Ahad, Mac 10, 2013

Bukti Kekejaman Pengganas Sulu?



Sumber Utusan - Gambar ini menceritakan segalanya. Al fatihah untuk mangsa. Moga Allah SWT memberi pembalasan yang setimpal pada pelakunya. Kita doakan keselamatan anggota polis dan tentera kita yang bertugas untuk menjaga ketenteraman awam.

Bukan untuk mengaibkan perwira negara yang telah terkorban tapi rasanya sudah tiba masanya untuk dedahkan kezaliman yang telah dilakukan oleh pihak pengganas! Mayat anggota polis yang ditemui telah dicacatkan dengan kejam oleh penganas bersenjata!

LAHAD DATU - Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.

Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.

Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.

Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.

Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat dukacita apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik darah tumpah di bumi Sabah dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu terhadap anggota keselamatan.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.

"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh pihak polis.

"Polis menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira kita. Mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," katanya.

Dalam serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.

Semua mereka yang maut itu kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat kuasa serta-merta sebagai menghargai jasa dan pengorbanan wira yang diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Terdahulu, pada 1 Mac lalu, pengganas Sulu juga bertindak keji apabila berpura-pura menyerah diri dengan mengangkat bendera putih sebelum menembak mati dua anggota komando VAT 69 dan mencederakan tiga yang lain di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang menyangka pengganas Sulu ikhlas kemudian bangkit daripada posisi meniarap menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala.-UMO

Suara Politik
Belantan

Jamalul Kiram diperalatkan pihak tertentu ceroboh Sabah?



Apakah ada dalang di sebalik pencerobohan kumpulan bersenjata oleh pengikut Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu di Lahad Datu, Sabah, sejak 11 Februari lalu?

Atau Jamalul Kiram itu diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu di Filipina atau dari Malaysia untuk kepentingan pihak terbabit, tanpa beliau sedari dia diperalatkan.

Bukti-bukti ada dalang dan Jamalul Kiram diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu adalah berdasarkan beberapa fakta yang didedahkan oleh beberapa pihak di Filipina sendiri termasuk pihak media, pihak risikan di negara itu dan juga kerajaan Filipina sendiri.




Pertamanya, setelah begitu lama isu tuntutan Sabah oleh Kesultanan Sulu hampir 'tutup buku' selama beberapa dekad, tetapi mengapa tiba-tiba sahaja isu tuntutan ke atas Sabah oleh Kesultanan Sulu timbul semula.

Kedua, lebih mencurigakan lagi apabila isu tuntutan Sabah oleh Kesultanan Sulu timbul ketika Malaysia bakal mengadakan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), pilihan raya paling getir pernah diadakan di negara ini.

Ketiga ia berlaku tidak lama selepas kerajaan Filipina menandatangani perjanjian damai dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang diketuai Murad Ebrahim di Manila, pada Oktober lalu.



Kejayaan MILF menandatangani perjanjian damai itu, sekali gus membatalkan perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang diketuai Nur Misuari pada 1986, yang menyaksikan pengaruh Misuari dalam kalangan masyarakat Bangsamoro terhakis.

Di dalam negara pula, pembangkang mendakwa pencerobohan itu adalah sandiwara UMNO untuk divert banyak isu dalaman yang dicetuskan oleh pihak pembangkang.

Namun, semua tuduhan pembangkang itu tidak berasas sama sekali, apabila sandiwara pembangkang sendiri terdedah, setelah beberapa akhbar Filipina termasuk The Inquirer dan agensi berita asing, Reuters melaporkan pertemuan antara pemimpin pembangkang dari Malaysia dengan pemimpin MNLF, Nur Misuari.

Malahan Reuters turut menyiarkan gambar pertemuan antara pemimpin pembangkang dari Malaysia dengan Misuari itu, tanpa menyatakan bilakah gambar tersebut diambil.



Seperkara yang menjadi kemusykilan ialah siapakah Jamalul Kiram ini dan bagaimana beliau mampu membiayai sebuah pasukan bersenjata yang lengkap dan canggih, yang memerlukan perbelanjaan yang besar.

Persoalan itu terjawab apabila kenyataan Presiden Filipina Benigno Aquino III, semalam membuktikan ada dalang di sebalik pencerobohan kumpulan pengganas diketuai Jamalul Kiram di Sabah dan beliau menyatakan terdapat pihak yang membantu menyediakan sumber dana bagi membolehkan kumpulan pengganas itu menceroboh Sabah.

Malaya-Business Insight, kelmarin melaporkan keluarga Jamalul Kiram tidak mampu bertindak sejauh itu memandangkan kedudukan kewangan mereka. Malahan Jamalul Kiram sendiri tidak mampu membayar kos rawatan penyakit buah pinggangnya.

Malahan menurut Aquino, rawatan perubatan Jamalul Kiram dibantu oleh Pejabat Kebajikan Filipina untuk membayar kos dialisis. Jamalul Kiram sendiri tidak mampu mempunyai pengawal keselamatan peribadi bagi mengawal keselamatannya.



Konflik ini amat berbahaya jika tidak ditangani dengan betul kerana ia boleh melarat sehingga mencetuskan perang di rantau ini.

Jika perang meletus di rantau ini, yang rugi ialah penduduk Islam di rantau ini, terutama Bangsamoro yang baru mahu mengecapi keamanan hasil daripada perjanjian damai yang ditandatangani dengan kerajaan Filipina pada Oktober lalu dan juga Malaysia yang bakal hilang keamanan dan kemajuan yang telah dibina selama ini.

Kini perjuangan kaum Moro di rantau itu, yang sebelum ini diarahkan kepada perjuangan menuntut kemerdekaan di selatan Filipina daripada kerajaan Filipina, kini sudah dipesongkan oleh pihak-pihak tertentu demi kepentingan tertentu dan perjuangan yang sempit dan merugikan kaum Tausug serta Bangsamoro dan Islam, yang menyebabkan pertumpahan darah sesama Islam.

Jika Misuari terlibat dalam agenda kotor ini, maka Misuari boleh dianggap sebagai pengkhianat Bangsamoro dan umat Islam di rantau ini, semata-mata kerana mementingkan diri sendiri dan mahu mengejar pengaruh dan kedudukan.



Misuari, sepatutnya menyokong dan memberi kerjasama kepada MILF untuk membangunkan selatan Filipina di bawah perjanjian damai yang telah ditandatangani antara MILF dan kerajaan Filipina.

Dengan cara ini Misuari dapat menebus semula kegagalannya semasa mengetuai Bangsamoro selepas perjanjian damai dengan kerajaan Filipina pada 1986 kerana gagal membangunkan selatan Filipina dan mengabaikan Islam di wilayah itu.

Akibat kegagalannya, MNLF telah berpecah kepada beberapa kumpulan, dengan MILF menjadi kumpulan yang lebih besar dan berpengaruh dan MNLF menjadi kumpulan yang kecil dan berpecah dengan pengaruh Misuari sendiri terus merosot di kalangan masyarakat Moro.



Tindakan Misuari menyokong kumpulan Jamalul Kiram bukan sahaja akan menyebabkan Bangsamoro terus berpecah, sebaliknya menyukarkan usaha MILF untuk membangunkan selatan Filipina.

Walaupun, Misuari menafikan beliau terlibat secara langsung dengan kumpulan yang menceroboh Sabah, namun tindakannya mengadakan pertemuan dengan Jamalul Kiram di Taguig City di selatan Manila kelmarin jelas memberi sokongan moral kepada kumpulan penceroboh itu dan mendorong Jamalul Kiram untuk meneruskan tindakan sia-sianya itu.

Begitu juga, jika ini kerja jahat pihak pembangkang dari negara ini, maka mereka yang terlibat dalam 'percaturan' ini telah mengkhianati bangsa Malaysia dan negara ini.

Suara Politik
Belantan

Sabtu, Mac 09, 2013

Siapa sebenarnya Nur Misuari? MNLF Kutuk Keganasan "Pengganas Kiram" Di Sabah!



Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mengutuk keras keganasan yang dilakukan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna di Sabah, kata pengerusinya Muslimin Sema Khamis.

Muslimin, yang dilantik sebagai pengerusi badan pembuat keputusan tertinggi pertubuhan itu, Jawatankuasa Pusat MNLF, pada 2008, berkata Nur Misuari hanya seorang anggota biasa jawatankuasa itu dan tidak mempunyai pengaruh dalam MNLF.

MNLF, katanya, menganggap rakyat Sabah dan Malaysia sebagai saudara mereka.

"Kami (MNLF) tidak menyokong apa yang sedang berlaku di Sabah (pencerobohan dan tindakan pengganas). Kami menolaknya. Kejadian di Sabah dicetuskan untuk memecahbelahkan sesama kita.

"Ia juga dilakukan untuk memutuskan ikatan antara Sabah dan selatan Filipina dan antara Malaysia dan Filipina. Mereka ingin memusnahkan ikatan itu (antara rakyat)," katanya dalam temu bual ekslusif dengan Bernama melalui telefon dari Manila.

Dua hari lepas, Malaysia menggunakan jet pejuang, tentera darat dan kenderaan pengangkut tentera berperisai untuk menggempur penceroboh bersenjata yang bersembunyi di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Operasi yang menggabungkan pasukan polis dan tentera dikenali sebagai "Op Daulat" itu berterusan hingga kini.

Pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan pengganas di Lahad Datu dan Semporna meragut nyawa lapan anggota polis dan sekurang-kurangnya 52 pengganas.

Diminta mengulas tentang kenyataan Misuari baru-baru ini bahawa MNLF bersedia menghantar pejuang bersenjatanya ke Sabah untuk membantu pengganas Sulu, Muslimin berkata beliau kecewa dengan kenyataan bekas pemimpin MNLF itu.

"Beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu. Saya sedih kerana tidak dapat menyekatnya daripada membuat kenyataan itu. Sabah dan Malaysia bukan musuh kami," katanya.

Ditanya sama ada terdapat anggota MNLF yang terlibat dalam kejadian di Sabah, Muslimin berkata jawatankuasa pusat barisan itu telah menjalankan penyiasatan tentang perkara berkenaan.

"Bagaimanapun, siasatan yang dibuat anggota jawatankuasa pusat di Tawi-Tawi dan Sulu mendapati tidak ada anggota MNLF yang terlibat dalam pencerobohan di Sabah. Kami tidak terlibat dalam apa jua bentuk keganasan," katanya.

Beliau berkata sekiranya terdapat anggota MNLF yang terlibat dengan keganasan di Sabah, mereka melakukannya secara peribadi dan tidak pernah mendapat restu daripada kepimpinan barisan itu.

"Sekiranya mereka terlibat, ia dibuat atas dasar individu kerana MNLF tidak pernah merestuinya," kata beliau sambil menegaskan bahawa kebanyakan orang Filipina yang tinggal di Sabah menjalani kehidupan secara baik dan aman.



Pelik jugalah apabila Nur Misuari ( Pengasas MNLF ) masih beranggapan beliaulah Pengerusi MNLF sehingga sanggup menggugut DS Najib berperang dengan beliau?

'Pengerusi' Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari memberi amaran kepada Malaysia agar tidak membunuh adik Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Agmibuddin Kiram dan pengikutnya di Sabah kerana ia dianggap mengisytiharkan perang ke atas kaum Tausug dan bekas kumpulan pemisah itu.

Portal berita Filipina, abs-cbnnews.com. melaporkan beliau sebagai memberi nasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak :

”Apabila anda membuat demikian, ia akan diibarat pengisytiharan perang ke atas orang kita dan MLNF. Ia adalah kewajipan suci kita melindungi orang kita."

“Setiap titik darah mereka suci kepada kita,” Misuari, dilaporkan berkata.



Pengasas MNLF itu yang menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Ramos pada 1997, menganggap sebagai “spekulasi liar” sebarang insinuasi (pertuduhan secara tidak langsung) bahawa beliau sebagai dalang bagi tindakan diambil oleh pengikut Sulu Sultan Jamalul Kiram III di Sabah.

Katanya tindakan mengaitkannya kepada dakwaan konspirasi untuk membiayai tindakan Raja Muda Agbimuddin Kiram dan pengikutnya untuk mendesak tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah adalah tidak bertanggungjawab.

“Ia semua spekulasi liar. Pertama sekali saya tidak meminta sesiapa melakukannya. Saya tidak boleh melangkaui peranan Sultan,” katanya.

“Untuk membiayainya adalah bukan persoalan. Sekiranya saya kaya pun mengapa saya patut membiayai petualang pengikut Sultan ? Hanya kira-kira 200 orang. Ia bukan cara saya melakukan sesuatu,” tambah beliau.

Misuari berkata sebagai ketua MNLF, beliau boleh menggerakkan 4,000 pejuang untuk memburu penjahat Abu Sayyaf yang menjadikan beberapa warga asing sebagai tebusan di Mindanao.

Katanya beliau menghantar lebih ramai pasukan semasa insiden tebusan Sipadan pada April 2000 selepas diarah oleh Presiden Joseph Estrada dahulu.

“Adalah tidak bertanggungjawab untuk sesiapa yang membuat spekulasi saya terlibat dalam kegilaan ini.”

'Pemimpin MNLF' itu menyatakan kebimbangan tentang nasib Raja Muda Kiram dan pengikutnya selepas mereka dilaporkan dibom oleh jet pejuang Malaysia pada baru-baru ini?

Bagi penulis pengisyistiharan perang terhadap kerajaan Malaysia itu menjawab teka-teki hubungan pemimpin itu dengan gerombolan penceroboh walaupun sebelum ini beberapa penafian telah dibuat Misuari untuk mengaitkan dia dengan gerombolan tersebut.



Namun sumber risikan kerajaan Filipina mendakwa Nur Misuari sebelum ini telah berjumpa beberapa kali dengan pemimpin Pencerobohan Lahad Datu, Jamalul Kiram III sebelum insiden pencerobohan itu berlaku, menyaksikan lapan anggota keselamatan Malaysia terbunuh.

Dalam sidang media yang sama Misuari sekali lagi menafikan bahawa dia adalah "penaja" kelengkapan persenjataan dan latihan gerombolan pencerobohan. Namun tidak memberikan sebarang penafian terhadap dakwaan bahawa dia merupakan antara individu yang merencanakan pencerobohan di Lahad Datu itu.

Suara Politik
Belantan

KENYATAAN KELUARGA SAIFUL BUKHARI!



Keluarga Saiful Bukhari memberitahu bahawa bapanya hilang sejak 3 minggu yang lalau selepas mengalami masalah kewangan dan masalah keluarga.

Bapa Saiful juga dikatakan pernah mengugut beberapa pemimpin Umno untuk mendapatkan wang perbelanjaan dan apabila tidak dihiraukan, Azlan Mohd Lazim hilang dan tiba-tiba muncul dipentas parti Keadilan Rakyat bersama Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul yang merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim.

Dan tidak hairanlah apabila portal Keadilan Daily melaporkan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim seperti berikut:

“Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya, Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi semalam.

Dalam keadaan bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim mengalami masalah Johari Bendul berjaya menangkapnya dan diberikan 'sesuatu' dengan hanya mengaku bahawa Liwat adalah konspirasi sahaja....selesai masalah.

Semalam Ng Lum Yong juga mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim mengarahkan SUARAM membayar kepada pemberontak Sulu supaya membuat kekecohan demi untuk menggugatkan ketenteraman awam.

Rakyat perlu tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan rakyat meminta jika benar itu adalah konspirasi, Azlan Mohd Lazim dicabar bersumpah sambil menjunjung Al-Quran sepertimana yang anaknya Saiful Azlan lakukan.

Demi duit apa pun boleh jadi sanggup gadaikan maruah keluarga sendiri.

Saiful Bukhari ketika dihubungi mengatakan bahawa bapanya Azlan Mohd lazim telah dipergunakan oleh kuncu-kuncu Anwar Ibrahim yang sentiasa berkeliaran. Saiful mengaku bahawa bapanya sebelum ini bergaduh dengan keluarga sehingga keluar dari mulut Azlan sendiri, aku akan musnahkan "UMNO dan kau sekali" dan selepas itu beliau terus keluar.

Saiful Bukhari akan memberi tindakbalas.

Pemerhati politik tentu tidak dapat menolak fakta bahawa kemunculan Azlan Mohd Lazim melemparkan tuduhan ini sangat-sangat relevan kepada Anwar. Ketika ini Anwar sedang lemas berhadapan tuduhan-tuduhan ke atas beliau dan pemimpin Pakatan lain dalam isu Lahad Datu. Justeru ia memberi satu tanda tanya besar – ADAKAH AZLAN MOHD LAZIM DIGUNAKAN OLEH ANWAR IBRAHIM UNTUK MENUTUP ISU LAHAD DATU YANG SEMAKIN MENGHIMPIT MEREKA? Fikir-fikirkan lah..!!!

Suara Politik
Belantan

Mohd Saiful : Demi Allah, Saya Tidak Sama Sekali Berganjak!



Mohd. Saiful Bukhari Azlan berpegang teguh pada sumpah laknatnya sebelum ini bahawa dia pernah diliwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008, sekali gus menolak dakwaan bapanya, Azlan Mohd. Lazim kononnya tuduhan ke atas Anwar itu adalah satu fitnah.

Dalam sidang akhbar di pejabat peguamnya di sini hari ini, Mohd. Saiful yang turut bersumpah dengan nama Allah menegaskan dia tidak akan sesekali berganjak daripada dakwaannya ke atas Anwar dan menyifatkan kenyataan terbaharu bapanya itu adalah akibat kerakusan politik Anwar.

Beliau juga percaya isu itu sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian masyarakat daripada isu 'pengkhianat negara' berikutan kes pencerobohan pengganas Sulu di Sabah ketika ini.

Mohd. Saiful yang ditemani peguamnya, Zamri Idrus tampil tenang sepanjang sidang akhbar selama kira-kira 20 minit itu namun sesekali sebak terutama ketika menjawab soalan berkaitan tindakan mengejut bapanya, yang dikemukakan oleh ramai pemberita yang hadir.

"Kepada Anwar, bertaubatlah. Telah lima tahun saya bertahan dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.

"Saya juga memberi amaran kepada Anwar, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau dan walau apapun berlaku, saya yakin kepada Allah. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun," katanya.

Keterbukaan Mohd. Saiful dan Zamri mengadakan sidang akhbar itu dengan turut menjemput media arus perdana serta portal-portal propembangkang nyata berbeza dengan sidang akhbar Azlan pagi ini yang dilakukan secara tersembunyi dengan menjemput hanya segelintir media propembangkang.

Dalam sidang akhbar itu, Azlan antaranya memberitahu, dakwaan Anwar pernah meliwat Saiful merupakan satu fitnah, dan seterusnya tanpa semena-mena menyatakan sokongannya supaya Anwar dan pakatan pembangkang akan memenangi pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Mohd. Saiful mendedahkan, sebelum tindakan mengejut bapanya itu hari ini, beberapa ahli keluarganya juga pernah didatangi beberapa pihak bertujuan mengganggu-gugat perjalanan kes liwat Anwar tersebut namun dia terpaksa merahsiakan nama ahli keluarga dimaksudkan.

Menurutnya, kali terakhir beliau bercakap dengan bapanya malam tadi melalui telefon dan dia langsung tidak membincangkan kes liwat tersebut dan selepas mendapat tahu mengenai sidang akhbar Azlan, telefon bapanya gagal dihubungi kerana telah dimatikan.

Oleh itu, Mohd. Saiful merayu Azlan untuk kembali ke jalan yang benar kerana bapanya secara terang-terangan mengetahui Anwar bersalah.

"Dia ada bersama saya setiap kali perbicaraan di mahkamah, mengutuk Anwar dan selepas keputusan Mahkamah Tinggi, ayahlah yang terkehadapan membuat sidang akhbar bagi mendesak Peguam Negara merayu kes tersebut, dia di barisan hadapan.

"Walau apapun yang berlaku, dia tetap bapa kandung saya. Silaturahim kita tidak akan terputus kerana walau apapun yang berlaku, saya masih maafkan dia," katanya.

Sementara itu, peguamnya, Zamri Idrus yang turut hadir dalam sidang akhbar tersebut menafikan dakwaan Azlan mengenai penglibatan seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri dalam menyediakan 'skrip' perjalanan perbicaraan liwat membabitkan Anwar tersebut.

"Kita amat terkejut dengan tindakan Azlan. Seperti Saiful katakan, Saiful percaya ini didalangi pihak tertentu. Kalau pihak yang bersama Azlan pagi tadi adalah pihak yang neutral bukan dibayangi mana-mana parti politik, tetapi ingatlah pagi tadi, siapa di belakang Azlan?," katanya.

Dalam sidang akbar tertutup Azlan itu, dia turut ditemani oleh Ahli Majlis Perwakilan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Johari Abdul merangkap Ahli Parlimen Sungai Petani.

Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lalu daripada tuduhan meliwat Saiful tetapi kes itu akan didengari di Mahkamah Rayuan pada 22 dan 23 Julai ini.

Sidang akhbar Azlan Mohd Lazim mendapat laporan hangat daripada portal pembangkang termasuk Malaysiakini.



Berikut adalah kenyataan penuh Saiful Bukhari Azlan mengenai dakwaan bapanya itu:

Bismillahirahmannirrahim.

1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.

2. Demi Allah, Bangsa dan Negara tercinta, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Segala keterangan saya di mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan sehingga akhir hayat.

3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah lima tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.

4. Saya juga membuat amaran kepada Anwar bin Ibrahim, walaupun terdesak jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau.

5. Walau apa pun berlaku saya yakin pada Allah swt, kebenaran tidak dapat dihapuskan.

6. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang berlaku walaupun berlaku, saya yakin kepada Allah swt yang benar tetap benar.

7. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah kebenaran, pertahankan anak kandungnya yang menjadi mangsa.

8. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga akhir hayat.

9. Kepada seluruh Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim.

10. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita berdoa dan pertahankan.

11. Akan terus berdoa, sabar dan istiqamah.

Bertarikh pada 8 Mac 2013.

Mohd Saiful Bukhari bin Azlan

Suara Politik
Belantan

Jumaat, Mac 08, 2013

Bapa Saiful buat kenyataan U-Turn : Liwat II Adalah Konspirasi Politik?



Berita gempar ini dilihat sebagai perkembangan terbaru yang akan memanaskan lagi politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, hari ini mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak bertanggungjawab - mendalangi kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya," kata beliau pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi tadi.

Beliau juga berkata, perkara itu adalah konspirasi jahat untuk mengheret Anwar, yang dibebaskan daripada tuduhan meliwat 9 Januari 2012, ke penjara buat kali kedua.

"Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang (pegawai khas pemimpin kanan negara).

"Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

"Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya.

Mengulas lanjut, kata beliau, kenyataan yang dibacakan oleh mereka kepada media sebelum ini telah dirancang dan didalangi oleh pegawai khas pemimpin kanan negara dan seorang peguam.

"Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang.

"Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

"Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya.

Pada pertemuan hari ini, pemberita telah dibawa oleh seorang Ahli Parlimen dengan menaiki pacuan empat roda untuk bertemu dengan Azlan di sebuah kawasan perumahan dekat sini sekitar jam 11.30 pagi tadi.

Beliau juga dikenal pasti datang bersama dua orang saudaranya daripada utara tanah air serta dikenali sebagai Man dan Ekhsan.

Pendedahan ini juga dibuat dengan dimulai Azlan membacakan kenyataan akhbar serta menurunkan tandatantangannya di lampiran tersebut selepas sesi soal jawab dengan pemberita.

Azlan juga menjawab beberapa pertanyaan yang diajukan oleh beberapa wartawan yang hadir.

Selain itu, Azlan yang juga seorang pesara, menafikan pendedahan ini dilakukan bukan disebabkan desakkan politik oleh mana-mana pihak, sebaliknya disebabkan kekesalannya dan telah berjaya mengumpulkan maklumat.

Azlan juga berkata akan memohon maaf secara terbuka kepada Anwar yang juga Ketua Pembangkang berhubung isu yang didakwanya sebagai fitnah.

"Saya tahu kes ini masih berjalan di mahkamah, tapi saya dedahkan adalah kerana saya nak dedahkan, bukan juga sebab politik.

"Saya telah kumpul maklumat ini dari sejak kes perbicaraan, dan makluman orang ramai, saya juga nak beritahu pihak pemerintah tak pernah panggil saya untuk berbincang kerana ia telah dirancang dengan rapi (oleh pegawai khas terbabit).

"Ya, insya-ALLAH jika ada kesempatan saya akan bersemuka dengan Anwar untuk memohon maaf secara terbuka kepadanya," katanya lagi.

Dalam pada itu, Azlan juga enggan memberi sebarang komen apabila ditanya mengenai tindakan yang diambil itu telah diketahui oleh anaknya atau pun sebaliknya.

Beliau juga berkata akan menanggung sebarang tindakan risiko yang bakal dihadapinya dan menyerahkan kepada Saiful serta peguamnya untuk tindakan lanjut.

"Saya tak nak komen mengenai anak saya, saya tak mahu cakap mengenai (melibatkan) anak saya, sama ada dia tahu atau tak.

"Terpulang kepada anak saya dan saya serahkan kepada peguam jika ada sebarang perkara yang berlaku nanti," katanya lagi.

Turut menemani beliau, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.



Berikut adalah KENYATAAN MEDIA BAPA SAIFUL BUKHARI semasa membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah!

1) Saya Azlan Mohd Lazim, bapa kepada mohd saiful berasa sangat kecewa dengan kenyataan bar council yang menyarankan agar pihak Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berhubung keputusan kes anak saya yang diputuskan mahkamah pada 9/1/2012.

2) Pada hemat saya, tindakan Majlis Peguam itu dilihat sebagai langkah untuk menidakkan hak seorang warganegara untuk diadili, dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat yang tertinggi menurut Perlembagaan Malaysia.

3) Majlis Peguam seharusnya bersikap 'neutral' dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan berlangsung.

5) Adakah gesaan tersebut melambangkan pendirian semua peguam-peguam di Malaysia atau hanya pendirian tertentu individu-individu yang menduduki kerusi Majlis Peguam yang berkepentingan politik?

6) Mengapa Majlis Peguam selama ini pernah tidak bantah pihak tertuduh dalam perbicaraan kes ini yang ikut rekod telah membuat 36 kali rayuan? Ini baru kali pertama pihak kami mohon untuk buat rayuan sudah mahu dihalang. Mengapa ada 'double standard'? Adakah kerana anak saya hanya seorang insan kerdil, bukan seorang VIP, ahli politik, hak beliau dinafikan dengan begitu sahaja?

7) Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukan rayuan.

8) Sebagai bapa, Saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapat pengadilan seadil-adilnya bagi mengembalikan nama, maruah beliau, juga seluruh keluarga saya.

AZLAN MOHD LAZIM
11 Januari 2012



Sungguhpun Azlan Mohd Lazim adalah bapa kepada Saiful, namun penulis tidak berniat menyebut Saiful sebagai anaknya. Bapa apakah yang sanggup “menjual” maruah anaknya sendiri?

Saiful Bukhari bukan seorang penjenayah, bukan seorang perogol dan bukan seorang peliwat. Beliau hanyalah mangsa liwat yang mahu mencari keadilan untuk dirinya. Beliau melakukan segala-galanya untuk mendapat keadilan bagi dirinya, daripada membuat laporan Polis, memohon bantuan perlindungan orang politik kerana peliwatnya seorang yang ternama dan berpengaruh, sehinggalah kepada melakukan sumpah laknat.

Bagi seorang Islam yang waras akal fikirnya, mendapat pendidikan agama secukupnya, melakukan sumpah laknat merupakan satu kemuncak kepada segala usaha mendapatkan keadilan bagi dirinya. Itulah yang terpaksa dilakukan oleh Saiful Bukhari untuk meyakinkan orang ramai bahawa dia bukan seorang pelingpur lara atau penipu. Ini bukan kes politik. Ini kes jenayah.

Saiful Bukhari tentu tidak percaya bahawa selepas menjadi mangsa Anwar Ibrahim beliau akhirnya menjadi mangsa kepada bapanya sendiri. Azlan lebih mementingkaan persahabatan beliau dengan Anwar berbanding nasib dan maruah anak kandungnya sendiri. Bapa jenis apakah manusia bernama Azlan ini?

Azlan mendakwa tuduhan Saiful Bukhari ke atas Anwar satu fitnah dan konspirasi. Namun membaca laporan-laporan media termasuk Malaysiakini.com, ternyata tiada satu bukti pun dikemukakan oleh Azlan yang boleh mengukuhkan teori bahawa Saiful mereka-rekakan kejadian liwat tersebut. Apa yang ada hanyalah andaian dan kononnya penyelidikan beliau sendiri yang mendapati tuduhan tersebut tidak benar.

Jika benar beliau mengambil mendapat pelbagai maklumat semasa perbicaraan ini mengapa Azlan beria-ia mendesak Peguam Negara melakukan rayuan ke atas pembebasan Anwar?

Pemerhati politik tentu tidak dapat menolak fakta bahawa kemunculan Azlan Mohd Lazim melemparkan tuduhan ini sangat-sangat relevan kepada Anwar. Ketika ini Anwar sedang lemas berhadapan tuduhan-tuduhan ke atas beliau dan pemimpin Pakatan lain dalam isu Lahad Datu. Justeru ia memberi satu tanda tanya besar – ADAKAH AZLAN MOHD LAZIM DIGUNAKAN OLEH ANWAR IBRAHIM UNTUK MENUTUP ISU LAHAD DATU YANG SEMAKIN MENGHIMPIT MEREKA?

Suara Politik
Belantan

Nyanyian 'meroyan' Anwar cetus tanda tanya?



Tindakan Anwar Ibrahim menyanyikan lagu Tanya Sama Pokok yang diubah suai liriknya bagi mengaitkan dengan Sabah berulang kali sejak tahun lalu mencetuskan pelbagai persoalan.

Ketua Pembangkang itu menyanyikan lagi tersebut dalam setiap ceramahnya sejak Disember lalu, malah dalam lirik menyebut 'Sabah bakal hilang'.

Jelas Anwar, apabila Sabah hilang UMNO selaku parti teras dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) akan melayang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Ketua Pembangkang.

"Tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib Sabah nak hilang," dendang Anwar berulang kali dalam setiap ceramahnya sejak 2 Disember tahun lalu sambil mengajak penyokong pembangkang menyanyi bersama.

Dalam ceramah pada 29 Januari lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diceroboh kumpulan pengganas Sulu.

Pada 1 Mac lalu, portal berita Filipina, Inquirer News yang memetik sumber perisikan negara itu melaporkan terdapat tiga kumpulan menjadi dalang kepada pencerobohan berdarah tersebut yang membunuh lapan anggota keselamatan negara.

Malah, laporan itu secara terbuka mengaitkan nama seorang pemimpin pembangkang di negara ini selepas mendedahkan seorang pemimpin pembangkang Sabah yang rapat dengannya mengadakan pertemuan dengan pengganas Sulu bagi menawarkan sokongan.

Sebelum itu, pada 14 Februari lalu, agensi berita antarabangsa, Reuters yang memetik kenyataan pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini.

Reuters melaporkan, kumpulan 150 pengganas diketuai Azzumudie Kiram itu mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 12 Februari lalu bagi membincangkan isu tuntutan tanah selepas jemputan tersebut dibuat.

Akhbar dalam talian, The Manila Times pula mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.

Suara Politik
Belantan

Khamis, Mac 07, 2013

Anwar tak senang duduk...!!! Rahimi akan dedah kaitan Anwar dengan MNLF?



Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman akan mendedahkan hubungan bekas majikannya itu dengan rakan-rakan berpengaruh dari Filipina yang mungkin mempunyai kaitan dengan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Menurut Rahimi, beliau akan membuat pendedahan itu sejurus kemelut pencerobohan sempadan negara oleh pengganas Sulu di Lahad Datu itu reda bagi menghormati tugas pasukan keselamatan negara.

Kata beliau, Anwar dikatakan mempunyai beberapa rakan dari Filipina yang berpengaruh dan mempunyai kaitan dengan politik pembangkang di negara jiran itu serta pembangkang di negara ini.

"Saya dalam proses mencari lebih banyak bukti dan maklumat mengenai perkaitan dan perhubungan Anwar dengan rakan-rakannya yang mempunyai kaitan dengan MNLF.

"Apa yang pasti, empat hingga lima rakan Anwar dari Filipina itu telah membantunya pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 yang lalu. Rakan-rakan Filipina Anwar ini ada kemungkinan mempunyai hubungan rapat dengan MNLF, katanya kepada pemberita ketika dihubungi hari ini.

Rahimi dalam blog AnwarAIDC sebelum ini mengesahkan Ketua Pembangkang itu pernah menggunakan khidmat empat pengawal keselamatan yang berasal dari Filipina. Baca di sini.

Keempat-empat individu itu adalah Daniel Cruz, Noel Del Rosario, Alfred Sese serta Bong Oteyza dan anggota-anggota itu terlatih setanding pasukan komando dan pelbagai kepakaran lain.

Mari kita saksikan video klip dibawah ini, rakaman dibuat beberapa bulan yang lalu. Angin tak bertiup, pohon pun tak bergoyang TETAPI persoalannya kenapa Anwar beria-ia benar katakan Sabah akan hilang...??



Jika kita lihat Anwar sudahpun membuat perancangan awal yang rapi dan teratur sejak dari penghujung tahun lepas lagi dan Anwar sememangnya mahu menjahamkan negara ini dengan menjadikan Sabah sebagai pertaruhan.

Sifirnya cukup mudah..., kalau negeri Sabah berada dalam keadaan cemas, huru hara dan kacau bilau, sudah pasti negeri dibawah bayu itu tidak dapat mengadakan PRU ke 13 seperti di Semenanjung. Tidak mustahil BN boleh tumbang dan beliau memang mahukan Putrajaya.

Sudah siang lagi bersuloh! Siapa sebenarnya DALANG kepada serangan pemberontak di Lahad Datu? Fikir-fikirkan lah...?

Suara Politik
Belantan

Terkini..!!! Jamalul Kiram III Umum Letak Senjata?



Akhirnya mereka mengalah. Jamalul Kiram III umum letak senjata di Sabah bermula 12.30 tengahari ini. Mereka setuju untuk meletak senjata setelah menerima panggilan daripada Setiausaha Agung PBB , Bang Ki Moon. Berikut adalah berita asal yang dipetik dari Philnews!

Sulu sultanate calls for ceasefire in Sabah

MANILA - The Sulu sultanate has called for an immediate ceasefire to the standoff in Sabah following calls by United Nations Secretary General Ban Ki-moon to end violence in Sabah and start holding dialogues.

“The Sultan (Jamalul Kiram III) is calling for a unilateral ceasefire of the sultanate of Sulu effective this hour, 12:30 in the afternoon [of Thursday,” spokesperson Abraham Idjirani said.

He said this is out of respect to the call of the UN secretary-general to end the violence there. He said this is “in order to reciprocate the call of the UN to preserve lives.”

The UN chief also expressed concerned about the impact of the standoff on the civilian population, including migrants in the region.

Ban is closely monitoring the situation in Sabah and would like to see all parties engage in talks for the peaceful resolution of the issue, a UN statement said.

He also urged all parties to "facilitate the delivery of humanitarian assistance and act in full respect of international human rights norms and standards."


Suara Politik
Belantan

Misuari: Kill the Rajah Mudah and it’s war!



MANILA – Moro National Liberation Front (MNLF) chairman Nur Misuari on Tuesday warned Malaysia against killing the Sulu Sultan Jamalul Kiram III brother, Rajah Mudah Agbimuddin Kiram, and his men in Sabah as doing so would be tantamount to a declaration of war against the Tausugs and the former separatist group.

Speaking to reporters, Misuari advised Malaysian Prime Minister Najib Razak: “Once you do that, that will be tantamount to declaration of war against our people and the Moro National Liberation Front. It is our sacred duty to protect our people.

“Every drop of their blood is sacred to us,” Misuari added.

The MNLF founding leader, who signed a peace agreement with the Ramos government in 1997, also rejected as “wild speculation” any insinuation that he was behind the moves taken by the followers of Sulu Sultan Jamalul Kiram III in Sabah, www.abs-cbnnews.com reported.

Speaking to reporters, Misuari said it is irresponsible to link him to an alleged conspiracy to finance the venture of Raja Muda Agbimuddin Kiram and his men to press the sultanate’s claim over Sabah.

“These are all wild speculations. In the first place I have not implored anyone to make this venture. I cannot, you know, preempt the role of the sultan,” he told abs-cbnnews.com.

“To finance is out of the question ,of course. If indeed, I am that well off, why should I finance the adventure of the sultan’s men? Only about 200 people, like that. That’s not my way of doing things,” he added.

Misuari said that as leader of the MNLF, he was able to mobilize 4,000 fighters in the hunt for the bandit Abu Sayyaf who held hostage several foreigners in Mindanao.

He said he deployed a larger force during the Sipadan hostage-taking incident in April 2000 after being tapped by then President Joseph Estrada.

“So, for anyone to speculate that I have anything to do with this is a kind of madness. It is very irresponsible for anybody to implicate me in this,” he said.

The MNLF leader said he is very much concerned about the fate of Raja Muda Kiram and his men after they were reportedly bombed by Malaysian fighter jets Tuesday morning.


Bekas pemimpin Moro National Liberation Front (MNLF), Nurallaj Misuari mengugut akan mengisytiharkan perang terhadap Malaysia seandainya Agbimuddin Kiram, adik kepada Jamalul Kiram III terbunuh dalam mana-mana serangan pasukan keselamatan negara ini.

Pengisyistiharan perang terhadap kerajaan Malaysia itu menjawab teka-teki hubungan pemimpin itu dengan gerombolan penceroboh walaupun sebelum ini beberapa penafian telah dibuat Misuari untuk mengaitkan dia dengan gerombolan tersebut.



Namun sumber risikan kerajaan Filipina mendakwa Nurallaj Misuari sebelum ini telah berjumpa beberapa kali dengan pemimpin Pencerobohan Lahad Datu, Jamalul Kiram III sebelum insiden pencerobohan itu berlaku, menyaksikan lapan anggota keselamatan Malaysia terbunuh.

Dalam sidang media yang sama Misuari sekali lagi menafikan bahawa dia adalah "penaja" kelengkapan persenjataan dan latihan gerombolan pencerobohan. Namun tidak memberikan sebarang penafian terhadap dakwaan bahawa dia merupakan antara individu yang merencakan pencerobohan di Lahad Datu itu.

Suara Politik
Belantan

Rabu, Mac 06, 2013

'Alahai Khalid... oh! PKNS'?




Cuba sesiapa tunjukkan kepada kami, kampung yang mana betul-betul 'kampung' di Selangor.

Maksud kami, yang menepati istilah kampung sebenar. Di Selangor, hampir 90 peratus diliputi perbandaran. Kampung-kampung di Sepang dan Semenyih pun kini dilitupi impak KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur). Kalaupun perhati di Kuala Selangor dan Tanjung Karang, kampung-kampung di situ sudah pun dilimpahi rahmat pembangunan - juga dari impak kepesatan Bagan Datoh, Perak.

Tiada kampung dalam istilah 'kampung dulu-dulu' di Selangor - bermakna sukar dalam tempoh beberapa tahun ini untuk anak-anak muda yang baru berumahtangga mencari penempatan yang kondusif di negeri itu. Malah, penduduk asal Selangor sendiri terpaksa bersaing hebat dengan rakyat dari negeri-negeri lain yang bertandang mencari rezeki, seterusnya jadi pemastautin.

Kerana itu, menjadi tugas - yang sebenarnya peranan penting - untuk digalas oleh menteri besar kerajaan PKR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggerakkan kerajaan yang berimbang dalam memuaskan hati golongan rendah dan sederhana. Pada masa sama, memang tidak boleh pula mengetepikan orang berduit.

Tapi kerajaan negeri Abdul Khalid tidak fikir sedemikian rupa dalam lima tahun mentadbir Selangor ini. Yang ada dalam benak fikirannya - siapa best buyer, siapa ada duit, boleh datang ke Selangor bila-bila masa. Yang 'biasa-biasa' tidak boleh lawan mereka.

Dia tak fikir orang yang beranak-pinak di Selangor yang tiada rumah. Dia lupa matlamat asal Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk membantu golongan rendah dan sederhana memiliki rumah di Selangor, apatah lagi di Shah Alam atau sekitar Petaling Jaya.

Sebab itu Abdul Khalid tanpa rasa bersalah langsung pada Julai tahun lepas, begitu tampak 'lagak korporatnya' mempertahankan tindakan PKNS menetapkan harga rumah yang terlalu tinggi di Selangor. Mudah sahaja rumusannya: "PKNS menetapkan harga projek perumahan di bawahnya berdasarkan harga pasaran. Ini bagi membolehkan syarikat pemaju di bawah kerajaan negeri itu mendapatkan keuntungan dan pusingan modal."

"Apabila PKNS buat, ada diskaun melampau. Jadi, biar ikut harga pasaran. Kalau jual RM1 juta, ada juga pembeli. Keuntungan PKNS kita gunakan untuk usaha membangunkan projek yang tertumpu kepada mereka yang tidak mempunyai tanah atau pendapatan rendah," katanya yang masih terngiang-giang di kepala kami dalam sidang DUN Selangor Julai tersebut.

Eh! betulkah begitu Abdul Khalid? Bukan begitu fakta sebenarnya. Rakyat Selangor atau sesiapapun boleh periksa dan semak - tiada projek rumah mampu milik dan kos rendah sepanjang lima tahun kerajaan PKR memerintah Selangor. Di Bangi dan Shah Alam atau Bukit Botak dekat Selayang kalau ada pun rumah-rumah begini, itu adalah projek dulu era Barisan Nasional. Ia hanya 'lembu punya susu, sapi dapat nama' oleh Abdul Khalid.

Projek rumah kos rendah dan rumah mampu milik di bawah Abdul Khalid tak ada. Tapaknya tak kelihatan pun.

Seelok-eloknya Abdul Khalid singkap balik sejarah Selangor. Kalau boleh, bacalah sejarah waktu Shah Alam dibina awal dulu. Ibu negeri Selangor itu dibina secara susun batu - dengan dibina rumah murah dulu. Ingat tak waktu pentadbiran Menteri Besar, arwah Datuk Harun Idris (sekitar 70-an), habis dibawanya orang Melayu dari negeri-negeri lain ke Selangor. Waktu itu, Kampung Jaya (kini Taman Dato' Harun), Kampung Medan, Kampung Lindungan berceleparan orang Melayu datang untuk merasai 'impak aroma' bandar. Masih ingat tak lagi dengan 'hero setinggan' Kampung Kebun Bunga, Bukit Lanchong, Sri Muda dan Batu Tiga, Allahyarham M. Zin Sulaiman (ADUN Batu Tiga tahun 80-an).

Semasa itu (80-an), Shah Alam baru dibuka. BN bukan sahaja bawa masuk kilang-kilang tetapi juga penduduk setinggan dari Jalan Klang Lama dan sekitar Batu Tiga untuk beli rumah murah di sana. Harga sekitar RM30,000 hingga RM40,000 seunit.

BN tak fikir nak buat untung. Hasilnya, cukup menakjubkan. Iaitu, suatu pembinaan sumber manusia yang hebat. Yakni, dari generasi pertama pembeli rumah, antaranya di Seksyen 24, Seksyen 18 dan Seksyen 16, Shah Alam itu, lahir pula generasi kedua dan ketiga yang cerdik pandai. Anak-anak mereka belajar sampai ke Amerika Syarikat, menjadi doktor, arkitek dan jurutera kini - termasuklah adik penulis sendiri yang datang dari keluarga setinggan Kampung Lindungan, dekat Sungei Way sebelum berpindah ke Shah Alam pada 1986.



Penduduk generasi awal Shah Alam tidak berdepan nasib serupa seperti generasi ketiga hingga generasi kelima di Filipina dan Argentina yang masih bergelut dengan kesusahan hidup termasuk kekal setinggan dan sekadar pemungut barang lusuh dan terbuang.

Dan sempat juga kami menanyakan hal ini kepada anak Allahyarham M. Zin, iaitu penyelaras Parlimen Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi akan kenangan manisnya mengikut arwah meredah kepekatan malam menemui dan menyelesaikan permasalahan setinggan.

"Masih saya ingat lagi kata-kata bapa, kami (BN) bangunkan Shah Alam perlahan-lahan, sebabnya nak tunggu sampai orang Melayu atau sesiapa sahaja orang susah itu jadi hingga dia senang.

"Ya, kalau nak 'kaut', waktu era itu (80-an) boleh 'kaut'... tapi tengoklah dek hasil bina rumah murah di Shah Alam... kesannya terpercik hebat pada keluarga generasi awal itu," katanya.

Kata Nawawi: "Kita jadi pemimpin, untungnya apa? Bukankah untuk rakyat akhirnya... kalau ada rizab berjuta-juta apa untungnya?

"Jadi pemimpin bukan untuk kita kejar duit tapi untuk gembirakan rakyat. Itu cerita sebenar jadi pemimpin."

Cuma yang menghairankan Ahmad Nawawi, 51, ialah BN semasa kehilangan Selangor tempoh hari (Mac 2008) telah meninggalkan negeri itu bukan dalam keadaan 'papa kedana' atau dikelilingi hutang-piutang. Bukan seperti Kelantan sekarang. Tetapi Selangor ditinggalkan dalam keadaan kakitangan PKNS menikmati bonus sehingga lima enam kali sebulan. BN tinggalkan PNSB, PKPS dan Worldwide ketika syarikat-syarikat kerajaan negeri itu sedang untung. BN tinggalkan Selangor pada 2008 dalam keadaan kantung rezab negeri berisi RM1 bilion.

"Kita tinggalkan timbunan harta kepada PKR, DAP dan Pas Selangor. Tapi apa yang kerajaan PKR negeri buat? Adakah satu sekolah, masjid, surau, hospital dan klinik dia buat? Masjid di Taman Tun Dr. Ismail Jaya (TDDI Jaya) janji nak dibina, sampai sekarang 'berkurun' dinanti penduduk.

"Hospital Shah Alam hasil tangan BN ini pula bukan setakat hospital sahaja, adakah PKR nak tampung kos doktor dan peralatannya sekali?" kata beliau.

Tambah Ahmad Nawawi : "Kalau BN tak tinggalkan duit pun (pada 2008), tanah-tanah di Selangor ini dah macam lombong emas (harganya mahal) pun.

"Apa yang kerajaan PKR Selangor buat? Rumah mampu milik... tak ada, tak ada bayangnya pun," katanya.

Ini bukan cerita dongeng. Ini bukan cubaan... Tidak ada apa yang boleh rakyat Selangor banggakan di bawah kerajaan pakatan dalam lima tahun ini. Yang ada mungkin pawagam tujuh panggung di Bukit Jelutong Timur - atau 'pusat hiburan' di Setia Alam.

Cerita nak menstrukturkan semula industri air tak pernah habis dari 2008 hingga nak hampir Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Ini bukan soal dia ahli korporat atau tidak. Tapi ini soal kewibawaan, soal kepimpinan.

Suara Politik
Belantan

Ibarat membaling batu, sembunyi tangan? Misuari sedia berunding dengan kerajaan Malaysia!



Bolehkah kita mempercayai kata-katanya! Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari, hari ini menafikan beliau mengarah penghantaran tentera MNLF untuk membantu pengikut Sultan Jamalul Kiram III, yang mendakwa Sultan Sulu yang menceroboh Sabah.

"Saya membaca laporan akhbar menyatakan elemen MNLF secara aktif terlibat membantu pencerobohan di Sabah itu," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Jamalul Kiram, di Taguig City, selatan Manila, hari ini.

Saya tidak tahu menahu tentang (pencerobohan) itu. Tidak ada sesiapa memohon kebenaran saya untuk (MNLF) terlibat dalam pencerobohan itu," tambah beliau.

Misuari berkata, bagaimanapun, mungkin ada beberapa orang anggota MNLF yang menyertai kumpulan Kiram menceroboh Sabah atas kerelaan mereka sendiri. Misuari juga berkata, beliau bersedia membantu menyelesaikan krisis itu, dengan menyatakan cucu saudaranya ada kaitan kekeluargaan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak?

Bolehkah kita mempercayai kata-kata mereka apabila taktik tipu dan perdaya yang digunakan oleh kumpulan penceroboh dengan menaikkan bendera putih untuk menyerah diri semasa berunding telah menyebabkan 2 anggota komando polis terbunuh kerana diserang hendap di Lahat Datu! Merekalah yang sebenarnya memulakan serangan terhadap anggota keselamatan negara!



Dalam pada itu, Misuari semasa membuat penafian, 10,000 kaum Tausug didakwa menuju Sabah?

Beribu-ribu rakyat Filipina berketurunan Tausug dari pulau Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi didakwa sedang belayar menuju ke Sabah bagi membantu pengganas Sulu, yang menceroboh Sabah.

Akhbar Filipina, Inquirer melaporkan Pengerusi Majlis Pemerintahan Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Habib Hashim Mudjahab berkata, pihaknya tidak boleh lagi menghalang rakyatnya daripada mengambil tindakan.

"Kami bersedih dan kebanyakan rakyat kami walaupun bukan askar, sedang menuju ke Sabah bagi membantu pengikut Kesultanan Sulu," katanya.

Menurut beliau, kira-kira 10,000 kaum Sulu dari Basilan, Sulu, Tawi-Tawi dan Zamboanga sedang belayar menuju ke Sabah sejak malam tadi bagi membantu pengikut Sultan Jamalul Kiram III di Lahad Datu, Sabah.



Sementara itu, seperti yang dipetik dalam laman web Astro Awani, Gabenor Wilayah Pentadbiran Autonomi Islam Mindanao (ARMM), Mujiv Hataman menafikan dakwaan MNLF bahawa ribuan etnik Tausug sedang menuju ke Sabah.

Mujiv berkata, kenyataan MNLF pimpinan Nur Misuari itu disifatkan sebagai strategi untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah.

"Itu tidak benar. Tiada sesiapa pun dari selatan Mindanao sedang bergerak ke Sabah," jelas Mujiv dalam satu kiriman mesej terbaharu kepada Astro Awani.

Menurut Mujiv, ARMM akan meneruskan usaha memujuk kumpulan penceroboh itu supaya berundur dan mengingatkan mereka mempertahankan persaudaraan atas nama Islam.

"Semua orang Islam bersaudara. Saya sekali lagi menggesa mereka (penceroboh) menamatkan pencerobohan di sana," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

Selasa, Mac 05, 2013

OPS SULU: Surat Terbuka Dayang Sulu...!!!



Surat Dari Dayang Sulu

RODINOOD, SULTAN SULU YANG SAH?

Saya ingin memberikan penjelasan kepada tentang kenyataan wartawan Mohd Yatim Suhaili serta Editor Sabahkini.net, Mutalib M.D mengenai artikel ISA BUAT PENYAMAR SULTAN SULU? Tentang Sultan Julami Kiram Prince Hadji Rodinood menunjukkan pasport antarabangsa Filipina dan bukannya Pasport Kerajaan Sulu.

Nama sebenarnya ialah Sultan Sulu Hj Rodinood Ibni Almarhum Sultan Hj Mmohammad Julaspi Ibni Almarhum Sultan Hj Jamalul Kiram II. Beliau ialah cucu kepada Sultan Sulu Jamalul Kiram II yg mangkat pada tahun 1936.

Untuk pengetahuan pembaca Sabahkini.net, semua ‘Sultan Sulu’ yang menyamar ‘Kiram’ itu bukanlah dari darah Sultan Jamalul Kiram II walaupun mereka memakai nama ‘Kiram’.

Walaupun nenek moyang mereka datang dari Sultan Badarudin, Sultan Mawalil Wasit, Datu Atik; Sultan Jamalul Alam mempunyai empat orang anak lelaki iaitu Sultan Badarudin, Sultan Jamalul Kiram, Sultan Mawalil Wasit dan Datu Atik.

Berhubung isu rumah bicara di Jolo, Sulu sudah tidak boleh dipakai lagi kerana mereka pun telah melakukan banyak kesalahan seperti menabalkan orang biasa menjadi ‘Sultan Sulu’ seperti ‘Sultan Ombra Amil Bangsa’, suami kepada Dayang Piandao alias Kiram. Ayahanda kepada Dayang Piandao ini ialah Sultan Badarudin. Sepatutnya dia berbintikan Badarudin dan bukannya berbintikan kepada datuk kepada Sultan Hj Rodinood yang memegang pasport Filipina iaitu Sultan Hj Jamalul Kiram II yang mangkat pada tahun 1936.

Sultan Hj Rodinood Ibni Almarhum Sultan Hj Mohammad Julaspi Ibni Almarhum Sultan Hj Jamalul Kiram II adalah Sultan Sulu dan Sabah Borneo Utara. Perjanjian sewa pajak Sabah di antara Syarikat British North Borneo Company dengan Sultan Sulu yang dimaterai pada 4 Januari 1878 sehinggalah 1978.

Sebelum Sabah membentuk Malaysia, Tun Datu Mustapha dan Tunku Abdul Rahman telah menjemput satu-satunya anak Sultan Sulu Jamalul Kiram II iaitu Sultan Hj Mohammad Julaspi datang ke Kudat, Sabah.

Tun Datu Mustapha adalah keluarga kepada Sultan Hj Mohammad Julaspi. Oleh kerana Tun Datu Mustapha mahu Sabah membentuk Gagasan Malaysia, maka Sultan Hj Mohammad Julaspi pun bersetuju disebabkan Malaysia ialah kerajaan Islam.

Sultan Hj Mohammad Julaspi, ayahanda kepada Sultan Hj Rodinood ini telah menyerahkan ‘Mohor Diraja Sulu’ dan menandatangani persetujuan Sabah menjadi sebahagian daripada wilayah Malaysia kepada Tun Datu Mustapha.

Maka Tun Datu Mustapha pun bertolak ke England untuk menyerahkan ‘Mohor Diraja Sulu’ dan tandangan satu-satunya anak Sultan Sulu Dari Sultan Hj Jamalul Kiram II yang berdaulat kepada kerajaan British.

Malangnya, selepas itu Tun Datu Mustapha mengkhianati pak ciknya sendiri, Sultan Hj Mohammad Julaspi Ibni Almarhum Sultan Hj Jamalul Kiram II kerana beliau pula yang teringin menjadi Sultan Sabah.

Sultan Sulu, Rodinood Julaspi Kiram inilah satu-satunya Sultan Sulu yang pro kepada kerajaan Malaysia. Di waktu pertabalannya di Manila yang dihadiri beribu rakyatnya, beliau telah berkata yang kerajaan Ffilipina tidak sah di Jolo, Sulu.

Sebelum ditabalkan menjadi Sultan Sulu dan Borneo Utara, beliau pernah berdebat dengan kesemua sultan-sultan palsu yang menyamar keturunan ‘Kiram’ semasa pemerintahan Presiden Ninoy Aquino di Manila, kesemua sultan-sultan palsu ini kalah malu dan terbuka tembelang mereka setelah mereka ditanya akan usul asal nenek moyang mereka.

Tiada yang berani mengatakan mereka dari darah Sultan Hj Jamalul Kiram II. Hanyasanya Sultan Sulu Rodinood Julaspi Kiram sahaja berani bersumpah yang dia dari darah Sultan Hj Jamalul Kiram II dan mengatakan sekiranya dia berbohong maka akan dilaknat Allah swt.

Maka riuh rendahlah dewan di Manila yang dipengerusikan oleh Presiden Ninoy Aquino, Setiausahanya Santanina Rasul dan ahli kabinetnya. Mereka bertanya kepada Sultan Sulu Rodinood Ibni Almarhum Sultan Hj Mohammad Julaspi Ibni Almarhum Sultan Hj Jamalul Kiram II sama ada menyokong kerajaan Filipina, maka dijawabnya dia menyokong kerajaan Malaysia kerana anak isteri dia orang Malaysia.

Itulah sebabnya kerajaan Filipina gagal menuntut Sabah sebab pewaris Sultan Sulu Hj Jamalul Kiram II tidak menyokong mereka. Adapun kedudukan Jolo, Sulu dalam kerajaan Filipina tidak sah kerana Jolo, Sulu tidak pernah dijajah.

Kerajaan Filipina cuma diamanatkan menjaga Jolo, Sulu sahaja. Demikianlah sedikit sebanyak tentang Sultan Hj Rodinood Ibni Almarhum Sultan Hj Mohammad Julaspi Ibni Almarhum Sultan Hj Jamalul Kiram II pewaris ‘Kiram’, Sultan Sulu yang sah.

Salam Hormat,
DAYANG SULU


Suara Politik
Belantan

Siapa Yang Berkomplot Dengan Misuari Untuk Gagalkan Rundingan Damai Di Filipina?



And in Malaysia, opposition party PKR got plans to go to Manila. They are offering another set of 'peace solution' for Mindanao.

Former leader Anwar Ibrahim too didn't recognise Malaysia's role in the agremeent for failing to mention Malaysia and PM Najib in all his statements and remarks about the event. He still wants to lucre from the deal.



What is PKR up to? To spoil the agreement by working with Nur Misuari? Then the agreement would fail the Mindanao will forever ravaged by civil war. ( read more )

Suara Politik
Belantan

Isnin, Mac 04, 2013

Kebiadaban, keceluparan Tian Chua tidak boleh dimaafkan?





Biadap, keji dan hina, mungkin itulah istilah paling sesuai digunakan oleh sesiapa juga yang mahu mengecam Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Tian Chang atau Tian Chua yang menyifatkan kejadian pencerobohan di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO.

Tian Chua tidak harus berdolak-dalik lagi dalam soal ini kerana kenyataan beliau bukan disiarkan oleh media arus perdana yang dianggap musuh pakatan pembangkang tetapi disiarkan oleh keadilandaily.com pada hari negara berkabung akibat gugurnya dua perwira dari pasukan komando VAT69.

Apa yang dilakukan oleh Tian Chua adalah perbuatan biadab dan sudah melampaui batas dalam politik, namun kita tidak perlu hairan dengan sikap seorang pemimpin yang pernah berbaring di tengah jalan tetapi akhirnya diangkat sebagai calon dalam pilihan raya oleh PKR sehingga bergelar Yang Berhormat.

Tidak kira apa pun hujahnya, tindakan Tian Chua tidak harus diselesaikan hanya melalui permintaan maaf sahaja sebaliknya pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya kerana kita sudah bosan dengan senario politik celupar yang kemudiannya dilupakan hanya disebabkan pemimpin biadab seumpama itu memohon maaf.

Kebiadaban Tian Chua tidak boleh dimaafkan begitu sahaja tetapi beliau perlu bersedia diseret ke muka pengadilan kerana melakukan perbuatan yang dianggap boleh dikategorikan menghasut dan mencetuskan kebencian.

Tian Chua perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana beliau telah membuat satu kenyataan yang mengguris perasaan seluruh rakyat Malaysia yang menyanjungi keperwiraan perajurit-perajurit negara dan bersimpati dengan keluarga perajurit yang terkorban.



Justeru kita bersetuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa perbuatan Naib Presiden PKR itu adalah mainan politik cukup hina dan menggambarkan sikap mereka yang tidak berhati perut dan tidak berperikemanusiaan sekali gus tidak layak dipilih sebagai pemimpin.

Sebenarnya kalau begitulah bentuk kenyataan yang dibuat oleh Tian Chua memang benar beliau tidak layak menjadi pemimpin kerana dalam kepala beliau semuanya mahu dipolitikkan hatta melibatkan keselamatan negara sekali pun.

Bagi pemimpin-pemimpin pembangkang yang jumud dan taksub dengan politik kemaruk kuasa seperti Tian Chua ini, mereka bersedia melakukan apa sahaja bagi memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN). Sebab itulah dia tergamak menganggap peristiwa pencerobohan di Lahad Datu itu sebagai sandiwara.

Tian Chua perlu faham yang paling banyak bersandiwara bukannya kerajaan BN atau pemimpin UMNO tetapi pemimpin-pemimpin pembangkang. Tidak perlu kita imbas apa sandiwara mereka kerana rakyat pasti mengetahuinya.

Kalau pun Tian Chua mahu bersandiwara dengan tujuan meraih sokongan untuk pakatan pembangkang yang kini semakin terumbang-ambing ternyata beliau telah memilih isu yang salah. Sebaliknya ia memaparkan kebodohan dan kejahilan sesetengah pemimpin pembangkang berpolitik.

Sepatutnya, dalam situasi kritikal melibatkan isu pencerobohan di Lahad Datu, Tian Chua memberi sokongan padu kepada kerajaan untuk menanganinya bersandarkan kepada keupayaan anggota keselamatan kita dan bukannya membuat kenyataan yang menimbulkan kemarahan semua pihak.

Dalam soal ini, kita juga ingin mengetahui apakah pendirian PKR, apakah mereka menyebelahi Tian Chua atau bersedia memecat beliau?



Ini memandangkan Tian Chua bukannya ahli biasa tetapi berjawatan Naib Presiden PKR, oleh itu jika parti tersebut memandang serius isu ini sesuatu perlu dilakukan.

Langkah itu penting bagi mengelakkan PKR akan dituduh merestui ‘kenyataan jahil’ Tian Chua. Apatah lagi PKR melalui pakatan pembangkang dalam manifesto mereka cuba memaparkan mereka wira memperjuangkan nasib anggota keselamatan apabila menyatakan akan menaikkan gaji anggota polis sebanyak 15 peratus jika mereka memerintah.

Kalau benarlah PKR ikhlas mahu membela nasib anggota polis, maka Tian Chua perlu diambil tindakan. Kita juga ingin mengetahui apa komen sekutu PKR iaitu Pas dan DAP.

Jika mereka tidak bersetuju dengan kenyataan Tian Chua buat pendirian rasmi supaya rakyat tidak membuat tafsiran yang bukan-bukan terhadap mereka.

Namun begitu apa yang lebih penting sekarang ialah memastikan sikap mulut celupar Tian Chua diajar dan tidak dibiarkan begitu sahaja.

Sekali lagi, perhatian akan diberikan kepada pihak polis yang akan menyiasat laporan yang dibuat oleh pelbagai pihak ke atas Naib Presiden PKR itu. Kita tidak mahu kes Tian Chua ini didiamkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan.



Apa yang dilakukan oleh Tian Chua sudah jelas satu perbuatan politik keji dan ia tidak sewajarnya dibiarkan terlepas begitu sahaja.

Rakyat yang sentiasa mendoakan keselamatan anggota polis dan tentera dalam operasi menentang pencerobohan di Sabah sudah pasti mahu melihat apa yang akan diterima oleh Tian Chua akibat keceluparannya.

Perhitungan politik tidak boleh diambil kira lagi termasuklah kononnya tindakan Tian Chua ini bertujuan mengalih isu kerana beliau sudah pasti sedar apa yang beliau katakan.

Justeru tindakan tegas daripada pihak berkuasa amat penting bagi menunjukkan bahawa tiada kompromi dengan mana-mana ahli politik yang mahu mempolitikkan segala-galanya hatta kematian perwira negara sekali pun.

Tambahan pula, ini bukanlah kali pertama pemimpin-pemimpin pembangkang mempolitikkan isu melibatkan keselamatan negara.

Kita masih ingat satu ketika dahulu apabila tercetus peristiwa Sauk di Perak, pembangkang menuduh ia lakonan dengan mempertikaikan bagaimana sebuah kenderaan MPV boleh mengisi beratus-ratus senjata.

Tetapi apabila Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat demonstrasi bagi menunjukkan bagaimana ia dilakukan, pembangkang hanya mendiamkan diri dan tidak pula meminta maaf.

Sebab itulah, kita berpendapat, Tian Chua tidak boleh dilepaskan begitu sahaja, beliau perlu bertanggungjawab terhadap kejahilannya berpolitik.

Oleh : Zulkiflee Bakar

Suara Politik
Belantan

Ahad, Mac 03, 2013

Anwar Ibrahim Gelabah Dalam Insiden Lahad Datu! Askar Sulu Mencari Pemimpin Pembangkang?




Pakatan Rakyat pada Khamis lalu menafikan laporan Reuters yang mendakwa pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu atas jemputan pihak pembangkang.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa kenyataan itu datang daripada Umno bukan Reuters.

"Itu Umno punya kenyataan bukan Reuters, siapa yang beritahu? Itu Umno punya," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Institut Rakyat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini.

Ketika diminta mengulas lanjut berhubung perkara itu, beliau hanya berkata: "Saya tak mahu komen."

Reuters pada 14 Februari lalu melaporkan seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata bahawa kumpulan lelaki itu merupakan pengikut Sultan Sulu yang telah dijemput ke Sabah oleh seorang ahli politik daripada pihak pembangkang bagi menbincangkan mengenai isu tanah.

Kumpulan yang dianggotai 100 orang itu diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, mendesak bertemu 'personaliti' tertentu apabila rundingan tersebut berlarutan.

Kumpulan berkenaan sebelum ini menuntut pengiktirafan sebagai tentera Sulu daripada kerabat Sultan Sulu, meminta agar komuniti Suluk, yang telah lama berada di Sabah tidak dihantar pulang. Baca di sini.

Pelik juga kerana jika sebelum ini Tian Chua yang keluarkan kenyataan mengaitkan Kerajaan Malaysia 'mencipta' insiden di Lahad Datu, kini Anwar Ibrahim pula terpaksa bersuara. Kenapa Anwar gelabah menyalahkan UMNO sedangkan Reuters tidak menyebut pun pembangkang dari parti mana. Adakah dari PKR, DAP, PAS atau parti pembangkang negeri Sabah seperti SAPP?

Sama juga dengan kes Liwat2 pada awalnya yang membabitkan pembancuh kopin Anwar yang bernama Saiful. Baru sahaja Saiful membuat laporan polis, Anwar dengan tidak semena-mena 'lari' ke kedutaan Turki untuk mendapatkan perlindungan? Kenapa!..Adakah takut dengan bayang-bayang sendiri?

Oleh kerana terdesak, nampaknya pembangkang sudah berani mengadakan perjanjian sulit dengan pihak luar untuk mewujudkan keadaan tidak selamat dalam negara. Berita perjanjian 'sulit' antara pemimpin pembangkang dengan 'tentera' Sulu bukanlah dilaporkan oleh Utusan, Berita Harian, RTM mahupun TV3. Tetapi agensi berita antarabangsa Reuters yang menjadi pemecah berita dalam hal ini.



Kalau sebelum ini Anwar boleh menipu pengikutnya dengan menuduh semua media arus perdana sebagai media UMNO, takkan Reuters pun akan menerima nasib yang sama seperti Utusan, Berita Harian dan TV3?

* Kalau tiada angin, masakan pohon boleh bergoyang! Jangan baling batu, sembunyi tangan! Lambat laung, orang akan tahu? Kau tunggulah Anwar...!!!!

Suara Politik
Belantan

Sabtu, Mac 02, 2013

Dalang pencerobohan Lahat Datu - Anwar perlu jawab dakwaan laporan risikan Filipina?




Kenyataan yang dipetik dari akhbar Phillipines Inquiry adalah seperti berikut!

Gov’t intel eyes 3 groups abetting Sulu sultan’s claim

By Nikko Dizon
Philippine Daily Inquirer
1:29 am | Friday, March 1st, 2013

Whether the heirs of the sultanate of Sulu acted on their own to reclaim Sabah or were instigated by an external force to do so, one thing is certain, according to government intelligence sources: It was a business that proved too big for the heirs to handle on their own.

The sources said that the Philippine government’s policy on Sabah is to keep it in the back burner.

But apparently “some people” want to push it forward now. And why now, at this time, is one of the questions government intelligence is looking into.

The sources consistently mentioned three groups that appear to have taken advantage of the decision of the Kirams to pursue their Sabah claim.

“These are groups that wanted to ride on the Kirams’ pursuit with their own interests in mind,” one of the sources said.

Another source added: “There are a lot who can gain from this, not just in the Philippines but in Malaysia as well.”

These “external factors,” as an Inquirer source described the groups, are one small faction that is in it for the money, an anti-Aquino administration group, and the Malaysian political opposition.

“The Kirams planned to pursue their claim as early as last year. But they went to Lahad Datu also on the instigation of these groups,” the intelligence officer said.

The small group supposedly goaded the Kirams to ask Malaysia for a higher rent on Sabah. If Malaysia gives in, this small group would allegedly have a share of the increase.

The anti-administration group simply wants to discredit President Aquino and is using the peace process as a cause of disenchantment for the Kirams.

“All those who do not like P-Noy (the President’s nickname) have joined forces. This is one way to really test how this administration will react (to such an issue). Whatever happens in Malaysia, there will be a backlash on us,” one source said.

“In a way, whoever wants to disrupt the peace process or the gains of President Aquino has already won,” the source added.

The third group is allegedly the Malaysian political opposition, which is gearing up for general elections that may be called before June.





The intelligence officer said that one member of the Malaysian political opposition allied with Anwar Ibrahim was running for a post in Sabah.

“Apparently, this politician was one of those who spoke with the Kirams. He supposedly gave the opposition’s support to the Kirams’ claim to Sabah,” the source said.


Rakyat juga mahu tahu tujuan Anwar berjumpa dengan Misuari! Sepertimana yang kita ketahui Misuari masih berdendam dengan kerajaan Malaysia kerana pernah menangkapnya dahulu. Apa hubungan kait Anwar dengan Misuari sebelum insiden pencerobohan Lahat Datu oleh 'tentera Sultan Sulu'?



Misuari tahu kerajaan Malaysia ada simpan dokumen dan surat perjanjian Sultan Sulu dengan syarikat Hindia Timur! Misuari tahu kerajaan Filipina masih berselera keatas Sabah. Misuari juga tahu besar imbuhannya kalau Sabah kembali kepada Filipina dimana beliau dan Sultan Sulu turut juga akan mendapat imbuhan. Tetapi siapa yang dapat membantu beliau untuk mendapatkan semula surat dan dokumen itu?

Mungkin oleh kerana itulah Misuari pergi berjumpa dengan Anwar, kerana memikirkan yang Anwar bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru!

Sudah menjadi tabiat semula jadi pemimpin PR seperti Anwar ini gemar mencipta masalah dan merekayasa isu hangat, kemudian bila isu meleret-leret melibatkan keselamatan awam dan negara mereka akan segera menuding jari menyalahkan Kerajaan Pusat.

Itu yang berlaku di Lahad Datu, Sabah sekarang yang menyaksikan pencerobohan oleh lebih kurang 100 orang pengikut Sultan Sulu yang kedatangan mereka disebabkan jemputan oleh pemimpin PR selepas dijanjikan akan beroleh 'wilayah pemerintahan sendiri' di negeri itu.

PR yang menyedari peranannya dalam kemelut isu ini sudah diketahui umum terutama selepas sumber Tentera Filipina mengesahkan jemputan itu datangnya dari pemimpin pembangkang Malaysia, nyata tidak senang duduk dengan pendedahan tersebut.

Dipercayai pemimpin pembangkang Sabah juga turut terlibat dalam pencerobohan itu.



Rakyat Sabah yang sedari awal sudah mengesan wujudnya tangan ghaib dalam isu ini akhirnya bangkit mengecam tindakan tidak patriotik pemimpin pembangkang dari Semenanjung itu yang dikira cuba mengganggu gugat ketenteraman penduduk Sabah.

PR kini tersepit tapi sudah menjadi lumrah dan kelebihan semula jadi pemimpin PR segera bertukar lidah untuk menuding jari dan menyalahkan pula pihak berkuasa kerana mengambil langkah berunding dengan kumpulan penceroboh tersebut.

Saban hari pemimpin PR pula cuba memprovokasi khalayak supaya bangkit mempertikaikan tindakan pihak berkuasa mendahulukan rundingan dengan kumpulan penceroboh itu, di masa yang sama PR cuba memperlekehkan keupayaan pasukan keselamatan negara dalam berdepan dengan isu sebegini.

Tindakan yang tidak matang sedemikian tidak membantu mengendurkan suasana sebaliknya hasutan dan provokasi PR itu hanya menyebabkan jalan perundingan yang dirintis boleh hancur berkecai.

Umum tahu, PR gemar melihat kekecohan dan kalau boleh berlakunya pertumpahan darah di Lahad Datu di mana semua penceroboh yang mengaku sebagai tentera Kesultanan Sulu itu mati dibunuh. Bila itu berlaku mereka mengharapkan akan memperoleh keuntungan politik kepartian.

Pemimpin PR yang bertanggungjawab menabur janji kepada Sultan Sulu dan pengikutnya, PR pula yang mahu melihat pertumpahan darah berlaku. Pelik? Fikir-fikirkanlah!

Suara Politik
Belantan

Jumaat, Mac 01, 2013

Masalah besar jika Nizar Lambai tidak faham makna Ketuanan Melayu?




Nampaknya Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin @ Nizar Lambai datang 'gila meroyan' lagi apabila dia menyifatkan konsep ketuanan Melayu yang diamalkan di negara ini sejak 55 tahun lalu mesti dihapuskan serta 'dihumban' keluar daripada arus politik negara.

Bila sudah rasa tertekan dengan krisis dalaman PAS sekarang, Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu mendakwa, konsep ketuanan Melayu hanya menanam sifat kebencian terhadap kaum sekali gus membawa kepada ketidakadilan dan kezaliman.

Tak tahulah mengapa tiba-tiba Nizar Lambai mahu 'menghumban' ketuanan Melayu. Adakah Nizar tidak suka mengaku dirinya Melayu ataupun Nizar bukanlah 'Melayu sejati'? Atau adakah Nizar tidak faham dengan apa yang dikatakan 'ketuanan Melayu' itu sendiri?

Sambil menggunakan petikan Surah Al-Maidah ayat 8, Mohammad Nizar ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Fasa 3B Manjung di sini malam tadi berkata, konsep ketuanan Melayu tidak dibenarkan Islam.

"Allah kata Aku tidak terima ketidakadilan. Melayu ditanam sifat benci kepada Cina dan India, Cina ditanam sifat benci kepada Melayu dan India, India ditanam sifat benci kepada Cina dan Melayu.

"Setelah 55 tahun berlalu, kita lihat ketidakadilan ini berlaku. Kalau hendak bawa kembali kepada takwa, hilangkan ketuanan Melayu. Dalam Islam, yang hanya dibenarkan adalah ketuanan syarak," katanya.



Mohammad Nizar turut mendakwa, prinsip ketuanan Melayu tidak tercatat dalam sumber berasaskan al-Quran mahupun as-Sunnah, justeru konsep itu harus 'dihumban keluar'. Sama juga sewaktu Nizar menjadi Menteri Besar Perak buat seketika, semasa didalam sidang DUN, dia mencabar supaya sesiapa dapat buktikan yang PAS mahu menegakkan negara Islam PAS!

Mengambil contoh kaum 'Ad dan Thamud, pemimpin Pas itu menegaskan, sesuatu bangsa itu tidak pernah mempertahankan agama, sebaliknya agama yang sepatutnya membela bangsa.

Dalam kuliah maghrib itu, Mohammad Nizar juga mengambil kesempatan menyeru orang ramai supaya membuat keputusan yang betul pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dengan memilih kerajaan yang tidak mengamalkan rasuah.

"Di akhirat nanti, Allah nak tanya kita. Soalan pertama siapa tuhan kamu? Soalan kedua siapa kerajaan yang memerintah hari ini? Boleh semak surah ke-40 ayat 16," ujarnya.

Mungkin juga kita tertanya-tanya, apakah salah dan hina Ketuanan Melayu jika ia tidak pun menindas orang lain, apatah lagi merampas harta benda dan hak orang bukan Melayu sebagai penduduk negara ini.

Jika Nizar mengatakan isu Ketuanan Melayu yang menjadi masalah kepada orang muda dari kaum Cina dan India, Nizar perlu bertanya balik pada diri sendiri mengapa ketuanan Melayu itu menjadi salah satu perjuangan UMNO. Malahan sebahagian orang muda Melayu sendiri hari ini sudah tidak faham makna ketuanan Melayu termasuklah Nizar sendiri!

Nizar perlu tahu yang Ketuanan Melayu bukanlah untuk menjadikan Melayu ini 'Tuan' dan bukan Melayu sebagai 'Hamba'. Sebaliknya Ketuanan Melayu bermaksud atau simbol kedudukan Sultan-Sultan Melayu sebagai tunggak negara yang menjaga kepentingan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bahasa Melayu. Apakah ini yang Nizar mahu humbankan?

Sebab itu apabila para pemimpin kita dahulu memutuskan perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu adalah untuk mempertahankan kedudukan kesultanan Melayu, agama Islam, adat istiadat orang Melayu dan Bahasa Melayu.

Hanya kerana generasi hari ini tidak memahami makna dan maksud Ketuanan Melayu, bukan bermakna ia tidak lagi relevan. Apakah hanya kerana ia dijadikan isu bagi menunjukkan UMNO sebuah parti perkauman, maka kita mahu lari dari tuduhan dengan menukar arah perjuangan kita.



Tidak ada salah dengan kenyataan atau laungan mempertahankan Ketuanan Melayu sekiranya kita memberi kefahaman yang tepat kepada orang ramai. Mempertahankan Ketuanan Melayu merupakan mempertahankan asas-asas Perlembagaan Negara. Apakah perlembagaan negara merupakan sebuah perlembagaan yang berunsur perkauman?

Ketuanan Melayu tidak pernah menindas bangsa lain atau menjadikan bangsa lain sebagai hamba. Mungkin hanya Nizar yang berprasangka sedemikian? Selama berpuluh tahun UMNO membawa perjuangan Ketuanan Melayu tidak ada satu bangsa pun yang ditindas atau menjadi hamba. Kita melihat begitu ramai orang bukan Melayu yang menikmati kemajuan pesat negara, malah dalam banyak keadaan kaum bukan Melayu meraih kek ekonomi yang lebih besar berbanding orang Melayu.

Masalah kita hari ini, mungkin terdapat ramai yang tidak memahami erti ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan termasuklah Nizar sendiri. Mungkin kerana tertekan, Nizar cuba membangkitkan isu perkauman supaya orang Cina dan India bangkit membenci orang Melayu seperti mana yang berlaku pada peristiwa 13 Mei 1969. Adakah ini yang Nizar mahukan?

Siapa yang cuba menanam sifat kebencian sesama kaum kalau bukan Nizar sendiri. Nasihat penulis buat Nizar, jangan cuba bermain dengan api,kelak membakar diri. Pasal pulut santan binasa, pasal mulut badan binasa! Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Fikir-fikirkan lah. Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan