Isnin, Disember 02, 2013

Kenaikan gaji hanya untungkan individu - Rakyat Selangor?

Agak-agak berapa banyak MB Khalid bayar cukai pendapatan dalam setahun ya?

Rakyat di negeri ini menyifatkan kenaikan mendadak gaji termasuk elaun menteri besar, exco kerajaan negeri, speaker, timbalan speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang diputuskan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam tidak memberi apa-apa keuntungan kepada mereka.

Rata-rata yang ditemui menyifatkan kenaikan tersebut tidak sepatutnya berlaku pada saat-saat rakyat berhadapan dengan kenaikan kos semasa dan kerajaan negeri sewajarnya memberikan tumpuan terlebih dahulu dalam mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

Seorang warga Shah Alam, Hairul Nizam Abdul Latif yang bekerja sendiri menyifatkan kenaikan gaji ahli pentadbiran kerajaan negeri itu dilihat tidak memberi apa-apa kesan kepada rakyat, sebaliknya yang menerima manfaat adalah individu itu sendiri.

"Sesuatu yang tidak wajar, kenaikan ini dilakukan pada waktu kenaikan harga barang, kos hidup meningkat dan beberapa kesulitan lain yang membelenggu rakyat," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sidang DUN Selangor semalam meluluskan kenaikan gaji dan elaun bulanan menteri besar, speaker, timbalan speaker, exco kerajaan negeri dan ADUN bermula Januari tahun depan.

Daripada keputusan tersebut, gaji menteri besar pada tahun hadapan naik daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 manakala speaker dan timbalan speaker masing-masing menerima gaji bulanan sebanyak RM22,500 dan RM15,750 berbanding sebelum ini sebanyak RM6,109.29 dan RM3,327.50 sebulan.

Selain itu exco kerajaan negeri pula akan menerima kenaikan gaji sebanyak RM20,250 sebulan berbanding RM6,109.20 manakala ADUN sebanyak RM11,250 berbanding RM6,000 sebulan sebelum ini.

Seorang pekerja swasta, Norazima Abdul Razak pula mahu kerajaan negeri memberi tumpuan kepada membantu rakyat dalam mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi dan pekerjaan.

Dalam pada itu, seorang guru, P. Rajami menyatakan kenaikan gaji seharusnya dilakukan pada masa sesuai lebih-lebih lagi ketika ini rakyat dibelenggu dengan faktor ekonomi yang mendesak di samping kenaikan harga barang.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: