin dilupakan oleh bekas Pegawai Waran 1 Pasukan Pertama Meriam Diraja British itu.

Katanya, walaupun sudah dimamah usia, peristiwa yang terjadi sepanjang Chin Peng dan pengikutnya mengganas di Tanah Melayu masih segar dalam ingatan dan menghantui hidupnya sehingga kini.

''Ketika di bangku sekolah saya melihat sendiri kekejaman Chin Peng terhadap orang kampung di Junjong, Kulim termasuk bapa saudara saya dibakar hidup-hidup dengan tangan terikat di stereng lorinya.

''Seluruh anggotanya rentung dan tidak dapat dikenali. Bayangkan hati saya ketika itu," katanya sebak ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seronok, Bayan Lepas di sini.

Menurut Yahya, mereka yang bersetuju Chin Peng dibenarkan pulang adalah orang yang 'buta' mata dan hati serta tidak tahu penderitaan yang dilalui penduduk ketika itu.

''Nama dia pun sepatutnya tidak boleh kita sebut, inikan pula membenarkannya masuk ke negara kita. Adakah patut orang yang membuat kita sengsara dan derita puluhan tahun lamanya, senang-senang kita terima?

''Kekejamannya tidak boleh diterima akal, saya pernah berkhidmat di Indonesia, Brunei dan Hong Kong yang ada komunis, namun kekejaman yang dilakukan Chin Peng pada rakyat Tanah Melayu tidak dapat dibayangkan," katanya yang cedera ditembak di telinga dan perut semasa berjuang menentang komunis.

Menurut beliau, soal membawa pulang Chin Peng tidak sepatutnya dibangkitkan lagi kerana perbuatan itu jelas tidak bertanggungjawab dan hanya akan membuat keluarga veteran perang yang terkorban dan cedera bangkit memberontak.

''Masih terdengar di telinga saya kata-kata Chin Peng kepada pengikutnya bahawa satu hari nanti mereka akan menakluki dunia," katanya.

Jangan benar Chin Peng pijak bumi Malaysia!

''Kalau Chin Peng balik, saya akan cangkul buang satu persatu tapak kakinya dari bumi Malaysia bertuah ini. Kalau tapak kakinya pun saya akan buang, inikan pula Chin Peng. ''Kalau boleh, saya akan minta orang buat jerangkap samar seperti yang saya kena dulu dan masukkan Chin Peng ke dalamnya biar berkecai tubuh badannya sehingga tiada secebis daging pun yang tinggal."

Begitulah marahnya bekas anggota Rejimen Askar Melayu, Suparman Taib, 55, yang pernah berjuang menentang pengganas komunis sekitar tahun 1980-an dulu apabila mengetahui ada pihak yang beria-ia mahu membawa balik bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu ke negara ini.

Suparman kehilangan kaki kirinya dan cedera parah di kaki kanannya akibat terkena jerangkap samar yang dipasang komunis semasa melakukan Ops Bersih di Kampung Lalang, Kelian Intan dekat Keroh di Gerik pada 21 April 1981 semasa berusia 25 tahun.

Menurut bapa kepada sembilan anak itu, walaupun tidak pernah berdendam dengan komunis atas apa yang berlaku kepada dirinya itu, dia tidak dapat memaafkan cara komunis membunuh anggota keselamatan dan orang kampung dengan kejam.

''Paling tidak dapat dilupakan ialah peristiwa anak-anak buah saya terkorban apabila trak dinaiki mereka diserang hendap komunis.

''Semasa ditemui, bukan saja telinga dikerat, alat kemaluan mereka juga dipotong dan disumbatkan ke dalam mulut," katanya.

Sebab itulah, kata Suparman, Chin Peng tidak boleh dibenarkan menjejak kakinya ke Malaysia dan patut dibiarkan mati di luar negara.

Dia turut melahirkan kebimbangan wujud usaha pihak tertentu untuk menghidupkan semula ideologi komunisme di negara ini sehingga boleh menyebabkan peristiwa berdarah seperti 13 Mei 1969 berulang.

''Orang kena faham, walaupun komunis telah berdamai dengan kerajaan, mereka tidak menyerahkan senjata dan menyimpannya di tempat lain.

''Saya hendak tanya berapa ramai anggota PKM yang mempunyai 10 kekuatan menyerahkan senjata mereka,'' katanya.

Suparman juga tidak bersetuju dengan tindakan pihak tertentu menggunakan istilah perikemanusiaan bagi mewajarkan usaha membawa balik Chin Peng.

''Kalau kita bantu orang miskin, mangsa tsunami atau bekas perajurit yang kini hidup susah selepas cacat anggota akibat kekejaman komunis, itu barulah dasar perikemanusiaan,'' katanya

Jadi kepada peguam banggap, adakah kamu mahu melihat orang-orang ini bangun untuk menuntut bela dengan apa yang Chin Peng telah lakukan pada mereka. Fikir-fikirkan lah....?

Suara Politik
Taminsari

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tu la.. sokong lagi PKR. Parti kuda DAP.

View Profile: Rantong™

Al-Yasar berkata...

Chin Peng mungkin mahu pulang ke Malaysia pada waktu yang salah?


http://jiwa-yangtenang.blogspot.com

Bah Lontok berkata...

Orang melayu kena ambil contoh di negeri Perak.

Semasa Pakatan Rakyat perintah, walaupun MB nya Melayu, tetapi Exco nya ada 6 DAP, 3 PKR dan 1 PAS.
Semua jawatan penting cina pegang.

Sekarang di bawah BN perintah, kita cuma lantik 7 EXCO termasuk MB.
7 UMNO(1 wanita), 1 MCA. 1 india dilantik sebagai speaker (walaupun india tiada calun ADUN nya)

Semasa pentadbiran PR tiada EXCO wanita dilantiknya.

Kepada orang melayu yang sedar, kita rakyat Perak sudah terselamat dari bale DAP.

Ini adalah peringatan kepada melayu di negeri2 lain.

torashah berkata...

Salam...

Jangan agungkan Chin Peng
SEBAGAI salah seorang wartawan Malaysia yang dihantar membuat liputan Majlis Perjanjian Damai antara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1 Disember 1989 di Hatyai Thailand, antara soalan yang saya masih ingat saya ajukan kepada Chin Peng ialah: "Apakah saudara masih seorang Marxist-Leninist?" Chin Peng dengan wajah yang hampir-hampir tersenyum menoleh ke arah saya dan menjawab: ''Ya."

Chin Peng menambah: ''Kami hanya meletakkan senjata bukan membubarkan PKM ataupun fahaman komunisme.''

Itulah kata-kata Chin Peng yang tidak dapat saya lupakan sepanjang karier saya sebagai seorang wartawan yang berpeluang untuk membaca kisah hidupnya dalam buku sejarah, dan kemudian ditakdirkan juga berpeluang menatap wajah dan bersua muka dengannya secara berdepan pada sidang akhbar bersejarah itu 20 tahun lalu.

Atas alasan itu jugalah mengapa Chin Peng dan anggota PKM yang lain tidak dapat memenuhi salah satu daripada empat kerangka Perjanjian Damai tersebut kerana keengganan mereka untuk kembali dan melalui proses 'pemutihan' di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terlebih dahulu.

Sebabnya ialah seperti yang dilafazkan oleh Chin Peng, dia masih seorang berfahaman Marxist-Leninist. Chin Peng sanggup melepaskan perjuangan bersenjata ke atas Yang di-Pertuan Agong tetapi tidak bersedia untuk menggugurkan fahaman yang dianutinya sejak sekian lama itu.

Marxism-Leninism secara 'basahannya' membawa maksud Bolshevism atau ringkasnya komunisme. Hakikatnya ialah sehingga Chin Peng membuat pengakuan terbuka bahawa dia tidak lagi mendokong fahaman tersebut, maka Kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebab untuk menerima semula kepulangan Setiausaha Agung PKM itu ke tanah air.

Malah jika sekalipun Chin Peng membuat pengisytiharan bahawa dia bukan lagi seorang komunis, Chin Peng tidak boleh terlepas daripada melalui proses ditahan di bawah ISA.

Chin Peng tidak boleh dibenarkan menjalani kehidupan bebas keluar masuk ke kedai kopi dan menghadiri forum itu dan ini serta menganjurkan majlis itu dan ini atas nama apa sekalipun.

Ini kerana kesan tindakan seperti itu akan hanya menimbulkan keresahan di kalangan rakyat terbanyak, apatah lagi kepada keluarga mangsa keganasan komunis yang bukan sahaja terdiri daripada kalangan perajurit dan masyarakat awam tetapi juga masyarakat Melayu, Cina dan India serta kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.

torashah berkata...

Kehadirannya semula di kalangan kita hanya akan membuka luka yang berdarah. Chin Peng sendiri harus menerima takdir yang tertulis ke atasnya kerana itulah jalan yang dia pilih. Dan betapa keengganannya menerima Perjanjian Damai di Baling pada tahun 1955 telah menjurus ke arah pertumpahan darah yang bukannya sedikit di kalangan perajurit kita dan juga masyarakat awam yang lain.

Generasi baru yang tidak melalui kesengsaraan kehilangan ahli keluarga kerana terkorban ditembak atau diserang hendap komunis, cuba menulis semula sejarah tanah air dengan mengagungkan anggota PKM dan Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan negara melalui blog, laman web dan juga penerbitan buku. Mereka perlu berasa malu dan menghentikan tindak-tanduk mereka itu.

Sebaliknya, seluruh rakyat Malaysia yang menolak komunisme dan ahli keluarga para perajurit kita yang terkorban mempertahankan negara ini daripada ancaman subversif wajib bangun menyuarakan penolakan mereka terhadap gagasan membenarkan kepulangan Chin Peng.

Dalam konteks ini, saya memuji kenyataan berterus terang Naib Presiden Gerakan Malaysia, Mejar (K) Huan Cheng Guan bahawa saranan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan, supaya Kerajaan Malaysia membenarkan kepulangan Chin Peng mestilah ditentang atas nama para perajurit tanah air yang terkorban kerana mempertahankan keselamatan negara daripada ancaman PKM.

Saya mengenali Mejar (K) Huan secara peribadi. Hakikat bahawa bekas Ahli Parlimen Batu Kawan itu juga adalah bekas seorang anggota TUDM memperlihatkan betapa semangat patriotismenya yang menebal dan sensitivitinya sebagai seorang perajurit tulen.

Rakyat dan seluruh negara patut mendengar suara bekas perajurit negara seperti Mejar Huan, Kanang anak Langkau, Onjinin Christopher Jopinol, Amid Abdul Rahman dan ramai lagi yang mengorbankan diri mereka untuk mempertahankan negara dan juga untuk kesejahteraan kita semua daripada mendengar suara minoriti yang mendesak sebaliknya.

Unknown berkata...

Mereka yg membela dah pun jadi seseorang.Hebatkan Malaysia baru.