Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, Ogos 01, 2009
Edisi Khas : BPN Mendesak Tindakan Tegas Terhadap Blogger Hina Mufti Perak Setaraf Pelacur
1.BPN memandang berat tindakan blogger pembangkang di sini
( http://www.malaysiawaves.com) yang telah menyamakan Mufti Perak dengan gelaran pelacur.
2. Perbuatan ini sangat tidak patut dan begitu menghina seorang Mufti yang begitu dimuliakan di sisi masyarakat sebagai ikutan dalam hal hal agama Islam. Apatah lagi beliau dilantik dan dipilih oleh Sultan Perak sendiri selaku Ketua Agama Islam negeri Perak.
3. Mufti Perak tidak pernah menjadi ahli mana-mana parti mahupun memegang jawatan politik dan bukan orang politik.. Seharusnya tidak patut beliau menjadi sasaran kecaman atau penghinaan yang memalukan tersebut meskipun ada pandangan beliau tidak disenangi oleh mereka..
4. BPN mendesak agar tindakan tegas dan keras dikenakan terhadap blogger Malaysiawave ini dan juga mana-mana blogger yang berani menghina tokoh agama di negara kita, yang mana jika tidak dibendung dari sekarang ia boleh menggalakkan rakyat Malaysia untuk menghina tokoh agama seperti Mufti ini yang jelas tidak ada kepentingan politik di dalam berfatwa atau memberi pandangan.
5. Diharap suara Blogger Pembela Negara ( BPN ) ini akan dibaca dan disebarkan agar menjadi isu yang tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.
Pesanan : Mohon diulas, disebar luas isu ini oleh sahabat sahabat BPN atau tidak sehinggalah ia diambil tindakan oleh pihak berkuasa negara kita.
Yang benar,
Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
salam sdr Belantan
saya sokongan usaha ini dan pastikan mereka yang terbabit dihukum dengan sewajarnya...
salam
Salam sejahtera,
Beginilah dunia di akhir zaman. Ulama dihina dan caci-maki kerana kejahilan dan ketaksuban politik partisan.
Mereka sudah tidak tahu lagi yang mana ulama sebenar dan yang mana ulama politik.
Mereka lebih rela menerima Mat Sabu, Anwar Ibrahim, Husam Musa dan lain-lain sebagai ualama mereka berbanding seorang Mufti seperti TS Harussani.
Nak kata orang gila, pandai pulak buat blog.
Salam Perjuangan...
Apa dah jadi dengan dunia sekarang ini?
Mari kita flagkan sahaja blog tersebut!!
bro,jangan lupa pembelaan untuk Ishak Baharom jugak..
Catat Ulasan