Jumaat, Julai 29, 2011

Kerajaan 'Oh Selangor Ku' tidak peduli loji air semakin menyusut!

Terlalu banyak berpolitik dan tidak menghiraukan kebajikan penduduk Selangor merupakan ciri-ciri utama yang terdapat pada kerajaan yang sedang mentadbir Selangor sekarang. Keengganan Kerajaan Pakatan Rakyat Oh Selangor-Ku untuk menyegerakan projek penyaluran air dari Pahang ke Selangor, sebenarnya adalah retorik politik semata-mata.

Timbalan Perdana Menteri pada 12 Julai 2010 telah memberi amaran, bekalan air di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya serta Selangor secara keseluruhannya akan berhadapan dengan krisis menjelang 2012 sekiranya kerajaan negeri yang diketuai oleh Khalid Ibrahim tidak mengambil langkah-langkah perlu untuk mengatasi masalah berkenaan.

Krisis bekalan air di Selangor tidak sahaja memberi kesan yang besar kepada rakyat Selangor, tetapi juga kepada industri, pengilang dan pelabur. Dan apabila kesan tersebut sudah menimpa industri, pengilang dan pelabur, maka secara tidak langsung, Selangor bukanlah destinasi paling menarik untuk mereka beraktiviti.

Kulim Hi-Tech Park telah menghadapi kesan kemerosotan pelabur dan larinya pengilang-pengilang utama kerana masalah bekalan air. Apakah Selangor yang sekarang ini berbangga dengan FDI serta pelaburan masuk yang tinggi, sanggup berhadapan dengan masalah tersebut?

Kalau kerja-kerja atau projek-projek Kerajaan Pusat membawa masuk pelabur ke Selangor diterima dengan senang hati, bahkan diuar-uarkan sebagai kejayaan Pakatan Rakyat, mengapa pula projek penyaluran air dari Pahang ke Selangor mendapat tentangan dan pelbagai helah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat?

Masalah bekalan air yang meruncing sebenarnya telah pun diakui oleh Exco Alam Sekitar, Pelancongan dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong pada 22 Jun lalu. Bagaimanapun oleh kerana otaknya adalah otak Pakatan Rakyat, maka dia tidak akan sesekali mengakui kelemahan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor yang lebih berminat untuk berpolitik berbanding bekerja untuk rakyat.

Elizabeth Wong dalam kenyataannya, menyalahkan SYABAS kerana gangguan bekalan air sementara di beberapa wilayah Selangor bulan lepas. Katanya lagi, kegagalan SYABAS untuk membuat penyelenggaran yang baik adalah punca mengapa gangguan air berlaku.

Pada masa yang sama, dia turut menafikan yang Selangor sedang berhadapan dengan kekurangan bekalan air yang serius sebaliknya menyatakan, semua itu adalah masalah SYABAS yang menggunakan alasan penstrukturan aset air untuk menekan Kerajaan Negeri. Menariknya, Elizabeth Wong cuba berbohong dengan mengatakan simpanan air di Selangor adalah 100% berdasarkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada 21 Jun 2011!

Paling menarik ialah apabila Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri, Badrul Amin Baharom menyalahkan Kerajaan Persekutuan kerana ‘keengganan’ Kerajaan Persekutuan menyerahkan pengurusan industri air Selangor kepada Pakatan Rakyat sebaliknya meneruskan agenda penswastaan air.

Katanya lagi, alasan kekurangan bekalan air di Selangor adalah helah Kerajaan Persekutuan untuk menaikkan kadar air. Pembinaan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor menelan kos sebanyak RM8 bilion, tetapi menurut Badrul Amin Baharom, Kerajaan Negeri boleh menyiapkan projek tersebut pada kos RM2 bilion.

Namun setelah dicabar oleh Dr.Chin Fah Kui, Badrul Amin Baharom yang baru menambah koleksi BINI, sehingga ke hari ini tidak menjawab dan bersuara lagi tentang kos RM2 bilion yang digebangkannya itu.

Semalam, SYABAS dalam satu kenyataan memberitahu rizab air Selangor daripada 33 buah loji air seluruh negeri mengalami penyusutan yang sangat kritikal. Berbeza dengan kenyataan Elizabeth Wong bahawa simpanan air di Selangor adalah 100%, SYABAS mendedahkan bahawa rizab air Selangor hanyalah pada kadar 3-5% sehari sahaja.

Nampaknya, Pakatan Rakyat sedang bermain-main dengan nyawa manusia di Selangor dalam usaha mereka untuk menjarah, merompak dan berkuasa di negeri ini. Kaedah mudah mereka dengan menyalahkan pihak lain khususnya Kerajaan Persekutuan akibat retorik dan politik berlebihan mereka, sememangnya amat dikesali!...Oh Selangor Ku...!!!

Oleh : Selangor Daily

Suara politik
Taminsari

2 ulasan:

Nani Man UTD berkata...

Selangor State Government in denial state syndrom. They don't care about people worry.

They just want to show their power and act like know everything on the ground.

Please listen to the people out there unless you willingly to forget your seat constituency in GE13.

People watching you!

Jeffry berkata...

PAKATAN MAKIN LINGKUP..DIA SAMA DIA BERGASAK..RAKYAT MATI KAT TENGAH2..MOLEK SGT LE TUHH HUHUHU