Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor hanya pandai berkata-kata sahaja tetapi pembohong besar.
Diwar-warkan selama ini dengan wujudnya Parti Keadilan Rakyat (PKR), maka kebajikan rakyat jelata akan dijaga dengan adil dan saksama seperti burung kakak tua dalam sangkar. Alangkah sejuk rasa hati rakyat Selangor pada ketika itu. Tetapi persoalannya kini adakah PKR di Negeri Selangor menjaga kebajikan rakyatnya dengan adil dan saksama? Adakah PKR Selangor peka pada masalah rakyatnya?
Lihat sahaja salah satu isu agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor iaitu Yayasan Selangor yang merupakan agensi pendidikan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Selangor.
Kini, rakyat Negeri Selangor yang berkhidmat di agensi tersebut mula meratap sedih dan berasa kecewa dengan keadaan organisasi yang dipimpin oleh Pengurusan baru (Tuan Haji Ilham Marzuki) yang dianggap sangat jujur dan bijaksana dan orang pandai bisnes oleh pucuk pimpinan Negeri Selangor.
Dimana kakitangan yang bertugas di organisasi tersebut telah dipandang rendah dan hina, diherdik dan dimaki serta difitnah sesuka hati seperti binatang periharaannya sahaja dan sehingga pengurusan baru ini sanggup meminggirkan salah satu hak mereka yang termaktub di dalam Skim Perkhidmatan sejak tahun 1978 iaitu bayaran Faedah Persaraan yang mana telah dibuat pindaan Skim Perkhidmatan Yayasan Selangor Tahun 2001.
Untuk makluman bahawa setakat hari ini seramai 38 orang telah berhenti atau menamatkan perkhidmatan dengan Yayasan Selangor. Sebab kakitangan ini meletak jawatan adalah melalui dua taraf, Pertama adalah berhenti secara sukarela kerana tidak tahan dengan sikap Pengurusan Yayasan Selangor (Tuan Haji Ilham Marzuki), dan Kedua adalah berhenti kerana telah mencapai usia persaraan.
Yang sungguh malang diterima setakat ini adalah kesemua kakitangan ini telah mencapai usia perkhidmatan lebih 10 tahun dengan Yayasan Selangor dan mengikut Skim Perkhidmatan Yayasan Selangor Pindaan Tahun 2001 yang diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor Tahun 2001 menyatakan kakitangan yang telah mencapai perkhidmatan lebih 5 tahun akan dibayar feadah persaraan sekiranya berhenti atau bersara.
Tetapi dengan Pengurusan Baru Yayasan Selangor dibawah Pentadbiran Tuan Haji Ilham Marzuki (Pengurus Besar yang sombong mengaku pandai tetapi bodoh) telah mengubah segala peraturan sesuka hati, dimana, ada kakitangan yang berhenti/bersara dibayar penuh faedah persaraan, ada yang dibayar separuh (50%) daripada faedah persaraan dan ada yang langsung tidak dibayar setakat ini (hampir 6 bulan).
Segala perubahan peraturan dibuat dengan sesuka hati tanpa merujuk dalam mana-mana Mesyuarat. Mengikut peraturan bahawa perjalanan operasi hendaklah dirujuk kepada Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Selangor untuk dilaksanakan.
Adalah difahamkan bahawa dalam Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor Tahun 2009 telah dibincangkan masalah faedah persaraan kakitangan dan memutuskan dimana Menteri Besar Selangor selaku pengerusi mesyuarat meminta supaya Pengurusan Yayasan Selangor dapat mengwujudkan Tabung Persaraan Warga Kerja Yayasan Selangor untuk memberikan kepada warga yang telah lama bertugas di Yayasan Selangor dan juga menggesa supaya Yayasan Selangor dapat membuat bayaran kepada warga kerja yang layak mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Alangkah sedihnya terutama bagi kakitangan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun malah ada yang mencapai lebih 30 tahun tidak dibayar faedah persaraannya. Yang lebih menyedihkan ada antara kakitangan yang tidak dibayar adalah bekas Pembantu Am Rendah (tukang cuci/sapu) yang jumlahnya hanya RM18,000.00 sahaja.
Kesian makcik PAR kita yang asyik menunggu buah yang tidak gugur. Sedangkan Pengurusan boleh berbelanja ratusan ribuan malah berjuta untuk mengubahsuai asrama, kem dan bangunan Bayasan Selangor. Inilah contoh Negeri Berkebajikan gaya PKR tidak tahu ‘priority’ dan jasa kakitangan.
Sebelum pengambilalihan pengurusan baru, kakitangan diberi hak untuk menerima bayaran Faedah Persaraan mengikut tahun perkhidmatan dan sentiasa dikemaskini demi menjaga kebajikan kakitangan setelah tamat dalam perkhidmatan kerana tiada pencen diperuntukkan sepertimana kakitangan kerajaan.
Bagi memastikan kebajikan kakitangan tidak terabai dan kewangan organisasi terus kukuh, pengurusan terdahulu dengan persetujuan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor menetapkan untuk meneruskan bayaran Faedah Persaraan kepada kakitangan tetap dan kontrak yang sedia kecuali kakitangan baru tahun 2010. Walau bagaimanapun, kakitangan baru diberikan caruman KWSP (Majikan) melebihi 5% daripada kakitangan yang sedia ada sebagai ganti Faedah Persaraan tersebut.
Malangnya, pengurusan baru telah meminda skim tersebut dan membatalkan pindaan yang terdahulu tanpa menarik balik tambahan 5% caruman KWSP (Majikan) yang diterima oleh kakitangan baru. Kini kakitangan yang baru dilantik termasuk Pengurusan Tertinggi terus menerima kemudahan tersebut sedangkan hak kakitangan yang berkhidmat lama diabaikan. Inikah yang dinamakan KEADILAN?
Oleh itu, sebagai rakyat Negeri Selangor, diseru kepada pemimpin-pemimpin di Negeri Selangor terutama Menteri Besar Selangor agar membuka mata dan hati seluas-luasnya. Kakitangan yang ada bukanlah semuanya orang berada yang mempunyai perniagaan, memiliki harta dan mendapat tempat di kalangan orang-orang atasan. Majoriti gaji mereka tidakpun mencapai berbelas ribu sebulan.
Tetapi sedarkah selama ini bahawa mereka inilah yang telah memberi kerjasama dan sentiasa berusaha untuk menaikkan prestasi organisasi, melahirkan anak-anak Selangor yang cemerlang dan sekaligus menjaga nama baik Negeri Selangor? Jika masalah rakyat sekecil inipun tidak dapat diselesaikan dengan baik dan hanya dipandang ringan, bagaimana hendak memimpin dan menerajui sebuah Negara?
Inikah yang dikatakan merakyatkan ekonomi? Fikirkanlah yang terbaik demi kebajikan rakyat Negeri Selangor. Jangan terus biarkan orang berada bertambah kaya, orang di bawah dipinggirkan!
Yang pasti Pakatan Rakyat Selangor hanya pandai menabur janji, tapi hasilnya hamPAS!
Kita Gempur
Suara Politik
Taminsari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan