Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Selasa, Mei 08, 2012
Nik Aziz: Majlis Fatwa bertindak 'sebelah mata' ...ambo sokong LGBT!
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ataupun Pok Nik mendakwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengeluarkan pandangan berkenaan perhimpunan Bersih 3.0 semalam "dengan hanya menggunakan sebelah mata."
Sambil menegaskan beliau setuju bahawa perhimpunan bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram, perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu bukan bertujuan mencetuskan huru-hara.
"Bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan himpunan Bersih 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata. Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telah pun rosak.
"Saya menghormati ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dengan setinggi-tinggi perhormatan namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini," kata beliau dalam satu kenyataan media sebentar tadi.
Semalam, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.
Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.
"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.
"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya.
Dalam kenyataannya, Nik Aziz berkata, "tidakkah disedari bahawa Himpunan Bersih 3.0 bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara?"
"Himpunan ini menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihan raya bukannya mencetuskan huru-hara jauh sekali untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya," kata beliau.
Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka "suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk?"
Malah, soal beliau, pernahkah Majlis Fatwa Kebangsaan memandang dan memahami di sebalik lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih untuk mengatasi isu pengundi hantu dan penipuan dalam pilihan raya yang implikasinya lebih besar kepada negara.
"Saya yakin bahawa fatwa ini hanya laporan akhbar prokerajaan sahaja tanpa mendapat penjelasan dari penganjur Bersih 3.0 sebelum membuat pertimbangan.
"Justeru, soalan saya ialah fatwakah namanya sekiranya tanpa penjelasan dari kedua-dua belah pihak, terus sahaja dijatuhkan hukuman?" kata Nik Aziz lagi.
Nik Abdul Aziz menambah, huru-hara tercetus apabila perhimpunan yang diadakan dihalang.
"Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara.
"Jika Bersih berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden Umno di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan?" kata beliau.
Sehubungan Nik Abdul Aziz meminta Majlis Fatwa Kebangsaan menghormati pandangan pelbagai pihak sebelum membuat keputusan.
"Justeru cukuplah saya mengatakan, jangan berjalan sebelah kaki, nanti pincang mengatur langkah," katanya lagi.
Pandainya Pok Nik bermain dengan kata-kata. Bercakap macam tidak pijak dibumi yang nyata. Kalau dah jadi macam diatas ni Pok Nik nak jawap apa? Jangan pandai membaling batu, tetapi sembunyi tangan?
Fikir-fikirkanlah..!!!
Suara Politik
Taminsari
JADUAL LARIAN BENDERA UMNO DI SELANGOR!
RINGKASAN LARIAN ULANGTAHUN UMNO KE 66 PERINGKAT NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN DARI 8HB MEI – 11HB MEI 2012
(A) PENYERAHAN BENDERA DI SEMPADAN SELANGOR
1) PENYERAAN LARIAN BENDERA UMNO DARIPADA NEGERI PERAK KE NEGERI SELANGOR – UTARA :-
TARIKH: SELASA 8HB MEI 2012
TEMPAT: SEMPADAN TANJUNG MALIM & HULU SELANGOR
MASA : 5.00 PTG
SAMBUTAN: UMNO BAHAGIAN HULU SELANGOR
PENYERAHAN DARI PERAK : YB DATO MOHD KUSHAIRI ABDUL TALIB
KETUA UMNO BAHAGIAN TG MALIM
PENERIMAAN DARI SELANGOR : YB DATO MOHD IDRIS ABU BAKAR,
KETUA UMNO BAHAGIAN HULU SELANGOR
ATURCARA SAMBUTAN PENYERAHAN BENDERA LARIAN BENDERA UMNO DI SEMPADAN TANJUNG MALIM & HULU SELANGOR – SELASA 8HB MEI 2012
4.00 PTG KETIBAAN JEMPUTAN
4.30 PTG KETIBAAN VIP
5.00 PTG KETIBAAN LARIAN BENDERA
ACARA SAMBUTAN :-
KOMPANG
BUNGA MANGGAR - 60
TEPAK SIRIH - 6
PEMUDA BERMOTOR 66 BUAH
5.10 PTG NEGARAKU
LAGU NEGERI SELANGOR
NYANYIAN LAGU UMNO
BACAAN DOA
5.20 PTG UPACARA PENYERAHAN BENDERA UMNO KEPADA NEGERI SELANGOR
UCAPAN YB DATO MOHD KUSHAIRI ABDUL TALIB
KETUA UMNO BAHAGIAN TG MALIM
UCAPAN YB DATO MOHD IDRIS ABU BAKAR,
KETUA UMNO BAHAGIAN HULU SELANGOR
PERSEMBAHAN
6.00 PTG JAMUAN / BERSURAI
2) PENYERAAN LARIAN BENDERA UMNO DARIPADA NEGERI SEMBILAN KE NEGERI SELANGOR – SELATAN :-
TARIKH: SELASA 8HB MEI 2012
TEMPAT: SEMPADAN BERANANG & HULU LANGAT
MASA : 5.00 PTG
SAMBUTAN: UMNO BAHAGIAN HULU LANGAT
PENYERAHAN DARI NEGERI SEMBILAN : YAB MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN,
DATO’ SERI UTAMA MOHAMAD BIN HJ HASSAN
PENERIMAAN DARI SELANGOR : TIMBALAN PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO SELANGOR,
YB DATUK SERI NOH OMAR
ATURCARA SAMBUTAN PENYERAHAN BENDERA LARIAN BENDERA UMNO DI SEMPADAN BERANANG & HULU LANGAT - SELASA 8HB MEI 2012
4.00 PTG KETIBAAN JEMPUTAN
4.30 PTG KETIBAAN VIP
5.00 PTG KETIBAAN LARIAN BENDERA
ACARA SAMBUTAN :-
KOMPANG
BUNGA MANGGAR - 60
TEPAK SIRIH - 6
PEMUDA BERMOTOR 66 BUAH
5.10 PTG NEGARAKU
LAGU NEGERI SELANGOR
NYANYIAN LAGU UMNO
BACAAN DOA
5.20 PTG PERTUNJUKAN SENI SILAT
UPACARA PENYERAHAN BENDERA UMNO KEPADA NEGERI SELANGOR
UCAPAN YAB MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN
DATO SERI UTAMA MOHAMAD BIN HJ HASSAN
UCAPAN TIMBALAN PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO SELANGOR
YB DATUK SERI NOH OMAR
6.00 PTG JAMUAN / BERSURAI
3) PENYERAAN LARIAN BENDERA UMNO DARIPADA NEGERI PAHANG KE NEGERI SELANGOR – TIMUR :-
TARIKH: KHAMIS 10HB MEI 2012
TEMPAT: SEMPADAN KARAK & GOMBAK R&R
MASA : 10.00 PAGI
SAMBUTAN: UMNO BAHAGIAN GOMBAK
PENYERAHAN DARI PAHANG: YB DATO SHARKAR SHAMSUDDIN
TIMBALAN PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO PAHANG
PENERIMAAN DARI SELANGOR : YBHG TUAN HJ RAHIM KAMARUDIN
KETUA UMNO BAHAGIAN GOMBAK
ATURCARA SAMBUTAN PENYERAHAN BENDERA LARIAN BENDERA UMNO DI SEMPADAN KARAK & GOMBAK – KHAMIS 10HB MEI 2012
9.00 PG KETIBAAN JEMPUTAN & KOMPONEN
9.30 PG KETIBAAN VIP
10.00 PG KETIBAAN LARIAN BENDERA
ACARA SAMBUTAN :-
KOMPANG
BUNGA MANGGAR - 60
TEPAK SIRIH - 6
PEMUDA BERMOTOR 66 BUAH
10.10 PG NEGARAKU
LAGU NEGERI SELANGOR
NYANYIAN LAGU UMNO
BACAAN DOA
10.20 PG PERTUNJUKAN SENI SILAT
UPACARA PENYERAHAN BENDERA UMNO KEPADA NEGERI SELANGOR
UCAPAN YB DATO SHARKAR SHAMSUDDIN
TIMBALAN PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO PAHANG
UCAPAN YBHG TUAN HJ RAHIM KAMARUDDIN
KETUA UMNO BAHAGIAN GOMBAK
11.00 PG JAMUAN / BERSURAI
4) PENYERAAN LARIAN BENDERA UMNO DARIPADA NEGERI SABAH KENEGERI SELANGOR – BARAT
TARIKH: SELASA 8HB MEI 2012
TEMPAT: KLIA / LCCT * TBC
MASA : 10.30MLM
SAMBUTAN: UMNO BAHAGIAN SEPANG
PENYERAHAN DARI SABAH : YBHG TUAN HJ AWANG KADIN TANG
KETUA PEMUDA UMNO NEGERI SABAH
PENERIMAAN DARI SELANGOR : YB DATO SRI IR MOHD ZIN MOHAMED
KETUA UMNO BAHAGIAN SEPANG
ATURCARA SAMBUTAN PENYERAHAN BENDERA LARIAN BENDERA UMNO DI KLIA & SEPANG / DENGKIL – SELASA 8HB MEI 2012
9.30 MLM KETIBAAN JEMPUTAN & KOMPONEN
10.00 MLM KETIBAAN WAKIL BADAN PERUBUNGAN UMNO SELANGOR
10.30 MLM KETIBAAN LARIAN BENDERA
ACARA SAMBUTAN :-
KOMPANG
BUNGA MANGGAR - 60
TEPAK SIRIH - 6
PEMUDA BERMOTOR
5.10 PTG NEGARAKU
LAGU NEGERI SELANOR
NYANYIAN LAGU UMNO
BACAAN DOA
5.20 PTG PERTUNJUKAN SENI SILAT
UPACARA PENYERAHAN BENDERA UMNO KEPADA NEGERI SELANGOR
UCAPAN YBHG TUAN HJ AWANG KADIN TANG
KETUA PEMUDA UMNO NEGERI SABAH
UCAPAN YB DATO SRI IR MOHD ZIN MOHAMED
KETUA UMNO BAHAGIAN SEPANG
6.00 PTG JAMUAN / BERSURAI
5) PENYERAAN LARIAN BENDERA UMNO DARIPADA NEGERI SELANGOR KEPADA NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN :
TARIKH: JUMAAT 11HB MEI
TEMPAT: KAMPUNG PASIR, LEMBAH PANTAI
MASA : 11.30PAGI
SAMBUTAN : BPUNS / UMNO BAHAGIAN PJ SELATAN
PENYERAHAN DARI SELANGOR : YB DATUK SERI NOH OMAR,
TIMBALAN PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO SELANGOR
PENERIMAAN DARI WILAYAH PERSEKUTUAN : YB SENATOR RAJA DATUK NONG CHIK
RAJA ZAINAL ABIDIN,
KETUA UMNO BAHAGIAN LEMBAH PANTAI
(B) ATURCARA SAMBUTAN PENYERAHAN BENDERA LARIAN BENDERA UMNO KEPADA BADAN PERHUBUGAN UMNO NEGERI
SELANGOR PADA RABU 9HB MEI 2012.
7.00 MLM KETIBAAN JEMPUTAN & KOMPONEN
8.30 MLM KETIBAAN WAKIL BADAN PERUBUNGAN UMNO SELANGOR
JAMUAN MAKAN MALAM
9.00 MLM KETIBAAN LARIAN BENDERA
ACARA SAMBUTAN :-
GENDANG
BUNGA MANGGAR - 60
TEPAK SIRIH - 6
PERTUNJUKAN SENI SILAT
9.15 MLM NEGARAKU
LAGU NEGERI SELANGOR
NYANYIAN LAGU UMNO
NYANYIAN LAGU 1 MALAYSIA
BACAAN DOA
9.20 MLM UPACARA PENYERAHAN BENDERA UMNO DARIPADA UMNO SHAH ALAM KEPADA NEGERI SELANGOR
UPACARA MENAIKAN BENDERA
UPACARA MEMOTONG PULUT KUNING
UCAPAN YB DATUK SERI NOH OMAR
TIMBALAN PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO SELANGOR
11.00 MLM BERSURAI / JAMUAN RINGAN
Semua di jemput hadir untuk memeriahkan lagi upacara tersebut.
Terima kasih.
Suara Politik
Taminsari
Isnin, Mei 07, 2012
'Akibat nila setitik, rosak susu sebelanga' - Arab Saudi buru dalang Bersih 3.0!
Rakyat Malaysia akan menghadapi kesulitan dan tiada lagi layanan istimewa yang bakal diterima selepas ini apabila mahu ke Mekah atau Madinah! Ia berikutan dengan tindakan segelintir rakyat negara ini yang telah berjaya memalukan dan mencalar imej Malaysia di Arab Saudi baru-baru ini!
Pihak berkuasa Arab Saudi telah melancarkan gerakan mengesan sekumpulan rakyat Malaysia yang menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 28 April lalu.
Menurut sumber yang rapat dengan kerajaan negara itu, agensi risikan Arab Saudi juga sedang memburu dua pemimpin politik pembangkang Malaysia kerana disyaki menjadi dalang perhimpunan berkenaan yang diadakan di Restoran D’ Saji, Hotel As-Safwah berhampiran Masjidilharam.
‘‘Peserta perhimpunan tersebut dikehendaki pihak berkuasa di sana kerana mereka dipercayai menyampaikan ucapan dengan tujuan menghasut rakyat Arab Saudi menyertai gelombang ‘Arab Spring’ dan bangkit menentang pemerintah.
‘‘Segala tindak-tanduk ahli-ahli kumpulan yang memakai baju berwarna kuning sambil memegang kain rentang menyokong Bersih 3.0 diketahui pihak berkuasa Arab Saudi menerusi rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi perhimpunan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Penasihat dan Koordinator Kerajaan Negeri Terengganu untuk penerbangan terus dari Terengganu ke Mekah dan Madinah, Abu Backer Sidek, memberitahu, beliau yang berada di Mekah pada 28 April lalu sempat menyaksikan gelagat memalukan peserta perhimpunan Bersih 3.0 terbabit.
Beliau yang juga seorang peguam berkata, mereka dilihat berhimpun selama sejam bagi menyatakan sokongan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 selepas menunaikan solat zuhur.
Menurutnya, perbuatan mereka itu boleh menjejaskan hubungan diplomatik dan kerjasama yang telah sekian lama terjalin erat antara Malaysia dan Arab Saudi.
‘‘Saya diberitahu kerajaan Arab Saudi mungkin akan memperketatkan prosedur kemasukan jemaah haji dan umrah dari Malaysia susulan insiden tersebut.
‘‘Sekiranya perkara itu berlaku, pihak berkuasa Arab Saudi akan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh terhadap jemaah kita termasuk menyelongkar bagasi yang dibawa," ujarnya.
Tambah beliau, kesan-kesan negatif lain yang mungkin berlaku termasuk kesukaran untuk menambah kuota jemaah haji, pelajar-pelajar Malaysia sukar mendapat tajaan daripada kerajaan Arab Saudi dan peluang rakyat Malaysia untuk bekerja di negara berkenaan tertutup.
‘‘Sikap peserta perhimpunan Bersih 3.0 di Masjidilharam itu bukan sahaja memalukan nama negara malah menunjukkan mereka tidak menghormati undang-undang Arab Saudi yang melarang mana-mana pihak berhimpun tanpa kebenaran pihak berkuasa," katanya.
Sebuah akhbar baru-baru ini melaporkan pihak berkuasa Arab Saudi sedang menjalankan siasatan terhadap penganjuran Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah oleh aktivis-aktivis perhimpunan haram tersebut pada 28 April lalu.
Perkara itu didedahkan sebuah laman blog iaitu sel13.com yang mendakwa agensi risikan Arab Saudi telah mendapat maklumat penglibatan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang ‘berkiblatkan’ Yahudi dalam penganjuran Bersih 3.0 di lokasi berkenaan.
Dalam pada itu, difahamkan Kedutaan Arab Saudi di Malaysia sedang mengumpulkan maklumat berhubung rakyat Malaysia yang terlibat dalam perhimpunan haram yang diadakan di Mekah dan Madinah tersebut.
Suara Politik
Taminsari
Ahad, Mei 06, 2012
Polis tahan Khalid Ismath!
Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Mohd. Ismath ditahan bagi membantu siasatan berhubung kekecohan pada perhimpunan haram Bersih 3.0, ketika dia hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Khalid dikehendaki setelah gambarnya yang sedang menendang seorang anggota polis trafik yang terjatuh ketika bertugas pada perhimpunan itu, 28 April lalu disiarkan di akhbar-akhbar kelmarin.
Dia yang ditahan kira-kira pukul 10 pagi bagaimanapun sebelum ini dipanggil polis untuk membantu siasatan berhubung kenyataannya di dalam laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini bahawa dia bersetuju semua anggota polis dibunuh.
Khalid dilihat memasuki pekarangan IPK Kuala Lumpur bersama seorang peguam dan disertai bapanya, Mohd. Ismath Habib Mohamad, yang juga bekas calon Pas semasa Pilihan Raya Umum 1995; ibunya, Junaidah Mohamad; kakak sulungnya, Anissa serta sekumpulan lelaki yang dipercayai rakan-rakannya.
Khalid yang juga pelajar jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu adalah antara 91 individu yang boleh membantu siasatan berhubung kekecohan dan keganasan semasa perhimpunan haram Bersih 3.0 di ibu negara.
Mohd. Ismath berkata, anak bongsunya itu hadir ke IPK Kuala Lumpur selepas mereka didatangi empat pegawai polis baru-baru ini untuk memberi kerjasama berhubung laporan dibuat pihak tertentu.
Katanya, mereka bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa namun terkejut apabila anaknya itu ditahan pihak polis.
“Saya terkejut apabila Khalid ditahan ketika hadir untuk membantu siasatan ini. Oleh itu saya gesa polis membebaskan segera anak saya kerana dia bukan penjenayah," katanya.
Ditanya tentang tindakan tatatertib yang mungkin diambil oleh UiTM terhadap Khalid, Junaidah menegaskan, mereka sekeluarga tidak kisah jika universiti terbabit membuang anaknya itu.
Anissa pula mendakwa, Khalid tidak pernah mengeluarkan kenyataan hasutan sedemikian sebaliknya mendakwa laman sosial Facebook adiknya itu telah digodam sehingga menyebabkan dia menerima pelbagai tuduhan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan Khalid ditahan berhubung gambar seorang individu yang menendang seorang anggota polis trafik semasa Bersih 3.0.
Katanya, polis menahannya untuk disiasat di bawah Seksyen 440 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dalam kekacauan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera dengan sengaja.-UMO
Suara Politik
Taminsari
Zul Noordin : Video Azmin Kerja orang dalam PKR!
Rakaman video panas yang didakwa mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bersama seorang wanita yang tersebar baru-baru ini didakwa dilakukan “orang dalam parti PKR” sendiri.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin mendakwa rakaman itu dibuat sebagai satu cara menjatuhkan pemimpin terlibat kerana perebutan jawatan dan ingin mendapat perhatian yang lebih daripada Penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ia kerja dalaman (PKR), tak ada kena-mengena dengan orang luar. Saya tahu siapa yang rakamkan video ini, bila tiba masa nanti, saya akan dedahkan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah umum Pendedahan Eksklusif Wajah Sebenar Anwar Ibrahim di Kampung Sungai Kiat di sini.
Menurutnya, dalam masa terdekat juga akan ada beberapa lagi video aksi panas membabitkan pemimpin pembangkang yang lain akan didedahkan.
“Ada beberapa video lagi membabitkan pemimpin pembangkang lain dan ‘pelakonnya’ memang orang yang tak disangka-sangka,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, sebuah buku mengenai perkahwinan campur yang antara kandungannya memberi mesej wanita Islam dibenarkan mengahwini lelaki bukan Islam kini dikesan disebar meluas secara percuma di negara ini.
Menurut Zulkifli, buku yang membawa fahaman liberalisme dan pluralisme disebarkan atas alasan Islam merupakan satu konsep menyerah diri kepada Tuhan tanpa mengira agama.
“Ini bermakna, mengikut konsep itu, setiap wanita Islam boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki bukan Islam…buku ini sangat berbahaya kepada akidah (orang Islam),” katanya.
Penerbitan buku itu didakwa ditaja oleh yayasan Jerman, Konrad Adenauer Foundation atau sekarang lebih dikenali sebagai Konrad Adenauer Stiftung (KAS) yang menurut Zulkifli, yayasan berkenaan terlibat membantu penajaan badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD).
Zulkifli berkata penyebaran buku berkenaan perlu diharamkan dan siasatan mengenainya perlu dibuat segera bagi menyelamatkan akidah umat Islam di negara ini. – Bernama
Suara Politik
Taminsari
Azmin 'Si Tanggang Moden' Sanggup Derhaka Terhadap Ibunya Semata-mata Kerana Anwar Ibrahim!
Pendedahan Eksklusif dari mynewshub
Kami tiba di sebuah banglo lama dekat Kampung Kolam Air, Hulu Kelang kira-kira pukul 3 petang. Dari jauh kelihatan seorang ibu tua yang bertongkat memandang kami dengan wajah yang cukup sayu. Namanya Che Tom Yahaya, berusia 78 tahun.
Kalau sebut nama itu mungkin ramai yang tak mengenalinya, tapi kalau sebut nama Azmin Ali, Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali, tak mustahil ramai yang akan mengingatinya. Beliau adalah ibu kandung kepada tiga individu yang cukup dikenali ramai ini.
Ketika memulakan bicara, Che Tom mengambil masa hampir beberapa minit sebelum melontarkan ayatnya yang pertama. Namun setiap kali beliau bercakap, setiap kali itu jugalah airmatanya jatuh menitis membasahi pipi.
” Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur,” kata Che Tom merujuk kepada perbuatan dan tingkah laku anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Gombak itu.
Menurut Che Tom, entah dimana silapnya, Azmin, anak yang cukup baik dan mendengar kata tiba-tiba boleh berubah menjadi yang sebaliknya. Kata Che Tom, kali terakhir beliau bertemu muka dengan anak sulungnya itu hanyalah pada pagi Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas.
Sejak itu Azmin tidak lagi menjenguknya walaupun jarak pejabat Timbalan Presiden PKR berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya. Malah menurut Che Tom, Azmin langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital.
” Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya, melihat saja kehadiran Ummi Hafilda, dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.
” Malah di pagi yang mulia itu juga, dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum ‘disamak’, Azmin juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya ‘benda haram’.
” Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri, jawab Azmin, darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim,” kata Che Tom sambil menahan sebak.
Che Tom pernah berkata, Azmin akan menjadi individu yang lebih baik jika semua pengaruh buruk ini dapat dijauhi.
“Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar,” katanya.
Katanya, berbanding enam anaknya, dia melalui pengalaman yang sangat sukar ketika melahirkan Azmin.
“Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami,” kata Che Tom
Ketika ditanya mengenai tuduhan terbaru yang dilemparkan ke atas Azmin, Che Tom berkata dia tidak tahu sama ada ianya benar atau sebaliknya. Tetapi beliau mengakui cukup tertekan apabila masyarakat sekeliling bercakap mengenainya, malah telefonnya juga asyik berbunyi apabila ramai sanak saudara dan kenalan bertanyakan hal itu.
” Bagi makcik mudah, kalau betul dia rasa dia di pihak yang benar, saman mereka, bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya itu,” kata Che Tom.
Selasa lalu, beberapa laman blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan wanita termasuk melakukan seks oral di dalam sebuah tandas.
Paling mengejutkan pendedahan beberapa blog yang menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.
Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut. Bagaimanapun, Azmin segera menafikan beliau adalah lelaki dimaksudkan dan pada masa sama, menuduh UMNO sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas itu.
Ketika diminta berkata sesuatu kepada Azmin sempena Hari Ibu esok, Che Tom berkata, beliau redha sekiranya ‘dijemput pulang’ oleh Allah dalam masa terdekat ini dan tidak mengharapkan Azmin pulang menziarahi jenazahnya.
” Saya tak pernah ajar Azmin untuk jadi seperti sekarang, saya malu kepada masyarakat,” katanya.
Namun biar apapun yang terjadi, tambah Che Tom, dia tetap sayangkan Azmin.
” Saya tak akan buang dia, dia tetap anak saya yang saya bela dari tapak kaki dua jari. Baliklah ke pangkal jalan dan bertaubatlah,” katanya dalam nada perlahan sambil memandang ke arah luar jendela banglo usang tersebut. (Mynewshub.my)
Suara Politik
Taminsari
Sabtu, Mei 05, 2012
Pemerintahan MB Khalid dah nak 'tamat tempoh', tetapi janji had gaji minimum belum lagi ditunaikan?
Jika kita masih ingat MB Khalid Ibrahim telah berjanji akan melaksanakan had gaji minimum mulai awal tahun ini melalui semua anak syarikat negeri. 'Berita Hangit' telah diumumkan oleh MB Khalid Ibrahim ketika membentangkan Bajet 2012 yang bertemakan ‘Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat’ pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, pada 9 November 2011 yang lalu!
Abdul Khalid berkata, pelaksanaan gaji minimum RM1,500 itu akan dimulakan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri yang prestasi kewangannya stabil seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide Holding Berhad.
Bagi syarikat milik Kerajaan Negeri yang prestasi kewangannya belum stabil, dana RM10 juta akan disediakan bagi menampung kos pelaksanaan dasar ini. “Kerajaan Negeri akan berusaha meningkatkan produktiviti negeri dan syarikat yang dimiliki supaya ia layak melaksanakan gaji minimum,” katanya.
Namun semuanya itu hanyalah janji-janji manis Khalid semata-mata untuk menyedapkan hati para pekerja yang berpendapatan rendah di Selangor! Sehingga sekarang tahun 2012 sudah masuk ke bulan Mei, tetapi masih juga belum terlaksana malah sempat juga beliau dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain mempersoalkan tetapan gaji minimum yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib baru-baru ini yang berjumlah sebanyak RM900 untuk Semenanjung manakala RM800 untuk Sabah dan Sarawak!
Dana sebanyak RM10 juta yang di peruntukkan memang sedap didengar, tetapi bagaimana pula dengan pelaksanaannya! Adakah hanya kroni-kroni kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sahaja yang mendapat imbuhannya! Bagaimana pula dengan pekerja-pekerja disektor swasta yang lain? Adakah hak mereka akan dinafikan? Bukankah ini hanya menguntungkan kroni-kroni Khalid sahaja!
Layak ke Khalid Ibrahim mempersoalkan gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan sedangkan janji-janji mereka hanya retorik Menteri Besar semata-mata. Sesungguhnya manusia seperti Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Seringgit, tidak harus diberi ruang dan peluang lagi untuk mentadbir Selangor.
Seperti apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri baru-baru ini di Pelabuhan Kelang, " tidak ada lagi tempoh lanjutan buat kerajaan PKR untuk memerintah lagi negeri Selangor". Alasannya mudah! Apa sahaja yang dijanjikan mereka semua tidak terlaksana malah janji hanya tinggal janji sahaja!
Maka kerja-kerja Khalid dan Anwar Ibrahim tidak ada lain kecuali cuba menimbulkan keadaan huru-hara dalam negara dan membahagi-bahagikan harta Selangor kepada kroni-kroni mereka sebelum kuasa memerintah diserahkan kembali kepada BN.
Patutlah rakyat Selangor sekarang perit hidupnya dengan masalah sampah yang tidak diuruskan dengan baik, kerap berlaku banjir, cukai tanah dan pintu yang meningkat, isu air, pasir dan sebagainya!
Dan jika kita lihat semua permasalahan yang timbul dan cara penyelesaian yang dibuat hanya menguntungkan kroni-kroni PKR sahaja terutamanya dengan isu sampah dan pasir! Mungkin Khalid sudah merasakan bahang kebangkitan rakyat yang marah dengan cara beliau mentadbir negeri Selangor, maka dengan baki masa yang tinggal sedikit sahaja lagi sekarang Khalid terpaksa melakukan sesuatu untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada beliau walaupun terpaksa menipu lagi?
