Rabu, Julai 27, 2011

Slogan baru 'Selangor Ku' hanya gimik MB Khalid!

Tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor melancarkan slogan baru 'Selangor Ku' pada 24 Julai lalu hanyalah taktik dan gimik untuk menutup kegagalan pembangkang dalam melaksanakan program pembangunan rakyat di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, slogan bagi menggantikan 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' (MES) dilihat sekadar 'kosmetik' untuk mengaburi mata rakyat.

Ini kerana katanya, berdasarkan rekod pentadbiran negeri di bawah pimpinan PKR, DAP dan Pas, mereka dilihat gagal melaksanakan janji kepada rakyat sama ada dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial.

"Apabila kerajaan negeri sedar bahawa MES telah gagal mencapai sasaran dan matlamatnya, mereka memperkenalkan slogan dan program baru dengan nama 'Selangor Ku'.

"Saya tidak hairan mereka tukar kerana mereka mahu menutup kelemahan dan kegagalan di mata rakyat," katanya di sini, hari ini.

Noh berkata, kerajaan negeri memberi pelbagai janji kepada rakyat seperti ketelusan, bertanggungjawab dan sebagainya, tetapi sebenarnya pentadbiran mereka pincang termasuk dari segi pengurusan dan perbelanjaan antaranya membabitkan Yayasan Selangor.

"Kerajaan negeri pimpinan PKR, DAP dan Pas sebenarnya tidak layak bercakap mengenai ketelusan dalam pentadbiran kerana gagal melaksanakannya dengan baik termasuk wujud salah guna kuasa dan wang.

"Kegagalan itu jelas dilihat dalam isu perbelanjaan tidak terkawal antaranya melibatkan Yayasan Selangor yang dikatakan menyebabkan ia berhadapan dengan masalah kewangan," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak terlepas daripada amalan penyalahgunaan kuasa apabila dilaporkan mempergunakan lesen kontraktor kelas F yang dikhaskan kepada bumiputera untuk mengaut keuntungan 90 peratus bagi disalurkan untuk kepentingan politik DAP.

"Salah laku itu turut melibatkan pengunaan wang rakyat yang dikatakan digunakan untuk menanggung kos penginapan perwakilan PKR pada kongres parti itu tahun lalu," katanya.

Tambah beliau, sebelum ini kerajaan negeri bertindak zalim apabila merampas tanah milik YBK seluas kira-kira 323 hektar manakala baki tanah yayasan itu seluas 323 hektar lagi telah dikenakan kaveat hingga menyebabkan yayasan berkenaan tidak boleh mengusahakan tanah miliknya.

"Ini menyebabkan rancangan pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah, Hulu Selangor tidak dapat dilaksanakan dan ini benar-benar merugikan rakyat dan negeri dari segi perkembangan pendidikan.

"Ia tidak termasuk masalah kewangan yang dialami oleh Universiti Selangor (Unisel)," katanya.

Kelihatan Khalid cuba memberitahu rakyat Selangor bahawa “Selangorku” adalah menifestasi beliau sendiri kononnya negeri itu adalah hak milik beliau dan DAP sahaja. Dalam kata lain seolah-olah rakyat Selangor dan Pas tidak ada hak!

Selain dari itu sebenarnya “Selangorku” adalah rentetan dari slogan Khalid dan DAP sebelum ini yang berbunyi, “Meng’Khalid’ dan Men’DAP’kan ekonomi Selangor”. Ia termasuklah juga satu lagi slogannya, “Hasil negeri untuk Khalid dan DAP”.

Melalui slogan “Meng’Khalid’ dan Men’DAP’kan ekonomi Selangor”, Khalid dan DAP telah berjaya mengawal kekayaan ekonomi Selangor yang beratus-ratus juta dikumpulkan oleh Kerajaan BN dan berbelanja boros hingga hampir mencabul wang zakat Selangor. Mujurlah sempat dihalang oleh DYMM Sultan Selangor dan membuatkan Khalid dan DAP terpaksa mengubah strategi mereka!

Maka lahirkan “Selangorku”. Dengan slogan baru ini, Khalid dan DAP dijangka tidak punya banyak masalah untuk menjadikan Selangor seperti hak milik mereka sendiri. Mana-mana pihak pun tak boleh persoalkan. Kalau berdegil dan persoalkan juga, maka akan 'dihalau keluar' dari Selangor! Syabas diucapkan kepada rakyat Selangor yang memilih Pakatan Rakyat. Begitu juga Menteri Besar yang menjadi boneka kepada DAP. Selangor..Oh Selangor ku..!!!

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

Semerah Cili! berkata...

Salam, Setiap Program Dan perancangan Mesti ada Pro&Kon..so kiter tengok jerlah program nie baik ke tak untu,k rakyat..ntah rundum kot huhu..

mohon letakkan blog sy di link blog tuan...Thankz!

semerahcili.blogspot.com