Calon bebas Aminah Abdullah mendakwa mempunyai bukti PKR cuba menyogoknya dengan jawatan penting jika beliau tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini.
Dalam sidang medianya pagi ini, bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang mendakwa, dua wakil parti itu menemuinya pada 13 Mei lalu untuk menawarkan jawatan yang dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Tambahnya, seorang ahli badan perhubungan PKR negeri dan pembantu seorang exco kerajaan negeri, daripada parti itu, menemuinya dengan mendapat restu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Aminah juga mendakwa, jika berjaya menewaskan calon PKR Mansor Othman dalam pilihanraya DUN itu, beliau akan dibenarkan menyertai parti itu dan diberikan jawatan timbalan satu ketua menteri.
Calon berlambangkan kunci itu mendedahkan buktinya - dalam bentuk rakaman audio - kepada wartawan dalam sidang media di Penanti.
Rakaman tiga jam itu kini sedang disalin oleh kumpulan wartawan yang membuat liputan tersebut.
Aminah juga berkata beliau akan membuat aduan polis hari ini berhubung perkara tersebut dan untuk mendapatkan perlindungan pihak berkuasa tersebut susulan pendedahannya itu.
Beliau akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok mengenai isu tersebut, dengan mendedahkan nama dua wakil PKR dan foto rakaman pertemuan tersebut.-Malaysiakini
Penanti: PKR nafi cuba sogok Aminah
PKR hari ini menafikan dakwaan Aminah Abdullah bahawa ia cuba memberi ganjaran kepada calon bebas itu supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini.
Pengarah Strategi PKR Tian Chua mencabar mana-mana calon bebas termasuk Aminah yang membuat dakwaan itu supaya mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Jika ada sebarang bukti bahawa ada pemimpin atau mana-mana daripada kami (PKR) menawarkan ganjaran kewangan, laporkan kepada SPRM atau SPR," katanya, lapor Bernama.
Beliau mengulas kenyataan Aminah semalam yang mendakwa akan mendedahkan bukti bahawa PKR cuba memberi ganjaran kepadanya agar berbuat demikian menjelang pilihanraya kecil DUN itu.
Aminah, 57, bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang, seorang daripada tiga calon bebas yang akan bertanding.
Dua lagi calon: pengurus syarikat yang juga bekas ketua Pemuda Gerakan cawangan Telok Wang, Penanti, Nai-Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.
Pengurus pilihanraya kecil Penanti dari PKR, Nasaruddin Nasution berkata, dakwaan Aminah itu mungkin disebabkan rasa tidak puas hati dengan mana-mana pihak dalam parti.
KOMEN : Nasihat buat Puan Aminah, serahkan lah semua bukti yang ada kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seperti yang dicadangkan oleh Tian Chua. Biar selepas ini terkedu-kedu si Tian Chua hendak menjawabnya? Biarkan Si Tian dan Anwar terjun dengan labu-labu mereka..biarkan..biarkan..! Memang itulah kerja mereka dari dahulu..sogok..sogok..!! Mengetuk dulang paku serpih, mengata orang mereka lagi lebih..fikir-fikirkanlah..?
Suara Politik
Taminsari
2 ulasan:
nampak gayanya Aminah telah menyerahkan bukti tersebut kepada SPR untuk disiasat oleh SPRM..
tindakan tegas perlu dibuat untuk pastikan pihak bertanggungjawab akan kalah dan dihadapkan ke mahkamah..
Mungkin banyak lagi bukti yang akan terpapar untuk rakyat mengadili.Cuma jangan rakyat menyesal selama ini menjadi kuda kayu pada PAS dan PKR.
Lebih lagi tertipu dengan gerak lakun Anwar.
Mungkin banyak lagi skandal Anwar yang akan terdedah mengatasi kes liwat si Samsul & the gang.
Anggaplah kes liwat ini adalah sebahagian kecil skandal Anwar.
Catat Ulasan