Ahad, Mei 10, 2009

Pejuangan Bangsa Melayu di Tanah Melayu !

PERKEMBANGAN politik tanah air akhir-akhir ini mendorong penelitian semula beberapa buku yang ada kaitan dengan sejarah politik negara kita. Buku-buku ini menunjukkan pada tahun 1946 telah merakamkan beberapa peristiwa amat penting yang pertama kali berlaku dalam sejarah perjuangan bangsa kita.

Sultan, pembesar negeri, pemimpin pertubuhan dan rakyat jelata Melayu, semuanya ada peranan dalam peristiwa-peristiwa itu. Berapa ramaikah generasi sekarang yang tahu akan peristiwa-peristiwa itu? Berapa ramai pula yang cuba belajar daripada apa yang telah berlaku itu?

Orang yang tidak mempedulikan sejarah, terutama yang aktif berpolitik, politiknya akan jadi seperti pengembara tanpa pedoman. Sejarah tak pernah berbohong, justeru siapa yang lupa sejarah, akan dihukum oleh sejarah. Malangnya, dalam zaman Internet dan gagahnya budaya komersial sekarang ini, semakin ramai orang yang merasakan sejarah tidak perlu dipelajari. Yang penting adalah apa yang ada di depan mata dan masa depan, bukan masa lalu. Masa lalu itu hanya nostalgia orang tua-tua.

Sejarah 62 tahun lalu, 10 Februari 1946 dianggarkan lebih 15,000 umat Melayu mengadakan tunjuk perasaan menentang Malayan Union, di Batu Pahat, Johor. Tunjuk perasaan ini telah dipimpin oleh Datuk Onn Jaafar, Pegawai Daerah Batu Pahat. Sebelum peristiwa ini, pada penghujung tahun 1945, satu berita bahawa Harold MacMichael telah mendapat persetujuan raja-raja Melayu untuk menubuhkan Malayan Union yang telah mengejutkan orang-orang Melayu dan secara spontan tercetuslah gerakan protes, dalam beberapa minggu saja jadi semakin garang dan semakin kemas. Tunjuk perasaan 10 Februari ini adalah demonstrasi politik Melayu pertama yang paling besar dan menjadi perangsang terjadinya demonstrasi yang sama di negeri lain di seluruh Semenanjung Tanah Melayu.

Wakil kerajaan British, Harold MacMichael, yang tiba pada 11 Oktober 1945, dengan tipu helahnya dan secara sulit hanya dalam masa dua bulan, antara 20 Oktober hingga 21 Disember telah berjaya mendapat tandatangan persetujuan kesemua sembilan Sultan. Kerajaan British mengumumkan rancangan terperinci Malayan Union pada 22 Januari 1946 dan perisytiharannya ditetapkan pada 1 April 1946.

Nyatalah mereka telah mempersiapkan rancangan ini apabila ada tanda-tanda Jepun akan kalah dan gagasan politik baru itu akan dilaksanakan sebaik saja mereka kembali ke Tanah Melayu, ketika keadaan masih kucar-kacir. Orang Inggeris berpendapat, bangsa Melayu tidak bersatu, sangat taat setia kepada raja negeri masing-masing, masih suka dan kagum kepada Orang Putih, bodoh dan tidak begitu mempedulikan politik, pegang raja rakyat akan menurut perintah!

British mungkin tersalah baca peta politik Asia selepas Perang Dunia Kedua. Pada 12 Januari 1946 surat khabar Majlis menyarankan Datuk Onn tampil untuk memimpin orang Melayu menentang gagasan Malayan Union. Dan pada 23 Januari, Datuk Onn menulis kepada Utusan Melayu menjemput semua pertubuhan Melayu untuk bersatu menentang British dan mendirikan sebuah pertubuhan kebangsaan bagi melancarkan perjuangan politik bangsa Melayu. Pada 15 Februari, sebagai langkah permulaan, Datuk Onn menganjurkan demonstrasi besar di Batu Pahat.

MAKA pada 1-3 Mac 1946, wakil-wakil 41 pertubuhan Melayu berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Inilah kongres nasional politik Melayu yang pertama. Dan untuk pertama kalinya, selama tiga hari, kerajaan British telah dikritik habis-habisan dalam perhimpunan politik Melayu. Orang Putih bukan lagi tuan, tetapi musuh yang sangat jahat. Selain mengambil keputusan menentang Malayan Union, kongres ini tanpa bangkangan, bersetuju menubuhkan parti politik Melayu: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR).

Semangat kebangsaan dan kesedaran politik-ekonomi di kalangan orang Melayu, telah bermula sekitar tahun 1920-an. Akan tetapi kesulitan perhubungan dan sentimen kenegerian tidak mendorong wujudnya gerakan perjuangan yang bersifat nasional. Lagipun yang dirasakan mengancam kedudukan orang Melayu waktu itu, bukan penjajah Inggeris, tetapi pedagang dari benua China. Maka wadah yang wujud waktu itu hanyalah pertubuhan di peringkat negeri dan daerah. Pertubuhan inilah yang berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman pada awal Mac 1946.

Namun sejak tahun 1920-an, akhbar dan majalah Melayu terus-menerus menjadi suara politik Melayu-Islam, merentasi batas daerah dan negeri. Pengarang akhbar dan majalah waktu itu adalah nasionalis yang sangat komited kepada perjuangan bangsa. Maka dalam masa yang amat singkat - walaupun orang Melayu miskin dalam serba-serbi - PEKEMBAR berkembang jadi wadah politik yang perkasa. Diperkasakan oleh semangat kebangsaan, bukan oleh wang ringgit dan kedudukan.

Namun kerajaan British masih memandang rendah dan remeh kepada kebangkitan politik Melayu ini. Mereka tetap mahu mengisytiharkan penubuhan Malayan Union pada 1 April 1946 dan sembilan sultan akan menyertai upacara pelantikan gabenor - raja baru Tanah Melayu. Keadaan amat kritikal, masa sangat mendesak. Saya yakin British memperhebat perang sarafnya mencari sokongan dan melemahkan perjuangan Melayu. Datuk Onn telah bertindak berani dan pantas.

Dari awal permulaan lagi, sikap bukan Melayu mengenai Malayan Union amat berbeza dengan orang Melayu. Kebanyakan bukan Melayu menyokong cadangan British itu. Di antara tahun 1946 dan 1948, Datuk Onn mengetuai orang Melayu menentang Malayan Union, sementara Tan Cheng Lock pula memimpin bukan Melayu untuk menyokong Malayan Union dan kemudian membantah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.''

Pada zaman itu Perjuangan politik kaum Cina di Tanah Melayu adalah lanjutan daripada perjuangan di China. Ia tidak ada kaitan untuk mendapatkan kerajaan sendiri atau kemerdekaan di Tanah Melayu. Maka pada 30 dan 31 Mac, Datuk Onn, atas nama kongres, memanggil mesyuarat tergempar dan memutuskan:

- Meminta sultan-sultan memboikot upacara perisytiharan Edward Gent sebagai Gabenor dan semua majlis berkaitan dengan Kerajaan Malayan Union.

- Meminta semua orang Melayu yang dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Malayan Union menolak pelantikan itu.

- Sebagai tanda memprotes dan berkabung, orang Melayu diminta memakai lilit kain putih pada songkok.

Pada waktu itu sultan dari sembilan negeri telah pun berkumpul di Station Hotel (di Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur) untuk menghadiri upacara pelantikan gabenor. Maka pada 31 Mac, Datuk Onn menghadap Sultan-Sultan, menyampaikan keputusan Kongres itu. Beliau meminta sultan-sultan menyertai umat Melayu menentang Malayan Union. Datuk Onn memberi amaran, sekiranya sultan-sultan terus menerima Malayan Union dan menghadiri juga upacara itu, rakyat tidak lagi akan mengakui sultan-sultan sebagai raja mereka. Inilah pertama kali orang Melayu berani berkata demikian kepada raja mereka. Dan akhirnya semua sultan bersetuju tidak akan menghadiri upacara pelantikan itu.

Menurut seorang ahli akademik, A.J. Stockwell, kisah ini tidak selesai di situ. Pada pagi 1 April, sekali lagi Datuk Onn menghadap. Agak mengejutkan apabila Datuk Onn melihat semua sultan telah bersiap sedia dengan pakaian istiadat untuk menghadiri upacara pelantikan gabenor. Apa yang menyebabkan sultan-sultan ini mengubah fikiran tidak dapat dipastikan. Tetapi setelah berlaku sedikit perdebatan, Datuk Onn berhasil memujuk Sultan-Sultan dan membawa mereka ke beranda hotel menyaksikan ribuan rakyat yang masih menunjukkan kesetiaan kepada Raja mereka.

Peristiwa yang tak terduga oleh sultan-sultan ini amat menyentuh perasaan mereka, dan menyedarkan mereka kembali, akan kedudukan mereka sebagai raja yang mestilah bersama rakyat. (Selama dijajah British - raja-raja dengan kedudukan dan kemewahan mereka - tidak banyak mengetahui kehidupan rakyat, sehingga mereka tidak dapat membaca hati rakyatnya). Hampir tidak ada juga pembesar dan pegawai tinggi Melayu seperti Datuk Onn. Sehingga sekarang pengaruh budaya British masih jadi syarat pakaian semasa menghadiri majlis-majlis rasmi sambutan keputeraan sultan setiap tahun.

Namun British masih berdegil. Malayan Union diisytiharkan juga tanpa kehadiran sultan-sultan. Langkah-langkah baru diambil untuk menyatukan perkhidmatan kehakiman, pasukan polis dan perkhidmatan awam. Semua aset milik kerajaan negeri dipindahkan kepada Kerajaan Malayan Union. Gabenor memerintah dengan bantuan Majlis Penasihat Malayan Union. Kerajaan Negeri dihapuskan. Raja-raja Melayu hilang kedudukan. Tiada lagi negeri milik bangsa Melayu.

Kedegilan dan kesombongan British ini telah menyemarakkan lagi semangat orang Melayu. Lalu pada 11 Mei 1946, dalam Kongres di Johor Bahru, lahirlah UMNO dan Datuk Onn dilantik sebagai Yang di Pertua. Semangat dan wadah politik Melayu semakin gagah. Sultan-sultan secara terbuka mulai mengikut menentang Malayan Union dan pada bulan Mei menghantar wakil ke London menyatakan persetujuan mereka ditarik balik.

Pada akhir bulan Jun, British mengakui kekuatan perpaduan Melayu maka perundingan diadakan dengan UMNO dan sultan. Persetujuan prinsip merangka perlembagaan baru dicapai dan UMNO mengesahkan persetujuan ini pada bulan Januari 1947. Kerajaan British dan sultan-sultan menandatangani perjanjian pada 21 Januari 1948. Dan pada 1 Februari 1948 lahirlah kerajaan baru Persekutuan Tanah Melayu.

Hasil keseluruhan daripada perlembagaan baru ialah pemulangan Tanah Melayu sebagai negara orang Melayu yang asal. Kedudukan sultan seperti sebelum perang dikembalikan dan autonomi negeri-negeri dikekalkan. Kejayaan dan pengiktirafan ini menjadi titik permulaan kepada perjuangan survival yang semakin rumit dan yang tidak pernah selesai. Semenjak jadi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah sentiasa mengingatkan betapa perlunya semangat kerjasama dipelihara. Yang akan menentukan masa depan bangsa Melayu adalah kekuatan dan keberanian politik, kejujuran dan kebijaksanaan.

Melayu perlu bangkit

Dilema Melayu dalam perbezaan wadah dan perbezaan politik, Melayu perlu bangkit dengan segera untuk mengekalkan kestabilan politik. Mula mempersoalkan tindakan rakus dan kurang ajar kepimpinan bangsa lain yang mahu menjadi juara di mata bangsa mereka kerana politik - kerana mahu tempat dan mahu dihormati. Ini semua kerana kita terlampau bertolak ansur sehingga apabila kita di tolak kita sedikit demi sedikit beransur. Tindakan mempersoalkan ketuanan Melayu adalah tindakan kurang ajar yang sepatutnya tidak hadir dalam kepimpinan BN sendiri. Kepimpinan BN tidak pernah memberitahu kaum pimpinan mereka mengenai Jus Soli dan mengenai kehadiran mereka yang diterima oleh orang Melayu. Ceritakan pada kaum mereka apa makna ketuanan Melayu dan kenapa ketuanan Melayu. Dari mana asal konsep ketuanan dan perlu di ingat antara raja Melayu dan rakyat Melayu juga ada konsep ketuanan. Sudahlah mereka tidak menceritakan perkara sebenar mengenai konsep ketuanan dan hak keistimewaan orang Melayu mereka hadir pula menuntut dan menggesa agar ketuanan di hapuskan.
Sikap kurang ajar mereka hari ini sudah melampau batasan yang sepatutnya ada. Tuntutan demi tuntutan dan kalau kita lihat sepanjang kehadiran mereka di negara yang dikenali sebelum ini dengan Tanah Melayu - tuntutan mereka sudah ada. Mereka sudah menuntut sejak tahun 1930an lagi. Mereka menuntut hak untuk kawasan - menuntut negara ini kerana kononnya mereka yang melaksanakan kemajuan dalam negara ini. Ini sudah sejak sekian lama berlaku. Kita perlu sedarkan kepada mereka bahawa mereka harus menghentikan perjuangan menuntut agar apa yang ada pada Melayu di lucutkan kerana tindakan mereka sedikit demi sedikit akan menyemarakkan perjuangan bangsa Melayu dan sekiranya ini berlaku maka yang akan rugi adalah negara kita.

Melayu sehingga ini tidak pernah menyuarakan tuntutan yang melampau sungguhpun ketuanan sebenarnya di pegang oleh mereka. Tidak ada tindakan mereka yang menyebabkan mereka tidak dibenarkan berniaga. Kita tidak menuntut kerana toleransi kita dan kepercayaan kita pada demokrasi dan hak mereka sebagai warga negara . Kita tidak menghalang mereka dari menjadi orang tengah dan mengaut untung berlebihan dari perniagaan peruncitan yang di dominasi oleh kaum mereka. Kita tidak pernah menyelongkar siapa monopoli pengedar dan pembekal untuk pasar raya utama negara ini seperti Giant dan Hyermarket yang lain. Kenapa tidak kita lakukan - susahkan mereka dengan permit tertentu kerana kuasa di tangan kita. Kenapa kita tidak lumpuhkan industri pembekalan ayam dan lain-lain bahan makanan dengan menyusahkan mereka dari segi mendapat bekalan.

Hatta, kita tidak menghalang mereka menternak babi sungguhpun agama kita meletakkan babi sebagai binatang haram untuk dimakan. Kenapa kita tidak melaksanakan - kuasa politik menyekat aliran ekonomi - membuat penentuan agar ekonomi mereka terbantut. Kenapa tidak kita halang perkembangan perniagaan mereka. Kita ada peruntukkan untuk bumiputera dan peruntukkan 30% itu sudah cukup menunjukkan bahawa yang di tuntut bukan ketuanan tetapi masih lagi peratus hamba ( moden) di negara kita ini.

Melayu sepatutnya sudah mual dengan kenyataan kepimpinan Cina khususnya yang semakin kurang ajar - semakin biadab. Ini bukan perkara baru. Kalau di lihat tuntutan ini sudah berzaman dan tuntutan ini tidak pernah kendur-kendur. Dari sikap kurang ajar mereka menuntut negara ini sehingga hari ini berani pula mempersoalkan asal usul orang Melayu.

Sudah sampai masa kita Melayu bersatu - memastikan bukan sahaja kaum lain faham tetapi kepimpinan kaum lain diajar untuk tidak lagi berani dan angkuh bersuara. Ini kalau diambil sebagai satu nota positif - akan menyelamatkan kedudukan sosiopolitik negara ini dan akan menjana keamanan. Namun kalau diambil secara negatif - tangkap sahaja pejuang Melayu dan biarkan pejuang Cina bebas kerana konon mahu menjaga hati dan perasaan kaum lain sedangkan sensitiviti kaum Melayu di sepak terajang.

Ketuanan Melayu dinodai

Apabila ahli MCA, CHUA Soi Lek berkata "tolak ketuanan Melayu" dan kaum Cina lain lupa mengertikan apakah maksud ketuanan dan sama ada ketuanan itu ada adalah realiti dan hakikat yang ada pada Melayu. Menolak ketuanan Melayu - menolak ekuiti 30% pegangan ekuiti dan mahukan meritokrasi serta bermacam-macam-macam lagi yang di tuntut adalah amat ketara. Kenapa tidak dinilai erti ketuanan dan hakikat siapa yang memegang ketuanan di negara kita ini.

Kalau dikatakan bahawa apa yang ada hari ini adalah ketuanan Cina, bagaimana? Kalau kita katakan bahawa monopoli pegangan ekonomi adalah oleh kaum Cina dan pegangan ekonomi hari ini merujuk kepada siapa yang memegang ketuanan - adakah ini bukan satu kebenaran.

Melayu sudah berdepan dengan desakan untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu terlampau lama. Hak ini benar di peruntukkan dalam perlembagaan tetapi hakikat hari ini perlembagaan tidak boleh diharap secara menyeluruh untuk melindungi hak keistimewaan orang Melayu.

Kita tidak boleh berpaling pada perlembagaan sahaja - kita harus sedar apa yang ada di sebalik perlembagaan. Hakikat di sebalik tirai merujuk yang kepada bahawa ketuanan Melayu bukan satu realiti. Realitinya adalah ketuanan Cina. Ini adalah hakikat dan hakikat ini pernah di suarakan oleh Dato Onn sendiri dahulu mengenai syarat memegang ketuanan. Dato Onn sedar ketuanan Melayu akan terhakis sejak British dan sejak kebanjiran kaum lain.

Hakikatnya dominasi Cina sudah wujud lama dan hari ini MCA semakin ganas menyuarakan mengenai hak kononnya mahu mewakili perjuangan Cina.

Adakah mereka lupa bahawa tindakan mereka hanya menggangu-gugat kedudukan keharmonian yang ada. MCA patut bangkit mengatakan erti ketuanan itu dengan jelas. MCA sepatutnya faham bahawa hak keistimewaan Melayu semakin di serang oleh bangsa Cina sendiri. MCA gagal dalam menerangkan kepada orang Cina mengenai kenapa kita tidak seharusnya mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu.

Penerangan perlu jelas dan tegas. Masyarakat Cina dan kaum lain harus diberitahu mengenai kontrak sosial. Mereka harus sedar mengenai apa yang telah dikorbankan oleh orang Melayu dan hari ini kita menuntut kefahaman dan bukan bentuk-bentuk pengorbanan yang ada.

Parti lawan juga perlu sedar tindakan mereka yang semakin rakus mahu konon-kononnya mahu hak kesamarataan lantas secara relatif memperkecilkan hak orang Melayu. Alasan mereka adalah UMNO gagal dalam pelaksanaan. Kalau benar UMNO gagal kenapa perlu mereka mengambil alih dengan menggadai hak yang ada? Ini bukan persoalan siapa memerintah.

Kita tidak mahu parti pembangkang turut mempersendakan hak yang ada dengan alasan hak ini termaktub dalam perlembagaan. Kita perlu sedar bahawa ketinggalan Melayu berlaku oleh banyak faktor. Kita berdepan dengan kekukuhan ekonomi bangsa asing yang di pangku oleh penjajah sejak dahulu lagi. Kita perlu memberitahu mereka - ketuanan bukan pada Melayu tetapi mungkin kepada Cina.

Kita sebenarnya bukan memperjuangkan hak baru - tetapi memperjuangkan kedudukan dan martabat orang Melayu dalam ekonomi yang hari ini menentukan ketuanan.

Adakah Negara di ambang republik?

MEMALUKAN, tidak beradab dan gila kuasa. Itulah antara ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan kekecohan yang dicetuskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang pada mesyuarat pertama penggal kedua sidang DUN Perak, 7 Mei lalu.

Kejadian penuh drama itu menyaksikan ADUN pembangkang hilang kewarasan dan emosional sehingga menjadikan suasana tegang, yang belum pernah berlaku dalam sejarah negara.

Lebih daripada itu, rakyat melihat insiden tersebut sebagai suatu penghinaan kepada institusi raja. Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah terpaksa menunggu lima jam sebelum dapat menyempurnakan majlis perasmian.



















Malah pada ketika baginda hendak menyampaikan titah ucapan, pembangkang bertindak mengganggu dengan memohon untuk mengemukakan bantahan. Keadaan itu memaksa Raja Nazrin memanggil bekas Menteri Besar Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin dan bekas exco kanan, Ngeh Koo Ham merapati baginda.

Raja Nazrin antara lain menyatakan kepada kedua-duanya bahawa baginda tidak mahu terlibat dalam suasana sedemikian. ‘‘Saya hanya mahu menyampaikan ucapan, jadi hormati ucapan saya apabila saya menyampaikannya. Anda faham? Jika mahu berurusan dengan saya pada masa depan, anda perlu menghormati ucapan saya. Faham?,” titah baginda sambil meminta kedua-duanya memberitahu barisan ADUN pembangkang yang ketika itu berdiri sebagai tanda bantahan, agar duduk supaya upacara boleh diteruskan dengan lancar.

Sambil termenung panjang memendam rasa marah dan kecewa. Belum pernah raja diganggu sedemikian dan terpaksa meminta ADUN untuk menghormati ucapan baginda. Lalu terlintas di kepala ini , apa hendak jadi jika pakatan pembangkang memerintah negara.

Anehnya ketika BN boleh menerima hakikat kehilangan kuasa sebaik sahaja tumbang di Perak, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum lalu (selain yang pernah terjadi di Kelantan, Terengganu dan Sabah), pembangkang pula bertindak sebaliknya.

Pakatan pembangkang selalu mendakwa kerajaan BN melaksanakan hukum rimba tetapi siapa yang sebenarnya yang berbuat demikian. Apakah ini budaya politik baru yang dirintis oleh pembangkang? Apakah undang-undang perlu sentiasa memihak kepada mereka dan jika tidak maka dituduh pihak lain yang salah. Dengan kata lain, mereka sahaja mesti betul, lebih berhak daripada orang lain dan mesti terus berkuasa dengan memanipulasi demokrasi untuk kepentingan politik.

Tidak menghairankan jika suasana dalam dewan yang mulia umpama acara sarkas dengan ADUN pembangkang mengkasari, menjerit-jerit dan mencaci. Timbalan Speaker, Hee Yit Foong (bebas) yang berstatus Orang Kurang Upaya turut dihina kerana kecacatannya dan diancam oleh ADUN pembangkang. Bekas Speaker, V. Sivakumar pula bersikap kebudak-budakkan enggan mengosongkan kerusi yang bukan lagi haknya. Beliau sendiri yang melacurkan undang-undang. (Tindakannya menggantung Menteri Besar, Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam exco BN sebelum ini telah diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu). Percayalah, senario semacam itu tidak akan dibenarkan berlaku di China, India, Singapura mahupun di negara-negara Barat.

Legitimasi atau kesahihan BN berkuasa di Perak adalah jelas dan semudah menghafal sifir untuk kanak-kanak. Pada masa ini, BN dan pakatan pembangkang masing-masing mempunyai 28 kerusi DUN. Di pihak BN, UMNO memiliki 27 kerusi dan MCA satu kerusi. Pembangkang diwakili DAP (17), Pas (6) dan PKR (5). UMNO sendiri ternyata merupakan parti tunggal yang paling banyak kerusi. Bagaimanapun, DUN yang mempunyai 59 kerusi itu kini dikuasai semula BN selepas tiga ADUN pembangkang bertindak menjadi wakil bebas dengan memihak kepada BN. Maka BN mempunyai sokongan majoriti di DUN. Proses itu berlaku dalam lingkungan demokrasi iaitu atas kerelaan tiga ADUN itu untuk menyokong BN (disebabkan kemelut dalaman parti pembangkang sendiri), bukannya dengan melanggar undang-undang atau merampas kuasa menggunakan senjata sebagaimana terjadi sesetengah negara. Tafsirlah angka dan kronologi berlaku peralihan kerajaan itu dengan fikiran yang waras.

Sebenarnya ada isyarat yang amat menakutkan dalam kekecohan di Perak. Ia merupakan petunjuk yang kian jelas bahawa Malaysia mahu diheret menjadi negara republik sebagaimana gagasan salah satu parti dalam pakatan pembangkang. Misi pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan gelombang ke arah republik kian ketara. Sebelum sidang DUN itu bermula, gerakan menghimpunkan rakyat atas nama One Black Malaysia sudah bermula. Di dalam blog-blog pembangkang, sentimen menolak dan menghina raja dimainkan secara liar. Siapa dalang di belakang gerakan ini semua? Tidak susah untuk membuat telahan. Ia berkait rapat dengan parti yang sejak awal merdeka lagi mengimpikan negara republik dengan dibantu oleh pemimpin Melayu yang sangat terdesak untuk berkuasa.

Sememangnya ada tangan ghaib di belakang segala gerakan menggunakan demonstrasi jalanan dan provokasi liar ini. Mujur sambutan di kalangan rakyat dingin kerana mereka sudah bosan dengan politiking yang keterlaluan dan keadaan tidak harmoni. Berdasarkan maklumat yang diterima, ada cubaan untuk mencetuskan kekacauan besar dengan menjadikan isu di Perak sebagai pemangkin. Ia antara lain bagi menggugat kerajaan baru pimpinan Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang semakin mendapat keyakinan rakyat dengan pelbagai pembaharuan yang digerakkan.

Insiden itu memang dirancang dari awal untuk menarik perhatian dunia bagi memburukkan imej kerajaan, sebagai satu lagi sabotaj terhadap negara. Tidak hairanlah kekecohan tersebut sama ada di dalam dewan mahupun tindakan polis menjaga ketenteraman awam di luar, mendapat liputan meluas banyak media antarabangsa.

Ia juga bagi memperhebatkan momentum persepsi negatif ke atas imej kerajaan menjelang kes perbicaraan liwat pemimpin PKR, Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang pada Julai ini. Muslihat sebegini bukan baru. Anwar makin bimbang lebih-lebih lagi banyak perkembangan terkini tidak memihak kepada PKR dan beliau sendiri.

Sebab itu, memang tidak terkejut dengan apa yang berlaku di DUN Perak kerana ia adalah strategi pembangkang untuk sentiasa mewujudkan aktiviti panas dan gelora dari semasa ke semasa agar dapat memainkan sentimen rakyat demi meraih sokongan.

Pembangkang akan terus memainkan rentak agar rakyat sentiasa berpolitik tanpa mempedulikan tumpuan yang sepatutnya diberikan untuk bekerja, menjaga keharmonian dan menangani cabaran ekonomi hidup.

















Apa pun, isu dan insiden terbaru di DUN Perak menuntut renungan semua pihak tentang siapa sebenarnya pembangkang. Pembangkang telah melepaskan kesempatan terbaik untuk memenangi hati rakyat dengan memperlihatkan imej yang amat buruk. Sepatutnya barisan ADUN pembangkang bertindak bijak dengan menerima hakikat mereka tidak lagi berkuasa dan menjunjung institusi raja, nescaya mereka akan mendapat simpati majoriti rakyat. Itu nampaknya tidak berlaku. Yang jelas tindak-tanduk mereka yang menggunakan nama Pakatan Rakyat tidak mencerminkan perasaan dan aspirasi rakyat.

Yang lebih meresahkan ialah gerakan politik pembangkang yang ternyata menggugat institusi raja sama ada tersirat mahupun tersurat. Pada mereka, menghina raja sudah dianggap hak demokrasi. Tanpa kita sedari itulah juga kejayaan pembangkang pasca Pilihan Raya Umum Ke-12. Mereka sudah di pertengahan jalan ke arah negara republik, adakah kita mahu merelakannya? Sama-samalah kita fikirkan.

Suara Politik
Taminsari

Jumaat, Mei 08, 2009

Artikel Pilihan : Adakah Perak akan tergadai lagi?

PERAK mendapat nama tersebut daripada warna bijih timah 'perak', yang menjadi sumber pendapatan utama negeri ini sejak beratus tahun.

Malah, sejarah negeri Perak menyebut bahawa Lembah Kinta adalah kawasan yang kaya dengan bijih timah dan dilombong secara besar-besaran. Bijih timah juga lah yang menyebabkan perebutan kuasa di antara pembesar-pembesar Melayu dan kongsi-kongsi gelap Cina.

Disebabkan kekayaan Perak itu, perebutan kuasa di Perak bukanlah sesuatu yang baru. Walaupun pada pertengahan 1980-an, industri melombong mulai menyusut dan aktiviti perekonomian ini mula memfokus kepada pertanian, pengilangan, pembinaan, perniagaan dan juga perdagangan.

Selain itu, tumpuan turut diberikan kepada industri kecil, perikanan, perhutanan, dan pelancongan. Kini, Perak terkenal sebagai pusat tumpuan industri, pelaburan perniagaan dan pendidikan. Walaupun deruman kapal korek bijih timah sudah hampir 30 tahun tidak kedengaran, Perak tetap menjadi rebutan.

Sejarah Perak mencapai zaman kegemilangannya dibawah sistem kesultanan. Sejak pemerintahan Sultan Muzaffar Shah 1 pada 1528, baginda telah membuka lembaran baru sejarah negeri Perak. Penemuan bijih timah oleh Long Jaafar di Larut pada 1824, turut mempercepatkan proses pembangunan di Perak disamping akhirnya mencetuskan peristiwa perebutan kuasa di kalangan pembesar-pembesar Melayu bagi menguasai kawasan-kawasan melombong bijih timah.

Disebabkan kerana bijih timah jugalah menyebabkan berlakunya empat kali Perang Larut iaitu Perang Larut 1 (1861)hingga Perang Larut 4 (1873) sebelum berlakunya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Selama 12 tahun telah berlaku 4 kali peperangan yang melibatkan pemimpin-pemimpin Melayu yang bertentangan dengan disokong oleh kongsi-kongsi gelap Cina yang berlawanan merebut kekayaan bijih timah.

Lihatlah sejarah Perang Larut Keempat yang seterusnya berlakunya Perjanjian Pangkor bagi membolehkan British campur tangan di Perak. Mereka mengambil kesempatan menggunakan perpecahan orang-orang Melayu disebabkan oleh perebutan kuasa di antara Tengku Abdullah dan Tengku Ismail untuk menjadi Sultan untuk campur tangan di dalam pentadbiran negeri Perak.

Perang Larut Keempat meletus dalam tahun 1873, kurang setahun selepas berakhirnya Perang Larut Ketiga. Selepas Kumpulan Hai San dengan bantuan Ngah Ibrahim menguasai semula kawasan lombong di Klian Pauh, Kumpulan Ghee Hin yang disokong oleh Raja Abdullah menyerang balas dengan pejuang dan senjata yang dibawa dari Singapura dan China.

Harta benda milik Ngah Ibrahim juga turut dimusnahkan dan penduduk Melayu dibunuh dan harta benda mereka dimusnahkan. Kekacauan merebak ke daerah Krian, Pangkor dan Dinding. Pembesar Melayu yang sebelum itu menyebelahi kumpulan Cina yang berbalah terperanjat melihat huru hara akibat perbalahan antara dua Kumpulan Cina tersebut. Kemusnahan yang dibawa oleh 40,000 orang Cina yang berbalah membawa padah besar kepada negeri Perak sehingga melibatkan keluarga diRaja Perak.

Peniaga di Pulau Pinang sekali lagi melihat pelaburan mereka hancur lebur akibat perbalahan dan sekali lagi meminta gabenor Negeri-Negeri Selat mengambil tindakan memulihkan keamanan di Perak agar perniagaan mereka tidak kerugian. Dalam pada itu, Raja Abdullah menyingkir Sultan Ismail daripada takhta Perak dan mentabalkan dirinya sebagai Sultan.

Raja Abdullah pada 30 Disember 1873 mengutuskan sepucuk surat kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat meminta bantuan British untuk menghantar "seorang yang cukup berwibawa untuk membolehkan kewujudan satu sistem kerajaan yang baik di Negeri Perak". William Pickering dihantar ke Larut untuk merundingkan keamanan dengan kaum Cina yang berbalah dan untuk menerima penyelesaian dan timbang tara British. Sementara itu Frank Swettenham (yang fasih berbahasa Melayu dan boleh menulis Jawi) dihantar untuk memujuk pembesar-pembesar Melayu menghadiri perjumpaan di Pulau Pangkor.

Keadaan kian tidak terkawal, dan kekecohan membawa padah kepada pembesar Melayu, kaum Cina dan juga kepada pentadbir British di Negeri-Negeri Selat. Keperluan mengamankan semula negeri Perak kini memberikan sebab kepada British untuk masuk campur dalam pentadbiran negeri Perak. Kesan daripada Perjanjian Pangkor ini, antara lainnya pungutan cukai dibuat oleh Residen British bukan lagi oleh pembesar-pembesar Melayu. Akhirnya berlakulah penentangan pembesar- pembesar Melayu terhadap pentadbiran British di Perak yang membawa kepada pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak.



















Paling menyayat hati ialah apabila pembesar-pembesar Melayu seperti Datuk Maharajalela dikenakan hukuman gantung. Oleh kerana tiada bukti kukuh yang boleh menambat Ngah Ibrahim kepada pembunuhan Birch, Ngah Ibrahim, bersama bapa mentuanya Laksamana Mohamad Amin dikenakan hukuman buang negeri ke Kepulauan Seychelles bersama-sama Sultan Abdullah. Pada tahun 1877, Ngah Ibrahim dihantar ke Kepulauan Seychelles untuk menjalani hukuman buang negeri. Begitulah nasib kepada klimak perebutan kuasa yang tidak berkesudahan di Perak. Peristiwa ini dilihat sebagai penghapusan martabat pembesar dan Sultan Melayu di tanah air mereka sendiri.

Semalam pada 7 Mei 2009, sekali lagi peristiwa perebutan kuasa akan berulang dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Menjelang sidang ,berbagai peristiwa telah mewarnainya yang mengamit rakyat menumpukan perhatian kepada politik Perak.Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dah mula ajak orang sembahyang subuh dengan niat untuk berdemonstrasi di Ipoh.

Bagi yang hilang jawatan seperti Speaker DUN Perak, V. Sivakumar, pelbagai usaha dibuat untuk menggagalkan sidang berkenaan termasuk merayu kepada Sultan Perak untuk menangguhkan sidang berkenaan kepada tarikh lain. Namun, paling menarik ialah kenyataan DAP Perak, Ngeh Koo Ham. Ini berikutan, kenyataan terbaru Ngeh menjelang Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, apabila dengan terbuka mempertahankan keputusan Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir tidak boleh menghadiri sidang DUN kerana telah digantung.
















Namun hakikatnya, Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu telah membuat keputusan bahawa keputusan Sivakumar menggantung Dr Zambry dan enam anggota Exconya sebagai tidak sah dan terbatal. Malah menunjukkan sikap mencabar keputusan mahkamah, Ngeh dalam kenyataanya yang dikeluarkan hari Selasa menyifatkan Mahkamah Persekutuan telah tersalah membuat keputusan tersebut kerana keputusan yang dibuat oleh Sivakumar telah disahkan oleh sidang 'bawah pokok' pada 3 Mac 2009.

Begitulah kemelut politik Perak yang tidak berkesudahan. Jika perebutan kuasa pemimpin-pemimpin Melayu dan pertelingkahan kongsi-kongsi gelap dahulu berakhir dengan Perjanjian Pangkor sehingga akhirnya membawa kepada hukuman gantung dan pembuangan negeri ramai pemimpin dan sultan Melayu apakah klimak akhir dalam krisis politik Perak selepas 52 tahun negara mencapai kemerdekaan.




















Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi PAS telah mula mengorak langkah dengan rancangan mengadakan himpunan besar-besaran di Ipoh, Perak pada 7hb Mei semalam. Mereka mengatakan himpunan kali ini lebih hebat dari perhimpunan Bersih dan Hindraf yang berlaku tak lama dulu. Kali ini nak berpakaian hitam pula. Begitu bersemangat mereka hendak menunjukkan betapa ramainya rakyat tidak bersetuju dengan keputusan Sultan Perak. Begitu seronok mereka hendak membuat huru-hara. Adakah ini semua untuk rakyat? Macamana huru-hara boleh membantu rakyat? Fikir-fikirkanlah...

Suara Politik
Taminsari

Khamis, Mei 07, 2009

Artikel Pilihan : Nizar Perlekehkan Titah Sultan Perak !

Penulis begitu tersentak membaca laporan akhbar sebelum ini yang memetik kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mengulas titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang mahukan para pemimpin yang mewakili kumpulan parti politik berbeza mencari titik pertemuan dan kaedah kerjasama antara mereka demi kepentingan negara dan rakyat.

Sebaliknya, Nizar yang dipilih Ahli Parlimen Bukit Gantang setelah memenangi kerusi Parlimen itu pada pilihan raya kecil baru-baru ini, menolak mentah-mentah titah Sultan Azlan Shah. Nizar tetap menyatakan pendirian PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO walaupun ia bertujuan untuk memastikan kestabilan politik dapat diwujudkan di negeri ini.

Sebaliknya Nizar yang pernah memohon menderhaka kepada baginda sebelum ini, meminta Sultan Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah terbaik ke arah mencapai kestabilan politik itu.''Sultan Perak, Sultan Azlan Shah perlu mengembalikan kuasa kepada rakyat dengan membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

" Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO sebaliknya UMNO yang perlu bekerjasama dengan PAS untuk memastikan kestabilan politik di negeri ini," katanya yang secara tanpa segan silu 'mengajar' Sultan Perak bahawa amalan demokrasi raja berperlembagaan ialah Sultan perlu mengembalikan hak kepada rakyat untuk membuat penentuan menerusi pembubaran DUN dan pilihan raya negeri.

Ditanya mengenai teguran Sultan Perak terhadap kumpulan politik tertentu yang menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain mencemarkan institusi diraja, katanya, PAS tidak pernah mengajak rakyat untuk mencetuskan huru-hara." Yang mencetuskan huru-hara itu adalah provokasi daripada UMNO sendiri yang menyuruh polis membuat sekatan dan sebagainya. Pakatan pembangkang tidak pernah mengajak rakyat bergaduh dan kita tidak mahu huru-hara berlaku demi kesejahteraan rakyat negeri ini," katanya.

Begitu angkuh dan sombongnya Nizar ini. Adakah beliau seorang berketurunan Melayu dan beragama Islam? Tidak mengapa jika beliau enggan bekerja sama tetapi mengapa dikaitkan UMNO dengan keganasan. Memetik pendapat peserta forum dalam sebuah portal yang mempersoalkan adakah pengikut-pengikut PAS bersikap ganas disebabkan provokasi UMNO dan tindakan polis, bukan Nizar sendiri yang menjadi batu api kepada perhimpunan pengikut-pengikut PAS pada hari Jumaat di Kuala Kangsar menjelang acara mengangkat sumpah Datuk Dr.Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar?

Polis dan UMNOkah yang membuat provokasi hingga ada pengikut PAS berbaring atas jalan raya dengan membawa bendera Palestin. Poliskah yang provokasi hingga kenderaan Raja Raja Muda dibaling batu oleh pengikut PAS dan pembangkang lain? Hakikatnya polis hanya bertindak bila keadaan sudah mula menjadi ancaman keselamatan.

Kembalikan kuasa kepada rakyat? Apa yang mahu dikembalikan?28 + 3 ADUN (ADUN penyokong Kerajaan) yang memegang kuasa dengan restu Sultan ini adakah regim diktator sampai meminta sultan bubarkan DUN dan kembalikan kuasa kepada rakyat.Adakah 28 + 3 ADUN (ADUN Penyokong Kerajaan) yang menjadi wakil rakyat ni jadi wakil rakyat secara memaksa rakyat memberi undi kepada mereka hingga mereka menang?.

Kita semua yakin 28 + 3 ADUN (ADUN penyokong Kerajaan) yang menang dalam PRU yang lalu tidak ada bezanya dengan kemenangan 28 DUN penyokong pembangkang di negeri Perak sekarang.Kalaulah Nizar tidak dungu sangat dalam politik, tentu dia tahu dalam sistem demokrasi, yang ramai wakil atau penyokonglah yang memiliki kuasa untuk menjadi pemerintah.Kalau nak kira rampas kuasa, Nizar pun boleh dikira sebagai rampas kuasa rakyat juga kerana UMNO menang 28 kerusi manakala PAS hanya 6 kerusi, DAP 18 kerusi (tinggal 17 kerana seorang telah keluar) manakala PKR 7 kerusi ( tinggal 5 kerana 2 orang telah keluar).

Parti mana yang paling ramai menang secara bersepadu? UMNO! tetapi mengapa Nizar jadi Menteri Besar. Kerana DAP, PKR dan PAS rampas kuasa rakyat dengan mengambil kesempatan dari sedikit kelemahan dalam sistem politik di Malaysia.Sekarang Pakatan Rakyat di Perak menerima nasib yang sama. Sudah terbalik. Sehingga sekarang PR masih lagi belum didaftarkan sebagai pertubuhan yang sah? Adakah "pertubuhan haram" ini boleh diterima sebagai kuasa untuk membentuk kerajaan?

Apabila terkena kepada mereka (PR) dituduhnya pula kerajaan BN di Perak kononnya merampas kuasa rakyat.Ini membuktikan Nizar sememangnya sudah menjadi manusia tidak tahu diuntung. Semasa dilantik Sultan menjadi Menteri Besar, megahnya bukan main kepalang. Tersengeh simpul macam kerang busuk sedangkan hakikatnya dengan menjadi Menteri Besar hanya seketika pun atas budi bicara kuasa Sultan.

Kalau tidak kerana kuasa Sultan, Nizar hanya menjadi 'tahi gigi' kepada pakatan parti-parti pembangkang di Perak di mana Ngeh Koo Ham dan kuncu-kuncunya akan membuli orang Melayu termasuk Nizar sendiri.Seperkara lagi, adakah PAS merasakan mereka kini benar-benar kukuh sehingga merasakan UMNO pula yang terhegeh-hegeh hendak sangat bekerjasama dengan mereka?

Tidakkah PAS menyedari kuasa mereka sehingga mampu memerintah Perak walaupun hanya seketika tetapi atas belas ehsan DAP? Adakah PAS lupa jumlah kerusi yang mereka menangi di Perak berbanding DAP?Hanya baru mempunyai enam kerusi, tetapi PAS merasakan mereka benar-benar hebat dan kuat sedangkan realitinya Nizar ketika menjadi Menteri Besar hanya sekadar menjadi orang suruhan DAP semata-mata, disuruh Ngeh dan Ngar Kor Ming menyalak, maka mereka akan menyalak sepuas-puasnya.

Malah lebih haru, puak-puak PAS ini sanggup buat-buat bodoh dan bertakbir pula apabila Ngar mempermainkan ayat suci al-Quran sedangkan mufti bersuara meminta orang kafir tidak berbuat demikian.Lainlah kalau Ngar mahu memeluk Islam dan mempelajari ayat suci al-Quran, ini tidak, sebaliknya hanya mempermainkan ayat al-Quran ketika berceramah sambil bergelak ketawa.

Tetapi itulah hakikatnya, PAS bukan sahaja anggup bekerjasama dan tidur sebantal dengan pihak-pihak yang mempermainkan Islam, namun dalam masa yang sama, menolak pelawaan saudara seagama untuk bersama-sama mencari titip permulaan ke arah kepentingan negara dan rakyat.Sampai bilakah PAS mahu sedar tetapi terus berada dalam kepompong jumud dengan bersikap begini? Wallauallam.

Suara politik
Taminsari

Selasa, Mei 05, 2009

Angan-Angan Boleh Rosakkan Keamanan !

SUASANA politik selepas pilihan raya umum Mac tahun lalu amat berwarna-warni dan menggusarkan perasaan serta ketenangan rakyat. Menariknya, di samping membimbangkan, senario politik ini boleh dilihat dari pelbagai sudut seperti sudut psikologi dan bahasa sastera.
Elemen-elemen seperti fatamorgana, perumpamaan dan mekanisme bela diri banyak digunakan dalam melaksanakan perancangan dan menjayakan agenda pihak- pihak tertentu dalam merencahkan iklim politik negara.

Fatamorgana didefinisikan oleh Kamus Dewan (2002) sebagai sesuatu yang bersifat khayalan logamaya. Ia seperti bayangan panas di padang pasir, kelihatan seolah-olah air yang jauh nampaknya, tetapi apabila dihampiri tidak berjumpa air tersebut. Dakwaan tindakan parti pembangkang untuk mengambil alih kerajaan dilihat oleh bekas Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai satu fatamorgana. Usaha ini tidak berlaku secara realitinya dan hanyalah satu angan-angan pihak parti pembangkang.

Selain daripada peristiwa dakwaan mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan, satu lagi peristiwa yang boleh dilihat dari sudut bahasa sastera ialah penggunaan perkataan 'perumpamaan' dalam senario politik negara. Apabila makanan yang diberikan untuk manusia diumpamakan seperti makanan untuk haiwan, tentunya ia ingin menggambarkan betapa teruknya layanan yang diberikan kepada seseorang individu itu. Kamus Dewan (2002) mendefinisikan 'perumpamaan' sebagai sesuatu yang dijadikan perbandingan. Perkataan yang digunakan untuk menunjukkan konsep perumpamaan ialah antara lainnya perkataan 'seperti' dan 'umpama'.

Secara psikologinya, apabila orang mendengar bahawa manusia dilayan seperti binatang, perasaan simpati akan timbul kepada individu yang dilayan seperti binatang itu. Sebaliknya, perasaan marah dan geram akan timbul kepada pihak yang didakwa melayan individu tersebut. Dalam politik juga, banyak unsur mekanisme bela diri digunakan. Elemen-elemen seperti penafian, projeksi, penyaluran dan intelektual digunakan. Dalam psikologi, helah bela diri digunakan bertujuan mengurangkan kesan kesakitan dan konflik melalui tindak balas lazim yang automatik.

Mekanisme bela diri sekiranya digunakan secara berlebihan dan keterlaluan, ia akan menimbulkan masalah kerana individu yang sering menggunakan helah bela diri akan sering berselindung di sebalik tingkah lakunya yang sebenar. Dalam konteks penafian, adakalanya individu menafikan bahawa dirinya mengeluarkan sesuatu kenyataan. Penafian boleh dilakukan secara sedar atau pra sedar. Yang lebih malang lagi, apabila penafian itu diprojeksikan kepada pihak lain.

Contohnya, individu menjelaskan dirinya tidak mengeluarkan sesuatu kenyataan. Sebaliknya pihak lain telah memanipulasikan apa yang dicakap dan menulis berita yang tidak benar.
Dalam konteks politik di negara ini, pihak media sering dilihat sebagai tempat paling mudah untuk dipersalahkan. Pendek kata, media sering diprojeksikan. Sebagai seorang yang bijak dalam bidangnya, penafian dan projeksi ini dilakukan secara intelektual.

Maksudnya segala penafian dan projeksi dilahirkan menggunakan perkataan-perkataan secara logik, bukannya melalui perasaan dalam usaha individu tersebut menghilangkan perasaan yang menyakitkan. Akibatnya ramai orang yang akan terpengaruh dengan penafian dan projeksi yang dilakukan oleh individu tersebut. Seperti yang dikatakan, senario politik negara kini banyak rencamnya. Mungkin jika diulas dari sudut teori ilmu, ia menarik untuk dikaji. Namun, keadaan sebenarnya sangat membimbangkan rakyat.

Rakyat tidak mahu menjalankan urusan kehidupan dalam keadaan jaminan keselamatan dan kedamaian politik yang longgar. Rakyat inginkan sebuah negara yang aman damai dan stabil dari sudut politik, ekonomi dan sosial untuk terus menikmati kehidupan yang selesa dalam sebuah negara demokrasi yang selama ini terkenal kerana keamanan dan pelbagai kejayaannya. Janganlah hanya kerana fatamorgana pihak tertentu, keamanan negara menjadi satu idaman dan impian rakyat.

Suara Politik
Taminsari

Isnin, Mei 04, 2009

Artikel Pilihan : Politik degil Anwar menguasai PAS !























Melihat kepada gelagat bekas menteri besar Perak dan pengikut-pengikutnya, jelas politik "degil" Anwar telah berjaya meresap dan menguasai PAS. Tanyalah pemimpin PAS yang terdahulu bermula daripada Dr. Burhanuddin Helmi sehinggalah kepada TG. Haji Abd. Hadi, adakah mereka mengajar pengikut mereka menderhaka kepada raja?

Sudah tentu tidak. Kepimpinan ulamak di dalam PAS menyanjung Ke Bawah Duli Tuanku.

PAS pernah kecundang di Kelantan dan Terengganu. Tetapi pengikut mereka tidak turun ke jalanan melakukan demonstrasi dan keganasan. Malah pertukaran kerajaan berjalan dengan licin. Tidak kedengaran menteri besar tidak mahu turun dari takhta, kediaman dan kenderaan rasmi tidak mahu dipulangkan. PAS secara dasarnya menghormati proses demokrasi dan yakin kepada qada" dan qadar.

Tetapi kenapa kekecohan demi kekecohan berlaku di Perak, sedangkan menteri besarnya juga adalah daripada PAS? Perkara ini dikatakan bermula apabila kumpulan erdogan iaitu penyokong-penyokong Anwar Ibrahim berjaya menyusup masuk ke dalam PAS secara besar-besaran selepas Anwar di pecat pada 1998 dan sekarang mereka hampir-hampir menguasai PAS. Kumpulan ini tidak mendengar nasihat daripada kepimpinan ulamak tetapi menerima nasihat daripada Anwar Ibrahim. Itulah yang terjadi di Perak, Nizar mendapat nasihat terus daripada Anwar Ibrahim.

Pertentangan diantara kepimpinan ulamak dan kumpulan erdogan di dalam PAS semakin ketara. Perebutan mengemukakan calon daripada kumpulan masing-masing sudah kelihatan. Bermula di Kuala Terengganu, kepimpinan ulamak berjaya meletakkan calon mereka yang menyebabkan kumpulan erdogan dikatakan tidak bersungguh-sungguh menjalankan kempen.

Kejatuhan Nizar di Perak adalah satu lagi tamparan kepada kumpulan erdogan. Kemenangan PAS di Kuala Terengganu nampaknya sudah tidak berbaloi kerana mereka telah kehilangan satu negeri. Kejatuhan Perak ini mestilah diletakkan di atas bahu Anwar Ibrahim. Seperti kata Karpal Singh Kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak adalah kerana Anwar mempromosikan lompat parti secara keterlaluan dan Anwar perlu bertaubat.

Inilah pertama kali dalam sejarah politik Malaysia, pemimpin bukan Islam meminta pemimpin Islam bertaubat. Nampaknya Karpal lebih jujur (sekurang-kurangnya untuk kes lompat parti ini) dan politik DAP lebih licik. Mereka berani menarik "hand break" apabila merasakan politik mereka terancam.

PAS seharusnya belajar dari DAP dan seharusnya bertindak dengan lebih berani di dalam membuat keputusan politik yang melibatkan orang melayu dan Islam. Perjuangan PAS tidak akan kemana selagi berada di dalam Pakatan Rakyat. Apakah yang boleh PAS harapkan dengan cita-cita PKR "dari Permatang Pauh ke Putrajaya' dan politik "Malaysian Malaysia" DAP. Baliklah kepada perjuangan asal bak kata pepatah "carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum semula".

Sekiranya dulu PAS menerima pelawaan UMNO untuk membentuk kerajaan di Perak dan Selangor, sudah tentu kekecohan di Perak ini tidak akan berlaku. UMNO bersedia merendah diri dengan menawarkan jawatan Menteri besar kepada PAS kerana UMNO tidak rela DAP berkuasa di dua negeri tersebut. UMNO tidak rela melihat orang melayu diperkotak-katikkan.

Berpijaklah dibumi yang nyata. Bertindaklah untuk agama dan bangsa.

Suara Politik
Taminsari

Khamis, April 30, 2009

Artikel Pilihan : Anwar " Hero " dakwa Malaysia halang pluralisme agama!

Anwar berceramah di the Regional Outlook Forum di Singapura yang dikendalikan oleh the Institute of South East Asian Studies. Katanya Islam lebih sesuai dengan demokrasi dan menuduh Malaysia di bawah Abdulah Badawi ketika itu mengamalkan Islam Puritanisme yang menghalang pluralisme.

Pemimpin pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim berkata keharmonian pelbagai kaum di negaranya berada di tahap kritikan kerana ancaman puritanisme Islam (Fahaman yang mementingkan tatasusila dan agama) yang telah merosakkan hak-hak perlembagaan penganut agama lain di dalam negara yang mempunyai majoriti Muslim di Asia Tenggara.

Dalam ucapan terbarunya di forum serantau di Singapura, Anwar juga menyatakan bahawa kerajaan Malaysia telah menggunakan puritanisme Islam untuk memenangi undi dalam pilihan raya umum yang dijangkakan akan diadakan selepas ini pada 2008.

"Isu sebenar, saya akan menggambarkan sebagai puritanisme Islam yang ditaja oleh negara ini mengundang lebih banyak sentimen perkauman keagamaan," Anwar memberitahu dalam satu perhimpunan di Institute of Southeast Asian Studies (Institut Kajian Asia Tenggara), Singapura.

"Ini adalah sejenis teologi yang membawa kepada penolakan kebebasan berperlembagaan agama lain."

Lebih kurang 60 peratus daripada 25 juta populasi Malaysia adalah Muslim. Penganut Kristian dan Buddha, yang kebanyakannya daripada masyarakat Cina menjadi minoriti daripada negara tersebut, mewakili 25 peratus populasi, dan Hindu yang berasal daripada negara India mewakili lebih kurang 10 peratus.

Keharmonian kaum di antara etnik- etnik di Malaysia dan kumpulan agama telah mula menunjukkan beberapa ketegangan memandangkan kumpulan minoriti telah membuat aduan tentang hak mereka telah dicabuli berkenaan keputusan mahkamah dan dasar- dasar kerajaan yang memihak kepada Muslim.

Pada awal Januari lalu, kerajaan Malaysia telah mengharamkan kumpulan minoriti daripada menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan untuk menerangkan tentang Tuhan kepada kepercayaan agama bukan Muslim. Anwar menyatakan pengharaman ini merupakan ‘kekarutan yang tidak masuk akal’

"Pada hari ini, kesemua rasa hati yang meliputi perkara ini di bawah ancaman yang serius," katanya. "saya yakin, ramai Muslim Malaysia juga, secara adilnya berasa terkejut dengan tindakan yang ditunjukkan itu sebagai berfikiran sempit dan tiada toleransi."

Anwar adalah bekas menteri kerajaan yang telah dipersiapkan untuk memimpin Malaysia, tetapi telah dipecat pada 1998 oleh Perdana Menteri ketika itu Mahathir Mohamad di atas tuduhan rasuah dan liwat. Anwar menafikan sebarang kesalahannya dan menyatakan tuduhan tersebut telah direka-reka oleh Mahathir yang telah mula melihatnya sebagai satu ancaman politik. Dia telah dibebaskan daripada tuduhan liwat pada 2004 oleh Mahkamah Tinggi Malaysia.

Satu larangan terhadap Anwar telah dikeluarkan , melarangnya daripada memegang jawatan awam atau bertanding dalam pilihan raya umum kerana sabitan untuk rasuah akan berakhir pada April 2008.

[Ecumenical News International - ENI ditaja bersama oleh World Council of Churches (Majlis Gereja Sedunia), the Lutheran World Federation (Persekutuan Lutheran Sedunia), the World Alliance of Reformed Churches (Pakatan Sedunia Gereja Pembaharuan), dan the Conference of European Churches (Persidangan Gereja Eropah)].

Anwar, agen Amerika yang sibuk

Dulu ketika dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, Anwar beritahu rakyat Malaysia bahawa dia terpaksa "mencari rezeki" di Amerika kerana tiada peluang "mencari rezeki" di Malaysia. Maka berhijrahlah Anwar ke Amerika yang mendakwa dirinya mencari rezeki sebagai pensyarah pelawat universiti (John Hopkin dan Georgtown). Anwar menetap di Amerika selama dua tahun (2005-2007).

Sekembalinya Anwar ke tanah air pada akhir 2007, dia membawa wang yang banyak. Anak-anaknya semuanya dihantar ke Amerika untuk menyambung pelajaran. Rumahnya di Damasara telah dijual dan dibeli rumah baru yang lebih besar di Bukit Segambut bernilai puluhan juta.

Hanya dua tahun berkelana di Amerika mampu membina rumah semewah itu. Itu yang ditunjukkan kepada kita. Dari segi kemewahan rumah, yang tidak ditunjuk, masih banyak lagi.

Pegawai khas Anwar pun ramai, selain Nurul Izzah Anwar, Nik Nazmi Nik Ahmad, Nathaeil Tan, Rahimi Osman, Sim Tze Tzi dan lain lain lagi. Dari mana Anwar dapat duit membayar seramai pegawai khas itu ?

Itu belum kira pegawai khas kepada pegawai khas, Saiful Bukhari Azlan.

Saiful diberi pula kondominium mewah di Unit 1151 of Kondominium Desa Damansara dengan kemudahan seperti sauna, kolam renang, gelanggang squash dan tennis serta 'fitness centre". Kondo mewah itu berharga sekitar RM 2.2 juta manakala sewa bulanannya adalah diantara RM7,500 sehingga RM15,000 .

Kalau Anwar sanggup berbelanja RM7,500 sehingga RM15,000 sebulan semata-mata untuk membayar sewa kondo mewah, berapa pula bayaran gaji bulanan Saiful ? Berapa pula gaji bulanan pegawai-pegawai khas lain yang turut Anwar bayar ?

Itu cerita sebelum Anwar menjadi ketua pembangkang di Parlimen. Sekarang Anwar sudah menjadi ahli parlimen Permatang Pauh dan mendapat gaji tambahan sebagai ketua pembangkang.

Tetapi Anwar masih berulang-alik ke luar negara memenuhi tugasan Amerika Syarikat.Baru-baru ini pula ke Bangkok untuk " berurut "?

Kalau masih berminat menjadi penceramah Amerika, kenapa bertanding di Malaysia ? Sampaikan ketika Pakatan rakyat sibuk menangani masalah pilihanraya kecil di Perak dan Kedah, Anwar masih sibuk dengan urusan Amerika.

Terbaru, Anwar bersama Madeline AlBright di Doha Qatar, kononnya hendak menyelesai masalah Gazza. Apa cerita, masih menjadi penceramah Amerika, walaupun sudah berjawatan Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang ? Kemudian jadi " Menteri Parlimen Malaysia " pulak tu...?

Masih tidak cukup gaji ketua Pembangkang di Malaysia, hingga masih sibuk ke hulu ke hilir menjadi penceramah Amerika ? Samasa kempen mengundi di Permatang Pauh, Anuar mengatakan yang dia tak berkemampuan untuk menyediakan minuman kepada pengundi kerana tidak ada wang? Boleh percaya ke?

Sejak bila pula bangsa Yahudi bernama Madeline Albright berminat membantu umat Islam di Palestin, kecuali mengusahakan tindakan agar negara-negara Islam tunduk kepada Amerika dan Israel..

Kalau kita membaca keynote address Anwar di Plenary Session of the U.S.-Islamic World Forum, 14 February, 2009, Four Seasons Hotel, Doha, Qatar pun kita tidak pandangan-pandangan bernas Anwar untuk menyelesaikan masalah Ghazza, kecuali ucapan seorang agen Amerika yang merayu-rayu agar kempimpinan Obama membaiki sikap terhadap dunia Muslim.

Kata Anwar, "Our deepest fears were abated with hope that the Obama administration would honour the promises of a new agenda to re-engage with America"s friends and foes around the world in the interests of greater peace and in the pursuit of justice and liberty.

We see a president committed to the values of freedom and democracy, a president who believes that the critical issues dividing the United States and the Muslim world can be resolved not through fiery rhetoric and bellicose language but by positive engagement in a language of mutual respect"

Itu hanya rayuan agen Amerika kepada majikannya Amerika Syarikat. Belum tentu Obama mempedulikan pandangan Anwar yang dianggap gagal melaksanakan misi Amerika di Malaysia.

Anwar menuduh Malaysia membayar pelobi Yahudi bernama Jack Abramof untuk berjumpa dengan Presiden Amerika. Perjumpaan sekali itu dicanang Anwar berulang-ulang kali. Itu hanya sekali.

Anwar yang berjumpa banyak kali dengan pelbagai Yahudi, bukan setakat Jack Abramof, malah Madeline Abright, Carl Gershman, Paul Wolfowitz, Al Gore dan pelbagai tokoh-tokoh Yahudi lagi semata-mata untuk melobi memburuk-buruk Malaysia dan membantunya agar dapat menawan Malaysia.

Anwar tidak bising kalau dia berunding dan melobi dengan Yahudi untuk memburuk-buruk Malaysia. Anwar akan bising kalau ada pihak dari Malaysia yang melobi sama untuk memperbetulkan dakwaan negatif Anwar.

Inilah manusia talam dua muka, di depan PAS cakap lain, di depan Amerika cakap lain. Di depan PAS, Anwar cakap, "ana akan berunding dengan Amerika untuk selesaikan masalah Ghazza", di depan Amerika pula, "i sudah dapat kontrol Parti Islam SeMalaysia, semua di bawah telunjuk i sekarang"

Anwar sibuk berceramah dengan Madeline Albright di Qatar, Ustaz Hadi pula sibuk mempertahankan Pakatan Rakyat di Malaysia.

Apa cerita permainan politik Anwar dengan ustaz Hadi ini ?

Anwar sendiri bersekongkol dengan aktivis-aktivis pro Israel dalam Brookings Intitution. Anwar dilantik sebagai penasihat antarabangsa institut yang dibiayai oleh dana Yahudi itu.

Kalau Anwar sudah bersekongkol dan mendapat habuan yang lumayan daripada yayasan-yayasan Yahudi di Amerika Syarikat, kenapa kita masih menaruh harapan lagi kepada Anwar.

Tanpa pertolongan rakyat Malaysia pun Anwar sudah mendapat kesenangan dunia hasil pertolongan Amerika dan Israel. Dengan pertolongan rakyat Malaysia, akan mempercepatkan lagi hasrat Amerika dan Israel menobatkan bonekanya menjadi PM Malaysia..Sama-samalah kita fikirkan. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Selasa, April 28, 2009

Cadangan kerajaan perpaduan: Nik Aziz setuju dengan syarat!





















Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia untuk menerima kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden parti itu dengan syarat Barisan Nasional (BN) memberikan jawatan-jawatan penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran.

Menteri Besar Kelantan itu dipetik sebagai berkata dalam blog anaknya, Nik Abduh: ‘‘Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan-jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya.

‘‘Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelajaran misalnya. Kita nak jadi Perdana Menteri, mesti mereka tidak terima. Jadi, kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.’’

Nik Abduh menjelaskan jawapan tersebut diungkapkan oleh bapanya ketika beliau membangkitkan soal penerimaan kerajaan BN dan pakatan pembangkang yang disifatkan kedua-duanya bukan daripada jenis negara Islam - ketika mereka berdua sedang berbual.

Bagaimanapun, Nik Abduh ketika dihubungi Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tulisannya itu memberitahu, beliau akan hanya menjelaskan semuanya dalam blog tersebut pada masa akan datang.

Dalam blognya itu, beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan menyifatkan, pembantu-pembantu ayahnya memberikan gambaran salah tentang situasi yang berlaku demi meraih keuntungan politik sehingga menunjukkan seolah-olah budaya kotor mula menular dalam Pas.



















Justeru, fahami ini bahawa Unity Government yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang ‘berpakaian’ serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan di antara ayahanda saya dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Mereka menyangka, mereka telah melakukan kebaikan, sedangkan telah sesat segala usaha mereka di sisi Tuhan. Semoga Allah membalas mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!” katanya.

Katanya lagi, ia terbukti apabila bapanya berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu muzakarah dan kerajaan perpaduan selepas mengadakan pertemuan dengan Abdul Hadi dan 10 ulama Pas.

Menurutnya, sesetengah pembantu bapanya berasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempatkan diri mereka.

‘‘Bagaimana mereka akan memperolehnya, sedang mereka hanya belajar agama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah-istilah agama yang dihafal, bukan difaqihi?

“Modus operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama Pas di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya.

“Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana ‘keruh’ dan ‘panas’ dengan Abdul Hadi.

‘‘Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka,” jelasnya.

Katanya lagi, ia juga merupakan salah satu usaha para pembantu terbabit untuk mendapatkan restu bagi calon mereka untuk menghadapi pemilihan parti Jun nanti.

“Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar Pas nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.

“Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan! Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keengganannya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli-ahli Pas di dalam kebebasan memilih,” katanya. -UM

KOMEN

Nampak gaya begitu berat sekali permintaan Tok Guru Nik Aziz untuk melihat perpaduan Melayu Islam. Umpama bagai hendak meminang Puteri Gunung Ledang pula? Mungkin boleh dipertimbangkan seperti memberi jawatan Menteri Kewangan ke-3 ataupun Menteri Pelajaran ke-2. Itupun jika mereka mahu menerimanya?

Kadang-kadang terfikir juga apa sebenarnya yang Pas nak perjuangkan? Nak dikatakan memperjuangkan Islam, bekas MB Perak Mohamad Nizar sendiri yang menafikannya semasa perdebatan di Dewan Negeri Perak sehingga meminta Dato Tajul Rosli memberikan nas atau dalil yang mengatakan Pas hendak menegakkan perjuangan atau negara Islam. Apakah Mohd. Nizar pada masa itu mewakili Pas atau DAP?

Bolehkah nasib Melayu diperjudikan di tangan Pas sedangkan parti itu dan para pengikutnya sentiasa dalam keadaan kalut dan cepat hilang kewarasan. Pas terlalu mudah dibuli. Tetapi pada masa yang sama mendakwa mereka sebagai penyelamat. Nasib orang Melayu tidak boleh diberi pada parti yang sentiasa tidak sedar atau dalam keadaan sedar dibuli dengan demikian rupa.

Pas telah dibuli tauke balak haram yang telah menyebabkan Kelantan tidak mendapat hasil kewangan untuk memajukan negeri itu. Pada masa yang sama juga, Kerajaan Kelantan masih berhutang dengan Kerajaan Pusat sejumlah RM600 juta. Rakyat menjadi miskin dan Kelantan terus sepi tanpa pembangunan.

Pas telah dibuli oleh KING Karpal Singh seorang yang jelas menentang pembentukan negara Islam tapi kini menjadi pujaan penyokong pembangkang. Pernah suatu ketika penyokong pembangkang telah bertakbir menyambut kedatangan Karpal Singh. Begitu mudah mereka memaafkan dosa-dosa yang telah dilakukan oleh Karpal Singh dulu. Yang untung Karpal Singh dan DAP. Penyokong Melayu mereka bertambah sedangkan sokongan orang Melayu terhadap parti Melayu berpecah-pecah.

Pas telah dibuli oleh Tien Chua dan beberapa orang lagi yang mendapat lampu hijau untuk mencemarkan masjid tempat suci umat Islam. Kalau Pas benar-benar memperjuangkan Islam, mereka takkan mudah membiarkan sebarangan orang menggunakan masjid pentas untuk mereka berpolitik. Lebih menyedihkan orang kafir ini gunakan rumah Allah untuk mengutuk, mencaci pemimpin negara yang juga orang Islam. Ini baru langkah pertama, langkah seterusnya, pemimpin politik kafir ini akan gunakan khutbah Jumaat pula untuk menyampaikan mesej jahat politik mereka. Jelas maruah orang Islam dan Melayu sekali lagi diperlekehkan.

Pas telah dibuli oleh Lim Kit Siang untuk menonjolkan kembali parti anak beranak cap DAP ini. Setelah gagal beberapa kali dalam PROJEK TANJUNGNYA, kebanyakan ahlinya semakin hilang kepercayaan. Namun denyut nada terakhir DAP kembali dipulihkan hasil bantuan Pas yang jelas semakin lazat menjilat ludah-ludahnya yang dahulu. DAP jelas tak akan rugi apa-apa kerana jumlah kerusinya pun tak banyak. Kalau bertambah, ia satu bonus hasil bantuan Pas. Yang penting, Pas telah memberi rangsangan kepada DAP untuk meneruskan agenda anti-Islam dan Melayu-nya.

KESIMPULANNYA, PAS TAK LAYAK MEMIMPIN KERAJAAN KERANA PARTI ITU MUDAH DIBULI, DIBELI DAN DIPERBODOHKAN. PERSOALANNYA, MAMPUKAH PAS MEMBELA RAKYAT? Tepuk dada tanya selera. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Ahad, April 26, 2009

Awas - Wabak Baru BABI Kembali Mengganas!

Pengawasan di semua pintu masuk negara akan diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan sejenis wabak baru dikenali sebagai selesema babi yang telah meragut 68 nyawa di Mexico dan mencetuskan suasana cemas di negara itu.

Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.

Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.

“Selesema babi telah merebak di Mexico dan pengawasan di semua pintu masuk negara ini perlu diperketatkan segera.

“Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan sentiasa memantau penyakit berjangkit, kita sentiasa mendahului situasi,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai wabak selesema babi yang berpunca daripada virus yang tidak pernah dilihat para penyelidik sebelum ini kerana ia mengandungi kombinasi virus babi, burung dan manusia.

Dalam perkembangan berkaitan, Tiong Lai berkata, beliau belum menerima laporan terkini wabak tersebut daripada Bahagian Kawalan Penyakit dan hanya mengetahuinya melalui laporan media pagi ini.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk melaporkan perkembangan terkini mengenai wabak berbahaya itu kepada masyarakat.

p/s : Bagaimana dengan projek MEGA Ladang Ternak BABI di Sepang? Masih mahu meneruskannya? VIRUS WABAK BARU INI MEREBAK MELALUI BADAN MANUSIA..fikir-fikirkanlah!!!!

Sumber Bernama
Taminsari

Jumaat, April 24, 2009

Salam Jumaat - Hakikat Penyakit Riak





















Assalamualaikum w.b.t

Firman Allah dalam surah al-Ma’un ayat 4-6

Maksudnya: Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak.

Ramai dikalangan kita pernah mendengar perkataan riak ini, tetapi tidak ramai yang sedar bahawa penyakit ini telah wujud dalam diri tanpa disedari dan tidak tahu bagaimana ianya muncul dan seterusnya merebak. Di sini akan merungkaikan apakah itu penyakit riak, bagaimana kehadirannya dan bagaimana mengatasinya. Semoga dengan rungkaian ini anda dapat mengambil iktibar dan cuba mengenal pasti adakah riak itu pernah ada dalam diri anda dan ikuti panduan yang kami berikan untuk membuang terus ataupun mengurangkan sedikit penyakit yang merosakkan hati anda tersebut.

Pengertian riak

Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.

Perkara yang diriakkan oleh manusia;

1- Riak dari segi badan

Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.

2- Riak pada pakaian

Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.

3- Riak dengan perkataan.

Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata- kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.

4- Riak pada amalan

Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.

5- Riak dengan ramainya murid dan pengikut.

Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.

Peringkat Riak

1- Riak Akbar Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.

2- Riak Asghar Riak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.

3- Riak Jali ( yang terang )Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.

4- Riak Khafi ( yang tersembunyi )Riak ini pula ialah riak yang tesembunyi dan ianya tersembunyi dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.

Bagaimana mengelakkan sifat riak?

Rawatan terbaik bagi segala penyakit di muka bumi ini adalah menghindari dengan menjauhi sebab-sebab dan punca terjadinya penyakit. Begitu jugalah kepada penyakit riak ini, iaitu menjauhi sebab-sebab yang boleh membawa kepada perasaan itu, antaranya ialah;

1- Sifat suka dipuji oleh orang lain. Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk kelebihan kepada orang lain.

2- Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain. Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur dan suka berpura-pura.

3- Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian. Seseorang itu melakukan segala pekerjaan adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.

Setelah mengetahui sebab-sebab yang menjadi punca riak, mari kita lihat bagaimanakah cara untuk menghindarinya. Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;

1- Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.

2- Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan tabiat ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak.

3- Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.

4- Menanamkan dalam diri perasaan bahawa melakukan sesuatu itu kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu adalah suatu perkara yang buruk dan patut dijauhkan.

5- Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.6- Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan.

Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baikdan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak. Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya.

Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun untuk melakukan satu-satu ibadat pada permulaannya memang akan timbul perasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit.

Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka. Wallahua’lam

Suara Jumaat
Taminsari

Rabu, April 22, 2009

Demokrasi tulen Anwar?

Dua Negara Muslim yang diiktiraf Anwar Ibrahim sebagai Negara Terbaik Demokrasi adalah Turki dan Indonesia. Anwar bersama Perdana Menteri Turki Recep Teyyip Erdogan dan Abdullah Gul meraikan kemenangan bersejarah Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pada Julai 2007. Anwar selalu mengecam pemerintahan Suharto yang dianggap diktator. Amin Rais kawan rapat Anwar meniupkan gelombang reformasi yang menjatuhkan Suharto. Kemudian Amin Rais melobi kenaikan Gus Dur menjadi Presiden Indonesia dari tahun 1999 - 2001. Sejak itu menurut Anwar demokrasi mula tersemai di Indonesia.

Berikut adalah kenyataan Anwar mengenai demokrasi tulen di dunia Muslim.

Menyemai benih demokrasi tulen di dunia Muslim
Oleh Anwar Ibrahim

Semenjak 9/11, Amerika Syarikat telah menjalankan apa yang dinamakan oleh White House (Rumah Putih) satu "strategi hadapan untuk kebebasan" berdasarkan kepercayaan bahawa matinya demokrasi di negara Muslim telah membawa kepada penyebaran beban maut ekstremisme Islam. Satu percubaan yang berani walaupun kemenangan ideologi yang amat sukar terhadap Eropah Timur semasa Perang Dingin, Amerika (AS) sekali lagi telah mencuba untuk membangkitkan demokrasi di luar negara bagi memastikan keselamatan di negara sendiri.

Namun, sebagai yang pertama kembali dalam usaha pendemokrasian di negara Muslim, terdapat kebimbangan yang semakin meningkat terhadap AS tentang ciri-ciri hasil akhir yang mulai tumbuh iaitu kerajaan yang dipilih dengan bebas. Sesetengahnya telah mula mempersoal sama ada negara-negara tersebut mempunyai kebolehan semula jadi untuk mempertahankan demokrasi.

Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa usaha AS untuk perubahan telah memberikan sumbangan penting dalam pembangunan di Timur Tengah, kebimbangan semakin meningkat di mana golongan radikal mungkin akan merampas demokrasi. Kejayaan pilihan raya golongan Islamik baru-baru ini di Iran, Mesir dan Wilayah Palestin telah menimbulkan pertanyaan tentang keupayaan kuasa liberal untuk mengatasi kumpulan fundamentalisme (kumpulan penyokong asas agama).

Untuk Amerika Syarikat, kebimbangan tersebut sememangnya benar, walaupun mungkin dihebahkan dengan slogan Islamophobia (ketakutan terhadap ajaran Islam) : Bagaimana teruknya satu ironi akan berlaku sekiranya usaha yang hebat ini dalam menyebarkan kebebasan di luar negara menimbulkan kesan negara AS sebagai anti-Islam terhadap Syariah, atau undang-undang Islam, kepada orang-orang mereka.

Contoh kemenangan Hamas di Gaza dan Tebing Barat menggambarkan kesukaran yang jelas. Tetapi ia akan menjadi tafsiran yang salah untuk menganggap bahawa demokrasilah yang telah memilih ekstrimisme Islam. Lebih tepat, ianya disebabkan oleh rasuah dan salah guna kuasa selama bertahun-tahun dalam pentadbiran yang dipimpin oleh Fatah menyebabkan Hamas diundi untuk berkuasa.

Sekiranya amalan demokrasi adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan kemarahan orang ramai terhadap kuasa yang ada, maka hasilnya merupakan penyelesaian yang sudah pasti.

Biarkan ia seperti yang dikehendaki, sesetengah yang mengatakan bahawa "kestabilan" bukan kebebasan adalah apa yang perlu dipromosikan oleh AS di seluruh dunia Islam.
Pada pandangan mereka, memenangi pilihan raya demokrasi tidak bermakna mereka secara terus memenuhi kehendak AS di luar negara, khususnya dalam perang ke atas keganasan, dan bahawa hati dan minda pengganas dan pengebom berani mati tidak dapat diubah dengan kebaikan demokrasi.

Mereka mengatakan perang menentang keganasan mesti dilancarkan dengan tangan besi, bukan sarung tangan kanak-kanak yang ditenun daripada fabrik kebebasan berperlembagaan.Kesemua pandangan terhadap demokrasi dan kestabilan dalam dunia Muslim bukan sahaja salah tetapi membawa kepada kematian.

Dalam satu jalan, strategi Washington mungkin dilihat sebagai menebus dosa-dosa yang lalu, ketika AS merupakan batu penghalang kepada demokrasi di Timur Tengah. Iran berada dalam demokrasi pada 1953 apabila rampasan kuasa yang didalangi CIA yang telah menukarkannya kepada monarki mutlak.

AS juga telah menyokong kezaliman di wilayah-wilayah, termasuk, Saddam Hussein. Kesemua ini di atas nama kestabilan dan keselamatan dalam konfrontasi selama berdekad-dekad dengan blok komunis. Adakah Washington benar-benar terperangkap di antara Scylla (raksasa laut) yang menyokong diktator dan Charybdis (juga raksasa laut) yang menggalakkan demokrasi yang boleh membawa radikal Islam ke tampuk kuasa?
JAWAPAN TERBAIK kepada soalan sama ada Amerika perlu menilai kembali strateginya di Indonesia dan Turki, contoh yang memberangsangkan dalam memperlihatkan kemampuan mereka untuk demokrasi Muslim.

Sepuluh tahun yang lepas, Indonesia terlibat ke dalam demokrasi selepas kepimpinan diktator kuku besi lebih daripada 30 tahun . Sebagai sebuah negara Muslim terbesar di dunia, ia mungkin berdiri sebagai fenomena politik yang paling penting dalam sejarah demokrasi kebelakangan ini.

Rakyat Indonesia telah membuang undi sebanyak 2 kali sejak itu, dan mereka dengan berjaya menolak radikal Islam, yang cuba untuk menaikkan agenda mereka melalui jalan lain. Sekali lagi, perkara tersebut telah berhadapan dengan laungan "tidak" oleh rakyat Indonesia, termasuk pertubuhan Islam yang utama.

Media Indonesia bebas, dan pilihan raya adalah adil. Asas kebebasan yang termaktub dalam perlembagaan dan dihormati dan diiktiraf sepenuhnya oleh yang memegang kuasa. Sebagai contoh, tidak seperti negara jiran Malaysia, rakyat Indonesia boleh berkumpul untuk memprotes keputusan kerajaan atau dasar tanpa bimbang terhadap tindakan balas.

Penahanan secara rambang dan penahanan politik tidak pernah didengar.
Dengan demokrasi yang belum matang, Indonesia dan Turki masih mempunyai perjalanan yang jauh. Di Indonesia, ia dalam keadaan memenuhi objektif sosioekonomi demokrasi yang hanya akan berlaku. Di Turki, sekatan kewujudan ketenteraan yang tidak terbatas telah membantu dalam menaikkan negara tersebut dalam European Union (Kesatuan Eropah).

Walau bagaimanapun, sekarang mereka berdiri sebagai penunjuk, untuk kedua-dua negara Muslim dan untuk mereka yang cuba untuk membantu mereka.Untuk berjaya dalam usahanya menyebarkan kebebasan, AS mesti ingat bahawa demokrasi berperlembagaan tidak dapat berakar umbi dalam sebuah masyarakat, sama ada sekular atau Islamik, tanpa komitmen yang kuat daripada mereka yang memegang kuasa secara politik untuk melindungi hak asas- asas untuk kebebasan, persamaan dan kebebasan untuk semua.

Penyemaian demokrasi yang sebenar memerlukan lebih daripada pengenalan pilihan raya semata-mata. Ia juga memerlukan kewujudan proses demokratik dan padang permainan politik yang sama rata. Ia memerlukan jaminan pengagihan kuasa dan kebebasan sistem kehakiman daripada cengkaman pemimpin kuku besi dan zalim. Yang amat penting, ia memerlukan perlindungan terhadap kebebasan asas dan media yang bebas.

Ianya merupakan prasyarat demokrasi yang mana AS dan dunia Muslim perlu berikan, dengan lebih usaha-usaha yang penting, untuk menjadi punca kepada kebebasan yang sebenar-benarnya.

-Anwar Ibrahim

Soalan Cepu Emas Rakyat kepada Anwar?

Setelah membaca lontaran fikiran Anwar Ibrahim yang ditulis pada 25 Mac 2006 di Angeles Times bertajuk "Cultivating the seeds of democracy" ada beberapa persoalan yang bermain di minda rakyat:

1. Adakah Anwar Ibrahim menyokong atau menentang Projek White House melancarkan satu "strategi hadapan untuk kebebasan" terhadap dunia Islam berasaskan kepercayaan Amerika bahawa matinya demokrasi di negara Muslim telah membawa kepada penyebaran beban maut ekstremisme Islam ?

2. Benarkah Dunia Islam telah mati demokrasi (kecuali Turki dan Indonesia yang Anwar iktiraf) sehingga memunculkan kumpulan ekstrimis Islam?

3. Apa kelayakan Anwar menuduh hanya Turki dan Indonesia yang mengamalkan demokrasi, sedangkan semua negara Islam lain telah mati demokrasinya?

4. Apakah piawaian takrif "demokrasi" menurut kaca mata Anwar ? Adakah piawaian berdasarkan kaca mata Amerika atau Al Quran dan Sunnah?

5. Benarkah dakwaan Anwar kumpulan ekstimis Islam benar-benar wujud? Kalau wujud apakah ciri-cirinya?

6. Kenapakah Anwar bersekongkol dengan Amerika mengatakan kumpulan fundamentalis dan kumpulan radikal Islam atau ektrimis Islam adalah negatif?

7. Benarkah dakwaan Anwar masalah di dunia Islam hanya akan selesai dengan "dailog antara Islam dan Barat" atau yang Anwar sering sebut sebagai "constructive engagement"?

8. Benarkah dakwaan Anwar bahawa 'muslim' yang paling layak dalam menjalankan misi "dailog antara Islam dan Barat" atau "constructive engagement" adalah tidak lain tidak bukan hanya Anwar Ibrahim dari Malaysia?

9. Benarkah hanya beliau sahaja yang paling berkelayakan dan semua tokoh-tokoh Islam dari negara-negara lain tidak berkelayakan kerana kekurangan ilmu seperti Dr Zakir Naik dari Pakistan?

10. Benarkah dakwaan sesetengah pihak penggunaan istilah "dailog antara Islam dan Barat" atau "constructive engagement" adalah bahasa lunak yang tidak membinasakan Anwar sebagai tokoh politik di negara Islam, sedangkan hakikatnya, Anwar bukan berunding sebaliknya mengaut keuntungan peribadi dan menjadi alat bersekongkol dengan kuasa Barat memerangi pihak Islam?

11. Walaupun nada penulisan Anwar Ibrahim nampak seperti bersimpang siur, tetapi nampak jelas, bahawa beliau menyokong Projek White House itu serta memberi beberapa cadangan balas untuk memastikan kejayaan dan keberkesanan program Amerika itu.

12. Adakah dengan kesimpulan di atas, membawa maksud Anwar menawarkan diri sebagai seorang Muslim untuk bersekongkol dengan Amerika memerangi Islam yang dilabel fundamentalis?

13. Sejak Anwar menjadi "orang perantaraan", antara dunia Islam dan Barat dalam menjalankan misi "constructive engagement" sejauh manakah prestasi kejayaannya?

14. Apakah misi Anwar sebagai "constructive engagement" menguntungkan dunia Islam atau dunia Barat?

15. Sejak Anwar berunding dengan Amerika dan Yahudi, apakah sudah berubah sikap mereka kepada dunia Islam?

16. Adakah Amerika yang didalangi Yahudi sekarang menjadi makhluk yang baik, sedangkan Al Quran dengan tegas menyatakan Yahudi dan Nasrani tetap selama-lamanya memusuhi Islam dan mencari tipu muslihat untuk merosakkan Islam?

17. Membaca kembali tulisan di atas, Adakah Anwar turut berkongsi perasaan kecewa dengan Amerika apabila kejayaan golongan Islamik di Iran, Mesir dan Wilayah Palestin dalam pilihanraya baru-baru ini sehingga Anwar mengungapkan kata-kata kuasa liberal ditewaskan oleh kuasa fundamentalis?

18. Anwar menyokong kumpulan mana di Palestin : Kumpulan HAMAS (anti Israel) atau Kumpulan FATAH (Pro-Israel)? Kumpulan manakah yang dilabel oleh Anwar sebagai eksrimis Islam (HAMAS atau Fatah?) apabila Anwar menulis begini, "Contoh kemenangan Hamas di Gaza dan Tebing Barat menggambarkan kesukaran yang jelas. Tetapi ia akan menjadi tafsiran yang salah untuk menganggap bahawa demokrasilah yang telah memilih ekstremisme Islam".

19. Apa maksud Anwar apabila beliau menulis, "perang menentang keganasan mesti dilancarkan dengan tangan besi, bukan sarung tangan kanak-kanak yang ditenun daripada fabrik kebebasan berperlembagaan"? Apatah lagi Anwar memberi contoh kes Iraq dengan tulisan begini, "AS juga telah menyokong kezaliman di wilayah-wilayah, termasuk, Saddam Hussein. Kesemua ini di atas nama kestabilan dan keselamatan dalam konfrontasi selama berdekad-dekad dengan blok komunis".

20. Apakah ini bermaksud, Anwar menyalahkah Amerika kerana bersekongkol dengan Sadam Hussein sebelum ini atas nama kestabilan dan keselamatan ? Apakah Anwar memberikan hujah bahawa serangan ke atas Iraq dan pembunuhan Sadam Hussein adalah langkah paling tepat untuk menyemai benih demokrasi di Iraq?

21. Apakah maksud sebenar Anwar apabila menulis, "Adakah Washington benar-benar terperangkap di antara Scylla yang menyokong diktator dan Charybdis yang menggalakkan demokrasi sehingga boleh membawa radikal Islam ke tampuk kuasa?" Adakah bermaksud Anwar menyeru Amerika agar tidak bermain politik, sewajarnya memerangi 'Scylla' yang diktator dan menyokong sepenuhnya 'Charybdis' yang pro demokrasi?

22. Adakah ini bermaksud Anwar telah memberi teguran kepada Amerika, jika Amerika tidak menetapkan pendirian, bukan sahaja diktator terus berkuasa malah mungkin pro demokrasi kehilangan kuasa kerana ditumpaskan oleh radikal Islam?

23. Apakah ukuran "diktator, demokrasi, radikal Islam", Anwar sama seperti ukuran Amerika ? Kalau sama, apakah ciri-ciri yang membezakan terma di atas ? Apakah terma 'diktator, demokrasi dan radikal Islam" berlaku di seluruh dunia Islam ? Kalau berlaku, Anwar berada di pihak mana?

24. Kenapa Anwar hanya memberi memberi contoh demokrasi terbaik di dunia Islam hanya berlaku di Turki dan Indonesia? Adakah ini bermaksud demokrasi tidak baik di Iran, Palestin, Sudan, Mesir, Malaysia dan negara Islam lain?

25. Apa maksud demokrasi terbaik di Turki dan Indonesia ? Adakah kerana sikap kerajaan itu yang sanggup sujud kepada Amerika dan pro Israel?

26. Apakah maksud sebenar Anwar apabila menulis, "rakyat Indonesia telah membuang undi sebanyak 2 kali, dan mereka dengan berjaya menolak radikal Islam, yang cuba untuk menaikkan agenda mereka melalui jalan lain? Sekali lagi, perkara tersebut telah berhadapan dengan laungan "tidak" terhadap pertubuhan Islam yang utama".

27. Apa maksud Anwar apabila menukilkan, "demokrasi berperlembagaan tidak dapat berakar umbi dalam sebuah masyarakat, sama ada sekular atau Islamik, tanpa komitmen yang kuat daripada mereka yang memegang kuasa secara politik untuk melindungi hak asas- asas untuk kebebasan, persamaan dan kebebasan untuk semua"?

28. Adakah tulisan di atas mengambarkan Anwar tidak mahu konsep "demokrasi berperlembagaan" (seperti di Malaysia?) dan beliau hanya peruangkan "demokrasi tulin" yang memberi kebebasan dari semua aspek termasuk agama?

29. Apabila membaca keseluruhan tulisan Anwar, apakah yang boleh penyokong PKR dan Pakatan Rakyat simpulkan tentang Anwar? Adakah beliau pembela Islam di Amerika yang sentiasa menepis salah anggap Amerika kepada dunia Islam seperti yang dimainkan peranan oleh Dr Zakir Naik dari Pakistan? Atau Anwar sebagai seorang tokoh politik murahan yang sanggup menggadai prinsip, menyeronokkan dunia Barat dengan kata-kata pujian, serta mengecam semula kelemahan dunia Islam lantaran kerakusannya untuk mendapat nama, kuasa dan naungan politik daripada Amerika? Sama-samalah kita sebagai rakyat fikirkan siapa sebenarnya Anwar Ibrahim ini.
Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari