Selasa, Mei 19, 2009

Artikel Pilihan : DAP, NIZAR YANG DAHAGAKAN KUASA!




















Sebelum ini Nizar memutar-belit bisikan Raja Nazrin kepada beliau semasa baginda hendak menyampaikan titah Diraja sempena pembukaan mesyuarat pertama penggal kedua sidang DUN Perak, Khamis lalu. Nizar menjaja cerita di seluruh negeri Raja Nazrin menyebelahi beliau sedangkan bisikan Raja Nazrin lebih kepada rasa kurang senang baginda dengan tindak tanduk para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang ketika itu.

Terbaru, selepas Mahkamah Tinggi mengumumkan Nizar kekal sebagai Menteri Besar yang sah, tanpa berlenggah-lenggah dan sempat menarik nafas, beliau membuat mesyuarat exco malam tadi dan ambil keputusan gantung tiga pegawai kerajaan negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr. Abdul Rahman Hashim dan Setiausaha Kewangan Negeri, Jamaluddin Al Amini.

Turut digantung ialah Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid dan semua pergantungan tugas itu berkuat-kuasa serta-merta.

Kenapa Nizar perlu begitu pantas membuat pergantungan melibatkan beberapa pegawai kerajaan negeri itu? Nizar dan para pemimpin Cina Perak yang sering mengapit kiri dan kanan dirinya itu tidak ada niat lain selain mahu menggenakan para pegawai terbabit. Namun, dalam hal ini Nizar silap, kalau selama ini ada sebarang kenyataan atau tindak-tanduk para pegawai berkenaan yang tidak menyebelahi Pakatan Rakyat pun, Nizar harus faham bahawa mereka hanya menjalankan arahan kerajaan sebelum ini. Dalam erti kata lain, pegawai kerajaan hanya mengikut arahan kerajaan yang sedang memerintah ketika itu (government of the day).

Mereka bukannya ada hak atau kuasa membuat keputusan melangkaui arahan kerajaan. Lagipun bila Nizar berkuasa, sudah pasti mereka akan tunduk kepada arahan beliau pula. Takkan mereka berani hendak melawan kerajaan negeri. Sebagai seorang pemimpin parti Islam, Nizar haruslah ada pertimbangan keislaman. Adalah sifat pemaaf dan belas kasihan serta simpati. Namun, sifat buruk Nizar tidak lama, Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari mengumumkan Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai MB perak sehingga mahkamah itu menyelesaikan kes rayuan Dr. Zamry terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Zamry telah menunjukkan sifat yang lebih bijak dan profesional apabila mengumumkan bahawa semua pegawai-pegawai yang digantung itu diterima kembali untuk bekerja. Mungkin Nizar boleh belajar sesuatu daripada sikap pemimpin-pemimpin Barisan Nasional.

Melihat kemelut politik Perak yang hanya akan merugikan rakyat Perak, tidak menguntungkan UMNO, PAS tetapi DAP akan terus yakin menaruh harapan untuk menduduki kerusi MB Perak. Percayalah, bukan sahaja UMNO hilang kuasa, malah PAS akan turut diperdaya DAP semata-mata untuk kepentingan politik DAP.

Rakyat Perak yakin DAP akan tetap dan terus mendesak Nizar untuk minta perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak. DAP akan terus menekan sepupunya itu (Nizar) untuk terus menderhaka kepada Sultan Perak. Yang akan sedih nanti, bukan sahaja Zambry malah kedudukan Nizar juga tidak terjamin dengan adanya Pilihanraya Negeri kerana inilah masa yang sesuai DAP menerajui Perak sebagai MB.

Percaya atau tidak, sekurang-kurangnya DAP akan meletakkan seorang calon Melayu Islam untuk bertanding dalam pilihanraya tersebut, untuk memudahkan mereka menduduki kerusi MB Perak. Jika dalam PRU yang lalu, mereka yang menang besar gagal menduduki kerusi MB sebab peruntukan Perlembagaan Negeri, seorang MB mestilah seorang Melayu Islam.

Ini yang menyebabkan mereka terpaksa berputih mata merelakan Nizar diletakkan sebagai MB, tapi hanya sebagai BONEKA mereka di Perak. Calon yang paling sesuai, ialah Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim. Dengan pengalamannya bersama Guthrie Corporation Ltd. Bakal calon MB yang masih Melayu dan masih Islam, cuma bertopengkan DAP yang pasti akan mengugat keTuanan Melayu dan Kesucian agama Islam.

Inilah masanya DAP mendesak Sultan Perak untuk menerima pilihan mereka yang beragama Islam dan berbangsakan Melayu untuk menjadi MB. Buat rakyat Perak, tidak kiralah yang menyokong UMNO mahupun PAS fikir-fikirkan masa depan anak bangsamu. Jangan sibuk berpolitik hingga boleh mengadaikan masa depan anak bangsa, agama, bangsa dan tanahair kita sendiri.

Biarlah BERSEDERHANA tetapi Agama Islam, Bangsa Melayu, Negeri Perak dan Negara Malaysia dipelihara, daripada berjubah, berkopiah, berjanggut yang membawa simbol lubang yang mengaku lebih Islam dari orang Islam yang lain tetapi agama, bangsa, negeri dan negara sanggup digadai dan tergadai. Persoalan kepada seluruh rakyat Perak, adakah anda SUDAH BERSEDIA untuk dijajah oleh DAP? Tepuk dada, tanya selera..

Suara Politik
Taminsari

3 ulasan:

Cheguman berkata...

Gelojoh, rakus, dan tamak + bebal.

Terbaru, kerajaan Pakatan Rapuh di Selangor telah menggantung Dr Khir Toyo selama SETAHUN.

Beginikah sikap parti yang mendakwa perjuangkan demokrasi? Apa akan jadi jika mereka tawan parlimen?

Unknown berkata...

sy xmengatakan BN atau Pakatan yang salah di Perak..
bubar dun..rakyat tentukan...
soal orang cina yang memperalat Nizar atu sebaliknya..saya tertanya2..adakah tuan punya blog ini sedar bahawa..populasi kaum di perak hanya lebih kurang 55 melayu 45 % bukan melayu..so jika undi melayu pun sudah terpecah dua...kaum cina yang kebanyakkan swing kepada DAP..jadi dimana silapnya..adakah BN sedar hal ini..atau pun sengaja mengapikan perkauman kalangan orng melayu????

LeeSlimShady berkata...

Saudara Belantan...

Kenyataan saudara Tampak berdiri di sebelah Pihak........

persoalannya siapa yang dahagakan kuasa,tamak haloba dan Gila pada kuasa sampai sanggup heret keluar Speaker yang dipilih melalui proses demokrasi,

sebab itu lah saya Labelkan BPN ni sebagai Barua Penipu Negara....Tak nampak kebenaran bila mata dah di kaburi oleh wang Ringgit....