Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, Jun 12, 2015
Memang saya punca krisis 1MDB, kata Tun M?
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tuduhan Perdana Menteri yang mendakwa beliau penyebab berlakunya krisis pada hari ini sebagai satu cubaan Datuk Seri Najib Tun Razak agar semua pihak menerima episod kehilangan wang berbilion ringgit serta menganggap sebarang salah laku tidak dilakukan.
Menurutnya, kehilangan wang disebabkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu tidak boleh dibiarkan sebaliknya, pihak yang bertanggungjawab perlu diadili.
“Perdana Menteri kata Dr M (sayalah) di sebalik krisis ini. Saya akan akui bahawa saya di sebalik ‘krisis’ ini. Saya di sebaliknya kerana wujud ketakutan dalam negara ini.
“Dengan menuduh saya bertanggungjawab terhadap krisis ini, Najib cuba mahu kita menerima kehilangan wang berbilion Ringgit dan berlagak seperti tiada salah laku dilakukan. Dari kepentingan dan kebimbangan yang ditunjukkan orang ramai atas kerugian dialami 1MDB, perkara ini tidak boleh diabaikan. Orang yang bertanggungjawab mesti disiasat dan jika didapati bersalah, mereka mesti dihukum.
“Krisis mungkin akibatnya tapi adakah kita wajar membiarkan pencuri mencuri berbilion ringgit hanya kerana mahu mengelakkan krisis?,” katanya melalui catatan terbaharu di blognya, hari ini.
Sebelum ini, Najib berkata Dr Mahathir telah mendakwa beliau menimbulkan ‘masalah lebih besar’ terhadap negara sedangkan sebahagian besarnya berpunca daripada perbuatan bekas perdana menteri itu sendiri termasuk serangan dan laungan pembohongan.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata, banyak pihak mengetahui kehilangan wang berbilion ringgit yang itu disebabkan 1MDB namun mereka takut tindakan yang bakal menanti daripada pihak kerajaan.
“Mereka tahu kerana melihat bukti kehilangan itu tapi mereka takut akan tindakan yang bakal dikenakan oleh kerajaan terhadap mereka. Mereka mungkin hilang kerja, kontrak atau pangkat dan sebagainya.
“Jadi, mereka datang jumpa saya dan minta saya buat sesuatu. Untuk sekian lama saya senyap sebab saya tahu jika saya dedahkan salah laku 1MDB, ia akan menyebabkan perdana menteri disoal siasat. Saya cuba buat senyap-senyap tapi tak ada kesan. Saya beritahu perdana menteri, saya tidak lagi menyokong dia. Tiada kesan.
“Jadi, saya kena dedahkan secara publik. Najib telah musnahkan Umno dan BN. Saya tahu dia akan kalah dalam pilihan raya akan datang dan seluruh negara akan huru hara tiada parti yang mempunyai majoriti untuk mentadbir negara. Jadi, saya putuskan untuk dedahkan salah laku 1MDB di mana perdana menteri adalah ketuanya,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir akui krisis ini boleh diselesaikan sekiranya Najib meletakkan jawatan dan membenarkan siasatan penuh dijalankan terhadap wang RM42 bilion yang dipinjam 1MDB.
“Adakah krisis itu ada? Ia ada. Ia disebabkan perdana menteri mencipta 1MDB meminjam jumlah wang yang besar dan kehilangan berbilion ringgit. Krisis ini boleh ditamatkan segera jika perdana menteri meletakkan jawatan dan benarkan siasatan penuh. Selagi perdana menteri di situ, tiada siasatan yang sempurna dapat dijalankan.
“Kita lihat sendiri, bukan sahaja laporan polis terhadap 1MDB dan Jho Low tidak disiasat, bahkan tukang buat laporan juga disahkan bankrap, rumahnya disita dan dijual. Malah dia sendiri disiasat atas penggubahan wang haram dan membiayai pengganas. Mahkamah telah putuskan dia tidak bankrap.
“Jika tiada jenayah dikesan dan semua wang dipulangkan, Najib boleh kembali sebagai perdana menteri dan memimpin BN dalam pilihan raya akan datang,” katanya.
Semalam, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengumumkan bakal memanggil Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO Datuk Shahrol Halmi pada awal Ogos bagi memberi keterangan berhubung isu 1MDB setelah gagal hadir untuk memberi keterangan bulan lalu.
Suara Politik
Belantan
Khamis, Jun 11, 2015
Nasa nafi dunia berakhir pada September?
PENTADBIRAN Aeronautik dan Angkasa Lepas (Nasa) mengeluarkan penafian selepas sebuah khabar angin yang tersebar secara meluas di dunia maya mengenai sebuah asteroid didakwa akan melanggar planet bumi pada bulan September tahun ini.
"Tiada sebarang komet atau asteroid yang berada dalam laluan pelanggaran (collision course) dengan bumi, jadi kemungkinan berlaku pelanggaran adalah sangat kecil," kata jurucakap Nasa, awal minggu ini.
"Faktanya, tiada sebarang objek akan berlanggar dengan bumi untuk masa beberapa ratus tahun akan datang," lapor Dailymail.
Khabar angin tersebut yang dikongsi secara meluas mengatakan satu asteroid akan menghempas bumi di Puerto Rico, mengakibatkan gempa bumi dan tsunami.
Kesan hempasan tersebut dikatakan akan menghancurkan Amerika Syarikat (AS), Mexico, Afrika Tengah dan Afrika Selatan.
Khabar angin tersebut dikatakan dimulakan oleh Rev Efrain Rodriguez yang mengatakan beliau seorang nabi dan mendapat khabar tersebut dari Tuhan.
Suara Politik
Belantan
Rabu, Jun 10, 2015
'Nudist' Canadian siblings to be charged in court?
KUALA LUMPUR - The long arm of the law has finally caught up with two Canadian women accused of stripping naked on Mount Kinabalu on May 30.
Lindsey Petersen, 23, and Danielle Petersen, 22, have been barred from leaving Malaysia and they will be brought to face the Ranau Native Court, the Borneo Post reported today.
They are being summoned under the Native Court Enactment 1992 and police will be brought in should they fail to show.
Presided by ten community leaders, comprising of Ranau district chief, Orang Kaya Kaya (OKK) Mohd Din Salingong and nine native chiefs, who will decide on the penalty to be imposed on the siblings.
A meeting had convened at 2pm Monday, but a decision has yet to be made.
According to Kota Kinabalu district chief, OKK William Majimbun, the native court should be the authority to handle the case of the 10 foreigners who stripped naked and posed for photos at the peak of Mount Kinabalu.
He explained, as the case happened in Kundasang, the Ranau Native Court should preside over the case because each district has its own customary practices.
"There should be a trial in the Ranau Native Court, and the Native Court will decide on what should be done to right the wrong," William said.
On May 30, a group of 10 foreign tourists had stripped naked and urinated on the summit of Mount Kinabalu, leading Deputy Chief Minister Tan Sri Pairin Kitingan to say that the act had caused the 6.0-magnitude quake to strike the state.
William said, whether or not it was true, foreigners visiting Sabah and Sarawak should adhere to local customs and cultures.
"These customs have been practiced for generations by our ancestors and that's why we still hold a ceremony to appease the spirit of the mountains to ensure the safety of climbers," he added.
Penampang District chief, OKK Brayan Matasing meanwhile opined the 10 foreigners had breached the customary laws of the local Kadazan/Dusun, who considered the mountain as sacred ground.
"They should be penalised for 'sogit' which is a penalty payment involving the sacrifice of animals such as buffalo, chicken or pigs followed by a ritual to appease the spirit of the mountain," he said.
According to The Board of Trustees of The Sabah Parks Chairman, Datuk Seri Tengku Zainal Adlin, there were strict rules climbers attempting Mount Kinabalu have to adhere to.
"You are not even allowed to shout, what more urinate and strip naked. This is the first such incident that has happened in the last 50 years.
"Their behaviour is unacceptable and they have shown no respect to anyone. If you are a Christian, would you urinate in your church? Or if you are a Muslim, would you strip naked in a mosque?
"In this case, they had stripped naked and urinated on Mount Kinabalu which is revered as sacred by the Kadasan Dusun," he said.
Suara Politik
Belantan
Selasa, Jun 09, 2015
'Sudah cerai talak tiga, tak boleh sebantal'?
SHAH ALAM – “Sudah cerai talak tiga, takkan boleh tidur sebantal lagi. Dulu rakan sama taraf, sekarang kedudukan seperti rakan kongsi majoriti dan minoriti,” demikian Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Datuk Teng Chang Khim mengibaratkan hubungan kerjasama politik antara DAP dan Pas Selangor.
Menurutnya, sekiranya Pas ingin mengekalkan jawatan dalam kerajaan negeri, maka minoriti wajar mematuhi majoriti dan jika tidak boleh terima ketetapan itu, berpisah adalah jalannya.
“Sekiranya Pas masih berhasrat mengekalkan jawatan dalam Kerajaan Selangor, mereka hendaklah mengakui dan menerima hakikat bahawa parti itu tidak boleh lagi menjadi penentu dasar, sebaliknya mematuhi semua keputusan dasar kerajaan negeri yang dianggotai DAP dan PKR.
“Jika Pas tidak boleh menerima hakikat ini, cara terhormat dan bermaruah ialah meletakkan jawatan dalam Kerajaan Selangor,” katanya.
Beliau yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS) dan Perdagangan dan Pengangkutan menegaskan, memandangkan Pas membuat keputusan melalui resolusi memutuskan hubungan dengan DAP, pilihannya terhad.
Dalam pada itu, ketika ditanya potensi Pas dan Umno bergabung bagi membentuk kerajaan perpaduan di Selangor, Adun Sungai Pinang itu menyifatkan tindakan berkenaan taktik paling keji kerana Umno ialah parti yang ditolak rakyat dalam pilihan raya.
“Usaha bergabung dengan Umno adalah mengkhianati rakyat. Bahkan terdapat Adun Pas yang bermaruah tidak akan bersetuju dengan penggabungan Pas dan Umno di Selangor. Gabungan Pas dan Umno tidak akan berjaya kerana tiada majoriti,” katanya.
Terdahulu, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Selangor tidak mempunyai masalah bekerjasama dengan PR termasuk DAP.
Beliau menegaskan Exco Pas negeri itu akan terus melaksanakan tugas dan tidak berhasrat meletakkan jawatan.
Suara Politik
Belantan
Isnin, Jun 08, 2015
Lelaki Bogel di Gunung Kinabalu Hina Rakyat Sabah di Facebook?
Salah seorang pelancong lelaki yang didakwa berbogel di puncak Gunung Kinabalu telah menghina rakyat Sabah termasuk Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.
Pelancong yang menggunakan nama Monkeetime di laman sosial Facebook telah memuatnaik dengan mengeluarkan kenyataan : "Masidi Manjun, anda adalah si *****, bukan Menteri Pelancongan," tulisnya.
Emil Kaminski turut memuatnaik beberapa foto bogelnya di puncak gunung di beberapa lokasi di luar negara.
"Saya tersekat di sini (Tawau) untuk beberapa hari sehingga isu pelancong bogel ini reda.
"Nasib baik mereka di sini tiada internet," katanya lagi.
Tindakan beliau yang kini menjadi viral di laman sosial berkenaan turut dikecam ribuan Malaysia.
"Halang lelaki ini dari masuk Malaysia!," kata Raj.
"Kemana kamu pergi, kamu perlu hormat. Tiada siapa halang kamu untuk pergi ke mana-mana atau panjat gunung (Kinabalu). Tetapi jangan bertindak sesuka hati di gunung ikut suka kamu," kata Swann, seorang warganegara Singapura.
"Minda warganegara barat memang berbeza. Pada mereka (berbogel) ini normal. Tetapi, Malaysia adalah negara Islam dan kamu perlu hormat," kata Darren.
Pada 5 Jun lepas, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman memberitahu, arahan telah dikeluarkan oleh pihak polis kepada Jabatan Imigresen untuk menghalang pelancong tersebut dari meninggalkan Sabah.
Suara Politik
Belantan
Ahad, Jun 07, 2015
Tahaluf siyasi mesti diteruskan?
UMNO sukses kerana politik Perikatan dan Barisan Nasional. Pas, pada mulanya, mengharamkan tahaluf siyasi Umno, MCA dan MIC tetapi akhirnya - lama kemudian - kerana realpolitik mengikut teladan Umno apabila Pas berpakat dengan Semangat 46 dalam PRU7 dan berjaya menghancurkan Umno Kelantan hingga sekarang - sudah 25 tahun.
Tahaluf siyasi Pas dengan DAP dan PKR dalam PRU12 dan PRU13, saya anggap amat berjaya walaupun tidak seperti diharapkan oleh ketiga-tiga parti. DAP yang meletak bilangan calon terkecil memenangi lebih bilangan kerusi dari PKR dan Pas yang menurunkan calon seramai Umno. DAP meletak calon di kawasan yang dilihat winnable yakni peluang kemenangan besar. Apa pun jika Pas mahu berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR di Putrajaya, suka-duka, kerjasama dengan kedua-dua parti mesti tidak putus.
Keputusan Pilihan Raya Presiden Pas seperti diramal dibolot oleh puak ulama - terang tanpa perlu disuluhkan lagi - manifestasi kebangkitan semula agama bukan politik. Pas dengan kepimpinan ulamanya akan memberi Pakatan Rakyat kekuatan baru, sekali gus implikasi baharu dan dimensi besar dalam PRU14. Kerana Pas di bawah kepimpinan Tok Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man - akan kemudikan perahu hudud Pas tanpa ragu, takut dan segan lagi, dalam atau di luar Pakatan Rakyat. Sekutu Pas, DAP mungkin tidak selesa dalam perahu bersama dengan Hadi dan Tuan Ibrahim. DAP ada dua pilihan: turun dari perahu itu atau terus duduk bersama. Apa pun keputusan yang diambil oleh DAP camaraderie (semangat persahabatan) dalam Pakatan Rakyat tidak lagi seperti dahulu.
Dominasi puak ulama atas puak politiking yang berimaginasi keterlaluan adalah hasrat perwakilan Pas dan akar umbinya. Kini pengundi Melayu Islam senang membuat pilihan: menyokong Umno atau Pas dipimpin ulama yang mendahulukan agama dari segala-galanya. Apa pun kita juga perlu ambil kira realpolitik, geopolitik, globalisasi dan masyarakat dan kehidupan pelbagai bangsa dan agama di negara kita dan gaya hidup yang kontemporari serta sesuai dengan tuntutan zaman.
Saya boleh mendakwa mengenali - bau bacang - dengan Ustaz Ahmad Awang, ulama tegar dan veteran Pas yang dikalahkan oleh Hadi terang dan nyata. Sebagai Ketua Pas Perak Ustaz Ahmad menolak bulat-bulat pembentukan kerajaan Pas / Umno di Perak selepas pilihan raya 2008. Apa pun sebabnya lain kali kita bercerita.
Saya lebih kenal Tok Guru Haji Hadi daripada Ustaz Ahmad. Saya puji Ustaz Ahmad yang pernah bertugas bersama dengan saya di Jabatan Perdana Menteri satu masa silam kerana menyemarakkan proses demokrasi dalam Pas setelah sekian lama presiden parti menang tanpa bertanding. Ustaz Ahmad sedar amat sukar untuk mengalahkan seorang incumbent atau penyandang.
Satu peringatan apa lagi jika penyandang itu seorang perdana menteri. Bukan mudah dan banyak risikonya. Tidak mustahil penyandang boleh ditewaskan jika rekod dan tindak-tanduknya itu tidak bermanfaat dan merugikan sangat.
Bercakap tentang Parti Islam terutama yang berjaya, siapa pun tidak akan lupa Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) di bawah kepimpinan Recip Tayyip Erdogan yang mempunyai ramai peminat dalam kalangan profesional dan separa profesional Pas yang sedih rata-rata gagal mempertahankan kedudukan mereka dalam pilihan presiden Pas pada Khamis. Semoga mereka yang berbakat dan berpotensi antara yang kalah dan juga tidak bertanding diberi peranan oleh kepimpinan baharu.
Erdogan sudah berkuasa selama 12 tahun sebagai Perdana Menteri dan kini Presiden. Jika AKP memenangi PRU Turki hari ini dan diramal begitu, Erdogan akan muncul sebagai Charles de Gaulle atau Vladamir Putin negara itu. Kenapa Erdogan dan AKP berjaya? Mungkin sebagai iktibar kepada Pakatan Rakyat, Pas khususnya.
Erdogan “menjinakkan” musuh dan bakal musuhnya termasuk jeneral dan ketua institusi sekularis Turki. Terpenting Erdogan berjaya antaranya membawa kemakmuran, kestabilan politik dan ekonomi serta dasar luar yang proaktif. Dalam kalangan kita belum berkuasa sangat lagi pun telah pun menakut-nakutkan rakyat biasa, Melayu dan bukan Islam. Pujuk dan jinakkan mereka terlebih dahululah!
Potensi Pakatan Rakyat menang dalam PRU14 cerah jika kepimpinan Pakatan Rakyat disenangi. BN bukan kuat sangat. Umno nampak tidak popular tetapi masih teguh dan siapa underestimate Umno tidak bijak. Pakatan Rakyat tidak ada muka baharu sebagai alternatif kepada Najib Tun Razak; kata Speaking, kepimpinan Pakatan Rakyat adalah “lack-lustre”.
Kenapa tidak ketengahkan Rafizi Ramli, Azmin Ali, Zairil Khir Johari, Liew Chin Tong, Tony Phua, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dan Datuk Nik Amar Nik Abdullah? Pakatan harus timbulkan ramai lagi pemimpin yang benar-benar muka baharu - bersih dari skandal dan bakal gosip - barulah Umno terpinga-pinga! Saya suka lihat parti saya tercengang-cengang dengan pendekatan baru Pakatan Rakyat.
Jika ini berlaku, Pakatan Rakyat dengan kepimpinan ulama dan profesional daripada PKR dan DAP akan memberi cabaran terhebat pada parti pemerintah. BN bahkan Umno bukan kebal, kedua-dua tidak harus dibiar dengan impunity seperti sekarang.
Apa pun awasi nasihat saya ini - Umno banyak pengalaman barangkali belum dilalui Pas, DAP dan PKR, justeru mengalah BN di Sabah dan Sarawak serta di luar bandar dan di majoriti kampung tradisional Melayu di Semenanjung, adalah satu perkara yang amat sukar tetapi tidak mustahil.
Pakatan Rakyat mesti lebih fokus dan strategik dalam kempen mereka menentang parti pemerintah. Begitu juga Umno mesti lebih fokus, pintar dan strategik dalam menggunakan kuasa serta largesse dan pork - barrel politiknya dengan lebih adil dan saksama serta lebih menyeluruh.
Oleh : TAN SRI ABDULLAH AHMAD
Suara Politik
Belantan
Belanda, Rusia mahu dalang tragedi MH17 dihukum?
AMSTERDAM – Menteri Luar Belanda, Bert Koenders dan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergey Lavrov mengadakan perbincangan untuk melancarkan usaha memburu dan menghukum suspek yang terlibat dalam kes menembak jatuh pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada Julai tahun lalu.
Koenders berkata, secara dasarnya, Lavrov bersetuju dan menyokong resolusi yang dikuatkuasakan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyeru masyarakat dunia untuk membawa dalang tragedi tersebut ke muka pengadilan.
“Sudah menjadi tugas kepada kerajaan Belanda untuk melakukan apa saja bagi memastikan masyarakat dunia memberi perhatian kepada insiden MH17.
“Itu adalah kewajipan kami kepada mangsa dan ahli keluarga mereka,” kata Koenders dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Kementerian Luar Belanda.
Senada dengan Koenders, Lavrov mengulangi pendirian Moscow yang mahu siasatan secara bebas, komprehensif dan global dilaksanakan terhadap tragedi tersebut.
Pesawat MH17 yang membawa 298 krew dan penumpang, kebanyakannya rakyat Belanda, ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lalu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam serangan tersebut, menyebabkan Ukraine dan Rusia saling menyalahkan antara satu sama lain.
Kerajaan Belanda mengetuai siasatan kes itu dan berikrar untuk membawa pihak yang terlibat ke muka pengadilan walaupun kes berkenaan merupakan kali pertama berlaku dalam sejarah dan bakal memberi cabaran dari sudut undang-undang dan politik untuk membicarakan suspek.
Laporan penuh yang membongkar punca sebenar pesawat itu terhempas dijangka didedahkan pada Oktober ini oleh Lembaga Keselamatan Belanda. – REUTERS
Suara Politik
Belantan
Jumaat, Jun 05, 2015
Pro Ulama kuasai pemilihan PAS, PASma bakal tubuh parti baru?
KUALA SELANGOR 4 Jun - Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‘mengetuai’ barisan golongan ulama menumbangkan kumpulan profesional dalam pemilihan Pas yang berlangsung di sini hari ini.
Dalam keputusan pemilihan yang diumumkan secara berperingkat-peringkat kira-kira pukul 10 malam, Abdul Hadi mengekalkan jawatan Presiden dengan memperoleh 928 undi bagi menewaskan pencabarnya, Ahmad Awang yang mendapat hanya 233 undi. Ini merupakan kali pertama Abdul Hadi yang menduduki jawatan itu sejak 2002 dicabar.
Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menepati ramalan apabila mengalahkan penyandangnya, Mohamad Sabu atau Mat Sabu apabila memperoleh 881 undi. Mat Sabu pula sekadar mendapat 279 undi.
Kemenangan Tuan Ibrahim disifatkan isyarat perwakilan yang mahukan ulama kembali menduduki kerusi nombor dua parti itu yang disandang oleh Mat Sabu sejak tahun 2011.
Kerusi Naib Presiden turut menyaksikan penguasaan golongan ulama apabila dua penyandang jawatan itu Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa tewas. Turut tewas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar.
Ketiga-tiga kerusi Naib Presiden dimenangi oleh Idris Ahmad yang memperoleh 896 undi, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (710 undi) dan Datuk Iskandar Abdul Samad (672 undi).
Gelombang penguasaan ulama sememangnya sudah dijangka apabila kelmarin calon-calon proulama di Dewan Pemuda Pusat dan Dewan Muslimat Pas Pusat mencatatkan kemenangan.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menewaskan Suhaizan Kaiat bagi jawatan Ketua Pemuda manakala Nuridah Salleh menguasai semula jawatan Ketua Dewan Muslimat selepas menewaskan penyandangnya, Siti Zailah Mohd. Yusoff.
Golongan proulama juga menguasai jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.
Turut tersingkir daripada kerusi itu ialah Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, Hanipa Maidin, Dr. Hatta Ramli, Khalid Samad dan Dr. Dzulkefly Ahmad.
Kemenangan pro ulama dijangka memperkukuhkan dasar perjuangan Islam Pas dan membuka ruang kepada parti itu untuk lebih tegas mempertahankan prinsip khususnya dalam berhadapan dengan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Sokongan padu kepada golongan pro ulama juga dianggap tindak balas ahli-ahli Pas terhadap kebiadapan DAP yang bertindak memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi tetapi masih terus mahu bekerjasama dengan Pas.
Sebanyak 1,162 daripada 1,189 perwakilan mengundi dalam pemilihan yang dianggap kali pertama menyaksikan pertembungan terbuka antara golongan pro ulama dan profesional.
Suara Politik
Belantan
DAP parti cauvinis Cina mahu kuasai Pas satu fitnah – Khalid?
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad, tampil mempertahankan DAP dengan menganggap tuduhan bahawa parti cauvinis Cina itu cuba menguasai parti Islam tersebut melalui muktamar kali ini adalah fitnah semata-mata.
Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam bertegas bahawa sikap DAP terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiada kena-mengena dengan pemilihan Pas.
Kenyataan Khalid itu jelas bertentangan dengan ‘pengesahan’ Abdul Hadi sendiri apabila Presiden Pas tersebut dalam kenyataan terbaharunya berkata terpulang kepada ahli Pas untuk memilih pemimpin sendiri atau mengikut telunjuk DAP pada pemilihan kali ini.
“Saya tidak nampak adanya apa-apa usaha DAP untuk menguasai Pas. Sikap DAP terhadap Presiden tiada kena-mengena dengan muktamar. Ia adalah hasil dari salah faham berpanjangan sejak isu Menteri Besar Selangor,” kata Khalid menerusi blognya hari ini.
Khamis lalu, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, tindak-tanduk pemimpin DAP kebelakangan ini jelas menunjukkan adanya perancangan parti itu untuk menguasai Pas melalui pemilihan muktamar Pas bulan depan.
Tegasnya lagi, sikap DAP yang keterlaluan campur tangan terhadap urusan dalaman Pas serta cubaan untuk mencorakkan organisasi kepemimpinan parti itu bakal menjadi punca kepada keretakan dalam pakatan pembangkang.
Dalam pada itu, Khalid bertindak menyelar Mohd. Zuhdi dengan menuduh, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas tersebut mahu memecahbelahkan Pas dengan DAP dan PKR apabila mengeluarkan kenyataan DAP mahu mencorakkan Pas.
“Mesej di sebalik tulisan Mohd. Zuhdi adalah jelas. Mesejnya adalah DAP musuh Pas sebenar. Menuduh DAP ingin menguasai Pas dan adanya proksi DAP dalam Pas merupakan usaha untuk menanamkan kebencian dalam kalangan ahli Pas terhadap DAP,” katanya.
Suara Politik
Belantan
Khamis, Jun 04, 2015
Bukan Pas yang beritahu saya apa perlu dilakukan – Guan Eng?
Meskipun dikecam hebat oleh Pas, Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng tetap berkeras untuk terus menyerang rakan sekutunya sambil menegaskan, parti Islam itu tidak layak mengajar partinya cara berpolitik.
Guan Eng berkata, beliau akan terus bersuara sekiranya perlu demi kepentingan parti dan rakyat.
Malah tegas beliau, pendirian DAP itu tidak akan berubah, tidak kira sebelum atau selepas muktamar Pas yang sedang berlangsung sekarang!
“Bukan Pas atau Abdul Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang memberitahu saya apa yang perlu saya dilakukan. Hanya DAP boleh beritahu saya apa yang perlu dilakukan.
“Jika dengan berbuat demikian ia memberi manfaat kepada sokongan (perwakilan Pas terhadap) Abdul Hadi, jadi, Abdul Hadi perlu menggalakkan kita untuk terus bersuara,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Guan Eng memberitahu, beliau telah pun mengemukakan lima soalan untuk dijawab Abdul Hadi yang merangkumi persoalan tentang hudud, Kerajaan Perpaduan (UG), keengganan Presiden Pas itu berunding dengan pemimpin-pemimpin pembangkang dan tidak berpegang kepada komitmen pada manifesto pembangkang.
Suara Politik
Belantan
Rabu, Jun 03, 2015
Muktamar Pas: Pasma atur rancangan besar untuk menang?
Mohd. Zuhdi Marzuki
KUALA LUMPUR – Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) diyakini sedang mengatur rancangan besar bagi memastikan kumpulan yang condong kepada mereka memenangi jawatan-jawatan yang dipertandingkan dalam Muktamar Pas yang bermula semalam.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, perancangan Pasma adalah begitu terdesak sehingga muncul pencabar bagi jawatan Presiden, menyebabkan pertandingan kali ini adalah antara blok atau kumpulan.
Jelasnya, terdapat blok yang mendukung Presiden Pas sekarang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta kepemimpinan ulama dan satu lagi blok adalah yang serasi dengan DAP, diketuai bekas Naib Presiden Pas, Ahmad Awang.
“Pasma yang dilancarkan penubuhannya pada tahun lalu adalah jenama baharu daripada sebuah kumpulan yang mahu membawa wajah baharu dan progresif dalam Pas yang wujud sejak tahun 1998 lagi.
“Kemunculan Pasma semasa pelancarannya di Pustaka Zahra, Kota Bharu tahun lalu hanya mewakili kemunculan satu pertiga daripada kumpulan baharu yang ingin dibentuk ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Mohd. Zuhdi, dalam Muktamar Pas kali ini, Pasma berperanan dengan jelas untuk berada di belakang Ahmad bagi mencabar kedudukan Presiden.
Beliau berkata, program yang melibatkan Ahmad juga banyak dianjurkan oleh mereka sama ada daripada ahli Pasma sendiri ataupun mereka yang mesra dengan Pasma.
Katanya, dalam muktamar kali ini, Pasma dilihat melakukan cubaan nekad untuk mencorakkan kepemimpinan Pas dengan merancang beberapa individu yang perlu dinaikkan atau yang perlu diturunkan.
“Sekiranya cubaan mereka (Pasma) menyingkirkan Abdul Hadi dan kumpulan yang mendukung kepimpinan ulama berjaya, selepas ini, Pas akan menjadi ‘budak suruhan’ DAP dalam pakatan pembangkang.
“Sekiranya cubaan mereka gagal, Pasma berkemungkinan akan menubuhkan parti baharu sebagaimana yang diuar-uarkan oleh mereka baru-baru ini,” katanya.
Suara Politik
Belantan
Selasa, Jun 02, 2015
Keputusan Hadi putus hubungan dengan DAP pandangan peribadi ?
TUMPAT – Calon Presiden Pas, Ahmad Awang menyifatkan keputusan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersedia memutuskan hubungan dengan DAP dalam pakatan pembangkang hanya sekadar pandangan peribadi beliau.
Ahmad yang juga bekas Naib Presiden Pas menegaskan, sebarang ketetapan mengenainya hanya boleh diputuskan melalui muktamar, bukan melibatkan keputusan individu.
Beliau berkata, setakat ini, Pas masih kekal dalam pakatan pembangkang sehingga terdapat cadangan baharu mengenainya pada muktamar nanti.
“Siapa sahaja pemimpin tertinggi kata nak keluar pakatan hanya pendapat individu, malah bercanggah dengan muktamar. Kuasa tertinggi dalam parti adalah muktamar.
“Kekal dalam pakatan pembangkang bergantung pada keputusan muktamar, kalau saya hendak macam itu (kekal) tetapi keputusan yang lain terserahlah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Kukuhkan Pakatan Pembangkang, Tumbangkan BN di sini malam tadi.
Yang turut sama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari.
Sebelum ini Abdul Hadi membayangkan persoalan sama ada Pas akan terus bersama pakatan pembangkang atau sebaliknya bakal terjawab selepas Muktamar Tahunan parti itu yang berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini.
Krisis antara Pas dengan DAP timbul apabila wujud pertikaian membabitkan keputusan Abdul Hadi untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Malah pemimpin-pemimpin DAP, Setiausaha Agungnya yang belum disahkan, Lim Guan Eng secara berterusan mengkritik Presiden Pas itu termasuk mendakwa hanya jasad Abdul Hadi bersama pakatan, sebaliknya hati bersama UMNO.
Sementara itu Ahmad ketika berceramah sebelum itu berkata, beliau mengakui pada mulanya Pas bersama DAP memang terdapat masalah tetapi hasil daripada perbincangan selain saling memahami di antara kedua-dua parti tersebut, segala percanggahan itu dapat diatasi.
“Kita berpakat, itulah jadi pakatan, tetapi masalahnya ada sesetengah pemimpin itu tidak mahu bincang, datanglah masalah lain.
“Sebabkan itu juga menyebabkan ada gaduh (tidak bersefahaman). Ketika-tiga pemimpin tertinggi Pas juga perlu bijak merungkai masalah ini agar Pas kekal dalam pakatan pembangkang,” katanya.
Dalam pada itu Ahmad berkata, Pas perlu kekal dalam pakatan pembangkang sekiranya mahu melihat parti itu terus maju ke hadapan.
Suara Politik
Belantan
Ahad, Mei 31, 2015
Sindir Hadi: Mat Sabu buka ruang pada parti lawan?
PASIR MAS - Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang membuat kritikan terbuka dan sindiran ke atas Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuka ruang kepada pihak lawan untuk menyerang kepimpinan seterusnya melemahkan perpaduan parti.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, kritikan terbuka itu boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap kepimpinan Pas dan ia sepatutnya dibuat secara dalaman.
"Sebagai Timbalan Mursyidul Am, saya nasihatkan supaya apa-apa jua masalah dalaman parti jangan didedahkan kepada umum dan seboleh-bolehnya diselesaikan secara tertutup," katanya.
Terdahulu, Ahmad yang merupakan Menteri Besar Kelantan merasmikan Majlis Sambutan Jubli Perak Kelantan Membangun Bersama Islam Zon Utara di Stadium Mini Pasir Mas di sini, hari ini.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Abdullah Yaakob, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi, Datuk Hanifa Ahmad.
Sebuah akhbar hari ini melaporkan, Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu secara terbuka mengkritik dan menyindir Abdul Hadi ketika menyampaikan ceramah 'Kukuhkan Pakatan Pembangkang, Tumbangkan BN', di Tumpat.
Mat Sabu mengkritik kegagalan Abdul Hadi menawan Terengganu dan menyindir Ahli Parlimen Marang itu yang mahu keluar daripada pakatan pembangkang.
Tegasnya, Pas tidak mampu mencapai kemenangan dalam pilihan raya sekiranya tidak mendapat bantuan parti lain dalam pakatan pembangkang.
Ahmad berkata, Pas membuka ruang ahli untuk melontarkan pandangan terhadap parti melalui muktamar yang bakal berlansung tidak lama lagi.
"Kita ada ruang untuk bagi pandangan, dengar dulu ucaptama dari Presiden kemudian bahaslah dengan memberikan cadangan serta idea kearah memperkukuhkan parti bukannya menghancurkan," katanya.
Suara Politik
Belantan
Sabtu, Mei 30, 2015
Mee Kari ada tulang babi?
Sekadar gambar hiasan
IPOH – Sebuah kedai yang menjual mee kari di Ipoh dikatakan tidak halal kerana menggunakan tulang babi dalam kandungan kuah kari.
Memetik laporan sebuah portal, premis yang dimaksudkan adalah kedai Mee kari Merdeka Garden yang terletak di Jalan Labrooy, Ipoh.
Terdapat ura-ura menyatakan pegawai agama telah melakukan operasi mengejut di premis tersebut dan mengesahkan perkara itu.
Difahamkan, ramai pelanggan yang terdiri daripada orang Melayu yang suka makan di gerainya sejak dahulu lagi tanpa mengambil kira soal halal dan haram.
Bagaimanapun, pemilik gerai tersebut menafikan dakwaan itu melalui akhbar Kosmo! 26 Mac yang lalu.
Menurut pengusahanya, Lai Sang Hung, 75, dia telah difitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan ini merupakan kali kedua dirinya difitnah selepas kes 2013.
Lai menjelaskan, semua bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan makanan tersebut mempunyai logo dan diperakui halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
"Saya yakin, mesti ada orang yang tidak senang dengan perniagaan saya tetapi pelanggan-pelanggan Melayu masih datang makan sini dan percaya sama saya," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIPK, Ahmad Nizam Amiruldin menafikan serbuan telah dilakukan ke premis berkenaan.
"Kami tidak melakukan sebarang serbuan ke atas premis ini seperti yang didakwa. Kedai itu milik orang bukan Islam, tiada sebab untuk kami berbuat demikian," katanya.
Jelas sekali gerai itu tidak mempunyai sijil halal yang diberikan oleh JAKIM. Pengusahanya hanya memberikan jaminan menggunakan bahan-bahan yang disahkan halal oleh JAKIM namun tidak pernah memohon sijil Halal dari JAKIM.
Kenyataan Pegawai JAIPK juga jelas, gerai itu bukan milik peniaga Islam dan adalah lebih baik umat Islam tidak berkunjung dan menjamah makanan di premis yang tidak mempunyai sijil halal.
Jabatan Agama Islam sentiasa mengigatkan umat Islam supaya sentiasa berwaspada mengenai soal halal dan haram makanan dan minuman.
Suara politik
Belantan
Jumaat, Mei 29, 2015
Aidil Zafuan hanya mampu beri Rita Rudaini RM20 sehari?
Pemain pertahanan bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak mengaku di Mahkamah Tinggi Syariah, dia hanya mampu memberi RM20 sehari sebagai perbelanjaan makan dan minum kepada bekas isterinya, pelakon Rita Rudaini.
Aidi berkata jumlah tersebut adalah RM10 untuk perbelanjaan makan dan minum pada sebelah siang dan RM10 pada sebelah malam.
Ketika ditanya peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang mewakili Rita tentang perbelanjaan sarapan dan minum petang untuk Rita, Mohd. Aidil Zafuan berkata, dia jarang bersarapan dan tidak makan lewat malam.
Mohd. Aidil Zafuan, 27, juga menyifatkan jumlah sebanyak RM43 sehari yang dicadangkan Mohd. Zaidi sebagai perbelanjaan makan dan minum untuk bekas isterinya itu adalah di luar kemampuannya.
Rita Rudaini Mokhtar, 39, sebelum ini memohon tuntutan nafkah yang meliputi sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam yang berjumlah RM50 sehari.
Mohd. Aidil Zafuan juga menegaskan dia hanya mampu memberi RM1,000 sebagai perbelanjaan tersebut setiap bulan berbanding RM1,500 sebulan yang dituntut Rita.
Dia berkata demikian semasa disoal balas oleh Mohd. Zaidi dalam prosiding perbicaraan tuntutan tunggakan nafkah berjumlah RM102,000 yang difailkan Rita pada 20 Januari tahun lalu.
Rita mengemukakan tuntutan itu bagi tempoh 20 bulan dari tarikh Mohd. Aidil Zafuan yang diwakili peguam syarie, Rushdan Sujak Rafie, meninggalkannya pada Januari 2012 hingga dia diceraikan pada Ogos 2013.
Tuntutan tersebut meliputi makan dan minum sebanyak RM30,000, bil utiliti (RM12,000), pakaian dan keperluan diri (RM10,000), kos pengangkutan (RM20,000) dan sewa rumah (RM30,000).
Dalam pada itu, Mohd. Aidil Zafuan juga mengaku sepanjang tempoh 20 bulan tersebut dia tidak pernah membeli bahan mentah untuk dimasak oleh Rita, tidak pernah membawanya makan di luar ataupun membeli pakaian untuk bekas isterinya itu.
Namun dalam afidavit keterangan bertulis pemain bola sepak kebangsaan itu, dia memberitahu telah memperuntukkan RM2,000 atau RM3,000 sebulan selain RM4,000 setiap kali musim perayaan untuk Rita dan anak-anaknya sejak tinggal berasingan.
