Isnin, Disember 07, 2009

Adakah PAS Juga Penjahanam Agama Dan Bangsa!





















Banyak perkara berkenaan dengan perjuangan Pas disembunyikan. Penyokong atau pengikut parti itu sebenarnya telah dibutakan mata dan hati hingga menjadikan mereka kelompok manusia yang begitu mudah diheret ke mana sahaja.

Ramai penyokong Pas tidak tahu dengan jelas perlembagaan parti yang disokongnya melainkan melalui mendengar apa-apa yang disyarahkan kepada mereka saja. Kadang-kadang apa yang disyarahkan itu tidak begitu menepati sebagaimana yang tercatat dalam perlembagaan parti berkenaan.

Perlembagaan Pas, Perlembagaan Pindaan 1987 Fasal 6 (7), (8) dan (9). Pindaan pada tahun 1977, Fasal 6 (7) mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal dalam amalannya, di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

Perkara (7) diubah kepada mempertahankan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya, Pas menggugurkan perkataan kebangsaan kerana kebangsaan diberi makna asabiah oleh Pas.

Perkara (8) diubah kepada memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam sebagai ganti kepada memperjuangkan wujudnya kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu yang tidak berlawanan dengan ajaran Islam.

Perkara (9) memperjuangkan hak-hak kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputra dalam usaha mencapai cita-cita keharmonian antara kaum dalam pindaan 1987 diubahkan kepada memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

Berdasarkan perlembagaan Pas, tidak ada peruntukan bagi memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu. Ini bermakna bahawa tidak ada hak istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera. Justeru, tidak ada lagi apa yang disebutkan pada hari ini sebagai Ketuanan Melayu.

Malahan dilaporkan sebuah akhbar (15 September 1985), Pas berjanji dengan masyarakat Tionghua Terengganu pada 14 September 1985 bahawa Pas akan menghapuskan Hak Istimewa orang Melayu jika mereka berkuasa.

Kalau dalam perlembagaan sebelum pindaan 1987 ada peruntukan untuk bangsa Melayu, misalnya dalam hal kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu dan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan Islam, dalam pindaan 1987 tidak ada lagi yang berhubung dengan Melayu.

Fasal 6 Perkara (11) melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan Pas ke dalam dan ke luar. Jelas dalam perkara tersebut tercatat bahawa Pas juga tunduk dan akur kepada Perlembagaan Malaysia.

Adakah rakyat masih ingat gara-gara mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad mengumumkan untuk berundur keluar dari UMNO, seolah-olah ianya memberi satu rahmat kepada Pakatan Rakyat terutamanya Pas. Mereka mula memasang angan-angan untuk menubuhkan kerajaan baru jika Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO tumbang. Mereka berharap UMNO akan terus bergolak dengan masalah dalaman mereka.

Pas melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan yang Pas bersedia memimpin negara dengan berpegang kukuh kepada prinsip “kontrak sosial” sekiranya mereka dapat mengambil alih tempat BN untuk memerintah negara. Beliau menegaskan pendirian itu berasaskan kepada “kontrak sosial” yang telah dipersetujui semasa negara ini merdeka bahawa kepimpinan kerajaan perlu diketuai oleh orang Melayu Islam.

Tambahnya, kepimpinan kerajaan juga perlu meneruskan prinsip-prinsip yang digunapakai sekarang iaitu bahasa Melayu dan Islam sebagai agama Rasmi. Tetapi tidak berani pula menyebut untuk menubuhkan Negara Islam Pas. Katanya, Pas akan terus mempertahankan kontrak sosial yang diasaskan semasa negara merdeka, Islam serta bahasa Melayu di samping masalah perpaduan rakyat pelbagai kaum mesti diselesaikan dengan adil dan bukan secara perkauman.

Pelik tapi benar. Sejak bila pula Presiden Pas itu pandai berbicara tentang kontrak sosial? Asas pembentukan negara ini berpaksikan kepada kontrak sosial seperti bahasa kebangsaan sebagai penyatu kaum-kaum di negara ini, hak-hak istimewa Melayu dan juga hak-hak politik, ekonomi dan sosial kaum bukan bumi dijamin oleh perlembagaan, serta kerjasama parti-parti politik antara kaum-kaum terbesar melalui gagasan BN serta adanya pengiktirafan terhadap DPK dan DEB oleh pelbagai kaum semasa pembentukannya dahulu. Tidakkah semuanya ini bercanggah dengan perlembagaan parti Pas yang dipinda oleh mereka sendiri?

Adakah kita telah lupa semasa kempen pilihanraya tahun 2004 yang lalu. Apakah yang dijanjikan oleh Pas yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada masa itu. Pas sedia memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan jika mereka berjaya memerintah dan membentuk sebuah negara Islam ala parti pembangkang jika menang di dalam pilihanraya umum 2004.

Menurutnya, ia bagi memastikan keadilan kepada semua pihak tanpa mengira keturunan, kaum dan jantina, sebaliknya mengutamakan amalan meritokrasi. Ia ( hak istimewa orang Melayu ) masih boleh dipakai tetapi apabila tiba masanya apabila orang Melayu boleh berdikari, maka pada masa itu tidak perlu lagi. Ianya merupakan usaha berterusan parti Pas untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama bukan Islam pada pilihan raya umum pada masa itu. Ia memberi tumpuan khusus kepada kedudukan bukan Islam dalam konteks pelaksanaan negara Islam.

Mengapa pada kali ini nadanya berbeza. Kalau hendak berpegang kukuh pada kontrak sosial, mengapa hendak memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula ada mengatakan yang di dalam Islam tidak ada "hak istimewa sesuatu kaum".

Inilah sebenarnya perjuangan kabur Pas yang hanya pandai berkata-kata. Mereka begitu bijak menutupi segala kelemahan yang ada di samping sering menuding jari mencari kesalahan orang lain. Rakyat tidak seharusnya terus membiarkan diri terperangkap dengan helah politik Pas ini. Jika rakyat dari sekarang terus leka dan tidak berhati-hati ketuanan Melayu akan hancur dan agama Islam sukar dipertahankan.

Suara Politik
Taminsari

2 ulasan:

Muhammad berkata...

KUNJUNGAN WIDA' KE MASJID AL-FALAH USJ 9
OLEH AL-MUKARRAM AL-QARI
SYEIKH MUHAMMAD JIBREL AL-MISRI





Setelah beliau berpeluang menyaksikan sendiri perjalanan ibadah Qurban di Masjid Al-Falah ini pada hari Tasyriq yang lalu dan bersama-sama meraikan majlis tersebut di sebelah malamnya, maka beliau sekali lagi mensudikan diri bagi merapatkan silaturrahim dengan warga MAF sekaligus mengakhiri percutian beliau di negara ini selama 2 minggu yang lalu. Sebagai wida' buat kali ini, beliau akan berada di MAF,
.
pada:
Khamis 10 DISEMBER 2009
bersamaan
23 ZULHIJJAH 1430h
selepas solat Maghrib.
.
Kehadiran Muslimin dan Muslimat amatlah dihargai.
http://pondokhabib.wordpress.com

ABATASA berkata...

ISLAM agama murni yang amat terpuji. Hanya layak diteraju oleh ulamak yang 100% berpegang kepada alQuran dan Sunnah Nabi seta penuh keinsafan tanggung jawab kepada Allah SWT. Memimpin bukan kerana nama apalagi kerana habuan.

Sidiq-Amanah-Tabligh-Fathonah.. pakaian Rasulullah SAW.

Adakah pemimpin PAS mempunyai nilai ini? Apa yang kita nampak ialah PAS hanya berhelah mencari keuntungan yang sedikit danamat rendah nilainya berbanding menjaja agama yang mulia ini.

Rentak dan corak yang dibangunkan telah mula menunjukkan kelemahan intlektual pemimpinnya yang mengaku mendomainkan alQuran sebagai perlembagaannya. Bila kepentingan dan hasrat tergugat agama terpaksa diremehkan... alasan dicari untuk menghalalkan keputusan.

Apakah mereka akan jadi seperti "ulamak akhir zaman" seperti pesan Rasulullah SAW, dimana ulamak menjadi manusia yang jahat? Harap ia tidak berlaku di Malaysia.

Sudah tiba masanya masyarakat Islam kembali kepada akal sihat menilai kembali simpati dan sokongan kepada PAS apabila PAS bergabung dengan musuh Islam No 1 di Malaysia, DAP.

Andaikata keputusan pilihanraya nanti akan menghancurkan Islam, para pengundi PAS perlu bertanggung jawab di hadapan Allah dan RasulNya pada hari akhirat nanti. Berhentilah bermimpi akan masuk syurga sepertimana gula kata pemimpan PAS itu.

Kembalilah jadi manusia berakal dan buang sifat jumud jika mengharapkan Islam kembali bersinar di Tanah Melayu seperti 700 tahun dahulu.

Halalkah perjuangan yang menguntungkan kafir harbi yang memelihara babi di negara Islam ini?

Tinggalkan sekularisma.... Tinggalkan demokrasi....

Bangunkan kerajaan khilafah....

mampukah anda?

Fikir-fikirkanlah.....