Rabu, Disember 21, 2011

Rentetan Peristiwa 16 Sept. Anwar Nak Jadi PM [4] : Selamba saja bohong….PM cabar Anwar dedah nama MP BN nak lompat!


Sungguh menghairankan. Surat hitam putih ada. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengaku ada terima surat itu dari Anwar Ibrahim. Persoalannya di sini ialah isi kandungannya?

Penasihat PKR itu boleh buat selamba sahaja mendakwa kandungan surat itu antara lain bertujuan hendak mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan proses peralihan kuasa secara aman setelah kononnya barisan pembangkang mempunyai cukup bilangan Anggota Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Anwar bercakap hal ini dalam ucapannya pada majlis sambutan Hari Malaysia di stadium Kelana Jaya, Selangor Isnin malam.

Katanya barisan pembangkang sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri yang ditandatangan beliau, penasihat DAP, Lim Kit Siang serta Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

“Siang tadi (Isnin) wakil PAS, PKR dan DAP sudah ke Putrajaya ke pejabat PM dan serah surat minta pertemuan segera. Kita minta perundingan ini, kerana kita mahu perubahan ini dibuat dengan aman dan teratur.

“Kenapa saya dan ketiga-tiga kami berani menulis dan menandatangani surat bincang masa depan negara?...Ini adalah kerana kita sudah ada jumlah yang cukup dan sedia,” katanya.

Sebaliknya pada hari Selasa, semasa memberi kenyataan pada sidang akhbar pada majlis penyampaian dermasiswa dan sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Seri Endon Yayasan Budi Penyayang di Kepala Batas, Perdana Menteri menjelaskan surat berkenaan bukannya berhubung peralihan kuasa.

Perdana Menteri berkata surat itu adalah berkaitan dengan situasi dalam negara dan perkara-perkara umum.

"Tidak ada satu surat pun yang dihantar yang berkaitan dengan pemindahan kuasa.

Dia hantar surat tentang hal-hal umum yang berkaitan dengan situasi dalam negara," katanya.

Mengulas dakwaan Anwar yang mendakwa mempunyai senarai 31 nama Anggota Parlimen Barisan Nasional yang akan melompat ke Pakatan Rakyat, Abdullah berkata: "Kalau dia ada dia boleh beritahu, biar semua rakyat tahu, biar semua pengundi tahu ( kepada pengundi dikawasan-kawasan dimana Ahli Parlimen BN didakwa nak lompat berkenaan ) apa yang telah dia lakukan kepada calon-calon mereka ," kata Perdana Menteri.

Abdullah berkata beliau tidak akan mengadakan pertemuan dengan Anwar untuk berbincang kerana "kalau dia jumpa saya pun nanti mungkin dia buat cerita yang lain."

"Nanti dia kata saya telah setuju tentang itu, tentang ini. Itu adalah tujuan dia mempopularkan diri dia. Saya tidak perlu jumpa dia," katanya.- 16/9/2008

Suara Politik
Taminsari..

Selasa, Disember 20, 2011

Rentetan Peristiwa 16 Sept. Anwar Nak Jadi PM [3] : Malam D-Day kononnya nak berkuasa…Anwar tampil dengan ‘skrip baru’!


Bagi kurang dari 10,000 penyokong pakatan pembangkang yang hadir di Stadium Kelana Jaya Isnin malam, malam tersebut adalah malam penentuan. Harapan mereka tinggi mengunung untuk mendengar bukti dan fakta ‘yang boleh diterima akal’ menjelang pengistiharan kerajaan 16 September.

Namun seperti yang sudah dijangkakan mereka semua tetap pulang melopong diambang kononnya barisan pembangkang akan tawan Putrajaya Selasa menerusi tindakan para Ahli Parlimen Barisan Nasional melompat parti.

Apapun Anwar Ibrahim tetap bergaya dan tidak menghampakan mereka apabila beliau tampil dengan 'skrip baru' yang dipercayai untuk menutup malunya tidak dapat mengotakan gembar-gembur yang sudah didendangkan selama enam bulan lamanya.

Beliau mengakui pelan 16 September untuk mengambil alih kerajaan terpaksa diubah.

Setelah sekian lama mendakwa beliau sudah ada 'the numbers' yakni jumlah Ahli Parlimen BN yang cukup, jalan cerita terbaru Penasihat PKR itu ialah beliau akan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi meminta perubahan kuasa kepadanya dilakukan secara aman dan teratur.

Ini bermaksud kini kerajaan Barisan Nasional yang ada 140 kerusi di Parlimen berbanding 82 kerusi pembangkang terpaksa tunduk kepada kehendaknya. Jalan cerita itu tetap disertai dengan dakwaannya kononnya angka Ahli Parlimen BN yang diperlukan sudah cukup.

Bagaimanapun, dalam ucapannya hampir sejam di majlis Sambutan Hari Malaysia ke 45, itu, Anwar tidak menyebut langsung berapa jumlah ahli parlimen Barisan Nasional yang sudah set nak lompat dan siapa mereka.

Kata barisan pembangkang sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri yang ditandatangan beliau, penasihat DAP, Lim Kit Siang serta Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

“Siang tadi (Isnin) wakil PAS, PKR dan DAP sudah ke Putrajaya ke pejabat PM dan serah surat minta pertemuan segera. Kita minta perundingan ini, kerana kita mahu perubahan ini dibuat dengan aman dan teratur.

“Kenapa saya dan ketiga-tiga kami berani menulis dan menandatangani surat bincang masa depan negara? Ini kerana kita sudah ada jumlah yang cukup dan sedia,” katanya.

Anwar turut menjadikan pemergian para Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ke Taiwan dan penahanan Ahli Parlimen DAP Seputeh yang juga Exco kerajaan Selangor, Teresa Kok di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai alasan pelan 16 September tidak jadi kenyataan.

“Kenapa 16 (Sept) tak jadi, macam mana nak jadi, sebab mereka bawa pelari ke Taiwan, seorang masuk tahanan ISA, kita ada 82 (ahli parlimen) dah kurang satu..Teresa Kok hilang. Tapi saya nak jelaskan, kita ada cukup jumlah nak kalahkan BN,” katanya.

Menurut Anwar, kenapa pembangkang tidak ubah kerajaan esok (16 Sept) adalah kerana tidak mahu memaksa mengheret mereka yakni kerajaan BN di Putrajaya turun.

“Sebab itu kita memilih untuk berunding dengan Datuk Dollah (Abdullah). Ini jumlahnya, ini kekuatan kita...bagaimana? ...nak seminggu (serah kerajaan)...nak dua minggu,” katanya.

Anwar turut menabur janji akan menurunkan 30 sen harga minyak pada hari sama pembangkang mengambil alih kerajaan, membebaskan semua tahanan ISA manakala 20 peratus royalti minyak akan diserahkan kepada Sabah dan Sarawak.

Pembangkang juga katanya ada memberi cuti umum pada 16 September sempena sambutan Kebangsaan selain cuti umum 31 Ogos bagi sambutan Kemerdekaan.

Apa yang jelas, majlis malam tadi tidak lain dan tidak bukan digunakan Anwar bagi menjelaskan kenapa pelan 16 September atau 916 yang disebut Kit Siang tidak jadi kenyataan.

Walaupun mendapat tepukan gemuruh orang ramai di stadium yang boleh memuatkan 30,000 orang itu, yang jelas 60 peratus daripada kurang 10,000 yang hadir adalah masyarakat Cina. Ini mengingatkan pada apa yang pernah dikatakan Naib Presiden PAS, Mat Sabu sebelum ini, bahawa Anwar sebenarnya hanya berjaya menarik pengundi Cina dan India sahaja.

Satu ketika dalam ucapannya, Anwar menyatakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng lebih taqwa berbanding orang UMNO. Maka tidak hairanlah apabila mereka yang jawab pertanyaan apa khabar oleh Anwar lebih ramai berbanding yang menjawab salamnya.

Majlis malam tadi walaupun atas nama Sambutan Hari Malaysia, tetapi tumpuan ucapan beberapa pemimpin pembangkang termasuk Anwar sendiri banyak berlegar soal mansuhkan ISA.

Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng umpamanya menyentuh mengenai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang letak jawatan kerana tidak sokong kerajaan melaksanakan ISA. Sambil menyebut peribahasa masyarakat Tionghua mengenai ‘tukar langit’ , Kit Siang berkata, sudah tiba masa rakyat menukar kerajaan melalui pelan 916 bagi menghapuskan ISA.

Turut berucap di majlis itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar serta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku tuan rumah sambutan. Pihak penganjur telah menyediakan 1 juta bendera jalur gemilang dan 1 juta gelang tangan getah untuk diedarkan kepada mereka yang hadir.

Ikut ceritanya Anwar akan bagi sidang akhbar khas di ibupejabat PKR dekat Petaling Jaya pagi Selasa. Apa pula skripnya pada hari yang sepatutnya jadi D-Day iaitu 16 September ? - 15/9/2008

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Disember 19, 2011

Rentetan Peristiwa 16 Sept. Anwar Nak Jadi PM [2] : Mengarut…kata PM !

