Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, Januari 03, 2009
Artikel Pilihan : Politik budu, cencaluk PAS !
PAS atau sinonim dengan nama Parti Islam Semalaysia telah mengamalkan politik budu sekian lama. Politik budu ini agak jijik jika diteruskan juga. Sebagaimana yang kita ketahui,budu tidak asing lagi dengan rakyat negeri kelantan dan Terengganu.
Budu dihasilkan melalui proses yang cukup simple dan konvensional,namun ada pengusaha budu sekarang sudah mula meneroka proses pengilangan dan pembuatan budu supaya dapat memasuki PASaran dalam negara dan luar negara.
Berbalik pada PAS, parti ini adalah serpihan dari Umno dulu. Mereka yang terbuang atau tak terpilih ini keluar dari umno kerana kononnya berbeza dari segi prinsip perjuangan. Umno dengan perjuangan bangsa melayu dan ketuanannya manakala PAS dengan negara islam dan hukum hududnya.
Mereka ini bersatu dan berkumpul umpama ikan terbuang yang akan menjadi budu. Ramuan utama budu ialah garam manakala ramuan utama PAS ialah Islam. PAS telah menjadi satu politik yang berjenama Islam umpama budu asli cap tempayan atau budu cap ketereh.Bila sekali makan budu cap tempayan ini,dah jadi ketagih dan semakin sedap dan lazat.
Orang yang tidak makan budu umpama orang umno ,cakap la berbuih mulut pun berkenaan keburukan budu, kotor ke, makruh ke, itu tak kan berjaya menghalang pemakan tegar budu untuk terus makan budu dan menikmati kelazatan budu.
Kemasukan kumpulan endogan kedalam PAS umpama berlakunya inovasi kepada budu itu sendiri, jadi tidak hairanlah sekarang ini bila kita makan di restoran restoran terkenal pun ada terhidu bau budu jugak kerana budu sekarang sudah boleh digoreng untuk dimakan dengan nasi kerabu dan sekarang ni sudah ada menu "nasi goreng budu"!
Kemasukan DAP dan PKR kedalam Pakatan Rakyat umpama masuknya cencaluk atau belacan yang asalnya dari udang,bukan dari ikan. Walaupun penggemar budu tegar tidak merestui masuknya belacan dan cencaluk bergaul dengan budu dalam satu bekas kerana takut hilangnya keaslian budu, namun pemilik restoran merangkap penasihat PR tetap mahukan pembaharuan itu supaya orang lebih ramai mengenali budu, belacan dan cencaluk katanya, Padahal dia sengaja membuat begitu supaya dia mendapat untung lumayan dalam masa yang singkat, dia bijak bermain kata kata dengan memperkenalkan menu baru di restorannya iaitu budu campur cencaluk dan belacan yang digelar BU-CALUK-CAN. Restorannya dibuka kepada semua kaum dan boleh makan secara layan diri, buat macam rumah sendiri.
Pelanggan adalah tuan, sendiri makan sendiri basuh pinggan, pecah pinggan sendiri tanggung. Mereka boleh makan siang malam, minum apa saja dari air masak sampai kepada yang memabukkan, boleh makan didalam atau diluar restoran, malah boleh juga makan dihadapan atau dibelakang restoran! Keistimewaan penggemar budu tidak dihiraukan malahan akan terus dihapuskan jika dia berjaya menjadi tauke besar restoran yang berpengaruh nanti.
Apapun alasan mereka, budu atau pok nik pengusaha budu mesti keluar dari Pakatan rakyat BU-CALUK-CAN demi memelihara keaslian dan martabat peminat budu tegar.Jika dibiarkan budu dengan nama BU-CALUK-CAN, takut nantinya peminat tegar budu asli mula mencari alternatif lain seperti kicap atau sos tiram untuk dimakan bersama ulam.
Oleh itu, PAS perlu berhenti bermain politik budu. Renunglah kembali prinsip asal perjuangan untuk menegakkan negara islam. Jangan menidakkan manifesto membangun bersama islam yang pernah PAS laungkan dulu. Jangan jadikan islam sebagai satu alat untuk memenuhi keperluan duniawi kita sahaja.Mereka yang menyokong dan mengundi BU-CALUK-CAN adalah orang yang tidak ada pendirian dan bukan peminat budu sebenar.
Suara Politik - Sangtawal
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
APA PULA KATA PAS AKAN ISU INI????
ANJING BETINA MENYALAK BERKEHENDAKKAN BATANG!!!http://gomo-no1.blogspot.com/2009/01/panta-punya-betina-anjng.html
Boleh Pas sedar akan semua permainan ini?
salam saudara taminsari.
terima kasih kerana menyiarkan artikel tulisan asal saya-sangtawal.
selamat berjuang!
teruskan usaha murni anda!
cencalok makanan rasmi org melaka, jangan kaitkan cencalok dengan PAS ...jadi tak sedap.
Catat Ulasan