Sabtu, April 24, 2010

P94 Hulu Selangor : Itu Cerita Lama, Lupakanlah! – Zaid





















Akhirnya Zaid Ibrahim mengaku dengan tulus bahawa dulu dia adalah kaki arak. Zaid sudah minta maaf dengan Tuhan, entahlah dari mazhab mana beliau belajar konsep begitu. Dalam islam yang ada hanyalah taubat! Apakah pengertian taubat bagi Zaid!

Mungkin selepas setiap kali merasa air kencing syaitan, beliau akan meminta maaf, kemudian akan diulangi lagi perbuatan tersebut. Kita perlu tanya konsep taubat mengikut kefahaman liberal Zaid. Zaid berkata lagi itu antara beliau dengan tuhan. Zaid juga sudah menunaikan haji dan melihat isu kehidupan lamanya sebagai satu kesilapan. Justeru lupakanlah.

Jika mengikut hukom hakam hudud atau enakmen jenayah syariah, pengakuan Zaid itu sudah melayakkan dirinya untuk disebat. Barangkali inilah sebabnya dahulu beliau menyaman hudud kerana takut disebat!

Jika mengikut versi Zaid yang juga pengamal undang-undang yang berpengalaman maka semua penjenayah yang pernah terlibat dalam kegiatan jenayah boleh merasa lega. Mereka tidak lagi akan dihukum kerana itu cerita lama, maka wajar bagi hakim dan polis melupakannya! Pasti penjenayah di Malaysia akan gembira dan bebas bersuara. Antara lain mungkin begini cetusan hati mereka:

1. Dulu saya pernah liwat orang! Itu cerita lama, jadi lupakanlah.

2. Dulu saya pernah cabul seorang wanita! Itu cerita lama, jadi lupakanlah. Saya sudah minta maaf dengan Tuhan .

3. Saya pernah membunuh seseorang! Itu cerita lama dan Tuhan sudah maafkan saya, jadi saya lupakanlah.

4. Saya sudah berubah! Dulu kerja saya meragut, tapi kini saya hidup senang dengan hasil ragut. Tapi itu cerita lama, jadi lupakanlah.

5. Dulu saya pernah merompak kedai emas! Siap guna senjata api lagi, tapi itu cerita lama. Sekarang saya sudahpun pergi menunaikan haji, jadi lupakanlah.

6. Saya pernah pukul orang! Tetapi Tuhan sudah maafkan saya, semua itu cerita lama. Lupakanlah, betul saya sudah berubah.

Tahniah Zaid kerana anda telah memberi satu perspektif baru berhubung dengan pelakuan jenayah di Malaysia. - SBBN
Wallahullam.

BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan Nasional ( BN )

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

ISAC berkata...

Saya mempunyai firma guaman terbesar di negara.

Dulu saya pendokong DEB, saya kaya-raya kerana memonopoli kontrak perjanjian kerajaan Malaysia hanya kerana saya juga Melayu.

Kini saya sudah berubah, walaupun saya juga Melayu, saya X sokong lagi DEB atau MEB. Kerana saya dah tak perlukannya lagi. Dah kaya... Orang lain? Nasib dia orang lah...