Selasa, Disember 07, 2010

MB Khalid akui anjur demo haram untuk tarik perhatianYang Dipertuan Agong!





















Walaupun surat untuk membolehkan kerajaan negeri membeli konsesi air diterima pada 3 Disember, MB Khalid mengakui perhimpunan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin tetap diadakan pada hari Ahad 5 Disember lepas bagi tujuan mendapat perhatian Seri Paduka.

Akibat dari keangkuhan MB Khalid sendiri, beliau telah memungkiri janji beliau dengan Ketua Polis Kuala Lumpur membiarkan penyokong-penyokongnya berhimpun dan berarak ke Istana Negara bagi membantah kenaikan 37 peratus tarif air Selangor.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah yang kecewa dengan perkara itu berkata, perhimpunan dan perarakan itu tidak sewajarnya berlaku selepas satu persetujuan dicapai bahawa polis akan mengiringi Khalid untuk menyerahkan memorandum bantahan kenaikan itu kepada Istana Negara.

Katanya, persetujuan itu dicapai ketika pihaknya menghubungi Menteri Besar Selangor kira-kira pukul 10.20 pagi itu. “ Khalid bersetuju dengan saranan dan nasihat polis, bagaimanapun selepas beliau selesai solat zuhur di Masjid Negara serta mengadakan sidang akhbar, penyokong-penyokongnya tetap tidak bersurai malah berarak ke Istana Negara,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Sebilangan daripada ahli kumpulan yang berarak itu cuba menghalang tugas polis dengan membaling batu ketika arahan bersurai dikeluarkan. Polis tiada pilihan lain terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan semburan air bagi menghalang mereka daripada terus berarak.

Kehadiran penyokong-penyokong Khalid bukan sahaja mengakibatkan kesesakan lalulintas yang teruk di Kuala Lumpur malah jelas ianya menganggu ketenteraman awam. Yang menjadi mangsa sebenar adalah rakyat biasa yang terperangkap didalam kesesakan tersebut. Polis juga memaklumkan seramai 50 orang telah ditahan dalam perhimpunan haram tersebut.

Bagi penulis semua perkara ini dapat dielakkan jika MB Khalid dapat berfikir secara rasional. Selepas mengetahui mendapat surat untuk membolehkan kerajaan negeri membeli konsesi air diterima pada 3 Disember, mengapa beliau terus menganjurkan perhimpunan haram tersebut! Beliau sepatutnya boleh membatalkan perhimpunan haram tersebut!

Adalah satu alasan bodoh jika Khalid mangatakan perhimpunan haram itu semata-mata untuk menarik perhatian Yang DiPertuan Agong! Akibat dari kebodohan Khalid, orang ramai menjadi mangsa keadaan. Lalulintas menjadi sesak teruk, menganggu ketenteraman awam dan yang paling teruk adalah mengaibkan imej Kuala Lumpur itu sendiri.

Dalam kenyataan terbaru hari ini Khalid mengatakan kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan tawaran terbuka untuk membeli keempat-empat konsesi utama bekalan air bagi melaksanakan program penstrukturan semula industri itu di Selangor dalam tempoh tiga minggu. Khalid berkata tindakan itu telah mendapat kebenaran bertulis daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada 3 Disember lalu.

"Ekoran itu kita akan mengemukakan tawaran terbuka mengikut syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti bagi tujuan pembelian dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

"Kandungan tawaran itu nanti termasuk cadangan daripada kerajaan negeri serta perkara yang mesti dipersetujui bersama dengan syarikat-syarikat konsesi air," ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.

Empat pemegang konsesi utama dalam industri air di Selangor adalah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Puncak Niaga Sdn. Bhd. (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) dan Konsortium ABASS Sdn. Bhd.

Khalid menambah, pihaknya juga akan memaklumkan kepada kementerian berkenaan mengenai usaha membeli syarikat-syarikat konsesi itu serta pendirian kerajaan negeri berhubung isu air.

Beliau berpendapat, Kerajaan Persekutuan memberi sedikit kelonggaran dalam isu air itu kerana mahu mempercepatkan Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor bagi membekalkan 1,890 juta liter air mentah sehari ke Lembah Klang. Projek itu sebagai persediaan bagi mengatasi krisis air yang bakal dihadapi oleh Selangor menjelang 2014.

Yang menjadi persoalan sekarang adalah mengapa perlu berdemontrasi dan menghantar memorandum ke Istana Negara setelah mengetahui mendapat surat untuk membolehkan kerajaan negeri membeli konsesi air ? Walaupun Khalid memberi alasan untuk menarik perhatian Yang DiPertuan Agong, jelas ia hanyalah agenda politik Pakatan yang sekarang ini terdesak dengan konflik dalaman dan mahu mengalih fokus umum daripada masalah dalaman parti dan pimpinan mereka.

Bagaimana pula dengan kemampuan keawangan kerajaan negeri untuk mengambil alih kesemua syarikat dalam industri air Selangor! Dan persoalan lebih penting ialah apakah kerajaan negeri boleh memberi jaminan ia mampu melakukan proses penggantian paip lama, merawat air dan menyediakan perkhidmatan yang efisyen tanpa sebarang kenaikan tarif?

Jika kerajaan negeri mengajak rakyat keluar menghantar memorandum kepada Yang DiPertuan Agong membantah kenaikan tarif air, ia memberi gambaran seolah-olah tiada kenaikan tarif jika kerajaan negeri mengambil alih. Namun dalam risalah "Kenapa Selangor Mahu Urus Air Sendiri" [Selangorkini, Edisi Ringkas, Bilangan 3] yang diterbitkan oleh Kerajaan negeri, ia menyatakan, "Kerajaan Negeri Selangor Menawarkan "model Holistik" yang tidak membebankan rakyat.

" Melalui model ini, kenaikan tarif air boleh dibuat tidak melebihi 12 peratus setiap tiga tahun."

Jika syarat dengan SYABAS, kenaikan akan berlaku hanya sehingga 2021, namun melalui kerajaan negeri kenaikan 12% setiap tiga tahun ini seolah-olah tiada had tempoh dan boleh menjadi berpuluh kali ganda lebih tinggi dari perjanjian sedia ada.

Pada bulan Sepetember 2010, MB Khalid dilaporkan berkata bahawa kerajaan negeri menentang kenaikan tarif tetapi tidak menolak kemungkinan kenaikan tarif air sebanyak 10-15%. Dalam satu sidang akhbar selepas sidang Dewan Negeri Selangor yang lalu, Khalid sekali lagi menyatakan kemungkinan kenaikan tarif air sebanyak 15%.

"Jika harga (air) sekarang 57 sen, had kenaikan saya ialah 15 peratus, kata Khalid pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini." Lihat disini themalaysianinsider .

Justeru itu adalah satu pembohongan untuk Khalid mendakwa dan menyeru rakyat keluar berdemontrasi dan menyokong usaha kerajaan negeri mengambil alih industri air jika tidak mahu tarif air dinaikkan. Khalid sendiri beberapa kali memberi kenyataan yang membawa maksud bahawa kenaikan tarif air satu kemestian.

Yang jelas kerajaan negeri janganlah memperalatkan rakyat dan mengelirukan fakta seolah-olah mereka mampu mengekalkan tarif air sedia. Jangan kelirukan masyarakat dengan isu air sedangkan hakikat sebenar ialah mereka mahu menutup kepincangan parti mereka dan pentadbiran negeri Selangor hari ini.

Yang menarik perhatian penulis adalah mengapa MB Khalid "tidak merujuk" kepada baginda Sultan Selangor terlebih dahulu dalam isu air ini sebelum membawa perkara tersebut ke pengetahuan Yang DiPertuan Agong? Adakah Khalid takut dengan Sultan selangor?

Suara Politik
Taminsari

3 ulasan:

Cg Pian berkata...

mohon link kan blog saya
http://helangbuana.blogspot.com/
t.q-selamat berjuang

Badut Rakyat berkata...

salam 1 malaysia...saya telah paut kan blog anda utk blog saya.penulisan blog anda memang hebat.tahniah di ucapkan.kalau boleh paut kan blog saya utk blog anda..terima kasih dan salam perjuangan dari saya,penulis badut rakyat..

http://badutrakyat.blogspot.com/

Sahabat-Gunung berkata...

Assalammualaikum Tuan .....

Salam perjuangan dari Sahabat-Gunung .... Moga kita boleh bekerjasama dalam alam maya nie ....

Saya dah linkkan blog Tuan di blog Sahabat-Gunung, sudilah kiranya Tuan linkkan blog saya di blog Tuan juga ...