Selasa, September 25, 2012

Gempar...!!! Kak Long kata Azmin 'turun darah'?



Darah Azmin keluar berketul-ketul ke dalam mangkuk tandas. Kalau dah dalam mangkuk tandas, mestilah keluar dari dubur dan takkan dari sumber lain pula! Dan kejadian itu berlaku selepas Azmin menemani Anwar ke Hawaii...? Emmmn..entah lah! Apa sebenarnya yang berlaku?

Azmin sendiri yang minta dihantar ke Hospital Tawakal. Selepas dihantar ke Hospital Tawakal, Azmin terus dibedah. Doktor beritahu, Azmin kena penyakit buah pinggang. Yang peliknya kalau penyakit buah pinggang, takkan buang air besar berdarah?

Bukan cerita tipu tapi Kak Long Azmin sendiri yang beritahu... terpulanglah kalau tak nak percaya? Sila tonton klik video ini!









Suara Politik
Taminsari

Rakyat perlu tahu : Teks Ucapan Ketua Pembangkang- 32 Dosa Kerajaan Selangor!

















Rata-rata rakyat negeri ini berpendapat Kerajaan Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) Selangor yang sudah menyambut ulang tahun keempat pentadbirannya beberapa bulan lepas, gagal melakukan perubahan yang dijanjikan sejajar dengan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.

Mereka menyifatkan kerajaan negeri hanya lebih banyak menghabiskan masa dengan berpolitik daripada melaksanakan pembangunan fizikal dan modal insan bagi manfaat seluruh rakyat.

Berdasarkan kepada bukti-bukti dan beberapa pendedahan tersebut, rakyat Selangor boleh menilai prestasi Kerajaan pakatan pembangkang Selangor selama empat (4) tahun tempoh pemerintahannya. Bukan sahaja gagal menunaikan semua janji-janji PRU 12, tetapi tidak mampu menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kestabilan politik Selangor yang sentiasa bergelora sepanjang pemerintahannya.

Jika kerajaan ini terus diberi mandat baru, akan kucar kacirlah pentadbiran negeri. Rakyat berpuak-puak. Kemungkaran berleluasa. Maksiat di sana sini. Matlamat Selangor negeri maju tidak tercapai. Malahan Selangor menoleh ke belakang.

Semua bukti-bukti ini melibatkan isu-isu pokok iaitu isu kredibiliti Kerajaan, ketelusan, pertanggungjawaban, dan kecekapan selaras dengan prinsip-prinsip tadbirurus baik. Inilah asas-asas perincian kepada keyakinan dan kebolehpercayaan rakyat kepada Kerajaan. THE TRUST ON THE GOVERNMENT terutama yang melibatkan tubuh badan YAB MB dari Ijok yang selalu digembar gemburkan sebagai tokoh korporat berwibawa tapi indah khabar dari rupa.

Difahamkan tidak berlaku banyak interaksi dan dailog terbuka diantara Penasihat Ekonomi Selangor dengan lain-lain Anggota Exco Kerajaan apatah lagi dengan Ketua-ketua Jabatan serta agensi Kerajaan negeri Selangor. Apa yang berlaku hanya berdua sahaja – antara beliau dan YAB MB. Di mana ketelusannya?

Selalunya ketika tiada manusia mampu menjanjikan segalanya kerana tujuan utama untuk memiliki sesuatu. Tapi apabila memperolehinya janji akan hanya tinggal di celah gigi. Begitulah juga janji pembangkang dalam manifestonya, begitu indah, begitu asyik dan begitu lunak alunannya.

Hakikatnya sejarah lalu membuktikan mulut yang manis sebelum pilihan raya akan bertukar pahit bak hempedu kerana pembangkang tidak pernah takut dengan dosa mungkir janji. Justeru itu mereka sesekali tidak akan terkejut jika rakyat tidak akan mengundi mereka kerana mereka tahu dosa yang telah mereka lakukan sebelum ini.
Wallahuallam.












Suara Politik
Taminsari

Isnin, September 24, 2012

Samada pilihanraya bersama atau tidak, BN yakin tidak mustahil genggam semula Selangor!


Dalam tempoh 1,650 hari dari tarikh Pilihan Raya Umum Ke-12, apa yang rakyat Selangor telah saksikan.

Apa hasil ekonomi baru Selangor? Dalam tempoh lebih empat tahun ini berapa banyak rumah mampu milik dibina? PKNS buat apa? Berapa banyak kawasan pertumbuhan baru dibuka? Jika semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN), Selangor ada Lembah Bernam, Lembah Beringin, apa yang Menteri Besar kerajaan PKR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim buat?

Adakah setakat menggorek pasir dipelusok daerah sehingga meninggalkan tompok-tompok lubang dipermukaan bumi Selangor yang tidak ubah macam muka jerawat Saifuddin Nasution, membuatkan Khalid berasa bangga?

Tak habis-habis yang dipasang Abdul Khalid di seluruh pelosok negeri adalah poster-poster dan sepanduk yang tertera ucapan 'terima kasih, terima kasih dan terima kasih'. Terima kasih kepada siapa? Kepada diri sendirikah?

Apabila Abdul Khalid mengambil alih portfolio agama daripada Datuk Dr. Hasan Ali yang dipecat Pas, rakyat Selangor tertunggu-tunggu apakah polisi yang akan dilakukan Menteri Besar itu untuk memerangi gejala sosial di negeri itu. Macam mana bentuk tindakan. Namun, sehingga kini Exco Agama ini masih sepi. Sunyi.

Difahamkan, rakyat Selangor terutama orang Islam sudah nampak tembelang main politik Abdul Khalid ini di sebalik pemecatan Hasan. Itu belum masuk lagi isu Loji Air Langat 2, pungutan sampah, masalah UiTM (peralihan tapak asal UiTM di Serendah ke Melaka), kerugian Unisel dan banyak lagi kemelut yang terpaksa ditanggung rakyat Selangor dek sangat main politik di negeri itu.

Penulis dimaklumkan dari sumber yang boleh dipercayai, Hasan sendiri mendapat sokongan padu daripada para penyokongnya di 22 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Ada tujuh wakil rakyat daripada pembangkang dipercayai bersama Hasan. Tetapi kerana 'disumbat mulut', ahli Pas terpaksa berdiam diri.

Pemecatan Hasan pun akibat daripada kelantangan beliau menegur agenda pluralisme dan seksualiti bebas Anwar Ibrahim. Contoh terbaik sumbat mulut yang mana ahli Pas diarahkan untuk tutup mulut serapat mungkin daripada berbicara mengenai isu ini.

Apa yang berlaku di Selangor kala ini cukup memeningkan rakyat negeri itu. Sama seperti nasib yang menimpa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pada Sidang DUN Khamis lalu membongkar cerita yang tidak ketahuan sahihnya mengenai kos tinggi sampai mencecah RM300,000 digunakan Hasan untuk mengubah suai pejabatnya ketika menjawat jawatan Exco kerajaan negeri tempoh hari, ramai mempersoalkan motif Azmin.

Jujurkah dia? Mengapa benda ini timbul setelah pemecatan Hasan? Mengapa tidak ditegur dan dibangkitkan semasa Hasan dalam Pas dahulu?

Dalam soal Selangor, nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun sudah lama terhidu pembohongan demi pembohongan yang ditimbulkan oleh Abdul Khalid dan juak-juaknya dari DAP dan Pas ini. Banyak janji untuk rakyat dari mulut Abdul Khalid masih menerawang untuk ditunaikan di Selangor malah beliau sanggup mengatakan bahawa manifesto bukan janji pilihanraya?

Kerana itu sudah dua kali Najib yang merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor meluahkan keyakinan beliau bahawa negeri itu akan kembali ke pangkuan BN pada PRU-13 nanti. Terbaru, nada sama di Hulu Langat tidak lama dahulu!

Secara umum, mood kemenangan untuk diraih BN itu sudah ada. Kerajaan BN betul-betul touch point pada rakyat. Najib tidak sekadar bercakap tetapi melakukannya dan menepati janji.

Penulis dimaklumkan usaha pakatan pembangkang untuk mempertahankan Selangor daripada jatuh ke tangan BN cukup keras dan penuh siap siaga. Maklumlah negeri kaya yang boleh dijadikan tempayan dana pilihan raya mereka.

Dalam soal 'hidup mati' ini, antara yang ketara tindakan pakatan pembangkang ialah membuat sebanyak mungkin bantahan terhadap pendaftaran baru pengundi dan pertukaran alamat pemohon ke Selangor. Inilah alasan yang tak masuk akal diberikan oleh Khalid semata-mata untuk mengadakan pilihanraya secara berasingan bagi DUN Negeri?

Ini lebih-lebih lagi ke kawasan 'kubu kuat' Parlimen atau DUN yang disyaki akan menggugat kedudukan pakatan. Pelbagai taktik dilakukan oleh ahli-ahli Pas, PKR dan DAP untuk menafikan hak individu yang dijamin perlembagaan ini dalam dua kategori permohonan berkenaan. Kalau tidak dibawa tok penghulu, dibawanya tuan rumah terbabit untuk menafikan hak pemohon bertukar alamat.

Penulis mengajukan pertanyaan kepada Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar tentang perkara ini. Lantas, beliau tidak menafikan bahawa ada parti yang sanggup mengeluarkan bajet semata-mata untuk menyuruh ahli dan para penyokongnya membuat bantahan terhadap si polan itu, si polan ini yang mendaftar di Selangor atau bertukar alamat.

Untuk satu bantahan, kosnya cuma RM10. Tetapi kesan dari bantahan ini, sekali pun melibatkan hanya seorang, bahananya terpalit ke seluruh pemohon dalam bahagian pilihan raya berkenaan.

Motif si pembantah cuma satu, dengan harapan orang kena bantah (OKB) tidak hadir siasatan awam, tergendala pendaftaran/pertukaran alamat sekali gus mengganggu pewartaan Daftar Pemilih Suku Ke-4 2011.

"Tapi untuk seluruh negeri Selangor, siasatan awam ke atas kesemua 421 bantahan ini sudah selesai melalui keputusan Pengarah SPR negeri yang dibuat baru-baru ini.

"Sebanyak 30 peratus daripada 421 bantahan ditolak manakala yang lain diterima. Kebanyakan bantahan melibatkan isu pertukaran alamat meskipun permohonan ini sebahagian besarnya tulen disebabkan pemohon berpindah rumah dan bertukar tempat kerja," kata beliau sambil menyebut kawasan Subang paling banyak melibatkan bantahan iaitu 90 bantahan, sementara yang lain membabitkan kawasan Gombak, Shah Alam dan Puchong.

Untuk siasatan awam berkaitan negeri lain difahamkan tidak banyak melainkan Kelantan yang hampir sama angkanya dengan Selangor. Siasatan awam di negeri-negeri lain dijangka selesai secepat mungkin.

Di Selangor ketika ini terdapat 1.8 juta pengundi. Ia termasuk 13 peratus atau 170,000 pengundi muda yang akan pertama kali menunaikan tanggungjawab mereka.

Kalau pun kerajaan PKR Selangor berkemungkinan mengambil keputusan enggan membubarkan DUN negeri serentak dengan pembubaran Parlimen di Pusat, ia tidak akan menjadi satu masalah.

Lebih teruk lagi imej pakatan pembangkang akan bertambah kusut masai lagi apabila isu pembaziran ditempelak nanti oleh seluruh rakyat Selangor.

Untuk pengendalian PRU-13 ini sahaja, SPR memerlukan bajet lebih RM200 juta. Jika Selangor tidak membubarkan DUNnya, bajet tambahan RM30 juta lagi diperlukan untuk pilihan raya negeri berasingan. Kelak, rancangan pembangunan negeri pun tergendala gara-gara asyik berkempen, berpolitik.

Sekolah-sekolah nanti pula akan masih digunakan untuk saluran mengundi, pembelajaran murid terganggu, guru pun pening kepala. Contohilah sahaja Kelantan, 22 tahun Pas memerintah, tak kalut pun soal mengadakan pilihan raya negeri berasingan dengan Pusat.

Yang ketara di mata rakyat Selangor kini adalah pakatan pembangkang yang kian kalut. Senjata utama 'sifu' Abdul Khalid, Anwar adalah menyumbat mulut yang mahu menutup segala kelemahan dan kepincangan negeri daripada terus menjadi pokok perbualan utama rakyat.

Dalam kes Raja Petra, Anwar sendiri pun tidak cukup berani berhadapan dengannya lalu menghubungi Wikileaks dan meminta supaya Raja Petra dikeluarkan dari forum yang akan dilakukan secara langsung bersama-sama dengan pengasas Wikileaks Julian Assange.

Selain sumbat mulut dalam kes Hasan, arahan dan ugutan tutup mulut terhadap Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pusat, Hu Pang Chaw menyerlahkan sifat autokratik dan kuku besi dalam Pas. Arahan tutup mulut yang dipraktikkan pakatan pembangkang ini umpama 'demokrasi' yang merentap ahli dan penyokongnya daripada mengutarakan sebarang pendapat dan pandangan dalam media daripada didengari rakyat. Ia 'demokrasi' yang melarang surat khabar dan media rasmi lidah Melayu daripada menjadi bahan bacaan utama para penyokong.

Jika dalam 'tsunami' politik di Selangor pada 2008 pun UMNO masih berupaya meraih 18 daripada 35 kerusi ditandingi, maka tidaklah mustahil misi menggenggam kembali Selangor yang memiliki keseluruhan 56 kerusi DUN akan berjaya.

Ia asalkan 50 peratus atau 9 daripada baki 17 kerusi yang kalah ditandingi UMNO tempoh hari dimenangi (9 + 18 > 27 kerusi), MCA bertambah satu lagi kerusi dari 2 kerusi yang dimenangi (dari 14 ditandingi) manakala MIC menang tiga kerusi. Maka dua pertiga bakal beralih ke BN.

Selangor mampu digenggam kembali oleh BN dan ianya tidak mustahil! Asalkan semua parti komponen BN terus bersatu hati menerusi anjuran program turun padang bersama dalam menyelesaikan isu dan permasalahan rakyat. Ini termasuklah seperti yang ditunjukkan di Hulu Langat sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini terus berteka-teki berhubung tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sebaliknya beliau pada peringkat ini lebih gemar membiarkan rakyat membuat sebarang spekulasi.

Terbaru, apabila beliau mengumumkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang akan diadakan pada 27 November sehingga 1 Disember ini. Apapun kesatuan hati ini semakin ketara dari hari ke hari, bulan ke bulan menjelang PRU-13 dan kita boleh menjangkakan bila pembubaran Parlimen akan berlaku. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Adakah Malaysiakini ejen propaganda asing?



Tertarik dengan pengakuan wartawan veteran YL Chong yang meletak jawatan sebagai editor berita Malaysiakini lebih sedekad lalu.

Menurut Chong, punca beliau bertindak demikian kerana portal berita itu tidak telus dan cuba menyembunyikan penerimaan dana daripada penyangak mata wang Yahudi, George Soros.

Pengakuan beliau itu muncul selepas media mendedahkan Malaysiakini dan Suaram adalah antara pertubuhan antikerajaan yang menerima dana asing termasuk daripada Soros. Siasatan awal pihak berkuasa mendapati ada bukti kukuh kedua-dua organisasi itu menerima dana secara konsisten antaranya daripada National Endowment for Democracy (NED) pimpinan tokoh Yahudi Carl Gershman dan Open Society Institute (OSI) milik Soros.

Menurut Chong, dua teraju Malaysiakini iaitu Steven Gan dan Premesh Chandran enggan mengakui secara terbuka menerima dana OPI. Malah Gan berkata Malaysiakini akan mati jika mengaku menerima pembiayaan Soros,’kata beliau mengimbas peristiwa 11 tahun lalu.

Mungkin sesiapapun tidak terkejut. Selama ini, portal berita propembangkang itu mempunyai reputasi laporan berat sebelah selain suka memburuk-burukkan kerajaan. Lebih sedekad Malaysiakini membawa agenda dan aspirasi luar yang mencurigakan. Rupa-rupanya mereka ada tuan’diluar, yang suatu ketika hampir-hampir menjahanamkan negara menerusi serangan mata wang ketika krisis kewangan Asia.

Atas sebab itu, Malaysiakini kelihatan agresif memainkan peranannya menjadi ejen propaganda asing dan pembangkang dengan berselindung atas nama kebebasan media alternatif. Beberapa siri perhimpunan haram Bersih yang penganjurannya turut menerima dana asing daripada OSI, digembar-gemburkan secara luar biasa oleh Malaysiakini. Tetapi perhimpunan itu gagal menumbangkan kerajaan Malaysia seperti yang menjadi agenda tersirat. Bukan rahsia lagi Soros adalah antara tokoh yang membiayai gerakan menggulingkan kerajaan Islam di Asia Barat dan Afrika Utara.

Minggu lalu kita ada membaca tentang pengaruh Soros ke atas media antarabangsa. Stesen TV Fox News pernah melaporkan bagaimana lebih 30 organisasi media menerima wang kotor daripada Soros agar kandungan berita mengikut percaturan beliau.

Apa pun di ucapkan tahniah kepada Chong atas keberaniannya mendedahkan kebenaran. Itu jugalah tindakan yang diambil oleh editor dan wartawan kanan di beberapa negara Barat setelah mengetahui campur tangan asing dalam organisasi media.

Ia bukan setakat soal dana asing, etika kewartawanan atau wang kotor untuk menyara keluarga. Lebih daripada itu ia adalah soal kedaulatan negara, yang semua warga negara tidak seharusnya berkompromi. Untuk apa mengkhianati negara sendiri dengan membuka pintu kepada anasir asing? Fikir-fikirkanlah..!!!

Suara Politik
Taminsari

Ahad, September 23, 2012

Kerajaan Selangor kelirukan rakyat dalam isu air?



Kerajaan negeri Selangor sengaja mengelirukan orang ramai berhubung isu air di negeri ini demi memenuhi agenda politiknya, tanpa menghiraukan kepentingan pengguna dan ekonomi, kata seorang aktivis kepenggunaan terkenal hari ini.

Presidan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Datuk Dr Jacob George berkata maklum balas yang beliau terima menunjukkan bahawa kebanyakan penduduk Selangor keliru tentang pihak manakah yang betul dalam isu berkenaan.

Katanya dalam keadaan yang dibelenggu kekeliruan ini, kerajaan negeri Selangor menimbulkan satu lagi perkara ke dalam isu ini - bahawa tarif air akan naik sekiranya kerajaan persekutuan meneruskan rancangannya untuk membina loji rawatan air Langat 2.

Dr George berkata beliau kesal apabila mendapati beberapa anggota exco dalam kerajaan Selangor yang sebelum ini merupakan aktivis dalam badan bukan kerajaan (NGO), melihat semua perkara secara negatif, walaupun kerajaan persekutuan berniat baik dalam rancangannya untuk memperbaiki keadaan di negara ini.

"Saya terlibat dengan pelbagai NGO selama 37 tahun. Saya dapat melihat permainan mereka (dalam isu air), strategi mereka dan mereka menimbulkan perkara yang tidak relevan, semata-mata untuk menyekat langkah yang cuba dilaksanakan kerajaan persekutuan," katanya dalam temu bual disini hari ini.

Dr George mendakwa kerajaan negeri Selangor juga menyeret isu antara pihaknya dengan Puncak Niaga Holdings Bhd ke dalam isu air di negeri ini, sedangkan ia sepatutnya diselesaikan melalui platform lain.


Beliau berkata masa yang digunakan untuk melayan perkara yang tidak relevan itu sepatutnya digunakan untuk menyelesaikan krisis air yang bakal melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kenapakah kerajaan negeri melakukan semua ini? Janganlah mencampuradukkan semua ini dan meletakkannya ke dalam satu bakul. Ini tidak betul. Ia melibatkan masa depan kami, bukan saja penduduk Selangor, tetapi juga jiran kami (di Kuala Lumpur dan Putrajaya) kerana ia (krisis air) akan memberi kesan serius," kata Dr George.

Sementara itu Kerajaan Pahang batal bekalan air ke Selangor!

Kerajaan Negeri Pahang akan membatalkan bekalan air mentah ke Selangor jika kerajaan negeri itu tidak membenarkan pembinaan projek Loji Bekalan Air Langat Dua diteruskan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, perkara itu akan dilaksanakan jika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terus berdegil dengan tidak membenarkan pembinaan logi tersebut.

"Walaupun sudah bertukar kerajaan, Menteri Besar Selangor sekarang sepatutnya menghormati perjanjian bekalan air mentah ke negeri itu dan juga Putrajaya serta Kuala Lumpur.


Saya berharap kerajaan Selangor tidak menjadikan bekalan air mentah itu sebagai isu politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Maha 2012 dan Jelajah Kesihatan Peringkat Daerah Bentong di Dataran Bentong di sini hari ini.-UMO

Suara Politik
Taminsari

DAP harus pecat Koo Ham?



DAP digesa segera memecat Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham seperti yang dilakukan oleh parti tersebut terhadap beberapa ahlinya andai benar ia mengamalkan dasar telus dan adil.

Ini berikutan tindakan Koo Ham yang bertindak keterlaluan dengan mempertikaikan tindakan umat Islam bangkit membantah penyiaran filem menghina Islam, Innocence of Muslims yang dianggapnya hanya membuang masa dan tenaga.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Pantai Sepang, R.Vellasamy mencabar Lembaga Disiplin DAP untuk memecat Koo Ham seperti mana pemecatan yang dihadapinya bersama beberapa ahli lain yang dianggap telah merosakkan nama baik parti kepada masyarakat umum.

"Saya dituduh memalsukan nama pendaftar undi walaupun pada hakikatnya saya cuma bersuara menentang penyelewengan serta mengecam corak kepimpinan parti. Antara alasan yang tertera dalam surat pemecatan saya ialah saya telah memalukan parti selain memburukkan nama parti.

"Apa yang dilakukan oleh Koo Ham adalah jauh lebih teruk kerana mempersoalkan umat Islam di negara ini, sekali gus telah menimbulkan keadaan hura-hara di negara ini. Adalah adil untuk DAP memecat beliau kerana turut merosakkan nama parti kepada umum dengan begitu mudah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau mengulas laman Twitter Koo Ham yang didakwa mengeluarkan kenyataan provokasi sebagai reaksi kepada hasrat Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk bergabung dengan Pemuda Pas mengadakan protes terhadap filem itu.

"Khairy mahu umat Islam memprotes Sam Bacile. Ia untuk Islam atau keuntungan politiknya? Adakah umat Islam membuang begitu banyak masa dan tenaga untuk ini?," kata Koo Ham dalam laman sosial tersebut.

Dakwa Vellasamy, DAP berkemungkinan besar tidak akan mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap Koo Ham kerana beliau merupakan antara pemimpin kegemaran kepimpinan tertinggi parti berkenaan.

"Walaupun Koo Ham telah merosakkan nama DAP sehingga terpaksa bersoal jawab dengan teman seperjuangan Pas, saya sangat yakin beliau tidak akan diapa-apakan malah mereka akan sedaya upaya cuba tutup kejadian ini dengan segera," katanya.

Sementara itu, bekas Ketua Audit DAP Cawangan Kampung Aman, Seri Kembangan, Yap Kon Min yang dipecat tahun lalu kerana mempersoalkan bagaimana ahli yang didapati muflis boleh dibenarkan mengundi pada konvensyen tahunan parti turut senada dengan Vellasamy.

"Saya cabar DAP untuk pecat Koo Ham jika mereka bersikap adil. Jangan pilih kasih," katanya.

Ada berani ke DAP nak memecat Koo Ham! Sama-samalah kita tunggu dan lihat?

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, September 22, 2012

Siapa Assabiyah, PAS atau UMNO?



Assabiyah menurut pengertian yang sebenarnya ialah satu sikap ta’asub atau fanatik yang melahirkan sikap ego dan bangga terhadap dirinya, kumpulannya dan keluarganya. Sikap ini menyebabkan seseorang itu sanggup melakukan kezaliman terhadap pihak lain dan sanggup menolak kebenaran dan mengenepikan keadilan.

Sikap ta’asub dan fanatik ini telah wujud dan hidup subur dikalangan masyarakat jahiliah. Oleh kerana sikap inilah mereka hidup berpuak-puak dan bermusuhan antara satu sama lain sepanjang zaman.

Apabila datang Islam sikap ta’asub dan fanatik ini telah dihapuskan dan diganti dengan sikap muhibbah dan kasih sayang sesama manusia untuk mencapai kemajuan, keamanan dan perpaduan sejagat umat Islam (Ukhwah Islamiah). Antara ajaran ajaran Islam untuk menghapuskan sikap ini iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud :-

"Bukan dari golongan kami mereka yang menyeru menghidupkan asobiah dan bukan dari golongan kami mereka yang berperang mempertahankan asobiah dan bukan dari golongan kami mereka yang mati kerana assabiyah".

Oleh kerana perjuangan asobiah itu tidak diakui oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW dan ianya bertentangan dengan Islam, maka dalam menghadapi Pilihanraya Umum 1982 PAS telah menggunakan asobiah itu untuk menuduh UMNO.

Tuduhan itu dibuat berdasarkan pentafsiran yang direka oleh PAS bahawa semangat kebangsaan melayu (Nasionalisma Melayu) itu diertikan sebagai asobiah, sedangkan menurut pengertian yang sebenarnya ialah semangat cintakan bangsa dan tanahair, yang mana dalam bahasa Arab disebut "Wathoniah" dan bukan "Asobiah". Rasullulah SAW sendiri cintakan bangsa dan tanahair dan menyeru umat Islam mencintainya sebagaimana hadis yang bermaksud :- "Cintakan watan itu adalah sebahagian dari Iman".

Walau bagaimanapun isu ini tidak lama di perkatakan kerana pemimpin pemimpin PAS telah menyedari kalau pada satu ketika mereka dengan begitu lantang menuduh ahli ahli UMNO kafir disebabkan bekerjasama dengan MCA dan MIC (Parti Bukan Islam) tidak logiknya UMNO dituduh Asobiah, sedangkan asobiah itu adalah suatu sikap taasub yang semata-mata mementingkan bangsanya sahaja, tanpa bersedia untuk bekerjasama dengan bangsa bangsa lain.

Kalau tuduhan itu diteruskan secara berpanjangan, mungkin umat Islam akan menyedari bahawa sebenarnya bukan UMNO parti assabiyah tetapi PAS.
Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari


'Mimpi Ngeri' Shahnon - Nampak Banyak 'Shit' Dalam Pas?



Ramai orang, tidak terkecuali pemimpin dan penyokong Pas, tersentak apabila Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad baru-baru ini mengecam parti itu kerana terkeluar daripada perjuangan asal.

Pas mempraktikkan dasar politik yang menyimpang kerana mengadakan hubungan dengan DAP. Semua orang tahu betapa beliau sebelum ini penyokong kuat Pas – malah ahli seumur hidup. Ketika masuk Pas, kepimpinan parti itu menjajakan nama Shahnon kerana beliau Sasterawan Negara dan tokoh akademik yang disegani.

Namun, perjalanan politik Shahnon dengan Pas tidak bertahan. Dalam tempoh kurang 15 tahun, beliau sudah nampak bagaimana Pas – termasuk golongan ulama dalam parti itu - gagal mempertahankan Islam.

Malah, Dewan Ulamak Pas dianggapnya tidak lagi berpengaruh seperti dahulu. Kini wujud bagai ‘tongkol kayu’. Ulama Pas termasuk Mursyidul Am, kini dibayangi golongan profesional.

Beliau dilaporkan berkata: "Dasar politik Pas sekarang ini langsung tak sama dengan amalan politik Rasulullah SAW bersama sahabatnya ketika membentuk Madinah. Malah, saya sendiri sebenarnya tidak berapa faham dengan perjuangan dan latar belakang golongan profesional Pas" katanya.

Kesimpulannya, Pas sekarang tidak sama macam dulu dan saya langsung tidak bersetuju dengan dasar politik semasanya.” Bayangkan, jika cendekiawan sehebat dan secerdik pun boleh tak faham dengan Pas, apa lagi rakyat biasa.".

Pemerhati politik berpendapat Pas akan membayar harga yang mahal dalam pilihan raya umum nanti ekoran pakatannya dengan DAP. Sehinggakan misi menubuhkan Negara Islam pun bertukar kepada Negara Berkebajikan dan slogan Membangun Bersama Islam dan Kepimpinan Ulama sekarang ditukar kepada Pas For All.

Ada pihak memberi cadangan agar slogan Pas Ganti Umno elok ditukar saja kepada DAP Ganti Pas. Perubahan sikap Shahnon ini sangat signifikan, kerana pengalaman yang sama turut dilalui Datuk Dr Hassan Ali dan tokoh Pas yang lain. Mereka kesal kerana Pas berkompromi soal prinsip dan perjuangan.



Dalam banyak isu berkaitan agama dan akidah, DAP dan PKR lebih dominan. Pemimpin DAP kini lebih kuat bercakap isu agama.

Banyak pelanggaran agama dan kemungkaran berlaku di Selangor dan Pulau Pinang, tetapi Pas tidak boleh buat apa. Pas juga diam apabila Majlis Peguam mempertikai kemutlakan keputusan Majlis Fatwa Kedah.

Andainya Shahnon masuk Pas dulu kerana tertarik kepada kepimpinan ulama, maka kekecewaan beliau hari ini adalah manifestasi penolakan beliau terhadap kepimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Abdul Hadi Awang.

Pengalaman Shahnon dalam politik Pas boleh dibaca dalam buku Perjalananku Sejauh Ini: Satu Autobiografi (2006).

Menurut Dr Sohaimi Abdul Aziz, Shahnon hanya menjadi wakil rakyat Pas cuma sepenggal (1999-2003) kerana dia sedar bahawa dia menemui banyak kepalsuan. “Menjadi wakil rakyat Pas Tidak membawa banyak erti kepada kehidupannya,” begitulah pandangannya ketika menjadi panelis di Seminar Pemikiran Shahnon Ahmad yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 13-14 Mei 2007. (Shahnon bertanding dan menang di kawasan Parlimen Sik dalam pilihan raya umum 1999 dengan majoriti 478 undi mengalahkan Allahyarham Tan Sri Abdul Hamid Othman).

Satu faktor yang mendorong kejayaan Shahnon dalam pilihan raya itu ialah buku satira politik cukup kontroversi, Shit (1999), yang dilaporkan terjual sehingga 130,000 naskhah.

Ironinya, Lim Kit Siang ketika itu mencadangkan Shahnon didakwa ke mahkamah kerana karya tersebut. Manakala Kementerian Dalam Negeri berpendirian tidak mengharamkannya atas dasar “pendemokrasian bahan-bahan bacaan.”

Namun, peminat sastera dan pelajar tentunya lebih mengingati Shahnon (adakala menggunakan nama pena Juwahir dan Tutang) kerana karya hebat seperti Rentong (1965), Ranjau Sepanjang Jalan (1966), Menteri (1967), Perdana (1969), Srengenge (1973), dan Al- Shiqaq 1 (1985) serta banyak lagi antalogi dan cerpen.

Shahnon kini berusia 80 tahun dan uzur. Beliau mengidap sejenis penyakit antibodi yang menyerang segala otot dan tenaga di seluruh badan sehingga daya tahan dan daya rasa menjadi lemah longlai tidak bermaya hingga menyebabkan sukar untuk bernafas, bercakap, menelan, mengunyah atau meludah.

Pembaca disaran membeli buku Kembara Seorang Hamba (Karya Bestari, Shah Alam, 2010). Ada satu perenggan di halaman 8, mungkin ditujukan kepada Pas: “Diri ini sudah lanjut usia... Tiada lagi yang sudi mengalualukannya kerana ketuaan yang dialami.

Tiada gunanya lagi walau secalit dan kini hanya menunggu hakisan dan keluputan untuk dipindahkan ke alam lain.” Begitu mendalam bunyi dan maksudnya!

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, September 21, 2012

Hudud PAS : Karpal suruh Pok Nik belajar tentang undang-undang dan juga perlembagaan?



Pengerusi DAP, Karpal Singh memberi amaran pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk tetap melaksanakan hudud bakal memberi kesan tidak baik terhadap pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

"Pas akan diberi nasihat secara mendalam agar mematuhi peruntukan Perlembagaan yang telah diterima pakai sejak negara mencapai kemerdekaan," katanya sebagai reaksi segera kepada pendirian terbaru Nik Abdul Aziz.

Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini melalui laman blognya menegaskan, pelaksanaan hudud tidak boleh dilengah-lengahkan kerana ia diwajibkan di dalam Islam dan hukum tersebut bukan satu pilihan untuk manusia menerima atau menolak.

"Tiada hukum atau undang-undang di dunia ini sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dahulu baru ia dilaksanakan," kata Nik Aziz pada 24 Ogos lalu.


Menurut Karpal seperti dipetik dalam akhbar The Sun baru-baru ini, hujah Mursyidul Am Pas itu tidak mempunyai asas undang-undang selain tidak rasional kerana ia mengabaikan jangkaan awam bahawa semua undang-undang yang diluluskan di Parlimen, mesti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Malah Parlimen juga tunduk kepada Perlembagaan. Parlimen tidak boleh melulus atau mengiktiraf undang-undang yang diluluskan Dewan Undang Negeri (DUN) yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya merujuk kepada Enakmen Kod Jenayah Syariah Negeri Kelantan yang diluluskan Pas 19 tahun lalu.

Dalam pada itu, Karpal menolak dakwaan Nik Abdul Aziz kononnya hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di Kelantan kerana wujud bantahan dari Kerajaan Persekutuan.

"Undang-undang seperti hudud adalah terbatal penubuhannya. Persetujuan dari Kerajaan Persekutuan tidak serta tidak boleh memberi apa-apa kuasa," tegas Karpal yang konsisten menolak hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.

"Pas perlu menerima realiti. Walaupun ia pahit, desakan agar hukum hudud dilaksanakan di Malaysia hanyalah retorik semata-mata," tambahnya.

Perdebatan dan perbalahan antara Pas dan DAP mengenai hukum hudud berterusan selepas isu itu kembali ditimbulkan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hasan baru-baru.

Bagaimanapun Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sendiri sudah menegaskan bahawa pakatan pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud selagi tidak mendapat persetujuan DAP dan hukum itu juga tiada dalam perancangan Buku Jingga.

Nak tahu Anwar tolak hudud ke tidak, sila lihat di sini.?

Suara Politik
Taminsari

Gambar Muka Penghina Nabi Muhammad S.A.W Terdedah?



Wajah penulis skrip filem yang menghina Nabi Muhammad SAW, Nakoula Basseley Nakoula disiarkan di laman YouTube semalam. Gambar tersebut menunjukkan dia duduk bersama pelakon Anna Gurji di set filem Innocence of Muslims yang mengaibkan Nabi Muhammad.

Akhbar Mail on Sunday di Britain turut menyiarkan gambar tersebut. Nakoula dilahirkan di Mesir dan merupakan penganut Kristian Koptik. Dia yang berusia 55 tahun kini tinggal di California, Amerika Syarikat (AS).

Nakoula pernah mengaku dia membocorkan sebahagian kandungan filem itu di YouTube.

Filem itu telah mencetuskan tunjuk perasaan di kebanyakan negara sejak Rabu lalu sehingga mengakibatkan tujuh orang terbunuh termasuk di Lebanon.

Dalam akhbar itu, Gurji yang memegang peranan sebagai isteri Nabi Muhammad berkata, dia kini bimbang tindak balas terhadapnya ekoran filem tersebut.

Menurutnya, dia ditipu Nakoula kerana pada mulanya diberikan peranan sebagai isteri seorang lelaki bernama George.

Bagaimanapun, katanya, nama George itu ditukar kepada Muhammad. Dalam perkembangan yang sama, Nakoula kini sedang bersembunyi, kata pihak berkuasa AS.

Menurut laporan agensi berita AP, Nakoula sebelum ini disoal oleh para pegawai runding cara di sebuah pejabat syerif di Cerritos, California kelmarin.

Dia disoal berhubung kes perlanggaran pembebasannya secara bersyarat ekoran menggunakan komputer untuk membocorkan sebahagian kandungan filem tersebut.

Menurut seornag jurucakap syerif, Steve Whitmore, selepas soal siasat itu, dia menaiki sebuah kereta meninggalkan pejabat tersebut.

"Selepas itu, anggota-anggota kami meninggalkan Nakoula di sebuah lokasi yang dirahsiakan.

"Kami tidak tahu ke mana dia pergi," katanya.

Nakoula telah dibebaskan secara bersyarat pada Jun 2011 selepas menjalani hukuman penjara selama 21 bulan.

Dia didapati bersalah menipu bank dengan menggunakan identiti palsu dengan membuka 600 akaun bank.

Berdasarkan syarat pembebasannya, Nakoula tidak dibenarkan untuk menggunakan komputer serta internet selama lima tahun tanpa kebenaran daripada para pegawai perunding cara.

Hakim mungkin mengarahkan dia kembali dipenjarakan kerana melanggar syarat pembebasannya itu.

Suara Politik
Taminsari

Fathul Bari nasihat Kadir Sheikh Fadzir segera bertaubat !!



Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) meminta bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir agar bertaubat segera selepas membuat kenyataan beliau mendengar suara Allah SWT agar kembali berpolitik untuk menyelamatkan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjanya, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Nabi Muhammad SAW adalah nabi dan rasul yang terakhir dan tidak ada sesiapa boleh mengaku bercakap dengan Allah SWT kini. Beliau memberikan teguran tanpa menyebut nama Abdul Kadir dan kepada semua pihak termasuk dalam UMNO serta PAS. Jelas beliau, berpolitiklah tetapi jangan membawa masuk tuhan dalam aktiviti itu.



“Datang seorang ahli politik ini kata beliau boleh dengar suara Allah SWT, saya tak menyamakan tapi boleh difahami kedudukan ini seolah-olah sama apa yang berlalu pada Nabi Musa dan sama berlaku pada Nabi Muhammad (SAW), apakah ini nabi baru.

“Saya yakin beliau bukan mengakui menjadi nabi, tetapi secara realiti, kata-kata seperti Allah SWT perintah kami ke Putaraja apa semua, zaman sampaikan wahyu telah ditutup. Tidak ada lagi wahyu. “Kalau sekiranya hendak turun berpolitik, tak payahlah tarik tuhan sekali, gunakan Allah SWT, gunakan agama untuk kepentingan, tak kiralah hang UMNO, tak kira PAS, tak kira hang PKR.

“Kita kena berhati-hati dalam isu seperti ini, saya harap orang-orang yang berkata seperti ini, tidak kira siapa pun agar bertaubat kepada Allah SWT dan beristiqfar banyak-banyak,” katanya di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Abdul Kadir dalam satu ceramah politik baru-baru ini bahawa beliau mendengar suara Allah SWT yang memintanya agar turun kembali ke barisan hadapan politik.

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Khamis, September 20, 2012

Manifesto Bukan Janji : Rakyat Selangor Kini Bangkit Tuntut Hak Mereka – GPRS!



Demonstrasi demi demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat menuntut air percuma adalah manifestasi kesedaran rakyat terhadap pembohongan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahdan berkata, demonstrasi yang dilakukan oleh penduduk Pangsapuri Angsana, Bandar Mahkota Cheras adalah luahan rasa kecewa dengan sikap lidah bercabang kerajaan negeri yang berdolak-dalik dan enggan menunaikan janji mereka.

“Demontrasi ini juga adalah rentetan desakan dilakukan penduduk di Pangsapuri Menteri Court di Petaling Jaya dan Pangsapuri Lavender Vista di Puchong yang sehingga kini masih dinafikan hak menerima air percuma dengan alasan menggunakan meter pukal.

“Malah, rakyat yang berasa tertipu dengan janji manifesto kerajaan negeri turut memfailkan saman di mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menuntut ganti rugi hampir RM500,000 terhadap tiga pihak termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Tuntutan oleh 683 pengguna air itu merupakan kumpulan pertama dari kawasan Shah Alam dan akan diikuti oleh pengguna air dari kawasan lain di negeri ini,” ujarnya sebagai mengulas demostrasi aman penduduk Pangsapuri Angsana, Bandar Mahkota Cheras semalam.

Tambahnya, tidak mustahil sekiranya penduduk di Pangsapuri Angsana yang mengandungi 3 blok dan 560 unit rumah akan mengambil tindakan yang sama sekiranya kerajaan negeri masih berdolak-dalik untuk tidak memberikan air percuma atau enggan membayar pampasan.

Tegas beliau lagi penggunaan meter pukal tidak sepatutnya dijadikan alasan memandangkan perkara itu telah dijanjikan kepada semua pemilik kediaman di seluruh Selangor sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negeri ini.

Lebih mengecewakan tambahnya kerajaan negeri lebih mengutamakan penduduk rumah teres dan rumah banglo daripada golongan kelas menengah dan atasan dalam skim air percuma tersebut, manakala golongan yang lebih memerlukan telah dinafikan hak.

“Laporan akhbar baru-baru ini menyebut para penghuni membabitkan 1,378 buah pangsapuri dan kondominium di beberapa daerah di negeri ini dikesan belum menerima kemudahan air percuma seperti yang dijanjikan oleh kerajaan negeri sejak Ogos 2008.

“Perangkaan tersebut melibatkan sebanyak 479 buah pangsapuri di Petaling Jaya, Gombak (462) dan Klang (273) yang jika puratanya melibatkan 500 pemegang akaun perkhidmatan bekalan bagi setiap premis kediaman itu. Jumlah keseluruhan penghuni boleh mencecah sehingga 689,000 orang manakala jumlah tunggakan subsidi air percuma hampir RM300 juta.

“Mengikut definisi melalui manifesto parti pembangkang, setiap rakyat negeri ini yang mempunyai akaun bekalan air adalah layak menerima subsidi sebanyak RM11.40 setiap bulan dan kalau dihitung sejak 2008, mereka mempunyai tunggakan sebanyak RM570 setiap seorang,” tambahnya.

Kerajaan negeri sebelum ini menolak tuntutan tunggakan air percuma tersebut sebaliknya mahu penduduk menukar meter air pukal kepada meter air individu bagi membolehkan penghuni pangsapuri dan kondominium di negeri ini menikmati skim air percuma tersebut.

“Jika tidak mampu melaksanakan, lebih baik tidak perlu berjanji. Rakyat di negeri Selangor semakin sedar pembohongan yang dilakukan kerajaan negeri termasuk mengatakan ‘manifesto bukan janji’ sebagai alasan untuk melarikan diri daripada tanggungjawab.

“Justeru terserah kepada rakyat Selangor untuk membuat penilaian sama ada mahu mengekalkan kerajaan negeri yang kuat temberang atau kerajaan yang lebih berkredibiliti yang mengutamakan rakyat dalam setiap pelaksanaan.

“Malah timbulnya pelbagai isu sepanjang kerajaan PKR memerintah negeri Selangor, membolehkan rakyat membuat pertimbangan tepat terhadap keupayaan kepimpinannya. Ini cukup penting bagi rakyat membuat keputusan pada pilihan raya umum tidak lama lagi,” ujarnya yang juga merupakan Exco Pemuda UMNO Malaysia.


Tegas beliau lagi penggunaan meter pukal tidak sepatutnya dijadikan alasan memandangkan perkara itu telah dijanjikan kepada semua pemilik kediaman di seluruh Selangor sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negeri ini.

Lebih mengecewakan tambahnya kerajaan negeri lebih mengutamakan penduduk rumah teres dan rumah banglo daripada golongan kelas menengah dan atasan dalam skim air percuma tersebut, manakala golongan yang lebih memerlukan telah dinafikan hak.

“Laporan akhbar baru-baru ini menyebut para penghuni membabitkan 1,378 buah pangsapuri dan kondominium di beberapa daerah di negeri ini dikesan belum menerima kemudahan air percuma seperti yang dijanjikan oleh kerajaan negeri sejak Ogos 2008.

“Perangkaan tersebut melibatkan sebanyak 479 buah pangsapuri di Petaling Jaya, Gombak (462) dan Klang (273) yang jika puratanya melibatkan 500 pemegang akaun perkhidmatan bekalan bagi setiap premis kediaman itu. Jumlah keseluruhan penghuni boleh mencecah sehingga 689,000 orang manakala jumlah tunggakan subsidi air percuma hampir RM300 juta.

“Mengikut definisi melalui manifesto parti pembangkang, setiap rakyat negeri ini yang mempunyai akaun bekalan air adalah layak menerima subsidi sebanyak RM11.40 setiap bulan dan kalau dihitung sejak 2008, mereka mempunyai tunggakan sebanyak RM570 setiap seorang,” tambahnya.

Kerajaan negeri sebelum ini menolak tuntutan tunggakan air percuma tersebut sebaliknya mahu penduduk menukar meter air pukal kepada meter air individu bagi membolehkan penghuni pangsapuri dan kondominium di negeri ini menikmati skim air percuma tersebut.

“Jika tidak mampu melaksanakan, lebih baik tidak perlu berjanji. Rakyat di negeri Selangor semakin sedar pembohongan yang dilakukan kerajaan negeri termasuk mengatakan ‘manifesto bukan janji’ sebagai alasan untuk melarikan diri daripada tanggungjawab.

“Justeru terserah kepada rakyat Selangor untuk membuat penilaian sama ada mahu mengekalkan kerajaan negeri yang kuat temberang atau kerajaan yang lebih berkredibiliti yang mengutamakan rakyat dalam setiap pelaksanaan.

“Malah timbulnya pelbagai isu sepanjang kerajaan PKR memerintah negeri Selangor, membolehkan rakyat membuat pertimbangan tepat terhadap keupayaan kepimpinannya. Ini cukup penting bagi rakyat membuat keputusan pada pilihan raya umum tidak lama lagi,” ujarnya yang juga merupakan Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Sebagai peringatan kepada regim MB Khalid,


Suara Politik
Taminsari

Dunia nak kiamat : Mengapa tiba-tiba Pok Nik Ajis nak jadi 'Melayu', bukankah sebelum ini beliau malu nak jadi Melayu?



Terkejut juga penulis apabila tiba-tiba Pok Nik menyokong hasrat Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda Pas bersama-sama mengadakan protes membantah filem anti-Islam, Innocence of Muslims.

Pada masa sama, beliau berharap bantahan itu turut disusuli tindakan yang boleh memberi pengajaran kepada pihak yang melakukan penghinaan tersebut.

"Orang Islam khususnya dan orang Melayu umumnya perlu berbuat sesuatu supaya pihak yang melakukan penghinaan ini sedar, jika tidak perkara ini akan membawa kepada perkara lain dan akhir sekali pembunuhan seperti terjadi di Tunisia.

"Biar pihak itu sedar perbuatannya mendapat tentangan dan jangan kita berdoa atau sembahyang hajat sahaja, itu tidak betul. Protes itu betul, tetapi cara lain terserah kepada keadaan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Dengan nama Allah swt yang maha pemurah lagi amat mengasihani.

Surah ( Ar-Ra'd : ayat 13.11 )

" Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya, dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia ".

Rasulullah tidak pernah menghalang umatnya menyebut tentang bangsa malah baginda berbangga sebagai bangsa Quraisy apabila menyebut 'ana Quraisy'. Baginda mengaku berbangsa Quraisy tetapi tidak bermakna baginda memperbesar-besarkan perkara itu, yang penting ialah Islam .

Tidak ada masalah dengan bangsa sebab itu dalam al-Quran, Allah berfirman : " Manusia itu dijadikan berbangsa-bangsa supaya dapat kenal-mengenali antara satu sama lain ". Maknanya Allah jadikan bangsa/kaum itu memang benar!



Penulis tidak fikir Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat @ Pok Nik sudah cukup tua untuk menjadi nyanyuk tetapi anehnya beliau sering merepek bila bercakap. Namun beliau sendiri sedar dirinya sudah tua dan letih. Ertinya secara fizikal beliau kekurangan tenaga. Cuma akalnya saja yang masih kuat untuk berlawan dengan UMNO.

Begitulah Nik Aziz yang sedang menghabiskan masa tuanya untuk menentang UMNO, parti politik yang sebangsa dan seagama dengannya. Tetapi sementelahan beliau tidak berbangga menjadi Melayu mungkin hati nuraninya tidak memihak kepada bangsa Melayu. Dengan kata lain, mungkin beliau menyesal dilahirkan sebagai bangsa Melayu.

Kasihan Nik Aziz. Beliau tidak dapat membezakan antara agama dan bangsa. Justeru beliau berasakan secara kebetulan dan automatik menjadi Melayu. Kita tidak tahu selama ini Nik Aziz tidak menganggap dirinya Melayu. Namanya saja Melayu. Ertinya beliau tidak menyukai namanya sendiri. Jadi apa pengenalan diri Nik Aziz sebenarnya?



Nik Aziz tidak percaya pada pengenalan bangsa. Sebab itu katanya beliau membina sebuah masjid di Rantau Panjang menggunakan reka bentuk Cina dalam usaha menghilangkan masalah perkauman. Mengapa menggunakan reka bentuk Cina kalau mahu menghapuskan identiti bangsa? Jika tidak percaya pada wujudnya bangsa, kenapa tidak menggunakan reka bentuk Islam?

Penulis rasa Nik Aziz menghadapi krisis identiti. Beliau menganggap dirinya seorang Islam, tetapi bukan berbangsa Melayu. Ini pengakuan beliau sendiri. Beliau mahu dikenali sebagai seorang Islam, bukan seorang Melayu.

Aneh! Sesudah lebih 20 tahun menjadi Menteri Besar baru sekarang beliau mendakwa dirinya tidak berbangga sebagai Melayu. Ini seharusnya menyedarkan orang Melayu Kelantan bahawa Menteri Besar mereka tidak bangga dengan dengan bangsa Melayu.

Mungkin ada yang menganggap penulis cuba memutar-belitkan kenyataan. Tetapi itulah yang penulis fahami daripada berita yang tersiar didalam akhbar sebelum ini. Ada manusia yang tidak suka dilahirkan sebagai bangsa Melayu. Tidaklah diketahui mengapa beliau tidak menyukai bangsanya sendiri. Mungkin ada faktor yang menyebabkan beliau jadi begitu.

Mungkin atas sebab itulah juga beliau menolak agenda perpaduan Melayu walau pun Melayu itu Islam. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Kenapa BN perlu dipertahankan?



''Negara baru Malaysia sama seperti anak yang baru dilahirkan, kita tidak boleh membiarkan anak kita yang baru dilahirkan ini lemah dan dihinggapi penyakit. Ia mesti dipelihara dan dididik sama seperti tiap-tiap seorang daripada kita mendidik dan memelihara keluarga kita sendiri.

''Anak kecil ini tidak ternilai harganya. Ia muncul sebagai satu benda yang kita sama-sama pusakai dan sama-sama kita bergantung harapan. ''Kesejahteraannya bergantung kepada cara bagaimana ia dididik dan dipelihara supaya sentiasa sihat dan bertambah kuat dari masa ia masih kecil sehingga kepada masa meningkat umur dewasa. Oleh itu masa hadapannya bergantung kepada panduan daripada jagaan yang diberi oleh rakyat negeri ini sendiri.''

Ucapan ini disampaikan oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Perhimpunan Agung UMNO pada 6 september 1964, iaitu kira-kira setahun selepas Malaysia ditubuhkan.

Kini tanah air bersama Malaysia yang suatu ketika wujud di bumi Allah ini bernama Tanah Melayu, semakin berkembang maju dan pada Ahad lalu (16 September) kita menyambut ulang tahun ke-49 penubuhannya.

Dalam usia sedemikian Malaysia yang dipimpin oleh Perikatan dan kemudiannya ditukar nama kepada Barisan Nasional (BN) mencapai pelbagai kemajuan.

Sememangnya kejayaan yang dicapai oleh Malaysia bukan diperolehi dalam satu malam, kita menempuh pelbagai kesukaran, dugaan dan cubaan. Ia memandangkan bukan mudah untuk menguruskan sebuah negara yang mempunyai latar belakang kaum dan agama berbeza.

Tetapi BN yang bermula dengan kepimpinan Tunku Abdul Rahman hinggalah sekarang di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berjaya memimpin Malaysia mencapai cita-citanya untuk menjadi sebuah negara contoh kepada negara-negara lain.

Kejayaan Malaysia itu sekali gus memenuhi impian Tunku Abdul Rahman yang pada 25 Ogos 1963 menyeru rakyat Malaysia agar bersama-sama berazam untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang boleh dibuat contoh teladan kepada seluruh dunia.

Namun begitu apa yang menjadi persoalan kepada kita, ialah apakah yang kita kecapi sekarang akan dapat dipertahankan? Apakah sanjungan dunia kepada kestabilan perpaduan rakyat negara ini akan berkekalan?.


Kita tidak harus lupakan bagaimana kelompok yang rakus mahukan kuasa politik melaungkan reformasi pada sekitar tahun 1999, mereka merasakan sudah tiba masanya BN digantikan.

Malahan sekarang, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), laungan perubahan pula dijeritkan.

Persoalannya, apakah Malaysia sudah berada keadaan begitu buruk sehingga pemerintahan kerajaan di bawah BN mahu ditukarkan sewenang-wenangnya.

''BN baru memerintah 55 tahun, kalau kita lihat kepada sejarah dunia, terdapat negara-negara yang beratus-ratus tahun hendak mencapai negara maju dan berjaya. Oleh itu kita tidak harus mudah terpengaruh dengan laungan pembangkang yang mahukan perubahan demi kepentingan politik mereka,'' kata Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Star, Datuk Yusof Ismail.

Sebagai seorang yang menjadi ahli perniagaan berjaya melalui USIMA Sdn. Bhd., Mohd. Yusof tidak mahu apa yang dikecapi oleh rakyat Malaysia sekarang tergugat hanya semata-mata termakan dengan janji dan hasutan pembangkang.

''Cuba fikirkan sejak merdeka dahulu, BN melalui gabungan tiga parti iaitu UMNO, MCA dan MIC telah berjaya membangunkan negara ini, ia semakin rancak apabila parti-parti di Sabah dan Sarawak bergabung dalam BN.

''Pelbagai dasar kita rancang dan laksanakan sehingga semua kaum mendapat manfaat, tiada siapa dipinggirkan, sebab itu kita harus pertahan BN bukannya 100 tahun lagi tetapi 500 tahun lagi kerana parti itu sahaja mampu membela nasib rakyat negara ini,'' katanya dalam pertemuan dengan penulis di Kuala Lumpur, minggu lalu.

Atas sebab itulah dalam berhadapan pilihan raya umum akan datang, rakyat harus bersama-sama bertanggungjawab bagi mempertahankan apa yang kita kecapi sekarang.


Pakatan pembangkang memang mahukan kuasa politik sebab itulah biar pun berbeza ideologi politik mereka sedia bergabung dalam satu kerjasama. Namun kerjasama mereka hanya berteras hasrat untuk menumbangkan BN dan menguasai Putrajaya tetapi soalnya mampukah mereka mentadbir seperti mana dilakukan oleh BN selama ini?

Mereka tidak ada perancangan, apa yang mereka lakukan sekadar menjadi 'saudagar mimpi dan pemborong janji'. Mereka hanya tahu menyalahkan BN seolah-olah mereka pilihan terbaik untuk memimpin negara.

Kita tidak menafikan dalam pentadbirannya, BN juga ada kelemahan tetapi ia tidak sampai kepada menghumban rakyat dan negara ini dalam lembah kesengsaraan dan kekacauan.

Segala permasalahan rakyat sentiasa menjadi keutamaan BN sebab itulah dari semasa ke semasa biar pun bertukar kepimpinan tradisi membela rakyat yang dipelopori oleh parti itu tidak pernah ditinggalkan.

BN sentiasa prihatin dengan nasib rakyat sebab itulah jika ada sebarang kekurangan atau kelemahan, kepimpinan parti itu akan memerah otak untuk mengatasinya.

Justeru, janganlah kita mudah menggadaikan masa depan negara hanya kerana taksub dan ghairah kepada slogan perubahan dan reformasi serta janji kononnya pembangkang boleh memerintah lebih baik daripada BN.

Percayalah, untuk membentuk, membangun dan menstabilkan sebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia bukan mudah.

''Kita sekarang menjadi contoh kerana tidak ada satu pun negara di dunia seperti Malaysia yang mana pemimpin utamanya orang Islam dan dibantu oleh bukan Islam membangunkan negara ini sampai ke tahap sekarang.

''Tetapi pembangkang mahu merosakkan semua ini semata-mata kerana kemaruk kuasa,'' kata Ahli Dewan Negara Senator Ezam Mohd. Noor dalam ceramahnya di Gombak, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Sebab itulah dalam keadaan negara berhadapan dengan mainan politik pembangkang sehingga mereka hampir berjaya menumbangkan BN dalam pilihan raya umum lalu, rakyat perlu menarik nafas lega apabila, Perdana Menteri muncul dengan gagasan 1Malaysia dengan slogan 'Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.'

Gagasan ini bukan slogan politik tetapi bagi meniupkan semangat kepada rakyat untuk bertaut di bawah satu payung dengan mengutamakan kesejahteraan masa depan negara.

Rakyat perlu diperingatkan selama 55 tahun merdeka, mereka hidup dalam aman damai kerana berpegang teguh kepada semangat toleransi dan muhibah serta kebijaksanaan BN memerintah.

Justeru kenapa perlu semua itu mahu dikorbankan hanya kerana ingin memenuhi tuntutan politik sesetengah puak yang kemaruk kuasa? Fikirkanlah!

Oleh : ZULKIFLEE BAKAR

Suara Politik
Taminsari

Rabu, September 19, 2012

Majalah Perancis pula siar kartun Nabi, Islam tambah marah?


Umat Islam Indonesia melaungkan slogan ketika mengadakan protes di luar Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jakarta, Indonesia, hari ini.

Sementara protes berhubung filem Innocense of Muslims masuk minggu kedua, sebuah majalah satira Perancis, Charlie Hebdo pula menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW hari ini sehingga membawa kepada kritikan pihak berkuasa negara itu dan menambah kemarahan umat Islam.

Perkembangan itu menyebabkan polis rusuhan terpaksa dikerah untuk melindungi pejabat majalah tersebut.

Muka depan majalah terbabit yang menunjukkan Yahudi Ortodoks menolak serban seorang individu yang digambarkan sebagai Nabi Muhammad, malah beberapa gambar didalam majalah tersebut turut diletakkan termasuk gambar bogel.

Editor majalah itu berkata pihaknya "akan mengejutkan" mereka yang mahu dikejutkan.

Majalah tersebut dikeluarkan ketika bantahan yang meruncing terhadap filem anti - Islam tersebar di internet. Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius mengutuk keputusan Charlie Hebdo yang bersifat provokatif dan telah mengarahkan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di pejabat diplomatik di negara-negara Islam.

Editor majalah tersebut, pada asalnya seorang kartunis yang menggunakan nama Charb, nafi melakukan provokasi terhadap perkara tersebut.

"Ia adalah satu kebebasan akhbar, adakah ia satu provokasi?" katanya.

"Saya tidak menyuruh masyarakat Islam untuk membaca Charlie Hebdo, seperti mana saya tidak akan pergi ke masjid untuk mendengar khutbah, mendengar perkara yang saya sendiri tidak percaya," katanya.

Seorang imam besar masjid di Paris, Dalil Boubakeur menyeru empat juta umat Islam di Perancis agar bertenang.

"Ia adalah satu kekeliruan, kesedihan dan kebimbangan yang telah saya lalui, di mana ia menambah lagi kemarahan umat Islam yang berlaku sekarang di seluruh negara Islam," kata beliau.

"Saya merayu kepada mereka agar untuk tidak mencurah minyak dalam api yang sedang marak," katanya.

Majlis Islam Perancis turut memohon umat Islam agar bertenang.

Suara Politik
Taminsari

Benarkah Brother Anwar pilih tinggal dalam buangan di Amerika?



Benarkah apa yang saya dengar ni? Yang memberitahu saya pun bukan calang-calang orang. Siap dengan pelan rancangan dan sebagainya. Ia mengenai kisah, siapa lagi, jika bukan Brother Anwar bin Ibrahim kita.

Menurut rancangan itu dia akan meninggalkan negara ini dan hidup dalam buangan di sebuah negara. Orang putih kata hidup dalam exile. Segala persiapan, menurut al-kisah itu sudah siap sedia. Tapi exile yang dimaksudkan bukan dia dibuang negeri oleh sang penguasa, tapi memilih untuk tinggalkan negara secara sukarela.

Negara yang akan didiaminya tidak lain dan tidak bukan ialah negara Uncle Sam iaitu Amerika Syarikat. Bandar raya yang dipilih ialah New York. Beliau dikatakan sudah pun memiliki rumah di situ.

Benarkah Brother Anwar? Mengapa sudah tidak tahan lagikah tinggal di Malaysia? Menurut maklumat itu, segala berita mengenai sokongan yang diperolehnya daripada kumpulan Yahudi antarabangsa, dan kritikan yang dihadapinya di Malaysia, telah menaruh simpati yang amat sangat di kalangan pelobi-pelobi Yahudi di Amerika Syarikat.

Kononnya, lagi banyak Anwar kena hentam di Malaysia di atas pembabitannya dengan kumpulan Yahudi itu, lagi banyak simpati yang akan diperolehnya daripada puak-puak pelobi Yahudi di negara itu.

Anwar, mungkin merasakan lebih senang tinggal di luar negara, dan melancarkan ‘serangan politik’ ke atas Malaysia dari sana. Banyak juga pemimpin antarabangsa (seperti dan setaraf Anwar) yang akhirnya tinggal dalam buangan di luar negara, serta melancarkan serangan balas ke atas negara mereka sendiri dari negara buangan itu.

Ada yang berjaya pulang semula ke negara asal sebagai Presiden atau PM, ada yang mati dibunuh separuh jalan dan ada yang terus tinggal sampai habis hayat di negara buangan itu.

Cerita mengenai Anwar ini bukan mustahil boleh berlaku. Persoalannya bila? Mungkin juga sebelum pilihan raya umum ini atau selepas itu, kita tidak tahulah. Tapi menurut kisah itu, perancangan telah diatur rapi.

Benarkah juga Anwar kini dikatakan tidak lagi mendapat sambutan di kawasan pilihan rayanya sendiri di Permatang Pauh? Benarkah ada satu insiden baru-baru ini Anwar dikatakan naik berang dengan menumbuk meja di depan jentera kempennya kerana sambutan yang diterima dalam satu ceramah di situ sungguh mengecewakan sekali?

Benarkah Anwar tidak lagi selesa untuk bertanding di Permatang Pauh dan mencari satu atau dua kawasan yang lebih selamat dalam PRU-13 ini? Antara kawasan-kawasan yang disebut-sebut ialah Batu Kawan atau Nibong Tebal?

Benarkah puterinya, Nurul Izzah juga akan meninggalkan Lembah Pantai? Para penasihat PKR dikatakan menasihati Nurul supaya meninggalkan kawasan itu. Penasihat Nurul sendiri telah melabelkan Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik dengan jolokan Menteri Lembah Pantai, dan oleh itu lebih baik Nurul angkat kaki sahaja.

Nurul dikatakan akan balik bertanding di Permatang Pauh, mengambil alih tempat bapanya?

Benarkah juga ada cadangan supaya sekiranya Anwar bertanding sekali pun, calon yang paling layak dan sesuai untuk melawannya ialah Ketua Pemuda UMNO yang cukup versatil iaitu Khairy Jamaluddin (KJ)? Bagi saya itu juga satu cadangan yang baik kerana ia akan memperlihatkan pertandingan buku bertemu ruas.

Berbalik kepada rancangan besar Anwar untuk hidup dalam buangan, menurut al-kisah itu, Anwar akan ditemani oleh isterinya Wan Azizah Wan Ismail. Anak lelaki mereka, dalam pada itu, kini sudah pun tinggal di Washington D.C menemani isterinya yang bekerja di sebuah bank Amerika di situ.

Jika begitulah al-kisahnya, maka lebih baik Anwar berada di sana sahaja. Sebelum ini semasa kes Saiful Bukhari sedang berlangsung, kedengaran juga Anwar akan meninggalkan Malaysia dan tinggal di negara luar. Tapi kisah itu hanya tinggal kisah kosong sehingga kini.

Kali ini mungkin betul kot? Berdasarkan cerita itu nampaknya memang ada pergerakan ke arah itu. Maka kononnya juga Anwar dikatakan mempunyai sejumlah wang yang mencukupi untuk tinggal di Amerika Syarikat, selama mana yang beliau mahu.

Benarkah juga akan berlaku sesuatu yang besar di Malaysia sebelum Anwar berangkat?

Jika semua ini tidak benar, anggaplah sahaja ia satu lagi gosip politik yang perlu kita renungkan. Lagi pun, Malaysia kan sebuah negara yang asyik bercakap politik 24/7 – 24 jam 7 hari seminggu!

Oleh : Zaini Hassan UMO

Suara Politik
Taminsari