Dia menggelar dirinya Ulama. Orang ramai menggelarnya Tok Guru. Pas pula mengakui dia sebagai Tok Guru dan Ulama. Sudah lebih 15 tahun Tok Guru menjadi Menteri Besar Kelantan. Sebagai Menteri Besar, dia tidak dapat lari daripada bertindak secara politik dan mentadbir negeri ikut selera dan keupayaan sendiri. Sebenarnya banyak rahsia pembohongan yang sengaja diputar belitkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, baik dari segi tutur kata, tindak-tanduk, pandangan dan pendapat yang secara terang-terangan tidak mencerminkan keperibadiannya sebagai “Ulama dan Tok Guru”, yang menjadi idola kepada perjuangan menegakkan sebuah pemerintah Islam di Malaysia.
MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
DULU : “Perempuan sekarang ini, buat sementara waktu saya masih lagi sekat daripada bertanding dalam pilihanraya. Tetapi untuk menjadi senator saya sudah lama lantik. Kerana senator ini tidak payah bergesel.” ( Kenyataan dalam Mingguan Malaysia pada 7 Februari 1999 )
KINI : “Sedangkan dalam Islam kedudukan wanita dan lelaki adalah sama.” ( Kenyataan dalam Utusan Malaysia 17 Mac 1999 )
“ Mesyuarat tertinggi Pas mengekalkan keputusan iaitu muslimat harus menjadi calon. Pertikaian (calon wanita) ini adalah dari segi keselamatan, bukan agama. Itu ( kesediaan muslimat Pas menamakan calon ) dia punya pasal tapi sampai hari ini tak ada seorang muslimat yang beria-ia nak jadi calon. Takda nampak langsung.” ( Ceramah di Perhimpunan Amanat Pilihanraya, Stadium Sultan Muhammad ke-4, Kota Bharu, Kelantan pada 25 Julai 1999 )
JADINYA : Islam mengamalkan demokrasi tapi Pas mengamalkan diskriminasi. Walaupun wanita mempunyai peranan dan tanggungjawab besar dalam pembangunan Islam dan negara, namun Pas masih menyekat penyertaan mereka. Pas tak sokong ahli wanita bertanding tetapi Dr. Wan Azizah nak bertanding dalam pilihan raya, Pas sokong pula.
MENGAMALKAN DISKRIMINASI
DULU : “Paras rupa yang cantik dan kelulusan yang tinggi bagi seseorang perempuan bukan merupakan satu jaminan untuk menjawat sebarang jawatan di jabatan-jabatan kerajaan di Kelantan. Sebaliknya rupa yang kurang menawan mungkin diberi keutamaan dalam mengisi peluang-peluang pekerjaan tersebut. Kerajaan Negeri ini menetapkan jika ada kakitangan baru yang hendak diambil berkhidmat di mana kelayakan mereka adalah sama tetapi paras rupa berbeza, kita mahukan calon yang kurang cantik diambil berkhidmat.” ( Ceramah di Kg. Bunut Rendang, Gong Datuk, Pasir Puteh pada 8 Ogos 1996 )
KINI : Wanita yang rupawan, Allah dah beri dia rupa. Biasanya mereka mendapat suami yang kaya. Kalau dia tak kerja pun tak apa, pasal suami dia biasanya yang baik dan kaya. Wanita yang rupanya kurang ni kita kena pertimbangkan sedikit dengan duit. Kita beri dia kerja dan dapat duit. Jadi kita dapat memberi keadilan kepada yang kurang rupawan.” ( Kenyataan kepada wartawan di Kota Bharu pada 20 Julai )
JADINYA : Keadilan apa yang Nik Aziz pakai ni? Keadilan Islam ke keadilan cara dia? Rupa, cantik atau kurang, memang anugerah Tuhan. Itu Nik Aziz tak perlu pertikai. Allah juga menganugerahkan akal fikiran, kepandaian dan keperibadian kepada makhluknya. Adakah Nik Aziz akan ambil pekerja yang bodoh, tak pandai, berperangai kasar semata-mata kerana dia tidak rupawan manakala orang yang lebih berkelayakan, pandai dan sesuai tidak diambil semata-mata kerana orang itu cantik? Ini zalim namanya.
Taminsari
Shah Alam
4 ulasan:
TUAN GURU MAKIN LAMA BANYAK YANG SALAH DAN SILAPNYA BILA BERKATA-KATA!!!
NI TAK LAMA LAGI DAH NAK JALAN.... YANG DIBAWAH TUAN GURU SEMUA DAH PERANG. MASING-MASING NAK KAN KUASA DALAM PAS!!!
JIKA PAS KATA UMNO NI SAMA DIIBARATKAN MACAM ISRAEL....
APA PULA DENGAN PAKATAN BELA BABI???
BANYAK KE PAS DAPAT SYER DALAM PERLADANGAN BABI NI???
Biasalah Pas tu encik. Dia saja yang betui. Dia maksum, dia wali tuhan. Orang lain semua tak betoi, bongok. Tukah islam ajaq?
Salam ziarah,
Pok Nik makin lama dilayan makin dia merapu. Membuat kenyataan mengikut apa yang dia fikirkan sedap ketika itu. Macam Pok Lah juga nie.
maka bagi anda bagaimanakah politik berjalan dengan islam?. kerana saya dan anda telah tahu politik tidak boleh dipisahkan dari islam. juga kehidupan tidak boleh dipisahkan dari islam.
ya benar, ahli pas bayak yang tindak tanduknya tidak selari dgn islam,tetapi apabila anda menyatakan Tok Guru bukan dikalangan ahli ilmu, wazan mana anda menggunakan untuk mempertimbangkan?.
kalau anda pertimbangan menggunkan wazan sesama ahli bpn, maka secara logiknya tidak mencukupi.
kalau si A pandai dalam Matematik, siapakah yang mengatakan begitu kalau bukan guru Matematik. Adakah guru Geografi atau Sejarah yang mengatakan begitu. Maka secara lagiknya pati guru Matematik dan ahli Matematik. Begitu juga para ulama, ulama juga yang menentukan.
Sekiranya belantan kata belantan tidak bermusuhan degan para ulama,maka Alhamdulilah...
sekiranya sesiapa mengatakan bermusuhan bersama ulama, maka kami di belakang ulama telah bersiap sedia untuk berjihad, tidak kiralah dengan mengangkat senjata atau mengangkat pena..tidakkah anda ketahui ulama itu pewaris nabi?
Catat Ulasan