Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Khamis, Januari 08, 2009
Artikel Pilihan : Kerana Mu Anwar, PAS Berpecah!
Tindakan Datuk Mustafa Ali yang menyuarakan pandangan peribadinya terhadap temberang Anwar terus mendapat tentangan yang hebat dari Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kali ini temberang yang dimaksudkan adalah ketidakpercayaan tentang tertubuhnya kerajaan Pakatan Rakyat yang menggantikan Kerajaan Barisan Nasional pada tarikh 16 September 2008 atas sebab Parlimen tidak bersidang pada tarikh berkenaan.
Jika dilihat dengan lebih mendalam, Datuk Mustafa Ali sebenarnya lebih berpandangan rasional dan realisitik dari Nik Abdul Aziz dalam mengharungi arus perjuangan PAS. Kerana terlampau percayakan Anwar Ibrahim, Nik Abdul Aziz sanggup membuat kenyataan yang tidak konsisten lebih –lebih lagi dengan reputasi beliau sebagai Tok Guru.
Sebagai contoh, sebuah artikel dipetik dari Bernama 22 Mac 2008 yang bertajuk
LOMPAT PARTI KERJA ORANG TAK BERMARUAH - NIK AZIZ NIK MAT;
KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perbuatan melompat parti hanya dilakukan orang yang tidak bermaruah.
Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am PAS berharap undang-undang untuk menghalang perbuatan itu terutama dalam kalangan ahli politik yang menang pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, digubal segera.
“Memang melompat (parti) ni bukan kerja orang politik, kerja orang makan upah… Bukan manusia (kalau) boleh dijual beli ni,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis kesyukuran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Mohd Zaid Ibrahim di kediamannya di sini.
Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Mohd Zaid yang menyarankan undangundang anti lompat parti digubal bagi mengelak perbuatan itu berlaku secara berleluasa. Katanya, beliau sangat bersetuju dengan cadangan seumpama itu bagi mengelak wakil rakyat termasuk daripada PAS berhadapan dengan perkara seumpama itu.
Dalam perkembangan lain, Nik Aziz berharap pemimpin Barisan Nasoinal (BN) kembali bermuhasabah diri bagi melihat punca kekalahan yang dialami dalam pilihan raya umum lepas.
Kemudian, dipetik dari artikel yang terbaru dari Utusan 17 September 2008 yang bertajuk : LOMPAT PARTI TAK SALAH - NIK AZIZ;KOTA BHARU . -
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, tidak menjadi kesalahan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti.
Katanya, apa yang dilakukan Anwar adalah selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.
"Kalau Anwar tidak buat macam itu, nak buat macam mana lagi, sementara menunggu pilihan raya, buat macam ini dulu.
"Dalam pilihan raya, jika berlaku penipuan dan rasuah, tidak akan ada perubahan kuasa itu," katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-18 Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim, di sini.Beliau ditanya berhubung dengan kegagalan Anwar menubuhkan kerajaan baru pada hari ini sebagaimana yang diuar-uarkan.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tarikh perubahan kuasa itu tidak penting kerana lebih penting adalah merealisasikan hasrat pembangkang bila sampai masanya. Beliau yakin, biar apa yang diharapkan oleh Anwar belum menjadi kenyataan hari ini, namun ia bukan satu angan-angan Mat Jenin seperti yang dikatakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Akhir-akhir ini, percanggahan pendapat diantara Nik Abdul Aziz dan Mustafa Ali semakin memuncak berikutan sebuah artikel hasil tulisan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang bertajuk RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA telah diarahkan diarah ditarik siarannya dari Harakah.
Kemelut Pemimpin tertinggi PAS ini sebenarnya berpunca dari unsur-unsur gila kuasa Anwar Ibrahim yang menyemai benih-benih kebencian terhadap penyatuan PAS-UMNO. Perihal ini juga telah menyebabkan terjadinya dua kumpulan di dalam PAS iaitu terdiri dari team Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat & Husam Musa dan team Datuk Seri Abdul Hadi Awang & Datuk Mustafa Ali.
Dan akhirnya :
Nik Aziz Samakan Penipuan Anwar Dengan Sunnah Nabi!
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan sasaran baru membentuk Kerajaan Persekutuan sebelum Aidiladha 2008 adalah tindakan yang betul.
“Perancangan membentuk Kerajaan Persekutuan oleh Anwar bertepatan dengan konsep yang dilakukan Rasulullah apabila berjuang demi menyelamatkan rakyat daripada terus alpa dengan dunia politik serta pentadbiran yang tidak berasaskan agama,” katanya selepas menghadiri Majlis Lembaran Wanita Kelantan di Dataran Kemerdekaan di sini.
Ketika ditanya mengenai masalah yang sering dihadapi Anwar dan menyebabkan peralihan kuasa yang dirancang sering kali tertangguh beberapa kali, Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan sesuatu perubahan yang baik apabila ingin dilaksanakan pastinya perlu melalui pelbagai masalah tetapi Anwar perlu tahu Pas sentiasa menyokong tindakannya itu.
“Rasulullah s.a.w sendiri menghadapi masalah apabila perlu menunggu selama 13 tahun untuk mengambil alih kerajaan yang ketika itu dikuasai Yahudi, tetapi baginda tidak pernah berputus asa untuk menyelamatkan umat Islam ketika itu.
“Bukan senang ambil alih pemerintahan sedia ada, tetapi perlu persediaan lengkap dan bersusah payah mencapai matlamat yang diingini. Tiada kerja mudah...jika nak senang campur susah rasuahlah,” katanya.
Warna-warni Politik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
hanya orang gila boleh mempercayai pembohongan org gila....
gila nak jadi PM
Gila ni. Sanggup jadikan agama sebagai alat untuk mencapai hasrat dan matlamat.
Salam,
Seluruh rakyat Malaysia kini sudah tahu siapa PAS sebenarnya, namun sebilangan besar mereka tidak mengendahkannya kerana beranggapan seburuk-buruk PAS buruk lagi kerajaan BN. Itulah akibatnya apabila tahap pemikiran kita sudah melewati tahap JUMUD dengan kebenaran dan tipu daya pemimpin idola mereka.
PAS sendiri menghadapi perpecahan dengan kemelut dalaman yang silih berganti. Satu selesai, datang lagi dua masalah. Itulah natijah kepada perjuangan satu golongan yang tidak direstui Allah untuk berjaya walaupun bersungguh-sungguh dengan usaha dan pengorbanan mereka atas nama islam. Mengapa?
Lihatlah. Jika PAS berjuang untuk agama, pasti mereka mengikut tuntutan agama. Islam tidak mengajar umatnya membenci dan memerangi puak kafir tetapi Islam tidak pula menyuruh umatnya bergandingan dengan orang kafir untuk menjatuhkan orang islam yang lain. Namun inilah PAS sekarang.
Perpecahan adalah musuh islam. Perpecahan itu juga boleh menghancurkan satu bangsa yang kuat. Perpecahanlah punca jatuhnya martabat islam di mata dunia sekarang ini. Apakah kita tidak mengambil pengajaran terhadap apa yang sedang kepada Palestin sekrang ini? Di mana perginya kekuatan negara islam yang lain untuk menghentikan pembunuhan ini?
Berubahlah PAS. Keluarlah daripada Pakatan Rakyat jika benar ingin memperjuangkan islam untuk negara kita. Janganlah buta kepada tipu daya dan helah rakan Pakatan yang lain, yang tujuannya semata-mata hanya untuk merebut kuasa dan kedudukan.
Salam semua..
Terimakasih diatas ulasan yang diberikan. Nampak gayanya Anwar sudah memulakan sandiwara terbarunya di Kuala Terengganu.
Pertama mengenakan pakaian PAS untuk semua.( Topi & Baju ) Kedua tidak lagi berani untuk berjanji atau bersumpah mungkin disebabkan fobia 916.
Katanya " Saya tidak berani bersumpah atau berjanji tapi saya berikrar akan membela nasib rakyat. Sekiranya saya tidak berbuat demikian, tuan-tuan boleh jumpa saya dan ludah pada saya," . Nampak sangat sudah ketandusan idea dan cuba menagih simpati pengundi. Cuba berbaik-baik semula dengan kumpulan ulama setelah dilihat ada pertelingkahan antara ulama dan erdogan...sepertimana dilakukan kepada orang Cina dan India sebelum ini. Dekat cina cakap lain, dekat India cakap lain dan sekarang dekat penyokong ulama pun cakap lain...sesumpah, sesumpah..pandainya kau berlakon ya? Sama-sama lah kita stanby air liur untuk meludah sesumpah hidup nanti...
Salam perjuangan..
Catat Ulasan