Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Ahad, Oktober 07, 2012
PAS Pesongkan Akidah Ummah?
Sesuai dengan nama Islam yang ada pada PAS maka pemimpin pemimpin dan ahli-ahlinya telah menggunakan nama itu untuk menunjukkan bahawa PAS itu selaras dengan Islam, meskipun pada amalan dan tindakannya jauh berbeza bahkan kadang kala bertentangan dengan Islam itu sendiri.
Tindakan itu dilakukan bertujuan supaya umat Islam tertarik dengan perjuangan PAS, kerana pemimpin pemimpin PAS menyedari bahawa orang orang Islam di negara ini tidak mudah menolak atau membantah sesuatu yang dikatakan Islam. Akibatnya ramai dikalangan mereka yang kurang memahami Islam tertipu dan mensifatkan PAS itu Islam.
Islam itu PAS sehingga menjadikan mereka golongan fanatik PAS serta sanggup bertindak apa sahaja terhadap apa sahaja terhadap orang orang yang tidak menyokong PAS, malah ada setengah tempat menganggapkan PAS ITU PARTI ALLAH.
CONTOHNYA PAPAN TANDA YANG TERLETAK DI KAMPUNG KERINCHI TEPI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR SEMASA KEMPEN PILIHANRAYA UMUM 1986.
Untuk menyelamatkan umat Islam daripada kekeliruan ini, ramai tokoh-tokoh agama telah memberi penerangan dan menerbitkan buku-buku serta risalah mengenai Islam dan Parti politik. Termasuk juga bekas seorang tokoh PAS iaitu Ybhg Dato’ Hj Mohamad Nasir. Beliau menerbitkan sebuah risalah yang bertajuk "JANGAN KELIRU – AGAMA (ADDIN) TIDAK BOLEH DIANGGAP BADAN POLITIK".
Dalam risalah tersebut diterangkan tentang perbezaan antara agama dan parti politik dan disertakan pula ayat ayat suci Al- Quran dan hadis hadis Nabi sebagai panduan, antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Ad-Dailamy dari Ali R.A yang bermaksud :-
"Jangan kamu sekali kali mengqiaskan agama kerana sesungguhnya agama itu tidak boleh diqias dan permulaan orang yang mengqiaskan itu Iblis".
Walau bagaimanapun terdapat usaha-usaha yang dilakukan oleh tokoh-tokoh yang berkenaan bagi mengelak kekeliruan ini, namun ianya tidak menampakkan banyak perubahan, malah ramai dikalangan umat Islam, terutama di Kelantan dan Terengganu yang menganggapkan PAS itu Islam, Islam itu PAS. Ini mungkin disebabkan kempen kempen yang boleh mengelirukan mereka masih berterusan dilakukan oleh orang orang PAS.
Sebagai contoh, apabila saja penceramah-penceramah PAS bercakap mereka selalu menegaskan bahawa "Sesiapa yang tidak menyokong PAS bererti mereka tidak menyokong Islam, dan sesiapa yang menolak PAS bererti mereka menolak Islam".
Dan Ketua Dewan Ulamak PAS pada masa itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri semasa bercakap di Gua Musang telah mengeluarkan fatwa, haram jika ada mana mana parti politik yang menentang pimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam. Rujuk kepada ucapan majlis perasmian penubuhan cawangan baru PAS di Renok B, Gua Musang Kelantan pada 23hb April 1994.
Wallahuallam
Suara Politik
Taminsari
Bas mewah: MB Selangor didesak agar tidak cuba sembunyi fakta?
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didesak supaya tidak cuba menyembunyikan fakta berhubung pembelian dan pemilikan bas mewah dua tingkat untuk kegunaan kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Desakan itu dikemukakan Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), antara lain turut meminta Abdul Khalid mendedahkan punca kewangan sebenar bagi pembelian bas yang sebelum ini dianggarkan berharga RM900,000.
Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, sikap berdiam diri tentang isu tersebut seolah-olah ada sesuatu tidak kena dalam proses pembelian bas berkenaan yang menurut Abdul Khalid dibuat menerusi sewa beli selama enam bulan tanpa menggunakan wang kerajaan negeri.
Namun sehingga hari ini, Abdul Khalid tidak mendedahkan secara terperinci bagaimana pembelian bas mewah itu dibuat, termasuk sumber kewangan untuk membeli kenderaan yang didaftarkan di bawah namanya dengan nombor pendaftaran BLU 8779.
"Apakah Abdul Khalid sengaja tidak mahu mendedahkan proses sebenar pembelian bas mewah itu, sebaliknya hanya membuat kenyataan secara umum bahawa beliau memilikinya melalui sewa beli selama enam bulan.
"Sekiranya Menteri Besar merasakan proses pembelian dan pemilikan bas mewahnya itu dibuat secara telus, beliau harus mendedahkan secara terperinci tentangnya. Sebagai Menteri Besar, sebarang tindakan yang dilakukannya tidak boleh lari dari sudut kepentingan awam di negeri ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebelum ini, sebuah laman blog, http://sel13.com menyiarkan laporan mempertikaikan pembelian 50 model lori kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta oleh kerajaan PKR Selangor termasuk bas dua tingkat dan trak kontena serba guna untuk parti itu.
Selain itu, blog terbabit turut mempersoalkan kenyataan Abdul Khalid yang mendakwa bas mewah digunakan parti itu sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah disewa dan dibiayai sepenuhnya oleh beliau tanpa menggunakan wang kerajaan negeri.
Dalam pada itu, Hamidzun turut meminta Menteri Besar supaya mendedahkan butiran terperinci pembelian bas mewah itu sama ada mempunyai kaitan dengan pembelian 50 buah kompaktor sampah oleh kerajaan negeri sebelum ini.
Katanya, selain jenamanya sama iaitu Dong Feng dari China, bas mewah serta kompaktor sampah tersebut turut dipasang dan diubahsuai dari sebuah kilang yang sama di Rawang.
"Jika Menteri Besar memiliki bas mewah terbabit, adakah beliau mempunyai kaitan dengan pembelian 50 buah kompaktor sampah oleh kerajaan negeri sebelum ini. Jika tidak, Menteri Besar perlu menjelaskan syarikat mana yang menaja pembelian bas mewah itu.
"Kita difahamkan Menteri Besar tidak boleh membuat pinjaman untuk membeli bas mewah itu kerana beliau disenaraihitamkan, susulan kes pinjaman RM60 juta dengan Bank Islam yang kini dalam proses mahkamah," ujarnya.
Pada masa sama, beliau turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menjalankan siasatan tentang pembelian bas mewah tersebut sama seperti suruhanjaya itu melaksanakan siasatan terhadap syarikat National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp).
Suara Politik
Taminsari
Sabtu, Oktober 06, 2012
Bila Anwar dah jadi SEWEL..!!! Katanya pinjaman pendidikan mesti dibayar balik?
Agak mengejutkan apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar perjuangan pakatan pembangkang apabila menegaskan, pinjaman yang digunakan untuk membiayai kos pendidikan mesti ditunaikan.
Anwar menjelaskan, perkara itu tidak boleh dipertikaikan kerana kewajipan membayar hutang telah ditegaskan di dalam al-Quran.
"Saya ingin tegaskan dalam masalah pendidikan, hutang memang harus dibayar dan apabila ada perjanjian harus ditunaikan," katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Kewangan (No. 2) 2012 di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Sebelum itu, Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) ketika mencelah sesi perbahasan tersebut meminta Anwar mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kewajipan membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam pembentangan Bajet 2013 Jumaat lalu.
Kenyataan Anwar itu mengelirukan kerana selama ini, pembangkang sering berjanji kepada rakyat khususnya pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan memansuhkan PTPTN sekiranya berjaya menjadi kerajaan.
Idea pemansuhan PTPTN yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim telah menjadi topik hangat yang diperbincangkan, sehingga membawa kepada debat di antara Khairy Jamaluddin dengan Rafizi Ramly.
Umum mengetahui bahawasanya PAS dan DAP telah menarik brek berkenaan isu ini, kerana dilihat memberi “political damage” kepada mereka. Anwar Ibrahim, sebelum ini telah diasak kiri dan kanan oleh sekutunya dalam satu mesyuarat Pakatan gara-gara tindakannya cuba menjadi jaguh di dalam isu ini.
Kita sedia maklum, bahawa PTPTN banyak membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana demi cita-cita melihat anak mereka berupaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Pemansuhan PTPTN hanya akan menghadkan akses kepada pengajian tinggi terutamanya di kalangan pelajar miskin.
Bukan hanya menampung kos yuran pembelajaran, PTPTN juga sebenarnya membiayai kos sara hidup pelajar. Isu yang mula didendangkan pada bulan Februari 2012 ini rupanya telah memberi kesan yang cukup besar kepada masyarakat.
Desakan pemansuhan PTPTN oleh Anwar Ibrahim dan disambut pula oleh segelintir golongan mahasiswa CGPA 2.5 dan ke bawah amatlah mendukacitakan. Kita faham kalau golongan tersebut enggan membayar balik pinjaman gara-gara keputusan peperiksaan mereka tidak melayakkan untuk PTPTN ditukar menjadi biasiswa penuh.
Namun, apa yang sangat membimbangkan ialah idea ini telah memberi kesan yang mendalam terhadap kutipan bayaran balik PTPTN yang semakin merosot dengan mendadak, dipercayai gara-gara idea pemansuhan ini.
Implikasi daripada gesaan kepada peminjam agar tidak membayar hutang PTPTN telah menyebabkan prestasi bayaran balik pinjaman PTPTN telah menurun. Pada bulan Februari 2012, jumlah bayaran balik pinjaman PTPTN adalah sebanyak RM94,984,485 menurun kepada RM68,690,976 pada bulan Mac 2012. Angka tersebut semakin merundum pada bulan April 2012, iaitu sebanyak RM57,119,423.
Penurun mendadak ini, diyakini adalah kerana gerakan pemansuhan PTPTN yang dilancarkan, sehingga kemuncaknya iaitu “#Occupy Dataran” sebelum bergabung dalam demo ganas jalanan BERSIH 3.0.
Senario ini, seandainya berterusan, akan memberi kesan kepada pelajar-pelajar lain di masa hadapan. Anwar Ibrahim dan “mahasiswa sewel” harus bertanggungjawab dalam penurunan kutipan pinjaman PTPTN ini.
Kesimpulannya, perubahan yang mendadak dari tingkah laku dan kenyataan Anwar membuatkan rakyat tertanya-tanya apakah Anwar sudah 'bertaubat' ataupun sudah menjadi tidak siuman mahupun SEWEL..!!!
Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
Siapa Sebenarnya Karpal Singh dan Mengapa Anwar Mempertahankannya!
DAP apabila berjaya menguasai Pulau Pinang, Perak dan Selangor dengan pertolongan Pas dan PKR dalam PRU ke-12 yang lalu, mereka telah mula menunjukkan belang mereka bilamana pengerusinya Karpal Singh telah berani dengan angkuhnya mencabar titah Sultan Perak dengan mengeluarkan kenyataan bahawa sultan tidak berhak melantik semula pegawai kerajaan termasuk di Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).
Sehingga kini masih lagi dengan keputusannya tidak mahu memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Perak dan juga Agong walaupun didesak oleh ramai pemimpin-pemimpin masyarakat termasuk membuat lapuran polis, Karpal Singh masih tetap dengan pendiriannya mengatakan dia tidak bersalah.
Tun Dr. Mahathir pernah menggambarkan Karpal Singh sebagai ahli politik yang licik dan merbahaya dan penulis fikir amat wajar memandang serius kenyataan yang keras tersebut kerana ianya datang daripada seorang pemimpin yang terkenal dengan daya pemikiran yang hebat dan sentiasa berfikiran jauh ke hadapan.
Sebab itu sampai sekarang Karpal Singh masih berdendam dengan Tun Dr. Mahathir dan terbaru Karpal Singh telah membuat lapuran polis terhadap Tun Dr. Mahathir berikutan kes perlantikan hakim.
Karpal Singh memang seorang yang mempunyai sikap perkauman yang tinggi serta amat anti kepada Islam. Tetapi, dia amat bijak dalam menyembunyikan identiti sebenarnya dengan menggunakan hujah-hujah yang nampak biasa kepada golongan kebanyakan orang yang mempunyai IQ sederhana. Walau bagaimana, dia tidak dapat menipu golongan yang mempunyai IQ yang tinggi.
Isu pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas adalah salah satu isu sengaja yang dimainkan oleh DAP dan Karpal Singh khususnya demi kepentingan politik mereka. Namun, ramai orang Melayu Islam tidak mengetahui hakikat sebenar kenapa Karpal Singh dan DAP ingin sangat memulihkan imej Tun Salleh Abas.
Banyak isu yang dikaitkan dengan pemecatannya adalah mengenai pembubaran parti UMNO. Hakikatnya,ini adalah salah satu isu yang bukan menjadi isu negara kerana ianya hanya melibatkan parti UMNO sahaja.
Apa yang tersirat sebenarnya adalah Tun Salleh Abas pernah membuat penghakiman bahawa Malaysia bukan Negara Islam dan adalah sebuah Negara Sekular berdasarkan undang-undang dan perlembagaan. Jadi adalah penting bagi imej Tun Salleh Abas dipulihkan bagi menaikkan semula nilai penghakiman tersebut.
Hanya dengan bantuan pemimpin Melayu Islam sendiri, Karpal Singh dan DAP akan memanipulasikan isu penghakiman Tun Salleh Abas ini dan akan dijadikan rujukan sepanjang zaman jika ada sesiapa sahaja cuba menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam yang sebenarnya.
PAS yang terperangkap dengan isu dan fakta ini terpaksa akur dengan ketetapan yang telah dipersetujui. Sebab itu manifesto Pas 2008 tiada menyebut langsung dengan penubuhan Negara Islam. Mereka takut dengan DAP dari Allah Taala.
Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Karpal Singh ( dan Mat Sabu, Naib Presiden PAS sekarang ) adalah merupakan orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Anwar Ibrahim pada 1998 semasa DAP mengadakan Konvensyen mereka di Kuala Lumpur. Karpal Singh telah menegaskan di hadapan ahli-ahli DAP di konvesyen itu dan mendakwa bahawa dia mempunyai bukti bahawa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk.
Dia turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir mengambil tindakan ke atas Anwar kerana salahlaku seksnya dan membicarakan Anwar. Pendedahan salahlaku Anwar oleh Karpal Singh berlaku 5 bulan sebelum salahlaku seks Anwar didedahkan kepada umum oleh Dr Mahathir.
Pelik tapi benar, apabila dua orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah orang pertama yang membuat tuduhan terhadap Anwar tetapi hari ini mereka amat menyanjungi Anwar. Tentu sukar untuk dipercayai bahawa orang yang sama membuat dakwaan pertama tentang salahlaku Anwar ialah orang yang sama turut menjadi sebahagian daripada pasukan peguambela Anwar dalam kes tersebut.
Tetapi kenapa Karpal Singh yang pernah menuduh Anwar dengan tuduhan tersebut, bertindak menjadi peguambela bagi kes yang sama? Tidakkah ini kelihatan seperti “ada udang di sebalik batu “? Lebih menghairankan lagi apabila Anwar sendiri rela diwakili oleh Karpal Singh yang pernah menuduhnya melakukan salahlaku seks. Atau adakah disebabkan dendam Karpal Singh terhadap Tun Dr. Mahathir pada masa itu?
Penulis berpendapat Anwar bersetuju menerima Karpal sebagai sebahagian pasukan peguambelanya kerana beliau tidak perlu malu dan segan untuk dia meluahkan segala rahsia seksnya kerana yakin Karpal sendiri sudah mempunyai maklumat yang sama apabila membuat dakwaan sebelum ini.
Jadi Anwar tidak perlu berselindung dengan Karpal dan memudahkan Karpal Singh mengatur strategi untuk membela Anwar dalam perbicaraan nanti. Pada masa itu, Karpal Singh mengambil peluang ini untuk menawarkan khidmatnya sebagai peguambela Anwar. Karpal sedar bahawa Anwar akan terpaksa mendedah segala maklumat penting bagi membolehkannya membela Anwar.
Jadi, boleh disimpulkan bahawa setiap sejarah hidup, perilaku dan tindakan yang pernah diambil oleh Anwar sudah berada di tangannya. Karpal juga mengambil kesempatan untuk menjadi popular apabila membuat tuduhan bahawa ada konsipirasi untuk membunuh Anwar menggunakan asernik dan sebagainya.
Hakikat sebenarnya tuduhan konspirasi ini tidak pernah wujud kerana apabila diperiksa oleh pihak doktor tiada sebarang sisa arsenik dalam tubuh badan Anwar. Malah jika benar dakwaan Wan Azizah bahawa Anwar disuntik oleh virus HIV, penulis yakin Anwar sudahpun meninggal dunia hari ini kerana penyakit AIDS.
Karpal bijak mengatur strategi politiknya dengan baik dan hebat sehingga sampai ke hari ini dia tidak begitu menonjolkan sikapnya yang sebenar sebagai seorang anti Melayu dan anti Islam.
Sememangnya percaturan politiknya sukar dibaca dan hebat kerana berjaya memperbodohkan ramai pemimpin Melayu Islam dari PAS dan PKR!! Karpal Singh sedar bahawa dia tidak boleh memecahbelahkan orang Melayu tanpa menggunakan orang Melayu sendiri. Jadi, dia berjaya menggunakan isu Anwar dengan baik untuk memecahkan perpaduan orang Melayu seterusnya melemahkan Islam di Malaysia.
Karpal sememangnya tidak boleh menerima hakikat bahawa Malaysia diperintah oleh seorang pemimpin Melayu yang berwibawa dan berpandangan jauh seperti Tun Dr Mahathir. Pada masa itu, dia juga tidak boleh menerima Anwar Ibrahim sebagai pengganti Perdana Menteri kerana dia adalah seorang Melayu Islam.
Kenapakah sekarang DAP dan Karpal Singh setuju sebulat suara untuk melantik Anwar sebagai PM jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan Kerajaan Pusat. Terbaru DAP menggunakan Hindraf untuk menekan kerajaan BN. Ramai pemimpin Hindraf adalah ahli DAP dan Anwar sendiri menyokong Hindraf.
Alasannya cukup mudah dan hebat!! Semasa menjadi peguambela Anwar, Karpal telah berjaya mengumpulkan banyak bukti hasil pengakuan Anwar sendiri dalam usaha untuk membebaskan dirinya daripada tuduhan salahlaku seks.
Penulis yakin Karpal Singh dan DAP masih menyimpan bukti-bukti ini bagi mengawal tindakan Anwar apabila dia menjadi PM nanti. Kita tahu bahawa sememangnya terdapat peruntukan undang-undang yang mewajibkan peguam menyimpan rahsia anak guamnya.
Tetapi Karpal ini sebenarnya bukan seorang yang amanah dan jujur, dia lebih mementing kepentingan politik dan tidak kisah sekiranya hilang kelayakan professional sebagai seorang peguam. Lebih besar faedahnya, jika dia berjaya memastikan Anwar Ibrahim mengikut telunjuknya dengan bukti-bukti yang ada pada Karpal.
Anwar yang sememangnya gilakan populariti pasti tidak berani untuk melawan kerana bimbang rahsia yang memalukan akan terdedah kepada umum terutama penyokongnya yang setia. Jika ini berlaku, setiap tindakan dan keputusan Anwar tentunya akan memihak kepada Karpal Singh dan DAP.
Pada masa itu nanti, orang Melayu hanya mampu melihat tanpa dapat melakukan apa-apa tindakan. Tidak hairanlah kenapa Anwar Ibrahim begitu mempertahankan Karpal Singh dalam kes biadapnya di negeri Perak.
Suara Politik
Taminsari
Jumaat, Oktober 05, 2012
Biar Salah Pilih Isteri Daripada Salah Pilih Kerajaan!

Lebih baik salah pilih isteri daripada salah pilih Kerajaan.’ Ungkapan yang selalu menjadi gurauan di kalangan kelompok elit ketika Eropah mula bertatih mengamalkan demokrasi dan mencari kecemerlangan kepimpinan pada awal abad ini. Ia menggambarkan betapa rakyat yang sanggup berkorban untuk mendapatkan Kerajaan yang baik biarpun terpaksa menghadapi ketidaktentuan rumahtangga.Pada hari ini semua orang mahu mempunyai kedua-duanya iaitu isteri yang baik dan sudah tentu Kerajaan yang cemerlang. Mengapa perlu sebuah Kerajaan yang cemerlang? Memperkatakan soal ini selalunya menyaksikan perbezaan persepsi. Bagaimanapun pembinaan persepsi di kalangan sebahagian rakyat kadangkala ditenggelamkan dengan emosi, dendam. Jurus pandangan yang tertutup dan perkiraan yang dangkal.
Itulah senario di negara ini sekarang ketika setiap kali rakyat menanti pilihanraya umum sebagai kesempatan terpenting demokrasi untuk melaksanakan keinginan politik mereka samada mahu mempertahankan status quo atau mencuba pakatan alternatif terdiri daripada pakatan pembangkang. Menilai parti pembangkang di negara ini bukanlah suatu yang sukar.
Tidak perlu dilakukan analisis mendalam sebagaimana tradisi parti alternatif di Amerika Syarikat atau di Britain. Di negara-negara berkenaan parti alternatif menekankan soal kualiti supaya mereka dilihat dinamik. Di Malaysia parti alternatif lebih merupakan parti emosi daripada parti bercirikan kekuatan akhliah selain tidak bersandar kepada nasionalisme.
Mereka tidak banyak memperkatakan soal kecemerlangan ekonomi, sistem pentadbiran terkini, pengembangan Islam secara berhemat, pembangunan teknologi tinggi dan pembangunan pendidikan yang menyeluruh. Dengan kata lain adalah sukar mengharapkan pakatan alternatif meneruskan revolusi akhliah di negara ini apatah lagi menghadapi cabaran alaf baru. Sejak kebelakangan ini parti pembangkang yang mendapat nikmat besar daripada demokrasi di negara ini mengalakkan ribuan ceramah politik di merata pelosok negara dalam usaha mendapat sokongan.
Ceramah-ceramah ini sarat dengan menyemarakkan kebencian terhadap kerajaan dan bukannya mahu menyaingi kerajaan yang ada secara berkualiti. Jangan mimpi untuk mendengar ceramah yang berwacana, berhemat dan bermoral selain asyik menafikan kebaikan dan kecemerlangan kerajaan. Para pemimpin pembangkang tidak seharusnya membawa budaya “denial syndrome”.
Alangkah baiknya jika Ustaz Hadi berkata begini, " Kami menyambut baik kejayaan Kerajaan mengatasi kegawatan ekonomi tetapi jika kami diberi peluang memerintah, kami akan menunjukkan prestasi ekonomi yang lebih baik misalnya dengan …." Alangkah baiknya jika Wan Azizah berkata,"projek MSC yang dibangunkan kerajaan bersifat strategik untuk kepentingan rakyat masa depan tetapi jika kami diberi peluang memerintah kami akan mengembangkan lagi projek itu supaya lebih berjaya. Kami sudah mengatur program pembangunan teknologi maklumat yang berdaya maju untuk dinilai oleh rakyat.
"Alangkah baiknya jika Nik Aziz menasihatkan penyokong pembangkang dengan berkata, "Memandangkan UMNO sebagai parti nasionalis yang memperjuangkan Melayu bererti memperjuangkan Islam maka kita harus juga bersaing dengan cara yang lebih terhormat supaya rakyat lebih menerima kita. Konsep musyawarah Barisan Nasional (BN) adalah baik dan sebab itulah kita tiru mana sesuai seperti mengadakan kerjasama dengan DAP."
Alangkah baiknya jika Pemuda Keadilan yang selama ini begitu emosi dalam tingkah laku serta ucapan turut menjuruskan pemikiran mereka kepada soal wacana supaya boleh dikongsi oleh rakyat. Misalnya dengan memperkatakan soal cabaran alaf baru seperti kewujudan masyarakat global yang dipanggil “Children of plenty” dan “Generation X”. Inilah budaya pemimpin muda parti alternatif negara lain.
Jika pemimpin pembangkang mengamalkan kematangan berpolitik, majoriti rakyat kemungkinan besar boleh menerima tawaran alternatif mereka. Pakatan pembangkang miskin dengan kematangan dan kesederhanaan tetapi kaya dengan kerakusan. Kesederhanaan dan kematangan mampu menundukkan apa saja ancaman, kegawatan dan ketidaktentuan sebagaimana percatusan Nabi Muhammad S.A.W ketika merangka Perjanjian Hudaibiyah. Dalam menjamin "national security" negara tidak perlu nafsu tetapi sebaliknya kebijaksanaan, kerja keras dan muafakat selain kesederhanaan dan kematangan.
Setakat ini pakatan pembangkang telah mengamalkan beberapa pendekatan antaranya demonstrasi jalanan seperti di Jakarta, memanfaatkan sepenuhnya internet dengan cara yang cukup jijik, kegelojohan memasang bendera parti sebagai kesan psikologi awal dan kempen-kempen yang malangnya dipenuhi dengan tuduhan liar, fitnah dan janji-janji yang tidak masuk akal.
Siapa mahu percaya jika Allahyarham Fadzil Noor pernah berjanji mahu memberikan rumah kepada setiap warganegara Malaysia sedangkan kini Pas yang memerintah Kelantan selama lebih tiga penggal, bilangan rakyat miskin terus bertambah apalagi bercakap soal menyediakan rumah kepada setiap orang. Siapa mahu percaya dengan niat Keadilan menimbulkan soal kronisme, nepotisme dan korupsi di samping soal moral kerana pemimpin mereka juga menjadi perhatian besar kerana isu-isu ini. Berapa ramai orang Islam yang dinamis mahu percaya terhadap DAP apatah lagi setelah kejayaan strateginya membawa roket parti itu mencecah bulan Pas sehingga Pas tidak lagi berani bercakap soal penubuhan Negara Islam.
Nampaknya laungan ‘langkah mayat saya sebelum menegakkan Negara Islam’ oleh DAP sebelum ini benar-benar mencorakkan semula matlamat perjuangan Pas. Melihat rekod percaturan dan budaya yang dibawa oleh parti-parti alternatif ini rakyat nampaknya memerlukan masa yang panjang untuk mempunyai parti alternatif yang berwibawa. Dengan kata lain bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang ini, pakatan pembangkang bukan pilihan meyakinkan kepada majoriti rakyat yang mahu menyediakan yang terbaik kepada generasi anak cucu mereka.
Janganlah keputusan PRU ke-12 menjadi kayu ukuran kerana kemerosotan undi BN adalah disebabkan oleh undi protes. Jadikanlah ia sebagai pengajaran yang berguna kepada BN kerana sesungguhnya BN masih lagi relevan kepada rakyat. Tingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh bagaimana hendak menambat semula hati rakyat dan pengundi-pengundi protes ini nanti.
Bukanlah mudah untuk membangunkan negara secara strategik dengan mengambilkira kepentingan ‘national values’ yang merangkumi kekuatan Melayu dan Islam sebagai teras. Malaysia di alaf baru memerlukan Kerajaan BN yang canggih, berani dan berdaya maju untuk berurusan dengan percaturan dan muslihat antarabangsa yang sememangnya menunggu masa untuk menumbangkan sebuah lagi Negara Islam dan Kuasa Melayu di nusantara ini.
Suara Politik
Taminsari
Rakyat Selangor menuntut hak air percuma?
"Pemberian bekalan air kegunaan domestik secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan kepada pemilik kediaman di seluruh Selangor ini memang disebut dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan Raya umum 2008.
"Perkara ini bukannya seperti ungkapan 'kami akan bagi, kami akan beri'. Itu subjektif tapi ini jelas dan terang memang disebut, jadi perkara ini adalah hak seluruh rakyat dan penduduk yang tinggal di Selangor, tak ada diskriminasi sama ada anda guna atau tidak meter air pukal."
Itulah sebabnya Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor(GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan menggerakkan inisiatif membantu mereka yang menuntut hak berkenaan daripada kerajaan PKR Selangor yang turut diterajui sekutu mereka daripada DAP dan Pas.
"Sebelum ini mereka tak kisah dan mungkin tak bersatu, tapi hati inginkan air percuma. Ada yang pada awalnya mengatakan ah! berapalah sangat kalau RM50 dikalikan (darab) dengan 11 bulan, baru RM550, tapi kalau diteliti balik, rugilah," kata Sohaimi ketika ditemui di Shah Alam kelmarin.
Pada Jun 2008, kerajaan negeri Selangor yang mengambil alih pentadbiran BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU 12), Mac tahun itu, memperkenalkan subsidi sebanyak RM11.40 kepada rakyat Selangor di bawah Skim Air Percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan.
Namun, bagi rumah yang menggunakan meter pukal tidak tertakluk di bawah program itu sehingga mengundang kemarahan rakyat negeri itu. Ini kerana diyakini pihak kerajaan negeri masih dapat menentukan penggunaan air dan mengeluarkan bil mengikut setiap isi rumah.
Dan sehingga Jumaat lalu, sejumlah 4,000 saman termasuk daripada orang perseorangan telah dikeluarkan terhadap kerajaan Selangor bagi menuntut tunggakan subsidi di bawah skim tersebut.
Setakat ini, tiga kumpulan pengguna air daripada kawasan penduduk Kinrara, Puchong, Bukit Mahkota Cheras melibatkan 1,313 pengguna telah membuat tuntutan tunggakan subsidi RM748,410, manakala 2,020 penduduk Shah Alam dan Petaling Jaya (RM1.15 juta) sementara dari Seksyen 7 dan 18 Shah Alam melibatkan 711 orang dengan tuntutan RM450,270.
Manifesto adalah perkataan Latin yang dipopularkan di Itali yang maksudnya jelas tanpa was-was. Dan daripada catatan sejarah, istilah itu telah digunakan dalam penulisan Inggeris pada tahun 1620.
Manifesto secara umumnya adalah satu deklarasi awam yang dibuat secara bertulis untuk melahir sesuatu hasrat, motif atau aku janji tentang sesuatu pandangan, isu oleh seseorang individu, kumpulan, kerajaan atau pun parti politik.
"Justeru, sama juga dengan tindakan-tindakan politik yang secara keseluruhannya melibatkan pemilih atau pengundi, kaedah pemasaran yang baik telah digunakan secara meluas demi mencari kemenangan dalam pilihan raya.
"Apa lagi perkataan manifesto itu secara asasnya sejak daripada awal lagi penggunaannya lebih menjurus untuk tujuan politik. Lantas apabila kita menyebut istilah tersebut, kita akan bayangkan janji-janji orang politik. Apabila berkempen pada setiap pilihan raya, para calon sebagai 'produk' akan menyediakan manifesto yang terbaik bagi memancing undi," kata Sohaimi.
Menurut Sohaimi, rakyat Malaysia sudah 12 kali menggunakan autoriti memilih 'produk' yang difikirkan berkualiti dan berkelayakan untuk memimpin negara. Tidak lama lagi, pastinya rakyat akan sekali lagi membuat keputusan memilih satu produk yang berkualiti untuk dibayar dengan harga satu undi.
"Persoalannya, apakah selepas pilihan raya yang ke-13 itu nanti, produk yang kita pilih itu akan berfungsi seperti mana yang kita inginkan sewaktu memilih untuk membeli mereka," kata beliau.
Pada PRU 12 yang lalu, kata beliau, pengundi telah disogokkan dengan pelbagai janji atau manifesto parti-parti dan individu yang bertanding.
"Pada hemat saya, manifesto Barisan Nasional lebih fleksibel dan berpijak di bumi nyata. Sementara manifesto pakatan pembangkang pula sarat dengan janji-janji manis, tidak ubah seperti 'menabur gula-gula kepada kanak-kanak'.
"Telah ditakdirkan pakatan pembangkang menang di Selangor Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Kemenangan di Selangor misalnya, kerana rakyat terpesona dengan manifesto yang dilaungkan mereka. Sudah tentu harapan itu tinggi kerana janji-janji yang dilaungkan itu ibarat mencapai bulan dan bintang.
"Sementara Barisan Nasional tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada pengundi, sebab itulah janji-janji dalam manifesto yang ditulis adalah berpada-pada dan fleksibel kerana pemimpinnya berhati-hati dalam mengukur keupayaan dan kemampuan diri untuk melaksanakan sesuatu," katanya.
Walaupun tidak menaburkan janji manis dalam manifesto, kata beliau, Barisan Nasional telah melaksanakan pelbagai program untuk membangunkan rakyat. Dengan berslogankan "1Malaysia: Pencapaian Didahulukan, Rakyat Diutamakan", Kerajaan Barisan Nasional telah mewujudkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Skim Penyelarasan Harga, Bantuan Pelajar RM100, Baucar Buku RM200, Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA), Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1MALAYSIA), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA),Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), dan pelbagai lagi.
Kata beliau: "Ironisnya, di mana janji-janji manis pakatan pembangkang. Mereka tidak ubah seperti menanam bibir di tebu menyebabkan rakyat terpesona dan terpedaya.
"Hakikatnya, janji yang diberi adalah palsu. Manifesto yang dilaungkan hanya cantik pada fizikal tetapi sayang, bukan untuk dilaksanakan. Lebih mengecewakan apabila Menteri Besar Selangor (Abdul Khalid) mengakui bahawa 'janji-janji itu takkan dapat dilaksanakan' kerana manifesto pakatan pembangkang bukan satu perjanjian.
Rakyat maklum, 20 liter padu air telah diberikan percuma pada setiap bulan kepada setiap isi rumah di Selangor. Tetapi pelaksanaannya tidak adil dan tidak semua rakyat menerimanya. Pada masa yang sama, Syabas pula yang terpaksa menanggung beban hutang yang tidak dibayar oleh kerajaan negeri.
Sebagai rakyat Selangor, tentu anda ingin juga bertanya di mana tabung RM100 bagi setiap anak yang dilahirkan di Selangor? Ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke rumah asuhan, dapatkah mereka bantuan RM75 sebulan untuk seorang?
"Anak seorang rakan saya mendapat tempat di universiti bertanyakan bantuan RM1,000, tetapi banyak pula kerenah dari pihak berkenaan (kerajaan Selangor) sehingga beliau menyerah kalah untuk mendapatkan bantuan tersebut.
Berapa banyakkah janji manifesto itu yang berjaya dilaksanakan? Rasanya, rakyat Selangor boleh menilai sendiri. Jika dilaksanakan pun, hanya memberi masalah baru kepada orang lain termasuk rakyat sendiri.
"Sekiranya diketahui bahawa kita tidak mampu menunaikannya, jangan sekali-kali kita berjanji dan menabur harapan yang tak pasti. Janganlah membuat manifesto palsu semata-mata untuk menang pilihan raya dan akhirnya rakyat menjadi mangsa pembohongan," kata Sohaimi.
Suara Politik
Taminsari
Khamis, Oktober 04, 2012
Pakatan Rakyat mengajar rakyat menjadi BIADAP?
Sedar atau tidak, hanya selepas lahirnya ‘Reformasi’ yang dibawa oleh Anwar Ibrahim maka rakyat Malaysia tiba-tiba terdedah dengan begitu meluas dengan kebiadaban. Kata-kata penghinaan, maki hamun, carut mencarut terhadap kepimpinan negara digunakan dan disebar secara meluas dan konsisten di alam maya, lalu dibawa turun ke padang dan kampung melalui pentas-pentas ceramah.
Anwar Ibrahim sendiri terkenal berceramah dengan penuh emosi amarah, kebencian dan dendam kesumat. Kemudian PAS juga turut menyemarakkan lagi budaya biadab ini dengan ceramah mencarut, mencaci dan menghina.
DAP yang sememangnya tidak pernah dididik dengan adab, menambah meriahkan lagi keadaan dengan ceramah yang menghasut dan membakar api perkauman.
Sejak itu, siri-siri demonstrasi dengan bersikap samseng dan memusnahkan harta benda awam pun bermula. Pihak berkuasa diperlekeh. Kepimpinan negara diperleceh. Sikap hormat-menghormati pun terhapus sama sekali.
Tak kira yang bertudung, yang berjubah, yang berjanggut semuanya terkinja-kinja memekik-mekik kata-kata maki hamun sesama manusia dan sesama Islam. Lebih menggerunkan ialah mereka-mereka ini juga mendidik anak-anak mereka dengan sikap biadap yang sama.
Siapa yang boleh lupa insiden puak PAS menunjuk ‘anu’ kepada Puteri UMNO. Sedarkah kita bahawa semua ini tidak pernah berlaku di dalam pentas politik kebangsaan sebelum era Reformasi?
Di celah-celah itu juga, kumpulan LGBT tiba-tiba menyerlahkan diri secara nyata dan meningkatkan lagi kebiadapan ke satu tahap yang lebih tinggi iaitu kelucahan melampau.
Akhirnya, biadab pun menjadi budaya. Memijak gambar, menghina bendera sendiri, mengutuk negara sendiri dan seterusnya menayang ponggong di dalam konsert dan di dalam demonstrasi adalah lanjutan dari budaya biadab yang terus dipupuk dan dibaja oleh pemimpin pembangkang.
Rakyat kononnya diseru mereka agar ‘mengekspresi’ diri tetapi apa yang diekspresikan ternyata hanyalah kemarahan, kebencian, dendam yang tidak berasas dan tidak berkesudahan akibat terpengaruh dengan momokan pembangkang.
Kesimpulannya, Pakatan Rakyat adalah bertanggungjawab dalam mencetus, menyebar, memperkukuh dan meningkatkan budaya biadab di kalangan rakyat Malaysia.
Suara Politik
Taminsari
Paris lebih penting dari Sidang Parlimen!!!...Anwar 'cakap tak serupa bikin'?
Tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sanggup ke Paris, Perancis ketika sesi perbahasan Bajet 2013 sedang berlangsung menunjukkan beliau seorang pemimpin penakut yang `bercakap tidak serupa bikin'.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir semasa Ketua Pembangkang itu berucap dituduhnya sebagai penakut sedangkan sebagai pemimpin kerajaan, sudah tentu Najib sibuk dengan pelbagai tugas rasmi.
Tegasnya, semasa memegang jawatan Menteri Kewangan juga Anwar jarang mendengar ucapan Ketua Pembangkang pada masa itu yang disandang Lim Kit Siang.
Semasa memegang jawatan Menteri Kewangan dahulu sehingga menjadi Ketua Pembangkang sekarang pun jarang ada dalam Dewan Rakyat untuk mendengar Ahli Parlimen lain berbahas.
Adakah Anwar pun begitu sibuk sehingga sanggup ke Paris semalam atau pun takut untuk berada di dalam Dewan Rakyat kerana bimbang diserang oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN)," katanya yang juga wakil rakyat Bebas kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas tindakan Anwar yang menuduh Najib yang juga Menteri Kewangan takut untuk berdepan dengan dirinya ketika membahaskan Bajet 2013 Isnin lalu tetapi pada masa sama semalam Ketua Pembangkang itu telah ke Perancis semasa sidang Dewan Rakyat masih berlangsung.
Ibrahim turut memperlekeh tindakan Anwar yang dilihat sentiasa takut untuk berhadapan dengan beliau khususnya di Parlimen.
Yang saya tahu, apabila saya bangun berucap mesti Ketua Pembangkang itu akan bangun meninggalkan Dewan Rakyat sebab dia tahu Ibrahim Ali kawan lamanya ini tahu segala rahsia dirinya.
Cukup-cukuplah Anwar, insaflah. Berapa banyak lagi kamu hendak berbohong, memperlekeh dan memfitnah orang," ujarnya.
Sementara itu Ibrahim menjelaskan, ketika Anwar berucap membahaskan Bajet 2013, Perdana Menteri berada di pejabatnya dan sentiasa mendengar perbahasan itu melalui siaran langsung di televisyen.
Pegawai-pegawai pun akan mencatatkan segala perbahasan dan semua ucapan dalam Parlimen itu nanti akan diterbit dalam bentuk hansard.
Adakah itu juga menjadi masalah," ujarnya sinis.
Sebagai 'wakil rakyat' Anwar sebenarnya telah mengecewakan harapan rakyat Permatang Pauh yang memilihnya menjadi wakil mereka di Parlimen! Sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, Anwar sepatutnya mengambil tanggungjawap mewakili kesemua ahli Parlimen di pihak pembangkang untuk membahas pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini dan bukannya 'melarikan diri' ke Paris kerana urusan peribadi?
Nampaknya kepentingan peribadi adalah lebih penting dari membincangkan masalah rakyat! Sudah tiba masanya rakyat berfikir untuk menolak pemimpin yang 'gila meroyan' yang mahu menjadi Perdana Menteri ini dalam PRU ke-13 nanti.
Suara Politik
Taminsari
Gagal selesai isu berbangkit, Khalid nak heret Sultan pula?
Sidang Dun khas bincang isu Talam, air?
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor akan mengadakan sidang Dun khas bagi membincangkan, antara lain isu hutang Talam Corporation dan penyusunan semula industri perkhidmatan air di Selangor.
"Saya telah pun menghadap Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) hari ini bagi menyatakan hasrat kerajaan negeri mengadakan sidang khas dewan,” katanya dipetik Bernama.
“Sekiranya mendapat perkenan Tuanku Sultan, saya jangka sidang khas ini akan diadakan dalam tempoh dua minggu hingga tiga minggu akan datang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Akibat terdesak, Khalid tidak punya pilihan selain daripada menggunakan 'Talian hayat' iaitu sidang Dun untuk menyelamatkan diri! Sebelum ini beliau 'mendabik dada' memberitahu rakyat yang kerajaan negeri pimpinannya boleh menyelesaikan kesemua isu terbabit?
Persoalannya disini adalah mengapa perlu diadakan sidang Dun khas jika merasakan diri terlalu hebat? Adakah dengan adanya sidang Dun khas ini peluang bagi Khalid untuk menyalahkan kerajaan terdahulu akibat kegagalannya sendiri?
Dan mungkin Khalid bertambah panik apabila Azmin mengancam untuk mengambil alih kerusi Menteri Besar sekiranya PKR masih lagi berpeluang untuk menang dalam PRU ke 13 nanti! Bukan apa, takut-takut MB Kahlid tak sempat membayar hutang peribadinya dengan BIMB sebelum melepaskan kuasa ketangan BN dan bukannya kepada Azmin!
Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
Rabu, Oktober 03, 2012
Tuhan menerima doa anak yatim yang ditindas!...Kezaliman MB Khalid rampas tanah YBK tidak sah!
Kerajaan negeri Selangor hari ini menerima tamparan apabila Mahkamah Tinggi di sini membenarkan rayuan Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan Sdn. Bhd. (PYBK) untuk membatalkan keputusan Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor merampas dan menolak bayaran cukai beberapa bidang tanah milik YBK.
Hakim Hadariah Syed Ismail membenarkan rayuan itu dengan kos RM20,000 selepas mendapati tindakan kerajaan negeri Selangor melucutkan hak ke atas empat blok tanah di Serendah, Rawang dan mengembalikan semula bayaran cukai kepada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) adalah salah di sisi undang-undang dan terbatal.
Dalam rayuan tersebut, PYBK yang merupakan anak syarikat YBK, diwakili oleh peguam-peguam, Hasnal Rezua Merican dan Kamarul Hisham Kamaruddin manakala Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor diwakili oleh peguam Edmund Bon.
Menurut Hasnal Rezua ketika dihubungi, mahkamah berpendapat keputusan Pentadbir Tanah tersebut adalah salah di sisi undang-undang kerana mengikut Seksyen 97 dan 98 Kanun Tanah Negara, entiti lain iaitu Yayasan Melaka boleh membuat pembayaran bagi pihak PYBK.
''Untuk tanah yang dilucut hak, mahkamah juga berpendapat keputusan Pentadbir Tanah itu adalah salah dan tanah tersebut perlu dikembalikan kepada YBK,'' kata beliau.
Isu melibatkan tanah YBK bermula dengan keengganan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah sehingga keputusan terpaksa diambil untuk memindahkan projek tersebut ke Semujuk, Melaka.
Ini diikuti dengan tindakan memulangkan bayaran cukai tanah YBK berjumlah RM5.7 juta yang sebahagiannya dilunaskan dengan bantuan Yayasan Melaka dan tindakan merampas tanah berkenaan atas alasan pihak luar tidak boleh membuat bayaran bagi pihak YBK.
Pada 25 Mac 2010, PYBK turut menyaman kerajaan negeri Selangor dan dua lagi bagi menuntut ganti rugi RM73.8 juta kerana didakwa menyalah guna kuasa berhubung pembinaan kampus UiTM di Serendah.
PYBK selaku plaintif menamakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor dan kerajaan negeri Selangor sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Pada 23 April 2010, YBK mengemukakan saman terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco kerajaan negeri Selangor, Yaakob Sapari untuk menuntut ganti rugi setelah didakwa memfitnah yayasan itu dalam satu kenyataan media pada Februari tahun yang sama.
Dalam saman tersebut, YBK selaku plaintif pertama manakala PYBK dan pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom sebagai plaintif kedua dan ketiga.-UMO
Suara Politik
Taminsari
Mampukah Anwar selesaikan isu air?
Masalah air Selangor masih diperkatakan. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim beria-ia mahu menstruktur semula bekalan air negeri itu di sebalik gesaan Kerajaan Pusat supaya dipercepatkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2.
Pembinaan Langat 2 perlu disegerakan kerana penstrukturan bekalan air negeri itu akan memakan masa. Tambahan pula kerajaan negeri Selangor masih terkial-kial mendapatkan persetujuan untuk mengambil alih kepentingan daripada empat syarikat konsesi bekalan air.
Jika perkara penting ini tidak dimiliki bagaimana hendak menstruktur bekalan air negeri. Khalid perlu diingatkan selalu bahawa hendak membina Loji Rawatan Air Langat 2 akan memakan masa dan bukannya bila sudah tidak ada air baharu hendak membinanya.
Kerajaan Pusat berusaha sedaya upaya menentukan pembinaan projek Langat 2 tetap dijalankan dengan pengeluaran tender kepada syarikat yang berminat membantu kerajaan. Tetapi dengan masalah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang banyak berdolak-dalih menyebabkan masa semakin suntuk bagi menyiapkannya.
Minggu lepas sahaja dilaporkan permohonan syarikat pembuat sarung getah Top Glove di Kapar, Selangor supaya bekalan air kepadanya dinaikkan sebanyak 20 peratus (%) lagi telah ditolak kerana kekurangan air. Hal ini seolah-olah menidakkan aliran pertumbuhan ekonomi kepada rakyat Selangor.
Peningkatan permintaan air akan meningkatkan pengeluaran, menambah peluang pekerjaan, melonjak perniagaan dan sebagainya. Pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tidak meluluskan permintaan Top Glove itu kerana tidak boleh memberi jaminan bekalan air dapat ditunaikan pada masa depan.
Dalam hal ini mampukah Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelesaikan kemelut air yang semakin kritikal antara Kerajaan Negeri Selangor dengan Kerajaan Pusat. Inilah yang kita harap-harapkan, dan jangan impian ini hanya angan-angan sahaja.
Sebenarnya inilah juga harapan daripada suara hati Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri kepada Ketua Pembangkang itu minggu lepas.
Kerajaan Pusat hampir kepenatan memberi pelbagai jalan untuk mencegah krisis air yang dijangka berlaku pada 2014 daripada melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Inilah kawasan paling tinggi jumlah penduduk di negara ini.
Bukan itu sahaja, Selangor menjadi tarikan jumlah modal pelaburan terbesar yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) bagi sektor pembuatan untuk tujuh bulan pertama tahun ini. Selangor mendapat RM6.08 bilion pelaburan bagi sektor pembuatan. Bayangkan jumlah kos melepas kepada Selangor jika isu air ini berterusan.
Tahap kesabaran Kerajaan Pusat yang cukup tinggi kini semakin menipis berhubung pertelagahan pendapat antara pihak kerajaan negeri dan Pusat. Sebab itu Muhyiddin menyuarakan perkara ini kepada Anwar sendiri.
Anwar bukan sahaja pemimpin besar pakatan pembangkang tetapi juga Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Khalid lebih ghairah memainkan peranan dengan menimbulkan bermacam-macam mainan kata-kata dan alasan. Beliau juga cuba menunjukkan projek bernilai RM8 bilion yang membawa masuk air tambahan dari Pahang ke Selangor dan pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 sebagai membazir. Dengan pendekatan itu, nampaknya projek itu tidak akan menjadi kenyataan.
Baru-baru ini Khalid memberi kata dua bahawa pihaknya hanya mengeluarkan 'arahan pembangunan' untuk loji rawatan itu jika Kerajaan Pusat bersetuju dengan pelan penstrukturan air negeri Selangor.
Putrajaya berulang kali menyatakan tidak ada halangan terhadap pelan tersebut. Tetapi pelan penstrukturan bekalan air Selangor itu bukan semudah yang dibayangkan oleh Khalid. Beliau kena berunding dengan empat syarikat konsesi air di Selangor berdasarkan terma 'kesanggupan penjual dan kemampuan pembeli' sebelum beliau mampu mengambil alih aset air negeri.
Setakat ini syarikat konsesi telah dua kali menolak tawaran pengambil alihan itu dan Khalid mahu Kerajaan Pusat masuk campur tangan, sedangkan urusan itu adalah rundingan perniagaan. Sebagai bekas peneraju dan pembuat keputusan dalam syarikat konglomerat, Khalid patut sedar perkara campur tangan ini.
Kerajaan Negeri Selangor pada 19 September lalu telah memaklumkan kepada Kerajaan Pusat tentang tindakan seterusnya untuk menyelesaikan penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor seperti yang dikehendaki oleh Akta Perkhidmatan Bekalan Air 2006 (WSIA).
Makluman telah dibuat melalui surat rasmi kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui bertarikh 14 September. Surat ini juga dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk rujukan beliau.
Khalid menyatakan keengganan menteri dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk memulakan rundingan menunjukkan Kerajaan Pusat memang sengaja mahu mengingkari tanggungjawab untuk memenuhi kepentingan awam dan obligasi sebagaimana dinyatakan di bawah Seksyen 191 (4) WSIA.
"Sehubungan itu, saya memaklumkan sekiranya menteri dan kementeriannya tidak memberi maklum balas yang bertentangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ini, saya beranggapan pihak kementerian tidak mempunyai sebarang bantahan untuk saya meneruskan penstrukturan ini," ujar Khalid.
Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Menangani Isu Bekalan Air Selangor menjelaskan hal sebegini penting tidak boleh diambil sikap bermusuh kerana air adalah masalah rakyat dan tidak boleh dipandang kecil.
Dalam reaksi Peter Chin terhadap kata dua 14 hari itu yang tarikhnya tamat lima hari lalu berkata: "Perkara yang dibangkit tidak mengikut saluran malah isu air menjadi bertambah rumit dengan melibatkan pemantauan dasar dan penyediaan dana khas."
Dengan demikian Muhyiddin terus menyuarakan hal ini kepada Anwar untuk mendapatkan bantuan memecahkan kebuntuan apabila mereka duduk bersebelahan dalam majlis jamuan tengah hari anjuran Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Rabu minggu lalu.
"Saya beritahu Anwar, sebagai Penasihat Ekonomi Selangor beliau perlu memberi nasihat yang betul. Saya minta beliau menasihat kerajaan Selangor bertindak secara positif supaya kerja pembinaan loji rawatan Langat 2 boleh dijalankan dan isu-isu pembangunan," kata Muhyiddin.
Apabila ditanya tentang reaksi Anwar, Timbalan Perdana Menteri berkata Anwar menunjukkan beliau membawa perkara itu kepada Khalid dan akan memaklumkan dalam tempoh seminggu.
Muhyiddin berkata beliau telah menjelaskan kepada Anwar bahawa perkara melibatkan kepentingan air jangan dipolitikkan kerana isunya adalah masalah kebajikan rakyat. "Jika kita tidak melakukan sesuatu, kita akan berdepan dengan kemarahan rakyat," kata Muhyiddin.
Dalam sejarah negara, Selangor negeri pertama memberikan air secara percuma kepada pengguna bagi menunaikan janji pakatan pembangkang jika menang pilihan raya umum 2008.
Inilah tindakan membingungkan atau menggelikan hati yang kerajaan negeri terlalu memikirkan untuk mengambil alih perniagaan air tanpa memahami bahawa pengeluaran dan pengagihan air kepada berjuta-juta kediaman dan beribu-ribu industri menelan belanja yang dahsyat.
Kerajaan Negeri Selangor menjangkakan boleh membayar sehingga RM9 bilion (tawaran kali kedua kepada pemegang konsesi air) untuk mengambil alih aset airnya. Walapun membayangkan kemampuan membayar sejumlah wang yang besar itu, tetapi bagaimana kerajaan negeri hendak mendapatkan balik pelaburannya itu apabila pada masa yang sama rakyat diberikan air percuma? Jelas ia tidak selari dan masuk akal. Kecuali ini adalah permainan seseorang untuk menguasai Putrajaya.
Baru-baru ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan kerajaan negeri tidak ragu-ragu membatalkan projek pemindahan air jika kerajaan Selangor berpendapat mereka tidak perlukan air Pahang.
Kini, nampaknya harapan berjuta pengguna air di Lembah Klang terletak pada bahu Anwar. Adakah beliau sanggup berkorban dengan mengetepikan politik partisan dan memainkan peranannya sebagai negarawan?
Untuk seorang yang masak dengan mainan politik, Anwar mungkin lebih memahami ada perkara dalam hidup ini lebih penting daripada politik berbanding dengan kita rakyat biasa. Dan air sudah tentu keperluan penting dalam kehidupan kita.-UMO
Suara Politik
Taminsari
Angan-angan Mat Jenin - Anwar angkuh dakwa dirinya Perdana Menteri selepas PRU-13?
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan memegang amanah sebagai Perdana Menteri sekiranya berlaku pertukaran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Katanya, keyakinan itu diluahkan selepas melihat Pakatan Rakyat (PR) memiliki peluang cerah untuk menawan Putrajaya kerana rakyat kini lebih berfikiran terbuka dalam menentukan ketelusan kerajaan pimpinan.
“ Masa tu dia (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) akan duduk di tempat saya (Ketua Pembangkang), dan saya akan berada di tempat beliau (Perdana Menteri).
Kita sudah bersedia sepenuhnya dan sekiranya kita menang kelak, fokus utama PR adalah untuk memulihkan ekonomi negara dengan mengetepikan pembaziran yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013 lalu menyatakan seolah-olahnya Kerajaan Selangor tidak bijak menguruskan pentadbiran walhal kita telah berjaya menyelesaikan banyak hutang yang ditinggalkan BN sebelum kita ambil alih kuasa sama juga kejayaan-kejayaan lain yang kita capai di tiga negeri lain (Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan) di bawah pemerintahan PR,” katanya di hadapan penyokong pada Program Jelajah Merdeka Rakyat PR di tapak Pasar Malam Bandar Putera, di sini semalam.
Hadir sama, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei, Presiden Keadilan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Pesuruhjaya Pas Selangor,Dr Abdul Rani Osman. Anwar berkata, PR mempunyai kekuatan sendiri dalam memperjuangkan hak rakyat tanpa mementingkan ‘kroni’ seperti yang berlaku dalam BN.
“Tidak nafikan BN beri bantuan contohnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi apa bezanya dengan dasar yang digunakan PR? Kita juga jaga kepentingan rakyat cuma yang bezanya di sini, kita tak guna rasuah.
Orang yang bercakap tu dijatuhkan hukuman penjara kerana apa ya? Bukan kah juga dek kerana 'rasuah kuasa'! Ketuk dulang paku serpih, mengata orang tapi dia yang lebih. Jangan jadi macam meludah ke langit, terpercik kemuka sendiri...Fikir-fikirkan?
Suara Politik
Taminsari
Siapa sebenarnya yang sakit jiwa?
Temuramah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan media Britain The Scotsman pada 24 September lalu seolah-olah memperlekeh bantahan umat Islam terhadap penghinaan Nabi Muhammad SAW dengan kenyataannya: "Umat Islam ada masalah psikologi (jiwa) kerana mudah marah dan emosional".
Kenyataan Anwar ini sebenarnya menyasar kepada dirinya sendiri. Rekod perjuangan dirinya sejak peristiwa Baling sehinggalah ke demonstrasi Bersih menepati apa yang beliau maksudkan.
Kenyataan ini dibuat di Barat untuk menggambarkan sikap Anwar yang mahu menggembirakan orang Barat bahawa beliau tidak setuju dengan apa yang berlaku di seluruh dunia Islam.
Perlekehan itu juga ditujukan kepada Pemuda UMNO dan Pemuda Pas serta organisasi lain di Malaysia yang menganjurkan reaksi yang sama.
Umat Islam di mana-mana mempunyai perasaan dan hati. Kalau Rasulullah SAW dihina sudah tentu hal itu menimbulkan reaksi. Lainlah kalau umat Islam sudah 'mati rasa' seperti yang dialami oleh banyak pihak akibat penyakit taksub kepada seseorang atau sesuatu kelompok hingga tidak mampu mengenal dan membeza antara hak dan batil, maaruf dan mungkar.
Siapa yang sebenarnya sekian lama menganjurkan demonstrasi termasuk demonstrasi jalanan kalau bukan Anwar? Apakah Anwar menerima hakikat bahawa beliau menghadapi masalah psiki atau jiwa mudah marah atau emosional seperti yang beliau gambarkan dalam The Scotsman itu?
Apabila umat Islam memberikan reaksi terhadap isu yang menghina dan menjatuhkan kredibiliti Nabi dan Islam, ia tidak wajar dikatakan umat Islam sedang menghadapi masalah jiwa.
Yang menghadapi masalah jiwa ialah orang yang sudah hilang kredibiliti diri dan penyokong-penyokongnya yang sedang dihinggapi penyakit 'mati rasa'. Apabila timbul pelbagai dakwaan terhadap salah laku seseorang, lahir sindrom kebisuan untuk tidak memberi komen atau mengambil tindakan undang-undang untuk membersihkan dirinya.
Jalan mudah untuk memberi respons adalah menyalahkan orang lain, dikatakan konspirasi pihak tertentu, sistem keadilan yang zalim dan suatu fitnah dan sifatnya mengaibkan.
Psiki orang yang mempunyai kredibiliti adalah membersihkan dirinya daripada sebarang tuduhan yang amat berat supaya cita-citanya untuk menjadi pemimpin dihormati.
Kenyataan Anwar secara tidak langsung menghina dirinya dan menghina umat Islam yang sensitif terhadap Nabi dan agamanya. Dengan maksud menggembirakan orang Barat, Anwar telah memperlekeh orang Islam.
Membawa faham pluralisme beragama, bersetuju dengan kalimah Allah diguna pakai bukan pada tempatnya adalah contoh mudah bagaimana isu ini menjadi dukungan sesetengah pihak. Oleh kerana ada sokongan di kalangan yang sudah 'mati rasa', Anwar semakin galak memperlekeh umat Islam yang lain.
Menyatakan umat Islam mudah marah dan emosional adalah tidak rasional. Umat Islam sentiasa mengharapkan agamanya dihormati dan dididik menghormati perbezaan dalam beragama.
Bila agamanya dihina, umat Islam tidak boleh 'mati rasa' kerana tanggungjawab mempertahankan agama adalah suatu perjuangan. Tanggungjawab adalah sesuatu yang adil.
Umat Islam diajar untuk mendukung dan mempertahankan kebebasan. Tetapi kebebasan mengikut faham liberal dan pluralis tanpa had dan batasan tidak diterima oleh Islam.
Amalan LGBT yang berkembang di Barat tidak boleh diterima oleh ajaran Islam.
Kalau amalan itu cuba dikembangkan di Malaysia sudah tentu akan menimbulkan reaksi dan apabila umat Islam memberi reaksi, tindakan itu tidak dituduh umat Islam menghadapi masalah psiki atau jiwa, mudah marah dan emosional kerana isunya ialah antara hak dan batil.
Membaca kenyataan Anwar itu ibarat meludah ke langit tertimpa ke muka sendiri. Kenyataan ini langsung tidak menggambarkan pemimpin yang mempunyai kredibiliti.
Umat Islam tahu siri penghinaan Islam dan umatnya yang sedang terjadi adalah pancaran strategi Islamophobia yang tidak sepatutnya terjadi.
Tetapi yang menyedihkan apabila orang Islam sendiri memperlekeh umatnya mempertahankan imej agamanya, perbuatan itu adalah suatu hal yang perlukan renungan.
Apakah orang ini mempunyai integriti untuk memelihara keutuhan agamanya atau mahu bersekongkol dengan orang lain untuk merosakkan imej agamanya?
Suara Politik
Taminsari
Selasa, Oktober 02, 2012
Apabila DAP persoal PKR keluar senarai 20 menteri?
Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyenaraikan 20 pemimpin kanan parti itu yang bakal mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 terus dipersoalkan pemimpin DAP.
Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, senarai itu bukan keputusan bersama pimpinan tertinggi pakatan pembangkang. Malah tambahnya, mesyuarat pemimpin pakatan pembangkang sebelum ini juga tidak pernah mengeluarkan sebarang senarai berhubung jawatan tersebut.
Menurut beliau, senarai jawatan itu ketika ini bukan keutamaan kerana apa yang lebih penting adalah kemenangan pada pilihan raya umum akan datang. Senarai itu bukan ditetapkan mesyuarat pimpinan pakatan pembangkang. Sudah banyak kali saya hadir mesyuarat itu, tetapi perkara tersebut tidak pernah dibincangkan.
Senarai itu tidak boleh dibuat sebelum pilihan raya diadakan. Di United Kingdom pun, senarai bakal menteri tidak dikeluarkan sebab apabila kalah pada pilihan raya, bagaimana mahu menjadi ahli (menteri) lagi," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas tindakan PKR yang dilihat seperti mendahului pakatan pembangkang apabila menyenaraikan 20 pemimpin kanan parti itu untuk mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri sekiranya berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang seperti yang dilaporkan akhbar baru-baru ini.
Sementara itu, ketika ditanya sekiranya kesemua 20 pemimpin kanan PKR yang disenaraikan itu menang dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bertegas melantik mereka menjadi ahli Kabinet, beliau menegaskan, pihaknya belum membuat sebarang ketetapan berhubung kemungkinan tersebut.
Apabila menang pilihan raya umum nanti baru kita buat keputusan siapa yang layak," ujarnya.
Bagaimanapun, apabila diingatkan sesiapa yang menjadi Perdana Menteri berhak memilih siapa sahaja menjadi menteri, Seng Giaw mengakui, Anwar berhak berbuat demikian jika memegang jawatan itu.
Suara Politik
Taminsari
Suspek pijak gambar Nik Aziz,Guang Eng ditangkap! Suspek yang pijak gambar bekas pemimpin PR bagaimana pula?
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri mengesahkan pihak polis telah menahan beberapa individu yang didakwa memijak dan membuang air kecil ke atas gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Berhubung laporan polis yang diterima terhadap tindakan melampau sekumpulan pemuda itu, penahanan telah dibuat bagi melengkapkan siasatan dan mengikut bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Tangkapan sudah dibuat ke atas mereka yang terlibat, manakala siasatan dan kertas siasatan pula dalam bidang kuasa PDRM.
“Tidak kiralah siapa mereka, tidak ada sesiapa akan terlepas dari tindakan undang-undang. Jadi, biar polis siasat perkara itu,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Lipis di sini, sebelum ini.
Beliau berkata, samada mereka yang terlibat akan didakwa atau tidak itu terpulang kepada pejabat Peguam Negara apabila siasatan kes itu selesai nanti.
TETAPI bagaimana pula dengan 'SUSPEK' yang memijak gambar bekas pemimpin Pakatan Rakyat! Masih bebas ke mereka tanpa apa-apa tindakan susulan?
Suara Politik
Taminsari
Sekadar peringatan tentang bahayanya GULA !
Penulis menyambut baik saranan Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini yang mahu mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen. Bukan apa, kerana penulis agak terperanjat dengan pengalaman membaca buku tentang GULA.
Amat menyedihkan dan penulis amat risau tentang masyarakat di Malaysia yang terancam secara senyap. Bagi penulis GULA adalah seperti racun! Sedikit persoalan tentang gula.
Apakah sebenarnya gula?
Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukan!
Adakah badan kita perlukan gula?
Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.
Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?
1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18. Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh
tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer
Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis? Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;
Glukosa , Fruktosa , Laktosa , Maltosa , Sukrosa , Sirap Glukosa , Sirap maple , Molases , Sirap hitam , Sirap kencana , Dektrosa , Sorbitol.
Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?
1. Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
2. Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3. Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4. Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
5. Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
6. Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7. Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
8. Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
9. Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10. Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
11. Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!
Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?
Ini boleh dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Rakyat negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Macam api di dalam sekam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan. Robert Kouk tak kena penyakit kencing manis ke?
Di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati. Mungkin teh tarik mamak akan naik sebanyak 10~20 sen lagi.
Akhir sekali penulis ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita. Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula! Selangkah demi selangkah.
InsyaAllah.
Suara Politik
Taminsari
Isnin, Oktober 01, 2012
Khabar Fitnah, Tohmah dan Mehnah terhadap GAPS?
Strategi kotor Pakatan Haram memfitnah GAPS. Berikut adalah jawapan balas yang diberikan oleh Saudara Hamidzun Khairuddin, Presiden GAPS.
Kenyataan Media : Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS)
Saya melihat ada usaha yang terancang anasir-anasir yang tertentu untuk melemahkan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang aktif membongkar rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan di negeri Selangor.
Terbaru ada sebuah blog (yang sudah menarik balik berita fitnah ini) dan portal media serta portal media kerajaan pkr Selangor menyebarkan khabar kononnya firma Guaman saya terlibat dengan kes salah guna kuasa dan pecah amanah.
Saya perlu menegaskan bahawa berita itu merupakan fitnah, tohmah dan mehnah yang berniat jahat (mala fide) yang dirancang oleh agen-agen pkr yang cuba untuk mempertikaikan kredibiliti saya selaku Presiden GAPS.
Saya juga ingin menegaskan bahawa kedua-dua kes yang dikhabarkan melibatkan PKNS ini telah firma Guaman saya selesaikan dengan baik dan sempurna dengan penyelesaian sepenuhnya menurut terma-terma dan amalan biasa bidang perundangan.
Yang sedemikian tidak timbul soal salahguna kuasa dan pecah amanah seperti yang difitnah dan ditohmahkan oleh agen-agen pkr ini.
Saya amat kesal kerana maklumat korporat seperti ini dibocorkan oleh orang-orang tertentu dalam PKNS kepada pihak media. Tentunya mereka berniat jahat dengan misi politik mahu menakut-nakutkan saya agar saya tunduk dan patuh serta membiarkan setiap rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di negeri Selangor terus bermaharaja lela.
Saya telah mengarahkan sahabat peguam saya untuk mengkaji segala sudut bagi memastikan kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan. Saman malu akan peguam saya failkan kepada semua pihak yang terlibat samada PKNS, blog yang berkenaan, akaun facebook yang berkenaan dan portal media berkenaan yang cuba memalukan dan merendahkan kredibiliti saya dimata masyarakat.
Saya mempersoalkan professionalisme pentadbiran PKNS yang diketuai oleh Othman Omar selaku Pengurus Besar. Bergaji RM40 ribu sebulan sepatutnya Othman Omar bersikap lebih professional dan bukan membiarkan anak buahnya menjadi agen-agen pencacai politik yang rakus dan menzalimi rakyat.
Saya yakin kredibiliti saya sebagai Presiden GAPS jauh lebih tinggi dari kredibiliti Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi PKNS yang masih terpalit dengan hutang RM60 Juta yang masih belum beliau jelaskan kepada BIMB. Begitu juga Penasihat Ekonomi Selangor yang terpalit dengan skandal seks dan tidak bermoral dengan china doll dan liwat yang masih dibicarakan dimahkamah.
Begitu juga dengan Othman Omar yang berbelanja mewah dan membazirkan wang PKNS seperti membiayai majlis makan malam astronut (RM400,000), melantik syarikat Telemarketing (RM1.2 juta), melantik penyanyi sebagai duta PKNS (RM500,000), melantik konsultan dari Dubai yang mana hasil kajiannya langsung tidak dipraktiskan oleh PKNS (RM1.2 juta).
Saya berazam untuk terus menjadi jurucakap rakyat dan laskar rakyat dengan terus membongkarkan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim dan Othman Omar. Sebagai anak jawa Selangor, saya juga mencabar Othman Omar (kelahiran Johor) untuk meletakkan jawatan sebagai Pengurus Besar PKNS dari terus menjadi "budak suruhan politik" yang bergaji besar kepada Khalid Ibrahim.
Saya berdoa agar Allah memberikan balasan setimpal kepada penguasa zalim yang terus cuba menzalimi rakyat marhaen kecil seperti saya. InsyaAllah saya tidak akan tunduk kepada tekanan penguasa yang zalim.
Yang Benar
Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
1 Okt 2012
Suara Politik
Taminsari
Buku jingga, Kabinet bayangan dan bajet alternatif Pakatan Haram?
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan pakatan pembangkang sebenarnya berhadapan dengan risiko besar apabila membentangkan Bajet Alternatif 2013, sehari sebelum bajet sebenar.
Dengan mengusung nama bajet pakatan rakyat, tanpa dapat dielak Anwar meletakkan di depan kepentingan parti politik. Tentu teruk bunyinya jika kerajaan juga memilih menamakan bajet kali ini sebagai Bajet Barisan Nasional (BN).
Begitulah, mereka yang mengaku telus, adil dan saksama yang menentang hal-hal politik dicampuradukkan dengan urusan rasmi kerajaan, telah melakukan sebaliknya.
Walaupun bajet berteraskan politik pakatan pembangkang bukan hal baharu tetapi kali ini Anwar terlihat begitu kemaruk mahu menandingi keabsahan bajet kerajaan. Maklumlah, ini merupakan hari-hari terakhir perjuangannya menuju ke Putrajaya.
Mungkin atas sebab itu, tanpa memerah fikiran dengan enteng gerombolan, pakatan pembangkang menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai gimik politik dan membeli undi. Itulah yang ada dalam pemikiran mereka saban tahun apabila bajet dibentangkan - politik dan politik.
Mencitrakan diri sebagai pemimpin super hebat memang penting bagi orang seperti Awnar yang berhasrat besar mahu menjadi Perdana Menteri. Malangnya Anwar lupa mencermin diri walaupun telah gagal beberapa kali.
Kegagalannya mendapatkan jawatan itu dalam cubaan nekad pada September 2008 tidak pun memberi pengajaran kepadanya. Saban waktu, beliau lebih sibuk mengurus hal ehwal rumah orang lain sehingga mengabaikan urusan di rumah sendiri.
Dalam riuh rendah pembangkang mahukan pemisahan jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tetapi Anwar sendiri bertindak sebaliknya. Tiada pula rakan-rakan sekutu dan NGO propembangkang yang mahu menegur.
Jika benar bagai dikata, tentu Anwar tidak akan bertindak ala Menteri Kewangan. Jika benar menurut kata akar umbi, tentu Anwar akan menyerahkan tugas penting membentangkan bajet alternatif itu kepada pemimpin lain yang ada wibawa. Tetapi, siapakah orang itu?
Anwar dan PKR sendiri tidak berani menyenaraikan Kabinet bayangan mereka. Tiada alasan diberikan, kecuali mereka menganggapnya sebagai tidak perlu. Begitulah hipokrasi pakatan pembangkang.
Memporak-perandakan
Bajet alternatif berani mereka bentangkan tetapi kecut perut apabila diminta menyenaraikan Kabinet bayangan. Tidak lain ini kerana mereka tahu senarai Kabinet bayangan akan memporak-perandakan pakatan pembangkang.
Realitinya mereka tidak boleh bekerjasama sehingga orang selalu umpamakan mereka sebagai tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. Ini belum lagi dibahas bagaimana mahu melaksanakan cadangan-cadangan dalam bajet alternatif itu, sedangkan banyak janji dalam manifesto 2008 pun belum ditunaikan.
Jadi, jika beginilah tingkah laku mereka bagaimana kita sebagai pengundi yang ada tanggungjawab boleh menyerahkan kekuasaan kepada kumpulan seperti ini? Jika Anwar berani mengangkat sebuah bajet yang muluk-muluk, kenapa pula takut untuk menamakan barisan anggota Kabinet mereka?
Sebagai penganut sistem demokrasi, kita seharusnya menghormati pandangan pihak lawan. Cuma yang jadi masalahnya ialah kehadiran politikus pembangkang sebagai penyemak dan pengimbang tidak benar-benar dirasakan.
Mereka lebih berminat untuk berpolitik - ceramah dan ceramah. Apabila berasakan bajet alternatif gagal menyaingi bajet kerajaan, Anwar dengan ringan mulut mengajak berdebat.
Beliau mencabar itu dan ini sehingga kesan yang selalu dirasakan ialah kuman di sebarang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak. Pembangkang, yang diterajui Anwar itu lebih sibuk mahu mengurus negara, sedangkan di negeri yang ditadbir penuh cacat cela.
Dalam riuh rendah janji pendidikan percuma dan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam bajet alternatif dan buku jingga mereka, kepimpinan pakatan pembangkang terlupa di negeri sendiri.
Apa jadi kepada RM30 juta yang kononnya berjaya dikumpulkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membantu pengajian pelajar Unisel setelah pihak PTPTN membekukan sementara pinjaman? Setakat ini tiada khabar berita dan tiada apa-apa yang berlaku. Dana RM30 juta itu pula entah ke mana.
Malah Unisel terus dihimpit masalah demi masalah. Terbaharu pihak pengurusan pula gagal membayar kepada syarikat konsesi yang menguruskan asrama pelajar dan penyelenggaraan kampus.
Di KUIN juga masalah terus bertimpa-timpa daripada soal yuran, gaji, asrama sehingga status sijil yang dikeluarkan. Semuanya berkait soal kewangan. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah pelajar dan golongan muda, generasi yang kononnya mahu mereka bela.
Anwar sebagai Ketua Pembangkang mempunyai ruang untuk mengutarakan buah fikiran semasa sesi perbahasan bajet 2013 bermula Isnin ini. Jika dilihat terhadap apa yang dilakukannya sebelum ini, jangan harapkan buah fikiran atau kritikan yang konstruktif dan bertanggungjawab.
Fokus Anwar bukan untuk memperbaiki apa yang ada di negara ini. Jika tidak, contohnya mana mungkin boleh timbul masalah-masalah remeh tetapi perkara asas di Unisel dan KUIN.
Fokus sebenar Anwar ialah bagaimana mahu menjatuhkan kerajaan dan seterusnya menjadikan beliau Perdana Menteri. Tetapi jangan lupa sejarah telah membuktikan beliau telah gagal sehingga hampir-hampir meranapkan ekonomi negara.
Benar seperti kata Najib dalam ucapan Bajet 2013 pada Jumaat itu: 'Hakikatnya, jika ketika berpeluang, tidak melaksanakan segala janji, apatah pula jaminan mereka akan melunaskannya jika diberi kuasa sekarang,"?
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catatan (Atom)




























