Rabu, Februari 11, 2009

PAS suku, PKR sakat, DAP bangsat !














Nizar yang kepingan sangat hendak duduk lama kerusi MB Perak yang belum pun panas kerusi MB dah kena tarik nikmatnya. Namun beliau tidak berputus asa dan terpaksa memberitahu rakyat bahawa dia masih MB, semua perancangan Jublee perak masih berjalan dengan baik. Kini dengan tidak menjadi MB Perak bolehlah merancang dari rumah saja...

Itulah, kata orang, macam beruk dapat bunga, maklumlah parti yang tak pernah dapat menjadi kerajaan campuran di Perak. Macam Kaduk naik junjung, selagi apa yang mereka ada hak Melayu akan mereka gadaikan, kasi tanah kat bangsa asing. Yang hairannya semua diam saja bersetuju, ini lah gara-gara gila kuasa. Rakyat Perak bukan buta, (Bute) bahasa Perak, Mereka menilai dan memerhatikan.

PAS SUKU

Beberapa hari yang lalu mereka gah dan angkuh kerana berjaya memujuk ADUN BN lompat parti masuk PKR, kembang-kembang lubang hidung Anwar. Berjalan berkepak dan mungkin sering berkata, "akulah pemimpin yang bijak yang boleh membuat apa juga rancangan". Hari ini jangankan lubang hidung, batang hidung Anwar pun kita tidak nampak.

Nizar masih tidak percaya bagaikan di ulit mimpi, masakan tidak Camry yang dipakai belum pun sempat rasa selesa, dah nak kena pulangkan pula kepada kerajaan negeri.

Singkatnya waktu menjadi MB rasa tidak puas pula, tidak puas lagi mahu menjadi angkuh dan tidak puas lagi menjadi boneka dan keldai DAP. Melayu memang Melayu tapi tak serupa Melayu kata orang Cina kepada bekas MB Perak ini.

Nizar bertindak kurang ajar dan kurang akal demi menjaga rakan-rakan politik PR terutama DAP dan PKR. Inilah seorang Menteri Besar yang tak sedar diri, tiada jati dan maruah diri sebagai ketua. Memang rasa kesesuaianya hanya menukar tayar kereta ahli jemaah mereka sahaja.

Perlantikan beliau menjadi MB Perak adalah dari perkenan Paduka Seri Sultan Perak. Pada PRU12 lalu PAS memenangi kerusi minoriti dan DAP dan PKR dimana majoritinya DAP. Disebabkan undang-undang tubuh Negeri Perak yang hanya menerima wakil Melayu yang beragama Islam menjadi MB Perak maka PR terpaksa bergabung mewakilkan dari ahli PAS atas perkenan Sultan dan MB Nizar dilantik atas kapasiti itu. Maka satu rahmat dari Allah telah diterima oleh Nizar menjadi pemimpin pemerintah kepada rakyat negeri Perak.

Sebagai pemerintah adalah untuk menjadi ketua kepada rakyat tetapi sebaliknya menjadi ketua badut boneka kepada kelebihan kepartian yang bermajoriti kepada komunis DAP sehinggakan orang dibelakangnya berlagak sebagai pengurus takbir pemerintahan. Apabila rahmat Allah yang diberikan bersifat sementara maka kepercayaan kepada qada dan qadar harus ada pada Nizar yang beragama Islam.

Rasa rendah diri harus ada dan bukannya menjadi talibarut komunis DAP merosakkan institusi pemerintahan yang menjadi naungan kepada Sultan Perak. Pangkat dan darjat yang diberikan atas kehendak Allah, jika ditakdirkan tidak berpihak maka jangan disalahkan orang lain dan juga nikmat Allah SWT yang diberikan.

Sebenarnya Nizar cuma bernasib baik menjadi "MB bidan terjun" kerana tidak ada calon dari PR yang layak. Tidakkah Nizar pernah berterima kasih kepada Paduka Seri Sultan Perak diatas perkenan Duli Sultan Perak melantik Nizar sebagai MB dan mengurniakan pangkat "Dato Seri" kepada Nizar? Maka Sultan Perak pun ada hak untuk memecat memanda baginda jika baginda dapati ianya tidak sesuai?

Kemanakah segala perwatakan Islam yang cuba ditonjolkan oleh puak-puak PAS dengan berdemontrasi di Masjid Ubudiah sehingga mencemari institusi KeIslaman. Dalam kita umat Islam menghadapi krisis di Palestine atas kekejaman Yahudi, puak-puak PAS ini berkelakuan seperti Zionis yang gila kuasa yang bertindak lebih rendah dari perangai binatang.

Kerana jika mereka ini manusia, maka nilai akhlak harus mempunyai nilai keperibadian yang tinggi kerana diberikan akal dan pemikiran yang waras. Dan jika mereka ini seperti binatang, maka nilai keperibadian bertindak liar kerana kekurang akal akhlak yang tidak tinggi dan itulah yang terjadi kepada mereka terutamanya puak-puak PAS dan PKR Melayu yang hanya berketurunan Islam tetapi kosong pengisian Islam jiwa mereka.

Ingatlah asal usul anda wahai Mohd. Nizar. Ingat kata-kata abang sulung anda iaitu Fadhil Jamaluddin. Beliau mengatakan yang adiknya Mohd.Nizar bagaikan kacang lupakan kulit. Fadhil menganggap adiknya, Mohammad Nizar tidak layak menjadi menteri besar bagi kerajaan campuran Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang. Menurut beliau, sebagai seorang abang sulung, beliau amat berharap adiknya itu sedar tentang apa yang berlaku sekarang dan mengajaknya supaya merenung semula sejarah kehidupan silam mereka sekeluarga.

Kata beliau, sebagai seorang Islam, adiknya itu sepatutnya mengenang budi dan jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah membantu menyediakan pendidikan kepada adik beradiknya hingga ke pusat pengajian tinggi di luar negara. Katanya, tanpa bantuan biasiswa kerajaan BN yang memperjuangkan dasar pelajaran bagi membantu kaum Melayu, sudah tentu adiknya itu tidak mampu menjejakkan kaki ke menara gading.

Kami daripada sebuah keluarga miskin dan bapa kami hanyalah seorang penoreh getah, jika tidak ada biasiswa yang disediakan kerajaan BN macam mana kami 14 beradik hendak bersekolah apatah lagi hendak masuk universiti di luar negara. Jika hendak kira pendapatan bapa sebagai penoreh getah yang mempunyai 14 orang anak memang sukar bagi kami untuk bersekolah tetapi alhamdulillah... 11 orang daripada adik beradik kami berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Ingat Nizar. Jika pilihanraya diadakan sekali lagi di Perak semasa kegawatan ekonomi sekarang, berapa juta lagi terpaksa dibelanjakan bagi menguruskan pilihanraya ini. Pekerja semakin ramai dibuang dan kilang juga semakin banyak yang akan ditutup. Alangkah baiknya jika wang itu diguna dan disalurkan untuk membantu pekerja-pekerja yang telah diberhentikan akibat kemelesetan ekonomi sekarang. Jangan fikir periuk nasi sendiri sahaja padahal ramai anak-anak negeri Perak masih lagi menganggur tanpa pekerjaan yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan negeri Perak semasa anda memerintah.

PKR SAKAT

Mana pergi Anwar Ibrahim, semuanya tersekat, Road to PutraJaya tersekat di Tol Semanggol, bila sampai Tol Semanggul dari Ceruk Tok Kun barulah rakyat sedar bahawa mamat ini sebenarnya penipu, memang penipu Mamat ini, dia kalau menipu, mukanya selamba saja. Sama juga bila dia tidak mengaku apa yang dibuatnya. Muka selamba saja. Tuhan maha kaya tidak akan mengizinkan orang macam Anwar menzalimi bangsa kita dan mengadai maruah bangsa.

Apa tidaknya? Semua yang sedang berlaku ini akan memberikan keuntungan yang amat besar kepada Anwar jika Pilihan Raya diadakan kerana ramai diantara kita semua boleh menjadi alpa dan akhirnya tidak akan memberikan tumpuan langsung kepada perbicaraan kes liwat Saiful Bukhari Azlan.

Anwar memulakan rentak tarian "tonggeng dan jilat" dengan membawa masuk Datuk Nasaruddin ADUN Bota dua minggu lepas. Kemudian timbul pula cerita beberapa Yb UMNO di Perak sedang berdepan dengan "tawar menawar" untuk ikut sama "melompat" meninggalkan parti yang paling lama memperjuangkan bangsa melayu ini dan menyertai kumpulan penari bersama Anwar Ibrahim.

Apabila kecoh tentang kehilangan dua Yb Perak bertaraf Exco iaitu Jamaluddin Mohd Radzi ADUN Behrang dan Mohd Osman Jailu ADUN Changkat Jering. Dalam drama ini kita disajikan dengan satu adegan dimana bekas MB Perak mahu buat laporan polis atas kehilangan mereka tetapi kenyataannya menjadi pelik sebab pada hari yang sama Speaker Dewan Undangan Negeri Perak pula menyatakan beliau terima surat perletakan jawatan sebagai ADUN.

Ini membuatkan kedua-dua Yb itu tampil melalui wakil masing masing untuk menyatakan mereka tidak pernah meletak jawatan sebagai ADUN dan mencabar kesahihan surat-surat tersebut. Menurut kedua-dua Yb itu lagi, surat tersebut tidak bertarikh dan mereka telah dipaksa tandatangan sebaik sahaja Pakatan Rakyat mahu memulakan pemerintahan dan pentadbiran negeri Perak setelah menang PRU ke 12 tahun lepas. Rahsia dibelakang telah terbongkar.

Sekiranya SPR memutuskan bahawa kedua-dua surat perletakan jawatan itu sah dan membuat keputusan untuk mengadakan pilihanraya kecil di Behrang dan Changkat Jering, maka sudah pasti ia akan menjadi "siaran ulangan" kepada pilihanraya kecil Permatang Pauh. Inilah "golden opportunity" untuk Anwar mendapat sokongan rakyat supaya melihat perbicaraan kes liwatnya keatas Saiful sebagai agenda BN mahu menjatuhkannya.

Barisan anjing suruhan Anwar yang memikul tugas sebagai peguambelanya nanti akan meminta agar mahkamah menangguhkankan perbicaraan kerana yang dituduh, iaitu Ketua Umum PKR ini ada tanggungjawab besar untuk berkempen di dua daerah yang berlainan dalam kempen pilihanraya kecil DUN Behrang dan Changkat Jering.

Sekiranya perbicaraan tetap dijalankan sekali pun, maka sebarang bukti yang dikemukakan oleh pendakwaraya, atau mana mana saksi yang dibawa datang akan dilihat sebagai "konspirasi" mahu menjatuhkan Anwar dan dikatakan sebagai usaha mahu memburuk-burukan calon-calon yang mewakili parti Anwar ini.

Keadaan ini merbahaya dan boleh "back fired" peluang BN untuk menang kerana rakyat akan bersimpati kepada Anwar dan akan terus mengecam serta membenci Saiful yang sedang menuntut keadilan keatas dirinya. Golongan manusia yang taksub menyokong Anwar akan melaung-laungkan bahawa BN menggunakan modal yang sudah lapuk iaitu "character assassination" keatas Anwar, maka nanti dimata mereka BN tetap buruk dan Anwar adalah hero, kempen ini boleh mendorong pengundi-pengundi atas pagar semakin membenci BN.

Anwar memang licik mencatur politik kotornya! Beliau sudah melihat sendiri formula ini berjaya di Permatang Pauh. Apabila lahir isu liwat Saiful ini sekitar bulan Jun tahun lepas, tak semena-mena Anwar menyatakan bahawa beliau sudah bersedia mahu masuk parlimen menggantikan isterinya Wan Azizah. Nah! Disini rakyat diperdaya untuk melihat kes liwat Saiful ini sebagai konspirasi BN mahu menghalang cita-cita Anwar.

Setelah menang pilihanraya kecil Permatang Pauh, Anwar terpaksa mencipta satu Pembohongan Yang Terbesar dalam sejarah politik tanahair apabila menggembar gemburkan kisah 16 September. Penipuan ini berjaya membawa rakyat tidak langsung memandang kes liwat Saiful!

Kini, muncul bulan Februari dimana kes liwat Saiful dijangka akan dibicarakan. Anwar menjadi ketar lutut, maka beliau tidak ada pilihan melainkan untuk "spin" satu isu besar, dan kekalutan politik negeri Perak ini sudah cukup membuatkan Anwar tersenyum lebar. Jerat sudah mengena! Idea untuk tandatangan surat perletakan jawatan tanpa tarikh adalah hasil dari buah fikiran Anwar sendiri.

Tetapi seandainya, kini SPR tidak menerima surat perletakan jawatan Yb Jamaluddin dan Yb Osman Jailu, dan keputusan kedua-dua wakil rakyat itu meninggalkan PKR diterima pakai, maka Anwar terpaksa "put on hold his celeberation" dan mendepani kes liwat Saiful.

Kadang-kadang kita juga rasa hairan, mengapa manusia macam Anwar ini lahir di Malaysia, kenapa dia tak lahir di Afghanistan atau Ghaza mahupun Iraq, tentu dia dah di bedil oleh tentera Amerika mahu pun oleh Rejim Zionist. Rakyat di paksa berpolitik sepanjang masa kerana beliau sebenarnya tidak ada kerja lain dan mengidamkan kerusi PM. Sedangkan kita bergelut dengan krisi ekonomi, Anwar memaksa kita bergelut dengan politik.

DAP BANGSAT

Pakatan Rakyat kelihatan bersungguh-sungguh untuk menghalalkan cara Pintu Belakang melalui kaedah mengajak ADUN BN lompat parti menyertai mereka. Ini kerana, bagi mereka demi perjuangan Islam tak bertempat, serta tekanan parti DAP yang semakin gila kuasa di Perak dengan membolot segala sumber kekayaan di Perak, tindakan membawa lebih ramai Melayu melalui pintu belakang ini adalah satu kaedah yang paling mudah dan HALAL demi menyelamatkan agama Islam dan Bangsa Melayu.

Namun, mereka lupa bahawa kaedah yang terbaik adalah menyerahkan kembali kuasa tersebut kepada orang Islam juga, yang layak, dan adil dalam mentadbir Negeri Perak, iaitu Barisan Nasional yang boleh menjaga masa depan anak cucu Melayu mereka nanti. Namun, PAS disebabkan prejudis dan takut jika Nizar tidak akan kekal sebagai Menteri Besar, PAS enggan bekerjasama dengan UMNO demi Melayu Islam walaupun terdapat tawaran dari UMNO sebelum ini untuk bergabung dengan PAS.

Dek kerana terlalu taksub dengan Anwar dengan ideologi Pakatan Rakyat, Mahkamah Rakyat dan segala-galanya untuk rakyat, mereka terlupa bahawa DAP tidak sampai setahun telah membolot segala harta benda rakyat. Pendedahan bakal berlaku apabila BN mula memasuki pejabat SUK dan membuka kembali semua kerosakan yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan DAP tetapi bertopengkan PAS di Perak.

Sebelum ini DAP telah menwujudkan 120 cawangan baru di pelosok Negeri Perak bagi menarik minat bangsa Melayu menjadi ahli baru DAP demi untuk memecahkan Melayu kepada 4 dengan bertujuan dan berharapan sebagai persediaan untuk PRU-13 dimana jika DAP memperolehi majoriti maka Melayu PAS tidak diperlukan lagi kerana DAP mempunyai wakil Melayunya sendiri menjadi MB Perak. Jika terjadi maka pemerintahan Negeri Perak akan jatuh kepada komunis DAP secara total.

Inilah perancangan mereka untuk PRU13 akan datang dan sebab itulah mereka sedaya mungkin memberi sokongan kepada Nizar PAS supaya menderhaka kepada institusi Raja Melayu Perak bagi mengekalkan kuasa DAP di Perak.

Kemungkinan ramai Melayu tidak peka kepada situasi senario politik rahsia DAP yang berselindung disebalik topeng PAS. Sebenarnya Melayu terutamanya di Perak telah ditipu oleh PR dimana DAP dan PKR menggunakan PAS sebagai objek yang boleh ditendang bila-bila masa.

Dulu, mereka mengaitkan Raja dengan perjuangan mereka, namun bila Raja bertitah untuk mereka buat perkara yang wajar, kini mereka mula derhaka dan memaki hamun Raja hanya kerana Raja membuat perkara yang betul untuk Rakyat.

Nizar dengan relanya memohon untuk menderhaka kepada Sultan Perak demi menjaga kepentingan DAP yang hanya berada dibelakang untuk tunggu dan lihat apa Melayu "BODOH" ini dapat menyakinkan Sultan. Kenapa DAP, Kapal Singh, Ngok Ngeh, siKomeng tidak berani berhadapan membantah secara terang-terang, kenapa menggunakan Melayu sebagai badut mereka. DAP hanya mencari ruang untuk menyerapkan ideologi komunis mereka dengan meletakkan boneka Melayu sebagai benteng bagi meraih keuntungan politik mereka.

Diperingkat bawahan, lihatlah di kebanyakan demontrasi, ada muka Cina dibarisan hadapan, ada India? Jika dinamakan Pakatan Rakyat sepatutnya akan kelihatan semua bangsa Melayu, Cina dan India yang menyokong pakatan Rakyat akan berada dibarisan hadapan. Adakah ramai Melayu tidak melihat? BUTA ke apa?

Kini Melayu PAS dipergunakan oleh komunis DAP untuk memberontak untuk tujuan perut komunis DAP ini. Maka berduyun-duyunlah kaldai-kaldai ke kediaman MB untuk mendengar amanat songsang pemimpin PAS dengan laungan takBIR.. Majoritinya Melayu yang berada diperkarangan dewan kecil di kediaman MB.. Bangsa Cina, India Perak yang hadir cuma bertujuan ingin tahu sahaja. Mereka tahu untuk apa melalak kesana sini kerana ada orang Melayu Bodoh dalam PAS dan PKR akan buat kerja untuk mereka.

Insiden penyokong Melayu PAS, PKR bodoh ini berlarutan sehingga ke Majlis mengangkat sumpah di Istana Iskandariah Bukit Chandan Kuala Kangsar selepas solat Jumaat. Mereka bertindak seperti anjing DAP menghalang kereta Raja Muda Perak dan membuat provokasi sehingga pihak FRU terpaksa menggunakan kebijaksanaan menyurai pemberontak PAS yang semacam anjing liar berkeliaran.

Mana Nizar, Ngok Ngeh, Anwar dan lain-lain pemimpin atasan pihak pemberontak ini? Mereka bersenang-lenang dengan hanya mengarahkan anjing-anjing mereka menjalankan segala kerja bangsat mereka kononnya mewakili rakyat Perak.

Karpal Singh mewakili DAP hanya bertindak secara pondan di lorong mati berada ditempat lain membuat kenyataan media berhasrat menyaman Tuanku Sultan Perak dan Kerajaan BN kerana bercanggah dengan unndang-undang sedangkan sebelum ini Karpal telah menyatakan hanya membuang masa sahaja jika perkara ini dibawa ke mahkamah.

Majlis Peguam juga menyatakan ianya kerja sia-sia. Jadi apakah semua ini untuk menunjukkan Tuanku Sultan Perak tidak mahir dalam perundangan negara. Sultan Perak adalah bekas Peguam Negara sudah semestinya arif dengan perundangan negeri dan negara tidak mungkin Tuanku tidak berpandukan undang-undang.

SUKU, SAKAT, BANGSAT

SIDANG MEDIA 16 SEPTEMBER 2008 YANG MENEGASKAN MEREKA SUDAH BERSEDIA MENGAMBIL ALIH KERAJAAN PUSAT TANPA PERLU DIBUBARKAN PARLIMEN, DIDENGAR SUARA RAKYAT, DIHORMATI HAK AHLI PARLIMEN YANG INGIN MELOMPAT PARTI,BLAH! BLAH! BLAH!)

Berikut ini ingin mengajak para pembaca supaya melihat beberapa fakta bagi membuktikan bahawa baik PKR,PAS dan DAP kesemuanya hilang prinsip perjuangan yang didakwanya serta membongkar isi hati masing-masing dalam berpolitik di tanahair kita ini. Yang mereka fikirkan bukan rakyat, tetapi bagaimana menjatuhkan BN dan berkuasa. Tak percaya? Jom kita tengok dibawah ini.

1. LOMPAT PARTI TIADA SALAHNYA SEBELUM 16SEPT

dalam blog tranungkite-

- untuk memberi masa kepada lebih ramai lagi ahli Parlimen (yang membentuk Kerajaan Pusat) menyertai Pakatan Rakyat kerana urusan melompat parti sememangnya memerlukan usaha-usaha tertentu dan rundingan secara rahsia. Apabila ahli Parlimen melompat lebih daripada 30, maka sudah tentulah kerajaan yang baru dibentuk mendapat sokongan padu. Lebih padu apabila Pakatan Rakyat mendapat majoriti 2/3 dan mudah meminda akta-akta tertentu!-

- agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan.- fUZIAH SALLEH-MP PKR Kuantan

SELEPAS 16 SEPT:

Tindakan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi yang meninggalkan KeADILan baru-baru ini dianggap sebagai satu pengkhianatan terhadap pengundi di dua kawasan dun berkenaan.

Salahuddin semasa ditemu bual di Kediaman Menteri Besar oleh wartawan Intan Abdullah berkata, selepas ini Pakatan Rakyat akan mengambil tindakan undang-undang bagi mengesahkan status tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bebas di Mahkamah.

MAKA:

Apabila yang melompat parti memberi keuntungan politik kepada mereka, maka ianya ok dan tidak sebaliknya. PAS akan berkata baik, PKR akan berkata Good, DAP akan berkata Horey!!

2. SEBELUM 16 SEPT - PEMBUBARAN DUN/PARLIMEN SALAH TETAPI.

Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa.(sidang media 16 sept mereka)

Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.- Anwar

SELEPAS 16 SEPT:

Sementara itu, Nizar yang ditemui di kediaman rasminya berkata, kesemua exco Pakatan Rakyat bertekad tidak akan mengosongkan pejabat masing-masing di SUK, biarpun diminta berbuat demikian.
Ketika ini, kediaman rasmi MB dipenuhi kira-kira 500 penyokong Pakatan Rakyat dengan sepanduk yang berbunyi 'Bubarkan Dun, Kembalikan Suara Rakyat' serta laungan takbir.

MAKA:

Ini bukti lagi bahawa pembubaran dun/parlimen hanya terpakai bila mereka kehilangan kuasa tetapi apabila merasa kuat, pembubaran tidak boleh diadakan... ketika mahu berhasrat untuk ambil alih kerajaan pusat, Anwar kata setelah diperkenan Ke Bawah Duli Yang Di Pertuan Agong, tapi dalam isu Perak, perkenan Ke Bawah Duli Tuanku tidak TERPAKAI !

Dibawah ini pula kita lihat bagaimana tidak konsistennya Mantan MB Perak Datuk Seri IR Nizar dalam suratnya kepada Ke Bawah Duli Sultan Perak:-

1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demokrasi dan Raja Berperlembagaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Maka kita dapati kenyataan beliau berbelit-belit kerana dalam beliau mengatakan sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh persidangan DUN tetapi selepas itu minta dibubarkan pula, bagaimana ADUN-ADUN hendak menyatakan sokongan atau tidak apabila DUN dibubarkan? Ini jelas menunjukkan bahawa mereka ingin bermain dengan masa dalam isu ini.

Satu lagi persoalan yang ditimbulkan ialah mereka berdegil mengatakan kedua-dua Adun itu telah meletakkan jawatan walaupun dinafikan oleh tuan punya diri. Lihat kenyataan dibawah ini.

"Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahawa Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. "

Maka disini, tuan punya diri tiada hak untuk berpendapat dan bersuara, yang berhak adalah Yang DiPertua Dewan, maka dimana perjuangan keadilan serta hak asasi manusia yang sering mereka laungkan? Ingat! yang menafikan perletakkan jawatan kedua-duanya bukan pihak ketiga yang perlu pembelaan dari segi undang-undang tetapi TUAN PUNYA DIRI SENDIRI jadi itu hak mereka untuk mengatakan surat perletakan jawatan itu adalah bukan hasrat mereka yang sebenar!

Episod untuk mengambilalih kerajaan Pusat 16 September lalu telahpun berlalu dengan tiada satu pun kenyataan dari Anwar berlaku. Kalau sebelum dan selepas 16 September 2008 isu lompat parti untuk menubuhkan kerajaan PR dilihat sebagai demokratik dan beretika tetapi mulai hari ini, terdengarlah suara bahawa kerajaan BN tidak beretika seperti yang ditulis Anwar dalam blognya. Etika atau tidak menurut Anwar adalah dirinya. Jika dia yang melakukan sesuatu, semuanya beretika dan demokratik! Jika orang lain, maka ianya tidak beretika.

Jika BN mendapat manfaat politik dari lompat parti maka Anwar akan kata marilah kita kembalikan suara rakyat dan demokrasi tetapi ketika projek 16 September 2008 dulu, suara rakyat tidak penting dan yang penting ahli Parlimen yang melompat itu. Inilah yang harus difikirkan rakyat sekarang dan buatlah penilaian sendiri.

Dalam isu liwat Anwar-Saiful, beliau berkeras untuk tidak bersumpah mubahalah atau lebih jelas lagi bersumpah dengan nama Allah. Dengan menggunakan nama Allah bagi orang-orang Islam ianya adalah sesuatu yang berat dan berani jika benar tanpa kita memperberatkan apakah kaedah sumpahnya, apakah sebutannya dan apakah hal-hal lain yang perlu difikirkan dahulu. Ini adalah kerana dengan nama Allah SWT kita akan merasa yakin dan orang yang mendengar juga akan merasa yakin akan sumpah yang dibuat tetapi Anwar memilih untuk tidak bersumpah!

Tetapi, untuk kepentingan politik, Anwar lebih yakin dan percaya akan Akuan Bersumpah yang dibuat bagi menuduh kerajaan BN bermain wang untuk ahli-ahli politik melompat parti. Tidak pula kedengaran beliau mempersoalkan akuan bersumpah itu, tidak pula kita dengar beliau merujuk ulama-ulama seperti Sheikh Jabir atau Sheikh Yusuf Qardawi seperti dalam isu liwatnya. Maka sekali lagi, segalanya benar jika Anwar kata benda itu benar dan salah jika Anwar kata ianya salah?

Sumpah dengan nama Allah SWT tidak beliau lakukan namun akuan bersumpah lebih beliau yakini demi kepentingan politiknya. Namun, politik "haiwani" sentiasa menghalalkan cara. Politik "haiwani" akan sama-sama digelutkan dan akan juga menghasilkan politik "haiwani" dalam bentuk "haiwani" yang baru.

PAS melalui Naibnya Datuk Husam Musa pula bersuara menyetujui akta membendung lompat parti bila dilihat gengnya juga dah pandai melompat. Bagi Husam, melompat parti adalah "suci" jika wakil rakyat BN lompat ke PR tetapi tidak sebaliknya. Jika wakil rakyat PR lompat ke BN maka akta itu relevan atau dibubarkan parlimen. Kita tidak dengar pula ucapan seumpama ini ketika projek khayalan 16 September lalu.!

Ezam Nor mendedahkan bahawa setiap kali kes liwat Anwar hendak dibicarakan maka Anwar akan buat sesuatu untuk mengalihkan perhatian umum kepada isu lompat parti.Memang ada kebenarannya kerana dari hari Saiful Bukhari membuat aduan dia diliwat, Anwar gelabah dan lari ke Kedutaan Turki dengan mengatakan ia menghadapi ancaman bunuh! Selepas itu dia secara bebas berceramah sana sini tanpa memikirkan lagi ancaman bunuh itu.

Rakyat yang menyokong BN sudah muak dengan Ideologi rakyat yang dibawa oleh Anwar, kerana mereka juga rakyat, tetapi tidak pernah setuju dengan gerakan gila Pintu Belakang yang dihalalkan oleh Pakatan Rakyat. Bagi mencapai matlamat yang dicita-citakan, semuanya HALAL bagi pembangkang, sehinggakan PAS terikut-ikut bagaikan lembu dicucuk hudungnya.

Namun, apabila Barisan Nasional mula menggunakan kaedah yang sama, mengajak ADUN Pembangkang yang kini BEBAS menyokong ideologi dan perjuangan Barisan Nasional yang Selamanya Untuk Rakyat Malaysia, ini dikatakan tidak menghormati mahkamah rakyat. Dan ianya HARAM Bagi Barisan Nasional seolah-olah langsung tiada rakyat yang menyokong Barisan Nasional.

Ingat saudaraku yang membangkang, jika bilamana kamu membuat perkara yang sama, mengapa kamu tidak mengatakan bahawa kamu itu juga tidak menghormati mahkamah rakyat. Adakah kamu ini bodoh atau diperbodohkan oleh ketua pemberontak komunis kamu?

Kesimpulannya,

Kepada penyokong kuat dan fanatik Anwar, PAS dan Melayu DAP yang membaca tulisan ini, pesan kami, keluarlah dari kepompong Jumud anda sebelum anda berputih mata dan menelan air liur sahaja. UMNO masih relevan dan masih pemerintah di Malaysia. Pemimpin BN mempunyai kepimpinan dari pemimpin pembangkang. Mereka tahu apa yang mereka lakukan untuk kesejahteraan rakyat yang telah menikmati kemudahan insfrastruktur selama 51 tahun tidak merempat seperti dinegara lain.

Sekali lagi kepada jumud-jumud pembangkang, jika sayang kan tanah air, kembalilah kepada BN kerana BN didalamnya ada Islam-Melayu saja yang dapat menjamin masa depan agama Islam, anak bangsa dan keamanan dan kestabilan negara.

Kepada keengganan Nizar hendak melepaskan jawatan MB dan ingkar dengan perintah Paduka Seri Sultan Perak. Mengapa Nizar mahu menderhaka? Adakah Nizar sudah "besar kepala" sama seperti Karpal Singh yang mempertikaikan keputusan Sultan Perak tidak lama dahulu.

Adakah Nizar lupa disaat itu Anwarlah yang membela Karpal Singh. Dan kini sekali lagi Bai kepala besar ini hendak menyaman Sultan Perak dan sudah tentu Anwar akan berada dibelakangnya sekali lagi. Butakah anda wahai Nizar, pekak atau bodo piaq? Jangan jadi Melayu Bangsat dan talibarut komunis DAP serta kuncu-kuncunya.

Suara Politik
Taminsari

6 ulasan:

PasMuda berkata...

Salam,

Artikel yg bagus...

Pejuang orang melayu berkata...

Salam perjuangan dari Hamba Orang_Melayu (OM)... catatan yg amat menarik berfakta.. tetapi golongan mereka inilah golongan yg bijak pandai tetapi tidak menggunakan akal untuk berfikir..

dan juga golongan ini hanya mementingkan kuasa.. untuk kesengan peribadi... suka mempolitik kan agama.. memang dalam agama ada politik tetapi agama bukan untuk di poltikkan..

sedarlah wahai sahabat semua.. bangun dari mimpi yg panjang..

Takbir.. Allah hu Akhbar..

malimperwira.blogpsot.com

Tai berkata...

Tahniah encik, suatu artikal yang bagus. DAP ni semua orang kena tau, dia ni parti Lee Kuan Yew. itu kena ingat baik-baik. Saya nasihatkan, jangan bagi dia bangkit. Memang amat-amat bahaya dia ni.

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

hairan kenapa orang malaysia tidak kisah dengan kencing pakatan

PAPA GOMO berkata...

TERIMA KASIH TAMINGSARI...

EMMM UPTOWN DANAU KOTA TU SUSAH NAK TUTUP...

DAH MASUK DALAM PETA PELANCONGAN KUALA LUMPUR.

DAN UPTOWN DANAU KOTA 99% SEMUANYA PENIAGA MELAYU.

ISU PENUTUPAN UPTOWN DANAU KOTA NI DAH LAMA TIMBUL..DARI MULA BEROPERASI PADA 17/02/06 SEHINGGA SEKARANG.

Tai berkata...

Wey Gomo, depa turunkan saman dak hari ni?