Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, Januari 16, 2009
AGENDA 1999 ANWAR !
AGENDA 1999 ternyata telah menjadikan Anwar Ibrahim seorang yang bersikap lebih hipokrit dan oportunis serta "lebih laju dari lajak", kerana baginya kerusi Presiden sekaligus Perdana Menteri, tetap berada dalam genggamannya. Dengan menggunakan kedudukan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO, Anwar mempunyai kuasa tanpa batas dan melebihi kuasa Presiden UMNO kecuali tidak dapat mempengaruhi Presiden dan Majlis Tertinggi.
Selaku pengerusi Jawatankuasa tersebut, Anwar boleh menjadikan sesuatu keputusan sama ada menguntungkan politiknya dan merugikan Tun Dr Mahathir Mohamad; dalam pelbagai aduan yang diterima Anwar berpihak kepada kepentingan politiknya daripada keadilan. Sebilangan besar keputusan yang tidak popular dikatakan atas kehendak Presiden. Nama Tun Dr Mahathir Mohamad tercemar di peringkat UMNO Bahagian dan ahli-ahli biasa.
Jika ada keputusan-keputusan yang diperbuat oleh Presiden untuk pemimpin UMNO, jika ia belum disampaikan secara bertulis, Anwar telah memaklumkan lebih awal dan menekankan bahawa keputusan (baik) itu adalah kerana pertolongan dan sokongannya walaupun sememangnya Presiden mahukan perkara itu dilaksanakan.
Melalui Kementerian Kewangan, beliau gunakan untuk mencari sumber kewangan dan menggunakan proksi bekas-bekas pegawainya . Memberi layanan kepada semua penyokongnya dan membuat keputusan, jika tidak boleh dalam satu perkara yang dimohon oleh penyokong, akan dijanjikan projek lain.
Melalui agenda lawatan kerja ke negeri-negeri, Anwar juga telah menggunakan peluang berjumpa pemimpin UMNO di peringkat bahagian. Dalam lawatan kerja beliau seberapa yang boleh akan berjumpa biro kempennya di peringkat negeri. Anwar turut menggunakan bekas komando dan tenaga pengajar dan pegawai Biro Tata Negara untuk membuat kajian penilaian sikap ahli UMNO kepadanya dan juga berkempen untuk menjatuhkan musuh politiknya seperti yang berlaku kepada Rahim Thamby Chik.
Melihat jeratnya kian mengena, Anwar kemudiannya menggunakan pakar pemikir atau "think tank" dan juga institusi penyelidikan tertentu, membuat surat terbang yang bernama Surat Dari Kota. Surat Dari Kota atau Badan Revolusi UMNO akan menulis perkara-perkara tindakan Anwar Ibrahim yang betul dan tepat tetapi dalam perkara yang sama menyentuh Tun Dr Mahathir Mohamad. Yang penting dalam surat itu bukan memperkatakan Anwar tetapi apa yang dikatakan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Surat terbang tersebut dan Badan Revolusi UMNO keluarkan bertujuan seolah-olah Anwar selalu difitnahkan sehingga ke suatu tahap perkara yang betul tidak akan menjadi benar dan kesemua surat terbang yang akan datang walaupun mempunyai fakta dianggap fitnah. Satu surat terbang dari nama yang lain akan keluar bagi tujuan memburukkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Strategi meminta simpati dan juga melarikan isu oleh Anwar Ibrahim melalui surat terbang yang diperbuat oleh penyokongnya mempunyai kesan simpati yang mendalam kepada Anwar dan membolehkan Anwar tidak didapati bersalah di atas perbuatannya dalam beberapa isu dalam kandungan surat terbang tersebut.
VISI ANWAR IBRAHIM, 1999 - Anwar akan cuba mendapatkan pencalonan sekurang-kurangnya 70 Bahagian atau hampir 45 peratus iaitu melebihi 25 peratus pencalonan yang diura-urakan bagi pindaan Perlembagaan UMNO yang membolehkan seseorang bertanding. Sejumlah 70 pencalonan dijangka diraih , berdasarkan kepada kalangan mereka yang menjadi ketua Bahagian adalah penyokong Anwar Ibrahim.
Beberapa faktor yang menyebabkan Anwar begitu ghairah bertanding Presiden, adalah seperti berikut:-
1. Anwar menyedari bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap orang yang bertanggungjawab menyebabkan ekonomi negara ini menghadapi gawat, ekoran kenyataan-kenyataan kerasnya tetapi sebaliknya, ia disebabkan kurang mampu Anwar mengawal kewangan dan ekonomi negara. Anwar percaya bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad, jika terdesak akan menyalahkannya seperti yang Tun Dr Mahathir lakukan kepada Musa Hitam dalam pertandingan 1987, dalam isu Memali dan perletakan jawatannya.
2. Anwar Ibrahim menyedari dari hari ke hari dia menghadapi kelemahan dan tidak dapat melaksanakan visinya seperti mula-mula menyertai UMNO, misalnya dalam isu rasuah dan penyelewengan termasuk nepotisme yang mana dia terlibat sama. Diharapkan dengan jawatan Perdana Menteri, segalanya akan terhenti di situ sahaja.
3. Anwar menyedari bahawa kedudukan Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak menentu akan merumitkan perancangan dan strategi politiknya. Dia terlalu bimbang jika Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai agenda membawa Tengku Razaleigh Hamzah dalam kepimpinan UMNO.
4. Anwar menyedari bahawa Tengku Razaleigh Hamzah tidak pernah dihadapkan ke mahkamah di atas kes rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya seperti yang dituduh di waktu Tengku Razaleigh Hamzah berada di luar UMNO. Tengku Razaleigh Hamzah jika dilantik di dalam kabinet, tidak membolehkan Anwar atau orang-orangnya membuat fitnah lagi. Ini kerana Tengku Razaleigh Hamzah, atau Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri akan memberi jawapan, jika semua tuduhan atau fitnah itu benar, tentu Tengku Razaleigh Hamzah telah dituduh di waktu zaman puncaknya bersama Semangat 46 atau sekurang-kurangnya tuduhan itu diperbuat di dalam Parlimen.
5. Anwar menyedari bahawa dia telah bercakap bohong di dalam Parlimen dan media bila dia berjanji akan menghukum sesiapa yang terlibat dalam skandal BMF. Kenyataannya itu juga ditujukan kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Sebaliknya Tengku Razaleigh Hamzah telah membuktikan bahawa dia tidak terlibat langsung dalam skandal itu.
6. Anwar menyedari bahawa persaingannya di bawah ialah Najib Tun Razak. Najib Tun Razak mula tidak menjadi orang Anwar apabila gerakan kempen Najib Tun Razak dikalahkan Muhyiddin Mohd Yassin. Pertimbangan Anwar Ibrahim masa itu menyokong Muhyiddin Mohd Yassin dan bukan Najib Tun Razak ialah kerana dia tidak hendak bersaing dengan imej Najib Tun Razak sebagai anak negarawan dan bekas Ketua Pemuda.
7. Anwar menyedari bahawa isu politiknya dan peribadi telah menjadi pengetahuan umum. Jika dia ditentang oleh Najib Tun Razak sebagai Timbalan Presiden sudah pasti sukar baginya mempertahankannya. Bertambah pula Presidennya masa itu, Tengku Razaleigh Hamzah. Ada perancangan Tengku Razaleigh Hamzah akan bertanding Presiden UMNO dan saat akhir Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan Presiden UMNO dan kekal Perdana Menteri sehingga tamatnya tempoh pilihan raya umum 1995-2000.
8. Anwar menyedari bahawa jika pemilihan 1999 dia kekal tanpa bertanding Timbalan Presiden dan terus dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri tetapi pada tahun 2002, dalam pemilihan UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah akan memberi sokongan kepada calon Timbalan Presiden masa itu, bertambah pula Anwar telah keluar dari Kementerian Kewangan dan memegang portfolio yang tidak popular, dan dia tidak boleh membantu ahli-ahli UMNO lagi.
9. Anwar menyedari bahawa pemilihan UMNO 1999 adalah tahun yang terbaik baginya menjadi Presiden UMNO kerana Tun Dr Mahathir Mohamad sudah tidak popular lagi dan reformis UMNO yang dimulakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO dalam slogan "Pemuda Pemangkin Reformasi". Jika reformasi UMNO dilakukan, dia boleh diterima oleh orang UMNO dan bukan kerana situasi yang berlaku di Indonesia.
10. Anwar menyedari bahawa dia lebih terkenal daripada Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri sebagai pemimpin Asia dan Islam jika dia berpihak kepada Amerika Syarikat. Anwar Ibrahim mempunyai kepercayaan dengan gandingan pemimpin muda Asia yang pro Amerika Syarikat seperti Habibie di Indonesia, Lek Pai di Thailand dan juga pemimpin di Singapura dan Filipina. Kawasan Asia Tenggara akan dikuasai pemikiran Amerika, pihak Amerika akan memulihkan ekonomi negara ini dan dia akan ditunjukkan sebagai pemimpin dunia dan menjadi Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu apabila kuota Asia akan sampai dalam tempoh 10 tahun lagi.
INI ADALAH AGENDA JELEK ANWAR YANG MEMANG TIDAK PERNAH BERSYUKUR DI ATAS NIKMAT ALLAH. NAWAITUNYA YANG SENTIASA "GELONG" SERTA PERILAKUNYA YANG KERAP "GABRA" MERUPAKAN SENJATA YANG MAKAN TUAN! WAJARKAH MALAPETAKA YANG MENIMPA DIRINYA BOLEH DIANGGAP SEBAGAI KEZALIMAN ATAU KONSPIRASI POLITIK TERANCANG, SEPERTIMANA YANG DIDAKWA?
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Ini bukan kezaliman. kalau makhluk perosak ini tidak dibanteras, nanti habis rosak satu negara dibuatnya.
Artikel yg berinformasi.
Good job bro.
http://penembak-tepat5.blogspot.com/2008/10/bagaimana-membuang-flag-di-blog-anda.html
cara buang FLAG yang boleh menghapuskan blog anda jika ditekan musuh.
hubungi saya jika masih gagal memadamkannya.
salam perjuangan hingga kiamat.
Catat Ulasan