Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Selasa, Mac 31, 2015
Apakah Anwarinas Pas mula berpaling tadah?
DAP hilang sokongan Anwarinas Pas?
DAP yang selama ini bergantung kepada beberapa pemimpin Pas yang cenderung memihak kepada mereka mula tergugat apabila bibit-bibit pergeseran dengan kumpulan berkenaan mula kelihatan.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan DAP hari ini tampil menyelar parti itu berikutan kritikan yang dilemparkan terhadap Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, kecaman DAP terhadap Abdul Hadi adalah menyedihkan kerana tokoh ulama berkenaan turut memimpin lebih sejuta ahli Pas.
“Ini kerana beliau ibarat bapa dalam pakatan pembangkang dan DAP tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu yang membuatkan ahli Pas berasa sedih,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
DAP sebelum ini mengumumkan parti itu sudah tidak mempercayai Abdul Hadi susulan pembentangan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, baru- baru ini, sekali gus memutuskan hubungan dengan Ahli Parlimen Marang itu.
Hubungan Pas dengan parti itu semalam terus berantakan apabila DAP Sarawak pula mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu manakala Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sebelum ini meminta supaya ahli Pas yang memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang melepaskan kedudukan masing- masing.
Mujahid yang pada awalnya berdolak-dalik tentang pendiriannya berhubung perkara itu berkata, tindakan DAP Sarawak juga amat dikesalinya dan akan memburukkan lagi keadaan.
“Oleh itu, kita akan bermesyuarat dan mengumumkan pendirian parti berhubung masa depan dalam pakatan pembangkang pada hari Isnin ini susulan tindakan DAP Sarawak yang memutuskan hubungan dalam pakatan pembangkang,” katanya.
Mesyuarat itu kelak katanya, akan turut membincangkan kecaman pemimpin DAP terhadap Abdul Hadi.
Suara Politik
Belantan
Isnin, Mac 30, 2015
Nahas Germanwings : Bekas Kekasih Dedah Sikap Aneh Juruterbang?
BERLIN - Seorang wanita telah mendedahkan perlakuan aneh juruterbang Germanwings, Andreas Lubitz, sebelum kejadian nahas yang menimpa pesawat itu pada Selasa.
Wanita yang dipercayai bekas teman wanita juruterbang itu menceritakan yang suspek pernah mengalami mimpi ngeri, menjerit “Kita nak terhempas!” lalu terbangun daripada tidur, lapor portal Dailystar.
Menurutnya lagi, Lubitz pernah berkata: "Satu hari nanti, saya akan buat sesuatu yang akan mengubah seluruh sistem, dan nanti semua akan tahu nama saya dan mengingatinya."
Wanita itu berkata dia teringat kata-kata itu selepas pesawat Germanwings 4U9525 itu terhempas membunuh Lubitz serta 149 yang lain.
Lubitz disyaki sengaja menyebabkan pesawat tersebut terhempas di pedalaman banjaran Alps Perancis.
"Saya tak tahu dulu apa yang dia maksudkan, tapi sekarang baru saya faham," katanya kepada akhbar Jerman, Bild.
Semalam, media melaporkan bahawa pihak berkuasa menemui surat cuti sakit Lubitz yang telah dikoyak. Beberapa nota baharu juga ditemui di rumahnya.
Suara Politik
Belantan
Ahad, Mac 29, 2015
F1 : Sebastian Vettel Juara Grand Prix Malaysia 2015!
SEPANG 29 Mac - Sebastian Vettel mengejutkan juara dunia, Lewis Hamilton dan Mercedes, hari ini apabila gah menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) di Grand Prix Malaysia Petronas 2015.
Ia juga kemenangan pertama buat Ferrari dan Vettel, musim ini selepas mengharungi perlumbaan musim lalu tanpa sebarang kemenangan.
Kali terakhir Ferrari dan Vettel yang juga juara dunia empat kali memenangi perlumbaan F1 ialah 2013.
Kemenangan turut menamatkan dominasi pasukan 'tuan rumah' Mercedes AMG Petronas di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Kedua-dua pelumba Mercedes, Lewis Hamilton masing-masing menamatkan kedudukan di tempat kedua dengan Nico Rosberg melengkapkan kedudukan podium.
"Ferrari kembali, Ferrari kembali," menurut radio pasukan itu.
Berikut keputusan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini : -
1. Sebastian Vettel (GER) Ferrari, 1 jam 41 minit 05.793 saat
2. Lewis Hamilton (GBR) Mercedes AMG PETRONAS, +8.5s
3. Nico Rosberg (GER) Mercedes AMG PETRONAS, +12.3s
4. Kimi Raikkonen (FIN) Ferrari, +53.8s
5. Valtteri Bottas (FIN) Williams, +1m10.4s
6. Felipe Massa (BRA) Williams, +1m13.5s
7. Max Verstappen (NED) Toro Rosso, +1m 39.0s
8. Carlos Sainz Jr (ESP) Toro Rosso, +1 pusingan
9. Daniil Kvyat (RUS) Red Bull-Renault +1 pusingan
10. Daniel Ricciardo (AUS) Red Bull-Renault +1 pusingan
11. Romain Grosjean (FRA) Lotus, +1 pusingan
12. Felipe Nasr (BRa) Sauber, +1 pusingan
13. Sergio Perez (MEX) Force India, +1 pusingan
14. Nico Hulkenberg (GER) Force India, +1 pusingan
15. Roberto Merhi (ESP) Manor Marrusia, +3 pusingan
*Tidak habiskan perlumbaan
Pastor Maldonado (VEN) Lotus
Jenson Button (GBR) McLaren-Honda
Fernando Alonso (ESP) McLaren-Honda
Marcus Ericsson (SWE) Sauber
*Tidak mulakan perlumbaan
Will Stevens (GBR) Manor Marrusia (masalah sistem minyak)
Suara Politik
Belantan
Mat Sabu ditahan polis di Butterworth
GEORGE TOWN – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu ditahan polis di sebuah restoran di Sungai Dua, Butterworth dekat sini malam tadi, kata Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa.
Beliau berkata, Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di restoran itu selepas menghadiri mesyuarat Pas negeri kira-kira pukul 12.20 tengah malam.
“Semasa tangkapan, Datuk Mohd. Salleh Man (anggota Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir) ada bersama Mat Sabu, sebelum beliau dibawa ke Balai Polis Seberang Jaya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan Timbalan Presiden Pas itu, bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut.
“Penahanan itu dilakukan oleh pasukan polis dari Bukit Aman dan sebaik ditahan di Sungai Dua, beliau (Mat Sabu) dibawa ke Balai Polis Seberang Jaya dan seterusnya ke Balai Polis Daerah Dang Wangi (Kuala Lumpur) bagi siasatan di sana,” katanya.
Ditanya Mat Sabu ditahan berkaitan siasatan kes apa, Abdul Rahim enggan mengulas sambil menyatakan ia bukan berkaitan dengan kes di Pulau Pinang.
Difahamkan penahanan Mat Sabu dipercayai mempunyai kaitan dengan cadangan mengadakan perhimpunan haram di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini. –BERNAMA
Suara Politik
Belantan
Sabtu, Mac 28, 2015
Petronas rakan kongsi terbaik F1!
PETRONAS dan Grand Prix Malaysia berjaya membentuk kerjasama yang menakjubkan.
Juara dunia, Lewis Hamilton pernah menyifatkan Petronas sebagai rakan kongsi terbaik Formula Satu (F1), malah menganggap kepakaran teknikal syarikat petroleum negara itu dalam mengeluarkan formula bahan api serta pelincir merupakan penyumbang utama kepada prestasi cemerlang pasukan Mercedes AMG Petronas musim lalu.
Pasukan Mercedes mendominasi musim 2014 dengan memenangi 16 daripada 19 perlumbaan, 11 menerusi Hamilton, manakala lima diraih Nico Rosberg.
Peningkatan besar yang ditunjukkan pasukan yang berpangkalan di Britain tersebut membuktikan Petronas semakin mengukuhkan kedudukan sejak melibatkan diri dalam F1 buat kali pertama pada 1995 menerusi tajaannya bersama Red Bull-Sauber Petronas.
Pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah F1 buat kali pertama pada 1999 telah membuka ruang lebih luas kepada mereka untuk terus mengembangkan sayap dalam sukan termahal dunia itu.
Menjadi penaja utama Grand Prix Malaysia sejak 16 tahun lalu sehinggalah sekarang, Petronas sentiasa memberi komitmen bagi memastikan perlumbaan F1 dapat dilangsungkan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Sejak 1995 sehingga 2005 pula, Petronas telah menjadi rakan kongsi eksklusif Sauber dan kemudian pada 2006 hingga 2009, mereka menjalinkan kerjasama bersama BMW Sauber F1 Team.
Bermula tahun 2010, syarikat petroleum nasional itu memilih Mercedes Grand Prix sebagai pertaruhan untuk meneruskan perjuangan dalam F1. Pada peringkat awal kerjasama, mereka sekadar menjadi penaja utama pasukan, sebelum mengorak langkah lebih jauh dengan membangunkan formula petrol baharu untuk enjin V6 pada 2012.
Hasil kerja keras warga Petronas, impian mereka akhirnya menjadi realiti apabila minyak pelincir dan bahan api jenama syarikat itu digunakan buat pertama kali untuk jentera Mercedes dalam perlumbaan kompetitif F1, tahun lalu.
Malah, pertaruhan sulung Petronas nyata membuahkan hasil yang cukup lumayan apabila pasukan Mercedes AMG Petronas muncul sebagai pemenang untuk kategori pengeluar, selain Hamilton dinobatkan sebagai juara dunia. - UMO
Suara Politik
Belantan
Jumaat, Mac 27, 2015
Pemimpin Pas tolak hudud di Parlimen, Mahfuz naik angau salahkan UMNO pula?
Ahli Parlimen (Pas-Pokok Sena), Mahfuz Omar The Mr.Bean direhatkan dari persidangan Dewan Rakyat sehingga Isnin depan selepas beliau mengingkari arahan Timbalan Speaker, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, hari ini.
Tindakan itu diambil selepas Mahfuz yang juga Ketua Whip Parlimen Pas melanggari peraturan mesyuarat 46 dan 47 apabila menghina menteri dengan perkataan bacul dan ingkar arahan Yang di-Pertua meredakan kekecohan yang timbul.
Kekecohan hampir 30 minit itu timbul apabila Mahfuz meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan pendirian sama ada menyokong atau sebaliknya kepada notis Rang Undang-undang Persendirian (RUU) mengenai hukum hudud di Kelantan.
Bagaimanapun Jamil Khir enggan menjawab pertanyaan Mahfuz itu kerana beliau menyampaikan ucapan penggulungan titah Yang di-Pertuan Agung.
Susulan kegagalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengawal dan menenteramkan persidangan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim turut bangun mencelah dan menafikan pihaknya masih tidak menerima notis usul RUU mengenai kuasa mahkamah syariah untuk dibahaskan.
"Ia belum dibawa untuk pengetahuan ahli Parlimen, mungkin ia telah dibawa kepada Speaker Dewan Rakyat, itu kita tahu.
"Yang Berhormat (Mahfuz) mana dia (notis RUU), kami tiada," katanya sambil menunjukkan aturan urusan mesyuarat kepada Mahfuz dalam Dewan Rakyat, hari ini.
Sejurus selepas Mahfuz yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat itu direhatkan, beliau segera keluar Dewan Rakyat dan menemui media untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik kekecohan yang berlaku.
Bagaimanapun, beliau mempertahankan persoalan yang ditimbulkan mengenai kegagalan kerajaan membawa pindaan Akta 355 ke mesyuarat Majlis Raja-Raja sebelum dibawa ke Dewan Rakyat untuk diluluskan dan dilaksanakan di Kelantan.
"Walaupun telah dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Jenayah yang dianggotai oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat, namun pindaan itu tidak dibawa.
"Sekarang dia tipu bahawa kerajaan pusat akan bantu, saya cabar patut menteri yang menjaga agama dia kena masukkan saman pencelahan, terhadap saman pemula untuk batalkan hudud yang diluluskan di Dun Kelantan," katanya lagi.
Suara Politik
Belantan
Khamis, Mac 26, 2015
Germanwings : Juruterbang terkunci luar kokpit?
PARIS - Salah seorang juruterbang pesawat malang Germanwings yang terhempas di Alps Perancis pada Isnin dilaporkan terkunci di luar kokpit sejurus sebelum nahas.
Akhbar The New York Times memetik seorang penyiasat berkata, rakaman audio menunjukkan sebaik pesawat memulakan penerbangan, seorang daripada juruterbang meninggalkan kokpit dan tidak dapat memasukinya semula.
Penyiasat itu memberitahu akhbar itu bahawa juruterbang berkenaan pada mulanya mengetuk perlahan pintu kokpit sebelum mengulanginya beberapa kali dengan ketukan lebih kuat.
Ia berlarutan untuk beberapa ketika sebelum juruterbang berkenaan cuba untuk memecahkan pintu kokpit.
Pesawat Airbus 320 Germanwings milik syarikat penerbangan Jerman Lufthansa itu terhempas di kawasan pergunungan Alps Perancis pada Isnin dan meragut nyawa kesemua 150 penumpang dan anak kapal.
Suara Politik
Belantan
Rabu, Mac 25, 2015
120 ekor ulat dalam mata dan hidung pesakit?
KANADA – Sekumpulan doktor berjaya mengeluarkan hampir 120 ulat berenga daripada hidung dan kelopak mata seorang pesakit wanita ketika dirawat di sebuah hospital di Ottawa.
Pesakit wanita yang dirahsiakan identiti telah dimasukkan ke sebuah hospital kerana sakit. Semasa dirawat, seekor lalat dipercayai hinggap di muka wanita berkenaan dan telah bertelur di rongga hidung tanpa disedari.
Beberapa petugas hospital mendakwa terlihat seekor lalat terbang di dalam sebuah wad di mana wanita itu dirawat selama beberapa hari.
Menurut satu laporan perubatan, wad tersebut tidak mempunyai tingkap yang terbuka lantas menyebabkan lalat itu tidak boleh keluar.
Satu rakaman video yang memaparkan para doktor mengeluarkan ulat berengga dari mata dan hidung wanita itu kini menjadi popular di internet sejak beberapa hari lalu.
Suara Politik
Belantan
Nizar Jamaluddin Tolak Hudud?
Duduk barisan hadapan, dari kiri; Ngeh Koo Ham (Penasihat DAP Perak), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Pengerusi PR Perak/Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak), Dr.Kharuddin Dato’ Abdul Malik (Setiausaha PR Perak/Yang Dipertua PAS Tambun), Laksamana Pertama (B) Muhammad Imran Abdul Hamid (Naib Pengerusi PKR Perak) dan Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak)
Ahli Jawatankuasa PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menolak hudud dan tidak akan dilaksanakan dilaksanakan di Perak jika Pakatan Rakyat (PR) kembali memerintah negeri itu.
Nizar yang juga Pengerusi PR Perak berkata keputusan itu diambil melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak, Sabtu lalu, bagi menjaga keluhuran Perlembagaan Persekutuan.
Bekas Menteri Besar Perak dilaporkan Sinar Harian berkata sekiranya PR membentuk kerajaan negeri baharu, pimpinan itu akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan demi keharmonian kaum dan agama.
“Majlis Pimpinan PR menyatakan komitmen untuk membentuk kerajaan negeri yang berpaksikan kepada prinsip telus, adil, amanah, berkebajikan dan berwawasan.
“Semua dasar yang ingin dilaksanakan ini wajib mendapat persetujuan bersama ketiga-tiga parti iaitu Pas, DAP dan PKR,” katanya dalam satu kenyataan bersama, semalam.
Kenyataan bersama itu turut dipersetujui Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Naib Pengerusi PKR Perak, Laksamana Pertama (B) Muhammad Imran Abdul Hamid.
Nizar berkata, dalam mesyuarat itu juga, mereka bersetuju Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1993 (pindaan 2015) yang diluluskan Sidang Dewan Kelantan yang membawa pelaksanaan hukum hudud, adalah di luar Dasar Bersama PR dan wajar dibincangkan.
Menurutnya, Majlis Presiden PR perlu bermesyuarat dengan kadar segera demi mencapai kata sepakat.
“Ini termasuklah berkaitan kelulusan rang undang-undang itu yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat, kita perlu mengeluarkan kenyataan bersama secepat mungkin,” katanya.
Namun, kenyataan Nizar itu disanggah oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.
Razman dilaporkan Harakahdaily berkata pendirian PAS Perak selari dengan PAS Pusat berkenaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (EKJS) yang diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan minggu lalu.
Menurutnya, pendirian tersebut dibuat selepas mengadakan perbincangan secara teliti dalam mesyuarat Lajnah Politik PAS negeri yang turut dihadiri Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin.
“Saya ingin menegaskan bahawa pendirian PAS Perak mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan adalah selari dengan keputusan dan pendirian PAS Pusat.
“PAS Perak juga akan meningkatkan usaha penerangan mengenai isu ini kepada rakyat melalui Pakatan Rakyat Perak,” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily hari ini.
Persoalannya sekarang adalah apakah perjuangan sebenar Nizar Jamaluddin didalam Pas dan juga sebagai ahli setia Pas?
Suara politik
Belantan
Selasa, Mac 24, 2015
DAP putus hubungan dengan Hadi?
DAP mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa tidak bermaruah dan jujur berikutan tindakan parti itu bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.
Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng berkata, pengkhianatan Abdul Hadi bukan saja dalam isu hudud, malah dalam isu pencalonan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang menyebabkan krisis besar berlarutan sehingga hampir menjatuhkan kerajaan negeri Selangor.
“DAP kesal dengan pengkhianatan Abdul Hadi. Kami telah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepemimpinan beliau dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan sebarang kerjasama dengannya.
“Ini bukan kali pertama tetapi kali ketiga perkara membelakangkan dasar persefahaman ini berlaku. Beliau tidak jujur dan bermaruah.
“Tindakan yang diambil sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) juga akan menyebabkan kedudukan majlis pimpinan pakatan pembangkang dalam keadaan terawang-awang, namun kami akan bertemu dengan kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membincangkan masa depan kami nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mesyuarat tergempar CEC malam tadi diadakan bagi membincangkan kedudukan serta pendirian parti itu dalam pakatan pembangkang selepas Pas meneruskan pembentangan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Rabu lalu yang diluluskan sebulat suara sehari selepas itu.
Suara Politik
Belantan
Isnin, Mac 23, 2015
DAULAT TUANKU..! DIRGAHAYU Sultan Johor Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Iskandar.
DAULAT TUANKU..!
DAULAT TUANKU..!
DAULAT TUANKU..!
Hari ini berlangsung Majlis Istiadat Pertabalan Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Iskandar sebagai Sultan Johor Darul Takzim yang ke 5.
Semoga Allah swt memberkati Tuanku Sultan dan sentiasa mendapat rahmat dan baraqah dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia.
Secara ringkas : Sultan Ibrahim dimahkotakan sebagai Sultan Johor
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dimahkotakan sebagai Sultan Johor dalam satu istiadat penuh bersejarah di Bilik Singgahsana, Istana Besar di sini pada pukul 10.10 pagi ini.
Pada istiadat yang diadakan dengan penuh tradisi mengikut adat istiadat Kesultanan Johor itu, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah turut dimahkotakan dengan membawa gelaran Permaisuri Johor.
Istiadat Kemahkotaan itu disempurnakan oleh Mufti Johor, Datuk Tahrir Samsudin dan serentak dengan itu sebanyak 21 das bedilan meriam dilepaskan sebelum lagu Bangsa Johor dimainkan dan diteruskan dengan bacaan doa oleh Timbalan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Suara Politik
Belantan
Ahad, Mac 22, 2015
Hudud: Polis siasat penyampai BFM dan individu mengugut?
Susulan video mengenai undang-undang hudud di Kelantan yang menjadi viral sejak Jumaat lalu, polis akan menyiasat penyampai stesen radio BFM terbabit serta individu yang mengugut penyampai itu.
Memetik laporan Mstar, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi status yang dimuat naik di Twitter menyatakan bahawa penulis skrip bagi video sensasi tersebut akan turut dipanggil untuk siasatan.
"Polis Diraja Malaysia akan menyiasat kedua-dua pihak iaitu penyiar BFM dan yang ugut penyiar. Penulis skrip penyiar juga akan dipanggil,” tegas Ketua Polis Negara.
Penyampai stesen radio BFM, Aisyah Tajuddin menerima ugutan selepas gambar-gambarnya tersebar secara meluas di laman Facebook dengan pelbagai kata-kata kesat ditujukan terhadapnya.
Bagaimanapun, BFM telah mengeluarkan video berkenaan dari halaman YouTube BFM.
Menerusi kenyataan stesen radio itu, pihaknya kesal dengan serangan peribadi terhadap Aisyah yang sebenarnya bukan penyampai tetap dalam segmen video tersebut.
Video satira dengan dua minit itu dinamakan ‘Hudud isi periuk nasi' dan mula disiarkan pada hari Khamis. Aisyah dilaporkan telah mengkritik Dewan Undangan Negeri Kelantan yang meluluskan pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993.
Video penuh kontroversi itu dihasil dan diarahkan oleh Projek Dialog yakni sebuah platform untuk membincangkan isu-isu penting di dalam negara.
Aisyah menyatakan bahawa agama telah digunakan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar seperti ekonomi dan kadar penggunaan dadah dan perceraian yang tinggi.
Menurut BFM, Aisyah bukanlah penulis skrip, justeru apa yang dilihat di video itu bukanlah pendirian peribadinya mengenai isu itu. Stesen radio itu turut memohon maaf di atas sebarang masalah yang mungkin timbul daripada video tersebut.
Suara Politik
Belantan
Hudud: PKR ikut DAP, Presiden Pasma lepaskan jawatan dalam Pas?
Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk mengikut langkah DAP apabila tidak menyokong hasrat Pas membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan pelaksanaan hudud di Parlimen.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Biro Politik PKR di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya dekat sini malam tadi yang diadakan bagi membincangkan secara khusus tentang rang undang-undang persendirian tersebut.
Menurut PKR, parti itu tidak dimaklumkan tentang kandungan rang undang-undang persendirian berkenaan kerana ia dicadangkan secara sebelah pihak tanpa pemberitahuan kepada parti-parti lain dalam pakatan pembangkang.
PKR turut menyifatkan tindakan tersebut bercanggah dengan keputusan mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang pada 8 Februari lalu.
“Sekiranya rang undang-undang persendirian tersebut berkaitan dengan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), PKR tetap dengan pendirian asal iaitu untuk tidak menyokong berdasarkan prinsip fiqh al-awlawiyyat, maslahat ummah dan maqasid syariah,” kata parti itu dalam kenyataan melalui laman Facebook milik Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini.
Kenyataan tersebut ditandatangani oleh Wan Azizah dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali serta Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Shamsul Iskandar Md. Akin, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.
Difahamkan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengemukakan notis untuk membentangkan rang undang-undang persendirian tersebut kepada Parlimen Rabu lalu.
Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan secara sebulat suara kelmarin melibatkan 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas, 12 ADUN Barisan Nasional (BN) dan seorang ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Walau bagaimanapun, PKR seolah-olah cuba mengalihkan kontroversi yang bakal timbul ekoran keputusan tersebut dengan menyatakan Peraturan Tetap Dewan Rakyat menetapkan bahawa sebarang rang undang-undang hanya akan dibahaskan dengan restu kerajaan.
Parti itu menambah, setakat ini, tiada pemimpin tertinggi UMNO atau Barisan Nasional (BN) yang membuat kenyataan berhubung pendirian mereka terhadap rang undang-undang persendirian terbabit.
Phahrolrazi lepas jawatan dalam Pas
Sementara itu Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), Datuk Phahrolrazi Zawawi percaya keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah membolehkan beliau bergerak aktif tanpa sebarang sekatan oleh parti.
Beliau berkata, keputusan itu adalah selaras dengan arahan Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama Pas agar pemimpin parti tidak melibatkan diri dengan Pasma.
“Saya menghormati arahan itu. Kalau tidak, nampak macam saya tidak dengar arahan pula,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Phahrolrazi menolak pencalonan untuk mengekalkan beliau sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah namun masih mengekalkan keahlian dalam parti.
Jawatan tersebut diisi oleh Datuk Amiruddin Hamzah setelah beliau menang tanpa bertanding dalam mesyuarat agung tahunan Pas Kawasan Kuala Kedah, semalam.
Jelas Phahrolrazi, Pasma akan memberi tumpuan untuk meredakan ketegangan dalam pakatan pembangkang ekoran perbalahan tentang isu hudud.
Suara Politik
Belantan
Jumaat, Mac 20, 2015
Ketiadaan 'Anwar Peliwat' membuatkan nada keras PKR yang menuntut hukuman ke atas Pas berubah?
Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ketiadaan KETUMnya, Anwar Peliwat sekadar berupaya melahirkan rasa kesal dengan kedegilan Pas membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah 1993 (Pindaan 2015) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini.
Jika sebelum ini, PKR dilihat senada dengan DAP sehingga mendesak Majlis Pakatan Pembangkang agar mengambil tindakan tegas menghukum Pas andai sekutunya itu tetap berdegil mahu membentangkan enakmen tersebut, kini nada disuarakan PKR mula kendur.
Paling tegas pun, parti itu hanya mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tunggal PKR, Roslan Puteh, supaya tidak menyertai perbahasan dan pengundian enakmen berkenaan di DUN Kelantan.
Sebaliknya, seperti biasa apabila tersepit dan tiada jalan untuk keluar daripada masalah yang menimpa pembangkang, PKR bertindak menyalahkan UMNO dengan menuduh parti terbesar orang Melayu itu bermuslihat dalam isu hudud yang mahu dilaksana Pas.
“PKR melahirkan rasa kesal kerana persetujuan dalam mesyuarat pakatan yang bertarikh 8 Februari 2015 tidak dihormati dan sekali gus bertentangan dengan muafakat bersama yang telah dicapai pada tahun 2011 mengenai perkara ini (pelaksanaan hudud).
“Sedang kami menghormati hak dan pendirian Pas Kelantan untuk membentangkan enakmen ini, adalah lebih afdal jika Kerajaan Kelantan juga menghormati persetujuan yang dibuatnya sebelum ini,” kata parti itu dalam kenyataan bersama di sini hari ini.
Bagaimanapun kenyataan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersama enam lagi pemimpin tertinggi parti PKR yang lain itu tidak diwakili oleh pemimpin bukan Islam dalam parti berkenaan.
Enam pemimpin tertinggi PKR itu Timbalan Presiden, Azmin Ali; Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Shamsul Iskandar Md. Akin; Setiausaha Agung, Rafizi Ramli; Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Angkatan Muda, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Dalam pada itu, PKR menyifatkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah tidak berlaku jujur semasa mesyuarat Majlis Pakatan Pembangkang mengenai pindaan yang mahu dibuat ke atas enakmen tersebut pada 8 Februari lalu.
Dakwa parti itu, Mohd. Amar sebelum ini memberitahu pindaan terhadap empat perkara hanyalah membabitkan ke atas enakmen yang diluluskan pada tahun 1993 tetapi apabila dibentangkan semalam, banyak tersasar daripada apa yang dimaklumkan sebelum ini.
“Walaupun kandungannya tidak banyak berbeza dengan enakmen asal tahun 1993, tetapi perkara itu tidak lagi mematuhi muafakat bersama yang dipersetujui oleh pakatan pembangkang pada tahun 2011 mengenai pelaksanaan hudud,” ujar parti berkenaan.
Suara Politik
Belantan
Khamis, Mac 19, 2015
Apa sudah jadi dengan sesi ‘terjah’ Aznin?
Pendekatan ‘terjah’ yang diperkenalkan oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali bagi meninjau dan menyelesaikan permasalahan rakyat seperti sampah-sarap tidak dikutip disifatkan seperti hangat-hangat tahi ayam.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin berkata, Mohamed Azmin dilihatnya seolah-olah mula mengabaikan janjinya sebelum ini yang mahukan masalah sampah diselesaikan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) selewat-lewatnya penghujung Disember lalu.
Menurut Faekah, hasil pengamatannya terutama di sekitar Klang mendapati sistem kutipan sampah tidak cekap sehinggakan sampah bertaburan di tepi jalan sekali gus mengotorkan persekitaran selain menjijikkan pandangan.
“Apa ni? Sampah merata Jalan Penghulu Abu Bakar. Tiada yang terjah.
“Oh, tahan satu bulan sahaja sesi terjah ini,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya hari ini.
Faekah turut memuatkan gambar-gambar sampah bertaburan di tepi jalan ke dalam akaun Twitter tersebut.
Mohamed Azmin Ali sebelum ini memberi masa tiga bulan kepada semua PBT untuk membersihkan sampah-sarap dalam kawasan pentadbiran masing-masing.
Menteri Besar juga memberikan nombor telefonnya kepada penduduk dan meminta mereka menghantar mesej kepadanya jika ternampak sampah belum dikutip.
Sementara itu, Faekah ketika dihubungi memberitahu, sudah hampir enam bulan Mohamed Azmin menjadi Menteri Besar namun banyak isu terutama masalah kutipan sampah masih belum diselesaikan.
“Saya cuma nampak di kawasan yang saya sering lalu, tempat-tempat lain saya tidak pasti bagaimana keadaannya.
“Saya juga dimaklumkan oleh pembantu rumah yang sampah-sarap di depan rumah saya sudah dikutip selepas saya tweet.
“Mungkin perkara ini kebetulan sahaja tetapi mana boleh setiap kali tweet, setiap kali itulah baharu sampah dikutip,” tegasnya.
Beliau menambah, Mohamed Azmin tidak seharusnya memberikan sebarang tempoh masa untuk menyelesaikan sesuatu isu sekiranya tidak berupaya untuk menunaikannya.
Suara Politik
Belantan
Rabu, Mac 18, 2015
Azmin - Hudud bukan 'our common policies'?
Sekadar gambar hiasan
SHAH ALAM - PKR hari ini menyifatkan hukum Hudud yang ingin dilaksanakan kerajaan Pas Kelantan tidak perlu disegerakan memandangkan ia bukan dasar bersama yang dipersetujui Pakatan Rakyat (PR).
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, dasar bersama yang dipersetujui DAP serta Pas adalah berkaitan ekonomi, pendidikan dan keselamatan malah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pernah menyatakan pendirian sama pada 2010.
"Hadi pernah buat kenyataan terbuka bahawa Hudud tidak perlu disegerakan namun bukan bermakna kita tolak Hudud cuma ia bukan 'our common policies'.
"Dasar ekonomi, pendidikan dan keselamatan yang pakatan persetujui sebelum ini perlu ditangani terlebih dahulu untuk kesejahteraan rakyat malah jika ini diberi keutamaan, saya percaya ia boleh diselesaikan dengan cara yang baik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Walau bagaimanapun, Mohamed Azmin menjelaskan PKR tetap menghormati hasrat Pas untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan menerusi pembentangan rang undang-undang bagi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dun Kelantan, esok.
Sekadar gambar hiasan
Katanya, sebagai umat Islam, pihaknya tidak menolak hukum Hudud mahupun mana-mana hukum yang digariskan dalam al-Quran malah pernah menyatakan pendirian berkenaan dalam PR.
Sehubungan itu, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak mengingatkan parti di dalam PR supaya mendapatkan persetujuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada masa depan sebelum memutuskan sesuatu perkara.
Menurutnya, pembentangan enakmen berkaitan hudud oleh kerajaan Kelantan merupakan satu pindaan dan bukan rang undang-undang baharu berikutan enakmen itu telah diluluskan pada tahun 1993, iaitu sebelum PR diwujudkan.
"Rang undang-undang yang dibawa dalam Dun Kelantan adalah pindaan enakmen 1993, ada empat perkara yang ingin dipinda dan kita hormati keputusan kerajaan Kelantan yang dibuat sebelum 1993 namun pada masa depan, sebarang cadangan baharu mesti dapat persetujuan PR," katanya.
Pada Jumaat lepas, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri tetap akan membentangkan pindaan enakmen itu esok setelah berbincang dengan penasihat undang-undang negeri.
Menurut Mohd Amar, pihaknya mendapati tiada masalah untuk rang-rang undang-undang itu dibentangkan pada persidangan Dun walaupun Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo meminta Pas mempertimbangkan semula pindaan itu. - Bernama
Suara Politik
Belantan
Selasa, Mac 17, 2015
PAS kini setaraf MIC, sah lebih teruk berbanding zaman Asri?
Kejadian pukul terhadap Dr Dzulkefly Ahmad tempuh hari mengukuhkan lagi dakwaan keadaan PAS kini lebih teruk berbanding 1982 ketika bekas presiden parti Islam itu Tan Sri Asri Muda ditendang daripada PAS, kata pemimpin PAS.
Bahkan, ia kini setaraf, kalau tidak lebih teruk, dibandingkan dengan apa berlaku dalam MIC yang tidak mempunyai ideologi sedangkan PAS mengaku sebagai parti berasaskan Islam, kata penganalisis, pemerhati serta aktivis PAS sendiri.
PAS yang mengaku mengamalkan konsep kepimpinan ulama kini dilihat turut terlibat dalam kejadian ganas seperti memukul dan membakar harta benda membabitkan pimpinan parti selain menggunakan perkataan kesat dan kasar terhadap satu sama lain.
"Mereka (pemimpin PAS) selalu membaca surah Al-Hujurat yang bermaksud, 'apabila datang berita dari orang fasik, selidik dulu'. Tetapi ini tidak berlaku dalam amalan mereka," kata Profesor Datuk Dr Redzuan Othman, pakar sejarah dari Universiti Malaya.
Dzulkefly yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat ketika bercakap dengan The Malaysian Insider sebelum ini berkata, pemimpin PAS selama ini menyerang Umno dengan mendakwa hati pemimpin dan pengikut parti itu tidak bersatu.
Beliau berkata, bekas presiden PAS Datuk Fadzil Mohd Noor selalu membaca sepotong ayat Al-Quran dari surah Al-Hashr yang bermaksud: "Mereka nampak bersatu tetapi hati mereka sebenarnya berpecah".
"Ayat itu dulu digunakan Fadzil untuk Umno, kerana perpecahan dalam parti itu, tetapi sekarang ia pusing balik kepada PAS," katanya.
Bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar dalam ulasan spontan selepas apa yang berlaku kepada Dzulkefly yang dipukul dalam keretanya berkata: "Sebagaimana saya katakan, PAS sekarang sudah lebih teruk dari zaman Asri lagi."
Kamarudin yang kini ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat berkata, ia sangat menyedihkan dan melahirkan simpati yang amat sangat dengan apa yang menimpa rakannya itu.
"Mula-mula kereta Dr Hatta kena bakar, ini sekarang pukul Dr Dzul pula. Macam saya katalah, ini lebih teruk daripada zaman Asri," kata Kamarudin merujuk insiden kereta Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli dibakar pada 14 Februari.
Dzulkefly sebelum ini dipukul sekumpulan lelaki yang menyerang beliau dengan kayu di luar rumahnya di Shah Alam ketika beliau baru pulang selepas menunaikan solat subuh di masjid.
Beliau yang juga pengarah Pusat Penyelidikan PAS terpaksa mendapatkan rawatan di klinik berdekatan selepas bibirnya pecah dan dahi kirinya bengkak.
Beliau membuat laporan polis di Shah Alam dan beberapa anggota polis datang ke rumahnya bagi membuat siasatan lanjut.
Dalam pesanan melalui Whatsapp selepas kejadian itu, Dzulkefly meminta semua rakannya berhati-hati dengan apa yang berlaku, "Be careful sahabat-sahabat semua".
Sebelum ini, Kamarudin berkata kepada The Malaysian Insider, beliau bimbang dengan keadaan PAS sekarang di mana budaya menangani perbezaan pandangan kini berubah.
Katanya, puak yang tidak sehaluan pendapat dalam PAS saling tegur menegur dengan cara yang tidak beradab.
Kumpulan ulama dalam PAS kini bersikap tidak boleh ditegur walaupun pada masa sama mereka bebas menegur kumpulan lain dengan mengeluarkan pelbagai istilah termasuk perkataan “babi” dan “syaitan”, katanya.
Pada 1982, allahyarham Asri yang ketika itu Yang Dipertua PAS Pusat (nama jawatan presiden PAS ketika itu), meletakkan jawatan dalam parti itu ketika muktamar tahunan berlangsung, selepas ucapan dasar beliau ditolak perwakilan.
Kejadian itu juga disertai ejekan terhadapnya oleh kumpulan yang membencinya.
Sebelum kejadian itu, sayap Pemuda PAS bermuktamar di tempat berlainan dan meluluskan usul agar PAS menerima konsep "Kepimpinan ulama".
Dengan peletakan jawatan Asri, PAS memulakan era kepimpinan ulama dan kepimpinan parti itu diambil alih Yusof Rawa sementara Majlis Syura Ulama dibentuk sebagai badan yang tertinggi dalam PAS.
Ketika itu, Kamarudin merupakan seorang pengkaji politik yang bertugas sebagai pensyarah sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sejak zaman Yusof, jawatan presiden PAS tidak pernah ditandingi dan mereka yang terpilih akan menang tanpa bertanding.
Sekarang, kepimpinan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tercabar di samping konsep kepimpinan ulama dalam PAS.
Pada muktamar tahun lepas di Batu Pahat, perwakilan Pemuda PAS yang memakai jaket menyokong kepimpinan Hadi bangun meninggalkan dewan ketika Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mahu memulakan ucapan perasmian.
Ketika perbahasan, pemimpin yang tidak sehaluan dicemuh dengan ejekan 'boo' manakala seorang yang bergelar ulama membaca doa dalam ucapannya, melaknat pimpinan PAS yang lain.
Dalam ucapan penangguhannya pula, Hadi menyifatkan dalam PAS ada barua dan meminta mereka yang tidak setuju dengan kepimpinannya "mencari tanah baru dan bina masjid baru dan jadi imam sendiri".
Ungkapannya itu disifatkan sebagai satu ucapan menghalau mereka yang tidak sehaluan agar keluar PAS. AJK PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof dalam satu bukunya bertajuk "Menuju PAS baru" menulis, PAS memerlukan tema baru selepas lebih 30 tahun menggunakan tema "Konsep Kepimpinan ulama".
Ini kerana, katanya, setiap sesuatu perkara berlaku ada lengkok tersendiri dan beliau percaya PAS perlu mencari pendekatan baru kerana lengkok "Kepimpinan ulama" sudah mendatar dan bakal turun.
PAS merupakan parti serpihan Barisan Nasional satu ketika dulu. Ia meninggalkan Umno pada 1951.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat dalam komen spontan melalui akaun Facebooknya menolak apa yang menimpa Dzulkefly angkara orang dalam PAS.
Sebaliknya beliau berpendapat ada pihak yang mahu mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku dalam parti Islam itu.
"Saya tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan membuat provokasi terhadap pimpinan PAS.
"Matlamat jahat mereka ialah memecahbelahkan PAS. Moga Allah membalas kejahatan mereka," kata Suhaizan.
Sebelum ini, ketika kejadian melibatkan kereta Dr Hatta, Dzulkefly juga berkata beliau yakin kejadian tersebut angkara orang luar yang berniat jahat menimbulkan konflik dalaman PAS.
"Saya yakin bukan ahli PAS terlibat, dan ia dibuat pihak yang cuba mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku," kata Dzulkefly kepada The Malaysian Insider.
Kejadian itu susulan tuduhan dalam satu demonstrasi di ibu pejabat PAS pada 8 Februari, mendakwa ahli Parlimen Kuala Krai itu menjadi dalang kepada usaha menjatuhkan Hadi.
Suara Politik
Belantan
Geng Anwarinas tidak ikut saranan Haron Din?
Saranan Mursyidul Am Pas baharu, Datuk Dr. Haron Din, agar kepemimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan langsung tidak dihormati pemimpin Pas dari kumpulan pro-Anwarinas.
Sebaliknya, mereka menggesa lebih banyak kawasan yang akan bermesyuarat selepas ini tampil mengikut jejak Pas Kota Bharu iaitu dengan mencalonkan pemimpin untuk mencabar Abdul Hadi pada muktamar parti itu nanti.
Gesaan itu secara tidak langsung memberi gambaran seolah-olah suara Mursyidul Am Pas selaku ulama tertinggi dalam parti berkenaan sudah ‘tidak laku’ lagi kerana mereka lebih ghairah untuk menumbangkan Abdul Hadi.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, tindakan Pas Kota Bharu menamakan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon Presiden perlu dihormati kerana dibuat berdasarkan keputusan syura.
“Saya mengharapkan semangat dan prinsip ini diterima pakai oleh semua kawasan bagi membuktikan Pas mengamalkan syura untuk pencalonan dari kawasan-kawasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Haron dalam amanatnya selepas dilantik sebagai Mursyidul Am Pas baharu menegaskan bahawa seluruh ahli perlu mematuhi arahan Majlis Syura Ulama termasuk dalam soal mengekalkan Abdul Hadi sebagai Presiden.
Penegasan itu dibuat rentetan kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, yang menjelaskan bahawa Presiden Pas tidak semestinya daripada kalangan ulama.
Kenyataan Khalid itu kemudiannya dibalas Abdul Hadi bahawa beliau sedia dicabar selaras dengan Fasal 25 (2) Perlembagaan Pas yang memperuntukkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden perlu dipilih melalui muktamar.
Suara Politik
Belantan
Isnin, Mac 16, 2015
Batal perjanjian industri air : Kerajaan PKR Selangor bakal rugi besar?
Kegagalan untuk meneruskan perjanjian penstrukturan semula industri air di negeri ini akan menyebabkan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bakal kehilangan peluang untuk mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi air yang selama ini telah mengaut keuntungan tidak munasabah dengan mengenakan tarif tinggi kepada rakyat akibat perjanjian penswastaan yang berat sebelah.
Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tanpa kawalan sepenuhnya terhadap industri air, kerajaan negeri berkemungkinan besar tidak mampu meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu setiap bulan yang dilaksanakan sejak 2008 akibat kekurangan dana.
Selain itu, jelasnya, syarikat konsesi berpeluang menaikkan tarif air sebanyak 52 peratus pada tahun ini seperti yang dibenarkan mengikut perjanjian penswastaan dan lebih buruk lagi, kerajaan negeri perlu membayar tunggakan kenaikan tarif sebanyak RM2 bilion kepada syarikat konsesi.
“Ini jelas menunjukkan kerajaan negeri akan mengalami kerugian besar sekiranya tidak meneruskan rundingan dengan kerajaan Persekutuan.
“Saya amat berharap kepentingan rakyat diberi keutamaan dalam setiap tindakan serta keputusan selepas ini,” katanya dalam di sini hari ini.
Isnin lalu, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan negeri tidak akan meneruskan rundingan perjanjian penstrukturan perkhidmatan industri bekalan air dengan kerajaan Pusat atas alasan perjanjian tersebut telah dilanggar dan tidak dipatuhi.
Abdul Khalid turut melahirkan rasa hairan dengan tindakan kerajaan negeri yang mengeluarkan lesen operasi air bersih kepada syarikat konsesi Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash).
Jelasnya, tindakan tersebut bercanggah dengan usaha dan semangat rakyat Selangor untuk menjadi pemilik mutlak industri air di negeri ini apabila penstrukturan air dimuktamadkan.
“Saya khuatir tindakan kerajaan negeri ini akan mengakibatkan rakyat Selangor membayar lebih daripada jumlah yang dipersetujui sebelum ini iaitu RM9.65 bilion,” ujarnya.
Suara Politik
Belantan
Ahad, Mac 15, 2015
Politik janggal Azmin Ali?
Ibarat beradu silat, Azmin Ali berjaya mengunci langkah pendahulunya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Abdul Khalid yang diangkat oleh pakatan pembangkang sebagai menteri besar paling bersih, cekap dan prorakyat dilayan seperti tidak ada meninggalkan sebarang legasi.
Nol, tiada warisan bernilai yang boleh dibanggakan. Inilah yang sekurang-kurangnya mahu digambarkan. Abdul Khalid yang pernah dipuja dan diagung-agungkan untuk memancing undi rakyat itu mahu dilupakan begitu sahaja, ibarat habis manis sepah dibuang.
Azmin bahkan sanggup 'memukulnya' semasa beliau sudah melangkah keluar daripada kerusi menteri besar. Pentadbiran Azmin mengambil langkah luar biasa apabila menarik balik pampasan RM2.6 juta lapan pegawai kanan Abdul Khalid termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), Faekah Husin.
Kerajaan negeri pimpinan Azmin menggunakan alasan pembayaran wang melalui Skim Pengasingan Bersama (MSS) dibuat secara salah dan tanpa mendapat kelulusan. Isu itu kini diselesaikan mengikut undang-undang.
Dengan kata lain, Azmin seperti mahu menyatakan Abdul Khalid yang menjadi seteru dalam PKR tidaklah bersih seperti diuar-uarkan. Ahli Parlimen Bandar Tun Razak ini dan pegawai-pegawai yang dilantiknya mahu digambarkan sebagai tidak amanah dan sanggup menggunakan wang rakyat untuk kepentingan diri.
Azmin seperti berjaya memberi gambaran itu. Langkah Abdul Khalid dan orang-orangnya terlihat benar-benar terkunci. Menangkis tuduhan pun seperti hilang daya apatah lagi untuk membuat serangan balas ke atas Azmin. Yang ada hanyalah sekali-sekala suara daripada Faekah bagi mempertahankan pentadbiran dahulu.
Yang dulu dianggap seperti bukan kerajaan PKR. Yang dulu dianggap seperti Kerajaan Abdul Khalid. Apa yang dibuat dahulu serba-serbinya salah. Yang dulu perlu diperbetulkan malah sampai ke peringkat dibatalkan.
Ini sama dengan tanggapan yang mereka mahu paksakan ke atas Kerajaan Persekutuan. Apa yang dilakukan Kerajaan Persekutuan semuanya dituduh berbau kronisme dan tidak menguntungkan rakyat.
Inilah yang berlaku ke atas Projek Lebuh Raya Damansara-Kinrara (Kidex) bernilai bilion ringgit yang dibangunkan untuk mengurangkan kesesakan teruk di kawasan itu. Projek kontroversi yang diuar-uarkan politikus pakatan pembangkang ada kepentingan politik UMNO itu dibatalkan.
Sia-sialah usaha Abdul Khalid yang menentang arus politik pakatan pembangkang terutama PKR dan DAP apabila meluluskan projek persekutuan itu. Yang menentang projek ini sebenarnya kelompok kecil tetapi mempunyai pengaruh dan mendapat sokongan ahli politik DAP. Projek ini pun mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.
Mangsa
Yang majoriti, kumpulan senyap akhirnya menjadi mangsa politik Azmin ini. Mungkin setelah menyedari hal itu dan mendapat teguran, Azmin seperti mahu berpatah balik apabila menyatakan projek berkenaan tidak dibatalkan.
Hanya kelulusan pembangunan yang dibatalkan. Kenyataan terbaharu Azmin itu menyebabkan rakyat biasa keliru. Dari satu segi beliau menggambarkan sanggup menggotorkan diri demi rakyat tetapi seringkali bertingkah sebaliknya dengan menjadikan rakyat sebagai mangsa.
Tidak tahulah mungkin ‘rundingan semula’ sedang diatur. Peliknya kerajaan Azmin tidak pula memberikan alternatif bagi mengurangkan kesesakan di kawasan berkenaan. Yang mereka tahu batal sahaja tanpa melihat kesannya. Ada yang tersiratkah?
Isu Kidex belum selesai, Azmin terus mempertontonkan jurus janggal. Lagi-lagi keputusan yang dimuktamadkan antara kerajaan Abdul Khalid dahulu dengan Kerajaan Persekutuan dibatalkan.
Seperti juga Kidex, Azmin bertindak melulu dengan membatalkan perjanjian penstrukturan industri air dengan Putrajaya. Memang dari awal projek ini tidak mendapat sokongan penuh kepemimpinan PKR dan DAP.
Kebijaksanaan Abdul Khalid untuk memuktamadkan penstrukturan air Selangor termasuk mengambil alih syarikat konsesi dianggap sebaliknya oleh ahli politik pakatan pembangkang. Tidak tahulah nasib siapa sebenarnya yang mereka mahu perjuangkan.
Hujah Abdul Khalid bahawa perjanjian itu penting demi rakyat Selangor nampaknya tidak dikongsi oleh kerajaan negeri sekarang. Jika dahulu mereka marah kononnya dasar kerajaan bertukar apabila ada menteri baharu, kini mereka benar-benar melakukan hal berkenaan.
Tetapi di depan rakyat, Azmin menggunakan dalih demi rakyat sebagai hujah membatalkan projek penting berkenaan.
Atas kertas, keputusan ini hanya akan merugikan kerajaan negeri. Ini akan menyebabkan syarikat konsesi menaikkan tarif air sebanyak 52 peratus. Tindakan itu juga bakal menutup peluang kerajaan negeri mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi air yang selama ini didakwa mengaut keuntungan tidak munasabah atas kesusahan rakyat.
Tanpa kawalan sepenuhnya terhadap industri air, kerajaan Selangor berkemungkinan besar tidak mampu meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu setiap bulan yang dilaksanakan sejak Jun 2008 kerana kekurangan dana. Jadi, apakah perhitungan sebenar Azmin? Sekali lagi Azmin mahu melakukan rundingan semula dengan Kerajaan Persekutuan.
Yang dapat kita lihat, ternyata Azmin tidak mahu kehebatan pentadbiran Abdul Khalid membayanginya. Sejarah peninggalan Abdul Khalid seperti lebuh raya dan penstrukturan air mahu ditulis semula.
Beliau mahu memahat nama sebagai menteri besar yang menyelesaikan masalah, punya pencapaian hebat berbanding menteri besar terdahulu. Cuma caranya janggal yakni, dengan menimbulkan masalah.-UMO
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catatan (Atom)







































