Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker mendakwa, pemimpin dan ahli DAP gagal untuk memahami sensitiviti orang Melayu dan menjadi penyebab ketegangan kaum semakin memuncak.
Ti Lian Ker
“Apabila pemimpin DAP mempermainkan pemimpin Melayu seperti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mereka tidak peduli perasaan dan kemarahan yang dirasakan orang Melayu.
“Mungkin adab orang Melayu yang menuntut untuk tidak kurang ajar dan bersabar menyebabkan pemimpin DAP berulang kali memperkecilkan pemimpin Melayu yang lama-kelamaan boleh memercikkan api persengketaan antara kaum,” dakwanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Teresa berkata demikian apabila mendakwa Lian Ker mengulang mesej tajuk berita Utusan Malaysia yang menggambarkan DAP mengawal perhimpunan Bersih 4.0. Dakwa Lian Ker, tindakan kurang ajar penyokong DAP di perhimpunan Bersih 4.0 tidak mewakili semua kaum Cina dalam negara.
“Apabila ada yang memijak gambar pemimpin Melayu di Bersih 4.0, orang Melayu akan memandang serong kepada keseluruhan kaum Cina walhal mereka hanya mewakili DAP.
“MCA tidak mahu insiden seperti 13 Mei berlaku lagi dan DAP perlu bertanggungjawab terhadap segala hal menyebabkan ketegangan kaum yang telah mereka wujudkan, bukan terus mengapi-apikan masyarakat Cina dengan kemarahan untuk membenci kerajaan yang akhirnya akan menyebabkan perpecahan,” dakwanya.
Dakwa Lian Ker, walaupun pernah tidak setuju dan mengkritik pemimpin Pas mengenai polisi, beliau tidak pernah menggunakan serangan peribadi untuk menghentam dan mempermainkan Presiden parti itu seperti yang dilakukan DAP.
“Dalam politik, apabila emosi sedang memuncak, kaum dan agama akan menjadi isu utama dan inilah yang digunakan DAP untuk mendapat sokongan tanpa berfikir mengenai perpaduan kaum. Ini menunjukkan DAP gagal sebagai parti yang kononnya memperjuangkan nasib pelbagai kaum,” dakwanya.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan