Rabu, Ogos 26, 2015

Bersih 4.0 bakal 'kotorkan' suasana sambutan Hari Kebangsaan?


KUALA LUMPUR - Penganjur perhimpunan Bersih 4.0 didakwa tidak menghormati jasa dan pengorbanan pahlawan negara yang memerdekakan tanah air apabila cuba menganjurkan perhimpunan yang boleh mengundang ketidakstabilan menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

Presiden Parti Makkal Sakti, Datuk R.S Thanenthiiran berkata sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini yang bertujuan memperingati dan menghargai jasa dan pengorbanan anggota keselamatan terdahulu tidak seharusnya dicemari dengan demonstrasi jalanan.

"Sambutan Hari Kebangsaan adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua rakyat Malaysia dan saya percaya ramai rakyat Malaysia tidak akan bersetuju kerana perhimpunan itu tidak hormat kepada pahlawan negara.

"Walaupun perhimpunan itu diadakan sebelum sambutan Hari Kebangsaan, namun ia akan mengganggu persiapan dan suasana sambutan Hari Kebangsaan yang seharusnya disambut dengan penuh keamanan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sebelum ini, penganjur dilaporkan bertegas untuk meneruskan perhimpunan itu pada 29 dan 30 Ogos di beberapa lokasi termasuk Dataran Merdeka di sini walaupun tidak mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dalam pada itu, Thanenthiiran berkata Makkal Sakti tidak akan sesekali menyokong dan menyertai perhimpunan itu dan beliau menegaskan mana-mana anggota parti itu yang didapati menyertainya akan dipecat.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan: