PAS Kedah dilihat cukup pandai dan bijak mengeksploitasikan isu Arumugam, ADUN Bukit Selambau bagi kepentingan politik parti itu kononnya peletakan jawatan sebagai ADUN kawasan tersebut kerana tidak tahan dengan tekanan daripada Barisan Nasional Kedah termasuklah konon-kononnya kerana BN menawarkan 5 juta supaya lompat parti. PAS putar belitkan segala fakta.
PAS menggunakan isu tersebut untuk menutup segala kerja aib yang didakwa dilakukan oleh ADUN ini dan dalam mengalihkan isu tersebut, PAS sekali lagi mempopularkan amalan kononnya ADUN ini tidak tahan dengan ugutan hingga boleh mengancam nyawa, kononnya BN Kedah terlibat.
Hakikat sebenar yang menjadi punca kepada kemelut ADUN ini, PAS tidak dedahkan dan cuba mengambinghitamkan UMNO, kejahatan serta kebejatan moral ADUN dari pakatan pembangkang, PAS melindungkan.
Menurut sumber yang mendakwa bahawa segala yang berlaku ke atas Arumugam kerana beliau terlibat dengan salah laku moral termasuklah mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang dan juga mempunyai seorang perempuan simpanan yang bukan sebangsa dan seagama dengan beliau hingga dikatakan mempunyai anak luar nikah.
Malah kelakuan Arumugam juga dikatakan telah mendatangkan kemurkaan Ke bawah Duli Tuanku Sultan Kedah hingga membuatkan ADUN ini tidak betah lagi bergelar sebagai wakil rakyat ataupun exco. Dan ada yang mendakwa Arumugam turut membawa perempuan simpanan tersebut dalam majlis yang melibatkan Tuanku Sultan Kedah dan ini dilihat sebagai satu penghinaan kepada institusi diraja itu.Moralnya, Tunku tidak mahu pemimpin yang rendah moral dipilih sebagai ADUN ataupun exco seperti Arumugam ini.
Namun PAS hari ini sedang berbohong di Kedah, patah-patah perkataan yang keluar untuk mempertahankan Arumugam daripada mulut Menteri Besar Kedah penuh dengan pemalsuan fakta. Azizan Razak sedang berbohong, pimpinan PAS seluruh peringkat juga sedang berbohong dan pembohongan PAS dalam isu Arumugam ini akan terus berlarutan sehingga PRK Bukit Selambau.
Banyak yang dipersoalkan di sebalik matlamat menghalalkan cara PAS ini. PAS tidak mendedahkan ataupun tidak langsung cuba mengaitkan ataupun mendedahkan isi kandungan memorandum yang dihantar kepada istana tentang salah laku moral Arumugam hingga terpaksa beliau melepaskan jawatan sebagai Exco.
Sampai bila PAS mahu menipu di sebalik isu Arumugam ini hingga menuding jari kepada UMNO sebagai dalang di sebalik apa yang berlaku terhadap Arumugam. Sebagai sebuah parti yang kononnya berteraskan Islam, PAS harus jujur untuk mengakui bahawa rakan mereka daripada pembangkang itu terpaksa melepaskan jawatan Exco kerana skandal dan tidak ada kena mengena dengan UMNO.
Cukuplah PAS di Perak menjadi boneka kepada DAP, kita tidak mahu PAS Kedah pula menjadi munafik dalam mempertahankan Arumugam-PKR yang sebenar terlibat dalam skandal moral. Berhentilah menipu Azizan! Jangan lindungi perkara yang buruk. Jangan salahkan orang lain kecualilah Azizan juga turut berkelakuan buruk kerana ada bidalan berkata hanya orang yang buruk sahaja akan melindungi keburukan orang lain.
Azizan kena fikirkan maruah serta jati dirinya. Azizan kena jujur dan jangan sesekali menggunakan lidah seperti Anwar Ibrahim yang sanggup berbohong hanya kerana mahu menjaga kepentingan politik serta cita-cita peribadinya walaupun terpaksa memecahbelahkan Melayu dan Islam.
Suara Politik
Taminsari
12 ulasan:
Belantan,
Nampaknya politik tetap politik, tak terkecuali ustaz PAS.
Salam..
Betul tu Cheguman..apabila ugama dipolitikkan..inilah jadinya..!
kalau ada bukti elok bentangkan pada umum tak payah nak tuduh tuduh...
ingatlah kita semua akan mati dan kehidupan selepas mati adalah lebih panjang dari hidup di dunia....lain lah kalau anda tak beriman dgn hal sebegitu...tak dpt nak menolong lagi dahh
Siapalah agaknya perempuan simpanan bukan sebangsa dan seagama tu ye?
Bila datang kepada kamu seorang fasik membawa berita cek dulu.
Salam,
Semua itu politik tuan. Siapa nak buka pekung di dada sendiri.
kena tutup, walaupun menutp kesalahan itu dah seperti menutup bangkai gajah.
Salam Taminsari...
Memang buruk pun... Jack tenguk muka dia pun dah buruk... Apa tah lagi dengan perangai dia...
Kadang-kadang kita boleh menilai hati budi seseorang itu melalui air mukanya...
P/S: Jack baru dikejutkan dari lamunan mimpi... lama tak jenguk laman blog kawan2.... hahahahhaks tertepu sekejap...
Salam Perjuangan
CJ
macam mana nak laksanakan hukum hudud... yang nak jadi saksi pun dari golongan fasik... pemimpin dari golongan yang katanya berjuang islam pun fasik..
ini lah akibatnya islam dipolitikkan... menghalalkan yang HARAM untuk golonganya dan mengHARAMkan yang halal untuk orang lain.
tak kira lagi kes dalam kampung. anak orang UMNO bawa ja pompuan tak kira adik ka sepupu ka, kita nak terjah saja. anak orang pas siap bawa perut dah pun tipu orang orang lagi. bapak yang kehulu kehilir dengar ceramah PAS, anak orang bawa kehulu kehilir sampai terbabas.......
apa cerita ni.... munafik betoi la....
Encik, itulah islam ciptaan Pas.
Encik, macammana nak letak gambar menjunjung kasih kepada tuanku? Boleh mintak bantuan? Terima kasih.
Saya pernah mengatakan bahawa saya mendapat lesen melebel Anwar berbohong apabila 916 gagal. Itu lesen saya sendiri yg Anwar berikan. Murid-murid Anwar pasti pakar berbohong atas didikannya. Matlamat TETAP mengharamkan cara. Kalau matlamat dihalalkan para Ustaz..itu tak kena cara. Politik PR pro kepada memutar belitkan fakta. Kita perlu tegakkan "YANG BENAR TETAP BENAR. YANG SALAH PASTI DISALAHKAN". Dalam hal ini kita perlu teguh memperkata YANG BENAR. Takkan Arumugam dengan semudah itu letak jawatan tetapi KENAPA ORANG PR KATA ITU TINDAKAN BERMARUAH DAN BERPENDIRIAN. Jawabnya kerana mereka seguru..Guru mereka An War...etah kalao mere pro War..!!?
Salam buat semua blogger yang singgah diteratak ini. Terima kasih diatas ulasan yang diberikan.
Jika dilihat dari senario politik PR sekarang, nampaknya PAS sudah berubah demi kesejahteraan DAP & PKR. Bagi saya didalam kamus politik PAS, UMNO musuh PAS manakala DAP sahabat PAS. Darah orang UMNO halal bagi orang PAS.
Itulah kenyataan yang pernah dibuat oleh Haji Hadi. Tak kiralah walaupun UMNO telah meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, namun mungkin bagi PAS, DAP yang (menyatakan bahawa negara ini adalah sekular dan menolak hudud) tak halal darahnya. Tapi apa boleh buat, kenyataan seorang ulaRmak, sebagai pengikut kena akur.
Sebagai orang yang mahukan kuasa, PAS kena tunduk menyembah menjilat air kaki untuk mengharapkan undi dengan tuntutan DAP dan PKR.
Lihat apa sudah jadi di Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Tolak Pulau Pinang (sebab Ketua Menteri DAP), Menteri Besar di Selangor dan Perak tunduk kepada DAP. Di Selangor, Tan Sri Khalid tidak mempunyai kuasai mutlak begitu juga bekas Menteri Besar Perak, Haji Nizar (PAS) sanggup untuk gadaikan tanah tercinta kepada golongan yang berasal daripada penyokong komunis yang telah membunuh para pejuang Islam dan pembela tanah air, hanya atas dasar nak jaga hati pemimpin dalam pakatan dan mahu menarik sokongan.
Dan diKedah pula dilihat MB Azizan cuba untuk menegakkan benang yang basah dengan memberi pelbagai alasan untuk menidakkan apa yang terjadi pada wakil rakyat Bukit Selambar. Masih cuba menyembunyikan sesuatu kepada rakyat Kedah?
Sedarlah bahawa sokongan yang cuba diraih oleh PAS hanya akan memberikan kelabaan kepada DAP. Kes tanah di Perak dan penubuhan Jawatankuasa Kilang Haram di Selangor semuanya adalah ke arah perjuangan DAP. Isu bahasa dan pendidikan juga untuk DAP. Konsep samarata yang dilaungkan melalui perjuangan Malaysian Malaysia juga untuk DAP. Jangan lupa sejarah.
Jiran di selatan kita adalah contoh terbaik dalam memperjuangkan hasrat Chin Peng yang ingin menguasai dan memiliki tanah tercinta ini.
DAP juga menconteng arang kepada PAS apabila secara terbuka menyatakan bahawa mereka menghantar wakil mereka Tan Seng Giaw dan membantu PRK Kuala Terengganu apabila Husam Musa menarik balik kenyataan beliau mengenai hukum hudud dan menukar kenyataan mengenai perlaksanaan hukum tersebut. Tapi nak buat macam mana? Biar dimalukan oleh DAP asalkan bukan UMNO yang memalukan mereka.
PAS pernah mengkafirkan orang Islam lain sewenang-wenangnya berdasarkan fahaman sempit mereka. Punca PAS mengkafirkan orang-orang UMNO ialah kerana UMNO bekerjasama dengan bukan Islam dan juga kerana tidak melaksanakan hukum hudud seperti mana ucapan amanat Hadi di Banggul Peradung.
Akibat amanat Hadi, maka timbulnya pelbagai kepincangan dalam masyarakat seperti sembahyang dua imam, haram sembahyang di masjid UMNO, haram makan sembelihan orang UMNO, tidak sah dinikahkan oleh imam UMNO, anak mengkafirkan ibu bapa, ibu bapa mengkafirkan anak, bercerai suami isteri kerana berlainan parti dan banyak lagi peristiwa sedih dan benar terjadi kepada orang Melayu Islam di Malaysia.
PAS menghalalkan perbuatan buruk seperti mengeji, menghina, memberi gelaran buruk, memaki hamun, memfitnah dan banyak lagi. Hukum mencaci, memaki, memberi gelaran buruk tidak dikatakan sebagai wajib ditinggalkan walaupun ia jelas dilarang dalam Al-Quran. Hukum hudud dan aurat dikatakan wajib dilaksanakan kerana jelas disuruh dalam Al-Quran.
Jika perkara hukum tinggalkan perbuatan mencaci, mencela dan sebagainya tidak dapat dibuat, macam mana hendak menjalankan syariat Islam lain yang lebih besar sedangkan syariat yang kecil pun tidak mampu dilaksanakan dengan sempurna.
Jika hudud dilaksanakan, maka pencuri bersertakan bukti sudah PASti dipotong tangannya. Persoalannya, jika termakbul hukum Hudud dilaksanakan oleh PAS, adakah lidah, tangan dll anggota ketua-ketua PAS akan dipotong kerana telah tertera segala bukti perkara-perkara seperti diatas? Adakah Nik Aziz, Hadi serta kuncu-kuncunya sanggup menerima hukuman ini? Jika PAS masih ingin mempertikaikannya maka terbukti bahawa mereka cuma berlakon selama-lamanya sehingga ke liang lahat.
PAS hanya memperalatkan Islam untuk mendapati simpati dan kuasa daripada orang Melayu. Perjuangan PAS bukannya seratus peratus hendak menegakkan Islam. Buktinya kebanyakan yang mengetahui mereka yang menyertai PAS ini bukannya kerana sebab Islam itu sendiri, tetapi lebih kepada rasa tidak puas hati dan nafsu amarah kerana tidak mendapat sesuatu seperti kebendaan, dendam peribadi dan pelbagai lagi sebab yang semuanya tidak berkait dengan faktor agama Islam semata-mata. Jika kita lihat kepada pemimpin PAS dan penyokongnya, kebanyakan mereka mengejar kebendaan seperti juga orang UMNO tetapi bezanya jika orang itu pengikut PAS, dia tidak akan dilabel mengejar kebendaan walaupun banyak harta dunia tetapi jika orang UMNO, mereka menuduh hanya mahukan kebendaan tidak kepada agama Islam.
Tak sedar-sedarkah lagi orang-orang PAS, rakan sekutu mereka, DAP secara terang-terang menolak hukum hudud, malah boleh pula pemimpin-pemimpin PAS berkata, mereka sanggup tunggu 30 tahun lagi untuk menjalankan hukum hudud. Ini bermakna akan menjadi 80 tahun, lebih dan selamanya PAS akan berdolak-dalih umpama badut membuat persembahan untuk menghiburkan dunia politik sahaja terutamanya umat Islam.
Nampak sangat mereka yang mempolitikkan isu hukum hudud ini. Kalau PAS katakan Lim Guan Eng tu sebagai "khalifah" yang KONONnya memahami Islam, untuk apa secara terang-terangan dia menolak hukum hudud. Bukan saja LGE, malah Karpal Singh tu juga tak suka langsung dengan hudud. Nah, terbukti sudah hudud itu tidak lebih daripada politik PAS yang tak bijak dan tak matang langsung. (Sebenarnya nak kata orang yang sokong membabi-buta PAS itu tidak lebih daripada BODOH saja!)
Tak nampak pun pelaksanaan hukum hudud di Kelantan walaupun sudah hampir 30 tahun memerintah. Yang PAS tau, kutip balak, sebab tebang balak boleh dapat duit dengan cepat. RamPAS SAR, ramPAS Masjid dan Surau, ramPAS dewan orang ramai untuk dijadikan markas dan bermacam-macam lagi kalau hendak disenaraikan bagi melemahkan umat Islam.
Mereka mendakwahkan Islam pada yang beragama Islam, menerima pakatan DAP sebagai rakan kongsi dan dalam masa yang sama menjadi minoriti dalam Pakatan Pembangkang. Ini bukan palsu. Ini benar dan inilah hakikat yang ada.
PAS turut dan menuruti seperti mana dalam surat-surat kerajaan yang diakhiri dengan ayat "SAYA YANG MENURUT PERINTAH". Begitulah nasib PAS dalam Pakatan Rakyat tetapi mahu tidak mahu tersepit untuk terus mengikuti PKR dan DAP. PAS sedar tetapi cuba berselindung dengan nada "everything is alright" dan ini meliputi agama Islam yang merupakan kunci perniagaan hari ini.
Angan-angan PAS tidak senada dengan Pakatan Rakyat. PAS yang juga di kenali dengan parti jubah ini cuba berubah tetapi adakah mereka dapat merubah kedudukan sedangkan mereka sendiri melukut di tepian gantang. PAS hari tersepit antara legasi kemenangan PR dengan kedudukan mereka dalam percaturan politik Anwar.
Ini hakikat dan hakikat ini perlu disedari oleh PAS. Dalam Pakatan Rakyat, PAS adalah parti ortodoks yang perlu ada untuk menjadi kayu penyokong dan kemudiannya setelah dapat berdiri kayu itu dibiarkan reput.
Terlampau banyak insiden semada dalam PAS yang jelas menunjukkan mereka dan PKR dan DAP adalah hanya pemanas kerusi yang tidak mempunyai suara vokal dalam memperjuangkan idealisme perjuangan mereka. PAS harus memikirkan semula demi perjuangan Islam yang ramai ragu dan melabel sebagai ajaran sesat yang berselindung disebalik parti politik.
Nasib PAS juga seakan-akan ditentukan oleh Anwar Ibrahim. Anwar adalah dominasi kuasa dan hari ini semua yang lain hanya dianggap pemanas kerusi yang tidak akan menguntungkan PAS. Bukankah PAS tersasar jauh dengan kolaborasi dengan DAP?
Perkembangan parti PAS dari dulu hingga sekarang jelas PAS hanyalah parti yang banyak bercakap dan berteori (berceramah), tetapi tidak banyak bertindak (pratikal). Mereka sebagi peranan pemerhati yang hanya pandai mengkritik itu salah, ini tidak betul tetapi tidak pernah membentangkan dengan telus dan nyata apakah yang sebenarnya patut dibuat atau cara yang terbaik untuk dilakukan.
Akhirnya apabila mereka kehabisan modal mereka berhenti mengkritik dan mengajak selruh ahlinya mengadakan sembahyang hajat dan berdoa untuk menjatuhkan kerajaan khasnya UMNO. Hal ini seolah-olah umat Islam ahli UMNO tidak berupaya menghadap Yang Maha Esa memohon keselamatan dan memohon dikekalkan amanah sebagai pemerintah.
Sebagai hamba Allah yang Islam selagi berikrar bahawa Allah sahaja yang patut disembah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah, umat Islam dituntut supaya menunaikan hak-hak Allah. Hak itu ialah menunaikan fardu ain dan fardu kifayah. Di sebuah negeri di mana PAS diberi peluang memerintah telah jelas mereka telah mengabaikan tuntutan hak Allah di bidang fardu kifayah.
Tetapi PAS masih tidak sedar dalam hal ini kerana selain beribadat secara individu mereka beranggapan perkara lain seperti bidang sains dan teknologi, berusaha bagi mencapai kegemilangan hidup di dunia sebagai sekular dan bukan Islam. Sedangkan hakikatnya bidang fardu kifayahlah boleh mengundang pahala dan ganjaran yang paling besar daripada Allah kalau dilaksanakan.
Sewajarnya PAS mengajak dahulu ahli-ahlinya bersembahyang hajat dan berdoa supaya parti DAP dapat menerima Islam sebagai hukum bernegara. Sebabnya terang-terang pemimpin DAP telah berkata : "Langkah mayat aku dahulu sebelum Islam dijadikan hukum bernegara." Inilah yang dikatakan huru-hara akan berlaku. Masanya cepat atau lambat, sekarang ataupun akan datang.
Walahuallam..
Salam perjuangan
Haha, itu biasalah Taminsari, yang haram pun, boleh mereka halalkan. Itulah islam ala Pas.
Catat Ulasan