Sepertimana MB Khalid pernah berkata sebelum ini iaitu SelangorKu: Hasil Negeri Untuk Rakyat, akan tetapi hakikat sebenarnya yang sedang berlaku adalah Selangorku: Hasil Negeri PKR Yang Punya!
Suara Politik
Taminsari
Jumaat, Mei 04, 2012
Pendemo Haram BERSIH 3.0 Di Buru Polis!
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menunjukkan gambar-gambar individu yang dikehendaki tampil ke hadapan bagi membantu siasatan, berhubung beberapa insiden yang berlaku Perhimpunan Bersih 3.0 lalu, di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Polis telah mengenal pasti 49 orang termasuk seorang wanita, yang dipercayai terbabit dalam kejadian merusuh semasa perhimpunan Bersih 3.0 bertukar ganas dekat Dataran Merdeka, Sabtu lalu.
Mohmad Salleh berkata, kesemua mereka yang kini menjadi buruan polis dipercayai bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu. Beliau berkata, polis sudah mengenal pasti alamat sebahagian mereka, memapar gambar mereka di akhbar dan meminta mereka hadir secepat mungkin di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Jika mereka enggan, katanya, polis akan bertindak, termasuklah mengesan mereka di rumah. Bagaimanapun, beliau tidak memberi tempoh untuk mereka tampil memberi kerjasama.
“Kita juga minta mereka yang ada maklumat, melihat kejadian atau terkilan dengan apa-apa juga tindakan polis semasa bersurai atau mengenai penangkapan ketika perhimpunan Sabtu lalu untuk tampil ke balai polis terdekat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, hari ini.
Mereka boleh hubungi pegawai Jabatan Siasatan Jenayah dan Kongsi Gelap Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Aziz di talian 019-2602344 atau 019-3872344.
Maklumat juga boleh disalurkan menerusi emel, azmiaziz@rmp.gov.my.
Dua hari lepas polis menahan seorang lelaki di Seremban, Negeri Sembilan kerana perbuatan sama. Dia didakwa hari ini. Dalam perkembangan sama, Mohmad mengesahkan menerima 258 laporan polis daripada pelbagai pihak, antaranya peguam, wartawan, orang awam, peserta perhimpunan, peniaga dan anggota polis.
Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti semua laporan itu untuk diambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang negara ini.
“Kita bagi jaminan untuk siasat dengan adil semua laporan itu dan jika perlu tangkap baru kita akan tangkap,” katanya.
Suara Politik
Taminsari
Kesan dari BERSIH 3.0?
Maka berkokoklah beberapa pemimpin pembangkang bahawa matlamat menganjurkan Bersih 3.0 telah berhasil. Walaupun hasil sebenarnya akan terus dipertikai, yang jelas, peristiwa Sabtu lalu ialah huru-hara daripada tindakan liar puak anarkis, kerosakan harta benda awam, kesusahan ke atas penjaja, pemandu teksi dan pengguna jalan raya, serta kecederaan terhadap anggota polis, pekerja media dan orang awam.
Di manakah bersihnya kalau undang-undang dan perintah mahkamah tidak dilanggar? Bersihkah kerja memukul anggota polis, wartawan dan jurugambar? Melompat atas kereta polis, menterbalikkannya serta menyepak motosikal anggota polis wanita bukan kerja bersih.
Tidak ada apa yang bersih mengenai kekotoran yang ditinggalkan di merata tempat dan kerugian jutaan ringgit yang ditanggung pekedai dan peniaga. Mencemar imej negara di mata dunia juga kerja orang berhati busuk, bukannya bersih. Walaupun dilaporkan ada yang bersolat Zohor, mungkin lebih ramai yang tidak bersolat pada hari itu kerana lebih mementingkan berhuru-hara. Ini tentu sekali perbuatan berdosa.
Seorang wartawan yang hampir dipijak perusuh memberitahu akan perasaan ngerinya sewaktu menjalankan tugas. Perusuh bagaikan orang-orang ganas yang tidak waras lagi. Mereka cuma tunggu waktu diberi isyarat untuk merempuh polis dan ‘menawan’ Dataran Merdeka. Seorang pemimpin pelajar yang pernah mengikuti kursus berdemonstrasi anjuran PKR memberitahu bahawa senario yang perlu diwujudkan ialah worst is the best. Maknanya, lagi kecoh dan ganas lagi baik dari segi impak.
Jelas bahawa tujuan sebenar Bersih 3.0 bukanlah pilihan raya yang bersih, tetapi mewujudkan persepsi negara kucar-kacir dan kerajaan tidak mampu membendungnya. Tun Dr Mahathir Mohamad percaya matlamat demonstrasi ialah menjatuhkan kerajaan sedia ada dan digantikan dengan kerajaan yang disokong Barat. Bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar pula berkata ada unsur pro-komunis dalam kalangan pencetus kekacauan.
Sekarang, pemimpin pembangkang sewenang-wenang mengaku bukan mereka yang bertanggungjawab. Habis tu siapa? Anwar Ibrahim dan Azmin Ali kata mereka tidak suruh rempuh. Lim Guan Eng kata perusuh tak salah, polis yang salah. Rakyat bukan bodoh dan buta. Mereka boleh melihat perangai buruk dan sandiwara pembangkang: baling batu tapi sorok tangan. Kita percaya mereka akan dihukum rakyat majoriti atas segala tindakan itu dalam pilihan raya akan datang.
Sebenarnya ada empat sebab utama kenapa Bersih 3.0 diadakan. Pertama, pakatan pembangkang tidak bersedia hadapi PRU13. Walaupun mereka kata bersedia, hakikatnya perbalahan antara PKR, Pas, DAP dan beberapa parti pro-pembangkang di banyak negeri berhubung pembahagian kerusi agak meruncing. Mereka perlu lebih banyak masa untuk selesaikan kemelut ini. Bersih 3.0 bertujuan melambatkan PRU13.
Kedua, tekanan rakyat terhadap Kerajaan-kerajaan Negeri di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan kerana gagal mentadbir dengan baik. Rakyat di negeri-negeri pembangkang juga kerap berdemonstrasi menuntut janji-janji daripada pilihan raya dahulu ditunaikan sebelum membuat janji-janji baru. Bersih 3.0 adalah satu cara mengalih tumpuan kemarahan rakyat di negeri-negeri tersebut.
Ketiga, pakatan pembangkang tidak mampu menjawab dan menangani pelbagai skandal yang dihadapi pemimpin mereka. Pelbagai pihak, termasuk penyokong pembangkang sendiri, menuntut jawapan kepada hubungan Anwar dan isteri Azmin, Shamsidar serta orientasi seks Anwar. Juga pembelian dan pemilikan saham jutaan ringgit oleh Azmin, kes khalwat Ustaz Badrolamin Baharon dan satu lagi kes seks dalam tandas membabitkan seorang pemimpin tinggi PKR, Mohamed Sabu dengan isteri kawannya, isu pembohongan Mohammad Nizar Jamaluddin, hubungan retak Datuk Seri Azizan Razak dengan beberapa Exconya sendiri, isu Abdul Hadi Awang tidak mahu bertanding dalam PRU-13, desakan supaya Nik Aziz Nik Mat letak jawatan dan kemelut pelantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Sekali lagi, Bersih 3.0 adalah untuk mengalih perhatian rakyat daripada memberi tumpuan kepada isu-isu tersebut.
Keempat, populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang meningkat. Program turun padang ke seluruh negara mendapat sambutan hangat. Sokongan kaum Cina kepada Ah Jib Gor dan dalam kalangan penduduk India semakin padu. Inilah yang menakutkan pakatan pembangkang. Penganjuran Bersih 3.0 bertujuan menyekat populariti Najib, tapi sebaliknya menjadikan rakyat bertambah mual dengan sikap pembangkang yang melampau.
Pendirian Naib Pengerusi DAP Senator Tunku Abdul Aziz dan bekas Timbalan Presiden Pas Nasaruddin Mat Isa mengenai penganjuran demonstrasi dan pemimpin bermasalah moral membuktikan bahawa kepimpinan pembangkang tidak sepakat. Kita juga bersetuju dengan seruan penganjur S Ambiga yang mahu polis ambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab mencetuskan huru-hara pada Sabtu lalu. Sebenarnya, beliau merujuk kepada Anwar, Azmin dan dirinya sendiri. Fikir-fikirkan lah...!!!
Pok Nik kata WAJIB dan sanggup 'sponser pitih' bagi rakyat menyertai BERSIH 3.0!!!..Betul ke Pok Nik? Siapa nak bayar semua gantirugi BERSIH 3.0 ni Pok Nik? Jangan hanya pandai baling batu, tapi sembunyi tangan...Pok Nik HARUS bertanggungjawab..!!!
Suara Politik
Taminsari
Najib: Anwar rela serah kuasa dominan kepada DAP!
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah membuat pengakuan terbuka bahawa Ketua Pembangkang itu rela menyerahkan kuasa dominan kepada DAP.
Beliau menyifatkan kenyataan terbuka Anwar bahawa beliau sedia terima nasihat dan pandangan daripada penasihat DAP, Lim Kit Siang umpama 'sudah terang lagi bersuluh.'
"Nampaknya dia (Anwar) dah buat satu pengakuan terbuka yang mana itulah merupakan pandangan banyak pihak masa kini tentang peranannya...jadi maknanya dalam apa juga gabungan, mereka nampak kuasa dominan ialah DAP," katanya pada sidang media di sini hari ini.
"Ini pengakuan dibuat secara terbuka tiada satu yang disyaki selama ini nampaknya orang kata sudah 'terang lagi bersuluh', nampaknya sudah satu kenyataan bahawa dia (Anwar) rela menyerahkan kuasa dominan kepada DAP," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang menyatakan Anwar rela menjadi kuda tunganggan DAP jika tindakan itu membolehkan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
Anwar dipetik berkata demikian pada ceramah sempena konvensyen Pakatan Pembangkang Perak, kelmarin.
Kesian..kesian..Kalau PAS sanggup mengadaikan agama demi kepentingan politik sempit mereka, hari ini Anwar terpaksa mempertaruhkan maruah diri untuk menjadi Perdana Menteri! Tiada rotan, akarpun berguna asalkan cita-cita tercapai...!!!
Suara Politik
Taminsari
Beliau menyifatkan kenyataan terbuka Anwar bahawa beliau sedia terima nasihat dan pandangan daripada penasihat DAP, Lim Kit Siang umpama 'sudah terang lagi bersuluh.'
"Nampaknya dia (Anwar) dah buat satu pengakuan terbuka yang mana itulah merupakan pandangan banyak pihak masa kini tentang peranannya...jadi maknanya dalam apa juga gabungan, mereka nampak kuasa dominan ialah DAP," katanya pada sidang media di sini hari ini.
"Ini pengakuan dibuat secara terbuka tiada satu yang disyaki selama ini nampaknya orang kata sudah 'terang lagi bersuluh', nampaknya sudah satu kenyataan bahawa dia (Anwar) rela menyerahkan kuasa dominan kepada DAP," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang menyatakan Anwar rela menjadi kuda tunganggan DAP jika tindakan itu membolehkan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
Anwar dipetik berkata demikian pada ceramah sempena konvensyen Pakatan Pembangkang Perak, kelmarin.
Kesian..kesian..Kalau PAS sanggup mengadaikan agama demi kepentingan politik sempit mereka, hari ini Anwar terpaksa mempertaruhkan maruah diri untuk menjadi Perdana Menteri! Tiada rotan, akarpun berguna asalkan cita-cita tercapai...!!!
Suara Politik
Taminsari
Khamis, Mei 03, 2012
Azmin sahut cabaran Ummi Hafilda - Mahu saman Utusan RM100 juta!
Azmin Ali mahu menyaman Utusan Malaysia RM100 juta kerana menyiarkan laporan klip video seks yang menggambarkan kononnya si lelaki adalah beliau. Kelmarin, Azmin menafikan beliau lelaki yang dirujuk dalam laporan dan gambar-gambar yang mengiringnya.
Naib Presiden PKR, N. Surendran berkata, dakwaan dan gambar-gambar yang digunakan adalah rekaan semata-mata, bermotifkan politik dan tahap kewartawanan yang sangat menjijikkan.
"Hari ini, Azmin menerusi peguamnya Edwin Lim Suren & Soh mengeluarkan tuntutan kepada Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang memiliki Utusan Malaysia dan editor agar menarik balik dakwaan-dakwaan itu dan membuat permohonan maaf di muka depan Utusan Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.
Melihat kepada keseriusan dakwaan dan edaran akhbar di peringkat nasional, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak menuntut ganti rugi RM100 juta.
Suara Politik
Taminsari
Adik kandung yakin 99.9% adalah Azmin Ali?
Adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Ummi Hafilda hari ini berkata, beliau yakin sehingga tahap 99.9 peratus bahawa gambar lelaki terbabit dalam skandal seks yang tersiar dalam akhbar dan laman blog adalah imej abang kandungnya itu.
Sehubungan itu, beliau mencabar Azmin membuat laporan polis untuk menafikan gambar yang tersiar di akhbar dan beberapa laman blog tempatan adalah bukan dirinya.
"Sebagai adik, saya kenal benar dengan abang saya. Dari aspek potongan rambut, susuk badan dan cara berpakaian itu memang dia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau turut mendesak Azmin mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar dan blog terbabit bagi membersihkan nama baik keluarga mereka dalam tempoh tujuh hari.
Katanya, jika Azmin tidak berusaha untuk membersihkan namanya, beliau sendiri akan membuat laporan polis bagi mengetahui perkara sebenarnya dan jika Azmin didapati memang terbabit dalam skandal seks itu, abangnya haruslah meletak jawatan sebagai wakil rakyat.
Katanya, jika benar Azmin berkelakuan seperti itu, dia telah mencemarkan nama keluarga dan tidak layak untuk menjadi pemimpin masyarakat sebaliknya harus meletak jawatan dan memberi tumpuan kepada keluarga.
Ummi berkata, Azmin telah lama tidak pulang untuk menziarahi ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, yang semakin uzur.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, dipetik oleh akhbar tempatan sebagai berkata, imej lelaki dalam gambar lucah itu bukanlah dirinya dan menganggap ia sebagai fitnah terhadap beliau menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.-Bernama
Suara Politik
Taminsari
Azmin nafi terlibat skandal seks, tetapi kenapa tang baju tu nampak sama?
