Rabu, April 28, 2010

Oslo Freedom Forum : Anwar Ibrahim setaraf dengan si murtad Marina Nemat ?
















Ketika blog anwaribrahim (anwaribrahimblog) dan Malaysiakini sedang menyiarkan ulasan-ulasan Anwar berkenaan kekalahan PKR di Hulu Selangor, seolah-olah mahu memberitahu rakyat Malaysia bahawa Anwar masih berada di dalam negara, sedangkan hakikat sebenar, Anwar sudah tiada di dalam negara.

Ketika pengumuman keputusan kekalahan Zaid pada malam 25 April lalu dan perhimpunan pakatan di Stadium Mini Kuala Kubu Bahru, Anwar sudah tiada dalam negara. Seandainya MSO (Mohd Sayuti Omar) menyalahkan pimpinan PAS tidak hadir dalam perhimpunan itu, Anwar juga harus dipersalahkan kerana beliau juga tidak hadir. Kesalahan Anwar lebih besar dari pimpinan PAS kerana beliau Ketua Pakatan. Kenapa ketidakhadiran Anwar tidak diungkit ?

Kalau Anwar tidak hadir, beliau berada di mana ? Pada malam itu, Lim Kit Siang memberitahu, Anwar kini berada di Oslo, Norway. Kenapa ke Oslo ? Ada apa di Oslo ?Anwar bukan PM atau TPM atau Menteri Kewangan mengadakan lawatan rasmi ke Oslo. Beliau hanya ketua pembangkang atau lebih tepat lagi 'Tokoh Kebebasan Malaysia' yang menghadiri "Oslo Freedom Forum 2010" di Norway.

Tiada pimpinan penting dari seluruh negara yang bersidang di Oslo pada 26-29 April 2010, tetapi dihadiri oleh tokoh-tokoh 'pejuang kebebasan' dari seluruh dunia. Tokoh-tokoh Islam, selain dari Anwar adalah Abdulkarim Al-Khaiwani, Lubna Hussain, Saad Eddin Ibrahim, Zuhdi Jasser, Rebiya Kadeer, Mukhtar Mai, Marina Nemat dan Sima Samar.

Anda mungkin tidak kenal dengan tokoh-tokoh ini, kerana mereka bukan pimpinan utama negara masing-masing. Mereka adalah tokoh-tokoh 'Kebebasan' dan 'Demokrasi' yang diangkat sebagai 'hero' oleh Barat. Tetapi di negara sendiri, mereka dianggap sebagai pengkhianat, kerana usaha perjuangan mereka yang berusaha membawa 'kebebasan' di negara masing-masing.

Di Malaysia, kita sering mendengar Anwar mendendangkan irama 'Freedom' dan 'Democracy', tetapi kita tidak faham maksud sebenar istilah itu, kerana Anwar sering berselindung di sebalik kebebasan media dan kebebasan pilihanraya.

Tetapi apakah itu maksud sebenar 'Kebebasan' dan 'demokrasi' yang diperjuangkan Anwar sehingga dianggap salah seorang panel Oslo Freedom Forum 2010 ? Tidak. Maksud sebenar 'Freedom' dan 'Democracy' adalah lain daripada yang anda fikirkan.

Maksud sebenar 'Freedom' dan 'Democracy' mestilah berkaitan dengan 'kebebasan beragama' atau bebas untuk murtad serta bebas untuk mengamalkan gaya hidup seks tanpa batasan agama. Maknanya pejuang 'Freedom dan 'Democracy' adalah kumpulan yang mengiktiraf lesbian, gay, bisexual, dan transgender (LGBT).Itu dua inti utama pejuang 'Freedom' dan 'Democracy' yang lain-lain hanya perjuangan sampingan.

Berdasarkan teras itu, apakah Anwar sendiri pratikkan di Malaysia ? Masih ingat kes Elizabeth Wong ? Beliau kekal dilantik sebagai exco kerajaan Selangor meskipun moralnya dipertikaikan kerana melakukan perbuatan seks rambang tanpa nikah walaupun dengan lelaki Melayu. Elizabeth Wong berhasrat mahu meletakkan jawatan sebagai exco, apabila foto-foto bogelnya tersebar di internet dan dia mengaku perbuatan tersebut, tetapi Anwar tidak mengizinkan. Itulah falsafah 'kebebasan' dan 'demokrasi' yang diperjuangkan Anwar.

Zaid Ibrahim dan Malik Imtiaz(no 2 dari kiri) adalah penyokong kuat IFC

Masih ingat kes Malik Imtiaz ? Dahulu Malik Imtiaz dikritik oleh majoriti muslim Malaysia kerana sikap biadapnya menyokong kebebasan murtad oleh seorang wanita Melayu bernama Azlina Jailani. Malik menyokong pemurtadan wanita itu untuk memeluk Kristian dan menukar nama kepada LINA JOY. Sekarang apa terjadi kepada Malik ? Selepas PKR memerintah Selangor, Malik Imtiaz dilantik sebagai peguam kerajaan negeri Selangor.

Bahkan hampir suku juta, wang rakyat negeri Selangor dibayar kepada Malik Imtiaz dalam mengendalikan kes yang tidak menguntungkan majoriti rakyat Selangor. Dr Pornthip, doktor hak asasi dari Thailand (kawan Elizabeth) pun gagal membuktikan Teoh Beng Hock dibunuh, tetapi berjaya mendapat honoroium yang mahal dari kerajaan Selangor

Terbaru, Anwar berkeras menobatkan Zaid Ibrahim sebagai calon PKR di Hulu Selangor, sekaligus mengenepikan calon lain yang lebih layak seperti Dr Halili Rahmat, salah seorang pakar bedah yang terkemuka di negara ini. Kenapa Anwar pilih Zaid dan sanggup ketepikan Dr Halili ? Sebabnya Zaid merupakan simbol 'kebebasan', peminum arak, main judi, anti undang-undang Islam (pernah saman Hudud Kelantan) dan tokoh seperti ini adalah senada dengan teras perjuangan yang didokong oleh Anwar sekarang ini.

Anda mungkin tidak percaya dengan perubahan sikap perjuangan Anwar sekarang ini. Bukan anda sahaja, malah wartawan Barat juga turut terkejut dengan perubahan Anwar ini. Dari seorang yang dilabel sebagai Islamis kepada seorang super sekularis. Anwar sendiri turut mengakui di mana-mana ceramah di negara Barat, bahawa pemenjaraannya selama enam tahun di Sungai Buloh telah mengubah dirinya. Pemenjaraan telah menyedarkannya untuk kembali menjadi manusia yang sedia didakwa kepadanya. Manusia bebas dan manusia yang memperjuangkan kebebasan.

Anwar pernah dipenjarakan selama 6 tahun kerana menggunakan kuasanya sebagai TPM untuk menghalang siasatan skandal seksnya bersama lelaki (Azizan Abu Bakar) dan isteri orang (Shamshida, isteri Azmin Ali) dan pernah dijatuhkan bersalah kerana bersubahat dengan adik angkatnya (Sukma Darmawan) meliwat Azizan Abu Bakar dan dibebaskan pada tahun 2004 secara teknikal walaupun ketiga-tiga hakim Mahkamah Persekutuan bersetuju bahawa Anwar, Sukma dan Azizan melakukan aktiviti liwat.

Jadi dengan kehadiran Anwar di Oslo Freedom Forum 2010 mengesahkan lagi Anwar memang layak dinobatkan 'Tokoh Kebebasan' dari Malaysia.

Di Iran, 'Tokoh Kebebasan" yang dinobatkan adalah Marina Nemat. Namanya seperti Islam, sebenarnya dia adalah seorang murtad. Marina pura-pura memeluk Islam dengan mengahwini Ali Moosavi, tetapi melarikan diri ke Kanada dan kembali menjadi murtad dengan mengahwini pula lelaki Kristian.

Sebenarnya bukan persoalan Marina Nemat adalah seorang Kristian hingga mendakwa dirinya ditekan oleh kerajaan Ayatollah Khomeini, kerana ramai lagi penganut Kristian yang hidup aman dan bebas di Iran meskipun di bawah kerajaan Revolusi Islam. Sebenarnya Marina Nemat merupakan aktivis saki baki pejuang kerajaan Reza Pahlavi yang digulingkan. Bukan setakat aktivis, malah dia melakukan apa sahaja termasuk penulisan untuk memburuk-burukkan kerajaan Revolusi Islam dengan harapan kerajaan sekular kembali berkuasa di Iran.

Kisah Marina bermula pada Januari 1982, apabila ditangkap oleh kerajaan Revolusi Islam kerana menjadi pejuang demonstrasi menentang kerajaan Ayatollah Khomeini yang baru mengambilalih kuasa. Dia ditahan di penjara Evin, Teheran.

Seorang lelaki bernama Ali Moosavi, yang merupakan penyokong Ayatullah Khomeini, membebaskan Marina. Sebagai balas jasa, Marina memeluk Islam dan bernikah dengan Ali Moosavi. Ali kemudiannya mati dibunuh dan Marina melarikan diri ke luar negara. Pada tahun 1991, Marina berhijrah ke Kanada dan kembali menjadi murtad apabila berkahwin dengan Andre.

Walaupun dibebaskan dari penjara, sehingga sekarang Marina masih meneruskan kempen-kempen memburuk-burukkan kerajaan Revolusi Islam. Terbaru menerbitkan buku yang bertajuk "Prisoner of Tehran". Kes Marina Nemat sama seperti Irshad Manji yang juga berhijrah ke Kanada.

Apa pendapat Irshad Manji kepada Anwar?

Irshad Manji bersama mentornya Salman Rushdie

Dalam bab 8, buku Irshad Manji, "The Trouble With Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith" turut menyentuh tentang Anwar Ibrahim. Nama Anwar ditulis sebagai model kebebasan bersuara dalam dunia Islam.

Pada tahun 1994, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, memberikan ceramah di Georgetown University bertajuk "Perlunya Dialog Peradaban". Anwar mengakui bahawa "kebodohan, ketidakadilan, korupsi, kemunafikan, dan terkikisnya kebaikan moral amat berleluasa dalam masyarakat Islam kini. "Akan tetapi," Anwar mengingatkan, "pelanggan media massa yang mudah ditipu masa kini akan memberi kesan bahawa dunia Islam hanya dihuni oleh para fundamentalis yang keras dan mengancam."

Menurutnya, peradaban muslim "telah menerbitkan banyak kisah cinta." Anwar memberikan contoh "kisah mempesona" tentang Layla dan Majnun. "Menurut kisah itu, seorang lelaki muda (Majnun) dicemuh dan ditertawakan kerana minatnya terhadap seorang gadis(Layla), kerana menurut mata dunia, penampilan fizikal Layla yang kurang menawan. Lelaki muda itu menjawab: 'Untuk melihat kecantikan Layla, seseorang itu perlu memiliki mata Majnun.'"


Manji kagum dengan ketokohan Anwar yang dilihatnya sebagai simbol hak asasi manusia dan seorang yang berani bersuara untuk melakukan 'reformasi' termasuk menentang ketuanya sendiri, Dr Mahathir Mohamad.

Berdasarkan intipati ceramah Anwar Ibrahim, 'Perlunya Dialog Peradaban', Manji merumuskan bahawa Anwar Ibrahim menggalakkan kebebasan bersuara dan perdebatan dalam sesuatu perkara. Berdasarkan seruan ini, Manji mengesyorkan agar kaum wanita muslim dan bukan muslim perlu mempersoalkan dasar-dasar fundamentalis yang dikenakan kepada mereka.
Wallahuallam.

Sumber : AIDC

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan: