Ahad, Februari 08, 2009

Mohd.Nizar : " Menteri Besar " Tanpa Restu!

Mohammad Nizar Jamaluddin yang masih menganggap beliau adalah Menteri Besar yang sah semalam ‘mempengerusikan mesyuarat khas Exco’ dan ‘meluluskan’ empat perkara berkaitan pentadbiran negeri. Antara perkara yang diluluskan:-

- Tempoh pajakan tanah perindustrian yang sebelum ini antara 30 hingga 60 tahun dilanjutkan sehingga 99 tahun.

- Tempoh perkhidmatan 342 ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan daerah yang tamat pada 31 Disember lalu disambung secara automatik.

- Peruntukan RM2.7 juta bagi aktifkan semula Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah sebagai lapangan terbang penerbangan tambang murah (LCCT).

- Peruntukan dana khas sebanyak RM1 juta untuk waris-waris individu warga emas semua kaum berusia 65 tahun ke atas yang meninggal dunia.

Masih " valid " kah lagi mesyuarat Exco ini? Tidakkah ianya " haram " bagi seorang Menteri Besar " tanpa restu " mempengerusikan mesyuarat seperti ini?

Kalau kita semua masih ingat sebelum ini agenda PR adalah hendak menghapuskan DEB dan hak-hak istimewa serta ketuanan Melayu. DAP berasa bangga kerana PKR dan PAS membantu mereka. Ini adalah kerana tanpa sokongan Melayu itu sendiri, DAP tidak akan berjaya untuk " merobek " pemerintahan BN yang ditunjangi oleh UMNO.

Dengan bantuan Melayu-melayu bangsat dalam PR , DAP sudah mula melepaskan jarum-jarum halusnya. Pertama mereka mengadu domba sesama Melayu...itupun Melayu tidak sedar lagi. Apabila melihat Melayu sudah berpecah 3, mereka mula "mengusik DEB" untuk dihapuskan. Melayu dalam PR menyokong? Menuntut hak kesamarataan antara kaum. Melayu PR sokong? Menghasut rakyat bukan Melayu supaya meminta hak-hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan. Melayu PR sokong? Dan bermacam lagi.

Segala tindak tanduk yang dilakukan oleh DAP, Melayu PR akan menyokong mereka termasuklah melupakan untuk menegakkan negara Islam Pas. Kerana apa? kerana lubang hidung mereka sudah dicucuk oleh DAP. Sebab itulah DAP boleh mengheret melayu-melayu PR ini kemana sahaja mereka suka. Itupun Melayu PR tak sedar lagi malah sanggup bertakbir apabila saudara se-Islam mereka dihina. Melayu PR tak sedar lagi.? Biarlah ugama Islam dilacurkan, Melayu dihina dan bagi mereka itu semua tidak penting asalkan. Asalkan mereka mendapat kuasa. Matlamat menghalalkan cara?

Mohd Nizar dan Khalid Ibrahim cuma MB boneka DAP. Menjadi MB sebagai syarat sahaja, tetapi keputusan dibuat oleh " tangan lain " di belakang MB. Itupun masih mereka nak berbangga kerana menjadi MB, padahal mereka cuma " badut " DAP sahaja. DAP dan kuncu-kuncunya amat rakus untuk mengumpulkan harta sehinggakan tanah untuk Kampung-kampung lindungan Cina di Perak semasa zaman komunis dahulu diberi hak milik selama 999 tahun.

Apa sudah jadi dengan kampung tersusun di Perak. Hak milik cuma 99 tahun sahaja. Siapa yang majoriti menghuni kampung tersusun? Bukankah orang Melayu. Bagaimana pula dengan nasib perwira dizaman komunis dahulu. Apa yang keluarga mereka dapat jika hendak dibandingkan dengan kampung-kampung Cina ini? Berapa banyak lagi tanah yang ada di Perak yang hendak Mohd Nizar gadaikan kepada bangsa bukan Melayu?

Adakah Mohd.Nizar dan melayu-melayu didalam PR sedar akan jarum halus terbaru DAP di Perak. Dalam situasi sekarang dilihat orang bukan melayu semakin berani dan bersikap kurang ajar serta biadap terhadap baginda Sultan Perak. Mereka menjadi kurang ajar kerana Nizar dan orang-orang Melayu di dalam PR sendiri yang mengajar mereka. DAP hendak mengikis sedikit demi sedikit keistimewaan orang Melayu termasuklah Raja-raja Melayu sekali. Adakah Nizar lupa semasa mula-mula dilantik menjadi MB selepas PR menang di Perak, siapa yang bersikap kurang ajar terhadap Sultan Perak dan siapa yang menyokong Karpal kalau tidak Anwar Ibrahim?

Bila keadaan menjadi semakin rumit sekarang sebenarnya memberi " lesen " kepada DAP untuk terus bersikap biadap terhadap Sultan Perak. Adakah dengan hasutan Karpal Singh, Mohd Nizar hendak mengambil tindakan undang-undang terhadap baginda Sultan Perak? Tidak pernah dalam sejarah negara seorang bekas Menteri Besar sanggup menulis surat " memohon derhaka " terhadap baginda Sultan? Adakah ini yang diajarkan oleh Anwar? Anda sebagai seorang " Melayu Biadap" telah menunjukkan satu teladan yang baik kepada bukan Melayu supaya mereka akan bersikap lebih biadap lagi terhadap kesultanan Melayu Perak.Orang Melayu Perak tidak akan lupa dengan tindakan kurang ajar anda ini.

Sudahlah Mohd.Nizar, kerajaan PR sudah hilang majoriti di DUN Perak. Sebelum baginda Sultan Perak membuat keputusan, baginda telah berjumpa dengan semua DUN BN termasuk 3 DUN bebas seorang demi seorang untuk melihat sokongan mereka. Dan setelah mendapati 31 DUN memberi sokongan tidak berbelah bagi terhadap BN, maka baginda menggunakan kuasa yang ada untuk menolak permintaan Nizar bagi membubarkan DUN Perak.

Tidakkah Nizar pernah berterima kasih kepada Paduka Seri Sultan Perak diatas perkenan Duli Sultan Perak melantik Nizar sebagai MB dan mengurniakan pangkat "Dato Seri" kepada Nizar? Maka Sultan Perak pun ada hak untuk memecat memanda baginda jika baginda dapati ianya tidak sesuai?

Nizar sepatutnya akur dan insaf dan terima hakikat yang Sultan sudah bersuara.Ingat, sultan sudah banyak 'terasa hati' dengan cara pemerintahan PR Perak. Lebih-lebih lagi cara DAP (PR). Isu Mufti, Pemakaian, Isu Perlantikan MB, Pajakan Tanah. Ramai yang tahu, DAP lah yang banyak mengatur hala tuju kerajaan PR Perak, Bukan YB Nizar.
Terimalah takdir dengan terbuka, itu adalah Qada dan Qada' dari Allah Taala.. kalau menuduh dengan rasuah RM 100 juta sekalipun, kalau Allah dah tetapkan 'tidak', perasuah itu tidak akan menang, dan lompat parti juga tidak berlaku.

Ambil hikmah dengan apa yang berlaku.. yang ada jawatan ADUN, bekerjalah untuk rakyat dengan sebaik-baiknya. Jangan leka dan abai tanggungjawab seperti yang sudah-sudah. Terimalah kerajaan baru Perak dan jangan derhaka kepada sultan. Hormatilah keputusan baginda Sultan Perak yang menolak anda sebagai memanda baginda. Terimalah kekalahan ini dengan seadanya dan tangan yang terbuka.

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun
Sembah Patik harap di ampun
Patik sebagai anak jati Perak berdiri teguh
di belakang Tuanku untuk mempertahankan
negeri Tuanku, Negeri Perak Darul Ridzuan.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

Taminsari

5 ulasan:

Tai berkata...

ya, daulat tuanku! mereka ini hanya bertuhankan iblis dan syaitan.

Pemuda UMNO Permatang Pauh berkata...

Pakatan Rasuah (PR)
Parti Kuat Rasuah (PKR)
Haru-Biru Untuk Malaysia (Harapan Baru Untuk Malaysia)

Gunakan slogan ini untuk mereka!

www.permatangpauh2u.com

Ali Abdullah berkata...

Nizar sedang membuat mesyuarat PIBG itu kot.

Meeting budak-budak.. pelaksanaan pulak nak kakitangan kerajaan yang buat.. Senang sungguh nak dapat nama ni, CADANG JER!

Rupa-rupanya semua yang dicadangkan itu tak mendapat restu dan mandat sultan.

torashah berkata...

Ambil tindakan segera terhadap penderhaka

TITAH Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sangat jelas. Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dan barisan Exconya tidak mempunyai pilihan kecuali meletakkan jawatan.

Proses mengangkat sumpah Menteri Besar baru pun sudah berjalan. Apa yang dikehendaki oleh perlembagaan negeri untuk pembentukan sebuah kerajaan baru telah dipatuhi dan dilaksanakan.

Sepatutnya tidak timbul konflik atau krisis perlembagaan.

Seharusnya tidak timbul kekacauan dan tindakan anarkis yang boleh menjejaskan keselamatan dan keharmonian awam.

Tetapi sebaliknya, titah Sultan dicabar hanya kerana ia tidak menyebelahi mereka - menyebelahi pakatan pembangkang DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Muhammad Nizar tanpa rasa malu dan insaf telah mencabar keputusan bijaksana dan adil Sultan Azlan Shah.

Dalam budaya Melayu, ia adalah perbuatan derhaka.

Perbuatan ini mengguris hati orang Melayu yang boleh mewujudkan implikasi lain.

Pelbagai cara dilakukan oleh Muhammad Nizar untuk menampilkan dirinya sebagai seorang Menteri Besar yang sah.

Selain memanfaatkan proses mahkamah, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak ini tetap menggunakan pelbagai kemudahan seorang Menteri Besar.

Dan entah apa muslihatnya, beliau tergesa-gesa pula memanggil satu mesyuarat khas Exco kelmarin yang kemudiannya telah meluluskan empat perkara dasar berkaitan pentadbiran negeri.

Dalam keadaan begini, bagaimana mungkin Muhammad Nizar mahu menasihatkan para penyokongnya supaya bertenang dan tidak menimbulkan ketegangan.

Beliau sendiri sebagai seorang pemimpin tidak menunjukkan teladan yang sepatutnya. Teladan yang ditunjukkannya sangat bertentangan terutama kepada norma-norma orang Melayu - menderhaka kepada Sultan.

Suasana tegang akan berpanjangan selagi Muhammad Nizar tetap dengan pendirian yang bertentangan dengan semangat demokrasi dan perlembagaan itu.

Provokasi yang dilakukan oleh Mohammad Nizar dan pemimpin pembangkang termasuk cadangan mahu menyaman Sultan Perak tidak boleh terus dibiarkan.

Oleh itu, tindakan tegas wajar diambil ke atas pihak yang gagal mematuhi titah Sultan Perak ini sama ada mereka itu rakyat biasa, mahupun pemimpin tinggi.

Hadang menghadang dalam politik kadang kala memang tidak boleh dihindari. Tetapi jangan keterlaluan. Jangan melampau.

Ini kerana menjadi pemimpin politik bukan sahaja bertanggungjawab terhadap partinya sahaja tetapi juga seluruh rakyat.

Tai berkata...

Ya, betul dan tepat sekali apa yang dituliskan oleh torashah itu. Ini sudah kes menderhaka dan hendak mencabar kuasa.