Azmin Ali menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau dalam skandal seks dengan seorang wanita seperti disiarkan beberapa blog semalam.
Menerusi satu kenyataan akhbar yang dipetik dalam blognya, Azmin bertindak mengaitkan UMNO dalam penyebaran fitnah berkenaan.
‘‘Saya mengecam sekeras-kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelik ini disebarkan oleh media yang dikuasai UMNO yang memetik sumber blog pro UMNO. Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas.
‘‘Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ia adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim,’’ katanya.
Semalam, dua laman blog mendedahkan mengenai skandal seks dua pemimpin utama pembangkang daripada dua sudut yang berbeza.
Gambar yang disebarkan dalam laman blog didakwa melibatkan skandal seks seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat dengan wanita misteri.
Paling mengejutkan pendedahan blog yang menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.
Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.
Ini merupakan kali kedua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikaitkan dengan skandal seks. Sebelum ini Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikaitkan dengan rakaman video lucah bersama seorang pelacur. Bagaimanapun, Anwar menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia konspirasi politik bagi menjatuhkan beliau.
Mungkin Azmin boleh menipu ramai orang, tetapi Azmin tidak boleh menipu dirinya sendiri? Azmin mungkin boleh untuk cuba menafikan, tetapi bagaimana pula dengan gambar berikut!
Baju Azmin Ali berkempen SAMA dengan gambar skandal seks yang dinafi keras olehnya!
Selepas diubahsuai maka gambar di atas ini disusun untuk memudahkan anda menilai benar atau tidak gambar tersebut. Mengapa hanya Azmin sahaja yang menjadi mangsa! Ini membuktikan bahawa memang ada musuh dalam PKR sendiri yang mahu menjatuhkannya.
Jangan semata-mata mahu salahkan Umno dan BN, tetapi muhasabahlah diri sendiri. Azmin sendiri yang melahirkan ramai musuh-musuh disekelilingnya baik dari dalam ataupun sebaliknnya.
Kalau setakat mahu menafikan tidaklah memadai! Malah Azmin digesa tampil mengemukakan bukti bagi mengesahkan yang dia bukan pelaku dalam gambar yang didedahkan semalam!
Langkah itu dilihat perlu bagi membersihkan namanya jika benar dia sememangnya tidak terlibat. Kejadian tidak bermoral seperti itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin dan jika benar lelaki berkenaan adalah Azmin, dia seharusnya ditolak daripada terus bersama PKR tidak layak untuk terus menjadi timbalan presiden parti!
Suara Politik
Taminsari
Rabu, Mei 02, 2012
'Demokrasi tulen' ciptaan Pakatan Rakyat yang 'Haram'!
Isu menggerakkan satu 'perhimpunan' terancang oleh pakatan pembangkang Sabtu lepas hanyalah sekadar 'pancing' untuk memenangi hati rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.
Ia sebenarnya telah 'disusuli' kononnya dengan janji-janji yang mahu 'dikotakan' yang sebenarnya adalah janji-janji tambahan daripada apa yang sudah mereka sebut dalam Buku Jingga - melibatkan janji politik, janji ekonomi dan janji pentadbiran.
Pembangkang menguar-uarkannya kepada janji empat kerangka asas iaitu untuk mewujudkan demokrasi yang telus dan tulen, memacu ekonomi berprestasi tinggi, keadilan sosial dan perhubungan persekutuan dan negeri.
Jika direnung, diteliti dan dikaji secara berfakta dengan mata hati, keempat-empat kerangka asas ini tidak pun berlaku walaupun setelah hampir empat tahun pembangkang memerintah empat negeri.
Misalnya, kita dapat lihat bagaimana 'demokrasi tulen' yang dimaksudkan itu tidak terserlah dalam pemilihan parti mereka sendiri. Pemilihan PKR tempoh hari bergolak. Bayangkan bilangan kertas undi lebih daripada perwakilan yang mengundi.
Kejujuran DAP, Pas dan PKR tidak terserlah juga dalam menerima teguran-teguran daripada badan-badan bukan kerajaan. Mereka menyekat kehadiran akhbar-akhbar tertentu daripada menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri. Mereka tidak memberikan kebebasan bersuara dalam TV Selangor, dalam liputan perbahasan bekas Exco kerajaan negeri itu, Datuk Dr. Hasan Ali yang tidak ada ruang buat penjelasan, sidang dewan tertutup, tidak mengimbangi laporan dalam Harakah dan Suara Keadilan yang mana semuanya berat sebelah.
Sebab itu, asas-asas kerangka tersebut khususnya demokrasi tulen yang dicanangkan pakatan pembangkang sebenarnya jauh daripada pelaksanaan.
Demikian juga soal memacukan ekonomi berprestasi tinggi yang mana hal itu merupakan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara yang hanya sekadar disebut, tetapi tidak pernah diperincikan dalam mana-mana ucapan sama ada bertulis atau lisan. Hanya yang ditekankan lebih kepada pengagihan atau pun disebut sebagai keadilan sosial.
Pengagihan yang tidak berasaskan kepada pertumbuhan ekonomi berprestasi tinggi ini menunjukkan bahawa menerusi angka-angka, ia hanyalah bersifat sesuatu yang tidak praktikal dan sukar dilaksanakan.
Begitu juga soal hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang mana rakyat melihat bagaimana setiap satunya tidak dilaksanakan. Dalam konteks Selangor dan Persekutuan, banyak keputusan Persekutuan yang dirombak dan dirungkai dengan tidak ada pendekatan mencari jalan keluar dalam isu air, pelupusan sampah serta pembersihan sampah selain isu pelaburan.
Isu urusan pentadbiran antara negeri-negeri yang ditadbir pembangkang juga nampak semakin kusut daripada apa yang sepatutnya digerakkan. Sebab itu rakyat melihat banyak ucapan yang dibuat adalah bersifat populis - satu godaan pilihan raya.
Ironisnya, banyak janji yang disebut dan ditambah oleh kepimpinan pembangkang, baik daripada Pas, DAP dan PKR dari semasa ke semasa, antaranya janji-janji PTPTN dan pendidikan percuma yang tidak ada dalam Buku Jingga. Ia adalah perbelanjaan tambahan daripada prinsip-prinsip Buku Jingga yang mana akan menambah cepatkan lagi kemerosotan ekonomi negara ke arah kebankrapan.
Akibat PRU-13 yang cukup dekat, maka banyak longgokan janji yang tidak munasabah diberikan. Dan pembangkang berasaskan kepada andaian. Antaranya, andaian tentang kerapuhan sistem kerajaan sekarang, andaian tentang keadaan ekonomi yang krisis, andaian negara ini kucar-kacir iaitu tidak ada perpaduan rakyat.
Ini semua adalah andaian institusi negara yang kononnya telah rosak dengan rakyatnya menderita dan hari-hari rakyatnya bergaduh. Malangnya andaian ciptaan ini tidak disertai dengan fakta. Atau pun andaian bahawa sektor pendidikan bakal menghadapi krisis yang maha dahsyat.
Andaian-andaian yang pembangkang berikan sebenarnya adalah andaian ciptaan mereka sendiri.
Kenyataan yang sebenarnya adalah mereka sendiri tidak melaksanakan manifesto pilihan raya 2008 dalam skop yang lebih kecil daripada sebuah negara ke negeri. Di Selangor kalau dilihat, wujud isu pasir, cukai pintu yang naik, air tercemar dan penjualan aset kerajaan negeri yang tidak terkawal.
Di Pulau Pinang, masih banyak isu tol Jambatan Pulau Pinang dan Sungai Nyior yang tidak ditunaikan. Berlaku kenaikan kadar air 25 peratus dan belum dihapuskan pula caj letak kereta untuk hari Sabtu dan Ahad.
Di kedah, belum lagi dipotong elaun Menteri Besarnya, belum berlaku lagi zon industri petroleum dan belum dihapuskan lesen arak di negeri itu. Maka, tak usah cakaplah soal demokrasi yang telus, di tempat mereka sendiri tidak lagi dilaksanakan.
Tidak juga terdapat di mana pembangkang berbicara soal pertumbuhan ekonomi yang tinggi tetapi tidak juga dijelaskan tentang peranan sektor swasta. Dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) contohnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun menjelaskan bahawa rakyat perlu mencipta kekayaan negara melalui peranan sektor swasta berikutan kerajaan tidak boleh membuat kekayaan secara langsung tanpa penglibatan sektor tersebut.
Ternyata, sektor swasta boleh membina kekayaan tetapi itu tidak diperjelaskan langsung dalam mana-mana ucapan dan cadangan pemimpin pembangkang.
Dan kalau diamati tentang andaian pembangkang berkaitan ekonomi. Mereka menyatakan bahawa kononnya berlaku rasuah dan ketirisan sebanyak RM28 bilion. Ya, memang isu negara rasuah itu popular dan 'kalau RM28 bilion itu kita boleh selamatkan, maka kita boleh berikan kepada rakyat'.
Namun, hakikatnya RM28 bilion itu adalah perangkaan Bank Dunia dalam soal ketirisan atau rasuah. Tetapi tidak semestinya berlaku rasuah. Ia ketirisan yang berasaskan kepada pelbagai faktor dan bukan satu faktor.
Ketirisan pertama mungkin disebabkan pengaliran wang keluar akibat daripada pengaliran wang keluar kerana keadaan mata wang jatuh, kerana keadaan turun naik nilai mata wang. Orang bawa duit keluar atau memang betul ada rasuah sebahagian daripadanya atau mungkin faktor-faktor lain kerana tidak ada perincian tentang RM28 bilion ini.
Dan RM28 bilion itu bukan perangkaan setiap tahun. Ia one-off dan mengikut keadaan ekonomi. Bagaimana keadaan one-off RM28 bilion itu jika benar, ia hendak dijadikan pengukuran untuk menampung belanja sepanjang zaman. One-off RM28 bilion kononnya nak menampung untuk perbelanjaan dan kebajikan rakyat sepanjang zaman, maka 'tentulah ia sedap disebut kepada rakyat'.
Kerana itu, 'benda-benda semacam ini' yang diuar-uarkan oleh pembangkang memerlukan penjelasan secara fakta. Banyak sebenarnya perbelanjaan tambahan yang dicanangkan pembangkang di luar janji Buku Jingga. Dahulu, mereka berjanji hendak bagi imbuhan kepada guru sebanyak RM500 sebulan seorang. Dengan itu sahaja pun, RM500 sebulan x 12, 6,000 x 400,000 > RM2.4 bilion. Apakah dalam perkhidmatan awam, cuma hanya ada cikgu?
Relevankah perhimpunan yang ditaja pembangkang Sabtu lepas. Fikir-fikirkanlah.-UMO
Suara Politik
Taminsari
Anwar dan Azmin terkedu, pembohongan mereka 'dilondehkan' wartawan!
Ibarat senjata makan tuan! Pembohongan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim serta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali kononnya polis yang memulakan kekecohan semasa perhimpunan haram Bersih 3.0 Sabtu lalu akhirnya memakan diri.
Pihak yang melondehkan pembohongan Anwar dan Azmin itu pula adalah kumpulan wartawan daripada media arus perdana, agensi berita luar negara, media propembangkang serta portal berita yang bersatu mengasak mereka semasa sidang media di Ibu pejabat PKR, di sini semalam.
Akibatnya, Anwar dan Azmin terpaksa menahan malu kerana setiap pembohongan mereka dipatahkan kumpulan wartawan berkenaan memandangkan rata-rata petugas media terbabit melihat sendiri arahan Ketua Pembangkang agar peserta demonstrasi merempuh halangan polis.
Malah cubaan Anwar menggunakan taktik kegemaran beliau iaitu melabelkan petugas media yang bertanya soalan panas sebagai balaci UMNO dan Barisan Nasional (BN) juga gagal apabila wartawan Agenda Daily, Roslan Bian, secara keras menyanggah tuduhan tersebut.
Dalam pada itu, tindakan Azmin menuduh wartawan yang mendedahkan arahan beliau bahawa 'Dataran Merdeka boleh masuk' sebagai berbohong juga dibalas secara keras apabila petugas media terbabit berkata, dia berada bersebelahan Azmin ketika itu.
"Saya berada hampir dengan Yang Berhormat dan saya mendengar dengan jelas kata-kata Yang Berhormat kepada peserta demonstrasi bahawa 'Dataran Merdeka boleh masuk...boleh masuk'," kata wartawan portal berita Malaysian Digest's, Shaik Mohamad Amin Shaik Alaudin.
Tertekan dengan keadaan itu, Anwar dan Azmin cuba mengalih isu dengan berkata, kehadiran peserta yang didakwa seramai 300,000 orang lebih besar daripada isu merempuh halangan polis sehingga menimbulkan huru-hara.
Namun Ketua Pembangkang itu sekali lagi tersentak apabila seorang peserta demonstrasi Bersih 3.0, Benjy Lim yang turut berada dalam sidang media tersebut secara tiba-tiba menyergah dan mendakwa Anwar bertanggungjawab mencetuskan keadaan huru-hara.
Beliau berkata, tindakan Anwar itu telah menyebabkan nyawanya dan peserta demonstrasi lain yang datang untuk berhimpun secara aman bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil terdedah kepada bahaya.
"Saya tahu cara polis beroperasi di negara ini kerana saya bukan baru sehari hidup, rusuhan itu berpunca kerana pembangkang yang memulakan," katanya menyanggah jawapan Anwar yang berterusan menyalahkan pihak polis.
Gagal menjawab segala dakwaan Benjy secara objektif, Anwar akhirnya berjanji akan 'melayan' lelaki itu pada sesi lain kerana sidang media yang dianjurkan tersebut hanya khusus untuk wartawan dan bukan platform untuk pihak yang tiada kaitan dengan media.
Kan dah kantoi namanya..!!!
Suara Politik
Taminsari
Langgan:
Catatan (Atom)













































