Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, Disember 14, 2013
Mahkamah Macam Mak Bapak Anwar Yang Punya...!!! Tidak Hadir Kerana Berada Di Washington?
Agak pelik jugalah bagaimana seorang 'penjenayah seks' boleh bergerak bebas kesana kemari tanpa batasan! Menghairankan juga apabila penjenayah seks ini berucap mengenai moral dalam satu simposium anjuran IIIT (International Institute of Islamic Thought) di Washington, DC.
Ram Karpal Singh, salah seorang peguam pasukan guaman kes liwat II berkata, Anwar Ibrahim tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini kerana beliau berada di Washington untuk menghadiri seminar.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membangkitkan perkara ini dalam kamar selepas ketua pembangkang itu gagal menghadirkan diri ke mahkamah pagi ini.
Menurutnya dalam sebarang perbicaraan jenayah, Anwar sebagai responden mesti hadir semasa perbicaraan.
“Kami mengemukakan bantahan atas kegagalan pihak responden untuk hadir. Perkara ini tidak boleh diberikan toleransi,” kata Shafee dilaporkan The Malaysian Insider.
Terdahulu, peguam Tommy Thomas yang mewakili Anwar sekali lagi memohon mengenepikan Shafee bagi mengetuai pihak pendakwaan dan meminta penangguhan kerana memerlukan masa memfailkan afidavit kepada Putrajaya.
Tommy berkata, beliau hanya mendapatkan salinan afidavit pagi ini.
Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan menetapkan 11 dan 12 Disember sebagai tarikh pendengaran hujah rayuan pihak pendakwaraya dalam kes liwat II.
Mahkamah membuat keputusan itu selepas Anwar tewas di semua peringkat untuk menggugurkan Shafie mengetuai pasukan pendakwaan tersebut.
Pada 9 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar, 66, daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang memutuskan terdapat penetrasi zakar namun fakta itu tidak disokong bukti lain.
Oleh itu, Mohamad Diah berkata, mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang kewibawaan sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana ia mungkin diganggu sebelum sampai ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.
Suara Politik
Belantan
Anwar cuba 'mainkan' mahkamah lagi...!!! Pendengaran Rayuan Pendakwa Kes Liwat II Ditangguh 19 Disember?
Mahkamah Rayuan menetapkan 19 Disember ini bagi mendengar permohonan kali kedua Anwar Ibrahim untuk menggugurkan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang itu.
Pada tarikh itu juga, mahkamah akan menetapkan tarikh rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Aziah Ali menangguhkan rayuan yang dijadualkan selama dua hari hingga esok bagi membolehkan barisan peguam bela diketuai oleh peguam Tommy Thomas membalas afidavit jawapan yang difailkan oleh Muhammad Shafee hari ini.
Muhammad Shafee memfailkan afidavit balasan berhubung permohonan kedua pihak pembelaan untuk menyingkirkan beliau daripada mengetuai pendakwaan dalam rayuan pendakwa raya terhadap pembebasan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu daripada tuduhan liwat tersebut.
Notis usul terhadap permohonan itu difailkan melalui firma guaman, Tetuan Karpal Singh & Co., pada 6 Disember lalu berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 21 November lalu yang memutuskan pelantikan Muhammad Shafee adalah sah di sisi undang-undang.
Permohonan terbaharu ini berpandukan kepada akuan berkanun (SD) bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang dibuat pada 7 Oktober lalu.
Sementara itu, Muhammad Shafee dalam afidavit jawapannya menyatakan, permohonan baharu yang bersandarkan kepada akuan berkanun Mat Zain, hanya bertujuan untuk melengah-lengahkan rayuan pendakwa raya.
Muhammad Shafee berkata, permohonan kali kedua berturut-turut Anwar yang berasaskan kepada alasan yang remeh-temeh, merupakan penyalahgunaan proses mahkamah dan seharusnya ditolak kerana akan menjurus kepada penangguhan demi penangguhan.
Dalam afidavitnya, Muhammad Shafee turut menafikan dakwaan dalam akuan berkanun Mat Zain yang menyentuh penglibatan beliau dengan pelbagai pihak yang mengaitkan plot dan konspirasi untuk memecat Peguam Negara berhubung beberapa isu sensitif.
Sehubungan itu, beliau memohon agar permohonan Anwar ditolak kerana kehadirannya selaku pendakwa raya semata-mata bertujuan berhujah dalam rayuan itu berdasarkan kepada rekod rayuan dan sama sekali tidak akan menyebabkan prejudis ke atas Ketua Pembangkang itu.
Hakim Aziah yang turut bersidang bersama Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh sepatutnya mendengar rayuan pendakwa raya yang tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah pada 9 Januari tahun lalu yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat.
Anwar, 66, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Terdahulu, seorang lagi peguam bela, Ramkarpal Singh memohon agar pendengaran rayuan tersebut ditangguhkan ke satu tarikh baharu ekoran peguam utama Anwar, Karpal Singh sedang menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berikutan jangkitan paru-paru.
Tambahnya, Karpal dimasukkan ke hospital sejak 7 Disember lalu dan dijangka menjalani rawatan sehingga hujung minggu ini.
Sementara itu, Muhammad Shafee memaklumkan kepada pihak media selepas selesai prosiding berhubung rasa tidak puas hatinya ekoran ketidakhadiran Anwar yang difahamkan kini berada di Washington bagi menghadiri satu seminar. -UMO
Suara Politik
Belantan
Jumaat, Disember 13, 2013
KDN Kemuka 10 Bukti Mat Sabu Terlibat Dengan Syiah?
Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengemukakan 10 bukti yang mengaitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) dengan fahaman Syiah.
10 bukti itu dibacakan oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang akhbar khas hari ini.
Bernama yang memetik kenyataan Abdul Rahim melaporkan pemimpin nombor dua PAS yang dikenali sebagai ‘Mat Sabu’ itu didapati menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara ulama Syiah Iran Imam Khomeini melalui tulisannya bertajuk “Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf Khomeini” dalam ruangan Fikrah, akhbar Harakah halaman 16 pada 5 hingga 15 Julai 2008.
“Selain itu, beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Jun 2011 turut menyatakan kekaguman dengan kepemimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorak pemikiran beliau,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya pada Khamis.
Abdul Rahim juga berkata Mohamad semasa mengulas perutusan Hari Krismas pada 2008 bagi penganut Kristian di Malaysia, turut menggunakan pendekatan Imam Khomeini sebagai terma rujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan di mana kenyataan itu dimuatkan dalam Harakah Daily pada 25 Dis 2008.
Kenyataan itu ialah: “Imam Khomeini telah menghantar mesej kepada penganut Kristian melalui siaran agensi-agensi berita. Para penyokong yang mengiringi Khomeini ketika dalam buangan di Neaupe Le Chateau, Perancis menceritakan mereka diminta oleh Imam Khomeini supaya membahagi-bahagikan hadiah kepada penduduk di situ pada Hari Krismas”.
Selain itu Abdul Rahim berkata temuramah dibuat oleh agensi berita ‘Antara Pos’ dengan Timbalan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Aidit Ghazali menjelaskan Mohamad merupakan ikon Syiah dan gagal menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah.
“Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan iaitu Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isterinya kerap bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali,” katanya.
Menurut Abdul Rahim, berdasarkan maklumat Mohamad juga didapati membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, selatan Thailand pada 2011 untuk mengunjungi pemimpin Syiah dan menghadiri majlis ramah mesra di sana.
Menurutnya berdasarkan maklumat, pemimpin PAS itu juga didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah, Semanggol, Perak pada 2011, dan kelas pengajian itu dikendalikan dua ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di sebuah daripada sekolah agama di Gunung Semanggol.
“Berdasarkan temuramah pegawai KDN Ustaz Zamihan Mat Zin bersama C.N Afghani (sahabat Mat Sabu selama hampir 20 tahun) di Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada 9 Dis 2013 yang menjelaskan Mohamad kerap kali melawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar Malaysia di Qom, Iran,” kata beliau.
Ustaz Mat Sabu
Selain itu menurut temuramah Ustaz Zamihan bersama Prof Madya Dr Abdul Aziz Hanafi (tokoh ulama) semalam, Abdul Aziz menjelaskan Mohamad pernah melafaz selawat seperti diamalkan penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau, Perlis pada 2005, kata Abdul Rahim.
“Tuan Guru Haji Abd Rahim dari Sg Jagung, Pendang, Kedah juga menjelaskan Mohamad merupakan salah seorang penganut Syiah kerana beliau sendiri beberapa kali pernah melihat Mohamad menunaikan solat menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya.
“Amalan ini sinonim dengan golongan Syiah,” katanya.
Sehubungan itu Abdul Rahim berkata segala fakta dikemukakan jelas menunjukkan pemimpin PAS itu mempunyai kaitan dengan fahaman dan aktiviti Syiah.
“Secara kesimpulan, Mohamad juga menggesa umat Islam Malaysia mencontohi pemikiran dan corak pemerintahan Imam Khomeini yang jelas berasaskan Syiah.
“Selain itu keterangan beliau sendiri melalui kata-kata, penulisan, rakaman ceramah dan aktiviti yang disertainya sama ada di dalam atau luar negara tidak dapat sama sekali menyembunyikan kaitan beliau dengan Syiah,” kata Abdul Rahim.
Selain itu, keterangan daripada rakan-rakan Mohamad yang pernah bersama-sama berjuang dalam lapangan politik yang sama turut memperakui kaitan beliau dengan Syiah, katanya.
Abdul Rahim berkata menerusi maklumat-maklumat yang disampaikan itu, ia jelas menunjukkan KDN dan agensi-agensi kerajaan yang lain sentiasa memantau dan peka dengan ancaman kegiatan dan fahaman Syiah.
Katanya fahaman itu boleh menjejaskan aspek keselamatan dan ketenteraman awam termasuk perpecahan dan keruntuhan nilai persaudaraan ummah.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan Bernama meminta Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu supaya tidak berpura-pura atau bertaqiyyah setelah disahkan oleh KDN terlibat dengan fahaman Syiah.
Ahmad Zahid berkata persoalan Syiah di negara ini perlu ditangani segera bagi memastikan tiada isu keselamatan yang mungkin dicetus penganut fahaman itu.
Sambil menegaskan tidak mahu berkompromi dalam soal keselamatan negara, menteri itu berkata beliau tidak peduli jika ada pihak tertentu terutama pemimpin PAS yang mencemuh atau melempar cacian di atas ketegasannya memerangi Syiah.
“Dalam soal politik kita boleh berbeza pendapat tetapi bab akidah hanya satu iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah. Saya tidak akan berkompromi soal keselamatan kerana tidak mahu umat Islam di negara ini berpecah dua.
“Dalam Islam tiada fahaman lain selain sunni,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi di Putrajaya Khamis bahawa Mohamad cenderung dan terlibat dengan fahaman syiah di Malaysia berdasarkan 10 maklumat yang diterima kementerian.
Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Ahmad Zahid berkata KDN mengharamkan penerbitan dan percetakan sebuah buku yang telah diterjemah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia kerana mengandungi fahaman Syiah.
Beliau akan mengeluarkan maklumat mengenai buku itu dalam masa terdekat.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata isu melibatkan fahaman Syiah di negara ini bukan bersifat sementara sebaliknya usaha memerangi fahaman itu dilakukan secara konsisten.
Beliau berkata Syiah perlu dibanteras kerana Majlis Fatwa Kebangsaan membuat ketetapan bahawa fahaman itu adalah haram diamalkan umat Islam negara ini.
“Semua fahaman Syiah adalah haram dan bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Fatwa ini adalah untuk semua orang tidak kira parti politik, individu, kelompok, kumpulan dan mana-mana golongan.
“Siapa sahaja umat Islam yang mengamalkan fahaman Syiah (di Malaysia), dia adalah terkeluar daripada apa yang telah difatwakan daripada kelompok Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan melanggar Enakmen negeri,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bahawa isu Syiah di negara ini bersifat sementara dan propaganda anti-Syiah akan berkurangan tidak lama lagi berikutan tindakan negara barat kembali bersahabat dengan Iran.
Suara Politik
Belantan
Khamis, Disember 12, 2013
Pemimpin Pas ini sudah mula ketaq lutut...!!! Tuduh isu anti-syiah hanya sementara macam hangat-hangat tahi ayam?
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berpandangan isu Syiah yang kini heboh diperkatakan termasuk dakwaan mengaitkan beliau dengan ajaran tersebut hanyalah bersifat sementara.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' berkata, propaganda anti-Syiah akan berkurangan tidak lama lagi berikutan tindakan negara barat termasuk Amerika Syarikat (AS) kembali bersahabat dengan Iran.
Dalam kolum di lidah rasmi Pas, Harakah Daily, Mohamad menerusi artikel bertajuk Dulu komunis, sekarang Syiah, akan datang...? berkata, propaganda anti-Syiah akan padam seperti propaganda anti-komunis.
"Saya berkeyakinan penuh isu Syiah yang dimainkan termasuk saya sendiri yang menjadi mangsa dalam isu ini. Bagi pandangan peribadi saya, ini hanyalah isu sementara dan akan lebih cepat padam daripada isu komunis.
Ada tauliah ke baca khutbah?
Menerusi artikel tersebut, Mohamad mengulas panjang mengenai kedudukan Iran dan bagaimana negara tersebut bakal menjadi kuasa baharu di Asia Barat kerana memiliki kekuatan dari segi simpanan minyak dan teknologinya.
Isu Syiah kembali panas apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ada pemimpin kanan Pas terlibat dengan fahaman itu dan pihaknya semua bukti pembabitan pemimpin tersebut.
Malah, Kementerian Dalam Negeri juga berjanji akan membuat sidang akhbar khas bagi menunjukkan pelbagai bukti mengenai penglibatan seorang pemimpin kanan Pas dengan gerakan Syiah di Malaysia.
Bagaimanapun, Mohamad yang pantas dikaitkan dengan pendedahan tersebut segera menafikan dakwaan itu apabila menyifatkan Ahmad Zahid berniat jahat sambil memberitahu beliau adalah penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Selanjutnya sila ke sini.
Suara Politik
Belantan
Rabu, Disember 11, 2013
Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor Ke-68
DAULAT TUANKU
SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU
SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ
D.K.,D.M.N., D.K.( Terengganu ), D.K. Kelantan ), D.K.( Perak ), D.K.( Perlis ), D.K.( Negeri Sembilan ), D.K.( Kedah ), D.K.( Johor ), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J.
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA
Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat
SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE 68
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR
PADA 11 DISEMBER 2013 BERSAMAAN 8 SAFAR 1435 H
SEMBAH TAKZIM DARIPADA
Suara Politik
belantan.blogspot.com
Selasa, Disember 10, 2013
Benarkah Singapura Bukan Lagi Negara Selamat?
Rusuhan yang berlaku di kota Singapura pada hujung minggu lalu amat-amat mengejutkan kita semua kerana selama ini kita diuar-uarkan kononnya negara Singapura adalah negara yang paling aman di dunia, negara paling selamat di dunia dan negara yang paling ‘security’ di dunia.
Namun, apabila melihat kenderaan Polis Singapura diterbalikkan, kenderaan Ambulance Sigapura turut dirosakkan, cermin bas dipecahkan dan paling tidak masuk akal 10 anggota Polis Singapura cedera, juga gambaran ahli paramedik Singapura melarikan diri, membuatkan kita menggeleng-geleng kepala.
Kita dapat lihat bagaimana perusuh-perusuh itu memecahkan cermin bas dan kenderaan persendirian yang lain. Lihatlah bagaimana perusuh menterbalikkan kenderaan Polis Singapura! Pasukan keselamatan Singapura tidak dapat berbuat apa-apa, mereka gagal menyelamatkan kenderaan Polis mereka sendiri! Bayangkan jika perkara seperti ini mereka gagal hadapi, bagaimana pula jika jumlah perusuh itu mencecah 50,000 dan 100,000 orang. Adakah Singapura mampu menanganinya? Mungkin kita akan kata mereka kurang yakin!
Gambaran ini sebenarnya membuktikan bahawa Singapura bukanlah sebuah negara yang selamat diduduki, kurang selamat untuk berniaga dan kurang selamat untuk dilawati. Kerana bila-bila masa, negara Singapura boleh menjadi 'negara terbakar' dalam sekelip mata. Singapura gagal mengawal rusuhan yang hanya kira-kira 400 perusuh sebagaimana dilaporkan media.
Indah khabar dari rupa, Singapura hanya aman di persepsi dunia, tetapi hanya “sepetik” senggolan, sudah bisa menjadi kacau-bilau dan menakutkan.
Kelemahan Perdana Menteri Singapura
Ternyata, Perdana Menteri Singapura hari ini bukanlah seorang Perdana Menteri yang menyakinkan. Dia tidak seperti bapanya, di mana bapanya telah berjaya menghapuskan sesiapa sahaja yang boleh menghancurkan keamanan negara Singapura, bapanya berupaya mematikan api kecil sebelum merebak menjadi besar, bapanya mempunyai satu method yang konservatif tetapi berjaya iaitu pastikan pihak musuh dan pihak pembangkang semakin lemah dan kecil.
Kelemahan pasukan risikan negara Singapura terbukti apabila rusuhan yang menjelekkan muka Singapura di mata dunia itu tidak berjaya dikesan dari awal. Kita yakin, selepas ini ranking Singapura sebagai sebuah negara yang selamat akan dipertikaikan dan merudum.
Kelemahan, kelewatan dan kegagalan Singapura mengawal insiden tersebut membuka mata kepada seluruh dunia bahawa keselamatan di negara Singapura telah menjadi persoalan besar! Kini, pelabur sudah pasti akan bertanya masa depan perniagaan mereka di negara kecil Singapura itu.
Dan sebagai jiran paling penting, Malaysia harus memikirkan semula halatuju dan masadepan hubungan baharu dengan Singapura khususnya dalam aspek ancaman keselamatan global dan serantau di selatan tanah air kita!
Kita jangan menunggu rusuhan di Singapura berjangkit ke Malaysia dan baru hendak mengambil tindakan, sebaliknya pasukan keselamatan Malaysia di sempadan hendaklah berwaspada di sepanjang sempadan Malaysia-Singapura. Selepas melihat kegagalan pasukan keselamatan Singapura merisik dan mengawal rusuhan itu, kita semakin kurang kepercayaan kepada aspek ‘security’ oleh negara Singapura!
Kini, Singapura tidak lagi boleh diharapkan sebagai sebuah jiran yang aman dan selamat. Insiden rusuhan di Singapura membuktikan, bila-bila masa Singapura boleh menjadi lebih buruk daripada itu. Dan juga, risikan negara Singapura yang berkiblatkan Israel bukanlah yang terampuh sebagaimana digembar gemburkan. Terbukti kini, negara Singapura adalah negara yang lemah menjelang episod baharu abad ke 22.
Singapura hari ini bukan lagi Singapura yang dahulu.-AIDC
Suara Politik
Belantan
Rafizi 'The Dirt' patut cermin diri - Fakhrul?
'Anak ikan' kepada Anwar
Ramai pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan parti itu disebabkan mereka tidak mahu terjebak dengan isu moral yang serius termasuk menjadi 'anak ikan'!
Bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, beliau sendiri keluar parti atas pegangan nilai moral yang sepatutnya diinsafi oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli.
Katanya, adalah tidak wajar bagi Rafizi menghina mereka yang meninggalkan PKR sebagai kotoran atau tidak ubah seperti najis
''Bekas-bekas ahli PKR lebih mengutamakan nilai moral dan kami semua juga tidak mahu menjadi anak ikan. Rafizi sepatutnya faham dan cermin diri.
''Setahu saya semua yang keluar PKR pun atas sebab yang sama iaitu mereka tidak mahu menjadi anak ikan. Kita tidak kisah apa yang Rafizi nak tuduh kami tetapi hakikat sebenar adalah kami bukan anak ikan dan tidak akan menyokong Comango,'' katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Zamil Ibrahim yang mendakwa ramai ahli parti itu keluar parti kerana tidak mahu mengikut telunjuk kepada pemimpin tertentu.
Rafizi seperti dipetik melalui portal Malaysia Today yang antara lain menyebut: 'Thank you for sucking away our dirt' yang didakwa ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak susulan tindakan beberapa ahli PKR khususnya di Sabah yang mengumumkan keluar daripada parti itu baru-baru ini.
Fakhrul menambah, semua pihak harus yakin dalam menolak perilaku dan akhlak buruk mana-manan pemimpin atau individu dalam sesebuah parti.
Suara Politik
Belantn
Isnin, Disember 09, 2013
Syed Mokhtar tidak perlu dikaitkan tindakan Gardenia?
Tokoh korporat bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary tidak seharusnya dilibat dan dibebankan dengan tindakan syarikat pengeluar roti Gardenia Bakery Sdn. Bhd. (Gardenia) memberi sumbangan dana kepada portal propembangkang, Malaysiakini.
Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang dipunyai Syed Mokhtar hanya memiliki 30 peratus saham dalam Gardenia menyebabkan pengurusan dipegang pihak lain.
Sebaliknya, beliau menuntut penjelasan daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bagaimana syarikat asing dari Indonesia boleh memiliki sehingga 70 peratus pegangan saham dalam industri pembuatan roti tempatan.
"Dengan ekuiti sebanyak itu, Bernas hanya menduduki satu sahaja kerusi lembaga pengarah. TIBAI difahamkan 70 peratus lagi ekuiti dipegang keluarga keturunan Cina dari Indonesia dan dengan pegangan sekecil itu, TIBAI yakin pihak Syed Mokhtar tidak terlibat dalam pengurusan.
"Tapi kami menuntut penjelasan bagaimana kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri boleh membenarkan syarikat asing memiliki 70 peratus pegangan dalam industri roti negara? Siapa dia keluarga Cina dari Indonesia itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas gesaan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Johari Yazid yang menuntut pengurusan Gardenia memberi penjelasan kepada umum mengenai tindakan syarikat pengeluar roti itu memberi sumbangan dana kepada Malaysiakini.
Malaysiakini kelmarin melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia, Yap Kim Shin bertindak menyalurkan sumbangan kepada portal itu bagi menjayakan kempen memungut derma untuk pembinaan bangunan baharunya di Petaling Jaya.
Muhammad Zahid berkata, Mustapa perlu memberi jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan TIBAI kepada perwakilan UMNO memandangkan ketika itu Perhimpunan Agung UMNO 2013 sedang berlangsung.
"Sepatutnya Bernas memiliki 70 peratus pegangan dalam Gardenia. TIBAI berpendapat langkah membenar pemilikan asing sehingga 70 peratus adalah tidak munasabah dan merupakan satu pengkhianatan kepada perjuangan memartabatkan syarikat tempatan," katanya.
Sementara itu, Bernas didesak tarik semula saham
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak agar Padiberas Nasional Berhad (Bernas) menarik semula pegangan saham sebanyak 30 peratus yang dimilikinya dalam syarikat pengeluar roti, Gardenia Bakery Sdn. Bhd. (Gardenia)
Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, langkah itu berikutan tindakan pengurusan Gardenia memberi sumbangan kepada portal propembangkang, Malaysiakini untuk pembinaan bangunan baharunya.
KITA mendesak Bernas yang dimiliki tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary menarik semula saham dalam Gardenia kerana Bernas merupakan sebuah syarikat yang berkepentingan terhadap kerajaan.
Pengurusan Gardenia secara terang-terangan menunjukkan sokongannya kepada Malaysiakini dengan memberi sumbangan dana kepada portal itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan pengurusan Gardenia yang 30 peratus sahamnya dikuasai oleh Bernas, memberi sumbangan dana kepada portal propembangkang!
Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali pula meminta Gardenia menjelaskan kepada umum tentang tindakan mereka memberi sokongan kepada Malaysiakini sedangkan mereka tahu pemegang saham adalah sebuah syarikat berkepentingan kerajaan.
Malaysiakini sebuah portal tulang belakang pakatan pembangkang. Oleh itu, apakah keuntungan yang diperolehi Gardenia apabila memberi sokongan kepada mereka kerana yang banyak membantunya selama ini adalah kerajaan.
Bernas perlu bertindak menjual kesemua sahamnya dalam Gardenia kerana tindakan pengeluar roti tersebut ibarat tidak memberi sebarang manfaat kepada kerajaan," katanya.
Suara Politik
Belantan
Keluar PKR kerana tak mahu jadi 'anak ikan' ?
Lebih ramai pemimpin serta ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipercayai akan mengikut jejak langkah beberapa pemimpin kanan parti itu sebelum ini meninggalkan parti tersebut.
Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Zamil Ibrahim berkata, beliau juga tidak menolak kemungkinan keputusan ahli PKR itu bertindak demikian kerana tidak mahu menjadi 'anak ikan' mana-mana pemimpin parti tersebut.
Malah, Zamil memberitahu, beliau juga keluar parti kerana tidak mahu menjadi 'anak ikan' kepada pemimpin tertentu dan perkara itu juga menjadi sebab ahli PKR lain berbuat demikian.
"Kita tidak kisah apa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mahu menuduh, tetapi hakikatnya kami bukan 'anak ikan' dan tidak menyokong Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).
"Mereka yang masih ada sejak parti ditubuhkan hanya tinggal 15 ke 20 peratus sahaja. Sepatutnya ucap terima kasih kepada yang keluar ini sebab jika masih berada dalam parti, sudah tentu ramai termasuklah Rafizi sendiri tidak akan merasai kedudukannya kini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
'Anak Ikan' Anwar
Beliau mengulas kenyataan Rafizi seperti dipetik melalui portal Malaysia Today yang antara lain menyebut: 'Thank you for sucking away our dirt' yang didakwa ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak susulan tindakan beberapa ahli PKR khususnya di Sabah yang mengumumkan keluar daripada parti itu baru-baru ini.
Pemimpin-pemimpin PKR negeri yang bertindak keluar parti itu ialah Akhmain Sabtu (Kudat); Anthony Mandiau (Kota Marudu); Juhani Abd. Halim (Silam); Mohd. Jun (Kalabakan); Mustapha Tambuyung (Kinabatangan) dan Lokman Ureh (Semporna).
Selain mereka ialah Angki Addek (Timbalan Ketua Cabang Kota Marudu); Soloh Yuna (Ketua Penerangan Kota Belud); Timothy Lim (Sepanggar); Apandy Sipin (Pensiangan) dan Aris Remigius (Batu Sapi).
Dua lagi yang turut mengisytiharkan keluar parti ialah bekas Ahli Parlimen Bandau, Henry Madatang dan calon PKR Papar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Jomi Kamadan.
Zamil yang juga Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah turut mempertikai kelayakan Rafizi mengeluarkan kenyataan atau 'menyindir' beberapa ahli PKR yang bertindak keluar daripada parti itu kerana Ahli Parlimen Pandan berkenaan bukan pemimpin yang dipilih berada dalam jawatan parti melalui proses pemilihan.
"Dia ini (Rafizi) siapa? Dia tidak dipilih (melalui proses pemilihan parti). Dia kena faham, cermin diri, dia cuma dilantik, tidak seperti Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin. Oleh itu, dia tak layak nak cakap (isu ahli keluar parti).
"Tetapi peliknya, banyak isu-isu yang dibawa oleh PKR diserahkan kepadanya (Rafizi). Kenapa tidak diserahkan kepada pemimpin kanan parti?" katanya.
Suara Politik
Belantan
Sabtu, Disember 07, 2013
Nalla, Zulkifli hentam Rafizi 'The Dirt'?
Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan menyelar Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang didakwa mengeluarkan kenyataan 'memburuk-burukkan' ahli PKR yang bertindak keluar daripada parti itu.
Malah beliau yang juga bekas rakan karib Anwar Ibrahim berkata, Ahli Parlimen Pandan itu juga tidak wajar 'menyindir' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'menyuci kekotoran' PKR.
"Dia (Rafizi) perlu tahu, sudah ramai yang keluar daripada PKR. Dia juga perlu sedar dengan siapa dia bersama ketika ini (pemimpin PKR).
"Saya kenal siapa yang memimpin parti itu, saya tahu karakternya. Dia tidak ada hak nak kata apa-apa tentang Perdana Menteri kerana beliau (Najib) adalah pemimpin yang terbaik untuk rakyat dan negara ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Rafizi seperti dipetik melalui portal Malaysia Today yang antara lain menyebut: "Thank you for sucking away our dirt" yang didakwa ditujukan kepada Perdana Menteri susulan tindakan beberapa ahli PKR khususnya di Sabah yang mengumumkan keluar daripada parti itu, baru-baru ini.
Semasa mengumumkan perkara itu, Najib menegaskan bahawa mereka membuat keputusan itu kerana sudah hilang keyakinan terhadap kepemimpinan PKR, dan seterusnya memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) di peringkat nasional mahupun negeri.
Pemimpin-pemimpin PKR negeri yang bertindak keluar parti ialah Akhmain Sabtu (Kudat); Anthony Mandiau (Kota Marudu); Juhani Abd. Halim (Silam); Mohd. Jun (Kalabakan); Mustapha Tambuyung (Kinabatangan) dan Lokman Ureh (Semporna).
Selain mereka ialah Angki Addek (Timbalan Ketua Cabang Kota Marudu); Soloh Yuna (Ketua Penerangan Kota Belud); Timothy Lim (Sepanggar); Apandy Sipin (Pensiangan) dan Aris Remigius (Batu Sapi).
Dua lagi yang turut mengisytiharkan keluar parti ialah bekas Ahli Parlimen Bandau, Henry Madatang dan calon PKR Papar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Jomi Kamadan.
Nallakaruppan berkata, beliau juga mempunyai alasan tertentu menjauhi pemimpin PKR, khususnya Anwar yang dikenalinya selama puluhan tahun.
"Apakah kesemua mereka yang keluar (PKR) itu 'dirt'? Jangan cakap begitu, dia (Rafizi) juga akan keluar juga nanti," tegasnya.
Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin, turut mengeluarkan kenyataan sindiran berbunyi: "Sebenarnya kita ucapkan tahniah dan terima kasih kepada pembangkang kerana mengutip sampah-sampah UMNO yang telah disingkirkan kerana masalah peribadi yang serius."
Dalam pada itu, wartawan gagal mendapatkan ulasan daripada Rafizi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung kenyataan beliau itu.
Suara Politik
Belantan
Kaji semula hubungan dengan Singapore, rakan yang tidak boleh dipercayai?
Malaysia sudah seharusnya dengan serius mengkaji semula hubungan baiknya dengan negara kiasu Singapura yang tidak pernah berniat baik terhadap kita. Dia sentiasanya mahu menggunakan kita untuk kepentingannya sahaja.
Pendedahan terakhir bahawa ia berterusan mengintip negara ini menunjukkan betapa tidak ikhlasnya pulau sekangkang kera itu terhadap kita yang ia sering sahaja mahu memperbodohkan sebagai kekampungan berbanding dengannya sebuah masyarakat yang kononnya amat sophisticated dan berkebolehan.
Tidak lagi memadai dengan Wisma Putra memanggil Pesuruhjaya Tingginya di sini untuk memberi penjelasan mengenai kegiatan pengintipannya itu.
Tidak juga memadai bagi Pesuruhjaya Tingginya itu hanya memberi jaminan akan menyampaikan kebimbangan Malaysia terhadap tindakan bermusuhannya itu kepada kerajaannya.
Malaysia juga sudah sepatutnya bukan sahaja menyatakan kebimbangan terhadap perlakuan tidak bertamadun pulau itu terhadap negara jiran terdekatnya tetapi sudah pun membantahnya dengan sekeras-keras nya kalau pun tidak mengusir Atase Pertahanannya pulang.
Kita juga sudah sepatutnya tidak lagi perlu bergantung kepada negara itu misalnya mengenai penguasaan ruang udara kita sendiri.
Malangnya, kelemahan kita sendiri jugalah yang menyebabkan berterusannya pergantungan kita terhadap pulau itu. Misalnya penguasaan ruang udara kita di atas ketinggian 29,000 kaki masih di kuasai Singapura. Kenapa hal begini pun dibiarkan berterusan?
Apakah kerajaan tidak sedar hal ini dengan mengambil segala langkah untuk tidak lagi perlu bergantung dengan negara itu.
Dan kini ruang udara di atas sesetengah kawasan di Johor dan Pahang walau pun di bawah 29,000 kaki masih dikuasai pihak trafik udara Singapura. Kenapa hal ini di biarkan berterusan hingga negara itu tahu pergantungan kita terhadapnya?
Kenapa kita mahu berterusan bergantung kepada sebuah kerajaan yang sering bersikap sombong dengan kita. Kita sudah sepatutnya berusaha memperbaiki segala keperluan sendiri supaya tidak perlu lagi bergantung dengan orang lain khususnya pulau yang begitu kiasu itu.
Kini kerana kelemahan kita sendiri juga, Pulau Batu Putih sudah pun hilang ke tangannya dan dengan itu ia kini sudah mem bina segala peralatan radar canggih di atas pulau itu hingga ia kini sudah boleh memantau segala pergerakan di selatan semenanjung sehingga ke Pahang.
Malangnya, terdapat pula dalam kalangan orang kita sendiri yang mudah di pengaruhi baik dengan wang ringgit atau pelbagai macam perlakuan rasuah lain untuk memberi pelbagai laluan bagi kepentingan pulau itu.
Kini sudah tiba masanya kita melihat kembali hubungan dengannya supaya semua bentuk hubungan kita dengannya memihak kepada kita. Ini bermakna kita sendiri harus sudah boleh bertanggung jawab terhadap segala apa yang berlaku dalam negara ini baik di darat, laut mahu pun di udara. Apa-apa pun kelemahan sepatutnya sudah ditangani supaya kita sendiri sudah boleh berdikari dengan kemampuan sendiri.
Kita tidak harus memberi sebarang ke longgaran lagi kerana kelemahan sendiri jugalah telah dipergunakan pulau itu untuk kepentingannya. Misalnya, ,perjanjian jualan air kepadanya yang diwujudkan sejak penjelajahan dahulu juga patut disemak kembali dengan telitinya supaya tidak ada peruntukan menguntungkannya sahaja hingga boleh men jejaskan kepentingan kita.
Semua bentuk hubungan kita dengannya harus memihak kepada kita. Kemudahan yang kita telah berikan kepadanya untuk membina loji rawatan air di Kangkar Tebrau dan Kota Tinggi juga perlu disemak kem bali.
Kita juga mengetahui pulau itu sentiasa saja memegang kepada apa-apa pun perjanjian dengannya mengikut apa yang telah dinyatakan dalam hitam putih dan kita juga perlu membalasnya demikian.
Semua perjanjian yang ada dengannya perlu diteliti kembali untuk menentukan kepentingan kita sentiasanya terpelihara. Ini memerlukan pegawai yang mewakili negara ini dalam segala bentuk rundingan dengannya perlu mempunyai semangat nasionalis tulen dan sentiasa bersikap me letakkan kepentingan negara atas segalanya supaya hak dan kebaikan kita tidak terjejas atau dikompromikan dan bukannya pegawai yang bersimpati dengan negara itu.
Sesiapa sahaja yang tidak mahu men dokong kehendak dan kepentingan negara ini harus diketepikan dan mereka ini di minta berhijrah sahaja ke negara kiasu sanjungan mereka. Kita tidak akan rugi apa-apa dengan penghijrahan puak begini.
Tidak berapa lama dahulu negara ini memutus untuk mengharamkan terus jualan pasir kepada negara itu. Malangnya hingga kini pun masih ada anasir yang melanggar peruntukan itu.
Dikatakan hingga kini masih ada tongkang yang membawa pasir ke pulau itu dari Perak. Puak-puak pengkhianat ini perlu di kenakan hukuman seberat mungkin supaya tidak akan berlaku lagi hal demikian ini.
Suara Politik
Belantan
Jumaat, Disember 06, 2013
Bekas calon PKR saman Hadi Awang?
Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin hari ini memfailkan saman RM2 juta terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa telah memfitnahnya semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), April lalu.
Mohd. Shamsul, 28, yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun selaku plaintif memfailkan saman tersebut melalui firma guaman Tetuan Vasudevan A & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Plaintif ketika ditemui berkata, tuntutan saman itu dikemukakan setelah Abdul Hadi melalui peguamnya menghantar surat bertarikh 7 November kepadanya dengan menafikan beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Menurut Mohd. Shamsul yang masih menjadi ahli PKR, tindakan saman itu diambil bagi membersihkan namanya dan dilakukan atas sifat peribadi serta tiada kaitan dengan parti itu yang sebelum ini memintanya agar tidak meneruskan hasrat berkenaan.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.
Plaintif yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.
Menurut plaintif, Abdul Hadi membuat tuduhan tersebut sebagai penjelasan kepada tindakan meletakkan calon-calon Pas di tempat-tempat yang ditandingi oleh calon PKR sehingga mengakibatkan berlaku pertindihan calon dalam pakatan pembangkang.
"Kawasan pilihan raya DUN Bukit Besi tempat saya berdaftar untuk bertanding juga merupakan satu tempat calon Pas telah diletakkan untuk bertanding.
"Maka tuduhan dan kata-kata Abdul Hadi yang berunsur fitnah tersebut merujuk secara langsung kepada plaintif dan membawa maksud plaintif yang merupakan calon PKR terlibat dalam kegiatan jenayah menjual pil kuda," dakwa plaintif.
Dakwanya lagi, tuduhan Abdul Hadi yang dinamakan sebagai defendan telah tersebar luas dalam semua media utama manakala rakaman ceramah dimuat naik di internet yang boleh dibaca dan didengar oleh masyarakat Malaysia secara meluas.
Perkara itu, dakwa beliau, memberi gambaran plaintif adalah seorang yang tidak bermoral, tidak berpegang teguh kepada kepimpinan parti, bergiat dalam jenayah dan tidak boleh dipercayai untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan penduduk.
Berikutan itu, plaintif telah membuat laporan polis pada 22 Julai lalu bagi menyelamatkan reputasi dan nama baiknya.
Selain ganti rugi, plaintif menuntut perintah injunksi terhadap defendan daripada membuat sebarang kenyataan, pengucapan atau penulisan yang berunsur fitnah terhadapnya.
Dalam PRU-13 yang menyaksikan persaingan tiga penjuru itu, Barisan Nasional berjaya mempertahankan kerusi melalui Roslee Daud dengan memperoleh 6,966 undi manakala calon Pas, Roslan Ismail (4,408) dan Mohd. Shamsul cuma memperoleh 52 undi.
Suara Politik
Belantan
Apakah Syed Mokhtar sedang 'dimainkan' oleh Cina...!!! Gardenia perlu beri penjelasan?
Pengurusan syarikat pengeluar roti Gardenia Bakery Sdn. Bhd. yang 30 peratus dikuasai oleh Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) diminta menjelaskan tindakannya memberi sumbangan dana kepada portal propembangkang, Malaysiakini.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Johari Yazid berkata, umum mengetahui pemegang saham terbesar di dalam Gardenia ialah Bernas yang dimiliki tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.
Umum juga mengetahui bahawa Malaysiakini adalah portal berita propembangkang yang hanya menghentam dan mencari kesalahan kerajaan pimpinan Barisan Nasional termasuk mempersoalkan fungsi Bernas.
Apakah tujuan Gardenia menyokong Malaysiakini? Apakah sokongan ini telah mendapat persetujuan daripada Bernas? Apakah sokongan ini telah mendapat perkenan pemegang saham terbesar Gardenia?
Oleh itu, Pemuda UMNO Cheras menuntut penjelasan Bernas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia, Yap Kim Shin mengenai tindakannya memberi sumbangan dana kepada Malaysiakini," kata beliau dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang bertajuk Gardenia tampil sokong dana bangunan Mkini memetik Kim Shin sebagai berkata, syarikatnya menyokong usaha Malaysiakini untuk membawakan laporan dan pandangan dengan cara yang betul".
Tidak dinyatakan nilai derma yang diberikan oleh Gardenia itu dalam kempen Malaysiakini memungut derma bagi pembinaan bangunan baharunya di Petaling Jaya.
Laporan portal berita propembangkang itu turut memetik kenyataan Kim Shin bahawa Gardenia sendiri berkongsi pengalaman sama dengan Malaysiakini - menjadi sasaran kepada kritikan secara tidak adil.
Saya rasakan perjalanan Malaysiakini selari dengan pembangunan Gardenia. Kita sama-sama melalui perjalanan panjang dan berliku untuk sampai di tempat kita berdiri sekarang," kata Kim Shin dalam laporan itu.
Johari mempersoalkan apakah Kim Shin sedar bahawa Malaysiakini lebih memihak kepada pembangkang dan laporan-laporan berita yang ditulis seringkali diputar oleh Malaysiakini dengan tujuan untuk memburukkan kerajaan.
Tidak cukupkah dengan isu bangsa Melayu ditindas dari segi ekonomi, kini hadir pula isu Gardenia yang seolah-olah tidak menghargai usaha kerajaan dan bangsa Melayu yang membantu syarikat Gardenia, dan ini yang dibalas oleh mereka," tegas beliau.
Suara Politik
Belantan
Kazim tolak jawatan MT UMNO, hargai keikhlasan PM!
Penceramah bebas, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengumumkan keputusannya menolak pelantikan sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.
Pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam program ceramah agama di Taman Ria di sini, malam tadi.
Ustaz Kazim berkata, beliau akan terus memainkan peranan sebagai pendakwah bebas dan tidak berhajat meneruskan perjuangannya melalui platform politik.
"Ramai hari ini tunggu kenyataan saya berkenaan MT. Saya tak pernah minta jawatan ini, tapi tak apalah, malam ini juga saya nak umum. Saya memilih untuk tidak terima jawatan yang ditawarkan kepada saya sebagai Ahli MT UMNO," katanya.
Tambah Ustaz Kazim, adalah lebih sesuai bagi beliau bergerak secara bebas dan tidak terikat dengan mana-mana parti politik.
"Saya sebelum ini ada berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mendengar penjelasan panjang lebar berhubung keperluan melantik saya jadi Ahli MT. Namun, saya mempunyai alasan tersendiri untuk bergerak secara bebas.
"Saya juga tegaskan kepada beliau bahawa saya ini adalah seperti harta awam, jadi tak elok saya dimiliki satu parti sahaja," katanya.
Sementara itu di IPOH, Kazim ketika ditemui di Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi hari ini memberitahu bahawa keputusan itu bukan dipengaruhi atau desakan pihak tertentu.
Sebaliknya, beliau berkata, keputusan itu diambil kerana beliau tidak mempunyai sebarang kepakaran dan pengalaman dalam dunia politik, selain lebih selesa menjalankan kerja-kerja dakwah seperti biasa.
''Walaupun saya menjadi ahli Pas, saya tidak pernah memegang apa-apa jawatan. Apabila ditawarkan untuk memegang jawatan sangat tinggi dalam UMNO, saya takut tidak boleh buat kerja kerana tiada pengalaman langsung dalam bidang ini,'' katanya.
Mohammad Kazim berkata, walaupun berat hati mengambil keputusan tersebut, namun perlu juga dilakukan selepas melihat komitmen besarnya terhadap sekolah dan pelajar di Al-Barakah.
''Keputusan ini muktamad walaupun merasa berat kerana penjelasan yang diberi Perdana Menteri tempoh hari sangat menarik hati.
''Oleh sebab itu, saya beritahu kepada Perdana Menteri untuk mencari ilmuan agama yang boleh menyambung niat murni beliau dan saya nampak keikhlasan serta sikapnya yang sangat terbuka,'' ujarnya.
Suara Politik
Belantan
Rabu, Disember 04, 2013
Kebangsaan Melayu bersatu ertinya cukup besar, tetapi ke mana kita?
Para perwakilan dan barisan kepimpinan tertinggi UMNO menyanyikan lagu Negaraku sebelum sesi Taklimat Presiden dimulakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, semalam.
Selamat bersidang UMNO. UMNO bermakna Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Oleh kerana terlalu kerap menggunakan singkatan, kadang kala kita lupa makna kepada semangat singkatan itu.
Maka renung betul-betul erti singkatan itu. Ia cukup bermakna, sebuah pertubuhan kebangsaan Melayu bersatu. Benar, orang Melayu harus bersatu demi agama, bangsa dan negara.
UMNO sudah berumur 67 tahun. Apa sahaja orang kata pasal UMNO, apa sahaja keputusan pilihan raya umum yang dihadapinya, UMNO terus utuh. Ia adalah satu-satunya parti terlama di dunia yang menjadi parti memerintah sebuah negara yang berjaya.
Ia adalah rekod. Rekod yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun termasuklah oleh orang-orang yang membencinya, atau orang yang paling membencinya seperti Nik Aziz Nik Mat.
Namun, UMNO harus sedar tiada yang kekal di muka bumi ini. Waima alam sejagat ini pun akan sampai hari kiamatnya suatu ketika kelak. Sebagai orang Islam kita percaya akan berlakunya fenomena itu.
Begitu juga dengan UMNO. Oleh itu selagi ada kuasa, maka gunakanlah sebaik-baik mungkin.
Sebagai parti kebangsaan Melayu bersatu, satukanlah orang Melayu. Orang Melayu akan bersatu jika orang Melayu senang dan mewah.
Hadis Rasulullah SAW ada berpesan kemiskinan menuju kekufuran. Manusia sanggup menjual apa sahaja, waima agamanya, apatah lagi kebangsaannya sendiri kerana kemiskinan.
Maka itu, perkasakanlah orang-orang Melayu, dari peringkat bawah sehingga ke atas. Berilah mereka peluang. Dalam 10 orang Melayu yang dibantu, mungkin empat akan berjaya. Maka gandakan usaha membantu mereka.
Rapatkan jurang ekonomi orang Melayu dengan kaum lain di negara ini. Gerakkan segera secara berterusan Jihad Ekonomi Melayu. Daripada 1,000 orang Melayu yang dihantar ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran ke seantero dunia, insya-Allah 600 akan menjadi kapten industri dan pentadbir hebat negara.
Tanamkan juga jati diri di hati mereka supaya yang akan menjadi kapten-kapten industri dan ketua-ketua GLC ini kelak adalah yang sedar diri kepada agama, bangsa dan negara.
Formula politik negara ini amat mudah. Jika Melayu bersatu padu dan solid, maka kaum lain akan menghormati kita. Jika kita berpecah maka, kita boleh diperkotak-katikkan.
Formula itu sudah terbukti betul sejak beberapa PRU lalu dan yang terakhir PRU-13. Pemimpin seperti Ghani Othman dan Ali Rustam diperlakukan macam tiada maruah" oleh kaum lain yang telah cukup dibantu, terlalu kemarukkan kuasa.
PM Najib juga diperlakukan seolah-olah tiada langsung jasanya, setelah mereka begitu yakin ini kalilah...!"
Itu semua berlaku kerana kita berpecah-belah. Mereka melihat kita berpecah belah dan peluang keemasan harus diambil segera.
Wahai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, satukanlah umat Islam kita semua. Di negara ini, Islam ialah Melayu dan Melayu ialah Islam.
Wujudkanlah satu lagi sayap dalam UMNO iaitu Sayap Ulama. Anak-anak kita yang mengaji agama di Asia Barat dan ramai di negara ini bukan semua berhaluankan Pas. Mereka juga sayangkan UMNO. Maka bukalah ruang kepada mereka berjuang dalam sayap baru ini. Tidak rugi pun jika UMNO membuka satu lagi sayap seperti Puteri dan Putera.
Fungsi sayap baru ini ialah ke arah aktiviti surau, masjid dan keagamaan yang kurang dikuasai oleh UMNO. Baguslah orang macam Ustaz Kazim, Ustaz Ashraf Wajdi serta Ustaz Fathul Bari sudah ada dalam UMNO. Biar mereka aktif dalam sayap baru itu supaya lebih fokus dan tersusun.
Wahai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, perjuangkanlah Melayu semahunya. Walaupun UMNO akan menjadi parti rakyat, itu bukan perkara baru.
UMNO ialah parti berteraskan rakyat sejak penubuhannya lagi. Jika tidak, tidaklah rakyat negara ini senang-lenang belaka dan kaum Cina pula menguasai dalam kedudukan senarai bilionair di negara ini. Itulah jasa-jasa UMNO yang selama ini menjadi peneraju kepada negara Malaysia bertuah ini.
Oleh itu, sudah sampai masanya untuk UMNO terus memajukan bangsanya sendiri. Biar mereka duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kaum-kaum lain di negara ini.
Tapi persoalannya benarkah orang Melayu ini sudah terlalu lemah sehinggakan mahu mengedarkan nasi lemak ke stesen-stesen minyak pun sudah tak berupaya? Itu baru nasi lemak, bukan kontrak-kontrak besar lain? Apakah teruk sangat kita ini? Renung-renungkanlah. Selamat bersidang wahai pejuang sekalian...
Oleh : Zaini Hassan
Suara Politik
Belantan
Bagaimana Lee Kuan Yew mahu mati?
Dalam umurnya sekarang melebihi 90 tahun, Menteri Mentor Singapore Lee Kuan Yew(LKY) mengakui tidak lagi dapat mengelak diri dari memikirkan hari kematiannya. Ketika diinterbiu pada umur 89 tahun LKY berkata beliau tidak ada sebab boleh mengelak dari persoalan ini.
Dalam buku terbarunya One Man's View of The WORLD yang mungkin telah dibaca oleh ramai orang, pada bab "Personal Life",LKY yang tidak percaya kepada wujudnya tuhan dan alam akhirat menyatakan bahwa beliau seorang atheist yang tidak percaya kepada mana mana agama tetapi tidak menapikan dan tidak pula mengakui adanya Tuhan. Dia tidak percaya akan dapat menemui lagi isterinya. .
" I do not laugh at people who believe in God. But I do not necessarily believe in God-nor deny that there could be one," katanya..
Isterinya yang telah meninggal dunia juga tidak percaya kepada agama. Seorang kawan yang cukup kuat berpegang kepada agama akhirnya berpisah dengan isterinya kerana setiap kali berjumpa cuba mengkristiankannya. Isterinya meanggap ini sebagai perbuatan bodoh.
Antara keduanya LKY memileh untuk mati dengan pantas. Beliau telah pun memberikan" Arahan Perubatan Terdahulu" ( Advance Medical Directive- AMD ) supaya sekiranya beliau terpaksa diberikan makan menerusi tube dan tidak mungkin akan puleh dan tidak boleh lagi bergerak, maka doktornya hendaklah melepaskannya pergi dengan segera ( mematikannya ).
Arahan ini telah ditandatangani oleh seorang peguamnya dan seorang doktor LKY menyatakan bahawa setiap hari yang dilaluinya sekarang dirasainya semakin meletihkan dan semakin kurang aktif. Apapun yang diusahakannya dan didisplinkan dirinya tetapi keadaannya tetap merosot.
Bagi LKY kepuasan hidupnya yang paling besar ialah dapat menggunakan masa bertahun tahun mengumpul sokongan, menjadikan Singapore meritoctratic, bebas dari rasuah dan kesaksamaan antara kaum.
Oleh : ZAM
Suara Politik
Belantan
Selasa, Disember 03, 2013
Kes kematian 3 beradik perempuan - Remaja 16 tahun direman?
Jenazah Nur Izzati Husna dan Puteri Nurul Akma dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Alor Semelar, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, pelajar itu yang merupakan kenalan mangsa ditahan di rumahnya di Arau, Perlis kira-kira pukul 11.30 malam tadi.
"Pelajar itu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.
Mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong di sini pukul 3.45 petang Sabtu lalu selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Puteri Nurul Akma, 3, dan Nur Izzati Husna, 12, kira-kira pukul 7.30 malam, Jumaat lalu.
Lebih memilukan, mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula ditemui kira-kira pukul 4.50 petang semalam dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar, kira-kira 3.5 kilometer dari lokasi mayat Nor Syafikah Nadia ditemui.
Biarpun mereka ditemui mati lemas, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai bunuh.
Menurut Adzaman, pihaknya masih menyiasat sejauh mana hubungan pelajar terbabit dengan mangsa menerusi siasatan teliti melibatkan segenap aspek.
"Setakat ini polis sudah mengambil keterangan lebih 10 individu termasuk ahli keluarga dan rakan mangsa bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam ini," katanya.
Tambah beliau, hasil bedah siasat ke atas Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula mendapati punca kematian mereka disebabkan lemas.
Terdapat kesan calar pada badan mangsa, namun tiada tanda mereka dirogol, dicekik atau dipukul.
Adzaman memberitahu, spesimen darah ketiga-tiga beradik itu turut dihantar untuk ujian ke Jabatan Kimia, Pulau Pinang bagi mengesan jika ada punca lain termasuk kemungkinan suntikan dadah ke atas mangsa.
Tambah beliau, polis turut dimaklumkan oleh pegawai perubatan bahawa kematian ketiga-tiga beradik itu berlaku dalam tempoh yang hampir sama.
Mengulas dakwaan keluarga mangsa mengenai kesan cedera dipercayai akibat dicucuh puntung rokok pada anggota badan dan tangan Nor Syafikah Nadia serta kesan sama pada tangan kedua-dua adik mangsa, Adzaman berkata, ia adalah disebabkan gigitan hidupan dalam air seperti lintah atau ikan.
Berhubung penemuan seluar di kawasan mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna ditemui, beliau memberitahu, pakaian itu bukan milik ketiga-tiga beradik itu kerana Nor Syafikah Nadia keluar pada malam kejadian dengan memakai jean biru.
"Bagaimanapun baju T yang ditemui berhampiran mayat Nor Syafikah Nadia adalah miliknya," katanya.
Adzaman turut meminta orang ramai supaya menghentikan spekulasi bahawa mangsa menjadi mangsa rogol seperti yang tersebar dalam laman sosial.
Katanya, maklumat yang disalur polis kepada umum adalah hasil laporan perubatan oleh pakar forensik yang menyatakan tiada tanda mangsa dirogol.-UMO
Suara Politik
Belantan
Isnin, Disember 02, 2013
Kecewa difitnah, akhirnya Ustaz Kazim umum keluar Pas!
Penceramah bebas, Mohammad Kazim Elias mengumumkan keluar daripada Pas selepas kecewa dengan pelbagai fitnah serta tohmahan yang dilemparkan oleh pucuk pimpinan serta ahli parti itu terhadapnya selama ini.
Menurutnya, fitnah dan tohmahan itu semakin `menjadi-jadi' selepas dirinya ditawarkan sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO sehingga ada yang sanggup menggelarnya sebagai binatang, munafik dan barua UMNO.
"Belum pun saya beri kata putus terima atau tolak (Majlis Tertinggi UMNO), saya diserang dengan kata-kata, digelar binatang, munafik. Ada pimpinan Pas kata saya seperti kambing yang akan dimakan serigala, agamawan bercelaru, seolah-olah akan jadi berhala atau patung sembahan dalam UMNO dan macam-macam.
"Ini menggores hati saya. Kesabaran pun ada hadnya. Tetapi saya sudah lama berkecil hati dengan Pas. Serangan terhadap saya bermula pada 2004 sedangkan saya aktivis Pas. Mereka boikot kata saya anjing UMNO, macai UMNO, barua UMNO sedangkan saya tak pernah jadi ahli UMNO," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Parlimen, hari ini.
Mohammad Kazim memberitahu, kesabarannya terhadap segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan sampai ke kemuncak apabila ada yang sanggup menggelarkan sebagai anak babi.
"Oleh itu, saya ambil keputusan, sama ada saya pernah dipecat oleh Pas pada 2011, walau tiada surat pemecatan, dan terbaharu mereka kata saya masih ahli Pas, kalau mereka kata saya ahli Pas atau kata saya telah dipecat, saya dengan ini mengisytiharkan keluar daripada Pas," tegasnya.
Berhubung pelantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO, beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk membuat pengumuman rasmi mengenainya.
Suara Politik
Belantan
Tak berhati perut...!!! Tiga beradik dibunuh kejam?
Anggota polis mengangkat mayat Nur Izzati Husna Rusdi yang ditemui di dalam terusan Mada Kampung Padang Petani, Langgar, Alor Setar, semalam.
Apa sudah jadi dengan negara ini, apabila kanak-kanak yang tidak berdosa pun sanggup dibunuh dengan kejam.
Inilah yang berlaku kepada tiga beradik perempuan berusia tiga, 12 dan 14 tahun berasal dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini semalam.
Mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong di sini pukul 3.45 petang semalam selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Puteri Nurul Akma, 3, dan Nur Izzati Husna,12, kira-kira pukul 7.30 malam, kelmarin.
Lebih menyayat hati, mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula ditemui kira-kira pukul 4.50 petang ini di dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar di sini iaitu kira-kira 3.5 kilometer dari mayat Nor Syafikah Nadia ditemui.
Walaupun mereka ditemui lemas, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, ketiga-tiga beradik itu keluar dari rumah mereka Jumaat lalu dengan menaiki motosikal Honda Wave milik bapanya untuk ke rumah rakan di Kampung Gelam dekat sini.
Ibrahim memberitahu, walaupun hasil bedah siasat mendapati kematian Nor Syafikah Nadia akibat lemas namun polis menyifatkan ia sebagai kes bunuh kerana kes lemas tersebut dianggap luar biasa.
Katanya, hasil bedah siasat mangsa pertama mendapati mangsa tidak dirogol dan hanya kesan calar dijumpai pada belakang badannya.
"Polis akan melakukan siasatan merangkumi segala aspek dan kita akan panggil ahli keluarga serta rakan-rakan mangsa. Setakat ini polis menyiasat kes ini sebagai kes bunuh dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.
Ahmad memberitahu, mayat dua adik perempuan Nor Syafikah Nadia yang berusia 12 dan tiga tahun dijumpai lengkap berpakaian di dalam terusan, dalam keadaan terapung berhampiran kira-kira 200 meter antara satu sama lain di dalam terusan tersebut.
"Mayat dua mangsa masih belum disahkan punca kematian mereka. Bedah siasat akan dilakukan secepat mungkin bagi mengenal pasti punca kematian dua kanak-kanak ini dan kaitannya dengan kes kematian mangsa pertama iaitu kakak mereka," jelasnya.
Ketika ditanya sama ada alirannya bersambung dengan tali air di Alor Senibong, beliau memberitahu, kedua-duanya tidak bersambung dan terletak jauh antara satu sama lain.
"Tidak mungkin mangsa yang berumur 12 dan tiga tahun hanyut dari tali air Alor Senibong sehingga ke tali air Kampung Padang Pusing kerana kedua-dua tali air ini tidak bersambung antara satu sama lain," jelasnya.
Ahmad memberitahu, polis turut menjumpai seluar berwarna hitam berhampiran tali air Kampung Padang Petani dan masih menyiasat pemilik seluar tersebut sama ada itu milik salah seorang mangsa.
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, pihaknya menemukan motosikal yang ditunggangi mangsa serta adiknya dalam keadaan baik dan berkunci di tepi jalan kira-kira satu kilometer dari rumahnya malam semalam.
"Siasatan masih dijalankan mengenai punca mangsa meninggalkan motosikalnya di situ," katanya.
Sementara itu, bapa saudara mangsa, Mazlan Ariffin, 51, pula berkata, penduduk yang cuba menjejaki ketiga-tiga beradik itu menemui motosikal mangsa ditinggalkan berhampiran hentian bas.
"Motosikal itu kemudian dibawa pulang sebelum enjin terhenti secara tiba-tiba kerana kehabisan petrol sejurus sampai di rumah," katanya.
Suara Politik
Belantan
Kenaikan gaji hanya untungkan individu - Rakyat Selangor?
Agak-agak berapa banyak MB Khalid bayar cukai pendapatan dalam setahun ya?
Rakyat di negeri ini menyifatkan kenaikan mendadak gaji termasuk elaun menteri besar, exco kerajaan negeri, speaker, timbalan speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang diputuskan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam tidak memberi apa-apa keuntungan kepada mereka.
Rata-rata yang ditemui menyifatkan kenaikan tersebut tidak sepatutnya berlaku pada saat-saat rakyat berhadapan dengan kenaikan kos semasa dan kerajaan negeri sewajarnya memberikan tumpuan terlebih dahulu dalam mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mereka.
Seorang warga Shah Alam, Hairul Nizam Abdul Latif yang bekerja sendiri menyifatkan kenaikan gaji ahli pentadbiran kerajaan negeri itu dilihat tidak memberi apa-apa kesan kepada rakyat, sebaliknya yang menerima manfaat adalah individu itu sendiri.
"Sesuatu yang tidak wajar, kenaikan ini dilakukan pada waktu kenaikan harga barang, kos hidup meningkat dan beberapa kesulitan lain yang membelenggu rakyat," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sidang DUN Selangor semalam meluluskan kenaikan gaji dan elaun bulanan menteri besar, speaker, timbalan speaker, exco kerajaan negeri dan ADUN bermula Januari tahun depan.
Daripada keputusan tersebut, gaji menteri besar pada tahun hadapan naik daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 manakala speaker dan timbalan speaker masing-masing menerima gaji bulanan sebanyak RM22,500 dan RM15,750 berbanding sebelum ini sebanyak RM6,109.29 dan RM3,327.50 sebulan.
Selain itu exco kerajaan negeri pula akan menerima kenaikan gaji sebanyak RM20,250 sebulan berbanding RM6,109.20 manakala ADUN sebanyak RM11,250 berbanding RM6,000 sebulan sebelum ini.
Seorang pekerja swasta, Norazima Abdul Razak pula mahu kerajaan negeri memberi tumpuan kepada membantu rakyat dalam mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi dan pekerjaan.
Dalam pada itu, seorang guru, P. Rajami menyatakan kenaikan gaji seharusnya dilakukan pada masa sesuai lebih-lebih lagi ketika ini rakyat dibelenggu dengan faktor ekonomi yang mendesak di samping kenaikan harga barang.
Suara Politik
Belantan
Ahad, Disember 01, 2013
Anwar 'kaki putar' cadang gaji ADUN Selangor dipotong...!!! Gaji 'punahsihat' ekonomi Selangor bagaimana?
Selepas dikritik pelbagai pihak berhubung kenaikan gaji dan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang dilihat terlalu tinggi, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim hari ini mencadangkan supaya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memotong kenaikan tersebut.
Katanya, cadangan itu dibuat memandangkan kenaikan berkenaan telah diluluskan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pemotongan tersebut merupakan antara mekanisme terbaik yang boleh dilakukan setakat ini.
Bagaimanapun tegasnya, pemotongan itu hanya akan melibatkan ADUN-ADUN dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan diputuskan dalam mesyuarat parti minggu hadapan.
"Saya telah mencadangkan kepada Menteri Besar supaya dipotong RM1,000 atau 20 peratus dari jumlah kenaikan itu dan disalurkan kepada Tabung Pendidikan negeri.
"Melalui perbincangan awal ini, Abdul Khalid menunjukkan persetujuan, namun kita akan mengadakan perbincangan lanjut terhadap isu ini dalam menentukan mekanisme terbaik yang boleh digunakan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Dialisis CAT Kerajaan Negeri di Pasar Awam Balik Pulau di sini hari ini.
Anwar dalam pada itu menambah, cadangan pemotongan berkenaan buat masa ini tidak melibatkan ADUN-ADUN lain dalam pakatan pembangkang iaitu Pas dan DAP.
"Kita mulakan dengan ADUN PKR dan selepas ini perbincangan lanjut akan diadakan bersama pimpinan Pas serta DAP," jelasnya.
Rabu lalu, Sidang DUN Selangor meluluskan kenaikan gaji kesemua 56 ADUN di negeri itu berkuat kuasa 1 Januari depan dengan Timbalan Speaker DUN bakal menerima kenaikan tertinggi iaitu sebanyak 373.3 peratus.
Selain Anwar, Timbalan Presiden PKR yang juga ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali turut menyuarakan pandangan sama dan meminta supaya kenaikan itu dinilai semula.
Suara Politik
Belantan
Kritikan Anwar, Azmin 'sandiwara minggu ini'?
Kritikan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan anak emasnya, Azmin Ali terhadap pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan gaji semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) disifatkan sebagai 'drama minggu ini'.
Menurut Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip, Anwar dan Azmin dilihat sengaja mahu menjadi hero dalam isu berkenaan apabila bukan sahaja melemparkan kritikan terbuka kepada Abdul Khalid, malah turut mengarahkan Menteri Besar menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji.
Selain itu beliau berkata, Anwar dan Azmin juga diyakini sengaja mahu mengeksploitasi isu kenaikan gaji tersebut kerana mereka melihat 'perang' berkenaan mampu mengalihkan perhatian rakyat terhadap insiden pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang bertindak keluar parti secara beramai- ramai Selasa lalu.
"TIBAI menganggap komen Anwar dan Azmin tidak ubah umpama drama minggu ini yang sedang memaparkan adegan retak menanti belah. Saya juga yakin Azmin marahkan Abdul Khalid kerana Menteri Besar itu tidak menaikkan gaji Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor sehingga kekal dengan bayaran RM1.
"Namun, jika Abdul Khalid kekal dengan pendirian untuk melaksanakan kenaikan gaji itu tanpa mempedulikan bantahan pemimpin PKR agar ditangguhkan, ini membawa maksud bahawa Anwar sudah tidak laku dan perlu berundur sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam Anwar dalam kritikannya terhadap kepemimpinan Abdul Khalid berkata, sepatutnya kerajaan negeri mengutamakan cara untuk berkhidmat kepada rakyat dan beliau menyifatkan kenaikan gaji itu agak tinggi berbanding apa yang diuar-uarkan sebelum ini.
Azmin pula meminta kenaikan berkenaan ditangguhkan dan dikaji semula supaya kadar itu lebih munasabah dan mendesak kerajaan negeri Selangor memberi penjelasan kepada rakyat berhubungan pelaksanaan tersebut.
Bagaimanapun Abdul Khalid dalam reaksi segera kepada kritikan berkenaan menjawab; "Itu hak Azmin untuk tolak dan bantah. Beliau boleh ambil semua duit (gaji baharu) itu atau dermakan sebahagiannya untuk kerja amal".
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catatan (Atom)



.jpg)





.jpg)






































