Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, Januari 19, 2009
SURAT TERBUKA KEPADA TUN MAHATHIR - SEMOGA DAPAT DISIARKAN OLEH SAHABAT BPN DI BLOG MASING-MASING !
Harap semua ahli BPN dapat siarkan artikel ini di blog masing masing bagi membolehkan KITA MENDESAK agar Tun Mahathir ( bekas Presiden UMNO ) membuang yang keruh, ambil yang jernih dan kembali memberi sokongan kepada UMNO/BN.
Lebih lebih di bawah bakal PM Malaysia Ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak bulan Mac nanti ...
Agar kekuatan Melayu Islam akan kembali kuat bagi menghadapi lawan yang semakin gigih berusaha menjatuhkan pembela agama bangsa kita sejak sekian lama dengan fitnah dan tipudaya...Ayuhlah sahabat demi melihat bangsa kita tidak lagi diusir di bumi sendiri angkara bersengketa sesama mereka...
Tajuk : TUN MAHATHIR HARUS BUANG YANG KERUH
1. Di Kuala Terengganu, petunjuk yang boleh menyenangkan hati ialah BN masih disokong oleh 30,200 pengundi bermakna BN masih relevan.
2. Kemenangan PAS masih merupakan sambungan tsunami politik PRU12, menunjukkan pembangkang masih beruntung kerana trend itu masih berterusan.
3. Tun Mahathir tidak sepatutnya menutup pintu untuk membantu BN hanya kerana tidak bersetuju dengan Pak Lah atas beberapa perkara, kerana sebagai PM Pak Lah sudah pasti mempunyai alasan untuk meneruskan atau membatalkan satu-satu dasar untuk kepentingan negara. Perkara ini pun dilakukan Tun pada ketika Tun sebagai PM.
4. Tun Mahathir dikenali kerana semangat nasionalismenya yang kuat kepada bangsa Melayu & tanah air, namun dalam konteks UMNO Tun telah silap apabila tidak menyokong UMNO sepenuhnya semasa PRU12 dan PRK Permatang Pauh & terbaru K.Terengganu.
5. Jika Pak Lah seorang yang pendendam, sudah pasti Mukhriz tidak jadi Ahli Parlimen, malah sudah pasti Mukhriz akan digantung keahliannya kerana menulis surat yang tidak patut kepada Presiden.
6. Tunku dahulu tidak mengambil masa lama untuk memecat Tun Mahathir akan perkara yang sama.
7. Maka itu, jika Tun memang benar-benarlah sayangkan bangsa Melayu, maka Tun perlu membuang egonya.
8. Jika Tun dalam usia 84 masih sanggup terbang ke Kuwait untuk membantu rakyat Palestin, mengapa tidak kepada orang Melayu & UMNO yang pernah dipimpinnya dan yang meletakkannya ke mercu tanda.
9. Penulis berharap Tun berbaik-baiklah semula dengan Pak Lah, janganlah memberi syarat untuk membantu UMNO dan orang Melayu, jika tidak penulis percaya tidak mustahil PRU-13 nanti Perdana Menteri Malaysia terpaksa dipilih dalam kalangan MP DAP!
10. Ia tidak mustahil, dahulu di Singapura ada 3 Kerusi MP UMNO, akhirnya PAP berjaya leraikan, mansuhkan dan tutup sama sekali peluang UMNO & Melayu di Singapura.
* ARTIKEL INI HASIL KIRIMAN SESEORANG YANG SAYANGKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARANYA...
Dicatat oleh Panglima Perang Cyber
Keresahan Taminsari :
" Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya- jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya" (Surah An-Nissa’-Ayat 59)
Demi Melayu dan demi Islam, tanganilah segera perpecahan yang sedang melanda umat Melayu hari ini. Memang segala yang telah berlaku ke atas orang Melayu ini mempunyai sebab-musababnya. Tetapi, perlu diingat bahawa memang sudah menjadi hukum alam ini bahawa sebab-sebab itu sebenarnya telah diatur oleh Allah Ázza Wa Jalla.
Begitulah hakikatnya di sisi Islam. Kalau Islam menuntut setiap umatnya supaya hanya Allah sahajalah yang kita sembah, Islam juga menuntut supaya kepada Allah sahajalah kita memohon pertolongan. Oleh itu, usahakanlah perdamaian antara Melayu dan Islam di negara ini. Ikhtiarkanlah. Segala daya usaha itu dijalankan seiringan dengan restu dan hidayat yang dipohonkan dari Allah yang maha besar lagi maha sempurna.
Waspadalah, dalam sesuatu pertelingkahan, setiap pihak yang terbabit akan mengatakan bahawa dia berada di pihak yang benar, sedangkan kebenaran itu hanya satu. Bukannya dua atau tiga. Dan kebenaran itu pula datangnya dari Allah SWT jua. Beginilah seharusnya perlawanan Melayu sesama Melayu hari ini berakhir. Kembalilah ke pangkal jalan. Berdamailah pemimpin Melayu dan selesaikanlah masalah perpaduan Melayu dan ketuanan Melayu ini dengan penuh bijaksana.
Berwaspadalah, kalau menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan bersepah. Berhati-hatilah, kalau membunuh ular, kayu pemukul janganlah sampai patah, ular dipukul biarlah mati, tanah terpukul usahlah pula sampai lekuk.
Melayu harus berpadu. Melayu mesti bersatu.Melayu harus bersatu dan berpadu dalam politik dan seluruh aspek kehidupan yang sewajarnya. Perlu diingat bahawa hanya UMNO dan BN sahaja yang menjamin kesejahteraan masa depan.
Harapan kami sebagai akar umbi yang tak sanggup lagi untuk melihat Melayu berpecah belah lebih-lebih lagi didalam UMNO sendiri, semuga Tun Mahathir dapat melupakan segala persengketaan yang berlaku selama ini dan kembali membantu UMNO kuat dan perkasa seperti dahulu. Hidup UMNO. Dulu, Kini Dan Selamanya.
InsyaAllah.
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
benar ! kita kena bersatu..atau kita akan gagal..
contoh di Palestin sudah cukup memberi isyarat kepada kita bagaimana Israel boleh menyerang HAMAS kerana rakyat mereka sudah tidak ada perpaduan dan membiarkan perpecahan.
Perpecahan disukai syaitan dan wali wali syaitan dan perpaduan disukai Allah dan juga wali wali Allah.
Moga kita akan terus berusaha menyatukan melayu dengan berkat kasih kita kepada Rasulullah sebagai ikon perpaduan manusia ketika hijrah di Madinah sehingga mereka nyata berkasih sayang atas nama ukhwah islam merentasi sempadan negara dan juga bangsa.
Itulah matlamat BPN kita dan kita akan terus berjuang ke arahnya.
Terima kasih atas sokongan saudara dan artikel tersebut moga menjadi wadah mencetuskan gerakan mengembalikan perpaduan sesama Islam....
Salam hormat.
ya, saya sangat bersetuju dengan surat ni encik. nanti nak taroh kat blog.
Benar,
PRK KT menampakkan kepada kita bahawa UMNO tidak memiliki seorang pun pemimpin yang beketrampilan yang bijaksana dalam mengatur dan mengurus Pilihanraya. TUNNNNN Tolonglah UMNO. Buanglah yang keroh dan ambillak yang jernih.
saya juga setuju...mari kita ajak ramai ramai siarkan surat ini..
takut tergadai tanah kita kerana bergaduh tak sudah2 sampai hari ni.
kesian anak cucu cicit kita.
ada tak kita fikir nasib mereka?
Salam Taminsari,
Bagi saya mereka berdua lebih faham. Mereka berdua adalah Perdana Menteri dan Bekas Perdana Menteri.
Mereka pernah menasihati rakyat supaya bersatu dan jangan berpecah belah. Nasihat ini bukan sekali dua tetapi ratusan kali daripada mulut mereka berdua. Sebab itu saya berkata mereka tahu dan faham sangat perkara ini.
Terpulang DSAAB dan TDM untuk melihatnya secara positif. Persoalannya ialah NAK dan TAK NAK saja.
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Salam,
Den rasa bukan Che Det yang perlu dirayu. Adat budaya kita ialah yang muda menghormati yang tua. Yang muda perlu mengalah. Paklah yang perlu diberitahu. Ego orang tua tidak sama dengan yang muda. Dan harus diingat bahawa Che Det yang mengambil Paklah. Kenalah PM ke-5 tu sedar akan diri.
Catat Ulasan