Khamis, Ogos 20, 2009

Kecelaruan Nik Aziz dan syurga PAS !

ISU "syurga, neraka serta mengkafirkan UMNO" berlaku seawal 1986. Namun ia tidak bererti ia terhenti begitu sahaja. 'Rekod lama' itu kini dimainkan semula. Lebih-lebih lagi dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir ketika ini.

Pada 1990, bekas Ahli Jawatankuasa Lujnah Undang-Undang Pas Pusat, Suhaimi Said pernah meminta ulama Pas supaya berhenti daripada membuat pelbagai hukum dan fatwa yang boleh mengelirukan ahli sedangkan hukum-hukum itu berubah-ubah tanpa menentu.

"Sekejap halal, sekejap haram, sekejap kafir dan sekejap tidak kafir," tegasnya.

Fatwa yang tidak menentu seperti itu bukan sahaja mengelirukan orang ramai tetapi ahli Pas berkecamuk sesama sendiri. Akhirnya timbullah pelbagai kumpulan dengan dasar serta pemikiran tersendiri sehingga tidak boleh dikawal lagi.

Bagaimanapun, persoalan paling besar hari ini ialah di manakah kedudukan orang bukan Islam di kaca mata Pas? Bagaimanakah kedudukan orang kafir sekiranya mereka turut sama menyokong dan mengundi Pas?

Adakah bagi Pas, hendak masuk syurga begitu mudah, hanya perlu menyokong atau mengundi Pas sahaja?

Hakikatnya, bukan hanya ahli Pas yang keliru dengan fatwa politik sebegini. Malah para pemimpin Pas sendiri sudah berkecamuk kerana terlalu banyak fatwa politik dipersoalkan semula, baik oleh ahli sendiri mahupun umat Islam.

Begitupun dalam konteks hari ini dan demi menyelamatkan akidah orang Islam khususnya para pengikut Pas yang barangkali bersikap "apa yang dikatakan oleh tok guru semuanya betul", maka Pas khususnya Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu menjawab soalan yang mahukan penjelasan mengenai kedudukan parti itu berhubung tuduhan yang menganggap UMNO yang bekerjasama dengan rakan-rakan komponennya, MCA dan MIC sebagai kafir.

Pernah pada 1995, terdapat seorang pemimpin Pas yang berkata, orang beragama Islam tidak boleh mengundi calon daripada kalangan bukan Islam dalam pilihan raya kerana ia bertentangan dengan kehendak Islam.

"Usahkan orang bukan Islam, orang Islam pun kalau tidak turut Islam tidak boleh undi, malah orang Islam pun kalau dia bawa dasar yang bukan Islam, rakyat tidak boleh mengundinya," kata laporan itu.

Maka timbul tanda tanya yang tidak pernah Pas jawab: "Bagaimana pula kerjasama yang terjalin antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP?

Adakah hanya UMNO yang berkawan dengan MCA dan MIC sahaja termasuk dalam kategori tuduhan Pas iaitu kafir tetapi Pas yang bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang dikecualikan? Bagaimana pula kerjasama Pas dan DAP yang diketuai Lim Kit Siang? Beliau secara terbuka menentang penubuhan negara Islam Pas.

Adalah malang bagi pengikut Pas yang mempercayai bahawa hanya menjadi ahli parti itu, baru boleh masuk syurga.

Ironinya, terdapat terlalu banyak kecelaruan dalam Pas. Selain fatwa politik yang dibawa, pemimpin parti itu telah banyak lupa apa yang telah dikata dan dilakukan mereka.

Ketika berbaik-baik dengan DAP, Pas tanpa segan silu sengaja melupakan tentang isu kafir yang dilemparkan kepada UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC. Dan apabila suatu ketika tidak lagi bersekongkol dengan DAP, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula lupa yang dia pernah berpelukan dengan Kit Siang hingga sanggup menyifatkan pemimpin tertinggi DAP sebagai "sudah luput masa" dan tidak lagi sesuai untuk menonjolkan diri bertanding pada pilihan raya umum 2004. Kini kedua-duanya 'bersatu' kembali.

Bukan sahaja Nik Abdul Aziz, gelagat pemimpin Pas lain juga menampakkan mereka seolah-olah 'memegang syurga dan neraka'.

Ketika calon Pas, Abu Bakar Sakak menarik diri daripada bertanding menentang Datuk Seri Syed Hamid Albar di Parlimen Kota Tinggi pada 2004, Abdul Hadi mencela bahawa Abu Bakar akan mengalami hidup yang tidak berkat di dunia dan akhirat.

Sedangkan, menang kalah, sokong atau tidak sokong, tidak ada kena mengena dengan akidah seseorang. Memanglah sesiapa yang buat jahat akan terjerumus di dalam neraka tetapi itupun ditentukan oleh Allah dan bukannya manusia.

Jika disenaraikan fitnah-fitnah yang pernah dilontarkan di tengah-tengah masyarakat maka tidak terhitung banyaknya.

Ketika menjelang pilihan raya umum pertama pada 1955, isu besar pada waktu itu ialah perjuangan mahu merdeka. Tetapi sebilangan penceramah Pas ada yang berkata: "Apa guna merdeka untuk waktu ini, kerana sebatang jarum pun orang Melayu tidak tahu membuatnya".

Ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan konsep Pandang Ke Timur, mereka jaja konsep tersebut kononnya Dr. Mahathir mahu memindahkan Kaabah dari kota Mekah ke Tokyo.

Ketika mempercepatkan setengah jam masa di Semenanjung untuk menyamakan waktu dengan Sabah dan Sarawak dituduh pula sebagai hendak mengubah perjalanan matahari. Apabila memperkenalkan Wawasan 2020, dimomokkan kerajaan akan mengenepikan wawasan akhirat dan sebagainya. Bahkan penubuhan Bank Islam dan Universiti Islam Antarabangsa dikatakan sebagai "Islam kulit dan kosmetik" sahaja.

Apabila pihak kerajaan mengisytiharkan negara ini negara Islam, dilabelkan pula sebagai Islam klon. Bahkan, semua program agama dijadikan bahan ketawa mereka di majlis-majlis ceramah bersama rakyat.

Apa pun mereka kata, Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam yang termaju di dunia hari ini manakala pemimpin negara turut menjadi tumpuan umat Islam antarabangsa. Putrajaya telah membuktikan kewujudannya dan telah menyambut ribuan tetamu dengan penuh selesa ketika sidang pemimpin negara-negara Islam.

Selagi ketua-ketua parti politik tidak bersikap lebih terbuka dan toleran, atau tidak mementingkan kepentingan umum yang lebih utama untuk kebaikan masyarakat kita, maka dibimbangi selama itulah sikap dan cara berfikir rakyat, khususnya umat Islam akan berkecamuk dan keliru. Malah persepsi mereka akan menjadi samar-samar termasuk isu syurga dan neraka, dosa pahala, Islam dan tidak Islam.

Mereka akan terus-menerus menjadi orang yang taksub, termasuk menjadi pak turut yang membuta tuli tanpa ilmu dan kesedaran terhadap realiti hidup yang sebenarnya. Dan terus menerus menjadi orang yang emosional tanpa dapat menggunakan akal fikiran yang rasional lagi.

Ahli sufi yang menempuh peringkat nafsu mulhammah hingga ke peringkat yang paling agak tinggi iaitu nafsu mardiyyah pun berasa diri mereka belum layak lagi menjadi ahli syurga.Dan sehingga kini tidak ditemui sebarang firman atau hadis menyebut "undi Pas boleh ke syurga".

Suara Politik
Taminsari

7 ulasan:

~PakKaramu~ berkata...

Salam ramadan al mubarak

PEJUANG CYBER berkata...

Pas Tidak Harus disokong – Bukan Parti Alternatif Umat Islam dan Melayu

UMNO ALAT PARTI UNTUK ISLAM
PAS ALAT ISLAM UNTUK PARTI

SALAM PERJUANGAN

Lin berkata...

salam

kalau manusia seudah beranai membuat hukum mendahului ketentuan ALLAH makna nya manusia jenis yang paling bahaya di kalangan manusia yang lain

selayaknya menjadi pembantu kepada DAJAL sahaja...

menggunakan Islam sebagai alat mereka dan menuduh orang Islam UMNO salah adalah mainan politik pas...

tunggulah sampai masanya pas akan dimalukan akibat kemungkaran mereka sendiri

salam

Taminsari berkata...

Salam kepada semua yang menziarah ke blog ini. Terima kasih diatas ulasan yang telah di berikan.

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah. 'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'.

Ikhlas dari,
Taminsari

Cheguman berkata...

Saya juga nak minta maaf pada ahli PAS... cuma, saya amat sedih kerana beberapa pemimpin PAS sudah terpesong jauh dari landasan perjuangan.

Unknown berkata...

a'kum tuan punya blog (TPB) ini...
Adakah ulasan ini akan disiarkan?? Tak apalah... siar ke tak siar...

ternyata TPB sehebat Majlis Fatwa. Sebab??? Sebab menghukum tanpa usul periksa. TPB dah tanya Nik Aziz (NA) ke apa yg dia cakap seperti dalam akhbar arus perdana? Belum??? Kalau belum sama la seperti Majlis Fatwa (MF), Mufti Perak (MP).. tu.
TPB pun tuduh2 aje. dengar2 cakap orang, baca2 tulisan orang .... yer betul.. memang jujur amanah TPB ni kan.
Maaf cakaplah, Majlis Fatwa ni kerajaan UBN guna bila nak dapat sokongan aje. Kalau tidak sori la nak dapat pandangan MF tu. Cth masa Mahathir cerita bab janggut nabi, perubatan islam... ada minta nasihat MF?? Tarakkk...
Malah keputusan MF pun BN tak ikut.. Cth: MF dah putuskan haram bertafakur di Tugu Negara, jika buat boleh membawa tergelincir akidah...1995, MF memutuskan merokok haram... apa kerajaan buat... ada kuatkuasakan??? tarakkk... itu yang menyebabkan ramai bebudak sekarang ketagih rokok, pastu dadah, pastu moral... pastu.. dah tentu mereka akan sokong BN sbb 'biarkan' benda tu berleluasa....
Haa... balik cerita NA tadi... dari segi SOP nyer, MF kena panggil NA utk buat soal siasat, berbincang, bagi nasihat baru jatuh hukum klu betul2 dia dah serong. Bukan sekadar baca paper jer. begitu juga MP. Begitulah juga TPB ini.
Tapi kita paham, Pengerusi MF, dan MP tu adalah kakitangan kerajaan. Jika tak sokong kerajaan, boleh kena berenti... Bukan nak suruh sokong PAS, tidak... tapi kena tegaslah, kalau dah putuskan haram kena bertegas haram... kalau makruh bertegas kata makruh... ini tidak, yang dah diharamkan bila kerajaan buat... tak apa. Maknanya... MF dan MP turut bersubahat bila kerajaan buat benda haram... jadi , tak ada maknanya ada Mufti yang tunduk pada kerajaan jika kerajaan buat benda mungkar... salam satu malaysia....

Arif Omar berkata...

DIA NI SESUMPAH POLITIK. APA HAIRAN. TIAP MASA BERUBAH