Ketika Anwar Ibrahim berada di Stadium Kelana Jaya, Selangor pada majlis Hari Malaysia Isnin malam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berada di majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan rakyat di Masjid Abidin Kuala Terengganu.

Walaupun Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu mendakwa kerajaan Barisan Nasional kini kena tunduk berunding untuk serah kuasa secara aman dan teratur kepadanya ,Perdana Menteri berkata di majlis itu rancangan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan 16 September sebagai sesuatu perkara yang karut.

"Pembohongan ini menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut sehingga selepas berbuka dan Tarawih, bukan nak buat Taddarus tetapi yang dibincangkan ada hubungkait dengan pertukaran kerajaan.

"Sepatutnya kita guna bulan Ramadan ini untuk tingkatkan ibadah untuk kemuliaan di sisi Allah dan tidak digunakan bersembang perkara yang tidak akan berlaku," katanya dalam ucapan di majlis itu.

Perdana Menteri menegaskan pertukaran kerajaan baru seperti yang dicanangkan oleh Anwar tidak akan berlaku.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak menghentikan daripada memperkatakan dan menyebarkan tentang perkara tersebut.

"Orang kita cepat sangat terkejut, tergempar, cepat sangat kelam kabut tentang soal pertukaran kerajaan.

Ketepikan semua perkara begini. Beri perhatian kepada perkara yang mendatangkan manfaat serta kebaikan dan bukan sembang kosong yang tidak beri manfaat.

"Kita suka sangat berhujah dan bersembang tentang perkara ini (pertukaran kerajaan). Perkara ini tidak akan berlaku," katanya.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said, Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Abdullah bersama isteri, yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud kira-kira pukul 6 petang , turut menunaikan solat jemaah Maghrib, Isyak dan Tarawih.- 15/9/2008














Anwar terkedu kerana yang hadir tidak seperti yang diharapkan..!!!

Suara Politik
Taminsari

Rentetan Peristiwa 16 Sept. Anwar Nak Jadi PM [1] : Sivaji The Boss!


Ini hebatnya Anwar Ibrahim… sandiwara dan lakonan adalah kepakarannya. Jika selama enam bulan beliau dendang syair “dah ada jumlah yang cukup untuk bentuk kerajaan 16 September“ hingga membawa kepada drama “memburu di Taiwan“ kini beliau bawa seloka baru pula.

Selokanya berbunyi "Suasana tidak stabil yang nampaknya sengaja ditimbulkan oleh pihak kerajaan mengundang rasa tidak tenteram di kalangan rakyat terbanyak dan boleh mengancam keselamatan negara,".

Sehubungan itu dalam kenyataannya yang disiarkan dalam blognya, Anwar berkata, pakatan pembangkang mahu bertemu Perdana Menteri dalam waktu terdekat kerana mahu membincangkan soal keselamatan negara dan masa depan politik Malaysia.

Selama enam bulan, apa label yang diberikan oleh Anwar kepada pemerintahan yang ada sekarang. Kerajaan lemah, rakyat tidak lagi mahu bersama kerajaan sekarang hinggalah membawa kepada gambaran kerajaan yang ada akan tumbang 16 September melalui gerakan yang dibuatnya.

Bukan sahaja kalangan orang politik panik dengan kenyataan dan tindakan beliau, malah rakyat sendiri binggung apa yang akan berlaku di negara ini pada 16 September 2008.

Para pelabur sudah tentu mengambil sikap tunggu dan lihat. Mereka sudah tentu tidak mahu mengambil risiko membuat sebarang langkah dengan gambaran yang diberikan bahawa kerajaan akan tumbang sejak enam bulan lalu.

Kini semua punca-punca yang membawa kepada ketidak tentuan dalam negara itu disalahkan kepada kerajaan.

Anwar yang tentu malu besar sebab 16 September tidak menjadi mula mengarang plot baru ’drama Hindi’ untuk memasuki carta popular sepanjang zaman.

Bagi beliau, ketidak tentuan politik yang berlaku dalam negara sekarang berpunca daripada pemerintahan yang lemah.

Diri beliau tidak salah. Jika dilihat baik drama Tamil atau Hindi memang ada watak yang apa pun berlaku dalam kampung itu semua salah orang. Bagi pastikan rancangannya berjaya, semua orang dilagakan dengan cerita orang itu tidak betul dan orang ini pula salah. Dirinya sentiasa betul.

Bagi menutup kelemahan dan pembohongan yang telah dibuatnya terhadap rakyat Malaysia sejak enam bulan lalu, Anwar mengalihkan pandangan semua yang berlaku tidak ada kena mengena dengan dirinya.

Bagi memperlihatkan dirinya hebat, Anwar melalui partinya PKR akan menganjurkan sambutan Hari Malaysia 16 September, Isnin malam di Stadium Kelana Jaya,Selangor.

Menurut rancangannya, Anwar akan berucap menyampaikan perutusan sempena Hari Malaysia 16 September sebagai acara kemuncak perhimpunan yang dianjurkan.

Perutusan beliau tentunya menarik kerana pengumuman kerajaan baru 16 September sepatutnya dibentuk pada hari Selasa.

Inilah hero filem Tamil dan Hindi yang baru. Bak seperti posternya khusus untuk menarik perhatian kaum India pada pilihan raya kecil Permatang Pauh tempoh hari tertera tulisan “Sivaji The Boss” .

Agaknya masyarakat India yang mengikuti filem-filem Tamil dan Hindi memberikan gelaran itu kepada Anwar kerana merasakan memang Anwar seorang pelakon hebat. – 15/9/2008























Hang nak jadi PM ka Nuar..Pooraah!!!

Suara Politik
Taminsari

Ahad, Disember 18, 2011

Ada bukti organisasi murtadkan umat Islam?


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mendedahkan kewujudan sebuah organisasi di negeri itu yang melatih mubaligh secara profesional untuk memurtadkan umat Islam.

Menurut beliau, organisasi tersebut melatih mubaligh yang kaya dengan ideologi Barat bagi memesongkan akidah umat Islam dengan strategi yang licik termasuk menyertai solat berjemaah di masjid atau surau.

Hasan mendakwa, pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan mubaligh yang memakai jubah dan menunaikan solat bersama-sama umat Islam sebagai strategi mendekati mereka yang berpotensi digugat akidahnya.

"Organisasi ini membawa mubaligh yang dilatih secara profesional, berdaya juang tinggi dan mempunyai kekuatan mental dari negara Barat serta negara jiran untuk masuk ke dalam masyarakat Islam.

"Mereka menyusup masuk ke masjid-masjid dan bersama-sama mengerjakan solat berjemaah, ini strategi mereka untuk mendekati sebelum sedikit demi sedikit mempengaruhi pemikiran umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Himpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah (Himpun) peringkat negeri Perak di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Himpun, Azmi Abd. Hamid; Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim; Pengerusi Bersama Himpun, Dr. Yusri Mohamad dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman.

Hasan berkata, sasaran utama organisasi tersebut ialah orang Islam miskin, kurang pengetahuan agama, mereka yang berhutang, orang yang rumah tangganya kucar-kacir, pasangan bercerai, golongan berfikiran liberal serta mereka yang tidak mengamalkan cara hidup Islam.

Malah, dakwa beliau, sejak penubuhan Unit Selamatkan Akidah (USA) di pejabatnya beberapa bulan lalu, terdapat 51 umat Islam yang didapati sudah menjalani proses pembaptisan dan minum 'air suci' dan kini sedang dibantu untuk mengembalikan semula akidah mereka.

"Ini menunjukkan bahawa ancaman terhadap akidah umat Islam adalah sesuatu yang benar," katanya sambil menyeru orang Islam untuk sama-sama bangkit memerangi kegiatan tersebut.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Disember 16, 2011

Gereja tumbuh bagai cendawan selepas hujan!


Lihatlah carta jumlah gereja mengikut aliran dan negeri seperti di atas. Ini membuktikan ia bukan rahsia lagi bahawa Selangor memang mengungguli lain-lain negeri di semenanjung dalam isu murtad yang hangat diperkatakan. Ini baru yang berdaftar, yang haram melambak lagi kat luar tu!!!!

Ini jelas menunjukkan gerakan nak memurtadkan orang Islam ini makin rancak, disebaliknya kita umat Islam masih terus berbalah. Bila nak berhimpun dah beri macam-macam pendapat, tak bolehlah, tak sokonglah, ada aje alasan nak mengelak!

Jadi, isu DUMC sebenarnya hanya alat untuk mencabar Perlembagaan Negara yang dicabuli akibat campurtangan politik untuk mendapatkan undi pilihan raya.

Lebih malang, politik itu mencabar kedaulatan undang-undang dan perlembagaan negara. Ini bukan satu kebetulan tetapi perancangan. Siapa perancang dalam isu ini! Kita percaya dan ada bukti! Memang puak-puak kafir harbi yang main ‘tangan gelap’ di belakang. Malah baginda Sultan Selangor baru-baru inipun melahirkan rasa kekuatiran baginda dalam kes isu murtad di Selangor!

Umat Islam harus bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan daripada malapetaka besar ini. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua. Inilah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat...!!! Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Susulan kepada Kes Liwat II : Big Boss S'pore sudah “tunjuk jalan”, DAP dua beranak masih diam membisu!





















Pemimpin sial anak beranak DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dicabar menyatakan pendirian terkini berhubung pendedahan Karpal Singh di Dewan Rakyat pada 2007 bahawa Anwar Ibrahim adalah orang yang tidak bermoral.

Yang menjadi persoalan sekarang ialah adakah pendirian mereka berdua sudah berubah sedangkan Lee Kuan Yew telah menceritakan tentang 'bukti teknikal' yang dimiliki Bahagian Risikan Singapura selain kepercayaannya bahawa Ketua Pembangkang itu terlibat dalam kegiatan liwat dan homoseks.

Jika mereka berpendirian sebagaimana idola mereka Lim Kuan Yew, mengapakah mereka masih bersekongkol dengan Anwar. Apakah motif mereka sebenar? Adakah mereka sekadar mempergunakan kelemahan Anwar itu untuk kepentingan politik cauvinis dan sempit mereka.

Pengerusi DAP, Karpal Singh sendiri yang kini menjadi penguambela utama Anwar pernah membangkitkan isu kegiatan homoseksual itu di Parlimen pada 22 Oktober 1997 dan mengulangi dalam satu majlis terbuka anjuran DAP pada tahun yang sama. Anwar juga tentu tahu bahawa Karpal telah berucap di Hotel Federal mendedahkan perkara itu selain menasihatkan Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali berhubung aduan berkaitan dakwaan liwat. Dalam ucapan terbuka majlis anjuran di DAP di Hotel Federal, Karpal menyatakan beliau ada bukti Anwar terlibat dalam kes meliwat.

Karpal lah juga orang yang memaklumkan kisah homoseks dan liwat Anwar kepada para pimpinan Pas masa itu sehinggakan ada diantara mereka melabelkan Anwar sebagai 'al Juburi' dan 'pak janggut' itu jugalah kononnya yang mendokong dan menyokong Anwar sekarang.

Timbul kemusykilan disini dengan sikap kepimpinan DAP yang dipercayai mempunyai muslihat tertentu apabila masih bersama dan kelihatan menyokong Anwar Ibrahim walaupun mengetahui sejarah kegiatan homoseksual Ketua Pembangkang itu. Apa yang dikhuatirkan ialah pemimpin DAP itu menggunakan pengetahuan, maklumat dan mungkin "bukti teknikal" mengenai kegiatan homoseksual dan liwat Anwar untuk kepentingan politik mereka.

Mengikut laporan hansard Parlimen, Karpal ketika itu telah mengemukakan bukti kononnya beliau mempunyai dokumen akuan sumpah beberapa orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

( untuk gambaran yang jelas, sila klik disini )









Seorang ahli Parlimen Bebas, Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju), yang semasa itu juga merupakan Ketua Penerangan DAP, semasa di Dewan Rakyat juga telah mengesahkan mengenai kepimpinan DAP yang tahu tentang kegiatan liwat Anwar. Menurut beliau, persoalan pokok yang saya tertanya-tanya ialah, mengapa dengan pengetahuan seperti itu, kepimpinan DAP masih bersama dan kelihatan menyokong Anwar?

Tambah beliau lagi, jawapannya adalah jelas. " Pada saya Anwar adalah kuda tunggangan terbaik bagi kepimpinan DAP untuk mendapat kuasa dalam negara ini" katanya. Melalui Anwar, kepimpinan DAP melihat cita-cita dan nafsu mereka untuk memerintah negara umat Islam ini ada peluangnya!

Karpal yang sebelum ini sangat kecewa dan marah selepas terbongkarnya tragedi pembohongan 16 September juga pernah meminta Anwar bertaubat dan mendesaknya berundur kerana tidak layak menjadi pemimpin.

Daripada rentetan peristiwa tersebut, adalah sangat jelas sebenarnya kepimpinan DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal sangat mengetahui kegiatan homoseksual Anwar.

Dan menjadi kemusykilan kapada rakyat, apakah Anwar dengan masalah peribadi yang dihadapinya itu yang diketahui oleh kepimpinan DAP akan bersedia berbuat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri.

Apakah kerana itu (juga) maka Karpal sebagai peguam Anwar sengaja membiarkan kes Anwar tertangguh, kerana lagi lama ditangguh, lagi banyak ianya memberi kebaikan kepada kepimpinan DAP untuk memenuhi agenda mereka.

Apakah kerana itu kita melihat Anwar seperti Melayu yang sudah hilang akal dan kewarasan, menjual segalanya termasuk menjual nama Allah untuk disyirikkan oleh kafir, mempertikai ketuanan Melayu yang dia sendiri menjadi juaranya semasa menjadi pemimpin UMNO, dan sanggup menjual jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada manusia cauvinis dan rasis Kit Siang, serta menjual Pulau Pinang kepada anak lelaki Kit Siang?

Sebenarnya kedua-dua kepimpinan DAP dan Anwar saling guna-mengguna dan 'kuda-menguda' demi untuk kepentingan politik sempit dan cauvinis mereka. Yang paling menyedihkan dalam isu itu ialah kedudukan Pas yang telah terseret ke dalam satu percaturan politik yang sangat kotor dan jijik.

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Khamis, Disember 15, 2011

Masihkah kita ingat..! - ADUN DAP langgar pelajar Melayu! Andaikata kalau pelajar Cina..dah lama huru-hara!


Pada 7 Februari 2010, jam 11.50 malam, seorang pelajar bernama Mohd Bakri Mohd Bazli telah dilanggar oleh ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim di persimpangan lampu isyarat, berhampiran UNISEL, Seksyen 7, Shah Alam. Ng Suee Lim dipercayai baru pulang dari satu majlis makan malam sebelum kejadian tersebut berlaku.

Menurut Ng Suee Lim, dia mendakwa keretanya terbabas melanggar pembahagi jalan dan melanggar motorsikal yang dinaiki oleh Mohd Bakri. Ng Suee Lim menyalahkan pelajar terbabit sebagai punca berlakunya kemalangan. Menurut seorang saksi, bau arak yang kuat dapat dihidu daripada Ng Suee Lim. Apakah Ng Suee Lim memandu dalam keadaan mabuk?

Bila Kugan meninggal dunia, Xavier Jayakumar bagi pihak kerajaan negeri Selangor pantas menghulurkan sumbangan. Namun ketika Mohd Bakri dilanggar oleh ADUN DAP, sumbangan pun tiada, malah dipersalahkan pula pelajar tahun tiga, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bandar dan Wilayah terbabit.

Pelajar ini telah telantar di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. ADUN DAP yang melanggar Mohd Bakri sama keadaan seperti Tian Chua, buat lepas tangan dan menyalahkan mangsa sebagai punca kesalahan.


Mohd Bakri, seorang pelajar Melayu miskin tidak diberikan pembelaan. Jauh berbeza dengan pembelaan yang diberikan oleh Ng Suee Lim terhadap Teoh Beng Hock ketika dalam Dewan Undangan Negeri. Ng Suee Lim siap bawa gambar Beng Hock lagi untuk menuduh kesilapan SPRM dan kerajaan sebagai punca kesalahan.

Beranikah Ng Suee Lim berhadapan dengan orang yang membawa gambar Mohd Bakri dan menuduhnya sebagai bersalah? Di mana keadilan untuk Mohd Bakri yang ketiaka itu masih terlantar di hospital dan Mohd Salleh Hamdan yang meninggal dunia akibat dilanggar oleh ADUN DAP dan ahli parlimen PKR ?

Dalam isu Beng Hock bukan main lagi dia bising, tetapi terhadap mangsa langgar ini mengapa mereka diam? Amat wajar inkues diadakan untuk menyiasat kes pelanggaran Tian Chua dan Ng Suee Lim. Fikir-fikirkanlah...!!!

Suara Politik
Taminsari

Rabu, Disember 14, 2011

Lepas Ijok, Orang Kelang Pula Kena Kencing Dengan MB Selangor!

Kadang-kadang rasa kasihan pun ada dengan Menteri Besar Selangor ni. Di asak kiri dan kanan oleh pelbagai pihak. Asakan dari segi politik tak perlu kita cerita lagi. Memang akan sentiasa ada. Asakan daripada rakyat yang tertipu dengan sifat hipokrit makhluk-makhluk di dalam kerajaan negeri juga dipikul oleh beliau. Asakan daripada individu dalam kain juga perlu ditangkis.

Inilah nasib bila bergelar Menteri Besar. Cuma bezanya Menteri Besar Selangor ini berpaksikan kepada DAP yang banyak mempengaruhi setiap keputusan yang dibuat. Golongan dalam kain yang rasa terpinggir akan merasa tidak puas hati bilamana mereka seolah-olah tidak dipedulikan langsung. Walhal setiap masa golongan ini seboleh-bolehnya cuba mempertahankan setiap tindakan Menteri Besar.

Program 'Jom Shopping' yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor yang fokus kepada golongan warga emas dianggap oleh mereka satu program yang sangat baik kerana dapat beramah mesra dengan golongan yang berumur 60 tahun ke atas. Sebenarnya ada bagusnya program ini. Itu kita tidak boleh nafikan tetapi janganlah bersikap seperti Kera Dihutan Disusukan Anak Dirumah Mati Kelaparan.

ADUN Kota Alam Shah yang bukan daripada UMNO BN secara terang mengatakan bahawa program 'Jom Shopping' adalah satu program yang sia-sia. Pelik tetapi benar seorang ADUN dibawah kerajaan negeri Selangor mempertikaikan tindakan majikan sendiri.

Apa sebenarnya yang berlaku? Rupanya peruntukan untuk mengatasi masalah banjir gagal di salurkan oleh Khalid Gagap. Kenapa gagal disalurkan? Adakah kerana sibuk dengan duit untuk diberikan kepada warga emas atau sibuk dengan memberi gula-gula pilihanraya sehingga lupa kewajipan sebagai ketua kerajaan negeri?

Lebih menarik 20 surat dihantar kepada Menteri Besar mengadu tentang masalah banjir tetapi alasan yang diberi adalah tiada peruntukan. Lebih menyedihkan apabila Majlis Perbandaran Klang tidak mengendahkan langsung aduan tersebut. Hal ini kita kena tanya kepada Ronnie Liu kenapa aduan tidak diendahkan. Adakah beliau juga sibuk dengan pemberian gula-gula kepada pengundi?

Ahad lepas penduduk di Ijok menuntut Menteri Besar menunaikan janji yang sehingga sekarang masih gagal ditepati. Rupanya bukan di Ijok sahaja Khalid ini berjanji tetapi di Klang juga berjanji untuk memberikan RM 3 juta bagi mengatasi masalah banjir 2 minggu selepas sambutan Deepavali lalu. Seperti biasa janji hanya tinggal janji sahaja.

Yang peliknya duit dalam akaun kata ada sampai RM1.2 billion tetapi RM 3 juta untuk kemudahan dan kesenangan rakyat gagal untuk disalurkan. Apakah sebenarnya tujuan duit sebanyak itu? Adakah ianya sebagai persediaan untuk dana pilihanraya?

Sebelum terlambat, penulis nak ingatkan Khalid supaya uruskan wang sebanyak RM 1.2 billion itu untuk kesenangan rakyat dan bukannya untuk parti memperjuangan seorang 'Gay Tua'! Jangan fikir maklumat boleh dirahsiakan. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ketanah jua. Ingat Pepatah Melayu ini!

Sedih dengan keadaan negeri Selangor sekarang. Kacau bilau punah ranah dikerjakan makhluk parasit yang berpaksikan seorang 'Gay Tua'. Jangan lupa tukar kerajaan bila sampai masanya nanti. Sematkan dalam hati masing-masing. InsyaAllah. - Beruang Sakti.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Disember 13, 2011

MB beri syarat lulus geran tanah penduduk di Ijok!



Abdul Khalid Ibrahim meletakkan syarat kepada kira-kira 150 penduduk Kampung Seri Aman, Ijok dekat sini iaitu mereka perlu menanggung kos penyediaan infrastruktur sekiranya mahu kerajaan negeri meluluskan permohonan mendapatkan geran tanah kawasan berkenaan.

Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok itu menegaskan, sekiranya penduduk ingin memiliki tanah itu, mereka dikehendaki membayar kos seperti pembinaan jalan raya dan sistem perparitan kepada kerajaan negeri.

"Mereka perlu membayar RM1,000 untuk tapak tanah sebagai premium awal serta kos pembinaan infrastruktur yang masih dalam perbincangan. Seandainya penduduk bersetuju, barulah kerajaan negeri akan memberikan tanah.

"Ini memandangkan kawasan perumahan penduduk berada dalam kawasan rizab sungai. Saya tidak mahu apabila banjir berlaku penduduk akan menyalahkan kerajaan negeri kerana tidak menyediakan kemudahan prasarana tersebut," katanya selepas merasmikan Kempen Menanam Pokok di Cahaya SPK Seksyen U9 di sini semalam.

Bagaimanapun, syarat tersebut dilihat membebankan penduduk yang rata-ratanya adalah pekerja ladang. Difahamkan, Abdul Khalid akan mengadakan perjumpaan bersama penduduk Kampung Seri Aman, Coalfield Ijok pada 23 Disember ini.

Laporan akhbar semalam menyebut lebih 150 penduduk Kampung Seri Aman membantah cadangan pembinaan projek perumahan yang akan dilaksanakan kerajaan negeri di kawasan penempatan mereka. Penduduk sebaliknya mendesak Menteri Besar mengotakan janji Pilihan Raya Umum Ke-12 iaitu memberi geran tanah kepada mereka.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Seri Aman, Robert Vanathaiya, 58, berkata, kerajaan negeri terdahulu telah meluluskan tanah lot untuk diberikan kepada penduduk sejak 2007.

Beliau berkata, ketika berkempen pada pilihan raya umum lalu, Abdul Khalid berjanji akan memberi geran tanah kepada penduduk kampung dalam tempoh tiga bulan selepas memenangi pilihan raya tersebut.

Ternyata penduduk Kg. Sri Aman, Ijok diperbodohkan oleh Menteri Besar selaku ADUN kawasan itu sendiri. Sebelum ini mereka dijanjikan tanah untuk rumah yang mereka dirikan sejak sekian lama. Janji diberi lanjutan tempoh TOL hanya sekadar retorik. Apa yang penting janji dulu. Tunaikan atau tidak perkara no 2. Sila klik di sini .

Penduduk ditawarkan rumah berharga ratusan ribu ringgit sebagai gula-gula supaya melihat kerajaan Khalid betul-betul mahu membantu. Peliknya adakah mereka terfikir bahawa harga rumah ratusan ribu walaupun diberi sedikit potongan mampu dimiliki oleh penduduk disitu?

Kerajaan negeri telah menawarkan kepada 111 penduduk Kampung Sri Aman sebuah unit rumah teres 2 tingkat dengan keluasan 20' x 60' dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air yang dijual pada harga subsidi iaitu RM70,000 berbanding harga pasaran sekitar RM120,000.

Jika penduduk lebih berminat untuk memiliki tanah sedia ada tanpa pembangunan, penduduk terlibat perlulah menanggung kos kerja-kerja tanah dianggarkan sejumlah RM2 juta bagi memastikan kemudahan infrastruktur dapat disediakan untuk penduduk!

Sedih bila melihatkan apa yang berlaku kepada penduduk Kg. Seri Aman! Yang berjanji adalah wakil rakyat. Apabila dapat kuasa rakyat terus dilupakan. Bukan sekadar dilupakan lebih malang lagi rakyat perlu menanggung kos lain sekiranya mereka berdegil. Sila klik di sini.

Betul seperti apa yang diperkatakan oleh salah seorang penduduk diakhir video tersebut - 'Rakyat Bukan Bodoh'...!!!

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Disember 12, 2011

Daulat Tuanku

SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU






DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ
D.K.,D.M.N., D.K.( Terengganu ), D.K. Kelantan ), D.K.( Perak ), D.K.( Perlis ), D.K.( Negeri Sembilan ), D.K.( Kedah ), D.K.( Johor ), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J.

SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA

Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat

SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE 66
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR
PADA 11 DISEMBER 2011 BERSAMAAN 15 MUHARRAM 1433

SEMBAH TAKZIM DARIPADA

Taminsari
belantan.blogspot.com

Jumaat, Disember 09, 2011

Sejauh mana sokongan pengundi Cina?


Bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) kian terasa dan pelbagai andaian dan teori mengenai tarikh pilihan raya kini begitu hebat diperkatakan.

Ada yang mengatakan Mac 2012 dan ada yang mengatakan Jun 2012. Spekulasi mengenai tarikh-tarikh tersebut kesemuanya jatuh pada musim cuti persekolahan.

Semuanya nampak berkemungkinan dengan berdasarkan teori-teori masing-masing tetapi untuk tarikh sebenar hanya Allah SWT dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja mengetahuinya.

Sungguhpun begitu dalam menentukan tarikh sebenar pilihan raya sudah pasti Najib seperti mana lima Perdana Menteri sebelum ini mempunyai pertimbangannya sendiri berasaskan kepada beberapa faktor tertentu. Antaranya kestabilan politik, ekonomi dan negara - sebelum keputusan membubarkan Parlimen dilakukan.

Di peringkat ini juga parti yang bertanding seperti UMNO serta parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain seperti MCA, MIC serta parti-parti di Sabah dan Sarawak termasuk pihak pembangkang sibuk memasang strategi bagi mendapatkan sokongan pengundi. Cuma apa yang masih dibincangkan ialah sejauh mana sokongan pengundi Cina terhadap Barisan Nasional (BN) setakat hari ini.

Pada PRU 12, tanpa diduga kaum Cina di beberapa kawasan pilihan raya yang sebelum ini berpihak terhadap BN telah memberi sokongan mereka kepada pihak pembangkang, khususnya di kawasan pinggir-pinggir bandar serta pedalaman.

Keadaan itu terus berlaku dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) dan paling ketara selepas PRU 12 seperti PRK Kuala Terengganu, PRK Bukit Gantang, PRK Bukit Selambau dan PRK Penanti.

Ringkasnya, sebelum Najib dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009 serta pada awal proses peralihan pucuk pimpinan kerajaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, pola pengundi Cina terhadap pihak pembangkang dikatakan cukup ketara.

Bagaimanapun bermula daripada PRK Bagan Pinang iaitu selepas lima bulan Najib menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri sehingga PRK Kerdau Mac lalu, peratusan masyarakat Cina mengundi BN difahamkan menunjukkan peningkatan walaupun tidak begitu tinggi.

Adakah perkara ini benar? Adakah masyarakat Cina di pinggir-pinggir bandar serta pedalaman sudah kembali memberi sokongan kepada BN meskipun jumlahnya tidak sebanyak seperti mana yang diterima oleh parti pemerintah itu khususnya ketika era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mengapa tumpuan hanya berkisar kepada pengundi Cina di pinggir bandar dan pedalaman? Realitinya, sejak dahulu lagi kaum Cina di kawasan bandar besar akan memberi undi mereka kepada pembangkang. Lihatlah kawasan Parlimen Bukit Bintang, Seputeh, Kepong, Ipoh Timur, Ipoh Barat, Seremban, Kota Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching kesemuanya dimenangi oleh DAP.

Sentimen pengundi Cina terhadap BN dijelaskan lagi oleh penganalisis politik berketurunan Cina. Beliau menyatakan: ''Walaupun MCA dan Gerakan berusaha memulihkan parti masing-masing namun ia tidak mampu meyakinkan masyarakat Cina untuk bersama mereka lebih-lebih lagi apabila pemimpin utama kedua-dua parti sukar diterima oleh mereka.''

Antara faktornya mungkin kerana Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pernah terbabit dengan skandal seks hingga menggemparkan dunia politik negara, manakala Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon secara terang-terangan kepimpinannya ditolak oleh masyarakat Cina khususnya di Pulau Pinang.

Apa yang pasti, MCA dan Gerakan menurut penganalisis politik itu dilihat masih gagal membela nasib masyarakat Cina secara holistik. Sebaliknya berdasarkan laporan di akhbar-akhbar tempatan, Soi Lek terutamanya lebih sibuk membuat kenyataan-kenyataan kontroversi hingga mengguris hati rakan-rakan di dalam UMNO serta pemimpin NGO Melayu.

Walau apa yang pemimpin MCA itu cuba buktikan, pemimpin-pemimpin DAP kini semakin mendapat tempat di kalangan pengundi Cina. DAP dikatakan telah memberi alternatif terbaik kepada masyarakat Cina ekoran ketidakupayaan MCA dan Gerakan membela nasib kaum itu. Perkara itu diakui sendiri oleh seorang tokoh sejarah dan juga penganalisis politik tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim.

Katanya, MCA sepatutnya mengorak langkah dengan lebih drastik membela nasib kaum Cina secara keseluruhan dan bukannya bermain api dengan mana-mana pihak semata-mata mahu menunjukkan parti itu 'hero' bagi masyarakat tersebut.

''Saya fikir adalah lebih baik MCA menumpukan perhatian mereka terhadap nasib dan masa depan orang Cina khususnya yang tinggal di pinggir-pinggir bandar dan pedalaman.

''Masih ramai lagi di antara mereka hidup dalam keadaan miskin. Mereka sememangnya amat memerlukan bantuan,'' kata Kay Kim.

Beliau berkata, MCA harus bekerja dengan lebih kuat jika mereka mahu kaum Cina kembali kepada BN.

''Secara peribadi saya melihat kaum Cina begitu kecewa dengan MCA, dan DAP datang sebagai parti alternatif kepada mereka. Sama ada DAP akan tunaikan janji atau tidak, itu tidak penting. Apa yang penting, DAP kini berjaya mendapat tempat di hati masyarakat Cina. DAP berjaya menyentuh hati mereka dengan kejayaannya mengambil kesempatan yang ada,'' ujarnya.

Terbaru penulis difahamkan MCA kurang membuat pendaftaran bagi pengundi-pengundi baru berbangsa Cina jika dibandingkan dengan DAP. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), DAP berada pada kedudukan kedua selepas UMNO dari segi keaktifan parti-parti di negara ini yang berjaya mendaftarkan pengundi-pengundi baru. Apakah mesej daripada penemuan itu. Fikir-fikirkanlah.

Dalam pada itu, penulis tidak hairan apabila seorang pemandu teksi berbangsa Cina di ibu negara secara terang-terangan mengaku akan mengundi roket (DAP) pada PRU13. Pengakuan terbuka pemandu teksi ini merupakan satu contoh bagaimana seorang berbangsa Cina yang tidak mungkin memberi undi kepada BN.

Inilah kedudukan tidak rasmi pengundi-pengundi Cina di Malaysia. Tidak dinafikan undi mereka cukup penting bagi memastikan kelangsungan BN untuk memenangi PRU 13 akan datang.

BN harus menerima hakikat sebenar mengenai perkembangan ini dan bagi pemimpin-pemimpin UMNO sudah pasti mereka terpaksa meningkatkan usaha menarik lebih ramai pengundi-pengundi Melayu.

Cuma perubahan boleh berlaku jika MCA dan tidak ketinggalan parti Gerakan berusaha keras yang mungkin pada tahap empat kali ganda untuk menarik semula sokongan pengundi Cina.

Dalam tempoh PRU 13 yang semakin dekat mahu tidak mahu perubahan drastik perlu dilakukan oleh kedua-dua parti tersebut agar sokongan pengundi Cina kepada BN dapat segera dipulihkan.

Pada 17 November lalu, Gerakan dilihat mula mengorak langkah untuk melakukan perubahan pada parti selepas Tsu Koon mengumumkan pengundurannya sebagai calon PRU 13. Bagaimana pula dengan usaha MCA untuk menarik semula sokongan pengundi Cina?-UM.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, Disember 06, 2011

Anwar Ibrahim gagal tandingi kebijaksanaan Mahathir!

Kononnya Anwar Ibrahim, mantan Menteri Kewangan di era UMNO, punya pengetahuan ekonomi super hebat. Malangnya amanah yang diberikan Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri di waktu itu kepada Anwar untuk merancang kewangan negara berkecai di tengah jalan.

Anwar boleh berkepak dan berkokok bahawa dia dapat menyelamatkan negara jika dipilih menjadi bakal perdana menteri bersemayam di Putrajaya kalau Allah swt dan rakyat merestuinya. Tapi Allah telah menguji taraf kemampuannya untuk mengatasi ekonomi negara pada tahun 1997-98 bilamana penyangak mata wang, George Soros, memporakperandakan ekonomi berbagai negara di Asia.

Anwar dalam kepanikannya terpaksa merayu dan meminta nasihat dari tokoh IMF, Camdessus untuk mengatasi kemelut tersebut. Dia sendiri tidak yakin para pakar ekonomi anak tempatan boleh mengatasi krisis kewangan tersebut.

Nasihat IMF bukan untuk memulihkan kembali kestabilan kewangan negara. Sebaliknya dia memberi nasihat untuk menghancurkan lagi ekonomi Malaysia mencadangkan dihapuskan subsidi kepada rakyat, menaikkan pembayaran bulanan kad kredit dari 5% menjadi 15%.

Rakyat jadi panik. Di Indonesia Suharto terpaksa akur dengan desakan IMF kerana Indonesia banyak berhutang dengan badan kewangan antarabangsa tersebut. Akhirnya Suharto digulingkan oleh rakyatnya sendiri.

Mahathir dapat membaca kilat dalam kilau mainan politik Anwar yang bersekongkong dengan IMF. Dengan tegas dan cepat Mahathir bertindak. Dengan menggunakan kepakaran ekonomi anak watan, Mahathir mengadakan kawalan ketat ringgit Malaysia.

Ringgit tidak boleh diperdagangkan di luar negara. Semua ringgit di luar negara mesti masuk kembali dalam negara dalam masa sebulan dari tarikh pengumuman kawalan ringgit. Ringgit di luar pesisir Malaysia tidak akan laku lagi selepas masa sebulan dari pengumuman kerajaan. Keuntungan dari transaksi bursa saham Kuala Lumpur tidak boleh di bawa keluar negara dalam tempoh setahun.

Ya, Mahathir dikecam hebat oleh Bank Dunia, IMF, Amerika dan negara-negara Barat lainnya. Mereka yang taksub dengan retorika Anwar mengecam Mahathir senada dengan kecaman Amerika, Britain dan Yahudi yang menguasai IMF, Bank Dunia dan beberapa kerajaan Barat lainnya.

Mahathir persetankan segala kritik terhadapnya. Dia tahu apa yang baik untuk negara dan rakyat dan berani mengambil risiko politik dan ekonomi dengan berpegang pada perjuangannya untuk membebaskan Malaysia dan rakyatnya dari menjadi boneka Amerika dan budak suruhan IMF.

Akhirnya Mahathir berjaya dengan tindakan beraninya itu. Ekonomi Malaysia kembali pulih lebih cepat dari Indonesia, Thailand, Filipina dan Korea Selatan yang menjadi mangsa Soros, billionair Yahudi yang didukung Amerika.

Seorang ahli ekonomi yang mendapat hadiah Nobel bidang ekonomi menulis dalam bukunya memuji kebijaksanaan Mahathir menangani ekonomi negara. Malah mantan Presiden Amerika, Clinton, sewaktu melawat Malaysia memuji kebijaksanaan Mahathir.

Beliau berkata kabinetnya memberi tumpuan khas membicarakan dasar polisi kewangan Mahathir tersebut kerana mereka kagum dengan keberanian Mahathir memulihkan ekonomi negara.

Inilah bukti sejarah yang rakyat Malaysia masih mengenangkan jasa-jasa besar Mahathir. Mahathir tidak bijak berpidato berapi-api seperti Anwar untuk memukau rakyat dengan segala mantra politiknya. Dia meletakkan kepentingan negara dan rakyat di atas kepentingan dirinya.

Takdirnya dia tidak mampu menyelamatkan ekonomi negara besar kemungkinan dia juga akan digulingkan oleh Anwar yang berkiblat ke Amerika seperti mana Habibie di Indonesia yang mendapat restu dari Pakcik Sam untuk menggantikan Suharto.

Sekarang Anwar berkokok lagi (Rujuk Sinar 4 Disember: Anwar ulangi janji akan turunkan harga petrol jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU13). Kononnya dia dapat mengukuhkan ekonomi negara sekiranya harga minyak diturunkan. Kalau harga minyak turun bermakna harga barang-barang lain juga ikut turun.

Barangkali inilah mimpinya untuk mengurus ekonomi negara sekiranya Allah merestuinya menjadi bakal perdana menteri kelak. Pelik bin ajaib waktu menjadi menteri kewangan dalam pelukan UMNO dia terbukti gagal untuk menguruskan kewangan negara hingga Mahathir terpaksa mengambil inisiatif untuk mengawal ringgit Malaysia.

Anwar tidak bodoh tetapi pandai bercakap. Dia juga tidak buta politik tetapi kurang bijaksana dalam politik.

Apakah dia tidak tahu hanya tujuh buah syarikat gergasi minyak yang menguasai pengeluaran dan pembekalan minyak di dunia ini? Apakah dia tidak tahu peranan seven sisters dalam industri minyak? Apakah dia tidak sedar Amerika cuba menguasai khazanah minyak dunia untuk kepentingan politik-ekonominya? Apakah dia tidak tahu Amerika mahu menjadikan negara-negara pengeluar minyak di Timur Tengah sebagai bonekanya untuk menguasai minyak?

Bukankah Amerika dan Barat cuba mengugut Iran dengan harapan Iran akan tunduk kepada desakan Barat untuk menggagalkan rancangan nukliarnya? Orang yang cerdik politik dan bukan pro Amerika dan Yahudi tahu mainan silap mata Amerika.

Washington mahu melenyapkan kerajaan Republik Islam Iran dan kemunculan Islam sebagai kuasa dunia dengan menguasai khazanah minyaknya yang kaya!

Kalau Anwar menjadi boneka Amerika sekali pun harga minyak dunia tetap dikuasai oleh seven sisters tersebut. Bukan kerajaan Amerika yang menentukan harga minyak dunia. Jadi bagaimanakah Anwar yang bermimpi hendak menjadi perdana menteri boleh menurunkan harga minyak dunia?

Maka tidaklah hairan bin terkejut mengapa Anwar sanggup menjadi penasihat ekonomi kerajaan Selangor dengan hanya 'bergaji: RM1 sahaja!'

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Disember 05, 2011

PAS dan joget: 'Saya datang, dia lari'!

Pada 1969, PAS memecat Ahli Parlimennya, Hashim Gera kerana berjoget di Parlimen. Tetapi pada hari ini, apakah PAS berani mengambil tindakan yang sama jika ada ahlinya melakukan perbuatan serupa.

Ketika itu PAS amat rigid dalam soal agama. Di depan Jawatankuasa Disiplin, Hashim memberitahu ulama PAS, joget adalah tarian bersih. "Bila dia (perempuan joget) datang, saya lari. Bila saya datang, dia (perempuan joget) itu lari. Tidak berlaku sentuhan antara perempuan dan lelaki kerana saya datang dia lari, dia datang saya lari". Bagaimanapun PAS menolak penjelasan Hashim itu dan dia tetap dipecat.

Kini kefahaman pemimpin PAS terhadap makna joget sudah berubah. Kalau UMNO datang PAS lari, kalau DAP datang PAS tidak lari.

PAS sanggup bersentuhan dan berpeluk cium dengan DAP. Sebab itu ada kebenarannya apabila Timbalan Presiden UMNO mendakwa, PAS tidak mungkin ganti UMNO, tetapi DAP mungkin ganti PAS.

PAS semakin liberal dalam banyak hal mengenai hukum agama. Apabila Mat Sabu didakwa atas tuduhan berkhalwat, PAS tuduh ia adalah konspirasi UMNO. Dalam kes video seks Anwar, Haji Hadi berdalih pula, 'besi tidak boleh jadi saksi'.

Semua jawapan itu adalah jawapan nafsu akal. Sebab itu dalam kes gambar bogel Elizabeth Wong, PAS paling kuat membelanya. Hujah PAS, berdosa hukumnya apabila mengaibkan peribadi seseorang.

Tetapi jika berkaitan dengan orang UMNO, mereka akan telanjang habis habisan walaupun ia adalah fitnah. Perkara yang makruf pun mereka sanggup putar belit, contohnya memfitnah ibadat haji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.

PAS pengecut bila berdepan dengan DAP. Itu puncanya dia menjadi liberal. PAS sanggup korbankan orangnya sendiri demi menjaga hati DAP.

Dr. Hassan Ali ialah mangsa joget terbaharu ini. Beliau disisih kerana berbeza pandangan dalam soal rampasan arak dan isu memurtadkan orang Islam di Gereja Methodist Damansara Utama.

Dalam isu negara Kristian, PAS bacul dan mendiamkan diri. Siasat pun tidak, komen pun tidak, bagi amaran lagi tidak berani. Hakikatnya, sikap PAS sudah terbalik. PAS melanggar fatwa lama Haji Hadi, 'politik suku agama suku', iaitu agama dan politik tidak boleh bercampur aduk.

Kenapa PAS tidak berani menyertai 'Himpunan Sejuta Umat' sebelum ini walaupun ia dianjurkan oleh pihak badan bukan kerajaan (NGO)? Himpunan itu bertujuan menyedarkan umat Islam tentang bahaya gejala murtad. PAS mahu menjaga hati DAP, walaupun tindak-tanduk DAP sering menyakitkan hati orang Islam.

Keputusan DAP untuk meletakkan calon Melayu berkelulusan agama dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 mewajarkan keyakinan kita bahawa DAP mungkin mengambil alih peranan PAS. Kejayaan Mat Sabu menumbangkan Nasaruddin bagi jawatan Timbalan Presiden PAS membuktikan golongan agama dan ulama semakin tersisih dalam PAS.

Pokoknya, PAS tidak akan dapat mengganti UMNO, kerana PAS didokong oleh ahli yang taksub pada pemimpin bukan perjuangan. Sedangkan UMNO parti yang didokong oleh 'Orang UMNO'.

Menurut Presiden parti, satu daripada ciri penting orang UMNO ialah, dia cinta dan kasih pada perjuangan. Perjuangan mendarah dan mendaging pada dirinya. UMNO bermula kerana perjuangan. Terus hidup kerana perjuangan. Itulah UMNO, iaitu UMNO-Perjuangan.

Suara Politik
Taminsari

'Apakah bila kita balik, kita akan berubah?'


Pelbagai seruan dan laungan kita dengar sehari dua ini sempena Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung di PWTC. Banyak tekak yang serak kerana ingin mengatasi desibel penceramah sebelumnya.

Tidak ada bantahan yang perubahan mental, anjakan paradigma yang diperlukan daripada ahli UMNO. Kalau dulu kita kata kena berubah, kini kita kata transform.

Soalnya, apakah bila kita balik ke kawasan kita, cawangan kita, bahagian kita, kita akan berubah? Misalnya yang ingin merebut sesuatu jawatan tak kiralah jawatan apa, sanggup beralah beri pada orang lain yang kita fikir lebih layak untuk memimpin? Apakah amalan politik wang yang semua orang tahu entah dari mana datangnya akan dibelanjakan untuk memenangi sesuatu jawatan akan berhenti?

Katakanlah seseorang yang tidak terpilih jadi calon Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini akan terus menyokong parti seperti yang dikehendaki pucuk pimpinan? Dan tidak terus mencah keting atau sabotaj sesiapa yang terpilih?

Itu adalah utopia kerana hari ini pun kita boleh lihat siapa yang dulu ada, sekarang dah tak ada dan dah tak ada langsung.

Walaupun keputusan muktamad di tangan Presiden parti, lazimnya sebelum sampai di pucuk pimpinan pun, nasib seseorang itu akan tamat. Dia ada selisih sikit dengan orang tertentu, memanglah namanya tidak akan naik.

Usah kira jasa bakti, tungkus lumus yang dicurahkannya, itu tak penting. Yang penting sehaluan atau tidak. Kalau tidak sehaluan, akan dihumban keluar. Yang penting sebulu.

Zaman sekarang ini banyak warlords yang call the shots dan power brokers di belakang tabir. Mereka yang mempunyai aspirasi hendak jadi calon akan terdedah dengan tindak-tanduk "power brokers" ini.

Semboyan perang sudah dilaungkan maka tawar-menawar akan bermula. Sebenarnya semboyan perang patutnya kepada diri ahli-ahli sendiri supaya perubahan diri yang diceritakan tadi berlaku. Apakah seruan dan laungan seminggu ini akan mengubah sikap ahli-ahli?

Ini mengingatkan saya kepada zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila beliau seorang diri berceramah selama tiga hari tidak berhenti kepada penjawat awam, ahli korporat, pegawai kanan kerajaan dan menteri sekalipun di beberapa tempat kem Biro Tata Negara di seluruh negara hanya untuk mengubah pemikiran dan sikap.

Saya masih ingat yang saya diperlukan hadir (tidak ada pilihan) di Langkawi dan bersama-sama saya di katil sebelah ialah Anwar Ibrahim dan di katil atas ialah Tan Sri Hamid Othman. Tidak ada privacy di bilik air, semua diminta lupa akan rentangan kepada jawatan masing-masing.

Selama tiga hari itu, melakukan riadah diketuai oleh bekas ketua komando yang tengok kita macam nak telan. Semasa bersenam, kita kena bawa telur sebiji dan telur tidak boleh pecah, kalau pecah digantikan batu bata. Aktiviti merentas desa dan mendaki bukit bagi yang sihat juga dimasukkan diikuti dengan ceramah dari pagi sampai malam, rehat untuk makan dan solat sahaja. Satu orang saja yang berceramah.

Hasilnya Tun sendiri mengaku dia gagal mengubah pemikiran orang Melayu.

Ahli UMNO atau orang Melayu kena melihat lebih daripada apa yang diperkatakan apabila tiba sahaja perhimpunan agung parti. Fitnah yang terus ditaburkan oleh pihak pembangkang perlu dianggap sebagai lumrah pembangkang, biadab, kurang ajar, tak bermaruah, berlumuran dengan skandal dan benak otak. Kita kena letak mereka ini sebelah dan cepat menangkis fitnah dan cerekarama mereka.

Orang Melayu kena melihat di sekeliling mereka, apakah persekitaran-persekitaran yang mengelilingi mereka dari segi ekonomi, fabrik sosial yang semakin rapuh, teknologi yang bergerak pantas yang tidak semestinya memberi kelebihan kepada yang tidak celik.

Yang bermaklumat berkuasa dan menggunakan kecanggihan teknologi untuk menguasai tanpa disedari. Perubahan perlu berlaku sama ada kita suka atau tidak dan kadang kala langkah yang kita ambil itu salah dan kita menerima padahnya seperti 2008 dahulu.

Kita patut sudah tahu secara terperinci apa yang menyebabkan kita kalah begitu teruk selain daripada kepimpinan yang lemah. Kini, ketika kita di ambang satu lagi pilihan raya umum apakah kita sudah siap sedia dengan segala analisis dan fakta yang menyebabkan kekalahan tempoh hari.

Ubat yang pahit kadang kala boleh menyembuhkan penyakit.

Oleh : DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur ( kini Bursa Malaysia )

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Disember 02, 2011

Anwar sememangnya tidak jujur dengan PAS!


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim tidak pernah jujur dalam menjalin hubungan dengan PAS termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Nor berkata, Anwar mempunyai agendanya sendiri dalam menjalinkan kerjasama dengan PAS terutama ketika berdepan krisis moral. Katanya, Anwar hanya mahu mempergunakan PAS semata-mata demi melepaskan diri daripada tuduhan meliwat.

``Bagi saya, istilah kejujuran itu tidak ada pada Anwar dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Ia bukan sahaja kes membabitkan Nik Aziz tetapi juga dalam kes lain, kes liwat dan sebagainya.

“Buktinya dalam kes Kelantan, semasa Anwar jadi Menteri Kewangan dulu, dia tidak meluluskan peruntukan yang diminta Nik Aziz ketika itu untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan, Menteri Kewangan selepasnya yang meluluskan perkara itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ezam berkata, bagi memastikan agenda politiknya terus hidup, Anwar menggunakan PAS untuk meraih simpati dan menyelesaikan masalah moral yang dihadapi.

``Anwar memang terdesak sekarang, orang macam Nik Aziz yang dilihat macam tok guru memang diperlukan oleh Anwar kerana dia menghadapi krisis moral, jadi Anwar akan menggunakannya untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya.

Beliau berkata, PAS kini dilihat sudah mula terpedaya dengan mainan politik Anwar sehingga sanggup menggadaikan prinsip utama parti untuk menubuhkan negara Islam.

``Kita tengok sekarang, PAS seperti sudah meninggalkan asas penubuhannya untuk menubuhkan negara Islam dan bagi saya, ini semua gara-gara Anwar yang memanipulasikan keadaan menyebabkan PAS tersepit.

``Sebagai contoh, DAP bersama PAS bukan kerana PAS tetapi kerana jaminan Anwar bahawa PAS tidak akan membawa negara Islam, sekarang saya hendak tanya adakah betul PAS tidak mahu lagi negara Islam," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencabar PAS supaya menyatakan pendiriannya adakah masih mahu menubuhkan negara Islam ataupun hanya mencari kuasa politik dengan mengorbankan dasar perjuangannya.

Suara Politik
Taminsari

Khamis, Disember 01, 2011

Tunku Abdul Aziz - Kor Ming perlu dihadap ke Jawatankuasa Disiplin DAP!

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming perlu dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti itu kerana mengeluarkan kenyataan berbaur rasis kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir kerana menggelarkannya 'hitam metalik'.

Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata, kenyataan penghinaan itu adalah sangat serius dan perlu diambil tindakan segera supaya mana-mana pihak yang bersalah tidak dibiarkan terlepas.

''Tindakan disiplin mesti diambil terhadap Kor Ming supaya kenyataan beliau itu dianggap tidak mewakili parti. DAP bukan parti rasis, tetapi sangat jelas terdapat ahli parti yang tidak berfikir sebegitu.

''"Kenyataan itu bukan hanya menyakitkan, tetapi tidak masuk akal bagi sebuah parti berbilang kaum seperti DAP," katanya sebagaimana yang dipetik dalam portal The Mole, hari ini.

Pada sidang akhbar di luar Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini, ADUN Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib mendedahkan Kor Ming menghina warna kulit Zambry pada satu ceramah Pas di Kamunting pada 9 September lalu dan beliau mempunyai bukti rakaman video.

Sambil menganggap kenyataan Kor Ming sebagai kebudak-budakkan dan tidak sensitif, Tunku Abdul Aziz berkata, ia bukan kali pertama Ahli Parlimen Taiping itu mengeluarkan kenyataan berbaur rasis sebegitu.

''Dia (Kor Ming) patut tahu kenyataan sebegitu tidak diterima di Malaysia. Ini menunjukkan sikap kebodohan beliau berbuat begitu. Saya percaya jawatankuasa disiplin parti akan berbuat sesuatu (ambil tindakan),'' katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, tuduhan terhadap Kor Ming mestilah dibuktikan sebelum apa-apa tindakan boleh dipertimbangkan.

Nasihat penulis kepada Dr.Tan Seng Giaw supaya tak perlulah nak menegakkan benang yang basah kerana segala bukti jelas ditunjukkan didalam rakaman video ini. Jangan bertindak seperti Kor Ming yang pada awalnya menafikan yang beliau mengeluarkan kenyataan berikut sehingga mencabar Datuk Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) memberikan bukti.

Ternyata selepas rakaman video ini tersebar luas, barulah beliau memohon maaf kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kerana menggelarkannya ‘hitam metalik’.

Ungkapan biadab yang diucapkan oleh Kor Ming itu berbunyi: Perak ada Menteri Besar hitam metalik yang haram jadah itu masuk dari pintu belakang naik kapal selam dari Pangkor.

Jika dilihat kepada ungkapan biadap Kor Ming, beliau hanya memohon maaf atas kenyataan 'hitam metalik' sahaja, tetapi bagaimana pula dengan "haram jadah"? Adakah Kor Ming faham apa yang dimaksudkan "haram jadah" itu!



Suara Politik
Taminsari

Rabu, November 30, 2011

Akhirnya Setiausaha DAP Perak mohon maaf kerana hina MB Perak!


Setelah dikecam hebat, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming hari ini memohon maaf kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kerana menggelarkannya ‘hitam metalik’.

"Kepada semua pihak yang tersinggung dengan kenyataan saya itu termasuk Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, saya ingin memohon maaf,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping dan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Pantai Remis, dilaporkan berkata demikian dalam satu ceramah di Perak pada 9 Nov. lepas.

Kenyataannya itu dibidas pelbagai pihak termasuk ahli politik dan badan-badan bukan kerajaan yang menganggap ianya berbaur perkauman dan menghina mereka yang berkulit hitam.

Dalam permohonan maafnya itu, Kor Ming bagaimanapun berkata, kenyataannya mengenai ‘hitam metalik’ itu telah disalah tafsir kerana beliau hanya merujuk kepada pengambilanalih kerajaan negeri Perak oleh Zambry dan Barisan Nasional yang dianggapnya tidak sah.

"Secara peribadi, saya tidak membenci Dr Zambry. Saya anggap semua rakyat Malaysia sebagai saudara,” katanya.

Insiden berlaku semasa persidangan DUN Negeri Perak baru-baru ini apabila Kor Ming berkeras menafikan yang beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian. Ianya bermula apabila Datuk Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak mendakwa Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) mencaci peribadi Zambry dalam ceramah-ceramah beliau dengan menggelar Menteri Besar Perak itu 'Zambry Hitam Metalik'. ( sila rujuk kepada rakaman video diatas )

Ungkapan biadab yang diucapkan oleh Kor Ming itu berbunyi: Perak ada Menteri Besar hitam metalik yang haram jadah itu masuk dari pintu belakang naik kapal selam dari Pangkor.

Beliau turut mendakwa mempunyai bukti rakaman video untuk menyokong tuduhan itu dan akan menyerahkannya di luar DUN. Ekoran itu, Koo Ham bangkit mencabar Khusairi supaya menyatakan ceramah yang mana satu atau menarik balik kenyataan tersebut.

"Ini merupakan tuduhan melulu dan satu fitnah. Pangkor (Zambry) pun tahu saya tidak pernah mencaci peribadi seseorang," tegasnya.

Speaker DUN, Datuk R. Ganesan kemudian meminta Khusairi menarik balik tuduhan terhadap ADUN Sitiawan itu selepas beliau gagal memberikan jawapan kepada Koo Ham. Zambry turut meminta Khusairi menarik balik kenyataan itu kerana katanya, Koo Ham tidak pernah mencaci secara peribadi tetapi cuma dari segi dasar.

Saya tidak ambil berat sangat cacian terhadap saya termasuk warna kulit. Bayangkan kalau saya sebagai Menteri Besar memanggil ADUN Pantai Remis dengan warna kulit serta bentuk matanya, sudah tentu akan dicanang satu Malaysia yang saya rasis.

Bagi penulis, Kor Ming seharusnya cermin diri, jika diri sendiri juga mempunyai kelemahan mengapa mahu memperkecilkan keperibadian orang lain. Jika kenyataan sedemikian keluar daripada mulut pemimpin Barisan Nasional (BN), pasti kita akan dituduh parti rasis dan dijadikan isu untuk menghentam semula kerajaan!

Begitu rendah mentaliti seorang pemimpin DAP! Kenyataan Kor Ming itu mencerminkan sikap kebudak-budakan pemimpin pembangkang apabila menjadikan isu fizikal pemimpin lain sebagai senda politik mereka.

Suara Politik
Taminsari

Sabtu, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah


HIJRAH satu PERJALANAN. HIJRAH satu PERJUANGAN. HIJRAH satu PENGORBANAN. HIJRAH membentuk PERPADUAN. Sambil mengingati peristiwa Hijrah Rasulullah SAW, saya mengingatkan diri sendiri & menyeru sahabat supaya sentiasa berhijrah ke arah kebaikan. Bermaksud kita memperbaiki kelemahan diri masa ke masa. Kerana kita insan yang biasa. Selamat Menyambut Tahun Baru 1433 Hijrah.

Ikhlas Dari : Taminsari

Demonstrasi satu 'jenaka' - Noh!


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim disifatkan sebagai wakil rakyat yang 'tidak cukup akal' apabila mengadakan demonstrasi kononnya wujud ketirisan dalam pengagihan insentif hasil padi kepada petani sebanyak RM110 juta baru-baru ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan wakil rakyat DAP itu sebenarnya tidak lebih hanya satu bentuk 'jenaka' pakatan pembangkang yang tidak memahami apa yang terkandung di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengenai kedudukan insentif tersebut.

Ini kerana katanya, apa yang dinyatakan dalam laporan tersebut mengenai peruntukan sebanyak RM110 juta sebenarnya adalah tunggakan pembayaran insentif peningkatan hasil padi yang masih belum dibayar kepada para petani dan bukannya satu ketirisan seperti yang didakwa oleh Suee Lim.

''Bagaimana pula pembangkang (Suee Lim) boleh mendakwa berlaku ketirisan dalam pembayaran insentif peningkatan hasil padi ini sedangkan tiada pembayaran dilakukan dalam tempoh itu.

''Jumlah itu sebenarnya adalah tunggakan yang masih belum dibayar kepada petani dan kementerian juga menjangkakan sebanyak RM117 juta akan ditambah kepada tahun ini untuk insentif tersebut yang kita akan laksanakan pembayarannya.

''Saya fikir, beliau (Suee Lim) tidak faham mengenai perkara ini tetapi kemudian menghasut orang ramai mengadakan demonstrasi untuk mencari populariti politik dengan memburuk-burukkan kerajaan. Ini menunjukkan wakil rakyat DAP tersebut tidak cukup akal, tidak mahu berfikir," katanya.

Noh berkata, pada tahun depan, kementeriannya juga akan menambah peruntukan sebanyak RM80 juta untuk pembayaran tunggakan insentif peningkatan hasil padi berikutan pertambahan hasil pengeluaran tanaman itu yang dijangka positif pada tahun depan.

Pada 22 November lalu, Suee Lim dilaporkan mengadakan perhimpunan bersama-sama sekumpulan pesawah di sekitar Sekinchan, Sungai Burung dan Sungai Panjang dan menuntut Noh meletak jawatan sebagai menteri.

Tuntutan itu dibuat kononnya Noh gagal membela nasib kaum petani dan pesawah di daerah tersebut serta tidak mengendahkan nasib para pesawah untuk menambah subsidi padi.

Suee Lim turut mendakwa berlaku ketirisan wang RM110 juta di bawah skim peningkatan hasil padi oleh kementerian berkenaan.

Sikap atau perangai sebenar ADUN Sekinchan ini boleh dibaca disini : Masihkah-kita-ingat-adun-dap-langgar.

Suara Politik
Taminsari

Khamis, November 24, 2011

Sultan Selangor Tegur Aziz Bari!

















Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita berhubung kenyataan Prof Dr Abdul Aziz Bari, yang mengatakan akaun Majlis Agama Islam (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) tidak diaudit.

Baginda bertitah kenyataan pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu adalah tidak tepat.

Tuanku turut menasihatkan Aziz agar tidak membuat sebarang kenyataan kerana ia mengundang kekeliruan dan keresahan di kalangan rakyat terhadap integriti MAIS dan Lembaga Zakat Selangor.

Titah baginda, Aziz perlu mendapatkan fakta yang tepat dan betul sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Beta sangat dukacita apabila dimaklumkan terdapat satu laporan yang menyatakan bahawa Prof Aziz ada membuat kenyataan bahawa akaun MAIS dan LZS tidak diaudit dan bebas daripada diaudit.

“Kenyataan beliau ini adalah tidak tepat kerana Beta disembah maklum bahawa akaun MAIS dan akaun LZS telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan mendapat Sijil Bersih daripada Ketua Audit Negara pada setiap tahun serta akan terus diaudit oleh Jabatan Audit negara pada tahun-tahun akan datang.

Integriti MAIS

“Beta harap Prof Aziz jangan membuat sesuatu kenyataan yang boleh mengelirukan dan meresahkan rakyat terhadap ketelusan dan integriti MAIS dan LZS sebelum mendapatkan fakta-fakta yang tepat dan betul,” titah baginda.

Baginda menyampaikan titah berkenaan ketika merasmikan Wisma Audit Negeri Selangor di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun) lain.

Aziz dalam laporan media 11 November lalu dilaporkan berkata, Sultan Selangor telah melampaui kuasa dengan menitahkan Adun untuk meluluskan rang undang-undang tanpa dibahaskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Julai lalu.

Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai titah Sultan Selangor semua Adun meluluskan pindaan peruntukan Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2011 yang membolehkan MAIS mengelak dari diaudit oleh jawatankuasa audit awam.

Aziz yang juga seorang pakar perlembagaan berkata, perlembagaan tidak memberikan apa-apa kuasa kepada Sultan.

Beliau merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan – Perkara 3 (2) dan Seksyen 1 (2) (d) Jadual Kelapan – dengan jelas menyatakan bahawa walaupun Sultan mempunyai kuasa budi bicara dalam hal Ehwal Islam dan Agama Melayu, namun ia tidak menyentuh aspek perundangan.

MAIS bidas laporan

Sementara itu, Selasa lalu MAIS menjelaskan dakwaan bahawa laporan kewangan tahunan tidak perlu diaudit adalah tidak tepat.

Pengerusi MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata laporan kewangan tahunan MAIS disatukan telah disediakan dan dikemukakan kepada Ketua Audit Negara setiap tahun dan MAIS dari 1997 hingga 2010 telah mendapat pengiktirafan sijil bersih melalui Sijil Ketua Audit Negara.

Beliau merujuk kepada laporan berita FMT berkenaan pindaan peruntukan Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2011.

Pada 10 November, FMT melaporkan bahawa pindaan peruntukan Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2011 membolehkan MAIS mengelak dari diaudit oleh jawatankuasa audit awam. - AIDC

Suara politik
Taminsari