Isnin, Disember 09, 2013

Syed Mokhtar tidak perlu dikaitkan tindakan Gardenia?


Tokoh korporat bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary tidak seharusnya dilibat dan dibebankan dengan tindakan syarikat pengeluar roti Gardenia Bakery Sdn. Bhd. (Gardenia) memberi sumbangan dana kepada portal propembangkang, Malaysiakini.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang dipunyai Syed Mokhtar hanya memiliki 30 peratus saham dalam Gardenia menyebabkan pengurusan dipegang pihak lain.

Sebaliknya, beliau menuntut penjelasan daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bagaimana syarikat asing dari Indonesia boleh memiliki sehingga 70 peratus pegangan saham dalam industri pembuatan roti tempatan.

"Dengan ekuiti sebanyak itu, Bernas hanya menduduki satu sahaja kerusi lembaga pengarah. TIBAI difahamkan 70 peratus lagi ekuiti dipegang keluarga keturunan Cina dari Indonesia dan dengan pegangan sekecil itu, TIBAI yakin pihak Syed Mokhtar tidak terlibat dalam pengurusan.

"Tapi kami menuntut penjelasan bagaimana kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri boleh membenarkan syarikat asing memiliki 70 peratus pegangan dalam industri roti negara? Siapa dia keluarga Cina dari Indonesia itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Beliau mengulas gesaan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Johari Yazid yang menuntut pengurusan Gardenia memberi penjelasan kepada umum mengenai tindakan syarikat pengeluar roti itu memberi sumbangan dana kepada Malaysiakini.

Malaysiakini kelmarin melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia, Yap Kim Shin bertindak menyalurkan sumbangan kepada portal itu bagi menjayakan kempen memungut derma untuk pembinaan bangunan baharunya di Petaling Jaya.

Muhammad Zahid berkata, Mustapa perlu memberi jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan TIBAI kepada perwakilan UMNO memandangkan ketika itu Perhimpunan Agung UMNO 2013 sedang berlangsung.

"Sepatutnya Bernas memiliki 70 peratus pegangan dalam Gardenia. TIBAI berpendapat langkah membenar pemilikan asing sehingga 70 peratus adalah tidak munasabah dan merupakan satu pengkhianatan kepada perjuangan memartabatkan syarikat tempatan," katanya.

Sementara itu, Bernas didesak tarik semula saham

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak agar Padiberas Nasional Berhad (Bernas) menarik semula pegangan saham sebanyak 30 peratus yang dimilikinya dalam syarikat pengeluar roti, Gardenia Bakery Sdn. Bhd. (Gardenia)


Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, langkah itu berikutan tindakan pengurusan Gardenia memberi sumbangan kepada portal propembangkang, Malaysiakini untuk pembinaan bangunan baharunya.

“KITA mendesak Bernas yang dimiliki tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary menarik semula saham dalam Gardenia kerana Bernas merupakan sebuah syarikat yang berkepentingan terhadap kerajaan.

“Pengurusan Gardenia secara terang-terangan menunjukkan sokongannya kepada Malaysiakini dengan memberi sumbangan dana kepada portal itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan pengurusan Gardenia yang 30 peratus sahamnya dikuasai oleh Bernas, memberi sumbangan dana kepada portal propembangkang!

Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali pula meminta Gardenia menjelaskan kepada umum tentang tindakan mereka memberi sokongan kepada Malaysiakini sedangkan mereka tahu pemegang saham adalah sebuah syarikat berkepentingan kerajaan.

Malaysiakini sebuah portal tulang belakang pakatan pembangkang. Oleh itu, apakah keuntungan yang diperolehi Gardenia apabila memberi sokongan kepada mereka kerana yang banyak membantunya selama ini adalah kerajaan.

“Bernas perlu bertindak menjual kesemua sahamnya dalam Gardenia kerana tindakan pengeluar roti tersebut ibarat tidak memberi sebarang manfaat kepada kerajaan," katanya.

Suara Politik
Belantan

2 ulasan:

Bulu tangkis berkata...

laa bodohnya ada kaa suruh jual semua saham... kaalu jual semua saham langsung tak ada milikan, kalau pegang saham sekurang2nya ada laa jugak 30%, pas tu boleh laa tambah lagi jadi 50% ker... then 51% utk dpt kawalan keatas company tu, kalau jual, terus HILANG!... bodoh , otak singkat.. aku tak pikir sy mokhtar akan buat tindakan bodoh dgn menjua saham bernas gitu je.

Shonzu berkata...

Jual je saham Bernas dalam syarikat Gardenia yang terang-terangan menyokong Malaysiakini tu. Pencacai PR tak pernah nak ambil tahu pun siapa pemegang saham terbesar dalam syarikat Gardenia yang dikuasai oleh kaum Cina Indonesia tu, yang mereka tahu Gardenia kepunyaan Syed mokhtar itu sahaja. Jual saham, kemudian melabur ke dalam syarikat roti 100% bumiputera. Sekurang-kurangnya itu adalah jihad yang terbaik untuk membantu kaum Melayu Islam dari menyokong Cina Indonesia yang perangai serupa sahaja macam cauvanis Cina kiasu di negara ini...