Ahad, Januari 15, 2012

Isu siapa MB Selangor tidak penting?


Amir Mahpol, Ketua Pusat Daerah Mengundi Barisan Nasional (BN) Bandar Baru Sungai Buluh Selatan seperti tidak dapat menyembunyikan perasaannya. Semangatnya begitu berkobar-kobar mahu Selangor ditawan semula.

Dengan gaya yang tertib dan sopan, pesara berumur 57 tahun ini menggunakan analogi Selangor umpama sebuah piala. Piala itu pula sangat mahal yang telah terlepas kepada pakatan pembangkang pada saingan 2008.

"Semangat sentiasa membara," katanya merujuk kesungguhan jentera BN khususnya UMNO untuk mengambilalih semula Selangor.

PDM kawasannya menjaga DUN Paya Jaras dan Parlimen Subang. DUN Paya Jaras masih menjadi kubu kuat UMNO manakala DUN Kota Damansara dan DUN Bukit Lanjan (di bawah Parlimen Subang) dikuasai pakatan pembangkang.

Bukan Amir seorang yang bersemangat tinggi. Semangatnya dikongsi oleh 894 ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan lebih 200 penyelaras Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Berbanding pada pilihan raya umum sebelumnya, jentera akar umbi ini telah mula diaktifkan sejak Mac tahun lalu. Banyak aktiviti dan program kemasyarakatan dilaksanakan terutama untuk mendekati pengundi atas pagar.

"Biasanya tiga atau empat bulan sebelum pilihan raya baru sibuk. Tapi kali ini kita mahu benar-benar bersedia. Aktivitinya kecil saja tapi ada manfaat kepada masyarakat macam, Jom Gunting Rambut yang kita buat sebelum sesi persekolahan awal bulan ini," kata Amir.

Amir dan kumpulan PDM inilah pemimpin akar umbi yang akan bekerja di belakang tabir, siang dan malam untuk memenangkan calon BN. Mereka sudah belajar daripada pengalaman lalu. Tiada lagi istilah zon selesa. Setiap program mesti disusun dengan kemas dan mempunyai laporan terperinci.

Dan hari itu, pada pagi Jumaat, semua ketua PDM mendapat suntikan semangat daripada Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam tempoh sebulan ini, sudah tiga kali turun padang bertemu rakyat Selangor.

Keutamaan

Pagi itu, mereka turut mendapat rangsangan daripada negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Amanat penting Dr. Mahathir ialah utamakan parti berbanding kepentingan kelompok mahupun individu.

Daripada air muka dan semangat pemimpin akar umbi ini terutama selepas mendengar ucapan Najib dan Dr. Mahathir, ternampak semangat bekerja semakin membara.

Di atas kertas, peluang untuk mengambilalih Selangor adalah cerah walaupun banyak laporan menyebut peluangnya masih 50:50. Dalam kira-kira mudah, sebenarnya ada asas untuk BN menawan semula Selangor.

Malah, ramai yang yakin dengan banyak kepincangan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, usaha mengambilalih Selangor bukan lagi misi mustahil. Pada pilihan raya 2008, UMNO menang 18 kerusi daripada 35 kerusi yang ditandingi. UMNO kalah di 17 kerusi dengan majoriti antara 10 hingga 15 peratus sahaja.

Daripada kajian UMNO Selangor, 50 peratus yang mengundi pakatan pembangkang itu pula adalah 'orang kita' yang melepaskan kemarahan di peti undi.

Di 17 kawasan DUN ini, UMNO yakin dapat menawan kembali sekurang-kurangnya sembilan kerusi. Dengan MCA dan MIC yang masing-masing yakin menyumbang tiga kerusi, menjadikan BN bakal memperoleh 33 kerusi DUN - cukup untuk membentuk kerajaan negeri.

Angka mudah ini belum mengambil kira kawasan bermasalah seperti di DUN Gombak Setia (Datuk Dr. Hasan Ali) dan DUN Pelabuhan Klang (Badrul Hisham Abdullah - kini Bebas).

Ini ditambah dengan faktor Hasan dan janjinya untuk membentuk 'satu politik baru'. Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor ini yang baru dipecat daripada Pas dan Exco kerajaan negeri mempunyai ramai penyokong dan pengikut.

Pas Selangor terutamanya akan berpecah walaupun pakatan pembangkang cuba menyembunyikan rasa gentar mereka dengan membuat ramalan tinggi di awan. Ada Hasan Ali atau tidak, mereka tetap yakin menang 37 kerusi - kurang satu kerusi untuk majoriti dua pertiga.

Walhal sekarang ini mereka ada 35 kerusi. Entah bagaimana mereka mahu memenangi hati rakyat dengan pelbagai kepincangan daripada isu agama, pembangunan, bekalan air sehinggalah perkara remeh termasuk sampah.

Kini semakin panas pula isu salah guna kuasa dan penyelewengan pemimpin pembangkang dalam projek pembangunan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Aroma kepincangan itu semakin kuat membayangi suara mereka sendiri yang mengagungkan integriti, ketelusan dan akauntabiliti.

Tetapi itulah gaya pakatan pembangkang yang pandai bermain persepsi dan berjanji. Soal benar atau boleh dikota, itu hal lain. Tetapi realitinya, pakatan pembangkang kini berada dalam kedudukan lebih sukar berbanding BN.

Bagaimanapun menurut seorang jentera BN Selangor, BN juga ada masalah dan isu yang perlu diselesaikan segera. Selain faktor puak walaupun tidaklah setebal di negeri lain, masih banyak rungutan mengenai komitmen jentera MCA, MIC dan Gerakan.

Di DUN Bukit Lanjan yang ADUNnya juga ahli Exco, Elizabeth Wong contohnya, tidak ternampak kesungguhan jentera BN untuk menawan kawasan itu. Ada PDM kawasan itu meramalkan peluang BN yang diwakili oleh Gerakan hanya 40 peratus.

"Yang masalah ada beberapa kumpulan panglima dalam UMNO Selangor, ia mungkin boleh dileraikan dengan mengumumkan siapa calon Menteri Besar itu," kata seorang pegawai BN Selangor.

Tetapi setakat ini calon Menteri Besar (MB) itu belum ditunjuk. Begitu juga belum ada tanda-tanda muka baru yang akan muncul untuk jawatan itu. Siapakah dia, mungkinkah Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar atau Pengarah Pilihan Raya BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed? Atau ada muka baru?


Bagi Noh mahupun Mohd. Zin, isu siapa MB tidak penting. Yang penting menang dulu. Dan semangat untuk menang dan menawan semula Selangor itu semakin membara. Ia dapat dirasai dan dilihat pada setiap program anjuran BN.

Rakyat Selangor perlu tahu yang MB Khalid telah GAGAL menerajui kerajaan negeri Selangor dengan baik selama lebih tiga tahun memerintah. Fikir-fikirkan lah!










Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Januari 14, 2012

MB Khalid gagal lagi - Teruskan usaha khianati anak bangsa!


Roboh asrama, rugikan pelajar Melayu

Tindakan Yayasan Selangor di bawah kepimpinan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai oleh MB Khalid mahu merobohkan sebuah asramanya di Kampung Pandan di sini untuk tujuan komersial membuktikan bahawa beliau tidak serius memperjuangkan pendidikan anak Melayu.

Penyelaras Gerakan Saya Anak Yayasan Selangor (GSAYS), Badrulzaman Baharuddin berkata, tatkala yayasan di setiap negeri berlumba-lumba memperjuangkan kepentingan pendidikan untuk anak Melayu, Yayasan Selangor pula mengambil langkah ke belakang apabila mahu merobohkan sebuah asrama yang telah banyak berjasa.


Katanya, tindakan tersebut bukan sahaja `membunuh’ masa depan anak-anak Melayu di kampung yang mengimpikan pendidikan di sekolah-sekolah terbaik sekitar Kuala Lumpur, malah menyusahkan ibu bapa pelajar.

“Asrama berkenaan tidak lagi mengambil pelajar baru dan mereka yang masih berada di situ adalah yang menuntut di tingkatan tiga, empat dan lima.

“Tiada masalah dengan pelajar tingkatan lima kerana mereka berada pada tahun akhir persekolahan. Namun begitu, nasib pelajar tingkatan tiga dan empat masih kabur sama ada akan terus belajar di sekolah sama atau terpaksa berpindah ekoran rancangan merobohkan asrama berkenaan.

“Ia bukan sahaja menyusahkan pelajar, tetapi juga ibu bapa. Saya sendiri menerima banyak rungutan daripada ibu bapa yang tidak puas hati dengan rancangan berkenaan. Tindakan merobohkan asrama itu menggambarkan pihak yayasan tidak serius memperjuangkan pendidikan untuk anak Melayu di Selangor,” katanya ketika ditemui selepas melawat asrama berkenaan di sini, semalam.


Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur ditubuhkan pada 1979 bertujuan memberi peluang kepada pelajar dari kawasan kampung di Selangor melanjutkan pelajaran di sekolah terpilih di sekitar Lembah Klang.

Asrama tersebut terdiri daripada Asrama Tun Dr. Ismail yang menempatkan pelajar lelaki, manakala Asrama Toh Puan Norashikin untuk pelajar perempuan.

Kebanyakan mereka dihantar ke Sekolah Menengah (SMK) Aminuddin Baki, SMK Victoria, SMK Convent Bukit Nanas dan SMK Methodist.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Asrama Yayasan Selangor, Mohd. Zaidi Barkis berkata, rata-rata ibu bapa pelajar tidak bersetuju dengan rancangan merobohkan asrama berkenaan.

“Sekarang ini, Asrama Toh Puan Norashikin telah ditutup untuk dirobohkan dan pelajar-pelajar perempuan perlu menetap di Asrama Tun Dr. Ismail dengan pelajar lelaki.

“Mereka terpaksa berkongsi kemudahan yang sama. Sudah tentu ia tidak mencukupi dan menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan pelajar. Kami sebagai ibu bapa tidak bersetuju dengan rancangan untuk merobohkannya,” jelasnya.











Suara Politik
Taminsari

MB Khalid cuba 'lepas tengkok sendiri'?


Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd. Satim Diman kesal dengan sikap Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang mengambil sikap ‘lepas tengkuk sendiri ' apabila menyalahkan pihak lain berhubung masalah kutipan sampah di negeri ini.

Menurutnya, sikap sedemikian jelas dilihat bagaimana Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa kononnya wujud cubaan sabotaj oleh pihak tertentu dengan menabur semula sampah menggunakan beberapa buah lori di kawasan yang telah dibersihkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, sebagai kerajaan yang mentadbir negeri ini, mereka tidak harus bersikap sedemikian kerana adalah menjadi tanggungjawab memastikan setiap dasar yang dibuat memberi manfaat kepada rakyat.

‘‘Dalam tempoh empat tahun, siapakah yang mentadbir Selangor ini, adakah Barisan Nasional (BN)? Mereka patut sedar bahawa merekalah yang mentadbir negeri ini.

‘‘Sekiranya mereka mengatakan pentadbiran kerajaan negeri hari ini telus dan berkebajikan, bagaimana boleh timbul aduan dan rungutan daripada rakyat mengenai perkhidmatan kutipan sampah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Isu perkhidmatan kutipan sampah telah mencetuskan kemarahan dan tidak puas hati oleh para penduduk di negeri ini, antaranya melibatkan kawasan Shah Alam, Klang dan Kajang yang kecewa dengan kegagalan pengurusan perkhidmatan tersebut.

Masalah itu timbul selepas Kerajaan PKR Selangor menamatkan perkhidmatan Alam Flora Sdn. Bhd., dan kontraktor baru yang dilantik gagal melaksanakan tugas dengan baik.

Bagaimanapun, pada 4 Januari lalu, Abdul Khalid cuba ‘melepaskan diri’ apabila mendakwa masalah sampah yang berlaku di negeri ini sejak kebelakangan ini adalah kerana perbuatan khianat pihak tertentu.

Mohd. Satim berkata, masalah sampah yang berlaku di negeri jelas menunjukkan kegagalan pentadbiran negeri menyediakan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

‘‘Pentadbiran yang gagal sudah tentunya memberi kesan kepada agensi-agensi di bawah kerajaan negeri seperti PBT sendiri,” katanya.

Suara politik
Taminsari

Khamis, Januari 12, 2012

Kompleks PKNS Shah Alam Telah Dijual!



Satu masa dahulu, jika kita sebut sahaja Shah Alam kepada kepada orang-orang luar dari kawasan itu dua perkara yang akan muncul dalam fikiran mereka atau atau terpacul keluar dari mulut mereka.

1) Kompleks PKNS Shah Alam.

2)Bulatan-bulatan yang banyak di sekitar ibu negeri Selangor itu.

Apabila sebut sahaja Kompleks PKNS, maka kita semua akan terbayang-bayang kemeriahan urusan jual beli di dalamya. Apatah lagi di bulan Ramadhan atau di musim baru persekolahan. Berebut-rebut peniaga hendak berniaga di sana dan berduyun-duyun pengunjung yang berkunjung ke sana.

Ianya menjadi tumpuan orang ramai kerana kebanyakan harga-harga yang dijual oleh peniaga-peniaga di sana masih lagi murah berbanding dengan kompleks-kompleks membeli belah yang lain.

Salah satu sebab barangan dapat dijual dengan murah adalah kerana kadar sewa premis perniagaan oleh para peniaga daripada PKNS juga murah. Walaupun kadar sewa yang murah, ianya tetap tidak merugikan PKNS.

PKNS masih lagi dapat menampung segala kos operasi serta kos-kos lain dan mampu mencatatkan keuntungan bersih sekitar 4 % setahun. Itulah salah satu peranan kerajaan membantu rakyat melalui anak syarikat kerajaan. Kerajaan tak rugi, peniaga untung dan rakyat gembira.

Itu cerita lama atau pun lebih tepat lagi, itu di zaman pemerintahan BN. Kini setelah lebih tiga tahun diperintah PKR semua itu sudah berubah awal tahun ini.

Bermula pada 1 Januari tahun ini kadar sewa premis-premis perniagaan telah dinaikkan. Difahamkan kadar sewanya naik hampir sekali ganda. Apabila kadar sewa dinaikkan, peniaga tiada pilihan lain melainkan menaik harga barangan yang dijual. Siapa yang akan menanggung beban ? Sudah tentulah kita semua yang menanggung bebannya.

Hendak disalahkan kepada peniaga tidak boleh kerana mereka terpaksa menaikkan harga. Jika mereka kekal menjual dengan harga lama sudah tentu mereka akan menanggung kerugian. Puncanya kepada segala masalah adalah PKNS dan Kerajaan Selangor.

Sudah tentu anda semua tertanya-tanya kenapa harga sewa dinaikkan ?

Pada bulan September 2010 PKNS telah menjual Kompleks PKNS Shah Alam, SACC Mall Shah Alam dan Menara PKNS Petaling Jaya kepada Amanah Raya. Selepas dijual , Amanah Raya masih lagi mengekalkan PKNS untuk menguruskan bangunan tersebut, termasuk untuk mengutip sewa dari peniaga-peniaga.

Untuk meyakinkan Amanah Raya supaya membeli Kompleks PKNS , pihak PKNS telah berjanji kepada Amanah Raya keuntungan bersih yang boleh dicatatkan adalah sebanyak 7.5 % setahun. Kadar ini sama seperti keuntungan yang dicatatkan oleh pusat-pusat membeli-belah yang besar-besar. Sedangkan kadar yang dicatatkan oleh PKNS semasa bangunan itu menjadi milik mereka adalah 4 % setahun, kerana mereka menyewakan premis dengan harga rendah.

Untuk mencapai sasaran keuntungan bersih 7.5 % setahun darimana datangnya hasil ? Sudah tentulah dengan menaikkan kadar sewa.Ini kerana hasil utama sesebuah kompleks adalah dari sewa premis.

Daripada 4 % kepada 7.5 % , ianya hampir 100 %. Ini bermakna kadar sewa akan dinaikkan kepada hampir 100 %.

Contoh, Si A menyewakan rumahnya kepada salah seorang sahabatnya yang dikenali sebagai si B dengan kadar RM 800 sebulan. Kalau nak diikutkan Si A boleh sewakan melebihi kadar itu, tetapi apabila mengenangkan si B adalah sahabat lamanya maka dia sewakan dengan harga RM 800 sahaja dan hasil daripada sewa yang diterimanya , si A membayar pinjaman bank sebanyak RM 600 sebulan dan si A masih mendapat untung sebanyak RM 200 .

Kemudian si A memerlukan wang tunai dan dia hendak menjual rumahnya ke si D. Untuk meyakinkan si D agar membelinya, si A berkata kepada si D rumahnya telah ada penyewa dan si D bakal mendapat keuntungan RM 400 sebulan setelah ditolak pinjaman bank sebanyak RM 600.

Untuk membolehkan si D mendapat keuntungan RM 400 sebulan sepertimana yang dinyatakan oleh si A, tiada pilihan lain melainkan dengan menaikkan kadar sewa terhadap si B sebagai penyewa. Itulah yang berlaku kepada kepada peniaga-peniaga di Kompleks PKNS Shah Alam sekarang!

Sejak mengambil alih negara dan negeri dari penjajah, pelbagai usaha dan pembangunan yang dilakukan oleh BN membangunkan negara dan negeri dan seterusnya menolong rakyat jelata. Bukan setahun, bukan dua tahun BN berusaha, tetapi puluhan tahun. Masuk PKR, DAP dan PAS memerintah Selangor tiga tahun semua yang ada hendak dijualnya. Jangan kata mereka nak tambah, tapi yang ada pula mereka kurangkan.

Itu di Selangor yang baru tiga tahun, di Kelantan yang sudah 20 tahun , semua bukit-bukit sudah gondol kerana balak semua telah ditebang. Itu belum lagi dikira tentang penjualan bangunan-bangunan oleh Kerajaan Pas Kelantan. Antaranya Hotel Perdana dan Pasar Lama MPKB. Bolehkah parti seperti itu diharapkan untuk memerintah negara ?

Dua belas tahun dulu, bekas Presiden Pas, Fadzil Noor pernah berkata, jika mereka memerintah Malaysia mereka akan jual Putrajaya. Nampaknya apa yang diungkapkan oleh arwah telah menjadi kenyataan sekarang di negeri-negeri yang mereka perintah. Apa yang ada semuanya hendak dijual. Jika ditakdirkan mereka diberi peluang memerintah negara, kemungkinan kita semua juga akan dijual oleh mereka.

Sedarlah wahai rakyat Selangor. Sedarlah bahawasanya pemimpin yang memerintah negeri Selangor sekarang ini adalah penyangak besar. Mereka akan kaut dan mereka akan sapu semua yang ada. Apabila telah habis mereka akan berlalu pergi dan tinggalkan negeri ini dalam keadaan yang telah rosak.

Yang akan menanggung bahananya kelak adalah rakyat jelata. Tidak perlulah anda semua hendak percaya dengan kata-kata dan mulut manis si penyangak yang berlagak baik. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Rabu, Januari 11, 2012

Nilai 'prima facie' kes liwat!


Kelmarin Anwar Ibrahim dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan meliwat pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Kes yang menjadi perhatian ramai malah diheret ke mata antarabangsa itu sememangnya mencatatkan rekod tersendiri. Bukan satu rekod tetapi pelbagai rekod.

Anwar dituduh pada 7 Ogos 2008 dan kes berakhir kelmarin iaitu 9 Ogos 2012. Penangguhan kes sebanyak 55 kali. Alasan penangguhan terlalu banyak untuk diungkap selain pelbagai permohonan termasuk supaya hakim bicara menarik diri atas dakwaan berat sebelah. Hakim bicara itu ialah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang membuat keputusan mengejutkan banyak pihak kelmarin. Keputusan itu memihak kepada Anwar.

Penantian kes yang berlangsung lebih tiga setengah tahun (mungkin boleh dimasukkan dalam Guiness Book of Record) hampir 80 peratus selesai pada 16 Mei tahun lalu apabila Anwar dipanggil membela diri. Tentunya keputusan memanggil Ketua Pembangkang itu berbuat demikian kerana hakim bicara mendapati kes tersebut ada prima facie. Apatah lagi hakim bicara sendiri mendapati Saiful Bukhari adalah saksi yang boleh dipercayai (witness of truth).

Prinsip undang-undang prima facie amat jelas seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 180 Kanun Acara Jenayah. Tidak sukar memahami prinsip tersebut. Apabila hakim bicara sudah berpuas hati pasukan pendakwa dapat membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, hakim bicara mestilah memanggil tertuduh membela diri.

Dalam erti kata lain - laluan prima facie ke sabitan kesalahan tidak jauh, malah ada yang menyimpulkannya sebagai terlalu hampir. Apabila ada prima facie maknanya ruang untuk tertuduh disabitkan kesalahan sangat luas.

Mungkin kerana prinsip prima facie itulah, maka Anwar sendiri pada 10 Februari 2011 semasa berucap di Washington DC dengan yakin menjaja keyakinannya. Dalam ucapannya dia memberitahu, apabila kesnya diputuskan kelak, dia pasti akan disabitkan dan dipenjarakan.

Memanjangkan lagi keyakinannya, Anwar menyimpulkan bahawa plot kesnya itu telah dirancang. Didorong oleh prima facie itu juga mungkin para penyokong Anwar melancarkan Kempen Bebaskan Anwar.

Perkataan 'bebaskan' itu sendiri memberi gambaran bahawa Anwar akan didapati bersalah dan akan dipenjarakan justeru satu kempen untuk membebaskan pemimpin kesayangan mereka mesti dijalankan.

Persoalannya apakah kayu pengukur atau kriteria untuk menentukan sama ada hakim bicara berpuas hati atau sebaliknya sebelum menentukan wujud kes prima facie? Dan sejauh mana pula nilai prima facie itu sendiri dalam sesuatu kes sehinggakan ramai yang menyebut perkataan itu, walaupun mungkin tidak begitu arif atau memahaminya.

Prof. Salleh Buang ketika diaju persoalan itu menarik perhatian terhadap kes prima facie yang menuntut penilaian menyeluruh di pihak hakim bicara sebelum dapat menentukan nilai bukti dan keterangan yang dikemukakan pendakwa raya.

"Sebelum hakim bicara boleh mengatakan dia berpuas hati ada kes prima facie terhadap tertuduh, beliau mestilah melakukan penilaian maksimum (maximum evaluation) segala keterangan yang dikemukakan oleh pasukan pendakwa,'' katanya.

Profesor Undang-Undang itu memetik dua kes tempatan untuk menjelaskan lagi tentang prinsip prima facie. Kes pertama Looi Kow Chai lwn Pendakwa Raya [2003] 2 MLJ 65.

Dalam kes tersebut Hakim Mahkamah Rayuan Gopal Sri Ram ada menjelaskan tugas hakim bicara di bawah Seksyen 180 Kanun Acara Jenayah.

"Beliau (hakim bicara) mesti menguasai keterangan pendakwaan ke peringkat penilaian maksimum dan bertanya dirinya sendiri: Jika saya memutuskan untuk memanggil tertuduh membela diri dan dia memilih untuk berdiam diri, adakah saya bersedia untuk menyabitkannya berdasarkan keseluruhan keterangan yang terkandung di dalam kes pendakwaan? Jika jawapannya negatif maka tiada kes prima facie dan tertuduh layak dibebaskan.''

Satu lagi menjadi rujukan iaitu Balachandran lwn Pendakwa Raya [2005] 2 MLJ 301, Mahkamah Persekutuan menjelaskan lagi maksud Seksyen 180 Kanun Acara Jenayah seperti berikut - "Kes prima facie adalah hasil daripada sesuatu yang mencukupi untuk tertuduh dipanggil memberi jawapan. Ini bermakna bukti keterangan yang diperoleh mestilah ke peringkat ia hanya boleh 'dimusnahkan' oleh bukti-bukti sebaliknya''.

Salleh mengaitkan penjelasan Gopal Sri Ram dan Mahkamah Persekutuan dalam kedua-dua kes itu dengan kes Anwar.

"Tentunya apa yang orang awam tahu pasukan pendakwa telah dapat membuktikan satu kes prima facie di penghujung kesnya.

"Berdasarkan prinsip undang-undang yang digariskan mahkamah dalam kes-kes terdahulu, pastinya hakim bicara telah membuat penilaian maksimum keterangan yang dikemukakan pasukan pendakwa di hujung kesnya sebelum memutuskan untuk memanggil Anwar membela diri,'' katanya.

Lalu dilontarkan kemusykilan jika hakim bicara telah membuat penilaian maksimum dan mendapat ada kes prima facie dalam pertuduhan liwat, mengapa keputusan kelmarin umpama pusingan U?

Salleh sendiri sukar membuat kesimpulan kerana penghakiman semalam tidak dibuat secara bertulis. Hakim bicara hanya membaca penghakiman secara ringkas dalam masa tiga minit. Justeru semua pihak terpaksa menunggu penghakiman penuh sebelum dapat membuat penelitian dan penilaian.

Yang pasti menurut Salleh (seperti diketahui ramai), ketika memutuskan tertuduh tidak bersalah dan hendak dilepas dan dibebaskan, hakim bicara menyandarkan alasan tiada bukti kukuh dan "tidak selamat" untuk mahkamah bergantung kepada bukti DNA.

"Disebabkan kita belum berpeluang meneliti sepenuhnya teks penghakiman hakim bicara, sukar bagi kita membuat kesimpulan bagaimana hakim bicara membuat dapatan sedemikian rupa,'' kata Salleh.

Apa pun dalam seksyen 182A Kanun Acara Jenayah, katanya, ada dinyatakan bahawa di penghujung perbicaraan, mahkamah hendaklah menimbangkan semua keterangan yang ada di hadapannya sebelum memutuskan sama ada pendakwa telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah.

Ditanya sama ada kes tersebut perlu dibawa ke peringkat rayuan, Salleh berpendapat langkah tersebut adalah wajar sekiranya pasukan pendakwa terkilan dengan keputusan mahkamah.

Apatah lagi, memandangkan pasukan pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie di penghujung kes pendakwaan dulu.

Beliau yakin proses rayuan itu akan memberi peluang sepenuhnya kepada panel tiga hakim di Mahkamah Rayuan menilai semula sama ada keputusan hakim bicara itu betul atau pun tidak di sisi undang-undang dengan meneliti secara terperinci alasan-alasan penghakiman hakim bicara itu.

Apa pula beban di pihak pendakwaan jika berhasrat membawa kes tersebut ke peringkat rayuan? Salleh berpandangan, pendakwaan terpaksa meneliti secara terperinci setiap perkataan, setiap baris dan setiap ayat yang terdapat dalam penghakiman hakim bicara.

"Mereka mesti mengemukakan hujah berasaskan prinsip undang-undang kepada Mahkamah Rayuan bahawa hakim bicara telah melakukan kesilapan dalam penghakimannya,'' katanya.

Persoalannya, apakah pasukan pendakwa akan dapat mengemukakan hujah sekuat itu di Mahkamah Rayuan nanti? Pastinya pasukan peguam bela Anwar akan menghujah balas bahawa keputusan hakim bicara adalah betul dan tidak ada salah silapnya. Bertitik-tolak daripada itu mereka akan membuat permohonan agar rayuan pasukan pendakwa ditolak.

Perjalanan kes pertuduhan liwat membabitkan Anwar ini hakikatnya masih jauh. Keputusan Hakim Mohamad Zabidin terlalu singkat untuk dianalisis lantaran ketiadaan penghakiman bertulis, lari daripada kebiasaan amalan hakim-hakim terdahulu. Apakah yang tersirat di sebaliknya, sama-sama kita tunggu.-UM.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Januari 10, 2012

Hakikat sebenar disebalik keputusan penghakiman kes liwat Anwar!

Keputusan yang mengejutkan. Barangkali Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pun tidak menyangkanya. Bukan sahaja keluarga dan rakan Anwar serta penyokong Perhimpunan Bebaskan Anwar 901 terkejut, malah banyak kalangan pemerhati politik dan orang ramai yang menyangka Anwar akan didapati bersalah pun terkedu.

Keputusan sudah dibuat. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah mengumumkan keputusan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

Keputusan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat kata hakim itu, kerana dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa, Mohd Saiful.

Pada 16 Mei 2011, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri setelah membuat keputusan bahawa pengadu dalam kes ini, Mohd. Saiful adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.

Beliau menerima keterangan dua pakar daripada Jabatan Kimia iaitu Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon mengenai kewujudan DNA Male Y iaitu DNA lelaki asing pada dubur Mohd. Saiful yang disahkan sebagai DNA Anwar.

Keputusan itu diperoleh hasil perbandingan sampel DNA berdasarkan tiga barang Anwar yang diambil dari dalam lokap Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur semasa Anwar ditahan pada 16 Julai 2008 iaitu sebatang berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan sebotol bekas air mineral kosong.

Pada 22 Ogos 2011, Anwar memilih untuk memberi keterangan bela diri tanpa mengangkat sumpah dari kandang tertuduh menyebabkan soal balas tidak boleh dilakukan terhadapnya sama ada oleh pendakwa raya mahupun peguam bela.

Keputusan tidak disangka-sangka. Bagaimana Anwar tidak menyangka keputusan memihak kepadanya kerana hakim itulah yang dikutuk dan dikritiknya sebelum ini.

Bahkan hakim yang membebaskannya itu juga pernah tiga kali difailkan permohonan oleh Anwar supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes liwat yang dihadapinya. Alasannya ialah hakim berkenaan telah membuat penghakiman terlebih dahulu di peringkat pendakwaan kes tersebut.

Kali pertama Anwar memfailkan permohonan agar Hakim Mohamad Zabidin menarik diri pada 8 Februari 2010 atas dakwaan hakim itu bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonannya untuk mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar tersebut.

Permohonan kali kedua pula dibuat pada 25 November 2010 apabila Anwar mendakwa hakim tersebut telah melakukan ugutan menghina mahkamah ke atas peguam belanya, Karpal Singh. Satu lagi perkara mengejutkan Anwar ialah beliau sendiri tidak percaya kepada sistem kehakiman negara ini.

Semasa berucap pada forum The Future of Democracy in the Islamic World di Washington DC, Amerika Syarikat pada 10 Februari 2011, Anwar menuduh keputusan perbicaraan kes liwatnya sudah dirancang.

Anwar dipetik sebagai berkata: "Saya harus balik ke Malaysia esok dan perlu muncul di mahkamah pada 14 Februari. Muncul di mahkamah hanya sebagai satu syarat, sebab semua keputusan telah dirancang. Sekali anda didakwa, anda pasti akan dipenjarakan".

Perbicaraan kes liwatnya satu rekod dalam sejarah perbicaraan mahkamah moden di negara ini jika semuanya sudah dirancang. Anwar menikmati lebih 55 kali penangguhan dalam kes liwatnya sejak 2008. Kes tersebut sering tertangguh ekoran permohonan demi permohonan dikemukakan oleh Ketua Pembangkang itu. Rakyat Malaysia lain tidak pernah menikmati layanan sebegini tetapi Anwar mendapat segala-galanya.

Anwar didakwa di mahkamah pada 7 Ogos 2008. Dan 9 Januari 2012, baharu keputusan perbicaraannya tamat. UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu gundah-gulana dengan keputusan penghakinan semalam, kerana parti itu tidak terlibat dan campur tangan dalam kes ini.

Saiful yang membawa kes liwat ke mahkamah. Beliau yang bersumpah laknat di dalam Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Malah Anwar dibebaskan hanya atas masalah teknikal. Jadi terpulang kepada Saiful dan pendakwa raya sama ada mahu membuat rayuan atau tidak.

Inilah hakikat dalam sistem kehakiman Malaysia. Suka tak suka, inilah realitinya. Keadilan yang begitu takut dihadapi oleh pihak tertuduh sebelum ini, akhirnya membebaskannya. Ini juga menunjukkan institusi kehakiman negara kita bebas membuat keputusan tanpa memilih bulu.

Keputusan perbicaraan kes liwat Anwar sudah diputuskan. Maka sah sudah kehakiman kita mempunyai tahap yang tidak boleh sesiapa meraguinya lagi. Segala fitnah dan pembohongan pakatan pembangkang bahawa kes Mohd. Saiful adalah satu konspirasi UMNO dan BN juga terbukti adalah tidak benar. Ia adalah dakyah dan tipu muslihat Anwar dan PKR selama ini.

Kes liwat di mahkamah adalah tuntutan keadilan oleh Mohd. Saiful untuk dirinya yang menjadi mangsa dan dianiayai selama kes ini berjalan begitu lama.

UMNO dan BN tidak bergantung kepada isu kes mahkamah Anwar-Mohd. Saiful tetapi keupayaan BN atas rekod prestasinya memerintah Malaysia sejak merdeka dan langkah-langkah transformasi kerajaan, ekonomi dan politik negara.

Suara Politik
Taminsari

Ahad, Januari 08, 2012

Nasib Anwar ditentukan esok!
























Bersalah atau tidak? Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan mengetahui nasibnya esok. Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan berhubung perbicaraan kes liwat terhadap pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Ia bakal menjadi peristiwa besar pertama yang mewarnai tahun baru 2012. Lagi hampir detik penentuan itu, Anwar makin tertekan. Dalam beberapa ceramah politik yang diatur bagi menyemarakkan kempen Bebas Anwar 901, air mukanya kelihatan keruh dan beliau sudah boleh menjangka keputusannya nanti.

Anwar selain Saiful, pasti tahu apa sebenarnya berlaku. Sesiapa sahaja boleh nafi dan berdalih tetapi tidak boleh menipu diri sendiri apatah lagi kepada Allah yang Maha Berkuasa dan Mengetahui. Kita harap apa sekalipun keputusan perbicaraan itu esok, ia akan diterima dengan fikiran yang lapang dan terbuka. Janganlah membenarkan diri terperangkap dengan emosi dan sentimen. Jika Anwar didapati tidak bersalah, hormatilah keputusan itu. Begitu juga sebaliknya.

Seandainya mahu memenangi hati rakyat, pembangkang mesti ada kelas termasuk akur kepada keputusan mahkamah. Lebih daripada itu, moral harus menjadi pegangan utama. Tiada kompromi. Membenarkan pakatan pembangkang dipimpin oleh seorang yang menghadapi masalah moral yang serius, adalah isyarat yang salah kepada rakyat. Pakatan pembangkang tidak akan melangkah jauh ke hadapan selagi Anwar menjadi terajunya.

Maka sebarang reaksi yang keterlaluan sekiranya beliau didapati bersalah, hanya mengundang imej lebih buruk kepada pergerakan pembangkang di negara ini. Senario 1998 dan 1999 tidak sama dengan sekarang. Anwar tidak lagi menerima simpati meluas sebagaimana waktu itu. Rakyat semakin jelas. Isu salah laku moral dan biseksual tidak sewajarnya diheret untuk dibebankan kepada rakyat.

Apatah lagi, dua kes liwat melibatkan mangsa yang berbeza. Seorang pemandu, Azizan Abu Bakar dan seorang lagi pembantu peribadi, Saiful. Mereka berdua adalah rakyat kecil yang tidak boleh dinafikan hak bagi mendapatkan pembelaan. Jangan lupa, keadilan bukan sahaja hak eksklusif buat pemimpin dan kenamaan, ia juga milik orang biasa. Esok, adalah ujian besar buat rakyat Malaysia sama ada memilih untuk masuk perangkap muslihat Anwar atau sebaliknya. Lebih dinantikan, apakah kejutan 901 dan kesudahannya?

Mengidam...

DI sebalik dilingkari isu moral termasuk kemungkinan dijatuhi hukuman penjara, Anwar Ibrahim membara mahu menjadi Perdana Menteri. Jika dipenjarakan sekalipun, katanya, beliau tetap akan bergelar Perdana Menteri selepas pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan berkuasa. Itu cerita yang Anwar jaja. Amboi, bukan main angkuh bunyinya. Begitu sekali ledakan nafsu beliau untuk berkuasa. Belum pernah ada pemimpin yang segalak itu mengidamkan jawatan Perdana Menteri.

Menurut Anwar, akan ada Perdana Menteri sementara jika beliau menjalani hukuman penjara dengan mengambil contoh Parti AKP di Turki. AKP memenangi pilihan raya pada 2002 ketika Recep Tayyip Erdogan dipenjarakan. Jawatan Perdana Menteri sementara disandang oleh Abdullah Gul yang kemudian menyerahkan kepada Erdogan selepas dibebaskan.

Anwar terlupa bahawa Erdogan bukan dipenjarakan kerana salah laku seks. Hukumannya atas pertuduhan menanam kebencian dalam beragama. Tiada kaitan langsung dengan isu moral. Bahkan, Erdogan dilihat pro Islam di kaca mata rakyatnya. Sedangkan Anwar dua kali menghadapi pertuduhan liwat.

Akhlak Anwar jauh boleh dipersoalkan berbanding Erdogan. Anwar juga berdepan dengan isu rakaman video seks bersama seorang pelacur dan banyak isu lain berkaitan integriti. Imej AKP di Turki lebih tinggi dan para pemimpin serta ahli-ahlinya tidak meninggalkan parti.

Berbanding PKR, sokongan rakyat kepada parti itu merudum, makin ditinggalkan ramai ahlinya dan ditadbir secara lemah sehinggakan pemilihan parti itu seperti suasana dalam kandang haiwan di zoo. Dalam kenyataannya kelmarin, Anwar mahu jentera pakatan pembangkang bekerja habis-habisan bagi memenangi PRU13 supaya dapat membentuk kerajaan dan seterusnya membebaskan beliau dari penjara. Rupa-rupanya mahu menang bukan kerana komited untuk penambahbaikkan negara dan rakyat tetapi mempunyai matlamat bagi membebaskan diri. Sesiapa pun akan mengeleng kepala!

Salah siapa?

Kita setuju dengan pandangan bekas sahabat baik Anwar, Raja Petra Kamarudin dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, Ahad lepas bahawa pemimpin PKR itu bukan lagi pilihan bagi rakyat Malaysia.

Banyak persoalan menarik yang menuntut renungan menerusi wawancara tersebut daripada soal isu integriti Anwar, tadbir urus, rakaman video seks hinggalah kepada isu gay. ‘‘Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tidak boleh menjadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Malaysia, anda kena pilihlah. Kalau nak jadi Perdana Menteri dan gay sekali gus, sudah tentu di Malaysia, tidak boleh,'' katanya. Dalam reaksinya pula, Anwar sekadar menempelak Raja Petra dan mengelak daripada menjawab persoalan yang dibangkitkan.

Sebelum ini, Raja Petra adalah antara pendokong Anwar tetapi kini sudah hilang keyakinan kepada Ketua Pembangkang itu. Beliau seperti biasa lantang mengkritik dan selalu sinikal kepada semua pihak sama ada kerajaan Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang.

Selain Raja Petra, ramai lagi telah meninggalkan Anwar. Dalam PKR sahaja, lebih 50 pemimpin kanan parti itu sudah keluar, yang senario seperti itu tidak menimpa parti politik lain. Terbaru, berbelas-belas sahabat Anwar tidak lagi mengikut perjuangan beliau. Kebanyakannya masih enggan membuat pendedahan tetapi sudah ada beberapa tokoh yang tampil ke hadapan termasuk Ismail Mina Ahmad.

Beliau adalah sahabat Anwar sejak di universiti, bersama-sama di Yayasan Anda, antara pengasas Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan bersama dalam pergerakan politik. Antara faktor mengapa Ismail bertindak demikian kerana mendapati sahabatnya itu cenderung kepada fahaman pluralisme agama yang boleh menggelincirkan akidah. ‘‘Saya mengambil keputusan meninggalkan beliau kerana fahaman pluralisme boleh membawa kepada kekufuran,” katanya.

Ketika diinterviu, beberapa kali Ismail sebak kerana terdorong kuat untuk menegakkan kebenaran. Itu juga suatu jihad. Dengan sebegitu ramai pemimpin PKR dan sahabatnya meninggalkan beliau, persoalannya, siapa di pihak yang benar - mereka atau Anwar?

Buang masa

Keputusan pihak polis memberi kebenaran kepada penganjur Kempen Bebaskan Anwar 901 mengadakan perhimpunan di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, esok, menarik perhatian.

Secara peribadi kita tiada masalah dengan keputusan itu. Tentu ada sebab dan percaturan yang mungkin dianggap terbaik bagi mengendurkan risiko ketegangan. Ia boleh memperlihatkan sikap keterbukaan kerajaan termasuk kepada dunia luar.

Namun dalam kita sentiasa menjadi warga negara yang menyokong kuat polis, kita juga perlu membawa keresahan dan menyampaikan maklum balas orang ramai.

Keputusan membenarkan penyokong Anwar berhimpun mengecewakan banyak pihak terutama NGO dan orang ramai. Menyerahkan kepada penganjur agar bertanggungjawab terhadap sebarang kemungkinan buruk, bukan strategi yang sesuai. Janganlah percaya bulat-bulat jaminan PKR bahawa perhimpunan itu akan berlangsung dengan aman tanpa sebarang pelanggaran syarat.

Sejak awal penubuhannya, parti itu bijak mengeksploitasi perhimpunan haram. Malah difahamkan, dengan kebenaran terhad yang diberikan oleh pihak polis itu, sudah ada rancangan beberapa pihak penyokong Anwar untuk berhimpun di beberapa lokasi di ibu negara selain di mahkamah Jalan Duta.

Maka kita boleh faham kekecewaan orang ramai dan NGO. Mereka bersungguh-sungguh dan lantang bersuara demi keamanan tetapi akhirnya suara kelompok minoriti yang didengari. Pihak berkuasa kita memang mudah mengalah kepada ugutan dan kerap terperangkap dalam permainan yang dicorakkan oleh pembangkang. Itu persepsi ramai.

Di Malaysia, lebih mudah menjadi budak jahat dan nakal maka akan mendapat perhatian dan layanan baik. Ketika menghadapi perhimpunan haram Bersih tahun lalu, ribuan aduan polis dibuat tetapi ia umpama mencurah air ke daun keladi. Tiada negara lain yang rakyatnya membuat aduan polis sebegitu banyak sehingga boleh mencatat rekod dunia. Di Singapura, ada dua atau tiga aduan sahaja, pasti disusuli dengan tindakan segera yang menyakinkan.

Dalam isu perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901, sekali lagi orang ramai mendapat isyarat yang mengelirukan. Selepas banyak memberi amaran, polis tunduk lagi. Lebih baik dari awal lagi, keluarkan kenyataan, membenarkan sahaja perhimpunan. Tidak perlulah orang ramai dan NGO membuat ratusan lagi aduan polis.

Nampaknya sikap responsif rakyat yang sanggup menghabiskan masa dan tenaga bergegas ke balai-balai polis di seluruh negara, tidak diambil perhatian. Untuk apa lagi ghairah membuat aduan polis kerana penghujung ceritanya tetap sama.-UM.

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, Januari 07, 2012

Kes LIWAT Anwar - Taukeh besar S'pore sudah “tunjuk jalan”, tapi DAP dua beranak masih diam membisu!





















Pemimpin sial anak beranak DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dicabar menyatakan pendirian terkini berhubung pendedahan Karpal Singh di Dewan Rakyat pada 2007 bahawa Anwar Ibrahim adalah orang yang tidak bermoral.

Yang menjadi persoalan sekarang ialah adakah pendirian mereka berdua sudah berubah sedangkan Lee Kuan Yew telah menceritakan tentang 'bukti teknikal' yang dimiliki Bahagian Risikan Singapura selain kepercayaannya bahawa Ketua Pembangkang itu terlibat dalam kegiatan liwat dan homoseks.

Jika mereka berpendirian sebagaimana idola mereka Lim Kuan Yew, mengapakah mereka masih bersekongkol dengan Anwar. Apakah motif mereka sebenar? Adakah mereka sekadar mempergunakan kelemahan Anwar itu untuk kepentingan politik cauvinis dan sempit mereka.

Pengerusi DAP, Karpal Singh sendiri yang kini menjadi penguambela utama Anwar pernah membangkitkan isu kegiatan homoseksual itu di Parlimen pada 22 Oktober 1997 dan mengulangi dalam satu majlis terbuka anjuran DAP pada tahun yang sama. Anwar juga tentu tahu bahawa Karpal telah berucap di Hotel Federal mendedahkan perkara itu selain menasihatkan Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali berhubung aduan berkaitan dakwaan liwat. Dalam ucapan terbuka majlis anjuran di DAP di Hotel Federal, Karpal menyatakan beliau ada bukti Anwar terlibat dalam kes meliwat.

Karpal lah juga orang yang memaklumkan kisah homoseks dan liwat Anwar kepada para pimpinan Pas masa itu sehinggakan ada diantara mereka melabelkan Anwar sebagai 'al Juburi' dan 'pak janggut' itu jugalah kononnya yang mendokong dan menyokong Anwar sekarang.

Timbul kemusykilan disini dengan sikap kepimpinan DAP yang dipercayai mempunyai muslihat tertentu apabila masih bersama dan kelihatan menyokong Anwar Ibrahim walaupun mengetahui sejarah kegiatan homoseksual Ketua Pembangkang itu. Apa yang dikhuatirkan ialah pemimpin DAP itu menggunakan pengetahuan, maklumat dan mungkin "bukti teknikal" mengenai kegiatan homoseksual dan liwat Anwar untuk kepentingan politik mereka.

Mengikut laporan hansard Parlimen, Karpal ketika itu telah mengemukakan bukti kononnya beliau mempunyai dokumen akuan sumpah beberapa orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

( untuk gambaran yang jelas, sila klik disini )









Seorang ahli Parlimen Bebas, Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju), yang semasa itu juga merupakan Ketua Penerangan DAP, semasa di Dewan Rakyat juga telah mengesahkan mengenai kepimpinan DAP yang tahu tentang kegiatan liwat Anwar. Menurut beliau, persoalan pokok yang saya tertanya-tanya ialah, mengapa dengan pengetahuan seperti itu, kepimpinan DAP masih bersama dan kelihatan menyokong Anwar?

Tambah beliau lagi, jawapannya adalah jelas. " Pada saya Anwar adalah kuda tunggangan terbaik bagi kepimpinan DAP untuk mendapat kuasa dalam negara ini" katanya. Melalui Anwar, kepimpinan DAP melihat cita-cita dan nafsu mereka untuk memerintah negara umat Islam ini ada peluangnya!

Karpal yang sebelum ini sangat kecewa dan marah selepas terbongkarnya tragedi pembohongan 16 September juga pernah meminta Anwar bertaubat dan mendesaknya berundur kerana tidak layak menjadi pemimpin.

Daripada rentetan peristiwa tersebut, adalah sangat jelas sebenarnya kepimpinan DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal sangat mengetahui kegiatan homoseksual Anwar.

Dan menjadi kemusykilan kapada rakyat, apakah Anwar dengan masalah peribadi yang dihadapinya itu yang diketahui oleh kepimpinan DAP akan bersedia berbuat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri.

Apakah kerana itu (juga) maka Karpal sebagai peguam Anwar sengaja membiarkan kes Anwar tertangguh, kerana lagi lama ditangguh, lagi banyak ianya memberi kebaikan kepada kepimpinan DAP untuk memenuhi agenda mereka.

Apakah kerana itu kita melihat Anwar seperti Melayu yang sudah hilang akal dan kewarasan, menjual segalanya termasuk menjual nama Allah untuk disyirikkan oleh kafir, mempertikai ketuanan Melayu yang dia sendiri menjadi juaranya semasa menjadi pemimpin UMNO, dan sanggup menjual jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada manusia cauvinis dan rasis Kit Siang, serta menjual Pulau Pinang kepada anak lelaki Kit Siang?

Sebenarnya kedua-dua kepimpinan DAP dan Anwar saling guna-mengguna dan 'kuda-menguda' demi untuk kepentingan politik sempit dan cauvinis mereka. Yang paling menyedihkan dalam isu itu ialah kedudukan Pas yang telah terseret ke dalam satu percaturan politik yang sangat kotor dan jijik.

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Januari 06, 2012

Kita Tertipu Lagi...!!!


**************************
Ketahuilah

Satu Malaysia ini, sekarang

Diperbodoh-bodohkan oleh Anwar Ibrahim

Kita semua rakyat Malaysia kononnya bodoh belaka

Apakah harus kita membenarkan diri diperbodohkan?

Tak ada seorang pun pandai

Kecuali Anwar Ibrahim, dia anggap dirinya pandai

Lain semuanya tak guna

Tak layak jadi Perdana Menteri

Hinggakan dah jadi banduan pun masih nak jawatan itu

Pemimpin penyokongnya bebal membisu

Hati di dalam masih bernafsu

Siapa orangnya?

Si hipokrit, Anwar Bin Ibrahim

Anwar kata dia seorang saja yang bijak dan layak

Sebab itu masa dalam penjara dulupun masih nak teriak

Kalau tidak siapa nak tegakkan keadilannnnn.....

Orang lain tak mampu

Orang lain zalim

Orang lain ada kroni

Orang lain ada nafsu

Aku cuma ada topeng palsu

Siapa orangnya?

Aku, Anwar Bin Ibrahim, paling wahid dalam menipu

Tak ada seorang pun layak jadi PM

Aku boleh dipercayai

Aku dimanjai

Aku cepat dapat jawatan tinggi

Tangan kananku indah terperi

Tak siapa tahu tangan di kiri

Banyak rahsia diam tersembunyi

Anwar Ibrahim perbodohkan semua orang

Anwar Ibrahim menghina kita semua

Dia seorang saja yang maha bersih

Kalaulah dia tak ada, negara jadi hancur

Sebab itu Anwar Ibrahim tak boleh diduga

Nilainya di luar bukan di hati

Menjaja di sana sini perjuangan mimpi

Jangan disentuhnya sama sekali

Siapa orangnya?

Siapa penyokongnya?

Orang yang buta mata, buta akal dan buta hati

Mahukah kita ikut sekali?

Begitulah Anwar Bin Ibrahim perbodohkan kita

Anwar Bin Ibrahim menghina kita semua

Apakah kita tidak terasa terhina?

Aku sangat rasa terhina.
***************


Suara Politik
Taminsari

Khamis, Januari 05, 2012

Rakyat tidak akan lupa kelentong Karpal - Anwar kena arsenik!



















Agak menarik apabila mengimbaukan kembali kisah Anwar sewaktu dikenakan hukuman penjara kerana kesalahan salahguna kuasa dan juga kes liwat 1. Ketika itu timbul bermacam-macam cerita dan antara yang menarik adalah kes keracunan arsenik yang didakwa oleh Karpal Singh terhadap anak guamnya Anwar Ibrahim!

Isu berhubung dakwaan Anwar Ibrahim yang mengalami keracunan arsenik sememangnya mendapat perhatian banyak pihak ketika itu. Masakan tidak, kenyataan tersebut bukan sahaja cukup menggemparkan malah ia juga mencetuskan banyak spekulasi yang tidak berasas sebelum siasatan dijalankan. Keracunan arsenik seperti yang didakwa oleh peguam bela Karpal Singh berdasarkan kepada keputusan contoh air kencing Anwar yang dihantar ke makmal patologi Gribbles, Melbourne Australia pada 26 Ogos 1998.

Dan ianya menjadi bertambah menarik apabila selepas dua orang kuat Anwar keluar dari PKR iaitu YB Zolkifli Nordin dan juga Dato' Seri Zahrain, mereka menceritakan bahawa " kisah sedih Anwar kena arsenik " hanyalah lakunan Anwar semata-mata! Malah peguam yang dikatakan begitu handal iaitu Karpal Singh juga terlibat membohongi rakyat!

Hasil laporan ujian sampel air kencing yang menggunakan nama samaran 'Subramaniam, 59,' mencatatkan kandungan arsenik 230 ug/g kreatinin. Bagaimanapun, teka-teki berhubung dakwaan ini akhirnya 'terjawab' apabila hasil siasatan perubatan yang dijalankan oleh Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) mengesahkan bahawa Anwar tidak mengalami keracunan arsenik.

Segelintir pihak yang melontarkan pelbagai tuduhan yang tidak bertanggungjawab juga harus menerima hakikat ini apabila Datin Wan Azizah Wan Ismail sendiri turut akur dengan keputusan ini.

Namun, sejauhmanakah benarnya dakwaan yang mengatakan bahawa Anwar mengalami tanda-tanda keracunan arsenik? Apakah tanda-tanda yang dialaminya merupakan tanda sebenar bahawa beliau keracunan arsenik itu? Menurut salah seorang pakar perunding dalam bidang perubatan kita tidak boleh menentukan sesuatu masalah yang dialami berdasarkan kepada gejala-gejala yang dialami sahaja.

Ini kerana terdapat juga gejala-gejala yang sama tetapi juga boleh berpunca daripada lain-lain penyakit. Kesemua gejala seperti yang diadukan oleh Anwar tidak dapat diukur secara spesifik kecuali berat badannya. Menurut pakar itu lagi seseorang yang mengalami keracunan arsenik juga biasanya mengalami tanda-tanda seperti rambut gugur, kulit menjadi tebal (hiperkeratosis) dan tompok-tompok hitam pada kulit.

Mereka yang terdedah kepada keracunan arsenik biasanya akan mengalami pigmentasi pada kulit, hilang selera makan, penurunan berat badan, muntah-muntah, anemia, cirit-birit dan rasa mencucuk-cucuk pada kaki dan tangan.

Bagaimanapun, tanda-tanda seperti ini tidak dialami oleh Anwar. Sebaliknya, semasa Anwar dalam penjara, Anwar mengalami sembelit. Berdasarkan ujian darah yang dijalankan juga mendapati Anwar tidak menghidap anemia (kurang darah). Anwar juga tidak mengadu simptom-simptom dalam perut dan gejala-gejala yang menunjukkan beliau mengalami keracunan. Dakwaan ini diperkukuhkan lagi apabila laporan perubatan HUKM mendapati Anwar tidak menunjukkan bahawa dia mengalami tanda-tanda keracunan arsenik akut atau kronik.

Spesimen-spesimen air kencing, rambut dan kuku menunjukkan paras arsenik juga tidak melebihi paras yang dibenarkan. Malah, kajian yang dijalankan pada kesemua sampel menunjukkan kadar arsenik tersebut adalah dalam keadaan yang dibenarkan. Mengikut pendapat seorang doktor, sampel air kencing Anwar untuk ujian arsenik yang dihantar ke makmal patologi Gribbles, Melbourne, Australia menimbulkan persoalan sama ada ia benar-benar mematuhi prosedur dan standard ujian yang ditetapkan.

Menurutnya, berdasarkan standard yang betul air kencing individu yang disyaki mengalami keracunan haruslah diambil untuk tempoh 24 jam. Dalam tempoh tersebut setiap pengeluaran air kencing haruslah diambil bagi mendapatkan kadar purata paras sebenar arsenik yang terdapat dalam air kencing. Sebaliknya, dalam kes ini jika diteliti sampel air kencing Anwar yang dihantar ke makmal tersebut hanya sekali sahaja.

Biasanya, kandungan arsenik dalam air kencing individu yang baru memakan makanan laut memang agak tinggi. Bagaimanapun, paras arsenik ini akan menurun secara perlahan-lahan dan jika diambil semula selepas 48 jam, terdapat kemungkinan kandungan arsenik dalam air kencing tersebut tidak ada lagi. Arsenik akan dikumuh oleh tubuh secara proses semula jadi melalui air kencing.

Lampiran laporan yang dinyatakan hasil perbincangan yang diperoleh daripada Profesor Dr. Moyer dari Klinik Mayo, Amerika Syarikat menjelaskan, individu dewasa yang tidak terdedah dengan arsenik akan mengumuhkan arsenik kurang daripada 25 ug/l daripada jumlah keseluruhan arsenik yang ada dalam tubuhnya.

Bagaimanapun, mereka yang memakan makanan laut yang bercengkerang seperti kerang, kupang, siput, ketam dan sebagainya akan mengumuhkan arsenik yang mencecah hingga 500 ug/l. Paras arsenik yang mencecah 300 ug/g kreatinin bukanlah satu keadaan yang berterusan bagi mereka yang memakan makanan laut.

Makanan laut biasanya mengandungi kandungan arsenik bukan organik yang bercampur dalam tisu-tisu mereka. Akhbar The Straits Times Singapura yang memetik sumber-sumber melaporkan, berdasarkan laporan perubatan seorang doktor yang merawat Anwar semasa di penjara, beliau sihat dan tidak mengalami sebarang kesakitan, kecuali bronkitis, resdung dan kekejangan otot belakang akibat bermain sepak takraw dengan banduan-banduan lain.

Laporan berkenaan juga menyatakan Anwar tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda klinikal akibat mengalami keracunan akut seperti pigmentasi pada kulit (tompokan pada kulit), kehilangan berat badan dan selera makan serta cirit-birit. Pegawai-pegawai perubatan lain yang turut memeriksa Anwar juga menyebut, pesakit itu tidak mengadu mengenai sebarang kesan lain akibat keracunan arsenik.

Berdasarkan laporan perubatan HUKM, Anwar mempunyai sejarah kesihatan seperti pembengkakan hati (fatty liver), gastrik dan kemalangan terjatuh dari kuda beberapa tahun lalu. Kemalangan ini menyebabkan Anwar mengalami trauma pada bahagian kepala dan leher pada September tahun sebelum itu.

Menurut pakar yang membaca lampiran laporan tersebut, pembengkakan hati yang dialami Anwar ini boleh berpunca daripada jangkitan yang tidak spesifik seperti hepatitis atau lain-lain penyakit pada hatinya. Bagaimanapun, jangkitan yang menyebabkan pembengkakan pada hatinya tidaklah begitu serius.

Selain itu, Anwar juga menghidap penyakit gastrik yang kronik dan pedih ulu hati (reflux esofagitis).Sehubungan itu, bagi mengawal penyakit gastrik yang dihidapinya Anwar perlu mengambil ubat gastrik iaitu omeprazole dan prepulsid.

"Ubat-ubatan ini diambil sejak Anwar didiagnos menghidap penyakit gastrik di Hospital Universiti (UH) pada sekitar tahun 1995-96."Ubat-ubat gastrik ini sememangnya diakui mempunyai kesan sampingan,'' katanya. Selain ubat gastrik, Anwar juga mengambil ubat kulit iaitu Roaccutane.

Ubat ini katanya, meskipun diambil mengikut dos yang ditetapkan, boleh meninggalkan banyak kesan sampingan seperti keguguran rambut, kulit kering berkuping-kuping, loya, sakit kepala, lemah, mengantuk dan sakit otot. Selain itu, ubat ini juga boleh meningkatkan lagi enzim hati, kolesterol, plasma darah, perubahan mood dan tarik-tarik (seakan-akan sawan).

Ubat-ubatan yang diambil ini telah lama diamalkan oleh Anwar sendiri sebelum Anwar dihantar ke penjara. Menyedari keadaan Anwar yang menghidap gastrik yang menyebabkannya alah pada kafein, maka pemakanannya perlu diubahsuai bergantung kepada tahap kesihatan dan rawatan yang diterima.

Jika sebelum ini Anwar diberi minum kopi atau teh, ia diganti dengan milo. Setin milo akan diletakkan dalam biliknya dan air panas akan dihantarkan kepadanya setiap malam bagi membolehkannya membancuh minuman tersebut pada waktu tengah malam.

Selain itu, Anwar juga turut diberi minuman berkalori tinggi untuk membantu meningkatkan berat badan dan madu bagi menambahkan tenaganya. Laporan perubatan tersebut ada mengatakan bahawa pemeriksaan paru-paru menunjukkan terdapat fine crackles di bahagian bawah paru-paru Anwar.

Masalah ini merupakan satu keadaan biasa apabila paru-paru seseorang gagal mengecut dan mengembang dengan sempurna semasa proses pernafasan, disebabkan oleh penyakit asma atau lain-lain penyakit paru-paru yang dihidapinya.

"Keadaan ini berlaku apabila seseorang menghidap penyakit asma atau bronkitis yang menyebabkan paru-paru menjadi lebih keras berbanding biasa. " Bagaimanapun, masalah ini biasanya berlaku di kalangan mereka yang menghidap asma saja,'' ujarnya.

Hujah ini diperkukuhkan lagi apabila lampiran laporan perubatan HUKM yang menyiasat dakwaan keracunan arsenik juga mendapati Anwar menghidap asma yang agak ringan (reversible airways disease). "Dalam laporan HUKM juga ada menyebut bahawa ibu dan salah seorang daripada anak perempuan Anwar juga menghidap asma,'' jelasnya. Menurut pakar yang menyemak laporan perubatan tersebut, Anwar juga mengalami tekanan emosi (stress) iaitu satu masalah biasa dialami oleh mereka yang dimasukkan ke dalam penjara.

Mengulas tekanan darah (hipotensi ortostatik) Anwar yang tidak menentu, pakar tersebut menjelaskan, catatan tekanan darah kepada 128/95mmHg daripada 150/100mmHg (baring) menunjukkan berlakunya penurunan tekanan darah.

Bagaimanapun, keadaan yang dialami Anwar ini hanya sekali sahaja dan ia bukanlah satu keadaan yang berterusan. Ini kerana berdasarkan lampiran laporan tersebut, catatan tekanan darah Anwar yang diambil menunjukkan tekanan darahnya stabil." Kenyataan ini merujuk kepada lampiran pemeriksaan secara keseluruhan menunjukkan tekanan darahnya tidak menunjukkan kelainan yang berterusan,'' katanya.

Berdasarkan hasil laporan perubatan HUKM, tiga perkara yang baru ditemui, iaitu:

* Kelainan (abnormaliti) paru-paru
* Tekanan darah yang jatuh (hipotensi ortostatik)
* Kelainan (abnormaliti) pada scan otak

Hasil kajian radiograf dada oleh Pakar Respiratori, Dr. Roslan Haron (HUKM) mendapati Anwar mempunyai kelainan pada bahagian bawah paru-paru kirinya.

Namun, hasil ujian ulangan scan tomograf berkomputer (CT Scan) dada menunjukkan kelainan ini tidak berlaku. Bagaimanapun ia bukanlah sejenis penyakit, sebaliknya ia merupakan satu keadaan yang normal yang boleh dihadapi oleh sesetengah individu. Selain itu, ujian fungsi paru-paru juga menunjukkan reversible small airways obstruction iaitu menunjukkan bahawa kemungkinan Anwar menghidap asma adalah tinggi.

Semasa dalam wad, Anwar ada mengadu bahawa dia mengalami kesakitan kepala yang amat sangat. Sehubungan itu, satu siasatan dijalankan oleh Pakar Perunding Neurologi, Profesor Dr. Raymond Azman Ali. Merujuk kepada pemeriksaan sistem saraf yang diperoleh daripada ujian MRI otak Anwar menunjukkan satu perubahan kepekatan yang meningkat dalam otak (subcortial hyperintense changes).

Bagaimanapun, ia merupakan satu perubahan biasa yang dialami oleh mereka yang meningkat umur. Kesimpulan daripada laporan tersebut juga menyatakan Anwar:

1. Tidak menghidap diabetes, penyakit tiroid, kegagalan buah pinggang, anemia kronik, batuk kering atau penyakit kanser

2. Tidak menghidap penyakit HIV atau AIDS

3. Ujian fungsi hati (hepar) menunjukkan terdapat sedikit kelainan

4. Ujian-ujian darah adalah normal

5. Tekanan darah stabil

6. Ujian paru-paru menunjukkan Anwar menghidap asma yang ringan

7. Pemeriksaan sistem saraf menunjukkan normal

8. Pemeriksaan sistem usus Anwar menghidap gastrik dan pedih ulu hati

9. Pemeriksaan mental menunjukkan Anwar menghadapi tekanan emosi Kesimpulannya, laporan kesihatan Anwar yang dibuat oleh 12 orang doktor pakar HUKM dan yang dibuat oleh doktor pakar di Penjara Sungai Buloh adalah sama.

Siapa yang menipu siapa ? Begitu hebat "lakunan Anwar" untuk mendapatkan simpati dari rakyat ketika itu! Tidakkah Karpal Singh pun terlibat sama membawa cerita bohong ke mahkamah! Bukan Karpal bersubahat sama dengan anak guamnya! Fikir-fikirkanlah. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Januari 03, 2012

Bangsa Melayu yang bertopengkan Melayu!



















Sayang! Adakah generasi Melayu bakal tinggal sejarah? Kini, anak Melayu sendiri malu hendak menyanjung bangsanya di celah-celah komuniti yang mengamalkan cara hidup bebas, mewah, moden dan "open minded".

Identiti Melayu sudah tenggelam di dasar kehidupan ala kebaratan, fahaman agama yang kian bercelaru disogok dengan ideologi-ideologi barat.

Cara berfikir? Mereka melabelkan diri sebagai "PEJUANG KEBEBASAN". Mereka berkehendakkan satu kehidupan yang bebas tanpa kongkongan peraturan yang tegas, serba-serbi bebas. Bebas melakukan apa sahaja demi memenuhi tuntutan nafsu, malah ada yang menginginkan kebebasan dari hukum Islam, wallahualam.

Orang Melayu sekarang "HEBAT". Sesetengahnya angkuh mengecam hak dan kelebihan Bumiputra dan bangsa sendiri yang telah dipertahankan sejak dari zaman kemerdekaan. Mereka memanipulasi isu hak keistimewaan Bumiputra dengan meletakkan kerajaan sebagai pengamal satu jenis penindasan kaum yang tidak dideritai oleh puak lain walau sedikitpun. Inilah dia "KEJAHILAN" yang mampu membentuk satu generasi yang kufur nikmat apabila dikawal oleh rasa tamak dan haloba.

UMNO, PAS dan PKR adalah tiga parti politik negara. Tiga parti beridentitikan Melayu yang sekiranya bersatu, tidak ada satu kuasa dalam dunia ini pun yang mampu menggugat maruah serta hak bangsa dan agama. Malah kaum Bumiputra bukan Melayu juga turut bersinar terang di bawah kilauan keagungan BANGSA Melayu, mengatasi kaum-kaum lain yang hebat di zaman ini. Cahaya inilah yang orang Melayu sudah tiada. Penghalangnya adalah orang Melayu itu sendiri.

Keinginan Melayu PAS dan PKR berpisah dan membentuk landasan masing-masing dengan niat untuk merebut peluang menjadi kumpulan yang berkuasa sekaligus menjadi pemerintah menjadi penyebab kepada terlerainya ikatan perpaduan di kalangan bangsa Melayu sendiri.. Dalam keadaan seperti ini, sudah pastilah fitnah, maki-hamun, memburuk-buruk di kalangan sendiri menjadi satu lumrah yang biasa disajikan kepada masyarakat kita kini.

Pakatan Rakyat yang digerakkan melalui dua pertubuhan Melayu (PAS/PKR) ini sedikit sebanyak tunduk kepada tuntutan dan kemahuan DAP. Apakah sebabnya mereka sanggup bersuara senada dengan mereka dalam pelbagai pertikaian terutama dalam perkara yang membabitkan hak bangsa bumiputra dan agama sedangkan selama ini tidak merugikan kaum lain sedikitpun? DAP mahu sesuatu yang mutlak dan kuasa politik adalah satu-satunya perkara yang mereka tidak dapat kuasai sehingga kini. Dengan perancangan menguasai politik, bermakna mereka akan dapat mempengaruhi kerajaan dan mencorakkan dasar pemerintahan yang sesuai berdasarkan kesesuaian naluri dan citarasa mereka. Tiada larangan agama dan tiada roh Islam dalam pentadbiran. Itulah kebebasan ala kafiruun.

Kepada orang Melayu Pakatan Rakyat, tidak perlu membohongi diri sendiri menunjukkan kesediaan dan kesanggupan untuk mengorbankan segala yang dipertahankan kerajaan semata-mata untuk mendapat satu kepimpinan baru yang belum tentu lagi dapat menjamin kesejahteraan dan kepentingan kaum Melayu dan bumiputra sendiri. Orang Melayu tidak akan mampu bersaing dengan kaum Cina dalam pelbagai bidang yang majoritinya dimonopoli oleh GOLONGAN mereka. Di manakah keAdilan bagi bangsa Melayu jika pemimpin mereka sendiri mengutamakan hak samarata kaum secara membabi buta seumpama "mencurahkan garam ke air laut"?.

Ramai orang Melayu kesian melihat UMNO sekarang ini, kesian kerana UMNO terpaksa berhadapan seorang diri menangkis dari setiap penjuru depan belakang, kiri kanan, atas bawah isu perkauman yang di lontarkan oleh pembangkang dan disambut pula oleh parti komponen dalam BN. Pemimpin-pemimpin UMNO terpaksa berhadapan tanpa henti-henti isu perkauman yang terpaksa di pertahankan demi masa depan "survival" orang-orang Melayu, bukan hanya untuk orang Melayu dalam UMNO malah keseluruhan orang Melayu di mukabumi ini, kestabilan orang Melayu bermakna stabil lah negara, apabila stabil negara maka ekonomi akan bercambah, apabila ekonomi bercambah sejahteralah bangsa lain seperti Cina dan India serta bangsa-bangsa lain di Malaysia ini.

Dalam masa ini juga UMNO dengan sedaya-upaya mengembalikan kesedaran kepada kaum bangsa Melayu supaya berdiri teguh untuk menegakkan bangsa Melayu serta perjuangan bangsa kerana pada masa ini ada Melayu yang telah diekploitasi pemikirannya sanggup menidakkan bahawa BAHASA Melayu yang melambangkan BANGSA Melayu yang MERDEKA sehingga menjadikan negara ini dinamakan 'MALAY'sia telah menjadi bahan pertikaian oleh orang Melayu sendiri tanpa menyedari bahawa mereka inilah juga berBAHASA Melayu dan berBANGSA Melayu tetapi bercakap seolah-olah mereka ini bukan lagi anak bangsa 'MALAY'sia. Inilah matlamat kaum Cina terutama DAP untuk memesongkan identiti seseorang Melayu yang disokong pula oleh Melayu PKR dan juga PAS.

Permainan politik orang Melayu kini "HEBAT" dan nampak lebih licik di dalam memberi laluan kepada DAP dan segala undi kaum Melayu berpindah kepada DAP melalui PKR dan PAS. Seronok mereka walaupun BN menerima kekalahan dibeberapa negeri yang bermajoriti berbangsa Melayu. Majoriti Melayu mungkin sedih, tetapi ada Melayu bersedih dalam gembira tanpa menyedari sumbangan mereka dalam mengorak langkah menghancur bangsa Melayu sendiri. Wajah dan air muka jetahuna Melayu akhirnya ditempiaskan kepada UMNO. Maka paksi UMNO disalahkan bagi semua perkara seolah-olah gagal mempertahankan Melayu.

Bagaimana pula dengan Melayu di dalam PAS dan PKR yang ahli mereka juga ramai yang berbangsa Melayu, tetapi mengapa pula mereka tidak mahu mempertahankan hak dan bangsa Melayu? Tidak pula mereka ini Melayu-Kristian, tetapi Melayu-Islam. Yang diterima adalah kutukan dan penghinaan kepada bangsa sendiri setiap hari terhadap perjuangan UMNO sehinggakan bahasa, bangsa, agama dan negara menjadi pertaruhan seolah "hilang hari ini, esok akan kembali" semula. Amat mudah dan ringkasnya generasi Melayu hari ini dalam memperjuangkan anak bangsanya untuk kemudian hari.

UMNO terpaksa membakar diri untuk memerangi Melayu lain yang telah dicemari dan keseluruhan bangsa-bangsa lain, inilah nasib UMNO dalam keadaan lemah longlai umpama pokok yang condong dan kura-kura cuba memanjat, inilah sedang berlaku. MCA dan GERAKAN mula dengan isu perkauman, MIC dan PPP mula dengan isu dalaman mereka yang tak berkesudahan apatah lagi pembangkang dikalangan Melayu sendiri yang akan menahan jala malah pukat tunda pun digunakan tak cukup dengan itu racun tuba digunakan di air sedang keruh untuk mendapat untung dengan senyum puas.

Istilah Ketuanan Melayu dibesarkan kerana istilah ketuanan Melayu seumpama Melayu ini tuan kepada bangsa lain atau kuli atau hamba, itulah di niatkan oleh mereka untuk mendapat sokongan bangsa lain, sepatutnya Istilah Hak Keistimewaan Orang Melayu disebut tetapi istilah itu agak lembut dan bersopan, UMNO mempertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu itu semestinya perjuangan UMNO, inilah yang dikesan dan di cium oleh ANWAR dan menggunakan platform dalam Pakatan Rakyat untuk mencari kelemahan UMNO dalam memecahbelahkan pemikiran bangsa Melayu secara langsung dan tidak langsung seumpama menerima agenda Malaysia Malaysian, Malaysia Baru, Harapan Baru.

Dalam keadaan Melayu didalam kem Pakatan Rakyat (orang Melayu yang membunuh bangsanya sendiri) itulah pembangkang mencari kelemahan dan melontarkan satu demi satu yang akan menarik minat UMNO untuk melatah dan melenting dan akhirnya dilihat oleh bangsa Cina dan India bahawa Melayu UMNO bangsa yang rasist apabila berusaha menangkis serangan demi serangan yang dilontarkan di dalam isu bahasa, bangsa, agama dan negara.

Kebijaksanaan pemimpin UMNO perlu diasah kembali, muhasabah diri perlu kerana keadaan kini sokongan Cina dan India terhadap BN dan UMNO mula berkurangan, Isu Istilah Ketuanan Melayu perlu diubah kepada Hak Keistimewaan Orang Melayu, demi bangsa Melayu keseluruhannya UMNO kena berhati-hati tetapi berani dan tegas.

Meniti sejarah Tunku Abdul Rahman pernah berpendapat masyarakat Cina lebih mengutamakan faktor ekonomi sementara masyarakat Melayu lebih mengutamakan politik. Namun pendapat Tunku Abdul Rahman tidak lagi relevan dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Semakin ramai bijak pandai Cina yang ingin menjadi teraju negara dan hanya boleh dicapai melalui proses politik. DAP merupakan parti pembangkang sejak ditubuhkan semenjak 1966 lagi. Ramai penganalisis berpendapat apa yang tidak dapat diperjuangkan oleh bangsa Cina didalam kerajaan akan diperjuangkan dari luar, DAP. Jadi mereka saling lengkap melengkapi. Yang ruginya Melayu tidak kira UMNO, PAS dan PKR. Inilah resepi kejayaan DAP disamping faktor-faktor yang lain.

Semenjak zaman penjajahan British di mana bangsa Cina berperanan menjayakan Rancangan Brigg bagi menempatkan penduduk Cina di tepi hutan dan luar bandar ke kampung-kampung baru. Kebanyakan kampung-kampung baru ini telah bertukar menjadi bandar dan mempunyai kepentingan ekonomi dan politik yang penting di Malaysia. Antaranya ialah Kulai, Segamat, Kluang, Raub, Kajang, Bidor, Petaling Jaya, Serdang, Sungai Besidan lain-lain. Boleh dikatakan semua majoriti penduduk bandar-bandar di Malaysia adalah kaum Cina. Kebudayaan mereka amat ketara sekali apabila melalui kawasan bandar sehinggakan setiap bandar dapat dikatakan sebagai 'Chinatown'.

Dalam keadaan pemerintahan atau politik di monopoli oleh Melayu, ekonomi di monopoli oleh Cina pun Melayu tak merasa untuk menjadi eksekutif di syarikat-syarikat Cina yang dikuasai oleh Cina secara total. Apakah nasib anak cucu, cicit piat piut generasi Melayu di masa mendatang?

Tidak sedarkah bangsa Melayu PERLU untuk bersatu kembali, perpaduan Melayu demi masa depan anak bangsa, menolak jauh idologi politik sempit yang dimainkan oleh DAP, PKR dan PAS dan mengutamakan perpaduan agar bangsa lain hormat kembali kepada bangsa Melayu. Melayu kini tersepit dalam isu bangsanya sendiri, UMNO memang sudah dikenali sebagai parti yang memperjuang orang Melayu kini dilontarkan isu yang sama dan di dalam mempertahankan hak bangsa Melayu dengan di perhatikan oleh bangsa Cina dan India dan begitu juga Melayu PKR dan PAS untuk sama-sama menjadi cuma pemerhati kepada kejatuhan Melayu.

Sedar atau masih lalaikah orang Melayu keseluruhannya? Mampukah orang Melayu menghadapi keadaan ini? Mampukah anak bangsa Melayu di masa hadapan menghadapi hidup tanpa Hak Keistimewaan Melayu?

Marilah, bersatu elakkan sebarang kemungkinan yang akan menjadi titik permulaan ke arah azab keaiban kaum Melayu dan bumiputra. Jangan sekali-kali kita menjadi pendorong untuk kaum dan bangsa lain menginjak-injak maruah dan mertabat kita demi secebis kenikmatan yang hanya akan membawa kepada penderitaan anak cucu kita kelak.

Bantulah kerajaan yang dipilih dan diketuai oleh orang Melayu mempertahankan maruah Melayu. Ingatlah, bersatu Melayu teguh bercerai Melayu roboh. Tiada esok bagi Melayu dan tiada hari ini bagi Melayu jika keistimewaan kuasa politik bangsa Melayu terlepas dari gengaman. Ingatlah wahai semua bangsa Melayu.

Suara Politik
Taminsari