Menuduh UMNO mempunyai unsur kafir adalah keterlaluan dan ia berpunca daripada sikap taksub dengan andaian kononnya UMNO memperjuangkan kemuliaan islam dan nasib orang Melayu menolak Al-Quran dan Hadis.
Fatwa ini boleh dianggap sebagai satu kesinambungan fatwa kafir-mengkafir yang belum selesai akibat sikap pemimpin PAS yang enggan mengakui bahawa fatwa itu salah. Mereka takut partinya hilang kredibiliti di kala PAS mahu mempercayai ia berada di ambang kuasa.
Kalau sebelum ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa bahawa UMNO mempunyai unsur kafir kerana menolak Islam, menolak Al-Quran dan Hadis dan ia diyakini akan mencetuskan gelombang krisis akidah yang lebih besar setiap kali apabila menjelang pilihanraya , namun baru-baru ini setelah disanggah oleh Tun Dr.Mahathir, tiba-tiba Nik Aziz bertanya pula " Apa bukti saya mengkafirkan orang UMNO?" Klik di sini.
Nik Aziz harus membuat penegasan yang jelas dan tidak mengelirukan! Adakah beliau bermaksud UMNO menolak Al-Quran secara total atau UMNO hanya tidak melaksanakan bahagian-bahagian tertentu sahaja dalam Al-Quran.
UMNO hanya boleh dikatakan kafir kalau menolak Al-Quran secara total, hadis mutawatir dan Islam. Tetapi kalau tidak melaksanakan bahagian-bahagian tertentu dalam Al-Quran atau hadis yang mutawatir, Nik Aziz tidak boleh menfatwakan UMNO sebagai kafir.
Dan kalau apa yang dimaksudkan oleh Nik Aziz di sebalik kata-kata: ‘Menggunakan peraturan lain sebagai undang-undang negara’ ialah tidak melaksanakan hukum Hudud, UMNO sebenarnya tidak pernah menentang Hudud dan telah beberapa kali menjelaskan sejajar dengan apa yang dibolehkan oleh hukum Islam.
Sesungguhnya UMNO tidak pernah menolak Islam, Al-Quran dan Hadis mutawatir yang boleh menjatuhkannya sebagai kafir dan sentiasa menjunjung dan mendaulatkannya untuk kesempurnaan kehidupan rakyat sesama Islam di dunia dan akhirat.
Tuduhan Nik Aziz itu amat berat di sisi agama, amat menyedihkan, meremukkan hati umat Melayu dan mengelirukan umat Islam. Tuduhan yang akan dianggap oleh pengikut PAS sebagai fatwa akan meluaskan lagi rekah pengikut PAS dengan pengikut UMNO dan sekaligus menjurus kepada persoalan keikhlasan pemimpin PAS, yang sebagai seorang insan Muslim yang sepatutnya berdakwah dan bukannya menghukum orang lain kafir.
Nik Aziz tidak perlu berselindung di sebalik kata-kata, ‘UMNO mempunyai unsur kafir’ untuk mengelirukan ahli PAS yang akan menerimanya sebagai fatwa baru bahawa UMNO kafir. Kalau benar beliau menyebut bahawa UMNO menolak Al-Quran dan beerti kafir, ia adalah satu pembohongan dan dusta yang teramat besar !
Jika para pemimpin PAS tidak membetulkan kesalahan ‘fatwa’ Nik Aziz ini, jika disalah tafsir oleh para pengikut PAS dan jika disalah lafaz kepada ahli UMNO oleh golongan fanatik PAS, adalah dibimbangi kekafiran itu akan kembali kepada mereka.
Dan tidakkah Nik Aziz sedar dengan kedudukannya yang dikatakan sebagai sebagai ulamak, Menteri Besar dan Mursyidul Am yang lebih tinggi daripada Presiden PAS, fatwa songsangnya boleh merosakkan akidah pengikutnya sendiri?
Mungkin benar pendapat yang mengatakan terdapat unsur khawarij dalam PAS kerana parti itu dengan senang menuduh UMNO kafir semata-mata tidak sealiran dengannya walaupun matlamat perjuangan sama. Justeru Nik Aziz tidak boleh lari daripada tanggungjawab jika umat Islam berpecah, rosak akidah dan kuasa politik Melayu hancur. Dan beliau juga tidak boleh menganggap tohmahan itu sebagai ‘cakap-cakap politik sahaja' apabila tersepit nanti.
Berikut adalah antara himpunan " fatwa " Nik Aziz selama ini :
" Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir " - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.
" Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran. " - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.
“ Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram. ” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.
" Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam " - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
“ Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP. ” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.
" Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima. " - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.
" Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid. " - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.
" Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram " - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
" Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam. " - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.
" Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang " - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.
" Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya. " - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.
" Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri. " - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.
" PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.
“ Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan) ”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.
Ini hanyalah sebahagian daripada " fatwa-fatwa " pelik Nik Aziz yang telah banyak memesongkan aqidah umat Islam dinegara kita. Terlalu banyak penghinaan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz terhadap orang Melayu malah terlalu banyak kenyataannya bertentangan dengan ajaran Islam. Perkara ini harus disedari supaya orang Melayu tidak terpedaya dengan kata-katanya.
Nik Aziz tidak pernah menyesal dengan kenyataan yang dibuatnya, malah tidak pernah untuk menarik balik kata-kata beliau! Kalau beginilah caranya ajaran yang dibawa oleh PAS, alamatnya hancurlah Melayu dan Islam jika PAS memerintah!!!..Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, Februari 25, 2011
MB Khalid dan Setpol Faekah panik : Bukti diserah kepada SPRM!
Pergerakan Pemuda UMNO negeri dan Gagasan Antipenyelewengan Selangor (GAPS) hari ini menyerahkan bukti penyelewengan terbaru yang didakwa dilakukan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM80,500 yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri bagi membiayai 100 bilik hotel untuk para perwakilan Kongres PKR di Petaling Jaya pada 26 hingga 28 November tahun lalu.
Dua pertubuhan tersebut juga menyerahkan beberapa dokumen berkaitan sebagai bukti antara lainnya dokumen yang menggunakan kepala surat Perbadanan Menteri Besar (MBI) kepada sebuah hotel, bil, invois dan resit rasmi pembayaran bilik hotel itu.
Ketua Pemuda UMNO Selangor, Engku Salleh Engku Jamal berkata, ini bukan kali pertama penyalahgunaan wang rakyat dilakukan oleh kerajaan negeri bagi tujuan kepentingan parti.
"Kini sekali lagi mereka menggunakan wang rakyat untuk membiayai penginapan perwakilan PKR menerusi MBI yang jelas sebagai satu bentuk penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
"Jadi hari ini kami membuat laporan dan menyerahkan bukti yang ada kepada SPRM agar ia dapat disiasat bagi membolehkan mereka yang bertanggungjawab diambil tindakan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum membuat laporan kepada SPRM di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), di sini hari ini.
Engku Salleh mendakwa penyelewengan itu dilakukan tanpa rasa bersalah oleh pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Sebelum ini harta rakyat telah difaraidkan kepada penyamun-penyamun pasir dalam isu skandal pasir negeri dan kemudian ratusan ribu ringgit lagi dibelanjakan untuk membela Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang kini berdepan dengan dakwaan menghasut," katanya.
Menurutnya, Pemuda UMNO dan GAPS kesal dengan tindakan Abdul Khalid yang membenarkan wang rakyat digunakan untuk kepentingan parti.
Sehubungan itu beliau menggesa, Abdul Khalid dan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan segera atas kegagalan mereka menunaikan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat.
Tambah beliau, Pemuda UMNO dan GAPS akan terus mendedahkan penyelewengan yang dilakukan kerajaan PKR negeri agar rakyat boleh menilai dan tidak tertipu dengan janji manis mereka sebelum ini.
Ditanya bagaimana Pemuda UMNO dan GAPS memperoleh bukti-bukti tersebut, Engku Salleh berkata, dokumen-dokumen tersebut dihantar oleh orang tidak dikenali ke pejabat mereka.
Selepas sidang akhbar, Engku Salleh dan Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin serta beberapa anggota pertubuhan tersebut kemudian menaiki lif menuju pejabat SPRM yang terletak di tingkat 7 wisma berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi.- UM.

Khamis, Februari 24, 2011
Universiti Selangor : Sekadar perubahan kosmetik!
Pada 16 Februari lalu, Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengumumkan penukaran nama Universiti Industri Selangor (Unisel) kepada Universiti Selangor berkuat kuasa serta merta.
Ia dilihat sebagai satu penjenamaan semula kepada institusi pengajian tinggi (IPT) milik kerajaan negeri itu setelah kira-kira 12 tahun penubuhannya. Penubuhan universiti itu pada 1999 asalnya adalah idea bernas kerajaan Barisan Nasional (BN).
Mungkin kerajaan negeri sekarang tidak mahu lagi rakyat mengenang bahawa pembinaan universiti itu adalah hasil kejayaan pembangunan yang dilaksanakan oleh BN sebelum ini.
Inilah hakikatnya seperti apa yang selalu diperkatakan iaitu " lembu punya susu, sapi dapat nama " dan amat malang sekali apabila " susu " tersebut telah dicemari oleh si sapi!
Timbul persoalan adakah penjenamaan semula itu benar-benar seiring dengan kedudukan semasa universiti itu atau ia sekadar perubahan kosmetik yang dilakukan pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Atau ia sekadar satu propaganda atas nama imej baru bagi menutup pelbagai masalah yang melanda Unisel sejak pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri Selangor pada 2008.
Apa sebenarnya yang ingin ditonjolkan melalui penjenamaan semula yang dibuat ala 'mi segera' itu dalam keadaan pengurusan universiti dikatakan belum bersedia sepenuhnya. Adakah ia sekadar perubahan logo dan nama?
Kita boleh berkunjung ke kampus utama Unisel di Bestari Jaya dan kampus Shah Alam di Seksyen 7 untuk menyaksikan apakah perubahan yang hendak sangat ditonjolkan itu.
Ketempangan sudah kelihatan beberapa hari sebelum pengumuman penukaran nama Unisel apabila pengumuman pelantikan Pengerusi Ekuiti Nasional Berhad, Tan Sri Raja Arshad Tun Uda sebagai Canselor Unisel yang baru dilakukan oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali.
Sepatutnya pengumuman itu dilakukan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah atau paling tidak Menteri Besar sendiri. Sumber dalaman menyebut baginda murka dengan tindakan tersebut.
Difahamkan penyerahan watikah pelantikan canselor itu dijadual disempurnakan oleh baginda di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 1 Mac ini.
Apa guna penjenamaan semula sekiranya Unisel berada dalam keadaan tenat sejak diambil alih oleh kerajaan PKR. Universiti itu kini menderita akibat kerugian yang ditaksirkan hampir RM60 juta sejak hampir tiga tahun lalu sehingga membuatkan ia terpaksa menggunakan dana rezab universiti.
Difahamkan Unisel sekarang sudah berada di bawah pemantauan setiausaha syarikat yang diletakkan di Perbadanan Menteri Besar (MBI) yang turut memantau perjalanan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang bermasalah.
Pentadbiran Abdul Khalid sudah pasti tidak akan membiarkan Unisel muflis. Abdul Khalid akan menerima malu besar jika sebuah universiti di Selangor terpaksa ditutup kerana rugi. Lantas tiada jalan lain kecuali beliau terpaksa membelanjakan dana negeri untuk menyelamatkan universiti itu.
Jika ini berlaku, mungkin kerajaan negeri terpaksa menutup pusat pendidikan negeri lain bagi menampung perbelanjaan sebagaimana dilakukan ke atas Institut Kemahiran Yayasan Selangor di Sabak Bernam.
Pada satu sisi, kerajaan negeri cuba memberikan gambaran pelantikan canselor yang baru bukan dari kalangan orang politik bagi menunjukkan mereka tidak mahu mempolitikkan sistem pendidikan di Selangor, selain menyahut saranan mahasiswa Unisel yang mahu universiti itu diterajui oleh tokoh yang tidak terbabit dalam politik.
Namun pada masa yang sama, sebenarnya Unisel kini diperkudakan untuk kepentingan politik PKR apabila ramai tenaga pentadbiran dilantik daripada kalangan kroni parti itu. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sendiri dengan bangga menyatakan Unisel adalah satu-satunya universiti yang membenarkan beliau masuk untuk berceramah.
Kegiatan politik PKR dalam Unisel merimaskan para kakitangan dan pengurusan universiti berkenaan serta ibu bapa pelajar. Ini termasuk apabila mereka turut dikerah untuk menyertai majlis pelancaran Buku Jingga di Selangor pada bulan depan.
" Apa kaitan kami sebagai kakitangan Unisel dengan program politik PKR. Tetapi apa boleh buat, kami terpaksa mengikut arahan," kata seorang kakitangan universiti itu dalam nada kesal.
Selain itu, banyak program universiti dilakukan tanpa perancangan teliti hingga mengakibatkan banyak usaha menaikkan prestasi Unisel terbantut. Sumber dalaman menyebut tentang kegagalan perancangan penubuhan Fakulti Biomedik apabila pada sesi pengambilan Julai ini, hanya terdapat seorang pelajar mendaftarkan diri setelah ratusan ribu ringgit dibelanjakan bagi membeli kelengkapan dan pengambilan pensyarah.
Kemalapan Unisel turut dikongsi oleh Setiausaha MIC Selangor, K. Parthiban yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok. Beliau pernah mengalahkan Abdul Khalid dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 2007 sebelum DUN itu dimenangi oleh Abdul Khalid dalam Pilihan Raya Umum 2008.
Bagi beliau, penjenamaan semula Unisel tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada pelajar dan universiti kecuali kepada kroni-kroni Abdul Khalid yang akan diberi projek-projek percetakan, pemasangan papan tanda, landskap dan alat pejabat yang baru.
Beliau juga menyifatkan melalui penukaran nama Unisel, Abdul Khalid sebenarnya cuba menutup masalah-masalah yang melanda universiti itu dengan propaganda imej baru.
Parthiban mendakwa, Unisel sebenarnya menghadapi masalah besar apabila kadar kemasukan pelajar ke universiti itu merudum teruk dengan anggaran lebih 50 peratus bagi setiap kemasukan.
Data terkini menunjukkan Unisel mempunyai kira-kira 12,000 pelajar termasuk pelajar luar negara, sedangkan satu ketika dahulu, difahamkan kadar permintaan memasuki universiti itu mencecah 20,000 pelajar.
" Kekurangan pelajar yang serius ini dipercayai berpunca daripada hilangnya kredibiliti Unisel sebagai pusat pendidikan tinggi yang boleh diyakini masyarakat.
" Secara umumnya, ibu bapa tidak lagi mahu menghantar anak-anak ke Unisel kerana ia dilihat sebuah institusi pendidikan yang dipolitikkan," kata Parthiban.
Mengimbau kembali penubuhan Unisel di Bestari Jaya ketika zaman BN, beliau menjelaskan pembinaan universiti itu bertujuan menjadi pemangkin keseluruhan kawasan tersebut terutamanya DUN Ijok.
" Selepas pembukaannya, banyak rumah-rumah kosong dipenuhi pelajar dan tenaga pengajar yang menyewa. Kedai-kedai di pekan Bestari Jaya juga mulai merasa tempias pembangunan universiti ini.
" Boleh dikatakan sejak dibuka, Unisel di Bestari Jaya berjaya menjana ekonomi setempat seperti mana yang berlaku di Sintok, Kedah apabila Universiti Utara Malaysia (UUM) dibuka beberapa dekad lalu," katanya.
Justeru katanya, apabila Abdul Khalid terpilih menjadi Menteri Besar, penduduk DUN Ijok berharap pembangunan dan perkembangan Unisel akan bertambah pesat.
" Namun... datang lihatlah sekarang, Bestari Jaya sudah tidak meriah dahulu. Menteri Besar bukan sahaja gagal membawa pembangunan lain di sini, Unisel pula kian malap dan dirundung masalah.
" Kekurangan pelajar menyebabkan kawasan tersebut tinggal sepi. Ramai orang tempatan yang dulu berpeluang mendapat kerja di Unisel kini semakin ramai terpaksa diberhentikan," katanya.
Beliau mendapati kerajaan negeri sudah tidak mempunyai idea tersendiri bagi meneruskan kecemerlangan Selangor dalam bidang pendidikan.
" Apa yang mereka mampu buat hanya membuat perubahan-perubahan kosmetik terhadap kejayaan BN. Lebih malang, perubahan-perubahan yang cuba dilakukan tidak lebih seperti tikus membaiki labu.
" Hakikatnya, bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Demikian juga masalah-masalah Unisel tidak boleh diselesaikan dengan menukar nama," katanya.
Adakah Unisel bakal mengalami nasib yang sama seperti Institut Kemahiran Yayasan Selangor di Sabak Bernam yang terpaksa ditutup! Sama-samalah kita tunggu dan lihat.-UM
Suara politik

Selasa, Februari 22, 2011
Isu skandal MBI : Ada berani kah Faekah Husin menafikan pendedahan dokumen ini!
Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada Setpol MB Selangor, Faekah Husin kerana telah berjaya " membogelkan " bosnya iaitu MB Khalid!
Dengan pendedahan ini diharap rakyat negeri Selangor dapat menilai akan kepincangan yang berlaku di dalam pentadbiran MB Khalid. Menderhaka kepada titah baginda Sultan Selangor, menghina pegawai tadbir awam, salahguna kuasa, wang rakyat dan sebagainya.
Dan yang terbaru selepas isu penyelewengan Yayasan Selangor, timbul pula isu skandal Perbadanan Menteri Besar (MBI)! Yang menariknya akan isu ini adalah apabila Setpol MB Khalid cuba menunjukkan akan " kebijaksanaannya " mencabar UMNO Selangor dan Dato' Noh Omar mengemukakan bukti penyelewengan MBI menyalahgunakan wang rakyat sebanyak RM80,500!.
Dato' Noh Omar dalam satu kenyataannya di akhbar Sinar Harian juga mencabar Faekah Husin supaya meletakkan jawatan jika bukti-bukti yang diminta berjaya didedahkan! Sila lihat di sini .
Perbelanjaan itu dikeluarkan oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) bagi membayar tempahan 100 bilik perwakilan PKR seluruh negara di sebuah hotel di Petaling Jaya ketika kongres itu diadakan.
Yang jelas sekarang adalah pencurian dan rompakan harta rakyat di Selangor bukan lagi dilakukan secara tersorok seperti kes curi pasir di negeri itu dahulu, ia kini dilakukan secara terang-terangan tanpa rasa bersalah oleh kerajaan negeri.
Pembiayaan penginapan perwakilan pada Kongres PKR ketujuh tahun lepas merupakan satu jenayah penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh PKR Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ini adalah bukti surat menyurat bagaimana deal tentang tempahan bilik 100 buah telah dibuat.
Surat daripada Armada Hotel kepada MBI Dengan pendedahan ini diharap rakyat negeri Selangor dapat menilai akan kepincangan yang berlaku di dalam pentadbiran MB Khalid. Menderhaka kepada titah baginda Sultan Selangor, menghina pegawai tadbir awam, salahguna kuasa, wang rakyat dan sebagainya.
Dan yang terbaru selepas isu penyelewengan Yayasan Selangor, timbul pula isu skandal Perbadanan Menteri Besar (MBI)! Yang menariknya akan isu ini adalah apabila Setpol MB Khalid cuba menunjukkan akan " kebijaksanaannya " mencabar UMNO Selangor dan Dato' Noh Omar mengemukakan bukti penyelewengan MBI menyalahgunakan wang rakyat sebanyak RM80,500!.
Dato' Noh Omar dalam satu kenyataannya di akhbar Sinar Harian juga mencabar Faekah Husin supaya meletakkan jawatan jika bukti-bukti yang diminta berjaya didedahkan! Sila lihat di sini .
Perbelanjaan itu dikeluarkan oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) bagi membayar tempahan 100 bilik perwakilan PKR seluruh negara di sebuah hotel di Petaling Jaya ketika kongres itu diadakan.
Yang jelas sekarang adalah pencurian dan rompakan harta rakyat di Selangor bukan lagi dilakukan secara tersorok seperti kes curi pasir di negeri itu dahulu, ia kini dilakukan secara terang-terangan tanpa rasa bersalah oleh kerajaan negeri.
Pembiayaan penginapan perwakilan pada Kongres PKR ketujuh tahun lepas merupakan satu jenayah penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh PKR Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ini adalah bukti surat menyurat bagaimana deal tentang tempahan bilik 100 buah telah dibuat.
Antara senarai 100 bilik yang telah ditempah
Performa invoice dari Armada Hotel kepada MBI
Resit bayaran kepada MBI..
Jika dilihat kos keseluruhan yang telah dibayar oleh kerajaan Selangor melalui MBI adalah sebanyak RM80,500 yang melibatkan 100 buah bilik berharga RM 201.25 sebuah. Bilik hotel telah ditempah bermula pada 25 haribulan sehinggalah ke 29 haribulan yang menjadikan keseluruhan tempahan adalah sebanyak 5 hari 4 malam.
Kita sama sekali tidak mempertikaikan jumlah yang telah dibayar oleh mereka kerana bagi mereka RM80 ribu itu hanya untuk mereka berjoli sakan dalam masa 1 malam tetapi intigriti sesebuah kerajaan negeri yang menggunakan wang rakyat untuk tujuan politik. Itu yang perlu kita pertikaikan?
Rakyat perlu sedar yang kerajaan negeri Selangor sekarang telah menyalahgunakan duit rakyat dan tindakan mereka untuk menegakkan benang yang basah adalah satu tindakan bodoh yang tidak perlu dilakukan. Kita tengok apa jawapan Setpol MB Khalid selepas bukti penyelewengan dana rakyat ini didedahkan kepada ramai.
Beranikah Faekah menyahut cabaran Dato' Noh Omar supaya beliau meletakkan jawatan selepas pendedahan ini! Sama-samalah kita tunggu dan lihat. Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
Isnin, Februari 21, 2011
Benarkah ABIM ketika Anwar - Sosialis Islam?
Tanda tanya yang timbul ekoran pembawaan masuk sayap pergerakan Al-Ikhwan Al-Muslimun, IIIT ke Malaysia oleh Anwar ketika menjadi Presiden UIA, bukanlah sesuatu yang harus dipandang ringan. Malah ekoran terdapatnya aktiviti tokoh-tokoh cendekiawan Islam asing yang penuh kontroversi itu, sentimen anti-kerajaan di kalangan pelajar universiti berkenaan dikesan semakin menjadi-jadi terutama dalam pergerakan menyokong pergerakan reformasi pro-Anwar ketika itu.
Misalnya, ketika konvensyen UIA diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember 1988, apa yang membimbangkan ialah majoriti graduan yang hadir telah menunjukkan sikap defiant mereka dengan memakai kain putih yang disemat di dada yang menurut mereka sebagai lambang keadilan, yakni keadilan bagi Anwar. Golongan terpelajar ini rata-ratanya masih berpegang kepada pandangan yang menganggap tindakan penyingkiran yang dikenakan ke atas idola politik mereka itu sebagai “konspirasi peringkat tertinggi kerajaan bagi menghapuskan karier politik Anwar.”
Memandangkan ini, sudah sampai ketikanya usaha bersungguh-sungguh dilakukan oleh pihak berkuasa bagi memastikan bahawa kehadiran kepentingan-kepentingan politik asing seperti IIIT mahupun badan induknya Al-Ikhwan Al-Muslimun selama bertapaknya pengaruh Anwar Ibrahim di dalam arus politik dan pemerintahan negara tidak menimbulkan kesan jangka panjang yang boleh memudaratkan kestabilan politik yang kita nikmati selama ini.
Sehubungan itu apa yang seharusnya menjadi kemusykilan serta dipersoalkan oleh umat Islam di Malaysia mahupun keseluruhan rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian ialah mengapa pertubuhan Al-Ikhwan Al-Muslimun dapat wujud di negara ini tanpa sebarang halangan melalui IIIT yang beroperasi melalui kampus UIA di Petaling Jaya. Segala kemusykilan dan perasaan khuatir ini juga seharusnya diluahkan terhadap IIIT dan Al-Ikhwan kerana perkaitannya dengan seorang tokoh ulama reformis Dario Qatar, Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa membela Anwar dari penyingkirannya oleh kerajaan dan UMNO.
Ulama cendekiawan Al-Ikhwan yang penuh kontroversi ini pernah melakukan lawatan rasmi ke Malaysia pada 25 Mac 1998 atas jemputan Anwar yang ketika itu masih lagi memegang jawatan penting di dalam kerajaan dan UMNO. Walaupun di kalangan pemerhati pergerakan Islam semasa Dr. Yusuf, 73, diiktiraf sebagai seorang ulama progresif yang moderate serta terkenal, tetapi ramai yang masih bersikap penuh kesangsian terhadap tindak-tanduknya, terutamanya dari segi kesungguhan serta niatnya dalam menjalankan kerja-kerja dakwah.
Malah terdapat di kalangan pemerhati yang menyifatkan ulama kelahiran Mesir ini sebagai ‘ulama politik’ yang tidak berniat semata-mata untuk berdakwah tetapi mempunyai agenda politik tersembunyi demi menegakkan pengaruh Al-Ikhwan di serata dunia Islam. Agenda berkenaan adalah bagi membolehkan puak Al-Ikhwan memegang tampuk kekuasaan di negara-negara Islam tanpa memikirkan kehendak majoriti rakyat di negara-negara berkenaan.
Adalah menjadi hakikat sejarah kewujudan badan pergerakan Islam antarabangsa ini bahawa dalam usaha mendalangi cita-cita politik di negara-negara Islam, mereka tidak begitu menghiraukan samada matlamatnya itu dicapai secara damai atau sebaliknya. Kini di Malaysia campurtangan tokoh ulama Al-Ikhwan di dalam hal ehwal politik dalaman di Malaysia amat menyerlah sekali dengan tindakannya mengeluarkan ‘fatwa’ menpertahankan Anwar dari segala tuduhan yang dilemparkan oleh pihak kerajaan.
Fatwa beliau itu jelas mengenepikan segala pandangan bernas dan teori indah yang pernah diutarakan dalam buku-buku hasil tulisannya. Ini termasuklah dalam buku Fiqh al Zakah – sebuah kerja dakwah yang pernah disifatkan oleh tokoh ulama intelektual dari Pakistan Abu A’la Mawdudi sebagai “buku abad ini” dalam bidang fiqah Islam.
Pembabitan Dr. Yusuf dalam mencampuri urusan politik UMNO dan pemerintahan kerajaan di negara ini tidak dapat dilihat oleh kalangan pemerhati tempatan sebagai berbau kepentingan politik partisan. Manakala tindakan beliau mengeluarkan ‘fatwa’ menyokong Anwar Ibrahim ternyata bercanggah dengan metodologi pembuatan fatwa seperti yang ditetapkan oleh Al-Quran serta hadis. ( sila lihat gambar diatas ).
Memandangkan beliau merupakan seorang tokoh ulama yang disegani, dikhuatiri pendapat yang diluahkan berkaitan kes penyingkiran dan juga pertuduhan-pertuduhan mahkamah yang dihadapi oleh Anwar akan disalah tafsir oleh seluruh masyarakat dunia Islam. Menurut para pemerhati, pendapat Dr. Yusuf mengenai dilema yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim itu adalah semata-mata berdasarkan pandangan dari sebelah pihak, yakni dari pihak bekas Timbalan Perdana Menteri itu sahaja tanpa mengambil kira sudut pandangan pihak kerajaan dan UMNO.
Ekoran perkembangan ini, dikhuatiri juga kalau-kalau fatwa dari tokoh ulama antarabangsa ini mengenai nasib-nasib yang menimpa Anwar ini adalah dari sumber-sumber pihak ketiga seperti laporan media asing atau rakan-rakan seperjuangan yang berada di Malaysia.
Perlu disebut di sini sejak kepulangannya ke negara asalnya ekoran lawatan ke Malaysia pada pada 25 Mac 1998, Dr Yusuf tidak pernah pulang semula sehinggalah tahun 2010 bagi menyiasati atau mengambil tahu tentang masalah yang menimpa rakan pengikutnya itu. Berdasarkan ini, besar kemungkinannya keputusan yang diambil bagi membela Anwar bukan didasarkan kepada realiti politik semasa di Malaysia, tetapi lebih kepada apa yang dilihat melalui kaca mata politik di Timur Tengah.
Dr. Yusuf tentu boleh dianggap telah melakukan satu kesilapan yang besar jika terbukti beliau mengambil pendekatan yang stereotaip serta cetek dengan menyamakan sikap kerajaan di Malaysia seperti sikap yang diambil oleh para pemerintah di sesetengah negara Arab yang rata-ratanya terbukti amat tegas dalam usaha membanteras segala pergerakan politik yang berbau Islam.
Pada hakikatnya di antara perjuangan aktivisme Anwar dengan tokoh ulama Al-Ikhwan dari Qatar ini memang terdapat banyak persamaan. Seperti juga Anwar, "ulama reformis" ini sememangnya terkenal di kalangan golongan intelektual dunia Islam sebagai seorang yang mempunyai pandangan politik yang agak radikal. Pandangan ini agak bercanggah dengan apa yang dipaparkan oleh kalangan pengkaji Islam dari barat seperti John Esposito dan John Voll yang menyifatkan beliau sebagai tokoh intelektual dunia Islam yang bersifat moderate.
Sesungguhnya Dr. Yusuf dan beberapa orang lagi tokoh Islam al-Ikhwan Al muslimun, termasuk pengasasnya Hassan Al-Banna, lebih dikenali dikalangan aktivis pergerakan Islam dunia sebagai ulama yang “memegang Quran dan pedang di tangan kiri”. Dr. Yusuf pernah dilaporkan terlibat secara aktif dalam politik kampus seperti menganjurkan serta mendalangi beberapa tunjuk perasaan ganas ketika menuntut di Al-Azhar. Akibat kegiatan politik radikal ini beliau dilaporkan pernah di penjara oleh pihak berkuasa Mesir sebanyak tiga kali, yakni pada tahun 1949,1954 dan 1962.
Persamaan di antara Anwar dengan Dr. Yusuf turut terserlah dari segi idola atau tokoh politik yang disanjungi bersama. Dr. Yusuf dikenal pasti sebagai antara tokoh Al-Ikhwan yang taksub dengan beberapa orang tokoh idola intelektual reformis Islam yang pernah suatu ketika dahulu dikaitkan dengan pergerakan sosialisme Islam seperti pengasas pergerakan itu sendiri Hassan Al-Banna dan tokoh ideologinya, Sayyid Qutb. Di antara kedua-dua tokoh yang dikagumi bersama oleh Anwar dan Dr. Yusuf ini, Sayyid Qutb dikatakan tokoh yamg paling menyerlah dari segi sikap militan dan radikalnya serta pernah dikatakan berpegang kepada konsep sosialisme Islam.
Pada peringkat awal penglibatannya dengan Al-Ikhwan, Sayyid Qutb menganut falsafah liberal, kemudiannya berganjak minda kepada fahaman sosialis, sebelum bertukar haluan menjadi tokoh fundamentalis sehingga kini. Seperti juga dengan hal beberapa orang di kalangan pemimpin Al-Ikhwan, terdapat ramai di kalangan tokoh intelektual Islam di Malaysia yang seangkatan dengan Anwar pernah suatu ketika dulu turut terpengaruh dengan idea sosialisme Islam yang di bawa oleh Sayyid Qutb ini Antara tokoh-tokoh intelek Islam tempatan ini termasuklah Prof. Syed Naquib Al-Attas.
Tokoh cendekiawan Islam tempatan ini dikenalpasti masih lagi mempunyai perhubungan yang akrab dengan Anwar dan dikatakan antara tokoh yang menjadi golongan inner circle dalam perencanaan politik dan intelektual beliau. Pengaruh fahaman sosialisme Islam didapati begitu menular sekali di kalangan ahli ABIM serta para penuntut institusi pengajian tinggi tempatan pada sekitar tahun 1970-an dan awal tahun 1980-an.
