Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Selasa, September 22, 2015
ROS perlu semak penubuhan DAP, menyimpang tujuan asal?
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) perlu meneliti dan menyemak semula penubuhan DAP kerana didakwa telah menyimpang daripada tujuan asal sebagai parti politik yang memperjuangkan hak rakyat.
Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Ezaruddin Abd. Rahman berkata, hal ini jelas kerana DAP telah memperlihatkan sikap biadab malah menjadikan parti itu sebagai tempat menyuburkan kebencian antara kaum di negara ini.
“Kalau boleh, kita haramkan DAP, mereka sangat melampau terutamanya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Oleh sebab itu, saya berharap ROS akan membuat siasatan terhadap DAP,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peringatan kepada semua pihak sama ada kumpulan dari dalam mahupun luar negara agar jangan sesekali cuba mencarik-carikkan maruah orang Melayu.
Tegas beliau, Melayu merupakan bangsa bermaruah yang akan bangkit mempertahankan nusa sehingga ke titisan darah terakhir jika maruahnya dihina sebagaimana dibuktikan menerusi Himpunan Rakyat Bersatu Rabu lalu.
Tambah Ezaruddin, tindakan tersebut harus dilakukan bagi mengekang niat jahat mana-mana individu yang ingin menimbulkan kekecohan di negara ini, di samping dapat meningkatkan semangat kecintaan kepada rakyat.
Sementara itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, mana-mana pihak tidak seharusnya menggunakan nama bangsa dan agama dalam perjuangan politik kerana jelas akan memecahbelahkan masyarakat.
“Perpecahan yang berlaku akan menjejaskan sektor ekonomi dan perniagaan mereka yang tidak terlibat. Sebagai contoh, orang Melayu mungkin tidak akan mengadakan kerjasama perniagaan dengan kaum Cina walaupun bukan semua kaum itu terlibat dalam menghina agama Islam dan Melayu.
“Selain itu, saya berharap agar kerajaan dapat memberi keutamaan dan bantuan kepada orang Melayu, khususnya dalam dasar ekonomi negara. Penglibatan anak muda Melayu dalam semua sektor negara juga harus diperluaskan,” katanya.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan