Jumaat, Jun 11, 2010

Apabila Ketua Pemuda PAS mempertikaikan UGAMA yang di anuti oleh UMNO & BN semata-mata kerana " lesen judi "!

Cakap berdegar-degar, tetapi bontot penuh dengan najis! Mungkin inilah kata perumpamaan yang paling tepat buat Ketua Pemuda PAS. Di Muktamar PAS ke 56, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan mempertikaikan UGAMA yang dianuti oleh kerajaan UMNO & BN hanya semata-mata meluluskan lesen judi?

Akan tetapi beliau terlupa untuk bertanya kepada Ustaz Azizan ( MB Kedah ) UGAMA apa yang dianuti oleh MB Kedah itu apabila meluluskan lesen judi dan arak serta babi diKedah semasa PR memerintah negeri itu. Adakah Nasrudin terlupa atau buat-buat lupa?

Kata Nasrudin :

Kini rakyat mula tertanya-tanya, agama apakah yang sedang dianuti oleh kerajaan Umno dan BN tatkala mereka meluluskan lesen perjudian ini . "Kami turut melahirkan rasa kecewa apabila menyaksikan menteri agama, penasihat agama dan mufti-mufti dalam negara kita membisu sejuta bahasa berdepan dengan kemungkaran yang tiada ruang khilaf dan takwil ini," katanya.

Kata Ustaz Azizan ( MB Kedah ) semasa PAS menang di Kedah:

MB Azizan Abdul Razak berkata yang Kedah tidak akan mengharamkan penjualan arak dan judi jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain tidak setuju dengan pengharamannya.

Menurut MB Azizan Abdul Razak, jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain merasakan bahawa perjudian dan minum arak adalah sebahagian dari cara hidup mereka, maka kerajaan Pas tidak akan mengharamkannya dijual secara terbuka.

Menteri Besar Azizan Razak dipetik sebagai berkata, “ Kerajaan Pas Kedah akan terus memberikan lesen untuk penjualan arak dan pusat perjudian selagi mana yang diperlukan di Kedah “.

Mengenai isu penjualan daging babi secara tertutup yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sebelumnya, MB Azizan berkata mereka akan membenarkan perjualan daging babi secara terbuka bagi memudahkan kaum bukan Melayu membelinya.


Agak pelik apabila keseluruhan ucapan Nasrudin hanya berkisarkan tentang lesen perjudian sahaja lalu mempertikaikan tentang ugama yang dianuti oleh UMNO dan BN hanya kerana meluluskan lesen judi malah langsung tidak menyebut tentang lesen arak, anjing dan babi. Apakah sejak ' berkawan baik ' dengan DAP, kesemuanya ini sudah ' menjadi HALAL' kepada perjuangan PAS?

Dan lebih menarik perhatian adalah beranikah Nasrudin menegur UGAMA yang dianuti oleh Anwar kerana telah meluluskan sembilan ( 9 ) lesen judi semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan suatu ketika dahulu?

Berikut adalah Wawancara Ahmad Lutfi Othman dengan Ahli Parlimen PAS, Haji Mohamad Sabu, pada 14 Jun 1998, jam 11.15, di pejabat urusan TAMADUN.

"Pada mula saya masuk dahulu saya dapati daripada empat jenis judi dikeluarkan tetapi apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan, judi yang telah dihalalkannya telah bertambah menjadi sembilan jenis termasuk judi lumba kuda. Dahulu ada tiga tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Apabila dia menjadi Menteri Kewangan, ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menimbul bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana. Begitu juga Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia sekarang di bawah Menteri Kewangan yang berkuasa sekarang ini.

Jadi, apabila saya ceritakan perkara ini kepada Jemaat Islami itu, mereka terkejut. Katanya: ”We have a different view!” ”Kami tidak pernah mendengar cerita-cerita seperti ini!” Kata saya, sama ada orang beri fakta salah kepada kamu atau kamu naif dalam memahami keadaan itu. Sambung saya lagi Timbalan Perdana Menteri kami mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi, Lim Goh Tong. Pada masa dia menjadi Ketua Pemuda, Anwar mudah mendapat bantuan Yayasan Gerak Bakti daripada taukeh judi."


Mungkinkah disebabkan pernah mengeluarkan lesen judi semasa menjadi Menteri Kewangan dahulu membuatkan Anwar ' berdiam diri' tanpa mengeluarkan sebarang ' fatwa ' sepertimana rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat terutamanya dari PAS!

Sepatutnya sebelum Nasrudin nak mempertikaikan orang lain, fikir dan siasat dulu! Jangan sedap nak mengata orang, tapi sebenarnya mereka yang lebih. Tengok-tengok sikit ' gajah ' di depan mata tu. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

3 ulasan:

Anak Lenggong berkata...

Ini lah diantara sifat munafik yang dibawa oleh Pak Lobai PAS...sedangkan kelulusan lesen judi baru diperingkat cadangan dan telah pun dibatalkan..woii..mamat..kalau kepada ahli PAS yang bangang boleh lah nak kelentong.

Kalau betul berani ngape tak joint group NGO yang melakukan kerja amal kepada rakyat palestin..ngape pula ko berdiam diri bila kerajaan khalid gagap meluluskan lesen penjualan arak dikawasan melayu...suruh nik ajis tu runtuhkan dulu patong budha yang besar2 dikelantan tu..

Unknown berkata...

apa dihairankan , perangai puak2 hamPAS memang demikian , kuman seberang laut kenampakan ..gajah depan mata buat tak tau , perangai munafik sebenar ..

apakah keislaman dan keimanan seseorang hanya diukur dari berapa tebalnya serban yg dipakai ? atau jubah yg disarung ? atau berapa panjang janggut ?atau petahnya menyebut ayat2 alQuran ?

kita harus buat serang balas , cabar tantawi tegur anwar dalam paper , atau cabar nik aziz ulas isu arak , isu projek babi , isu judi di negeri2 dikuasai pembangkang , tengok apa jawapan hamPAS yang terhempas ..

kisah hidup berkata...

giler ah..siap pertikai agama org laen..tu sume kan urusan tuhan..jage diri sendiri dulu la..kite sembahyang tiap2 ari pon xtau ALLAH trime ke x..ni die sebok nk pertikai agama org laen..

-didi-