Dikatakan perjuangan PAS sedikit sebanyak telah mulai dan lari dari dasar perjuangan parti. Walaupun berselindung di sebalik Islam dan label bulat parti yang selalu mencemur dan mengaibkan Melayu-Islam UMNO, iktibar dan renungan bagi puak-puak PAS yang melabelkan diri mereka lebih Islam dari orang lain semua mampu dicungkil atau sekurang-kurangnya membuat andaian sedikit sebanyak rahsia atau sebab musabab mengapa ini berlaku.
Kini, motto PAS membangun bersama islam sudah jarang-jarang didengar. Tidak lagi bersemangat seperti dulu. Banyak kejadian-kejadian yang memang menyinggung umat Islam di Malaysia khususnya berlalu begitu sahaja tanpa ada apa-apa tindakan pun dari pemimpin PAS baik yang bergelar Yang Berhormat atau Mursyidul Am atau pemegang saf tertinggi dalam parti. Mengapa berlaku? Adakah setelah bersama-sama Pakatan Rakyat maka PAS telah "dirakyatkan" oleh PKR dan DAP yang berlainan kiblat politiknya atau PAS telah dipaksa menerima hakikat bahawa ideologi perjuangan PAS sudah "outdated" dan menjadi "Dinaousaur"? Ini sangat-sangat menghairankan dan barangkali ratusan ribu umat Islam yang selama ini sedang membuat penilaian terhadap perjuangan PAS. Dimana kelantangan YB Mahfuz? Dimana Salahuddin Al Ayubi? Dimana hatta Tuan Guru Presiden?
Barangkali tidak salah juga kalau dikatakan ini merupakan hukuman "dunia" kepada PAS oleh Allah swt memandangkan keceluparan PAS menghentam UMNO dalam segala segi dan setiap hal? Bukan untuk mengatakan apa yang dilakukan UMNO itu 100% betul (nobody perfect) tetapi apabila memerhatikan PAS (terutamanya TG Nik Abd Aziz) menghentam, mengeji, mencerca dan mengaibkan UMNO dari hujung rambut hingga hujung kuku hanyalah kerana namanya UMNO. Tidak ada langsungkah kebaikan UMNO dan mana mungkin didalam PAS tiada kejahatan? Tatkala PAS bermegah di Kelantan, Kedah dan Perak, dalam masa UMNO diherdik, dihina, dicaci oleh puak-puak PAS akan tetapi UMNO telah menguasai keseluruhan negeri-negeri lain di Malaysia dan sinar Islam untuk keperluan umat Islam ditegakkan.
Dimana hieraki PAS dalam Pakatan Rakyat? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebagai warga kelas KETIGA.. atau kalau dalam pasukan bola sebagai pemain simpanan untuk mencukupkan jumlah pemain dan lebih teruk lagi sebagai "Water Boy" atau "PomPom Girl" sahaja dengan bertujuan bersorak untuk menyokong agenda dan propaganda Anwar dan DAP. Ini boleh kita gambarkan dari kenyataan MB Kedah yang sudah mulai rasa tersinggung dan berkecil hati dengan ahli-ahli Pakatan Rakyat yang lain kerana beliau telah nampak PAS hanya berjuang sia-sia didalam Pakatan Rakyat.
Sekuat mana kepimpinan MB Azizan, selagi PAS masih berkhemah didalam Pakatan Rakyat adakah permintaan rakan-rakan DAP dan PKR untuk mewujudkan ladang babi moden di Kedah selepas Selangor dapat disenyapkan untuk permintaan ke-Dua DAP, PKR selepas isu kuota 50/50 perumahan? Berkemungkinan akan juga berlaku di Perak juga walaupun masih awal jika hendak diperkatakan.
Kini, ramai pemimpin PAS sudah mulai merasa selesa dengan kehidupan duniawi, ada yang mula bermain golf, mengabaikan rakyat dll yang dikata pembaharuan berlaku di PAS pusat dan negeri. Mungkin inilah sebab terbesar mengapa PAS masih lagi sanggup bersengkokol dalam Pakatan Rakyat hanya untuk mengekalkan kemewahan dunia.
Iayalah elaun Menteri Besar bukannya sedikit, kena marah pun tak kisah..janji jadi YAB Menteri Besar. Peruntukan kepada warga miskin dan memerlukan tidak berfaedah jika dibandingkan dengan tahanan ISA yang hendak dibela. Bekas MB Perak, Nizar sudah pun mengaku exco-exco DAP lebih bijak dari beliau dan ini bermakna Nizar yang dianggap bodoh oleh DAP pun tak kisah asalkan exco-exco DAP cerdik-cerdik. Tak kisahlah anak Melayu mati Mak Andeh, anak orang lain pun mati jugak.
Inilah agaknya "falsampah" yang digunakan bekas MB Perak dalam pentadbiran sekarang yang dulunya dibanggakan oleh ahli PAS dengan hanya berbaju T-Shirt pagoda yang mampu menukar tayar ahli PAS yang kepancitan. Kini apabila "tayar" orang Melayu Islam yang sedang dipancitkan oleh DAP satu-demi satu, mana perginya keMelayuan dan keIslaman seorang bekas MB PERAK (PAS) ini yang sanggup memanggil "Woi..Woi.." kepada seorang Melayu dalam memperjuang anak bangsa? Adakah cukup dengan berceramah di Taman Meru, Ipoh yang mempunyai 2 masjid (UMNO dan PAS) dan bertarawih di padang MBI semasa bulan Ramadan yang dikelilingi oleh pusat-pusat maksiat hiburan di Greentown dapat menyangkal kuasa pentadbiran yang dimonopoli oleh DAP?
Masakan Nizar tidak peka agenda DAP? "Lu mau ceramah satu Perak, lu bikin.. tapi ini negeri punya admin, ekonomi gua control, lu jadi 'Yes Man' saja, jangan takut DAP ramai backup.." Istilah "Lawan tetap Lawan" memakan diri PAS sendiri apabila hanya berlawan dengan umat bangsa dan agama sendiri tetapi "Kawan tetap Kawan" kepada DAP dan PKR yang terang-terang mempermainkan Islam dan Al-Quran.
Lambat-laun Parti Islam Se-Malaysia (PIS) walaupun dipanggil PAS, sedang melalui proses penjenamaan semula kepada PARTI AGAMA-AGAMA Se-MALAYSIA (PAS) sebenarnya. Nama parti tetap dipanggil dengan panggilan "PAS" juga.. cuma kulit sahaja. Paklah sudah menyerahkan kuasa kepada Najib, tetapi Nik Aziz tak juga mahu melepaskan kuasa duniawi dan masih sayangkannya. Anwar masih dengan cita-citanya hendak menjadi PM dan Husam Musa pula bercita-cita juga untuk menjadi Presiden PAS. Hadi sudah lama menunggu dan Husam terpaksa mengikut rentak cara Anwar untuk menjadi Presiden PAS ikut pintu belakang dan dalam masa yang sama menjayakan tuntutan IFC yang telah menular kedalam PAS.
ADAKAH PEMIMPIN PAS KINI MULA BERPALING DARI ISLAMISASI DAN LEBIH MESRA DUNIAWI YANG TELAH DIATUR OLEH DAP, PKR DAN ANWAR? Adakah penyokong puak-puak lebai taksub, maksum, walipas masih hendak menyangkal isu-isu ini? Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
2 ulasan:
...hatinya lebih bersetuju dengan DAP daripada UMNO
harapkan pagar, pagar makan padi.
mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.
saya berdoa orang2 pas dibukakan mata, dilembutkan hati.
Catat Ulasan