Fahaman ini menjadi begitu popular di kalangan anak-anak muda terpelajar ketika itu sehingga terdapat media cetak tempatan, terutamanya majalah Panji Masyarakat (kini tidak diterbitkan lagi) pernah beberapa kali didapati seolah-olah cuba menjaja fahaman ini yang rata-ratanya terdiri dari kalangan pelajar peringkat STP dan institusi pengajian tinggi tempatan. Didapati media berkenaan memberikan kedudukan yang prominen terhadap isu sosialisme Islam, termasuk menjadikannya bahan cover story sambil menyerlahkan apa yang disifatkan sebagai tokoh Prof. Syed Naguib dalam fahaman tersebut.
Perkara ini berlaku walaupun fahaman sosialisme yang dipuja-puja itu agak mengelirukan serta menimbulkan kontroversi dari segi akidah umat Islam. Natijah dari apa yang berlaku ekoran begitu mudahnya puak pelampau militan Islam membabitkan diri dalam urusan politik dan pemerintahan di Malaysia di negara ini ialah sikap kalangan pemimpin kita dan umat Melayu-Islam keseluruhannya yang suka kepada perkara-perkara yang asing atau yang datang dari luar negara.
Wallahuallam.

Setpol MB Khalid, Faekah cabar UMNO Selangor dedahkan dokumen skandal wang rakyat!
Faekah Husin, Setpol MB Kalid telah mencabar UMNO Selangor didalam Portal MalaysiaKini untuk membuktikan dakwaan bahawa kerajaan negeri selangor telah menyalahgunakan wang rakyat sebanyak RM80,500!
Perbelanjaan itu dikeluarkan oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) bagi membayar tempahan 100 bilik perwakilan PKR seluruh negara di sebuah hotel di Petaling Jaya ketika kongres itu diadakan.
Yang jelas sekarang adalah pencurian dan rompakan harta rakyat di Selangor bukan lagi dilakukan secara tersorok seperti kes curi pasir di negeri itu dahulu, ia kini dilakukan secara terang-terangan tanpa rasa bersalah oleh kerajaan negeri.
Pembiayaan penginapan perwakilan pada Kongres PKR ketujuh tahun lepas merupakan satu jenayah penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh PKR Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Berikut adalah dokumen asal tempahan 100 bilik hotel sepertimana yang diminta buktinya oleh Faekah Husin, Setpol MB Khalid!
Tempahan dan pembayaran 100 bilik hotel di Petaling Jaya oleh MBI pada 25 hingga 29 November tahun lalu merupakan bukti jelas terhadap salah guna kuasa dan penyelewengan oleh Menteri Besar.
Dengan pendedahan ini, tahniah diucapkan kepada Faekah Husin kerana telah berjaya " melondehkan " seluar MB Khalid. Kita mendesak agar SPRM dapat lakukan siasatan dengan seberapa segera terhadap MB Khalid dan juga MBI!
Sumber : GAP
Suara Politik
Taminsari
MB Khalid panik : Salah guna wang rakyat, pelengkap penyelewengan PKR!
Dakwaan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyalahgunakan wang rakyat berjumlah RM80,500 bagi membiayai penginapan kira-kira 500 perwakilan pada kongres PKR tahun lalu disifatkan sebagai pelengkap kepada skandal penyelewengan parti tersebut di Selangor.
Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin (gambar bawah) berkata, sebelum ini negeri itu telah pun dicemari dengan pelbagai kes salah laku seperti korupsi kuasa, penipuan dan kepincangan pemilihan PKR di samping tindakan keluar beramai-ramai ahli parti itu.
“GAPS juga mempunyai bukti yang jelas mengenai penyelewengan ini dan akan membuat laporan kepada pihak berkuasa dalam tempoh yang terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan PKR Selangor didakwa menyalahgunakan wang rakyat apabila membiayai penginapan kira-kira 500 perwakilan pada Kongres PKR tahun lalu yang kesemuanya berjumlah RM80,500.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar ketika mendedahkan perkara itu berkata, perbelanjaan itu dikeluarkan oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) bagi membayar tempahan 100 bilik di sebuah hotel di Petaling Jaya ketika kongres itu diadakan.
Jelas Hamidzun, pencurian dan rompakan harta rakyat di Selangor bukan lagi dilakukan secara tersorok seperti kes curi pasir di negeri itu dahulu, ia kini dilakukan secara terang-terangan tanpa rasa bersalah oleh kerajaan negeri.
Ujarnya, pembiayaan penginapan perwakilan pada Kongres PKR ketujuh tahun lepas merupakan satu jenayah penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh PKR Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tambahnya, tempahan dan pembayaran 100 bilik hotel di Petaling Jaya oleh MBI pada 25 hingga 29 November tahun lalu merupakan bukti jelas terhadap salah guna kuasa dan penyelewengan oleh Menteri Besar.
Berikut adalah kenyataan penuh media :
Salahguna wang rakyat adalah pelengkap SKANDAL KONGRES PKR 2010
Penggunaan RM80,500.00 (Ringgit Malaysia Lapan Puluh Ribu dan Lima Ratus Sahaja) wang rakyat untuk membiayai penginapan perwakilan PKR ke Kongres PKR ke 7 2010 pada 26-28 November 2010 di Petaling Jaya merupakan satu jenayah penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh kerajaan pakatan Selangor dibawah pimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.
Pencurian dan rompakan harta rakyat di Selangor sekarang bukan lagi dilakukan secara tersorok di malam hari seperti skandal pasir oleh kerajaan pakatan Selangor, malahan ianya dilaksanakan secara terang-terangan di siang hari. Tempahan dan pembayaran 100 bilik hotel di Petaling Jaya oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) pada 25-29 November 2010 merupakan bukti jelas sudah terang lagi bersuluh salahguna kuasa dan penyelewengan oleh Menteri Besar.
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) sebagai sebuah NGO pemantau kerajaan pakatan Selangor amat kesal harta dan wang rakyat Selangor dirompak untuk membiayai penginapan perwakilan ke mesyuarat agung tahunan PKR itu.
Khalid Ibrahim wajar membezakan peranan nya sebagai seorang Menteri Besar dan pemimpin parti. Harta negeri merupakan harta rakyat dan bukannya harta milik parti PKR yang boleh dibelanjakan sesuka hati mengikut nafsu serakah mazmumah kepartian.
GAPS juga mempunyai bukti yang jelas mengenai rompakan harta rakyat disiang hari ini. GAPS akan membuat lapuran kepada pihak yang berkuasa dalam tempoh yang terdekat.
Salahguna kuasa ini juga merupakan pelengkap kepada SKANDAL KONGRES PKR 2010 yang sebelum ini di cemari dengan pelbagai salah laku seperti korupsi kuasa, penipuan dan pemilihan paling kotor yang dipenuhi dengan adegan pergaduhan, baling kerusi, pengantungan cabang, perletakan jawatan pemimpin dan keluarnya ahli beramai-ramai dari parti itu.
Tidak ada cara lain untuk kerajaan pakatan Selangor keluar dari salah guna kuasa dan penyelewengan dan rasuah ini kecuali Menteri Besar Khalid Ibrahim meletakkan jawatan atau membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor untuk menyerahkan mandat kepada rakyat memilih kerajaan yang lebih bersih dan bertanggungjawab.
Hamidzun Khairuddin
Pengerusi
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
Suara Politik
Taminsari
Khamis, Februari 17, 2011
Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina!
PERPECAHAN MELAYU TELAH LAMA BERLAKU
Ucaptama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Simposium Dilema Melayu: Perspektif dan Konklusi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Sabtu lalu menarik perhatian akhbar-akhbar Cina untuk mengulasnya.
Antaranya seperti artikel yang disiarkan oleh Nanyang Siang Pau di ruangan pendapat terbitan 15 Februari lalu.
Artikel bertajuk ‘Kritis bahasan Mahathir’ pada halaman A16 itu ditulis oleh pengkritik semasa, Koh See Kien.
Tulisnya, terdapat dua isu utama yang dibangkitkan oleh Dr. Mahathir dalam ucapannya iaitu pertamanya, orang Melayu kini berpecah berikutan perbezaan ideologi politik sehingga menyebabkan mereka perlu mendapat sokongan kaum lain untuk terus memerintah.
Keduanya, bekas Perdana Menteri itu mengakui Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah disalah guna oleh orang tertentu. Bagaimanapun, Dr. Mahathir berpendapat dasar itu perlu diteruskan dan jika tidak, orang Melayu akan kalah dan terus tercicir.
Menurut See Kien, beliau ingin mempersoalkan isu pertama yang dibangkitkan oleh Dr. Mahathir kerana hairan kenapa hanya sekarang soal perpecahan itu diperkatakan sedangkan perkara itu telah lama berlaku.
‘‘Selepas merdeka pada 1957, orang Melayu berpecah kepada tiga kumpulan dengan yang terbesar ialah UMNO, diikuti oleh Pas dan seterusnya kumpulan orang Melayu daripada golongan sayap kiri.
‘‘Kenapa pada waktu itu, Dr. Mahathir tidak mengkritik orang-orang Melayu yang telah berpecah dalam politik?’’ soalnya.
Penulis berkenaan turut mempersoalkan kenapa bekas Perdana Menteri itu tidak membangkitkan isu sama ketika perpecahan berlaku pada zaman beliau menerajui UMNO apabila Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Semangat 46 pada 1989.
Dalam pada itu, See Kien turut menempelak negarawan itu, sambil menyifatkan beliau sebagai sangat fanatik apabila dalam ucaptamanya menyatakan jika orang Melayu terus berpecah, mereka akan menjadi hamba abdi di negara sendiri.
‘‘Kata-kata seperti ini sangat fanatik, kerana sama ada Dr. Mahathir suka atau tidak, Malaysia adalah negara berbilang kaum.
‘‘Adakah beliau menganggap kejayaan membentuk kerajaan yang kuat sebelum ini terlepas daripada sokongan rakyat berbilang kaum?’’ soalnya.
Penulis berkenaan turut melahirkan perasaan kesalnya apabila Dr. Mahathir menyatakan bahawa kaum Cina menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 1999 kerana berterima kasih kepada kerajaan yang telah menyelamatkan mereka daripada krisis kegawatan ekonomi.
‘‘Kenapa beliau berkata orang Cina sokong BN kerana mahu selamatkan harta benda dan aset mereka. Ini adalah tohmahan berat sebelah dan berpandangan tidak adil.
‘‘Sebenarnya orang Cina menyokong BN pada masa itu kerana mereka masih belum tahu matlamat dan hala tuju parti pembangkang yang sebenar.
‘‘Cuma apabila orang Cina terdesak mahukan perubahan pada pilihan raya umum 2008, barulah tsunami politik ini berlaku,’’ tulisnya.
Sementara itu, See Kien turut menyifatkan pandangan bersifat perkauman yang dibuat oleh Dr. Mahathir adalah amat berbeza dengan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang lebih mengutamakan gagasan 1Malaysia dan Model Baru Ekonomi (MBE) yang berasaskan kepada demokrasi.
‘‘Apa yang dibuat oleh Dr. Mahathir ini akan menyebabkan negara mundur ke belakang dan tindakannya ini juga boleh dianggap seolah-olah mengkritik MBE,’’ tulisnya lagi.
MASYARAKAT CINA TIDAK PERLUKAN MCA
Usaha MCA untuk meraih sokongan kaum Cina mendapat perhatian Loh Hon Chew yang menulis mengenainya dalam akhbar China Press.
Artikel bertajuk ‘Mahu berpolitik bukan pergi belanja makan-makan sahaja’ disiarkan menerusi ruangan perbincangan rakyat akhbar berkenaan bertarikh 11 Februari lalu.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini bahawa hanya parti itu sahaja yang mewakili masyarakat Cina dan sebab itu kaum berkenaan terus menyokong MCA.
Menurut Hon Chew, Tiong Lai telah lupa kata-kata seorang pemimpin MCA lain bahawa parti itu umpama ikan dan masyarakat Cina adalah air.
‘‘Air boleh untuk tidak memerlukan ikan tetapi ikan tidak boleh hidup tanpa air,’’ jelasnya.
Jika mahu dihuraikan secara lebih jelas lagi, tulis beliau, air tidak perlukan ikan seperti MCA, kerana masih banyak lagi ikan di luar sana yang boleh masuk ke dalam air itu bagi menggantikan parti berkenaan.
Beliau turut menempelak MCA sebagai ikan yang akan mengalami kepupusan disebabkan wakil rakyat parti itu menang dalam pilihan raya kerana sokongan pengundi Melayu.
‘‘Jika ikan-ikan ini hidup bertautkan pada pengundi Melayu, walaupun MCA mendapat jawatan-jawatan menteri, sudah tentu mereka tidak mewakili suara orang Cina,’’ tulis beliau.
Tambah beliau, hakikat itu menyebabkan UMNO tidak menghormati MCA, kerana menganggap parti itu tidak mewakili suara orang Cina yang sebenar.
Sikap UMNO terhadap MCA, tegas beliau, telah mengecewakan masyarakat Cina sehingga menyebabkan mereka tidak menyokong parti itu dan akhirnya menyebabkan ia semakin lemah dan tidak bermaya.
Dalam pada itu, jelas beliau, sokongan masyarakat Cina telah mula merosot sejak 1950-an yang berpunca kerana terdapat beberapa budaya tradisi tidak baik yang diamalkan MCA termasuk keengganan pemimpin parti itu mempelajari bahasa Mandarin sehingga menyebabkan mereka tidak tahu kehendak kaum itu yang diluahkan dalam akhbar berbahasa berkenaan.
‘‘MCA juga telah melakukan kesilapan besar apabila memisahkan diri dengan Dong Jiao Zong (Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia) dan mahu menghapuskan sistem pendidikan sekolah Cina.
‘‘ Apa yang masyarakat Cina mahukan dianggap menyusahkan oleh MCA. Sebab itu, apabila kita mahu wujudkan sekolah menengah Cina, isu ini diketepikan oleh parti berkenaan.
‘‘Jika MCA tidak tahu mengambil kesempatan daripada isu-isu yang orang Cina sukakan, bagaimana mereka akan mendapat sokongan daripada kaum ini?’’ soalnya.
Tegas beliau, jika parti itu mahu terus dihormati dan berkembang di kalangan masyarakat Cina, mereka harus mengubah tradisi lapuk yang terdapat dalam parti itu.
‘‘Maksud berubah ini bukan dengan cara belanja makan untuk isi perut sahaja. Jika di peringkat bawahan MCA masih menggunakan tradisi lama, sudah pasti masyarakat Cina dengan sendirinya akan tinggalkan parti ini,’’ tulis Hon Chew.
Sumber : UM
Suara Politik
Taminsari
Isnin, Februari 14, 2011
Rakyat tidak akan lupa kelentong Karpal - Anwar kena arsenik?
Agak menarik apabila mengimbaukan kembali kisah Anwar sewaktu dikenakan hukuman penjara kerana kesalahan salahguna kuasa dan juga kes liwat 1. Ketika itu timbul bermacam-macam cerita dan antara yang menarik adalah kes keracunan arsenik yang didakwa oleh Karpal Singh terhadap anak guamnya Anwar Ibrahim!
Isu berhubung dakwaan Anwar Ibrahim yang mengalami keracunan arsenik sememangnya mendapat perhatian banyak pihak ketika itu. Masakan tidak, kenyataan tersebut bukan sahaja cukup menggemparkan malah ia juga mencetuskan banyak spekulasi yang tidak berasas sebelum siasatan dijalankan. Keracunan arsenik seperti yang didakwa oleh peguam bela Karpal Singh berdasarkan kepada keputusan contoh air kencing Anwar yang dihantar ke makmal patologi Gribbles, Melbourne Australia pada 26 Ogos 1998.
Dan ianya menjadi bertambah menarik apabila selepas dua orang kuat Anwar keluar dari PKR iaitu YB Zolkifli Nordin dan juga Dato' Seri Zahrain, mereka menceritakan bahawa " kisah sedih Anwar kena arsenik " hanyalah lakunan Anwar semata-mata! Malah peguam yang dikatakan begitu handal iaitu Karpal Singh juga terlibat membohongi rakyat!
Hasil laporan ujian sampel air kencing yang menggunakan nama samaran 'Subramaniam, 59,' mencatatkan kandungan arsenik 230 ug/g kreatinin. Bagaimanapun, teka-teki berhubung dakwaan ini akhirnya 'terjawab' apabila hasil siasatan perubatan yang dijalankan oleh Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) mengesahkan bahawa Anwar tidak mengalami keracunan arsenik.
Segelintir pihak yang melontarkan pelbagai tuduhan yang tidak bertanggungjawab juga harus menerima hakikat ini apabila Datin Wan Azizah Wan Ismail sendiri turut akur dengan keputusan ini.
Namun, sejauhmanakah benarnya dakwaan yang mengatakan bahawa Anwar mengalami tanda-tanda keracunan arsenik? Apakah tanda-tanda yang dialaminya merupakan tanda sebenar bahawa beliau keracunan arsenik itu? Menurut salah seorang pakar perunding dalam bidang perubatan kita tidak boleh menentukan sesuatu masalah yang dialami berdasarkan kepada gejala-gejala yang dialami sahaja.
Ini kerana terdapat juga gejala-gejala yang sama tetapi juga boleh berpunca daripada lain-lain penyakit. Kesemua gejala seperti yang diadukan oleh Anwar tidak dapat diukur secara spesifik kecuali berat badannya. Menurut pakar itu lagi seseorang yang mengalami keracunan arsenik juga biasanya mengalami tanda-tanda seperti rambut gugur, kulit menjadi tebal (hiperkeratosis) dan tompok-tompok hitam pada kulit.
Mereka yang terdedah kepada keracunan arsenik biasanya akan mengalami pigmentasi pada kulit, hilang selera makan, penurunan berat badan, muntah-muntah, anemia, cirit-birit dan rasa mencucuk-cucuk pada kaki dan tangan.
Bagaimanapun, tanda-tanda seperti ini tidak dialami oleh Anwar. Sebaliknya, semasa Anwar dalam penjara, Anwar mengalami sembelit. Berdasarkan ujian darah yang dijalankan juga mendapati Anwar tidak menghidap anemia (kurang darah). Anwar juga tidak mengadu simptom-simptom dalam perut dan gejala-gejala yang menunjukkan beliau mengalami keracunan. Dakwaan ini diperkukuhkan lagi apabila laporan perubatan HUKM mendapati Anwar tidak menunjukkan bahawa dia mengalami tanda-tanda keracunan arsenik akut atau kronik.
Spesimen-spesimen air kencing, rambut dan kuku menunjukkan paras arsenik juga tidak melebihi paras yang dibenarkan. Malah, kajian yang dijalankan pada kesemua sampel menunjukkan kadar arsenik tersebut adalah dalam keadaan yang dibenarkan. Mengikut pendapat seorang doktor, sampel air kencing Anwar untuk ujian arsenik yang dihantar ke makmal patologi Gribbles, Melbourne, Australia menimbulkan persoalan sama ada ia benar-benar mematuhi prosedur dan standard ujian yang ditetapkan.
Menurutnya, berdasarkan standard yang betul air kencing individu yang disyaki mengalami keracunan haruslah diambil untuk tempoh 24 jam. Dalam tempoh tersebut setiap pengeluaran air kencing haruslah diambil bagi mendapatkan kadar purata paras sebenar arsenik yang terdapat dalam air kencing. Sebaliknya, dalam kes ini jika diteliti sampel air kencing Anwar yang dihantar ke makmal tersebut hanya sekali sahaja.
Biasanya, kandungan arsenik dalam air kencing individu yang baru memakan makanan laut memang agak tinggi. Bagaimanapun, paras arsenik ini akan menurun secara perlahan-lahan dan jika diambil semula selepas 48 jam, terdapat kemungkinan kandungan arsenik dalam air kencing tersebut tidak ada lagi. Arsenik akan dikumuh oleh tubuh secara proses semula jadi melalui air kencing.
Lampiran laporan yang dinyatakan hasil perbincangan yang diperoleh daripada Profesor Dr. Moyer dari Klinik Mayo, Amerika Syarikat menjelaskan, individu dewasa yang tidak terdedah dengan arsenik akan mengumuhkan arsenik kurang daripada 25 ug/l daripada jumlah keseluruhan arsenik yang ada dalam tubuhnya.
Bagaimanapun, mereka yang memakan makanan laut yang bercengkerang seperti kerang, kupang, siput, ketam dan sebagainya akan mengumuhkan arsenik yang mencecah hingga 500 ug/l. Paras arsenik yang mencecah 300 ug/g kreatinin bukanlah satu keadaan yang berterusan bagi mereka yang memakan makanan laut.
Makanan laut biasanya mengandungi kandungan arsenik bukan organik yang bercampur dalam tisu-tisu mereka. Akhbar The Straits Times Singapura yang memetik sumber-sumber melaporkan, berdasarkan laporan perubatan seorang doktor yang merawat Anwar semasa di penjara, beliau sihat dan tidak mengalami sebarang kesakitan, kecuali bronkitis, resdung dan kekejangan otot belakang akibat bermain sepak takraw dengan banduan-banduan lain.
Laporan berkenaan juga menyatakan Anwar tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda klinikal akibat mengalami keracunan akut seperti pigmentasi pada kulit (tompokan pada kulit), kehilangan berat badan dan selera makan serta cirit-birit. Pegawai-pegawai perubatan lain yang turut memeriksa Anwar juga menyebut, pesakit itu tidak mengadu mengenai sebarang kesan lain akibat keracunan arsenik.
Berdasarkan laporan perubatan HUKM, Anwar mempunyai sejarah kesihatan seperti pembengkakan hati (fatty liver), gastrik dan kemalangan terjatuh dari kuda beberapa tahun lalu. Kemalangan ini menyebabkan Anwar mengalami trauma pada bahagian kepala dan leher pada September tahun sebelum itu.
