Jumaat, April 16, 2010

P94 Hulu Selangor : Enam Kotak Rahsia Anwar!




























Ezam bongkar lagi rahsia pkr!

Kandungan enam kotak rahsia yang disimpan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dijadikan 'senjata politik' sejak 12 tahun lalu, kini terus menjadi misteri.

Kewujudan kotak-kotak dokumen rahsia yang dikaitkan dengan kegiatan rasuah pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) itu, didedahkan sendiri bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Noor.

Ezam membuat pendedahan mengenai kotak-kotak yang disimpan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada malam 11 Ogos 1998, iaitu ketika berceramah di hadapan ribuan penyokong Anwar di hadapan deretan rumah kedai di Kampung Gajah, Perak.


Apabila ucapan Ezam itu dilaporkan di muka hadapan Utusan Malaysia keesokannya, ia mencetuskan kemarahan rakyat di samping tokoh-tokoh agama dan pakar undang-undang yang mengutuk Anwar dan menyifatkannya pengkhianat negara kerana melarikan dokumen rasmi kerajaan.

Hari ini, iaitu selepas kira-kira 12 tahun kemudian, Ezam mendedahkan, beliau sendiri sebenarnya tidak pernah pun melihat atau mengetahui kandungan kotak-kotak rahsia yang dimiliki Anwar itu.




















Apa yang berlaku, jelas Ezam, beliau hanya menurut arahan Anwar supaya 'menjaja' isu enam kotak itu yang kononnya membabitkan isu rasuah pemimpin UMNO dan BN.

Kata Ezam, beliau sendiri sebenarnya tidak pernah melihat isi kandungan enam kotak yang dijadikan modal ceramah politiknya ketika bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Beban sebenar untuk mendedahkan kandungan rasuah dalam enam kotak tersebut terletak di bahu Anwar sendiri. Saya sebenarnya tidak tahu isu kandungan yang terdapat dalam kotak-kotak tersebut.

Agak menarik apabila sekarang Anwar sendiri yang mengugut untuk membongkar rahsia enam kotak yang disimpannya! Berani kah Anwar atau omong-omong kosong sahaja. Sama-samalah kita tunggu dan lihat kelentong Anwar yang seterusnya!
Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Khamis, April 15, 2010

PRK P94 Hulu Selangor : Percaturan 'tiga anak Pak Ibrahim'!

SEORANG pemimpin muda Pas ketika ditanya apakah akan berlaku jika Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, beliau menjawab, 'pembangkang sudah kalah di pusingan awal.'

Kenyataan itu dibuat kerana pemimpin muda tersebut amat memahami sentimen di dalam Pas yang sudah pasti tidak selesa apabila Zaid yang sebelum ini pernah menentang pelaksanaan hukum hudud perlu dibantu untuk mencapai kejayaan dalam pilihan raya berkenaan.

Untuk rekod, Zaid pernah menyaman kerajaan negeri Kelantan yang meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 beberapa tahun lalu dengan alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, Zaid menarik balik saman tersebut.

''Pas tidak terlibat dalam memilih calon kerana segala-galanya terletak di tangan PKR, mereka yang buat keputusan. Oleh itu, suka atau tidak suka, Pas hanya perlu menyokong sahaja," katanya dalam pertemuan dengan penulis di sebuah restoran di Kuala Lumpur kelmarin beberapa jam sebelum Zaid disahkan sebagai calon PKR.

Sememangnya pemilihan Zaid agak mengejutkan ramai pihak bukan sahaja di kalangan ahli pakatan pembangkang, malah di luar parti pun turut tertanya-tanya apa keistimewaan Zaid sehingga beliau mampu menjadi pilihan utama kepada pucuk pimpinan PKR berbanding dengan beberapa calon yang disebut-sebut sebelum ini.

Antara mereka ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan, Samsul Iskandar; bekas calon PKR pada pilihan raya umum 1999, Dr. Halili Rahmat dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamad.

Bagaimanapun, ternyata sekali Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan disokong oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mahu Zaid bertanding. Ia kerana menurut sumber, Anwar mahu 'menghantar semula' Zaid ke Parlimen.

Mengulas perkara ini, penganalisis politik, Ahmad Masrizal Muhammad berkata, pilihan raya kecil itu adalah pilihan raya yang merupakan 'talian hayat' kepada pakatan pembangkang yang mana kemenangan mampu meningkatkan semula sokongan rakyat terhadap pembangkang yang dilihat kebelakangan ini sudah semakin suram.

''Oleh itu, perletakan Zaid sebagai calon dilihat sebagai satu usaha terdesak yang cuba untuk mengambil kesempatan terhadap keinginan rakyat yang sememangnya dari awal inginkan calon Melayu sebagai wakil Parlimen mereka," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata, dari sudut strategik, sebenarnya PKR telah melakukan satu perjudian besar dan terlalu berisiko apabila meletakkan Zaid memandangkan beliau boleh dianggap sebagai calon yang disifatkan sebagai berprofil tinggi.

''Jika beliau mengalami kekalahan dalam pilihan raya ini, maka sudah pastilah arena beliau dalam politik pembangkang arus perdana juga akan terjejas. Kelibat beliau sebagai seorang yang disegani dan mendapat sokongan penuh para pemimpin PKR sudah pasti akan dinilai dan dipersoalkan semula oleh ahli terutamanya tentang kerelevanannya dalam pimpinan PKR pusat sendiri," katanya.

Berdasarkan pandangan Ahmad Masrizal ini, ia menyaksikan pertarungan pembangkang di Hulu Selangor lebih kepada percaturan 'tiga anak Ibrahim' iaitu Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim. Ketiga-tiga mereka bertanggungjawab menyusun strategi untuk mempertahankan kerusi berkenaan yang sebelum ini dimenangi dengan majoriti tipis iaitu 198 undi. Di atas pentas Anwar akan menabur janji, di bilik gerakan Khalid menyusun strategi dan di lapangan Zaid menagih undi.

Penulis difahamkan, PKR tidak mahu mengikut rentak Barisan Nasional (BN) yang mengesahkan akan meletakkan calon dari MIC kerana begitu yakin bahawa undi orang Melayu akan memihak kepada mereka, biarpun siapa juga calon PKR. Namun begitu satu fakta yang harus diperingatkan Zaid pernah mempersoalkan status orang Melayu sewaktu berucap dalam persidangan Law Asia 2008 apabila menyifatkan konsep ketuanan Melayu menyebabkan berlakunya pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini.

Oleh itu, meletakkan Zaid sebagai calon bukanlah satu percaturan terbaik kecuali PKR merasakan kalau pun kalah, ia tidak akan mendatangkan apa-apa kesan atau maksudnya, tiada apa-apa yang merugikan. Ini kerana Zaid bukan orang Kuala Kubu Baharu tetapi orang Kota Bahru, Kelantan. Jadi, beliau masih boleh bertanding di Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang kalau tewas di Hulu Selangor.

Ini berbeza jika PKR meletakkan anak tempatan, kalau calon itu tewas sudah tentulah ia menjejaskan kredibiliti calon tersebut sekali gus menyulitkan PKR untuk mempertaruhkannya pada pilihan raya umum akan datang.

Pemilihan Zaid yang pernah bercuti selama enam bulan daripada aktiviti PKR pada Oktober lalu juga, sudah tentulah mewujudkan persoalan mengenai apa yang hendak dilakukan oleh Pas dalam membantu jentera pembangkang di Hulu Selangor. Ini kerana sanggupkah mereka memenangkan seorang individu yang suatu ketika dahulu pernah menentang apa yang hendak dilaksanakan oleh parti tersebut.

''Itulah masalahnya tetapi kita akan tetap bekerja keras kerana apa yang penting kita ingin memastikan jentera Pas menang, walaupun PKR mungkin kalah dalam pilihan raya ini," kata pemimpin muda parti itu.

Sememangnya, jentera Pas menjadi harapan PKR dan DAP untuk menggerakkan kempen. Penulis diberitahu awal-awal lagi, parti itu sudah menempah berpuluh-puluh buah rumah di kawasan Parlimen berkenaan untuk dijadikan pusat gerakan, itulah semangat parti yang memperjuangkan hukum hudud tersebut.

Malangnya jentera Pas yang akan bekerja siang dan malam untuk memastikan kemenangan seorang calon yang mungkin sebahagian besar ahli parti itu tidak begitu menyenanginya. Kalau mereka hendak mengharapkan jentera PKR atau DAP, ia pasti mengecewakan.

Oleh itu, pemimpin-pemimpin Pas perlu bersedia untuk memberi jawapan yang bernas jika ditanya mengenai hubungan parti itu dengan Zaid sebelum ini termasuklah sanggupkah mereka menambah seorang lagi Ahli Parlimen dalam pembangkang yang sudah pasti tidak akan 'selari' dengan dasar yang diperjuangkan oleh Pas.

Tetapi bak kata seorang pemimpin Pas kepada penulis, mempertahankan kerusi yang dimenangi oleh Pas adalah lebih mudah berbanding kerusi PKR kerana di dalam PKR, terlalu banyak masalah. Bagaimanapun, BN tidak boleh memandang remeh cabaran pembangkang dengan hanya berasaskan kepada pertimbangan bahawa calon PKR adalah orang luar atau merasakan Hulu Selangor adalah kubu kuat BN atau tidak digemari oleh Pas.

Tambahan pula difahamkan Anwar dan Khalid bertindak meletakkan Zaid setelah mereka dikatakan mendapat isyarat daripada sebahagian besar pengundi Cina di Hulu Selangor yang mahukan Zaid, selain ada sentimen kekecewaan di kalangan sesetengah orang Melayu yang mahukan UMNO bertanding.

Semua fakta ini seharusnya memberi peringatan kepada BN bahawa perjuangan di kawasan yang dikatakan kubu kuat mereka bukanlah semudah yang disangka biarpun BN berpeluang untuk merampas kembali kerusi tersebut. - UM
Suara Politik
Taminsari

Rabu, April 14, 2010

PRK P-94 Hulu Selangor : Anwar kini sudah menjadi satu liability kepada PKR di Hulu Selangor!



















Nampak gayanya BN di Hulu Selangor tidak berapa pening berbanding dengan PKR. BN akan dianggap sebagai underdog dalam pilihan raya kecil P.94 Hulu Selangor itu. PKRlah yang kena pulun bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi dengan kelebihan 198 undi itu.

Kita tolak ke tepi dulu siapa calon yang akan bertanding di Hulu Selangor. Kita kaji dulu isu-isu yang akan berlegar dalam pilihan raya itu. Jika dicongak-congak isu yang perlu ditepis oleh PKR banyak sekali.

Seperti biasa BN sebagai underdog, tak begitu bimbang. Ia adalah parti yang memerintah Malaysia. PKR pula ialah parti yang memerintah Selangor - yang semakin kacau-bilau dengan pelbagai isu dan ragam pemerintahannya. Jika dikaji halus-halus titah ucapan Duli Yang Maha Mulia baginda Sultan Selangor semasa merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri Ke-12 kelmarin, sudah jelas maksud titah baginda itu.

Baginda mahu semua pihak ‘‘fahami Perlembagaan.” Bolehlah disimpulkan bahawa baginda mahu jangan ada mana-mana pihak cuba membuat tuntutan yang bukan-bukan mengikut kaum masing-masing ke atas Perlembagaan yang sudah termaktub itu. ‘‘...rakyat perlu menjadikan Perlembagaan sebagai asas dalam usaha menguruskan permasalahan kerana isi kandungannya sudah memaktubkan hak rakyat dengan jelas. ‘‘Prinsip kebebasan dan keadilan adalah prinsip yang sedia ada dalam pemasyhuran kemerdekaan.

‘‘Beta berharap ahli-ahli Yang Berhormat dapat memberi mesej yang jelas kepada rakyat mengenai perkara ini,” titah baginda. Sebagai rakyat yang menghuni dalam jajahan baginda, saya akan melaung tiga kali ‘‘Daulat Tuanku!!!'' Ucapan tuanku sultan itu amat ditunggu-tunggu oleh rakyat jelata sekalian. Kita tahu dari mana datangnya tuntutan-tuntutan sebegitu. Kita berharap mulai sekarang mereka sudah boleh menutup mulut daripada terus mempersoalkan asas kenegaraan tersebut.

Mengguna SMS mengatur strategi

Berbalik kepada Hulu Selangor, semalam menerima satu SMS yang dipercayai terkeluar dari satu mesyuarat PKR yang sedang membincangkan strategi pilihan raya kecil itu.
Mesyuarat itu menurut al-kisah SMS itu berlangsung pagi kelmarin dan dipengerusikan oleh seorang orang kuat Anwar Ibrahim sejak dari dalam UMNO lagi. Beliau ialah orang kepercayaan Anwar.

Melihatkan kepada butir bicara yang dibincangkan dapatlah disimpulkan bahawa terlalu banyak isu yang perlu dibereskan oleh parti dokongan Anwar yang ironinya dia sendiri pun sedang menghadapi kegawatan dirinya sendiri.

Antara yang dibincangkan ialah mereka mahu supaya isu yang membabitkan Anwar dapat dikurangkan perbincangannya. Mereka bimbang soal Anwar boleh menjejaskan peluang parti itu. Seboleh mungkin mereka mahu mengalihkan kepada isu-isu lain.

Oh, rupa-rupanya mereka sendiri pun takut dengan isu yang membabitkan Anwar ini? Jika begitulah al-kisah SMS itu, betullah seperti mana banyak orang kata, Anwar kini sudah menjadi satu liability (istilah Melayu lama: menanggung biawak yang hidup) kepada pakatan itu.

Dalam apa-apa strategi perang, nampaknya isu Anwar perlu dijadikan agenda. Kita tidak boleh salahkan mereka kerana jika jeneral sendiri mempunyai masalah besar, maka orang-orang bawahannyalah yang perlu memikirkan penyelesaiannya. Tak hairanlah banyak askar-askarnya sudah ‘letih’ dan mulai melarikan diri. Semua orang tahu, kes perbicaraan Anwar tidak habis-habis sejak dulu sampai ke hari ini.

Sebaliknya, mesyuarat itu mahu memberi tumpuan untuk ‘menyerang’ psikologi orang-orang Felda yang banyak di Hulu Selangor itu. Mereka mahu membasuh fikiran orang Melayu di situ supaya memberi undi kepada mereka. Mereka mahu memecahkan persepsi bahawa Felda ialah organisasi kesayangan Najib Tun Razak.

Memang Najib mempunyai ‘soft-spot’ terhadap Felda kerana Allahyarham ayahandanya yang mengasaskan agensi itu bermula dari hutan belantara kepada satu skim yang sehingga kini dicontohi oleh banyak negara sedang membangun lain.

Menurut SMS itu, pakatan memberi tumpuan untuk menyerang generasi kedua Felda. Mereka tahu generasi pengasas Felda sukar hendak diputar-belitkan. Hanya generasi baru sekarang yang kurang ‘semangat dan roh’ orang dulu yang senang untuk dipengaruhi. Isu-isu lain mengikut al-kisah SMS itu ialah: Mereka akan mempertahankan sebab-musabab mengapa kampus UiTM Serendah tidak boleh didirikan. Hanya orang Melayu yang kurang arif dengan peranan UiTM itu sahaja yang akan termakan dengan alasan mereka kelak.

Mereka juga akan mempertahankan sebab-musabab mengapa kuil Hindu Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23 Shah Alam. Dulu semasa BN memerintah Selangor, pembangkang bagai nak rak membantah bagi mempertahankan kuil Seksyen 19 itu. Tapi selepas menang mereka pun sama, dua kali lima.

Lain-lain isu yang terpaksa dipertahankan mereka, menurut al-kisah SMS itu lagi ialah:

  • Isu keuntungan jualan pasir di Selangor.
  • Isu ladang babi di Mukim Batu Kuala Langat.
  • Isu kalimah Allah dan perdebatan Khalid Ibrahim dengan Zulkifli Nordin.
  • Isu rumah urut dan penjualan arak yang dipertahankan oleh Ronnie Liu.
  • Isu kerugian Universiti Selangor (Unisel) sebanyak RM20 juta.
  • Isu gambar Elizabeth Wong.
  • Isu cadangan Menteri Besar Selangor mahu membuka UiTM kepada bukan Melayu.
  • Isu MB pro-bukan Melayu.
  • Isu ekonomi dan perkembangan pelaburan di Selangor yang lembap.
  • Isu hubungan pakatan dan Istana Selangor serta cadangan menggunakan wang zakat untuk bukan Islam.
Mesyuarat itu juga, menurut al-kisah SMS itu turut membincangkan isu nasional yang dibimbangi PKR boleh mengubah sokongan pengundi Hulu Selangor kepada BN. Ia mahu isu itu dipantau dan diberikan perhatian serius oleh jentera PKR untuk mematahkan hujah serangan.

Antara isu yang memberikan impak kepada pakatan itu ialah:

  • Isu kes liwat Anwar dan Saiful.
  • Isu Anwar dan hubungannya dengan Yahudi.
  • Isu pengakuan Anwar di Parlimen tentang 16 September.
  • Isu kredibiliti Nik Aziz membabitkan tajaan haji dan balak di Kelantan.
  • Isu wakil rakyat pakatan lompat parti.
  • Pendedahan wakil rakyat Bebas di DUN Perak dan Parlimen.
  • Isu tahap keutuhan hubungan Pas, PKR dan DAP.
  • Isu hubungan pakatan dengan Sultan Perak.

Pendek kata, banyak sekali isu-isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat itu. Semuanya merupakan isu yang ada asas dan kredibiliti untuk dibahaskan oleh BN. PKR dan pakatan perlu bekerja keras untuk menyanggahnya. Mungkin di pihak BN, ia pun perlu menyelesaikan beberapa isu yang juga akan dihadapinya, khususnya soal calon MIC.

BN perlu membuat justifikasi sebab-musabab dipilih calon dari parti itu dan bukannya dari UMNO. Calon PKR pula dikatakan seorang Melayu yang berasal dari Kelantan. Agendanews petang semalam yang memetik Malaysiakini.com mengatakan mesyuarat biro politik PKR yang diadakan di rumah Anwar bersetuju memilih Zaid Ibrahim sebagai calon PKR Hulu Selangor.

Calon MIC pula disebut-sebut merupakan anak tempatan. Kita lihat sejauhmana soal isu dan soal calon itu boleh memberi impak kepada keputusan pilihan raya itu kelak.
Pastinya ia akan menjadi satu ‘kes ujian’ bagi kedua-dua pihak. - UM

Suara Politik

Taminsari

Isnin, April 12, 2010

MB Khalid 'G' Gertak Penduduk Hulu Selangor : BN Menang, Tarif Air S'gor Naik!


Penduduk Kampung Gurney, Ulu Yam Bharu menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim malam ini di satu majlis makan malam anjuran Pakatan Rakyat.

Memorandum berkenaan bertujuan menggesa Khalid mempercepatkan permohonan daripada 26 orang penduduk kampung itu bagi mendapat lesen menduduki sementara (TOL) bagi satu kawasan tanah.

Mereka telah menggunakan kawasan itu bagi tujuan pertanian sejak lebih 15 tahun lalu, kata ketua kampungnya Lai Swu Chong.

Lai menyerahkan sendiri memorandum tersebut sebaik sahaja Khalid selesai memberikan ucapannya di majlis tersebut yang diadakan di sebuah restoran Cina di pekan itu.

Terdahulu, Khalid dalam ucapannya berkata beliau datang ke situ untuk mendengar apa saja aduan daripada penduduk.

Beliau juga menyentuh tentang pencapaian kerajaan Selangor dalam tempoh lebih dua tahun lalu."Dalam dua tahun, kita buat banyak berbanding apa yang (BN) 50 tahun lalu belum buat lagi," katanya yang cuba bertutur dengan 'teloq' Cina.

Beliau menggariskan pemberian air sebanyak 20 meter padu percuma dan juga pemberian wang sebanyak RM2,500 kepada keluarga bagi setiap warga Selangor yang meninggal dunia.

Beliau bagaimanapun memberi 'amaran', tarif air akan naik sekiranya BN menang dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April ini.

Jelasnya, kerajaan negeri akan gagal mendapatkan kawalan ke atas syarikat Syabas dan Puncak Niaga, pemegang konsesi air di negeri itu.

"Tapi paling penting, Tan Sri Rozali (Ismail) ialah bendahari Umno di Selangor."Kalau kita bagi (BN) menang, dia akan ambil syarikat itu, harga (air) akan lebih mahal.

"Ini (rakyat) punya, bukan satu atau dua orang yang punya," katanya.

Khalid selepas itu memberi jaminan untuk membantu penduduk berkenaan mendapatkan lesen menduduki sementara itu. "Tapi ini tidak boleh dibuat dalam masa dua minggu saja," katanya.

Kira-kira 450 orang penduduk menghadiri majlis tersebut pada malam ini disertai beberapa pemimpin termasuk Datuk Seri Chua Jui Meng, serta dua ADUN Pakatan - Gan Pei Nei dan Lee Kim Sin.

Komen : Seronok jadi MB yang pandai menabur janji ni ya. Janji PRU 12 tak habis lagi dah buat janji baru? Sejak bila pula kedengaran apabila BN menang tarif air akan naik di Selangor? Bukan ke Syabas dan Puncak Niaga sekarang adalah dibawah Tan Sri Rozali Ismail. Apa yang Tan Sri nak ambil lagi...bawa bersabarlah Pak Khalid. Tak perlu marah sangat dengan Tan Sri Razali.

Cakap je berterus terang Pak Khalid, siapa yang sebenarnya hendak mengambil alih Syabas dan Puncak Niaga dari Tan Sri Razali...kalau bukan Pak Khalid sendiri. Tak perlu nak tipu penduduk Hulu Selangor kerana ' satu kampung ' sudah tahu cara Pak Khalid berniaga! Pak Khalid pandai meminjam wang, tapi tak pandai nak bayar balik. Malah Pak Khalid nak menyaman pula pemberi pinjaman! Orang tua-tua ada mengatakan Pak Khalid ni 'macam melepaskan anjing yang tersepit, sudah terlepas mengigit orang yang menolongnya'.

Jangan anggap orang Hulu Selangor ni ' tidak pandai ' menilai apa yang Pak Khalid cakapkan. Malah mereka sebenarnya ' lebih pandai ' dari Pak Khalid. Kepandaian mereka akan terjawab semasa hari mengundi nanti. Tepuk dada tanya selera ya Pak Khalid 'G'!
Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Ahad, April 11, 2010

PRK P94 - HULU SELANGOR : BN jangan terlalu yakin!

''SAYA minta (biar) saya tentukan calon sebab kita hendak menang. Kalau kalah bukan MIC sahaja kalah, tetapi BN kalah. Kalau menang, bukan MIC menang tetapi BN menang.''

Penegasan ini dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di Shah Alam pada Rabu lalu dan sekali gus menamatkan segala spekulasi berhubung parti komponen manakah yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Sebaik sahaja kerusi Parlimen Hulu Selangor diisytiharkan kosong berikutan penyandangnya, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lalu, maka wujud perbahasan siapakah yang patut mewakili BN.

Desakan akar umbi dikatakan begitu kuat mahu UMNO kembali bertanding di situ setelah kali terakhir berbuat demikian pada 1955 dalam pilihan raya majlis perbandaran. Apatah lagi, keputusan pilihan raya umum lalu seolah-olah menyaksikan 'keganjilan' apabila BN mampu menyapu bersih tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen tersebut tetapi di peringkat Parlimen, BN yang mempertaruhkan Datuk G.Palanivel tewas dengan majoriti 198 undi kepada Dr. Zainal Abidin.

Tiga kerusi DUN berkenaan ialah Hulu Bernam, Kuala Kubu Baharu dan Batang Kali. Untuk rekod sejak pilihan raya umum 1959, kerusi Parlimen Hulu Selangor ditandingi masing-masing sebanyak enam kali oleh MCA dan MIC manakala UMNO masih belum berpeluang bertanding di situ kecuali ketika pilihan raya majlis perbandaran pada tahun 1955.

Desakan untuk memberi peluang kepada UMNO bertanding kali ini juga semakin ketara apabila statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan daripada jumlah keseluruhan 64,500 pengundi di kawasan Parlimen berkenaan seramai 34,020 adalah pengundi Melayu, 16,964 pengundi Cina dan India (12,453 pengundi).

Bagaimanapun melalui kenyataan Najib yang juga Pengerusi BN bahawa parti itu akan tetap meletakkan calon MIC, maka soal siapa paling layak bertanding di situ sudah tidak timbul lagi.
Apa yang lebih penting bagi pemimpin dan penyokong BN sekarang ialah bukannya terus membahaskan soal calon, sebaliknya seperti mana seruan Najib, ''jangan fikir soal calon, gerakkan jentera, jangan leka dan jangan malas.''


Oleh itu seruan Perdana Menteri perlu dipatuhi kerana salah satu cabaran awal kepada jentera BN terutamanya UMNO adalah untuk meyakinkan pengundi Melayu.

Mereka perlu 'dipulihkan semangat' dan diberi jaminan bahawa biarpun calon BN tetap daripada MIC, tetapi kali ini mereka tidak akan mengalami lagi 'senario' yang pernah dirasai sebelum ini. BN khususnya UMNO tidak harus memandang remeh soal memberi keyakinan kepada golongan pengundi tersebut memandangkan keputusan pilihan raya di kawasan itu sebelum ini membuktikan bahawa pengundi Melayu boleh menjadi faktor kekalahan kepada parti berkenaan.

Cabaran untuk BN akan menjadi semakin getir jika pembangkang meletakkan calon Melayu. Ia kerana berdasarkan keputusan pilihan raya umum 1990, 1999, 2004 dan 2008, ia menunjukkan angka perolehan undi yang 'menggerunkan' memihak kepada pembangkang.

Contohnya, pada tahun 1990 walaupun tewas melalui calon mereka Nazar Yakin, pembangkang meraih undi sebanyak 11,857 undi, ia diikuti pada tahun 1999 apabila jumlah undi pembangkang meningkat kepada 13,548 undi melalui calon, Dr. Halili Rahmat (Adil), kemudiannya 2004 melalui Ismail Kamus (Pas) dengan 13,324 undi.

Pilihan raya umum lalu boleh dianggap kemuncak perolehan undi kepada pembangkang apabila Dr. Zainal Abidin memperolehi sebanyak 23,177 undi sekali gus menamatkan penguasaan BN dalam 11 pilihan raya sebelumnya. Secara hitungan kasar jika keputusan mulai 1990 diambil kira, pembangkang mempunyai tidak kurang 10,000 pengundi tegar yang memihak kepada mereka, jika calon Melayu dipilih bertanding. Ini jelas apabila pada tahun 1995, pembangkang meletakkan calon bukan Melayu, mereka hanya berupaya meraih 1,231 undi sahaja.

Mungkin di kalangan penyokong BN tidak senang dengan fakta ini, tetapi fakta tetap fakta. Ia kerana hak menentukan siapa yang mahu diundi bukan terletak kepada BN tetapi di tangan pengundi. BN hanya mampu berusaha meyakinkan mereka sahaja untuk menyokong parti tersebut.

Oleh itu jentera BN perlu mendengar nasihat Najib supaya turun habis-habisan dengan membawa semangat 1Malaysia sebagai penyuntik semangat. Tidak dapat dinafikan di atas kertas, BN mempunyai peluang yang cukup cerah untuk mencapai kemenangan tetapi keyakinan sahaja tidak mencukupi. Sebaliknya usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan bagi memastikan pengundi tanpa mengira kaum akan memihak kepada BN.

Seperti mana pandangan Perdana Menteri, BN tidak boleh menang dengan hanya bergantung kepada undi orang Melayu sahaja. Tambahan pula daripada tiga DUN yang dimenangi oleh BN, hanya dua sahaja dengan majoriti agak selesa iaitu 3,549 undi di Hulu Bernam dan 2,179 undi di Batang Kali, manakala di Kuala Kubu Baharu, undi majoriti yang diperolehi oleh BN hanya 448 undi.

Kalau dibandingkan dengan perolehan undi majoriti pada pilihan raya umum 2004, ia 'lebih ngeri' memandangkan pada tahun itu kesemua calon BN di ketiga-tiga DUN tersebut mendapat antara 6,000 hingga 8,000 undi. Oleh itu gerak kerja seperti mana digariskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu parti komponen tidak lagi tertumpu kepada kaum yang mereka wakili adalah pendekatan yang tepat.

Selain memberi kelebihan kepada BN untuk membuktikan bahawa ia memperjuangkan nasib semua kaum, corak kempen seperti itu juga akan 'menyingkirkan' sebarang persepsi mengenai calon yang 'dipertaruhkan' oleh BN. Dalam situasi pilihan raya yang dianggap sengit kali ini, satu undi sekali pun dianggap amat penting. Jadikanlah kekalahan tipis 198 undi sebagai satu pengajaran. Jangan terlalu leka dan mendabik dada bahawa senario kini sedang memihak kepada BN.

Pembangkang tiada apa-apa modal untuk terus mempertahankan kerusi berkenaan berikutan pelbagai kemelut yang melanda mereka sejak kebelakangan ini. Justeru BN perlu merancang strategi daripada sekarang dan bukannya terus berteka-teki soal siapa calon yang akan mewakili parti itu. Soal calon biarlah Perdana Menteri menentukannya dan diumumkan oleh Muhyiddin pada Khamis depan.

Najib sudah tentulah amat memahami kepentingan kerusi Parlimen Hulu Selangor, oleh itu beliau pastinya akan membuat keputusan yang tepat. Mungkin pelbagai pihak termasuk dalam MIC boleh memberikan pandangan, tetapi kata pemutus tetap di tangan Perdana Menteri.

Jangan pula nanti ada di kalangan pemimpin MIC yang 'merajuk' kerana calon favourite mereka tidak terpilih atau bimbang jika seseorang itu dipilih, dia boleh memberi ancaman politik kepada mana-mana pemimpin. Semua itu tidak harus dimasukkan dalam perhitungan bagi 'pertempuran' di Hulu Selangor kerana bak kata Najib yang menang atau kalah bukan MIC tetapi BN!

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, April 09, 2010

Rentetan Pemecatan YB Zulkifli Nordin Dari PKR Oleh Anwar!

Perkara yang penulis rasa pembaca semua perlu tahu! Seperti mana yang kita semua ketahui bahawa YB. Zulkifli Nordin telah dipecat daripada PKR. Anwar Ibrahim sendiri yang mengumum pemecatan itu dalam sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya. Anwar juga turut mengarahkan Zulklifi mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 dengan kadar segera selepas dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu.

Bermula dari perang Forum Peluk Islam hingga Kalimah Allah

Ini senerio terbaru yang melanda Zulkifli Nordin selepas kes ini meleret-leret sejak beberapa tahun lalu. Kes pertama berkaitan dengan isu forum memeluk Islam yang dianjurkan oleh Majlis Peguam pada 8 Ogos 2008. Anwar merestui forum itu, tetapi Zulkifli menentang dan menyertai demonstrasi membantah forum berkenaan.

Menurut Zulkifli, penganjuran forum tersebut bersifat anti-Islam dan memberi ruang yang lebih besar untuk membincangkan isu murtad di kalangan orang-orang Melayu. Ekoran daripada itu, beliau telah dipanggil oleh Jawatankuasa Disiplin PKR pada 17 September 2008, berkaitan dengan pembabitan beliau dalam perhimpunan membantah tindakan Majlis Peguam itu. Ahli panel jawatankuasa itu menyifatkan tindakan Zulkifli itu terlalu agresif dan bercanggah dengan pendirian parti. Klik di sini

Anwar turut mengecam tindakan Zulkifli menyertai demonstrasi itu yang dianggapnya sebagai mengguris hati penganut agama lain dan melanggar prinsip PKR. Klik di sini. Setelah reda isu forum murtad, muncul pula isu kalimah Allah apabila Archbishop Murphy Pakiam menggunakan mahkamah memfailkan semakan kehakiman kepada Mahkamah Tinggi pada 21 April 2008 untuk mencabar keputusan Kerajaan Malaysia yang melarang penggunaan kalimah 'Allah' oleh Herald - The Catholic Weekly. Sekali lagi , Zulkifli Nordin bangkit menggunakan Dewan Rakyat mempertahankan Kalimah Allah diberikan kepada penganut Kristian pada November 2008 Klik di sini

Isu kalimah Allah ini hangat dibahaskan di Dewan Rakyat sekitar Mac 2009, apabila wujud pertikaman lidah di antara wakil UMNO (Ahmad Zahid Hamidi) dengan wakil PAS Erdogan (Khalid Samad dan Dr Dzulkifli Ahmad). Kedua-dua wakil PAS itu bertegas membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada Kristian, akhirnya dipatahkan hujah oleh wakil PAS dari kem ulama, ustaz Taib Azamuddin. Klik di siniPada April 2009, Anwar membangkitkan sekali lagi isu kalimah Allah dalam kempen pilihanraya di Lubuk Antu & Batang Ai, Sarawak.

Kata Anwar, "Orang Iban sudah lama menggunakan kalimah Allah dan saya (Anwar) telah runding dengan ulama Islam, mereka tiada masalah benarkan kalimah Allah kepada Kristian". Klik di sini.

Ketika Anwar memulakan kempen sarafnya membenarkan kalimah Allah kepada Kristian ini, tokoh ulama pertama yang menegur Anwar adalah Datuk Harussani, Mufti Perak. Tanpa menghiraukan teguran Datuk Harussani dan ustaz Taib Azamuddin, Anwar sekali lagi membangkitkan isu ini di Ipoh Perak, semasa persidangan PKR peringkat Perak pada September 2009. Klik di sini.

Akhirnya pada 31 Disember 2009, isu ini benar-benar menjadi hangat di Malaysia apabila Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan membenarkan permohonan Gereja Katolik menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly.

Polemik kembali bergolak apabila Zulkifli Nordin membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada 23 Januari 2010, berhubung dengan kenyataan Khalid yang menyebut enakmen larang kalimah "Allah" adalah ketinggalan zaman. Klik di sini. Ekoran laporan polis itu, Zulkifli telah dihadap ke Lembaga Disiplin PKR. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata lembaga tersebut diminta bersidang dalam tempoh tidak melebihi satu bulan bagi mengkaji, menyiasat aduan dan mendengar penjelasan Zulkifli berhubung tindakannya membuat laporan polis terhadap Khalid berhubung isu penggunaan kalimah Allah. Klik di sini.

Episodnya berakhir di sini apabila Zulkifli Nordin dipecat daripada PKR.

Zulkifli jadi mangsa politik menghalalkan cara Anwar

Sama ada Zulkifli sedar atau tidak, semua polemik isu kalimah Allah ini adalah percaturan Anwar Ibrahim sejak Februari 2008. Anwar yang ketika itu baru balik dari menetap di Amerika Syarikat mendapat ilmu baru hasil didikan John Esposito, di Center for Muslim and Christian Understanding (CMCU) Universiti Georgtown. Klik di sini.

Sekembalinya ke Malaysia, Anwar memulakan tapaknya dengan berunding dengan persatuan Kristian Malaysia. Terence Netto, seorang penulis Kristian di Malaysiakini melaporkan Anwar dan Azizah telah hadir ke Gereja di Bukit Nanas pada 25 Disember 2007. Kehadiran Anwar atas jemputan Murphy Pakiam, Ketua Biskop Kristian sempena sambutan Rumah Terbuka Kristian anjuran Persatuan Kristian Malaysia. Klik di sini.

Kehadiran Anwar dan Wan Azizah sebagai tetamu jemputan Ketua Biskop Kristian Murphy Pakiam (dua dari kanan) pada 25 Disember 2007, di Rumah Terbuka di Gereja Bukit Nanas, anjuran Christian Federation of Malaysia

Kemudian disusuli dengan pertemuan tertutup Anwar dengan 200 paderi dan aktivis Kristian di sebuah gereja, Petaling Jaya pada Februari 2008. Dalam pertemuan itu, Persatuan Kristian menuntut kalimah Allah daripada Anwar.

Anwar bersetuju dengan tuntutan itu dengan berhujah 'kalimah Allah' tidak mempunyai apa-apa makna, sekadar kalimah dari sudut bahasa sahaja dan boleh dikongsi oleh semua penganut agama di negara ini. Kata Anwar, di Malaysia, kebanyakan penganut Kristian menggunakan bahasa Melayu, jadi tiada alasan kenapa kalimah Allah tidak boleh dibenarkan kepada penganut Kristian. Klik di sini.

Ekoran pertemuan beberapa minggu sebelum pilihanraya umum ke-12 itu, Rev. Wong Kim Kong, Setiausaha Agung NECF ( National Evangelical Christian Fellowship ) Malaysia pada 13 Mac 2008 telah mengeluarkan kenyataan media mengarahkan para penganut Kristian mengundi Anwar dan Pakatan Rakyat. Klik di sini.

Kemudian disusuli dengan pertemuan tertutup kedua Anwar bersama Bishop Philip Lok di Gereja Luther, Petaling Jaya, pada 10 Januari 2010. Anwar bersama dengan Dr Xavier Jayakumar, Zaid Ibrahim dan Dr Jeffey Kitingan, manakala Bishop Philip disertai bersama 100 orang mubaligh Kristian termasuk Bishop Ng Moon Hing dari Persatuan Kristian Malaysia(CFM) dan Father Thomas Phillips dari gereja Roman Khatolik. Klik di sini.

Anwar bersama Father Thomas Philips, President of the Council of Churches Malaysia (tengah) dan Brother Augustine Arokiasamy di the Luther Centre, Petaling Jaya pada 10 Januari 2010.

Dalam pertemuan tertutup itu, sekali lagi Persatuan Kristian memohon kepada Anwar penggunaan kalimah Allah kepada penganut Kristian di Malaysia.

Dalam laman asia-lutheran.org, Bishop Philip Lok mendedahkan sebab mereka berani meminta kalimah Allah daripada Allah. Sebabnya Anwar telah ' berjanji sesuatu ' dengan Biskop Munib Younan (Bishop Lutheran dari Jerusalem, Israel) semasa sidang dialog Kristian-Muslim di Universiti Georgetown Amerika Syarikat, pada Oktober tahun lalu.

Dari kiri; Bishop Phillip Lok dari Lutheran Church di Malaysia & Singapore; Bishop Ng Moon Hing dari Anglican (no 3 dari kiri), Rev. Dr. Eu Hong Seng, Naib Pengerusi the Christian Federation of Malaysia (CFM); Dr Jeffrey Kitingan( aktivis Kristian Sabah), Anwar Ibrahim dan Father Thomas Phillips dari gereja Roman Khatolik, Petaling Jaya(paling kanan)

Dalam persidangan di Amerika Syarikat yang dinamakan "Commom World", selain Anwar, terdapat ramai paderi Kristian di seluruh dunia yang turut hadir. Mereka adalah Bishop Munib Younan, The Reverend Joel C. Hunter, The Reverend Thomas F. Michel, Reverend J. Bryan, Rev. Richard Chartes, Patriarch Theofilos III dan lain-lain. Klik di sini dan di sini

Bermakna apa yang ditentang oleh Zulkifli Nordin tentang larangan kalimah Allah kepada Kristian sebenarnya sia-sia, kerana perancang utama pemberian kalimah itu kepada Kristian adalah Anwar Ibrahim sendiri.

Jadi apa lagi jalan keluar Zulkifli terhadap isu ini ? Tiada jalan keluar, kecuali menunggu masa untuk dipecat daripada menjadi ahli PKR oleh Anwar!

Zulkifli Nordin banyak pegang rahsia peribadi Anwar ?

Anwar dan Zulkifli mempunyai hubungan sentimental sejak dari tahun 1998 lagi. Malah sebelum itu lagi sejak Zulkifli menuntut di luar negara lagi. Kepercayaan Anwar kepada Zulkifli semakin terserlah apabila Zulkifli dilantik salah seorang peguam Anwar bagi menghadapi kes liwat pada tahun 1999. Ketika itu Anwar dituduh bersubahat dengan adik angkatnya, Sukma Darmawan meliwat Azizan Abu Bakar. Anwar dan Sukma didapati bersalah oleh mahkamah tinggi dalam tuduhan itu.

Di sini Zulkifli masih menyimpan sisi-sisi hitam yang dibicarakan di mahkamah dan tidak disiarkan oleh media berkaitan dengan kes liwat tersebut. Zulkifli tahu segala-galanya. Semasa Anwar dipenjarakan di Sungai Buloh, Zulkifli Nordin merupakan salah seorang peguam Anwar yang sering berulang alik ke penjara itu untuk menemui Anwar.

Zulkifli mempunyai hak berhubung dengan Anwar atas kapasitinya sebagai peguam dan aktivis PKR. Di sini Zulkifli masih menyimpan rahsia-rahsia peribadi Anwar yang diarahkan kepadanya semasa pertemuan itu. Ketika Anwar dituduh kembali melakukan perbuatan liwat pada tahun 2008, Zulkifli Nordin menolak untuk menjadi peguam Anwar. Entah mengapa, Zulkifli tidak berminat lagi menyambung kerja lama sebagai salah seorang peguam Anwar.

Tetapi dalam masa sama, beliau bersedia menjadi peguam Anwar bagi kes Qazaf di Mahkamah Syariah. Tetapi kedudukannya sebagai peguam dipertikaikan oleh pihak defendan. Ada sesuatu yang tidak kena dengan status Zulkifli Nordin hingga dipertikaikan kelayakannya sebagai salah seorang peguam syariah Anwar.

Berkenaan dengan pertemuan Anwar dengan Dr Yusof Al Qaradawi, Zulkifli juga salah seorang daripada saksinya. Zulkifli berada dalam pertemuan itu dan tahu rahsia sebenar apa yang dibincangkan antara Anwar dan Yusof Qaradawi. Zulkifli boleh menceritakan isi perbincangan sebenar pertemuan itu, kalau beliau mahu.

Zulkifli Nordin bukanlah 'manusia kerdil' seperti yang diperkatakan oleh 'firaun-firaun kecil' PKR. Beliau banyak simpan rahsia Anwar. Kalau beliau mahu beliau boleh dedahkan semua rahsia-rahsia firauan-firauan kecil itu termasuk Anwar sendiri. Tunggulah satu demi satu pendedahan yang bakal berlaku lagi samada dari YB Zulkifli sendiri ataupun dari bekas-bekas orang kanan Anwar yang lain. Wallahuallam. - AIDC Thinker

Suara Politik

Taminsari


Khamis, April 08, 2010

Kita Gempur Selangor!

















Usaha merampas Selangor dari Pakatan Rakyat bermula dengan Konvensyen Barisan Nasional di Shah Alam, semalam ."BN mesti kena menang ( di Hulu Selangor ) kalau tidak menang, kita tidak boleh ambil Selangor selepas pilihan raya umum ke-13."

Kita perlu meneruskan perjuangan kita terutama di Hulu Selangor. Ia bukan satu pekerjaan yang mudah kerana kita berhadapan dengan kerajaan negeri. Mereka akan menggunakan segala kemudahan," katanya Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.
Berucap di Konvensyen BN di Shah Alam, beliau memulakan serangan dengan mengulangi pelbagai skandal dan kontroversi yang menggoncang Pakatan rakyat. Bermula dengan skandal seks Elizabeth Wong kepada kenyataan MB Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa mereka tidak memerlukan Model Ekonomi Baru ( MEB ) membuatkan lebih 2,000 hadirin terpukau dengan strategi baru itu."Isu Elizabeth Wong, dia nak letak jawatan, tetapi Ketua Muslimat PAS yang pakai tudung mempertahankannya. Orang nak telanjang, dipertahankan, tapi kita tak ambil tindakan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menegur dan mengingatkan akar umbi BN yang tidak mengambil kesempatan terhadap isu-isu yang timbul sepanjang 2009. Noh yang juga Menteri Pertanian dan Indusri Asas Tani juga menjelaskan bahawa setiap bulan tahun itu, pelbagai isu telah timbul di Selangor.

Antara isu-isu yang berlaku sepanjang tahun tersebut, katanya, termasuk isu kematian Teoh Beng Hock, isu pembelian kereta Camry, penubuhan Selcat dan perbezaan pandangan antara exco Selangor Ronnie Liu dan pemimpin PAS berhubung isu arak.

Bagaimanapun, fokus Konvensyen ini adalah bagi mendapatkan sokongan berhubung pilihan raya kecil Hulu Selangor pada hujung bulan ini. Kini parti-parti komponen dilaporkan cuba melobi kerusi berkenaan. Secara tradisinya, Hulu Selangor diserahkan kepada MIC tetapi baru-baru ini akar umbi Umno dilaporkan tidak berpuas hati dan mahukan kerusi berkenaan.





















Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi BN menyampaikan ucapannya petang itu dengan tema 'BN Mampu Berubah, Sayangi elangor Yakini BN, Selangor Take Over Plan (STOP) PRU 13'.

Hadir sama pada majlis ini adalah Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim dan presiden PPP, Datuk M.Kayveas, Presiden MIC, Dato' Seri S.SamyVellu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon, Wakil dari parti Gerakan dan juga wakil dari KIMMA.

Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor semalam menggariskan enam inisiatif sebagai ketetapan bagi memastikan parti itu terus kukuh dan dapat meneruskan aspirasi serta mengembalikan keyakinan rakyat.

Inisiatif yang dikenali sebagai 'Deklarasi Darul Ehsan' itu dibuat atas usaha serta kesedaran seluruh ahli serta kepimpinan BN Selangor ekoran landskap politik yang kini dilihat berkecamuk kesan dasar destruktif pakatan pembangkang genap dua tahun mentadbir negeri itu.

Deklarasi yang dibacakan serentak lebih 2,000 ahli serta pemimpin daripada parti-parti komponen BN di hadapan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu menggariskan enam inisiatif bagi mencapai matlamat tersebut iaitu berubah dan melakukan transformasi menjadi barisan hadapan juarai isu rakyat; bersungguh dan ikhlas berkhidmat membela nasib rakyat; memacu menggerakkan gagasan 1Malaysia.

Selain itu, inisiatif lain ialah mengembalikan maruah dan peranan negeri Selangor sebagai pemangkin kemakmuran ekonomi negara; memulih keyakinan rakyat dalam kelancaran pentadbiran dan keharmonian antara kaum; menilai dan memperkukuhkan strategik terbaik untuk menjamin kemenangan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Deklarasi tersebut diserahkan kepada Najib oleh Setiausaha UMNO Bahagian Sepang, Mohd. Arifin Mohd. Razid sebagai simbolik terhadap kesungguhan dan azam keseluruhan ahli serta pemimpin BN negeri itu agar parti terus diharapkan dan diyakini rakyat.

Sebelum itu, Pengerusi Konvensyen BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata parti komponen BN di Selangor harus bergerak sebagai satu gerakan dalam usaha merampas semula kuasa dari Pakatan Rakyat.

"Kita perlu berusaha untuk menggerak dan mengubah persepsi rakyat agar meyakini BN. Kita mesti ada usaha dan ia bukan satu lampu ajaib. Kita tidak boleh bergantung dengan sentimen untuk berkuasa di Selangor. 'Kita mesti berusaha untuk mengubah persepsi (rakyat) dari segi pengurusan dan kepimpinan. Tingkah laku kita juga akan dinilai dan diteliti supaya mereka yakin kepada kita," katanya.





















Pada awal paginya, dalam ucapan pembukaan dari Pengerusi Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan enam punca Selangor - yang merupakan kubu kuat BN - jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya umum 2008 yang lalu. Mohd Zin berkata enam punca tersebut ialah:

* Pertama, prinsip muafakat mula bertukar menjadi konflik yang membawa mudarat.

* Kedua, usaha menjuarai isu rakyat beralih haluan kepada tindakan memperjuangkan kaum kerabat.

* Ketiga pergolakkan dalaman lebih ditumpukan berbanding usaha membina kekuatan.

* Keempat, khidmat dan pendekatan lebih bercorak eksklusif bukan lagi inklusif.

* Kelima BN agak ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi maklumat.

* Penyebab terakhir, aspirasi pengundi muda kurang difahami.

Selain enam punca tersebut, Mohd Zin berkata semangat adik-beradik antara semua kaum di negara ini penting dalam memperkukuhkan kembali kedudukan BN di negeri itu jika benar-benar mahu memenangi kembali hati pengundi. Katanya semangat adik-beradik itu perlu untuk melakukan perubahan dalam BN di mana segala perkara yang diperjuangkan kaum Melayu perlu difahami kaum Cina dan India begitu juga sebaliknya.

"Melalui hubungan adik-beradik ini juga kita perlu sedar bahawa masalah orang Melayu adalah masalah orang Cina, masalah orang India dan begitulah juga apabila masalah orang Cina dan India adalah juga masalah orang Melayu," katanya. Mohd Zin berkata semua pihak perlu bersatu dan mesti sedia melakukan perubahan sejajar dengan slogan konvensyen hari ini, 'BN Mampu Berubah, Sayangi Selangor Yakini BN, Selangor Take Over Plan (STOP) PRU 13'. InsyaAllah.

Gagasan 1MALAYSIA : ' RAKYAT DI DAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN '.


Suara Politik

Taminsari

Selasa, April 06, 2010

Artikel Pilihan : Sekuritisasikan Perlembagaan Negara!

Tragedi 13 Mei 1969 membuktikan kegagalan kerajaan mencegah fenomena perkauman yang disemarakkan menerusi konsep Malaysian Malaysia hingga mengakibatkan umat Islam, Melayu dan Bumiputera diinjak- injak maruah dan harga dirinya.

Tragedi ini meletus dalam suasana Pilihan Raya Umum (PRU) 1969. Ketika itu, elemen- elemen antinasional bertindak sesuka hati tanpa menginsafi Islam adalah agama rasmi negara, sementara Melayu dan bumiputera adalah bangsa teras di Malaysia.

Akibatnya, parti politik Chinese-based termasuk DAP, mendapat kemenangan besar dalam PRU 1969. Beberapa kerajaan negeri juga turut dikuasai oleh parti-parti tersebut. Dalam beberapa perarakan kemenangannya di Kuala Lumpur, pada 12 Mei 1969, mereka menjerit dan melolong sambil melemparkan kata-kata kesat dan lucah kepada umat Islam, Melayu dan Bumiputera.

Mereka mendesak bangsa teras ini gulung tikar, balik kampung, dan tanam kacang! Lantas, pembunuhan antara kaum terjadi di sekitar bandar raya, dan ramai rakyat terkorban. Sistem pemerintahan demokrasi turut mati, Parlimen Malaysia digantung buat sekian tahun lamanya, dan Malaysia ditadbir menerusi sistem Majlis Gerakan Negara atau Mageran.

Demikianlah senarionya apabila masalah etnik gagal ditangani secara tegas dan berkesan, dan apabila ada segolongan rakyat Malaysia mempertikaikan status bangsa teras yang dimiliki oleh umat Islam, Melayu dan Bumiputera. Inilah hakikatnya apabila Perlembagaan Persekutuan dipersenda-sendakan, dan nilai-nilai teras yang menjadi paksi keselamatan negara, termasuk permuafakatan kaum, keharmonian beragama, kesejahteraan rakyat, keselamatan ekonomi, dan ketenteraman awam, tidak dipelihara dalam negara berbilang bangsa.

Sejarah hitam ini jangan direlakan untuk berulang di Malaysia pada abad ke-21. Ia mesti dihindarkan. Seluruh warganegara Malaysia wajar berusaha mencegahnya. Oleh itu, karenah, kenyataan dan tindak- tanduk antinasional, anti-Perlembagaan, anti- Islam, anti-Melayu, dan anti-Bumiputera yang kini muncul semula di Malaysia mesti ditumpaskan habis-habisan.
Bukti-bukti kemunculan ini terkandung dalam jawapan Menteri Dalam Negeri di Parlimen, 22 Mac 2010 bahawa sejak April 2008 hingga 31 Januari 2010, terdapat 129 laporan polis mengenai isu-isu melibatkan Islam, Bahasa Melayu, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan keistimewaan Melayu dan Bumiputera dibuat oleh orang ramai dan badan bukan kerajaan (NGO).

Inilah bukti padat dan jelas bahawa seluruh peruntukan strategik dalam Perlembagaan Persekutuan kini memang tercabar dan tergugat. Fenomena ini adalah ibarat api dalam sekam.
Seterusnya, kenang kembali peristiwa menjelang PRU 1999, bila Sequi menghimpunkan 2,095 NGO untuk mengemukakan 85 tuntutan di bawah 17 perkara yang disertakan dengan ugutan memboikot pilihan raya umum tersebut jika apa yang dituntut tidak dipenuhi oleh kerajaan.
Anehnya, tidak ada kaum Cina di Malaysia mengatakan tindakan seperti ini rasis walaupun tuntutan Sequi melampau dan ada yang melanggar beberapa peruntukan strategik dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tuntutan dua pertubuhan pendidikan Cina iaitu Gabungan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zhong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina (Jiao Zhong) pun sama coraknya. Kedua-duanya bergabung menjadi Dong Jiao Zhong dan mengemukakan pelbagai tuntutan yang mengguris hati orang Melayu kerana bertentangan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan mencanggahi Perkara 152 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

NGO ini juga tidak dituduh rasis. Sebaliknya, ia mendapat sokongan masyarakat dan akhbar-akhbar Cina. Tetapi, apabila Perkasa wujud dan mula bersuara, organisasi ini pula dituduh dan dikecam sebagai rasis dan Melayu ultra. Apabila 76 NGO Melayu berhimpun di Dewan Kelab Sultan Sulaiman pada 27 Februari 2010, dan berjaya mewujudkan Majlis Perunding Melayu (MPM), pun sesetengah pihak mengecam dan menyatakan MPM rasis dan ketinggalan zaman.
Pelbagai laman web, termasuk milik pemimpin DAP pula menyifatkan saya dan Perkasa sebagai syaitan. Kecaman juga dilemparkan oleh halaman 'blogger Melayu dan Melayu liberal' yang lupakan nasib bangsanya.

Amat menyedihkan lagi, kini terdapat parti Islam menjual Islam demi kepentingan diri sendiri, dan segelintir pemimpin Melayu yang menjadi dalang perpecahan Melayu. Pemimpin Melayu terbabit, nampaknya disokong oleh segelintir pemimpin Amerika Syarikat, Australia dan beberapa negara Islam liberal. Beliau tergamak memperdagangkan nama baik ulama besar Yusuf Al-Qardhawi untuk kepentingan dirinya.

Perkembangan seperti ini menjadikan perpecahan Melayu sampai ke kemuncaknya. Sebab itulah Melayu dan Islam tergugat, kalimah Allah tergadai, ayat suci al-Quran diizinkan dibaca oleh bukan Islam dalam ceramah politik, peruntukan membina masjid diungkit oleh pihak tertentu dan tidak dipertahankan, dan kepala khinzir dihumbankan ke dalam masjid. Pada waktu yang sama, ada juga parti politik Melayu yang kini teragak-agak untuk bersuara dan mempertahankan Melayu dan Bumiputra secara jelas dan tegas, semata-mata demi menjaga kepentingan politik.

Inilah senario mutakhir kini. Ia menuntut kita insaf untuk menggerakkan semula kesedaran mengembalikan perpaduan dan maruah umat Islam, Melayu dan Bumiputera. Bersatu Teguh Bercerai Roboh!

Oleh itu, institusi Yang di-Pertuan Agong dan Kesultanan Melayu jangan dipersenda- sendakan. Hakikat Islam adalah agama rasmi jangan dipertikaikan. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan jangan diungkit-ungkit. Hak-hak istimewa ekonomi serta pendidikan umat Islam, Melayu dan Bumiputera dalam Perlembagaan Persekutuan jangan diancam status-quonya.
Dasar-dasar yang disifatkan sebagai memihak kepada Melayu dan Bumiputera dalam konteks jurang perbezaan ekonomi yang masih lebar, juga jangan sekali-kali cuba disanggah dan dirobah hakikatnya.

Berasaskan perkembangan semasa juga, Perkasa dan MPM mengadakan sidang meja bulat membincangkan cadangan Model Ekonomi Baru (MEB). Sidang ini menghasilkan memorandum yang telah disampaikan kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, dan Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara.

Antara kandungannya, MEB mesti mengandungi tindakan afirmatif yang memastikan Bumiputera memiliki 30 peratus ekuiti kekayaan ekonomi negara dalam semua sektor selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru sebelum Malaysia menjadi negara maju pada 2020.
Tuntutan itu selaras dengan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai sosial-ekonomi, di mana pembahagian kekayaan negara harus berdasarkan kepada peratusan kaum.

Bumiputera kini merupakan 67 peratus penduduk Malaysia. Jika Piagam PBB ini dijadikan aras tanda yang rigid, semestinya 67 peratus kekayaan negara ini dibahagikan kepada Bumiputera.
Namun begitu, Bumiputera hanya menuntut 30 peratus. Tetapi, kerajaan mesti menjamin bahawa asas MEB perlu mengambile kira Perkara 152 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Jika ini dilakukan, Perkasa, MPM, umat Melayu dan Bumiputera akan memberikan sokongan jitu kepada Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Bagaimanapun, UMNO juga mesti tegas dalam hal berkaitan kepentingan dan tuntutan umat Islam, Melayu dan Bumiputera jika mahu kekal relevan dan terus mendapat sokongan padu.

Oleh itu, sebarang keputusan dasar mengenai Islam, Melayu dan Bumiputera mesti dibuat secara berhati-hati. Jiwa dan hati nurani umat Islam, Melayu dan Bumiputera jangan sekali-kali diguris, dihiris dan dilukakan. Insaflah, tanpa kuasa politik yang majoritinya diperoleh daripada undi umat Islam, Melayu dan Bumiputera, keselamatan rejim dan keselamatan politik yang menjadi paksi kekuasaan di negara ini pasti akan terancam dan mungkin pupus.

Hakikat ini pahit. Tetapi, inilah realitinya kerana sejak merdeka sampai sekarang, umat Islam, Melayu dan Bumiputera adalah penyumbang terbesar dan menjadi benteng paling kukuh kepada struktur kekuasaan, keselamatan rejim, keselamatan politik, dan keselamatan negara di Malaysia.

Tidak dinafikan bahawa undi bukan Melayu dan bukan Bumiputera memang menyumbang kepada dinamika dan struktur kekuasaan negara. Tetapi, undi mereka di Malaysia adalah faktor yang berubah-ubah mengikut pertimbangan politik sewaktu pilihan raya umum diadakan.
Berdasarkan semua kenyataan di atas, terbuktilah bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah sumber utama kepada keamanan dan keselamatan negara. Oleh itu, Perkasa mendesak kerajaan mensekuritisasikan atau securitized Perlembagaan Persekutuan sebagai objek rujukan kepada ancaman negara.

Maksudnya, kerajaan mesti menjadikan pemeliharaan Perlembagaan Persekutuan oleh seluruh warganegara Malaysia sebagai satu daripada nilai-nilai teras yang mesti dipertahankan menerusi konsep keselamatan negara. Maknanya, kerajaan mesti menjadikan tindak-tanduk mempersenda-senda atau mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan sebagai tindakan yang mengancam keselamatan negara.

Hakikatnya begitu kerana perjuangan memelihara dan mempertahankan keselamatan negara dalam senario Malaysia moden mutakhir ini terpaksalah dilaksanakan secara keras dan tegas.
Jika tidak, umat Islam, Melayu dan Bumiputera yang akan terjejas, dan status-quo kekuasaan dan pemerintahan negara masa kini juga yang mungkin pupus.

Kerajaan juga mesti insaf bahawa Perkara 149 dan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan adalah sumber yang mewujudkan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA, sebagai undang-undang cegah rintang kepada pelbagai tindakan antinasional yang menjejaskan keselamatan rejim, keselamatan politik, keselamatan masyarakat, keselamatan ekonomi, dan keselamatan negara.

Oleh itu, segerakanlah proses pensekuritisasian Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana Perkara 149, Perkara 150, dan ISA tidak akan memberikan sebarang makna jika Perlembagaan Persekutuan dipertikai, dipersenda-senda dan cuba untuk dimansuhkan menerusi beberapa mekanisme neo-imperialis antarabangsa. Lantaran itu juga, kerajaan mesti bertindak radikal dan berani demi keselamatan negara. Kerajaan mesti tegas dan keras untuk melakukan pensekuritisasian ini demi keselamatan politik dan keselamatan rejimnya.

Kerajaan mesti proaktif untuk memperjuangkan status umat Islam, Melayu dan Bumiputera yang menjadi warganegara teras di Malaysia. Ini penting kerana perjuangan memelihara keselamatan negara adalah hak negara dan pemerintah untuk menentukannya. Proses mensekuritisasikan sesuatu objek rujukan kepada keselamatan negara, dalam konteks ini mensekuritisasikan Perlembagaan Persekutuan, juga adalah proses yang dalam bidang kuasa kerajaan untuk melakukannya.

Ini kerana dalam konteks keselamatan negara, kerajaan adalah pihak yang menjadi autoriti untuk melaksanakan proses pensekuritisasian atau proses securitization tersebut.

(Artikel ini adalah sebahagian daripada ucapan Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali di Perhimpunan Kebangkitan Perpaduan Melayu sempena Mesyuarat Agung Perkasa Kali Pertama pada 27 Mac 2010 di PWTC)

Suara Politik
Taminsari

Isnin, April 05, 2010

Mustahil Tok Guru Nik Aziz Tidak Tahu PAS Kelantan Didik Anak PASTI Dengan Wang HABUAN @ Rasuah!

Agak menarik apabila Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan kerajaan negeri mengenakan syarat bagi setiap syarikat yang ingin mendapatkan konsesi balak mesti 'menderma' kepada kerajaan negeri pimpinan Pas.
Beliau menegaskan, bukan menjadi dasar kerajaan negeri Kelantan meminta mana-mana syarikat berbuat demikian termasuk menderma atau memberi bantuan kepada kerajaan negeri itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah blog Kickdefella yang menyebut kononnya setiap pihak yang memohon kawasan balak dan segala derma yang dijanjikan akan dimaklumkan di dalam mesyuarat exco. Ini termasuk modus operandi bagi permohonan tanah hutan untuk tujuan perladangan. Beliau mengatakan, penulis blog terbabit cuba menimbulkan isu itu sambil melahirkan rasa dukacitanya terhadap sikap penulis blog yang menulis sesuka hati dan bukan menyebarkan ilmu pengetahuan.

Sebelum ini, Nik Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhutanan Negeri menyifatkan 'penulis blog' sebagai 'kedai kopi' bergerak yang membincangkan perkara-perkara sama ada untuk kebaikan dan keburukan sesuatu pihak. Tetapi mustahil apabila seorang Pengerusi Jawatankuasa Perhutanan Negeri tidak tahu akan pergerakan anak buahnya dalam menjalankan urusan dengan mereka yang mendapat konsesi balak?

Patutlah selama ini PAS mendakwa mereka bersih dari RASUAH! Rupa-rupanya bagi mereka WANG HABUAN @ RASUAH adalah DERMA ? MasyaAllah...
.
Keadaan menjadi bertambah 'panas' apabila Syed Azidi Syed Aziz @ Kickdefella membalas semula kenyataan bekas majikannya, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ianya menjadi semakin hangat apabila beliau menuduh Menteri Besar Kelantan itu berbohong berhubung isu 'derma' atau sumbangan syarikat balak yang mendapat konsesi daripada kerajaan negeri.

Bekas pegawai Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) itu sebelum ini mendedahkan di blognya modus operandi beberapa syarikat yang memohon konsesi balak memberi sumbangan kepada PAS termasuk kepada Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti). malah, blognya turut menyiarkan surat beberapa syarikat yang bersertuju memberi sumbangan kepada PAS termasuk surat persetujuan menerima wang berkenaan. ( surat disertakan disini ).

Menurut Syed Azidi, selepas lama menanti jawapan Nik Aziz mengenai pendedahan itu, Mursyidul Am PAS itu bersuara juga. “Malangnya Nik Aziz memilih untuk tidak berlaku jujur. Mustahil Nik Aziz tidak mengetahui semua ini. “ Saya tahu Nik Aziz menghabiskan masanya dengan membaca kitab atau Al Quran sewaktu mesyuarat berlangsung dan kerap juga tertidur apabila topik yang dibincangkan tidak difikirkan penting baginya tetapi untuk beliau mendakwa bahawa beliau tidak tahu, ini adalah satu kenyataan yang paling tidak jujur dari YAB Menteri Besar Kelantan, katanya.

Beliau buat kali kedua mencabar Nik Abdul Aziz mengarahkan Kerajaan Negeri mengeluarkan senarai kesemua syarikat yang telah menerima tanah balak dan tanah hutan simpan untuk tujuan perladangan dan pertanian di Negeri Kelantan sejak 1990 hingga sekarang. Ini bagi membuktikan pemimpin PAS itu tidak ada menyembunyikan sesuatu yang berkaitan dengan dakwaan beliau bahawa PAS Negeri Kelantan dibawah pentadbirannya beramal dengan RASUAH bentuk ‘ DERMA ’ dan ' KRONISMA' !
.
Berikut ialah posting terbaru di laman blog Kickdefella:

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mendakwa derma atau sumbangan oleh syarikat pembalakan yang menerima konsesi di negeri ini kepada Pas, adalah sesuatu yang di luar pengetahuannya. Berikutan itu, katanya, beliau tidak suka untuk mengulas dakwaan yang dibangkitkan oleh penulis blog tertentu berhubung sumbangan atau derma terbabit.

Namun pada masa yang sama, beliau membidas penulis blog yang disifatnya membuat pelbagai dakwaan dalam ruang maya masing-masing sebagai perbuatan untuk menyebarkan fahaman atau pendirian sendiri tanpa usaha menambah pengetahuan di kalangan pembaca mereka.

“Penulis blog ini kadang-kadang menulis sesuka hati, bukannya untuk memberi ilmu pengetahuan kepada pembaca. Saya sangat dukacita (dengan penulis blog) menggunakan pensil (penulisan) blog menyebarkan fahaman sendiri, tidak menambah ilmu. “Saya tak suka sebut benda-benda begitu (dakwaan mengenai komisyen atau sumbangan kepada Pas) tetapi benda ini tidak ada dalam pengetahuan saya,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas melakukan pelepasan konvoi kira-kira 1,300 motosikal berkuasa tinggi sempena acara Kelantan Bike Week di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV di sini, hari ini. Nik Aziz diminta mengulas dakwaan yang dilontarkan penulis blog Kickdefella yang mendakwa syarikat pembalakan yang mendapat konsesi di negeri ini menyalurkan sumbangan atau derma kepada pertubuhan bukan kerajaan yang ada kaitan dengan Pas, kerana bantuan mendapatkan kawasan terbabit.

Akhirnya setelah sekian lama menanti, Nik Aziz bersuara juga. Malangnya Nik Aziz memilih untuk tidak berlaku jujur. Mustahil Nik Aziz tidak mengetahui semua ini. Saya tahu Nik Aziz menghabiskan masanya dengan membaca kitab atau Al Quran sewaktu mesyuarat berlangsung dan kerap juga tertidur apabila topik yang dibincangkan tidak difikirkan penting baginya tetapi untuk beliau mendakwa bahawa beliau tidak tahu, ini adalah satu kenyataan yang paling tidak jujur dari YAB Menteri Besar Kelantan.

Dengan ini saya buat kali kedua mencabar Nik Abdul Aziz mengarahkan Kerajaan Negeri mengeluarkan senarai kesemua syarikat yang telah menerima tanah balak dan tanah hutan simpan untuk tujuan perladangan dan pertanian di Negeri Kelantan sejak 1990 hingga sekarang, bagi membuktikan beliau tidak ada menyembunyikan sesuatu yang berkaitan dengan dakwaan saya bahawa PAS Negeri Kelantan dibawah pentadbirannya beramal dengan rasuah dalam bentuk ‘derma’ dan kronisme.
Wallahuallam.
.
Suara Politik
Taminsari

Ahad, April 04, 2010

Sindrom pendirian tetap "Cina dahulu" dalam pelbagai bidang!

"SAYA tetap Melayu dahulu". Nada Tan Sri Muhyiddin Yassin tegas. Tiada dolak-dalik dan tidak ditarik balik. Prinsipnya juga jelas. Sebagai orang Melayu di negara yang kata dasarnya juga Melayu, penegasan itu tidak silap dan tiada khilaf.

Perkataan Melayu tertera di dalam Perlembagaan. Ia ditegaskan di mana-mana. Ia datang dahulu, kemudian diikuti dengan bangsa-bangsa lain. Sebagaimana sejarah Tanah Melayu yang menjadi milik orang Melayu dan kemudiannya secara suci hati dikongsi dengan kaum-kaum lain.

Justeru Melayu tetap Melayu. Waima apa juga gagasan atau dasar yang diperkenalkan masih ada klausa istimewa untuk Melayu. Dalam apa juga konsep yang mahu dilaksanakan, tidak akan ada kesamarataan antara Melayu dan bukan Melayu. Yang akan ada hanyalah kesaksamaan. Kesamarataan dan kesaksamaan itu ada batas dan bezanya. Sama rata bukan bermakna saksama.

Biar pun prinsip kesamarataan dan kesaksamaan sepatutnya mendasari setiap dasar kerajaan namun Melayu yang terkenal dengan sifat beralah mengambil sikap tidak apa. Tidak apa berkongsi ekonomi, tidak apa tidak mahu bersekolah bersama, tidak apa mahu berbeza parti, tidak apa terpaksa berebut dalam banyak bidang lain dan tidak apa diketepikan dalam sektor-sektor yang dikuasai bangsa lain.

Namun dalam mempertahankan hak Melayu atau membangunkan bangsa Melayu, siapa lagi yang boleh diharapkan jika bukan pemimpin Melayu sendiri. Siapa lagi yang mampu melaungkan kepada dunia bahawa di bumi Malaysia ini sebenarnya masih ada orang Melayu yang haknya satu persatu dituntut supaya disamaratakan. Bukankah hanya pemimpin Melayu yang boleh diharapkan.

Adakah orang Melayu mahu bergantung harap pada Lim Kit Siang atau Karpal Singh untuk menegakkan hak mereka? Mahukah pemimpin yang bukan seagama, sebangsa malah tidak henti-henti menuntut kaum mereka diberikan hak sebagaimana orang Melayu memperjuangkan nasib Melayu. Pernahkah kedengaran suara mereka begitu? Jawapannya tentu tidak pernah.

Bukan sekadar tidak pernah, apa sahaja yang dilaksanakan kerajaan untuk membuktikan akan ada kerjasama antara Melayu dan bukan Melayu tidak disambut baik. Sehingga kini orang Melayu belajar di sekolah kebangsaan walaupun sebenarnya sekolah itu bukan untuk orang Melayu semata-mata. Sekolah itu untuk semua bangsa. Tetapi kaum-kaum lain tidak mahu melunturkan kecinaan atau keindiaan mereka.

"Mereka terus menjadi 'Cina dahulu' atau 'India dahulu' dengan memilih sekolah jenis kebangsaan yang mengggunakan bahasa ibunda masing-masing. Wujudkah sekolah Melayu? Bukankah dari peringkat bawah lagi semangat 'saya tetap Cina dahulu' dan 'saya tetap India dahulu' sudah dipupuk. Semangat itu melarat dan membakar usaha memupuk perpaduan kaum di kalangan rakyat negara ini.

Lebih menyedihkan apabila sindrom 'saya tetap Cina dahulu' jelas ditunjukkan dalam sektor pekerjaan. Masih ada syarat temu duga yang menetapkan pemohon mesti menguasai bahasa Mandarin atau Kantonis atau apa juga bahasa yang digunakan oleh mereka.

Muhyiddin tidak salah menegaskan prinsipnya. Lantaran Kit Siang atau pemimpin kaum-kaum lain menyembunyikan prinsip mereka yang sebenar. Mereka tidak bercakap 'saya tetap Cina dahulu' tetapi setiap tindakan dan tuntutan mereka amat menjurus kepada maksud tersebut. Mereka menuntut sistem pendidikan tersendiri.

Mereka menuntut mata pelajaran peperiksaan sendiri. Jika boleh mereka mahu segala-galanya eksklusif di kalangan bangsa mereka sahaja. Pendiriannya yang tidak disuratkan sebenarnya tersembunyi segala macam yang menunjukkan 'saya tetap "Cina dahulu" secara tersirat.

Sedangkan Melayu yang dengan berani dan tegas menegakkan pendiriannya 'mengutamakan Melayu dahulu' dalam banyak hal sentiasa beralah dan menyetujui setiap dasar yang diperkenalkan kerajaan supaya kesemua kaum di negara ini mendapat kesaksamaan biarpun bukan kesamarataan. Lantaran kesamarataan itu sangat bertentangan dengan Perlembagaan - kitab suci yang menjadi tonggak pemerintahan di negara ini.

Jangan jadikan gagasan suci 1Malaysia untuk menghalalkan segala tuntutan mereka dan pada masa yang sama gagasan itu disalahgunakan untuk menidakkan hak orang Melayu.

Tidak ada dalam gagasan 1Malaysia menyebut Melayu mesti mengorbankan segala hak mereka supaya sama rata dengan kaum-kaum lain. Gagasan itu menekankan kesaksamaan rakyat tanpa mengira kaum. Gagasan itu tidak boleh dijadikan alat untuk memperkecilkan Melayu lantaran Melayu tetap Melayu yang dalam keadaan apa sekalipun tidak boleh dinafikan haknya.- UM

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, April 02, 2010

Haluan politik Pas kini semakin liberal !

Agak mencurigakan apabila ' bendera PAS ' dengan Khalimah Allah tergantung di dalam gereja TAHUN 1970-an dan 1980-an, dunia Islam disemarakkan dengan kemunculan fundamentalisme radikal yang berjuang menegakkan daulah Islamiah. Kejayaan revolusi Islam Iran pada 1979 meningkatkan lagi semangat golongan terbabit. Namun, apabila runtuhnya Soviet Union pada akhir 1980-an, gerakan terbabit mula menukar pendekatan kepada yang lebih lunak dan liberal. Di Republik Islam Iran dasar lunak mula diperkenalkan apabila pada 1988, Khomeini mengeluarkan fatwa menggantung peruntukan syariah atas alasan maslaha atau kepentingan awam. Liberalisasi politik ini memperlihatkan kesediaan golongan terbabit untuk bergerak masuk dalam aliran perdana, iaitu sistem demokrasi dengan mempromosikan apa yang dinamakan demokrasi Islam. Pelbagai istilah mula diperkenalkan seperti mujtama’al-madani (masyarakat sivil), huqud al-insan (hak asasi manusia), hurriyah (kebebasan) dan al-ta’addudiyah (kemajmukan) yang semuanya dikaitkan dengan demokrasi. Slogan mengenai negara Islam tidak begitu ditonjolkan lagi. Liberalisasi politik dapat dikesan di Mesir, Maghribi, Tunisia, Algeria, Yaman dan beberapa negara Arab lain. Di Indonesia dan Malaysia, golongan fundamentalis yang berjuang melalui politik turut mengubah haluan dan pendekatan mereka. Di penghujung era 1990-an, tuntutan terhadap reformasi demokratik berkumandang di Indonesia yang akhirnya menyaksikan kejatuhan rejim Suharto pada 1998. Pada 1998 itu juga berlaku reformasi jalanan di negara kita. Ia digerakkan oleh Anwar Ibrahim selepas beliau disingkir daripada kerajaan dan parti atas dakwaan liwat dan rasuah. Reformasi jalanan terbabit melaungkan anti-Mahathir yang dianggap zalim dan bersifat diktator. Gerakan itu akhirnya melahirkan parti politik yang kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dalam kes di Indonesia, dua kumpulan Islam iaitu Muhammadiah dan Nahdatul Ulama turut memainkan peranan dalam tuntutan reformasi demokrasi. Mereka cuba mengekang kuasa rejim Suharto yang dituduh bersifat authoritarian. Di negara kita, Pas turut memberikan sokongan terhadap perjuangan reformasi jalanan atas alasan kononnya menentang kezaliman Mahathir dan Umno terhadap Anwar. Ketika itu Pas dipimpin oleh Allahyarham Datuk Fadhil Noor, seorang tokoh politik yang dihormati dan disegani. Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2002. Bertolak daripada sinilah, Pas terus sedikit demi sedikit berubah dari sebuah parti bersifat fundamental kepada yang lebih liberal. Perlu difahami bahawa pengertian fundamental atau al-ushuliyyah merujuk kepada fahaman pelaksanaan agama yang berasaskan kepada tafsiran literal sesuatu teks. Maksud al-Ushuliyyah dalam pengertian Islam adalah daripada akar kata ‘al-Ashl’ bererti bahagian paling dasar daripada sesuatu. Bentuk jamak (plural) ashl adalah Ushul. Kata ashl (fundamental) juga memberi pengertian dasar atau pangkal (Dr Muhamad Imrah, Perang Terminologi Islam versus Barat, 1998). Justeru, tidak hairanlah apabila Pas mula dikuasai kelompok muda radikal pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, maka suara dan prinsip perjuangan parti itu sangat berpegang kepada pemahaman tekstual ayat-ayat al-Quran sehinggakan beliau menghukum sesiapa yang berbaik-baik dan bekerjasama dengan orang kafir dalam urusan politik adalah haram, malah ‘kafir’. Beliau menyerang Umno dengan keras sehingga timbul kontroversi isu ‘Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang’ yang mengkafirkan Umno. Ketika itu, Hadi dengan semangat revolusi Iran begitu tegas memperjuangkan Daulah Islamiah (negara Islam) dan hukum hudud. Namun, sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke-11 (2004), Pas tidak lagi menonjolkan isu negara Islam dan hudud. Dalam pilihan raya itu, Pas mula menggunakan beberapa slogan seperti ‘negara kebajikan’ dan ‘masyarakat sivil’. Pas sudah bersedia untuk bekerjasama dengan DAP. Jelas bahawa Pas mula lari daripada prinsip perjuangannya yang tidak mengizinkan bersekutu atau bersama dengan golongan bukan Islam. Selain itu, Pas turut menerima perjuangan PKR yang memperjuangkan hak-hak sivil rakyat secara yang lebih liberal. Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu, suara Pas semakin liberal dan lunak sehingga bersedia membentuk satu pakatan politik yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat merangkumi PKR, Pas dan DAP. Kini, semakin terbukti bahawa demi kuasa, Pas bersedia mempertahankan DAP walaupun beberapa pemimpin muda parti itu cuba menghina dan memperlekehkan Islam. Penulis kira soal mereka jahil bukan alasan untuk membiarkan mereka menghentam Islam sesuka hati. Pemimpin muda DAP seperti Ronnie Liu, Jeff Ooi dan Loke Siew Fook sekurang-kurangnya tidak jahil mengenai Islam sebagai agama rasmi negara dan wujudnya larangan hasutan berhubung isu-isu sensitif dalam Perlembagaan Persekutuan. Jika mereka jahil mengenai fasal penting dalam Perlembagaan, sewajarnya mereka tidak layak menjadi wakil rakyat kerana ia boleh merosakkan negara. Justeru, amat mendukacitakan apabila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membela mereka semata-mata atas kepentingan politik menyebabkan DAP berlagak seperti ‘kaduk naik junjung’. Sebenarnya, ketika era kepemimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmi, Pas bersifat reformis dan nasionalis. Ketika itu tidak berbangkit idea mengenai Daulah Islamiah. Gagasan yang dibawa adalah ‘nasionalisme Melayu dengan cita-cita Islam’. Buktinya, cadangan pembentukan sebuah negara Islam ditolak pada kongres Pas 1954. Satu lagi bukti ialah pada pertengahan 1970-an Pas di bawah Datuk Asri Muda bersedia menjadi komponen dalam Barisan Nasional (BN). Ketika Pas bersama BN, Anwar yang mengasaskan dan memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengkritik kepemimpinan Tun Abdul Razak Hussein yang dikatakan bersifat autokratik dan tidak Islamik. Pada 1981, Hadi mula mewarnai dan mencorak pendekatan Pas ke arah yang bersifat radikal dan tidak berkompromi sama sekali dengan Umno, apatah lagi dengan DAP. Namun, hari ini semuanya sudah berubah dan menimbulkan pelbagai persoalan mengenai perjuangan parti itu. RENUNG SEJENAK UNDANG-UNDANG TUBUH PAS Dalam undang-undang tubuh PAS Bab Pertama (Fasal 2, Ceraian 2) telah menerangkan secara jelas perkara tersebut iaitu : "Memperjuangkan cita-cita lslam dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara". Sementara dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 1993) Bab Ketiga (Fasal 5, Ceraian 1) telah menyebutkan : "Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah". KATA-KATA PENGASAS DAN PENGGERAK AWAL PAS : "Kita adalah umat lslam, dengan sebab itu kita ingin melihat hukum-hukum Allah itu dapat dilaksanakan di bumi Allah ini. Kalau dulu cita-cita lslam itu dapat dilaksanakan, maka tidak ada sebab mengapa kita ketinggalan. Maka dengan dorongan ini, dan dengan kepercayaan bahawa hanya dengan ajaran lslam, dengan dasar hidup lslam itu sahajalah kita boleh selamat, maka inilah sebabnya kita percaya kepada pergerakan kita, kepada persatuan kita sendiri. "Kita mahu merdeka sama seperti orang lain, kita mahu makmur sama seperti orang lain, kita mahu sama rata sama seperti orang lain. Akan tetapi semuanya itu, kemerdekaan kita, kemakmuran kita, dan sama rata kita, semuanya kita mahu dilingkungi oleh hukum-hukum lslam, oleh kebijaksanaan yang dipesan oleh Allah SWT dan oleh Nabi Muhammad SAW". - Prof. Zulkifli Mohamad Telah lama pemimpin-peminpin PAS sebenarnya yang cukup besar menyesatkan umat Islam di Malaysia dan sanggup mengadaikan maruah agama Islam dan bangsa Melayu demi kepentingan politik mereka. Kepimpinan PAS yang meneruskan tradisi berjuang di dalam politik dengan menggadaikan maruah Islam. Sedarlah rakyat umat Islam-Melayu Malaysia, bahawasanya PAS bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa iaitu berselindung disebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia. Kumpulan mereka meletakan syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya diakhirat kelak. Tiada siapa diantara golongan mereka berani menegur perbuatan yang menyalahi ajaran Islam sepertimana ketua ajaran-ajaran sesat yang ada. Ini memberikan satu kuasa sampingan kepada ketua-ketua mereka untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat keuntungan politik. Al-Quran, Hadith, hukum-hakam, hal ehwan Islam menjadi mainan politik serta pertaruhan oleh ketua-ketua serta pengikut dan penyokong PAS untuk mengekalkan kuasa. Demi DAP dan PKR, PAS dibawah pemimpin yang ada kini akan mengorbankan PRINSIP dan Undang-Undang Tubuh parti PAS sendiri. Ahli PAS dan penyokong PAS yang mahukan Islam ala-PAS, sedarlah bahawa tiada lagi perjuangan dan syariat Islam di dalam PAS. Perjuangan Hudud bukan lagi "make-up" buat PAS. Kepada penyokong PAS yang sangat mentah untuk menilai semua ini kerana berpandukan emosi dan terpengaruh dengan lidah bercabang pemimpin PAS. TOLAK PAS, sebuah parti yang bertopengkan Islam yang sanggup merosakan agama Islam hanya untuk mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat. Janganlah tersesat dan mengadaikan AQIDAH demi kepercayaan tok-tok guru PAS yang berkepentingan. Suara Politik Taminsari

Khamis, April 01, 2010

Ezam Mohd Nor & Dr.Khir Toyo Di Sekinchan - 2 April 2010!


1. Pentas Pemuda Sungai Besar menggabungkan dua nama besar pada sesi ceramah kali ini. Dua tokoh yang tidak perlu diperkenalkan dengan lenggok gaya & bahasa yang berbeza. Ezam persis suara Anwar dan Dr Khir dengan kemahiran membujuk yang tinggi.

2. Pidato tidak dapat dielak dengan perkataan retorik.Ramai yang menjelekkan perkataan retorik pada hal ia satu seni skala tinggi dengan niat mencapai maksud. Seperti anak kecil yang mahu dibelikan pensil oleh ayahnya, tidak kira menangis, berguling,tidak mahu makan - lakukanlah apa sahaja asalkan pensil diperolehi. Demikianlah retorik dalam jiwa pemidato.

3. Apa yang bakal terungkai di Sekinchan? Ezam mantan Setpol Anwar tentu banyak rahsia yang bakal dihebahkan. Kesetiaannya teruji. Sanggup dipenjara kerana mempertahankan Anwar. Tentunya banyak sebab mengapa beliau meninggalkan Anwar. Orang kampung mahu tahu.

4. Dr Khir, mantan MB Selangor yang punya pelbagai warna dalam politik. Berkesempatan berdamping dengan beliau tatkala dipuncak kuasa dan kini kehilangannya. Tentunya beliau punya fakta tentang salah laku Khalid Ibrahim sepanjang memimpin Selangor. Bukan sahaja Khalid Ibrahim kepanasan, ADUN Sekinchan, bakal tak tidur malam.

5. Ezam terdidik dengan filsut - Untung Apa Pun Orang Yang Lupa Daratan, Lebih Selamat Orang Yang Menjaga Kesadaran. Dr Khir juga bermain filsut - Alon-alon Asal Kelakon (biar lambat namun bertertib/selamat dan terlaksana). Kita tunggu gabungan mereka di Sekinchan.- Minda Budiman

Ayuh! Ramai-ramai kita kesana !!!!InsyaAllah...

Suara Politik
Taminsari