Menurut pakar yang membaca lampiran laporan tersebut, pembengkakan hati yang dialami Anwar ini boleh berpunca daripada jangkitan yang tidak spesifik seperti hepatitis atau lain-lain penyakit pada hatinya. Bagaimanapun, jangkitan yang menyebabkan pembengkakan pada hatinya tidaklah begitu serius.
Selain itu, Anwar juga menghidap penyakit gastrik yang kronik dan pedih ulu hati (reflux esofagitis).Sehubungan itu, bagi mengawal penyakit gastrik yang dihidapinya Anwar perlu mengambil ubat gastrik iaitu omeprazole dan prepulsid.
"Ubat-ubatan ini diambil sejak Anwar didiagnos menghidap penyakit gastrik di Hospital Universiti (UH) pada sekitar tahun 1995-96."Ubat-ubat gastrik ini sememangnya diakui mempunyai kesan sampingan,'' katanya. Selain ubat gastrik, Anwar juga mengambil ubat kulit iaitu Roaccutane.
Ubat ini katanya, meskipun diambil mengikut dos yang ditetapkan, boleh meninggalkan banyak kesan sampingan seperti keguguran rambut, kulit kering berkuping-kuping, loya, sakit kepala, lemah, mengantuk dan sakit otot. Selain itu, ubat ini juga boleh meningkatkan lagi enzim hati, kolesterol, plasma darah, perubahan mood dan tarik-tarik (seakan-akan sawan).
Ubat-ubatan yang diambil ini telah lama diamalkan oleh Anwar sendiri sebelum Anwar dihantar ke penjara. Menyedari keadaan Anwar yang menghidap gastrik yang menyebabkannya alah pada kafein, maka pemakanannya perlu diubahsuai bergantung kepada tahap kesihatan dan rawatan yang diterima.
Jika sebelum ini Anwar diberi minum kopi atau teh, ia diganti dengan milo. Setin milo akan diletakkan dalam biliknya dan air panas akan dihantarkan kepadanya setiap malam bagi membolehkannya membancuh minuman tersebut pada waktu tengah malam.
Selain itu, Anwar juga turut diberi minuman berkalori tinggi untuk membantu meningkatkan berat badan dan madu bagi menambahkan tenaganya. Laporan perubatan tersebut ada mengatakan bahawa pemeriksaan paru-paru menunjukkan terdapat fine crackles di bahagian bawah paru-paru Anwar.
Masalah ini merupakan satu keadaan biasa apabila paru-paru seseorang gagal mengecut dan mengembang dengan sempurna semasa proses pernafasan, disebabkan oleh penyakit asma atau lain-lain penyakit paru-paru yang dihidapinya.
"Keadaan ini berlaku apabila seseorang menghidap penyakit asma atau bronkitis yang menyebabkan paru-paru menjadi lebih keras berbanding biasa. " Bagaimanapun, masalah ini biasanya berlaku di kalangan mereka yang menghidap asma saja,'' ujarnya.
Hujah ini diperkukuhkan lagi apabila lampiran laporan perubatan HUKM yang menyiasat dakwaan keracunan arsenik juga mendapati Anwar menghidap asma yang agak ringan (reversible airways disease). "Dalam laporan HUKM juga ada menyebut bahawa ibu dan salah seorang daripada anak perempuan Anwar juga menghidap asma,'' jelasnya. Menurut pakar yang menyemak laporan perubatan tersebut, Anwar juga mengalami tekanan emosi (stress) iaitu satu masalah biasa dialami oleh mereka yang dimasukkan ke dalam penjara.
Mengulas tekanan darah (hipotensi ortostatik) Anwar yang tidak menentu, pakar tersebut menjelaskan, catatan tekanan darah kepada 128/95mmHg daripada 150/100mmHg (baring) menunjukkan berlakunya penurunan tekanan darah.
Bagaimanapun, keadaan yang dialami Anwar ini hanya sekali sahaja dan ia bukanlah satu keadaan yang berterusan. Ini kerana berdasarkan lampiran laporan tersebut, catatan tekanan darah Anwar yang diambil menunjukkan tekanan darahnya stabil." Kenyataan ini merujuk kepada lampiran pemeriksaan secara keseluruhan menunjukkan tekanan darahnya tidak menunjukkan kelainan yang berterusan,'' katanya.
Berdasarkan hasil laporan perubatan HUKM, tiga perkara yang baru ditemui, iaitu:
* Kelainan (abnormaliti) paru-paru
* Tekanan darah yang jatuh (hipotensi ortostatik)
* Kelainan (abnormaliti) pada scan otak
Hasil kajian radiograf dada oleh Pakar Respiratori, Dr. Roslan Haron (HUKM) mendapati Anwar mempunyai kelainan pada bahagian bawah paru-paru kirinya.
Namun, hasil ujian ulangan scan tomograf berkomputer (CT Scan) dada menunjukkan kelainan ini tidak berlaku. Bagaimanapun ia bukanlah sejenis penyakit, sebaliknya ia merupakan satu keadaan yang normal yang boleh dihadapi oleh sesetengah individu. Selain itu, ujian fungsi paru-paru juga menunjukkan reversible small airways obstruction iaitu menunjukkan bahawa kemungkinan Anwar menghidap asma adalah tinggi.
Semasa dalam wad, Anwar ada mengadu bahawa dia mengalami kesakitan kepala yang amat sangat. Sehubungan itu, satu siasatan dijalankan oleh Pakar Perunding Neurologi, Profesor Dr. Raymond Azman Ali. Merujuk kepada pemeriksaan sistem saraf yang diperoleh daripada ujian MRI otak Anwar menunjukkan satu perubahan kepekatan yang meningkat dalam otak (subcortial hyperintense changes).
Bagaimanapun, ia merupakan satu perubahan biasa yang dialami oleh mereka yang meningkat umur. Kesimpulan daripada laporan tersebut juga menyatakan Anwar:
1. Tidak menghidap diabetes, penyakit tiroid, kegagalan buah pinggang, anemia kronik, batuk kering atau penyakit kanser
2. Tidak menghidap penyakit HIV atau AIDS
3. Ujian fungsi hati (hepar) menunjukkan terdapat sedikit kelainan
4. Ujian-ujian darah adalah normal
5. Tekanan darah stabil
6. Ujian paru-paru menunjukkan Anwar menghidap asma yang ringan
7. Pemeriksaan sistem saraf menunjukkan normal
8. Pemeriksaan sistem usus Anwar menghidap gastrik dan pedih ulu hati
9. Pemeriksaan mental menunjukkan Anwar menghadapi tekanan emosi Kesimpulannya, laporan kesihatan Anwar yang dibuat oleh 12 orang doktor pakar HUKM dan yang dibuat oleh doktor pakar di Penjara Sungai Buloh adalah sama.
Siapa yang menipu siapa ? Begitu hebat "lakunan Anwar" untuk mendapatkan simpati dari rakyat ketika itu! Tidakkah Karpal Singh pun terlibat sama membawa cerita bohong ke mahkamah! Bukan Karpal bersubahat sama dengan anak guamnya! Fikir-fikirkanlah. Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
Ahad, Februari 13, 2011
MB Khalid salahguna dana negeri untuk kepentingan politik!
Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan keputusan membiayai kos guaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei mengundang kemarahan rakyat negeri Selangor. Ia merupakan rentetan kepada kemarahan rakyat apabila kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mempertikaikan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Mengambil pendekatan media baru iaitu laman blog ADUN Sri Muda, Shuhaimi terjerat apabila beliau terlajak menyusun hujahnya sehingga terpacul perkataan yang dianggap menghina Selangor Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Kira-kira 20 laporan polis dibuat ke atas Shuhaimi kerana kenyataan beliau tersebut. Jumlah laporan polis sudah cukup untuk mengukur betapa besarnya skala kemarahan rakyat. Banyak pihak tersinggung dan marah dengan kenyataan itu.
Apa yang dipertikaikan di sini ialah bagaimana sikap Abdul Khalid yang sekali lagi bertindak atas dasar politik dalam menangani isu berkaitan pelantikan SUK.
Abdul Khalid tidak mempunyai justifikasi yang kukuh untuk menggunakan dana kerajaan negeri bagi membiayai kos perundangan ke atas Shuhaimi yang menghadapi pertuduhan menghasut.
Dalam pertuduhan itu, kerajaan negeri langsung tidak terlibat melainkan ia atas dasar peribadi Shuhaimi. Kerana lidahnya yang tidak bertulang itu, rakyat Selangor yang terpaksa menanggung beban.
Bayangkan sebanyak enam peguam dilantik bagi membuat pembelaan ke atas kes Shuhaimi dan semuanya akan ditanggung melalui dana kerajaan negeri.
Abdul Khalid menyatakan ia atas dasar kerajaan negeri mengamalkan ‘kebebasan bersuara’ dan kerana Shuhaimi menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat Soalnya adakah mengeluarkan kata-kata yang menyinggung sultan itu peranan seorang wakil rakyat?
Adakah selepas ini sekiranya anggota PKR menghadapi pendakwaan di mahkamah atas dasar memperjuangkan dasar kerajaan negeri juga akan diberikan pembelaan sama?
Kata Menteri Besar, kerajaan negeri tidak mahu membiarkan Shuhaimi keseorangan. Tetapi mengapa sampai mahu menggunakan kantung negeri?
Mengapa tidak gunakan sahaja dana parti sendiri. Ini kerana cukuplah sebelum ini banyak dana negeri terpaksa digunakan tanpa rakyat mendapat manfaat.
Pertamanya, perbelanjaan sidang Dewan Undangan Rakyat (DUN) pada 24 Januari lalu yang disifatkan sebagai membuang masa dan membazir wang rakyat. Ini kerana pakatan pembangkang hanya menjadikan sidang itu sebagai platform membelasah Tun Dr. Mahathir Mohamad dan UMNO dan medan tuduh menuduh siapa sebenarnya penderhaka raja.
Selain itu, dana negeri juga digunakan bagi pelantikan dua pakar undang-undang yang meneliti draf pindaan perlembagaan negeri. Kita bayangkan draf itu membabitkan perubahan besar, sebaliknya ia cuma mengembalikan perenggan yang sama sebelum pindaan 1993. Jadi, mengapa tidak gunakan saja pegawai undang-undang negeri?
Jika pentadbiran kerajaan PKR asyik menggunakan dana negeri untuk kepentingan politik, kita bakal menerima padah apabila kebajikan rakyat terpinggir. Masalahnya, adakah kewangan kerajaan negeri memberangsangkan sehinggakan banyak perbelanjaan bersifat politik boleh disalur sesuka hati.
Apakah punca pendapatan negeri sudah terlalu tinggi dan negeri melimpah ruah dengan wang. Abdul Khalid dilihat hanya sekadar boleh berkokok tentang hasil perlombongan pasir. Sedangkan seperti dalam sektor pelancongan, Selangor yang mempunyai kadar kemasukan pelancong paling tinggi gagal meraih pendapatan memberangsangkan.
Kalau dilihat peruntukan bagi membantu rakyat miskin, pesawah dan pendidikan, ia tidaklah menunjukkan jumlah yang begitu menakjubkan. Peruntukan Kerajaan Pusat lebih jauh besar nisbahnya.
Paling mengejutkan, kantung zakat Selangor bagaikan diperah habis-habisan untuk pembangunan negeri. Kita masih tidak lupa kata-kata Menteri Besar yang ingin menggunakan dana Baitulmal bagi pembangunan negeri. Itulah yang terjadi sekarang.
Kita khuatir orang politik PKR hanya menggunakan Menteri Besar untuk mengaut segala dana negeri untuk kepentingan politik Anwar dan konco-konconya.
Oleh : Helmi Mohd. Foad

Sabtu, Februari 12, 2011
SEKILAS LALU SEJARAH JELEK POLITIK ANWAR!
Awal tahun 1980-an lagi apabila Anwar mula menjejakkan kakinya ke pintu UMNO, sudah terdetik di hatinya untuk memanjat ke puncak kuasa. Dia serta rakan-rakannya yang setia dalam ABIM sudah mula berkira-kira untuk melonjakkan Anwar ke laluan kuasa atau “Corridor of Power”.
Ramai rakannya dalam ABIM, yang mulanya bimbang dan ragu dengan prinsip Anwar telah “diyakinkan” bahawa amat penting bagi Anwar untuk berada dalam UMNO jika ABIM mahu berjaya dalam agenda sulitnya membolot kekuasaan parti dan Kerajaan. Jemaah ABIM yang keliru akhirnya dapat diyakinkan oleh Kamaruddin Jaafar (KJ) , Kamaruddin Md. Noor (KMN), dan kemudiannya Fuad Hassan, Siddik Fadil, Md. Nor Manuti dan sebilangan lagi yang sudahpun merasai nikmat dunia hasil kecapaian Anwar semasa dalam parti dan Kerajaan.
Anwar amat pasti bahawa dia boleh ke puncak kuasa dengan naungan Tun Dr. Mahathir dan melalui strategi politiknya yang begitu licik. Kemasukannya ke dalam UMNO secara “paracut” itu telah dieksploitasi sebaik-baiknya. Tapi, Anwar telah mencipta imej tersendiri semasa dalam UMNO sehingga ramai yang alpa bahawa dia pernah memijak-mijak bendera UMNO!
Golongan muda UMNO pasti tidak mengenali peribadi Anwar, manakala golongan veteran pula hanya mengutakaman kepentingan politik sendiri dan akur kepada keputusan Presiden, maka terpaksalah menerima Anwar sebagai “ayam sabung” yang perlu digilap dan dinobatkan sebagai pengganti Dr. Mahathir!
Pak Lah sebenarnya adalah orang pertama yang menjadi mangsa kemasukan Anwar. Malangnya, Pak Lah ketika itu sering beranggapan bahawa orang lain juga baik dan lurus sepertinya. Bila Anwar yang juga dari Pulau Pinang muncul, Pak Lah sebenarnya sudah kesempitan ruang. Seperti kata-kata lagenda John Wayne dalam filem “ The Town is too small for booth of us”. Suka atau tidak Pak Lah harus menerima Anwar, lantas Pak Lah pernah berkata, “ Hakikatnya Anwar masuk UMNO beliau sudah mengorbankan prinsipnya”. Manakala Fatah, Setiausaha Politiknya pula berkata, “Kita dah kepit Anwar di bawah ketiak kita”!
Anwar bijak menipu. Kempen pilihanraya yang menyaksikan dia bertanding buat julung kalinya di Parlimen Permatang Pauh, dia banyak menggunakan jentera Pak Lah yang rata-rata terdiri dari budak-budak BTN yang berbelah bahagi menyokong Anwar. Mereka lebih keberatan dari sanggup. Namun kerana amanah Pak Lah bahawa, “…Kita perlu memenangkan Anwar, kalau tidak Dr. Mahathir akan dituduh berhasrat untuk memusnahkan politik Anwar…!” maka mereka pun dengan taatnya beroperasi menyokong Anwar, walaupun barangkali dia tidak sedar.
Dalam satu sesi ceramah di Permatang Pauh, apabila Pak Lah turun untuk memperkenalkan jagoan muda ini, Anwar dengan rendah dirinya menyebut, “ Pak Lah ni lebih dari saudara kandung saya sendiri…” Sungguh bijak Anwar mengeluarkan kata-kata manis yang merupakan asas putar belitnya berpolitik yang kemudiannya dipergunakan secara berleluasa.
Pembohongan pertama Anwar yang paling ketara ialah bila dia berhasrat menentang Haji Suhaimi bagi kerusi Ketua Pemuda. Ayatnya yang mudah ialah, “Saya tidak akan bertanding melawan Haji Suhaimi. Pemuda UMNO di bawahnya sudah cukup elok”. Selang dua hari selepas itu, dia meluahkan hasrat mencabar Haji Suhaimi. Manakala konco-konconya pula giat berkempen bahawa Dr. Mahathir berkehendakkan Anwar mengganti Haji Suhaimi. Maka menanglah Anwar!
Menjelang 1987, kekuatan Anwar menjadi lebih mantap berikutan insiden pergeseran Mahathir-Musa yang juga tercetus hasil konspirasi Anwar dan puak-puaknya. Musa yang kebetulan ghairah untuk cepat mengganti Dr. Mahathir melakukan kesilapan-kesilapan strategi politik. Dia cuba merajuk, malangnya tidak dipujuk.Akhirnya Musa terpinggir!
Politik Anwar mula menyusahkan veteran-veteran UMNO. Mereka yang dulu susah untuk menerima Anwar segera melarikan diri dari Mahathir dan membentuk “Team B”. Kesilapan mereka sebenarnya adalah berpunca dari kemarahan mereka terhadap Anwar itu lebih ditujukan kepada Dr. Mahathir. Akibatnya, mereka terpaksa menentang Mahathir bukan Anwar! Lagi kuat mereka menentang Mahathir, bertambah kuat pertalian politik Mahathir-Anwar!
Penyerahan kuasa Pemuda dari Anwar ke tangan Najib, menjadi senjata muktamad kemenangan Dr. Mahathir ke atas Ku Li. Dan, sekaligus Anwar mendapat ganjaran sebagai Naib Presiden.
Menjelang pemilihan UMNO 1990, Anwar sudah pasang angan-angan untuk cabar Allahyarham Pak Ghaffar ( Tun Ghaffar ). Cuma kali ini dia gementar sedikit untuk merancangkan tindakan jahatnya itu. Apabila ada pencalonan dari beberapa Bahagian, dia Cuma menikus kerana dia sendiri tidak pasti adakah seorang Naib Presiden ke tiga boleh mencabar Timbalan Presiden dalam konteks nilai dan budaya UMNO.
Perkara ini “unprecedented” dan Dr. Mahathir sendiri nampaknya tidak begitu mahu melayan pemikiran-pemikiran ini. Bagaimanapun satu atau dua Bahagian cuba-cuba bangkitkan pemikiran bagi agenda Anwar ini. Anwar sendiri tidak mengenepikan kemungkinan tersebut. Namun atas kepercayaan bahawa Dr. Mahathir masih selesa dengan Pak Ghaffar, usaha ini hanya tertumpu di kalangan konco-konco Anwar sahaja, yang kebetulan belum bertapak begitu kuat di dalam UMNO. Akhirnya hasrat itu tidak diambil berat lagi, tetapi hal ini membantu Anwar meletakkan dirinya di tempat yang lebih baik iaitu mendapat tempat pertama di barisan Naib Presiden.
Kemenangan itu menjadi rangsangan kepada Anwar untuk menyediakan dirinya ke kerusi Timbalan Presiden pada tahun 1993. Banyak peristiwa dan faktor yang melicinkan gerakan Anwar menjelang pertandingan itu. Karenah Sidang Pengarang Utusan Malaysia yang sebenarnya didalangi oleh Samad Mahadi, anak saudara Dr. Mahathir dalam mempersoalkan sikap Mahathir terhadap bahasa Malaysia, membantu Anwar meletakkan “orangnya” iaitu Johan Jaafar mengganti Zam sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan. Zam menjadi mangsa kepada tangan celupas Samad!
Perlantikan Johan Jaafar merupakan faktor penting serangan media bagi membantu Anwar. JJ, Nazri Abdullah (Berita Harian), Rahman Sulaiman (Bernama) yang sering bertemu untuk merancang satu konspirasi menentang Pak Ghaffar. Ironisnya, JJ sering mempertikaikan tentang “teori konspirasi” dalam penulisannya!
Di satu pihak lain pula, kegagalan Pak Ghaffar dalam menyediakan dirinya sebagai pengganti Dr. Mahathir juga turut menguatkan lagi azam Anwar bagi merampas jawatan Timbalan Presiden itu. Pak Ghaffar tidak serius. Dia menyangka jawatan nombor dua itu adalah hadiah istimewa baginya sebagai pejuang bangsa. Beliau “took things for granted”. Beliau fikir sebagai orang berpengalaman, ahli-ahli akan tetap setia dan tidak berbelah bahagi dengannya. Namun Pak Ghaffar lupa ketika itu, gelombang “Melayu Baru” yang diberi tafsiran oleh mereka yang gelojoh dengan kuasa sudah mulai membuak-buak!
Jentera Anwar yang terdiri dari Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan Timbalan Menteri mulai menjalankan plotnya. Jentera parti bukan lagi dikuasai oleh Pak Ghaffar. Ini Pak Ghaffar barangkali tidak sedar. Beberapa bulan menjelang pertandingan, media terus memainkan peranannya dengan aggresif tapi halus. Tidak kurang dari tujuh kali Dr. Mahathir menyebut bahawa Pak Ghaffar tidak akan dicabar. Akhbar-Akhbar menunggu pendekatan yang terbaik untuk memerangkapkan kenyataan-kenyataan Dr. Mahathir.
Apabila sesekali Dr. Mahathir terlepas cakap di hujung ucapannya bahawa “ dalam pertandingan, demokrasi mesti dihormati”, ayat itu akan menjadi ungkapan utama dalam akhbar. Apabila Dr. Mahathir tercakap di Terengganu, bahawa “seseorang pemimpin perlu undur apabila ia merasai ia telah terlalu lama dan tidak lagi boleh menyumbang kepada kebaikan parti…” maka ayat ini menghiasai ruang akhbar dan TV secara besar-besaran pada keesokannya. Rakyat, terutama bakal perwakilan yakin kenyataan itu ditujukan kepada Pak Ghaffar. Malah dia sendiri makin keliru. Dr. Mahathir masih mahukanya atau tidak?
Namun dalam masa yang sama, Anwar masih menyebut bahawa dia sekali-kali tidak akan mencabar Pak Ghaffar, baginya Pak Ghaffar adalah tokoh politik yang amat dihormatinya. Pak Ghaffar adalah sebagai guru kepadanya. Pak Ghaffar juga adalah sebagai bapa kepadanya. Orang UMNO yang masih kuat ingatan tentu tidak lupa dengan kata-kata penafiannya sebelum dia bertanding menentang Haji Suhaimi dahulu. Penafian sebelum pengakuan adalah semata-mata “tactical”. Cakap hanya tinggal cakap. Kalau dengan Haji Suhaimi dia boleh bertaktik sebegitu, apa salahnya dengan Pak Ghaffar pula. Kemudian katakanlah pula… “Saya perlu akur dengan kehendak parti…atau arus yang begitu kuat menuntut kepada perubahan…”
Kemuncak konspirasi politik Anwar meledak bila dia berjaya membohongi ratusan pemimpin UMNO dari seluruh negara hadir ke satu perhimpunan di PWTC. Tok Mat menjadi alat utama dalam peristiwa ini. Selaku Setiausaha Agung dan Menteri Penerangan ketika itu, Tok Mat menggunakan kedudukannya bagi menjayakan niat rakus Anwar. Dengan dibantu oleh Pak Wan (mertua Anwar) yang memiliki sedikit kepakaran dalam “perang saraf”, mereka berjaya mengumpulkan pemimpin UMNO untuk datang ke Kuala Lumpur bagi suatu pengumuman yang mereka sendiri tidak tahu apa isi sebenarnya?
Pihak media dengan penuh perancangan juga meletakkan peristiwa itu sebagai sokongan umum untuk Anwar menentang Pak Ghaffar. Maka Anwar dengan angkuhnya menyebut, “Ini adalah iltizam…” Apabila hasratnya telah menjadi cakapan umum, Dr. Mahathir yang diketahui sebagai seorang yang suka menyebelahi calun yang akan menang, sudah menjadi satu dilema sekali lagi. Megat Junid turut menyakinkan Dr. Mahathir, Anwar akan menang!
Kebangkitan “Arus Perdana” dan pemikiran “Melayu Baru” akhirnya memaksa Pak Ghaffar berundur! Anwar menang, Pak Ghaffar kalah! UMNO ketika itu seolah-olah menerima hakikat dengan pola pertandingan yang dijalankan. Pencalonan hampir dari semua Bahagian dijalankan secara paling kotor tanpa kesopanan seperti yang pernah disaksikan sebelumnya. Wang menguasai segala-galanya. Anwar tahu hal ini. Sebagai seorang pejuang Islam, dia sengaja menutup mata terhadap kedurjanaan ini. Malah Anwar menghalalkannya! Baginya matlamat menghalalkan cara. Pak Ghaffar diperhinakan begitu rupa. Dia menjadi terlalu kerdil dalam parti yang turut sama-sama didewasakan sejak berpuluh-puluh tahun dulu!
Selepas pertandingan 1993, UMNO seolah-olah sudah menerima kesesuaian gandingan Mahathir-Anwar. Macamlah kombinasi 2M dekad 80-an dahulu. Orang-orang Anwar yang mendabik dada dengan kemenangan tersebut juga sudah pasang angan-angan untuk tumpang tui Anwar dalam hiraki kepemimpinan UMNO!
Dalam keselesaan Anwar berlabuh di kerusi Timbalan Presiden, tiba-tiba UMNO dikejutkan dengan isu “Brutus” oleh Dr. Mahathir dalam Perhimpunan Agung UMNO 1994, setahun selepas Anwar berganding dengan Mahathir. Presiden tidak akan menyebut mengenai sejarah pengkhianatan Brutus itu kalau bukan kerana ia menjadi isu sekitar dirinya. Perwakilan membaca maksud Dr. Mahathir pada wajah Anwar yang turut duduk di atas pentas pada hari itu. Keresahan Dr. Mahathir dengan orang nombor duanya itu telah dihidu oleh umum. Nampaknya konspirasi Anwar bukan setakat Pak Ghaffar sahaja. Anwar tidak akan puas selagi dia tidak sampai ke puncak kuasa!
Mengapa Anwar begitu rakus dan tidak sabar menunggu? Mereka yang kenal Anwar dari zaman ABIMnya pasti tahu akan jawapannya. Anwar tidak boleh dan tidak mungkin mahu menjadi orang nombor dua. Dia mahu jadi orang nombor satu dalam serba serbi dan dalam apa situasi sekalipun! Dalam ABIM, kenapa Sanusi dan Fadzil Noor tersingkir? Bukankah angkara Anwar? Dia lebih selesa kalau di bawahnya hadir mereka yang “mediocre” dan tidak boleh mengatasinya. Itu sebab Anwar kekalkan Kamaruddin Jaafar, Kamaruddin Md Noor, Annuar Tahir dan lain-lain yang tidak ternama dan tidak berupaya menentangnya!
Anwar akan berasa tidak selamat atau “insecured” kalau Dr. Mahathir tidak digulingkan segera. Lebih lama dia menunggu, lebih banyak mengundang risiko. Dr. Mahathir bukan seperti Pak Ghaffar dan tempat Mahathir pun bukan seperti tempat Pak Ghaffar. “This is totally a different ball game”, begitulah anggapan rakus Anwar .
Anwar terpaksa merubah taktik dan strateginya. Pendekatan yang diambil tentulah berlainan dengan strategi semasa menentang Pak Ghaffar, walaupun hasratnya tetap sama. Pertama kali dicubanya pada pemilihan 1996. Dia mahu melemahkan Mahathir di Kedah. Kebetulan timbul isu Sanusi dan Osman Arrof. Anwar merancangkan pengekalan Osman Aroff sebagai Menteri Besar, maka dia memperalatkan pula 22 wakil rakyat sebagai senjata agenda politiknya.
Bila kumpulan 22 wakil rakyat itu mengemukakan memorandum penolakan terhadap Sanusi, Anwar segera mengingatkan Dr. Mahathir bahawa “…Pandangan mereka ini perlu diambilkira”. Dr. Mahathir menjadi cemas, kerana penolakan mereka ke atas Sanusi adalah petanda tentangan ke atas dirinya. Ini berlaku menjelang pemilihan pucuk pimpinan UMNO 1996. Secara sulit dan diam-diam, Anwar mengambil dua borang pencalonan dari Ibu Pejabat UMNO. Satu untuk Timbalan dan satu untuk Presiden.
APAKAH INI BUKAN KONSPIRASI ANWAR UNTUK MENGGULINGKAN DR.MAHATHIR? ADAKAH KEJELEKAN POLITIK ANWAR INI BOLEH DIMAAFKAN OLEH UMNO YANG MENJADI TERAS DOMINASI KUASA MELAYU DALAM KERAJAAN? DAN LAYAKKAN DIA DIJULANG SEBAGAI “HERO” DI SEBALIK ARUS KEBANGKITAN REFORMASI YANG SENGAJA DICIPTA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK PERIBADINYA?

Jumaat, Februari 11, 2011
Kerajaan PKR Selangor bersubahat : Noh!
Keputusan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membiayai kos perundangan Shuhaimi Shafiei yang berhadapan dengan tuduhan menghasut jelas membuktikan mereka bersubahat sekali gus merestui perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda itu.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia bukan satu tuduhan sebaliknya merupakan fakta yang tidak perlu dipertikaikan.
Beliau berkata, sekiranya Kerajaan PKR Selangor tidak mahu dilihat bersekongkol, sudah pasti mereka membiarkan sahaja Shuhaimi menanggung kos perundangan sendiri sepanjang kesnya dibicarakan di mahkamah.
"Jika ini keputusan Kerajaan PKR Selangor, kes yang melibatkan Shuhaimi bukan berbentuk peribadi sebaliknya ia turut membabitkan kerajaan negeri.
"Saya bercakap atas fakta. Sekiranya tiada kepentingan kerajaan negeri tidak mungkin membiayai segala kos perundangan Shuhaimi. Ini tidak, mereka bersungguh mahu membela Shuhaimi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada 4 Februari lalu, Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan memberitahu, Kerajaan PKR Selangor akan memberi sokongan penuh kepada Shuhaimi yang didakwa atas tuduhan menghasut.
ADUN Sri Muda itu yang juga Timbalan Ketua PKR Cabang Kota Raja dituduh mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan berhubung satu entri dalam blognya yang didakwa menghina Sultan Selangor.
Bagaimanapun, langkah Selangor itu dibidas oleh beberapa pihak kerana peruntukan yang akan digunakan itu bakal membabitkan wang rakyat. Dalam pada itu, Noh meminta semua rakyat Selangor supaya menilai dengan bijak tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri itu.
"Kerajaan PKR Selangor sebenarnya menunjukkan pendiriannya di dalam isu ini walaupun secara tidak rasmi. Mereka jelas menyokong tindakan Shuhaimi yang kini berhadapan dengan dakwaan menghasut," katanya. Klik di SINI .
Sementara itu : MB Selangor tolak kritikan
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tetap dengan keputusan untuk membiayai kos perundangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menghasut.
Tanpa mempedulikan kritikan pelbagai pihak kerana menggunakan dana kerajaan negeri bagi tujuan itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pembiayaan itu akan diteruskan atas 'prinsip kebebasan bersuara' selain alasan bahawa Shuhaimi merupakan wakil rakyat di negeri itu.
Katanya, langkah membiayai kos perundangan Shuhaimi dilakukan kerana kerajaan negeri percaya wakil rakyat PKR itu menjalankan tugasnya untuk rakyat Selangor.
"Mesyuarat Exco memutuskan untuk memberikan kemudahan guaman (kepada Shuhaimi). Sebagai seorang wakil rakyat beliau perlu bersuara.
"Bagaimanapun, ada hadnya kerana kita tidak bayar wang jaminan kepada Shuhaimi, kita beri kemudahan guaman (tanggung kos perundangan) sahaja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus baru-baru ini, mengkritik kerajaan negeri kerana menyalahgunakan wang rakyat dengan membiayai kos perundangan Shuhaimi.
Beliau menyifatkan langkah kerajaan negeri itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana tuduhan ke atas Shuhaimi adalah tindakan peribadi yang tidak ada kaitan dengan kepentingan atau mewakili negeri dan rakyat Selangor.
Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga membantah tindakan kerajaan negeri itu selain menyifatkan bahawa ia satu penyalahgunaan wang rakyat untuk kepentingan politik.
Mereka turut mendesak PKR menggunakan wang parti itu untuk menanggung kos perundangan Shuhaimi dan bukannya menggunakan wang kerajaan negeri hasil titik peluh rakyat yang diberikan untuk kemakmuran dan kemajuan Selangor.
Pada 7 Februari lalu, Shuhaimi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerbitkan artikel menghasut berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor dalam laman blognya, http://srimuda.blogspot.com pada 30 Disember tahun lalu.
Shuhaimi mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Latifah Mohd. Tahar. Shuhaimi diwakili enam orang peguam iaitu Amer Hamzah Arshad, Mohamad Yusmadi Mohd. Yusof, N. Surendran, Latheefa Koya, Fahrir Azzar dan Nizam Bashir.

Langgan:
Catatan (Atom)