Katanya, dia akan memaklumkan melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Rita jika telah memasukkan sejumlah wang dalam akaun milik pelakon itu namun tiada maklum balas daripadanya sama ada telah menerima wang berkenaan.
Mohd. Aidil Zafuan berkata, bekas isterinya itu tidak pernah memaklumkan kepadanya sama ada wang berkenaan tidak mencukupi untuk perbelanjaan dan keperluannya.
Dalam pada itu, ketika disoal peguam sama ada Mohd. Aidil Zafuan tahu bahawa Rita tidak menghalalkan nafkah yang tidak diberi olehnya, pemain JDT itu berkata dia tidak tahu.
Hakim Syarie Mawardi Che Man yang mendengar prosiding kes tersebut menetapkan perbicaraan bersambung 14 September ini.
Terdahulu beliau menetapkan 1 Julai untuk hujahan kedua-dua pihak bagi kes tuntutan mutaah RM300,000 oleh Rita.
Suara Politik
Belantan
Rabu, Mei 27, 2015
Jakim jelas punca tarik sijil halal Secret Recipe?
Punca sebenar penarikan Sijil Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap Syarikat Secret Recipe adalah disebabkan faktor kebersihan dan bukannya penggunaan produk haram seperti yang disebarkan di laman sosial.
Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, penarikan tersebut disebabkan berlakunya pelanggaran terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan kesalahan kebersihan yang serius.
“Penarikan ini tidak disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk.
“Bahagian Hab Halal telah memanggil syarikat terbabit dan syarikat berkenaan telah berjanji akan melakukan tindakan segera berhubung kesalahan yang dilakukan sehingga mengakibatkan Sijil Halal Malaysia mereka ditarik balik,” katanya menerusi sebuah kenyataan, hari ini.
Menurut Hakimah lagi,pihaknya sentiasa menitik beratkan soal kebersihan dalam proses pembuatan dan pemprosesan makanan di negara ini.
Meskipun Sijil Halal bagi syarikat Secret Recipe ditarik balik, jelas Hakimah, syarikat itu masih boleh memohon semula sijil tersebut.
“Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia berkuatkuasa pada 7 Mei lalu. Bagaimanapun penarikan tersebut tidak menghalang syarikat itu untuk memohon semula sijil sekiranya tindakan pembetulan telah dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal negara ini.
“Pihak Jakim akan membuat penilaian semula terhadap permohonan tersebut berdasarkan pemeriksaan dan pematuhan ke atas Malaysia Standard 1500:2009 dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2014,” katanya lagi.
Suara Politik
Belantan
Khamis, Mei 21, 2015
Rohingya: Mengapa Aung San Suu Kyi berdiam diri?
Presiden Myanmar, Thein Sein dahulunya mencadangkan supaya etnik minoriti Rohingya yang tinggal di Myanmar selama beratus tahun ‘ditempatkan’ semula di luar negara.
Meskipun usul itu ditolak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Presiden Thein memperkenalkan polisi domestik yang tidak mengiktiraf etnik Rohingya sebagai bukan warganegara.
Susulan polisi itu, warga Rohingya mula diusir dan sehingga kini menjadi pelarian di serata negara Asean.
Pemenang anugerah Nobel dan pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi terus mendiamkan diri mengenai isu ‘penghapusan etnik’ Rohingya ini.
Suu Kyi pernah menimbulkan kontroversi berikutan wawancaranya dalam akhbar the Guardian pada Julai 2012. Ahli politik berusia 69 tahun ini mengatakan bahawa dia tidak mengetahui sekiranya etnik Rohingya boleh dianggap sebagai penduduk Myanmar.
November tahun yang sama Suu Kyi dalam temubual berita India menyifatkan dia mahu mengambil jalan tengah dan berusaha ke arah perdamaian.
Sepanjang minggu ini, dianggarkan lebih 6,000 pendatang asing etnik Rohingya yang terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan warga emas menjadi pelarian selepas meninggalkan Myanmar menggunakan bot.
Persoalan yang timbul di laman Twitter tentunya mempersoal Suu Kyi yang terus mendiamkan diri, seakan-akan tidak mahu campur tangan dalam malapetaka kemanusiaan ini.
Suara Politik
Belantan
Isnin, Mei 18, 2015
Kenapa Presiden Pas tidak boleh dicabar?
KOTA BHARU - Pas bukan seperti parti politik lain yang bebas mempertandingkan jawatan presiden dengan alasan demokrasi dan hak dibenarkan oleh perlembagaan.
Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Ulama Pas Kelantan, Mohd Asri Daud berkata, rujukan dalam pemilihan ketua parti mengikuti sistem Syura dan Nizham Ikhtiar Al-Khalifah bukannya perlembagaan parti semata-mata.
“Pencabar jawatan Presiden Pas dalam Muktamar Pas Pusat Jun depan masih boleh membuat keputusan untuk tidak bertanding dan peluang menarik diri masih terbuka sehingga 19 Mei ini.
“Bagaimanapun jawatan lain selain Presiden terbuka kepada calon-calon yang dicadangkan oleh kawasan dan pastinya mereka mempunyai kelayakan,” katanya.
Mohd Asri yang juga Bendahari Dewan Ulama Pas Pusat berkata, dalam ilmu Harakah Islamiyyah (HI) terdapat susunan dan tertib anggota yang diambil kira dalam pelantikan kepimpinan tertinggi di mana hanya Ustaz Mursyid yang sewajibnya memegang amanah sebagai khalifah.
Tambahnya, sebagai contoh Syeikh Said Hawwa yang menamakannya dengan Wali Mursyid mempunyai pandangan dan gerak kerjanya diterima di peringkat dunia dan dia turut memimpin HI di peringkat dunia.
“Dari sudut amalan dan rohani pula, dia telah mencapai tahap tidak melakukan dosa dengan sengaja, ternyata muwasofat ini ada pada Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memimpin Pas sebagai HI di Malaysia ketika ini,” katanya.
Katanya, mengikut disiplin HI berdasarkan sunnah pemilihan Khalifah, tiada siapa yang boleh cabarnya selagi ketua tidak hasrat letak jawatan dan tidak berbuat kesalahan.
Suara Politik
Belantan
Ahad, Mei 17, 2015
Dr M isytihar tidak sokong Najib lagi?
IPOH - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan tidak lagi menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana didakwa lemah dalam mentadbir negara.
Beliau berkata, pelbagai langkah telah diambil bagi menasihati Najib namun perkara itu dilihat tidak memberi kesan yang positif terutama membabitkan soal kepimpinan dan pentadbirannya.
“Saya sudah berunding, nasihat dan beri pandangan kepada beliau namun ia semacam tak memberi kesan.
“Oleh itu, saya telah tulis surat mengatakan saya tidak boleh lagi sokong beliau dan buat pengetahuan semua (hadirin) Najib tidak (pernah) maklumkannya (mengenai surat) kepada sesiapa,” katanya pada program Bicara Negara Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sebuah hotel di sini, hari ini.
Mahathir berkata, tindakannya menolak kepimpinan Najib itu juga berpunca daripada kegagalan perdana menteri itu mendengar keluhan akar umbi dan rakyat jelata.
“Saya tahu ada pihak akan marah bila saya katakan perkara ini namun ingin saya tegaskan kepimpinan Najib tidak sama sepertimana arwah bapanya, Tun (Abdul) Razak yang sanggup menyelusurkan segenap kampung bertanyakan hal rakyat,” katanya.
Beliau berkata, ahli Umno terutamanya pimpinan tertinggi perlu berani menegakkan kebenaran sekali gus menggugurkan Najib daripada mengetuai Kabinet dan parti.
“Umno perlu gugurkan Najib demi tanggungjawab bangsa, agama dan negara selain tidak sesekali boleh membiarkan sokongan kepada seseorang individu menidakkan sokongan kepada agama, bangsa dan negara.
Selain itu, katanya, beliau tidak menolak Umno dan BN akan tumpas dalam PRU14 sekiranya pakatan itu mengekalkan Najib selaku Perdana Menteri.
“Mungkin, dan saya fikir Umno itu akan lenyap terus ditelan zaman,” katanya.
Suara Politik
Belantan
Isnin, Mei 11, 2015
Tabung Haji jual semula tanah di TRX?
Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) mengambil keputusan menjual semula tanah di pusat kewangan, Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) bagi mengelakkan fitnah berpanjangan dan menjaga nama baik institusi berkenaan. Keputusan itu dibuat atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pagi semalam.
Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang akhbar oleh Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan turut dihadirioleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail, Timbalan Pengarah Urusannya, Datuk Johan Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang juga ahli lembaga pengarah Tabung Haji, Prof. Emeritus Tan Sri Dr . Abd. Shukor Husin.
Berikut merupakan sedutan transkripsi Abdul Azeez yang membuat penjelasan tentang isu pembelian tanah di TRX.
SAYA mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir pada hari ini untuk satu sesi yang semua negara sedang nantikan. Apakah serangan-serangan dalam dua tiga hari ini tidak ada jawapan langsung daripada pengurusan Tabung Haji?
Alhamdulillah, hari ini kita hendak memberi sedikit penjelasan terhadap apa yang sedang berlaku. Kita semua sedia maklum, Tabung Haji merupakan institusi yang dihormati dan disegani oleh seluruh umat Islam di dalam dan luar negara.
Sudah 52 tahun Tabung Haji diwujudkan. Inilah kali pertama dalam sejarah polemik politik yang dikaitkan dengan Tabung Haji kerana membeli sebidang tanah di Kuala Lumpur iaitu TRX.
Saya dan semua ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji terkilan dan amat sedih dengan tohmahan-tohmahan yang dilemparkan kepada Tabung Haji terhadap pelaburan di TRX tersebut.
Pertama sekali, saya ingin menjelaskan tweet saya yang telah dipesongkan oleh pelbagai pihak. Saya tweet, tidak betul seperti: “TH akan mengeluarkan kenyataan secepat mungkin.”?
Saya kata tidak betul apabila Benchmark, one of the blogger yang mana kita sudah buat laporan polis pun, polis sedang siasat siapa Benchmark ini. Benchmark ini mengeluarkan kenyataan di sini.
“Tabung Haji has entered into a deal to purchase 2 plots of TRX land from 1MDB for a total sum of RM772 million cash. Tabung Haji is using depositors money and not government funds. According to a set of documents made available to us...”
Ini yang dia buat laporan. Dia kata, dia dapat dokumen Tabung Haji, dia mengaku terima dokumen tersebut, harga pembelian dan sebagainya. Keduanya, kita dikatakan beli tanah, RM194 juta.
Saya maksudkan tidak betul yang ini dan kita telah bincang waktu itu, bahawa Tabung Haji minta Ketua Pegawai Eksekutif menjawab yang mana dia sebagai ketua dalam syarikat.
Dalam konteks ini kita dapati dalam perbincangan ini, Tan Sri Ismee Ismail tidak pernah ada dalam mesyuarat pembelian tanah TRX kerana beliau adalah ahli lembaga pengarah 1MDB.
Oleh kerana itu, beliau tidak masuk dalam semua perbincangan yang dikendalikan oleh Datuk Johan Abdullah sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif.
Bila tweet saya dikatakan esok, Datuk Johan bagi kenyataan penjelasan kita beli satu tanah, dia (penulis blog) kata Aziz tipu, Aziz menafikan dan macam-macam tohmahan yang ditambah. Jadi tidak betul. Saya nak jelaskan, saya kata tidak betul. Saya bukan kata tidak benar.
Kalau tidak benar, betullah. Tidak betul, esok pengurusan Tabung Haji akan memberikan sidang akhbar segera. Keesokannya, saya ingat pada Rabu malam. Pada hari Khamis tersebut, Datuk Johan Abdullah buat sidang akhbar dan buat laporan polis terhadap Benchmark.
Dia hendak tahu mana nak dapat dokumen-dokumen ini dan pihak polis dah buka kertas siasatan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan kita akan tahu siapa penyangak daripada Tabung Haji atau daripada mana-mana yang memberi dokumen atau yang membocorkan dokumen, itu satu!
Keduanya, rundingan penjualan tanah ini dibawa kepada TH Properties pada April 2013. Satu kertas kerja dihantar oleh pihak 1MDB kepada TH Properties Sdn. Bhd., untuk menawarkan jualan sebanyak RM220 juta waktu itu, ditawarkan untuk penjualan tanah tersebut pada 2013.
Setelah setahun mereka melaksanakan kerja-kerja penyiasatan dan sebagainya. Pada Mei 2014, TH Properties dan lembaga pengarah telah meluluskan untuk dicadangkan kepada Tabung Haji membeli kawasan kediaman dengan harga RM210 juta pada waktu itu.
Setahun selepas itu, kita berbincang, dan di pihak kami, ahli lembaga pengarah tiga kali kita dapat kertas ini sehingga kita muktamadkan perjanjian tersebut pada bulan April 2015.
Maknanya, 2013, 2014, 2015...barulah termaktub pembelian tanah tersebut dengan bukan harga yang disebutkan dalam blog itu. Dia kata, kita beli RM194 juta, itu tidak betul. Walaupun penilaian telah dibuat oleh jurunilai profesional Jones Lang Wootten, yang membuat penilaian semua SOP yang kita buat melalui TH Properties dan bawa kepada kita (pengurusan).
Lepas pengurusan pergi ke panel pelaburan (IP), IP menyiasat dan meneliti sehingga mendapatkan jurunilai profesional itu dan baru bawa naik ke ahli lembaga pengarah.
Kami yang (ahli lembaga pengarah) terakhir. Itu pun tiga kali ahli lembaga pengarah melihat dokumen tersebut. Daripada 2013, 2015 baru sampai kepada kami.
Cara ahli lembaga pengarah melaksanakan tanggungjawab, dengan amanah yang diberikan kepada kami, jika satu ahli lembaga pengarah tolak, kita akan tolak semua.
Jadi, masa itu, ahli lembaga pengarah tidak ada yang tidak hadir, cuma, Tan Sri Ismee sahaja abstain kerana tidak mahu ada konflik kepentingan dan yang lain semua hadir dalam mesyuarat tersebut.
Kita putuskan pembelian tanah ini boleh dibuat kerana kita bayar harga tersebut dan pulangan kepada unjuran potensi pulangan keuntungan ialah sembilan peratus setahun.
Untuk selama tiga tahun, kita akan dapat 27 peratus. Maknanya, keuntungan kepada Tabung Haji adalah RM178 juta yang mana keuntungan Tabung Haji akan dapat melalui pembelian tanah tersebut. Kita beli banyak tanah. bukan satu ini sahaja. Kita ada banyak tanah yang dibeli. Purata tiap-tiap bulan kita ada beli tanah untuk pembangunan.
Oleh kerana tanah ini dibeli daripada 1MDB, ini yang menjadi masalah kepada Tabung Haji. Tetapi saya mahu jelaskan di sini. Setelah kita melihat banyak pandangan dalam laman web, blog, Telegram dan macam-macam. Tidak ada sama sekali ini adalah bail out. Tidak betul, bail out tidak berlaku kerana kalau kita hendak bail out, menelan RM30 bilion hingga RM40 bilion.
Ini kita beli tanah. Saya kena terangkan kepada pakcik-pakcik, makcik-makcik yang merupakan pendeposit di luar bandar yang percaya kepada Tabung Haji. Tabung Haji tidak pernah menipu mereka. Malah, dari zaman dahulu, daripada empat, lima, enam, hari ini Tabung Haji sudah boleh bayar 8.5 peratus, tidak termasuk lagi dengan zakat. Kalau dengan zakat, kita boleh bayar 11 peratus pulangan kepada pendeposit yang semuanya orang Islam dalam negara kita.
Jadi, apa yang sedang berlaku dalam dua hari ini adalah saya fikir satu polemik politik yang mengaitkan Tabung Haji. Kita tidak bail out, saya nak menjelaskan di sini, apa yang disebut dalam blog Benchmark, tidak betul.
Seterusnya, mulanya pada April 2013, kenapa Tabung Haji hendak beli tanah ini? Kita mengambil peluang sebagai sebuah agensi dimiliki bumiputera Islam untuk memiliki aset dalam kawasan pembangunan TRX. Hanya terakhir, satu sahaja lagi tanah terbaik dalam Kuala Lumpur, sebelah KLCC (Kuala Lumpur City Centre). Yang mana kita merasakan dalam semua lapisan laporan yang kita dapat, ini tanah yang sangat bernilai tinggi, sebagai institusi Islam untuk pergi ke situ.
Dalam Kuala Lumpur ini, tidak banyak kepunyaan institusi Islam atau bumiputera. Oleh itu, kita mahu masuk. Potensi pulangan pelaburan baik, unjuran sembilan peratus setahun dan lokasi pelaburan hartanah itu berpotensi tinggi kerana stesen Mass Rapid Transit (MRT) terbesar. Dua laluan terdapat di situ.
Terdapat akses langsung, dari MEX, Smart dan DUKE, laluan pejalan kaki, kawasan Bukit Bintang, KLCC dan insentif-insentif cukai khas yang diberikan kerajaan kepada kita.
Proses yang kita buat itu memanglah proses penilaian pelaburan melalui pelbagai peringkat daripada proses ketekunan wajar, perundangan, memenuhi syariah dan kewangan, penilaian risiko, panel pelaburan, lembaga pengarah akhirnya baru pergi kepada menteri.
Maknanya, dalam tempoh tiga tahun baru sampai kepada menteri untuk buat kelulusan, satu proses yang amat teliti dan menyeluruh.
Insya-Allah. Saya juga nak bagi tahu di sini tidak ada konflik kepentingan antara kita dengan 1MDB. Kita beli ini, macam kita beli tanah orang biasa. Kita beli tanah orang Melayu, bukan Melayu, biasa kita beli tanah.
Dan hari ini, kalau kita melihat keadaan sekarang harga getah jatuh, harga kelapa sawit jatuh, yang boleh mendapatkan unjuran untuk kita memberi dividen yang tinggi ialah hartanah.
Itu sebabnya, apatah lagi kita mendapat pekeliling daripada Kementerian Kewangan bahawa kita tidak boleh beli tanah di luar negara.
Walaupun Tabung Haji ada pelaburan hartanah di United Kingdom, Australia, sedangkan kita bangunkan bangunan-bangunan yang canggih di Australia. Kita ada di Mekah, Madinah, Arab Saudi dan sebagainya dan ini bukan perkara yang baru.
Ini juga bukanlah macam yang digembar-gemburkan dalam beberapa blog ataupun media sosial yang tidak bertanggungjawab yang mengatakan letak gambar seorang wanita yang ingin mengeluarkan wang deposit dari Tabung Haji.
Setiap duit yang makcik letak, RM1 dalam Tabung Haji, dijamin penuh oleh kerajaan Malaysia. Duit makcik tidak boleh dicuri, tidak boleh diambil sewenang-wenangnya. Itu dalam Akta Tabung Haji.
Dalam akta itu juga, kita boleh berniaga, boleh melabur dan boleh beli hartanah. Cara nak beri penjelasan mudah seperti yang dinyatakan itu, bukan seperti gaya kita ambil duit makcik yang nak pergi Mekah.
Sudah ada dalam rangkaian kita. Sudah ada 15 peratus daripada duit RM56 bilion kita sudah letak peruntukannya untuk hartanah dan pembangunan.
Dan hari ini, kita baru pakai tidak sampai pun 10 peratus, masih ada RM5.6 bilion peruntukan untuk kita beli hartanah, tanah dan sebagainya. Bukan ambil duit pendeposit yang nak pergi haji tahun ini, tidak.
Saya kena tekankan di sini, ini adalah satu polemik politik mereka cuba nak kaitkan Tabung Haji.
Jadi, Tabung Haji dalam konteks ini, saya nak bagi jaminan. Saya faham semua pihak termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri takut duit ini untuk bail out, takut duit ini disalah guna.
Tanah ini kita tidak beli dua. Signature Tower kita tidak beli. Kita beli sebuah dengan harga yang berpatutan. Mereka (penulis blog) tanya balik, kenapa kita beli harga mahal.
Sebenarnya kita ikut harga pasaran. Kita dah buat perkiraan pulangan pelaburan (Return of Investment-ROI). Mereka juga sudah melakukan infrastruktur. Kalau dahulu, di situ ada kuarters kerajaan, boleh tengok dalam blog gambar baharu dan gambar lama. Gambar lama dahulu, ada kuarters dan pelbagai yang perlu diselesaikan dengan infrastruktur dan utilitinya.
Hari ini, pihak 1MDB sudah selesaikan sehingga peringkat development order (arahan pembangunan) sudah tersedia. Cuma, Tabung Haji datang, kita beli, kita beri pelan kita. Apabila kita bagi pelan untuk pembangunan, dan lepas itu, dia bangunkan bangunan tersebut.
Pengalaman Tabung Haji, Alhamdulillah, TH Properties Sdn. Bhd., sudah banyak melaksanakan projek seperti ini. Jadi, bukan satu perkara baharu atau tanah pertama Tabung Haji beli.
Saya nak tekankan kepada makcik-makcik yang di kampung termasuk kampung saya di Baling. Rakyat risau ke mana duit itu pergi. Saya kena jelaskan. Kita tidak bayar 1MDB untuk saja-saja. Kita sudah beli tanah.
Sekarang, tanah ini ada pada kita dengan pelbagai jaminan, dengan geran-geran tanah yang lain banyak diberikan kepada kita. Jadi, pembelian tanah ini sah tidak ada penipuan, malah kita pun terima banyak panggilan telefon, minta penyiasatan dibuat, kita alu-alukan.
Kita alu-alukan badan-badan berkanun boleh datang menyiasat, sebab kita bukan nak tipu. Bukan nak berselindung apa-apa. Kita bukan diarah atau disuruh, kita beli atas sebab commercial decision yang boleh menguntungkan Tabung Haji supaya dapat kita memberi pulangan dividen secara syariah compliance kepada rakyat atau pendeposit-pendeposit.
Saya nak tekankan di sini dua perkara, seluruh rakyat kena faham dan kena tahu. Bila ada tohmahan-tohmahan yang begitu dahsyat mengkritik Tabung Haji pada sehari dua ini. Saya nak beritahu, saya nak jelaskan, pada tahun ini, kita nak melaksanakan ibadah haji, kosnya adalah RM17,270. Makcik di Baling, makcik di Padang Terap, makcik di Yan, makcik di Kelantan, pakcik di Sabah, Sarawak, sesiapa sahaja nak pergi haji, kena bayar RM17,270.
Tabung Haji hanya mengenakan caj sebanyak RM9,980. Perbezaannya adalah RM7,290 seorang. Ini akan disubsidikan oleh Tabung Haji.
Macam mana Tabung Haji nak bagi subsidi ini sekiranya kalau kita tidak boleh melabur dalam hartanah, perladangan dan sebagainya. Mana kita nak dapat. Bayangkan dalam keadaan hari ini, negara yang agak muram dari sudut kewangannya, Tabung Haji membuat keputusan menaikkan caj sebanyak RM3,000. Katalah Tabung Haji naikkan caj RM3,000, sebagai contoh. Apa yang akan berlaku? Kasihan kepada rakyat.
Jadi, untuk tahun ini, Tabung Haji kena siapkan subsidi minimum RM120 juta. Sebab apa? Kalau dikira, kali ini, 22,320 orang dapat pergi haji, kali dengan RM7,290, lebih kurang RM160 juta lebih. Tetapi, tidak semua pergi dengan muassasah. Ada yang pergi dengan pakej.
Pergi pakej, mereka bayar sendiri. Ini untuk makcik pakcik dari kampung, kita subsidi untuk mereka, tahun ini sahaja, minimum RM120 juta. Untuk dapatkan wang ini, kita kena berniaga, kena melabur dari sudut hartanah menepati kehendak syariah, ini termaktub dalam akta Tabung Haji. Memang sudah sedia ada, satu!.
Keduanya, saya dan rakan-rakan ahli lembaga pengarah lebih terkilan dan sedih kerana dahulu, Tabung Haji bayar dividen enam peratus, 5.5 peratus, lima peratus, 4.7 peratus. Ini terdahulu.
Alhamdulillah, dengan berkat semua menyokong usaha Tabung Haji, dengan dirahmati Allah, kebetulan saya menjadi pengerusi, dan rakan-rakan ahli lembaga pengarah ada, Alhamdulillah, hari ini Tabung Haji pada 2013, kita boleh bayar enam campur dua, jadi lapan peratus. Tahun 2014, kita bayar 6.25 peratus campur dua peratus, jadi 8.25 peratus.
Saya nak jelaskan kepada sahabat-sahabat. Untuk kita bayar 2014, kita perlu untung RM3.248 bilion untuk membayar dividen ini. Bayangkan kalau kita tidak berniaga. Kalau letak duit, Tabung Haji nak pergi Mekah, balik habis tak akan dapat apa-apa.
Ramai pak long, mak long, pakcik, makcik malah ada orang biasa dan ada yang bekerja dengan kerajaan pun letak gaji di Tabung Haji, sebab mereka melihat letak di Tabung Haji ni berkat dan dibayar zakat. Tahun sudah, hampir 11 peratus pulangan, dividen yang diberi.
Untuk meneruskan kecemerlangan ini, kami kena lakukan perniagaan. Kami kena buat perkara-perkara yang sedemikian rupa. Dalam konteks hari ini, yang menjadi viral dan menakutkan adalah memberi pandangan yang agak tidak betul. Sehingga pemandu teksi pun tahu Tabung Haji bail out 1MDB. Sampai begitu sekali viral menular ke kampung dan kepada pemandu teksi.
Hanya pembelian ini berkaitan 1MDB. Kalau kita beli bangunan dengan Tan Cheng Kong Company atau kita beli dengan Ramasamy Company, contohnya, tidak pernah ada masalah. Kita biasa beli tanah dengan orang India, Cina dan Melayu.
Yang penting, kita beli tanah pembangunan yang ada unjuran keuntungan yang menepati cita rasa Tabung Haji. Kita nak buat apa-apa pun, paling tidak enam peratus pulangan, sebab untuk mencapai 8.25 peratus dan sebagainya. Jadi kita kena laksanakan perniagaan ini. Oleh sebab itu, saya merayu kepada semua pihak jangan kaitkan Tabung Haji dalam kancah politik mana-mana pihak.
Kita hendak laksanakan ibadah ini, kita anggap sebagai ibadah, sejak kami berada di sini, tidak pernah rugi dan tidak pernah TH Properties ada sejarah rugi.
Dua tahun, bayangkan dalam konteks kes ini, sejak April 2013, proposal ini masuk dan April 2015, perkara ini selesai. Maknanya dua tahun sebelum sampai ke lembaga pengarah pun sampai tiga kali.
Kami hari ini, semua lembaga pengarah boleh tanya pada masing-masing. Kalau seorang tolak, kami semua pun tolak. Kami punya keputusan, lazimnya persepakatan bersama kerana kita tidak mahu ada dalam kalangan kita merasakan pelaburan yang kita buat yang mematuhi syariah ini bermasalah pada masa akan datang.
Dalam konteks ini, saya tahu bahawa ini adalah serangan politik. Saya sedar saya seorang ahli politik. Saya seorang ahli UMNO yang mempengerusikan Tabung Haji. Ada pihak yang tidak senang dengan saya. Saya ahli UMNO dalam konteks parti saya. Dalam kerjaya saya, saya sentiasa bersandarkan habluminallah habluminannas.
Saya sudah pergi banyak negara yang bergolak hancur, kerana ini, unsur-unsur politik. Saya fikir apa yang saya dan rakan-rakan semua buat hari ini adalah bersandarkan untuk Tabung Haji mendapatkan kecemerlangan dividen. Itu yang sedang kita lakukan.
Saya bukan pengerusi eksekutif yang ada kuasa. Kita ni adalah ahli lembaga pengarah yang mana sistem yang dilakukan pengurusan, pengurusan akan bawa kepada kami dan dan kami diberi maklumat dan kita bincang. Kita teliti, kita perhalusi. bukan satu kali buat keputusan, dalam konteks ini, tiga kali baru kita buat keputusan.
Oleh sebab itu, jangan salah tafsir, dan jangan terus menuduh kerana kita beli bangunan ini, Segala kebaikan yang dibuat oleh Tabung Haji selama 52 tahun ini, takkanlah kerana beli satu tanah ini, kita sudah rugi.
Kalau beli tanah sudah rugi, kalau ada penipuan, ada rasuah, boleh kaitkan kami. Baru beli, unjurannya pun RM178 juta hampir RM180 juta kita akan dapat.
Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) mengambil keputusan menjual semula tanah di pusat kewangan, Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) bagi mengelakkan fitnah berpanjangan dan menjaga nama baik institusi berkenaan.
Keputusan itu dibuat atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pagi semalam. Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang akhbar oleh Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail, Timbalan Pengarah Urusannya, Datuk Johan Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang juga ahli lembaga pengarah Tabung Haji, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin.-UMO
Suara Politik
Belantan
Selasa, Mei 05, 2015
Protes pencalonan Wan Azizah?
Mazli Saring (depan, tengah) bersama ahli-ahli PKR mengadakan demonstrasi aman mempertikaikan Wan Azizah Wan Ismail bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh di Pusat Komersial Permatang Pauh, Pulau Pinang, semalam.
PERMATANG PAUH - Kira-kira 30 ahli akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah naungan Suara Akar Umbi Keadilan (SAUK) hari ini mempertikaikan pencalonan Presiden parti, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon di Parlimen berkenaan.
Rasa tidak puas hati mereka itu disuarakan dalam demonstrasi aman di Pusat Komersial Permatang Pauh, di sini petang ini yang turut mempertikai pencalonan semula Wan Azizah selepas melepaskan jawatan sebagai ahli Parlimen di kerusi berkenaan pada 2008.
Presiden Penaja SAUK, Mazli Saring berkata, ahli-ahli pertubuhan itu belum melupakan alasan Wan Azizah lima tahun lalu yang melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga terutama cucu-cucu beliau.
“Saya antara orang yang bekerja kuat demi memastikan Penasihat Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dalam PRK pada 2008 selepas Kerusi Parlimen Permatang Pauh dikosongkan isterinya, Wan Azizah.
“Jadi kenapa sekarang setelah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Wan Azizah dicalonkan semula sedangkan ramai ahli parti tidak bersetuju dengan pencalonan beliau ini,” katanya kepada pemberita selepas bantahan aman itu.
Mazli yang juga ahli PKR Cabang Kuala Selangor menambah, dalam keadaan sekarang Wan Azizah sepatutnya memainkan peranan sebagai Presiden parti demi memperbetulkan segala kepincangan dalaman.
“Adakah cabang parti di Permatang Pauh ketika ini tidak mempunyai seorang pemimpin yang layak sehingga Presiden parti sendiri terpaksa bertanding?
“Kita bertindak bukan untuk menjatuhkan parti sebaliknya membawa suara-suara ahli akar umbi bagi memberi isyarat kepada pucuk pimpinan agar tidak mengambil pendekatan salah yang akhirnya memberi kesan buruk pada parti,” ujarnya.
Sementara itu, Timbalan Penaja SAUK, Nasiruddin Mohammad menegaskan, PKR sebenarnya berhadapan dengan pelbagai masalah dalaman yang sehingga kini tidak diselesaikan.
“Baru-baru ini kita bertemu dengan masalah wujudnya ahli parti yang bukan warganegara. Bagaimana keahlian boleh diberi kepada mereka yang hanya memiliki taraf penduduk.
“Selain itu, masalah lain yang sehingga kini gagal diatasi pucuk pimpinan adalah seperti pemilihan parti yang secara tidak langsung telah memburukkan imej PKR di mata rakyat,” ujarnya.
Tegasnya, SAUK akan turun padang bertemu ahli PKR di Permatang Pauh bagi meningkat kesedaran mereka terhadap pendekatan tidak wajar yang diambil pucuk pimpinan parti sekali gus menolak Wan Azizah sebagai calon.-UMO
Suara Politik
Belantan
Isnin, Mei 04, 2015
PKR bidas demonstrasi Pas?
PERMATANG PAUH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) membidas tindakan penyokong Pas yang berdemonstrasi dan melaungkan slogan Hancur PKR sebagai tanda protes semalam.
Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, adalah sukar pihaknya menemui ahli Pas pada setiap peringkat untuk memberi penjelasan tentang kemelut yang berlaku membabitkan kedua-dua parti sebelum ini.
Katanya, ahli Pas di Permatang Pauh yang masih membantah PKR perlu merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan pimpinan parti itu.
"Kita tidak boleh puaskan hati semua tetapi perbincangan sudah dibuat sebelum ini dan rujuk kenyataan berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Semalam sekumpulan penyokong Pas yang mendakwa mereka pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini berdemonstrasi selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Batu di sini dan mengancam akan memprotes secara diam dengan tidak keluar mengundi calon PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Protes itu sebagai reaksi kepada penghinaan PKR kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang susulan pembentangan draf undang-undang syariah (hukum hudud) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada bulan lepas.
Sementara itu, Naib Ketua (Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr. Afif Bahardin pula mempersenda bantahan semalam sambil mempersoalkan adakah mereka itu benar-benar ahli Pas.
Katanya, ini kerana kain rentang yang dibawa kumpulan berkenaan mirip seperti yang digunakan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Sementara itu, Nurul Izzah ketika ditanya tentang ketiadaan pemimpin Pas dalam sidang akhbar harian mereka sejak minggu lalu mendakwa, jemputan sudah dihantar.
Katanya, walaupun pemimpin Pas tidak hadir, namun terdapat wakil DAP yang berada bersama-sama mereka setiap hari ketika sidang akhbar.
Suara Politik
Belantan
Ahad, Mei 03, 2015
Menanti "nilai" 'Nenek Kipas' Wan Azizah?
Menjelang hari-hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada Khamis ini, PKR seperti berasa selesa untuk menang dengan mudah. Dari awal begitulah keyakinan mereka kerana Permatang Pauh adalah wilayah PKR.
Bagi PKR, DAP dan disokong oleh segelintir pemuka Pas, calon mereka Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah aset yang tiada taranya. Wan Azizah adalah harga mati walaupun dibantah oleh akar umbi Pas.
Bagi mereka, seperti selalunya bantahan akar umbi dan kumpulan ulama Pas boleh diuruskan dengan mudah menerusi mekanisme biasa - tahaluf siyasi. Selama ini pun Pas terbukti boleh digula-gulakan dengan slogan adil dan saksama serta jalan ke Putrajaya.
Di atas kertas setakat ini, Wan Azizah masih mendahului. Mungkin atas faktor itu mereka bergerak suam-suam kuku sehingga ada jurukempen DAP dilaporkan mengancam untuk menarik diri kerana kecewa dengan kesungguhan jentera PKR.
Tanpa manifesto khusus, PKR terlebih bangga mempertaruhkan rekod Wan Azizah dan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi pengundi sendiri tertanya-tanya apa sebenarnya sumbangan Wan Azizah selama menjadi wakil rakyat sama ada di Permatang Pauh dahulu dan sejak setahun lalu di Kajang.
Mungkin atas faktor keupayaan calon ini yang dipertikaikan, maka diuar-uarkan dalam ceramah Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa kedua-dua pemimpin negeri ini akan saling menjaga kawasan yang diwakili oleh Wan Azizah.
"Kalau Azmin kata nak jaga Kajang, saya juga akan jaga Permatang Pauh untuk Kak Wan," kata Guan Eng dalam satu ceramah yang dari satu aspek membayangkan kemampuan sebenar Wan Azizah.
Analisis awal yang tergambar dalam pilihan raya kecil kali ini selain untuk mengangkat semula "seorang" boneka yang menolak hudud dan mengaibkan pimpinan tertinggi sekutu, ialah selama ini jentera PKR hanya bergantung kepada kekuatan akar umbi Pas.
Di wilayah mereka sendiri, ceramah PKR dan DAP di merata-rata tempat hambar tanpa gegaran takbir simpatisan Pas. Tidak benarlah momokan PKR dan DAP selama ini kononnya Pas yang akan kehilangan lebih banyak kerusi jika meninggalkan pakatan pembangkang.
Berdehem
Lihatlah baru sahaja akar umbi Pas berdehem mahu lakukan boikot, jentera pakatan pembangkang sudah lintang-pukang. Jelaslah jentera PKR hanya di awang-awangan, gah di forum dan seminar.Yang selama ini berpanas dan berhujan meraih undi ialah jentera Pas.
Jadi, pilihan raya kecil kali ini bakal memberi mesej kepada PKR dan DAP supaya menghormati Pas selayaknya. Pilihan raya ini bakal menyedarkan PKR dan DAP supaya tidak terus-terusan bersikap biadab.
Ini supaya, kelak mereka tidak mudah menghina pimpinan ulama yang selama ini menjadi paksi kewujudan Pas. Supaya, kelak mereka tidak suka-suka menghumban perjuangan asas hukum hudud Pas. Supaya, kelak mereka tidak lagi menakut-nakutkan Pas dengan ugutan dan ancaman.
Nyatalah jika sikap keras para ulama dan akar umbi ini dipertahankan, Pas akan muncul sebagai sebuah entiti politik yang bermartabat dan bermaruah di mata rakyat khususnya umat Islam dan juga PKR dan DAP.
Tiada siapa boleh menghentikan autokratik dan egoistik PKR dan DAP. Hanya ahli Pas dan simpatisan parti ini yang boleh melakukannya. Hanya mereka yang boleh mengangkat semula maruah Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah diaibkan oleh PKR dan DAP.
Dengan anggaran kekuatan ahli dan simpatisan berjumlah 10,000 orang di Permatang Pauh, Pas boleh mengajar keangkuhan PKR dan DAP ini. Bayangkan keangkuhan mereka, untuk memohon maaf sesama parti sekutu pun menjadi satu masalah besar.
Amat menarik untuk dilihat di Permatang Pauh yang menjadi kubu kuat PKR ini akan menentukan nilai sebenar Wan Azizah. Apakah nilainya masih seperti dulu, seperti sebelum Pas menolak beliau sebagai calon Menteri Besar Selangor atas alasan tidak layak?
Semakin hari mendekati tarikh penting 7 Mei ini, nilai Wan Azizah dilihat semakin menurun. Benar, beliau masih mendahului dan berkemungkinan akan sekali lagi menang, tetapi dijangkakan dengan majoriti lebih rendah di bawah 5,000 undi.
Hal ini juga banyak bergantung kepada kesungguhan jentera BN yang kali ini menampakkan semangat yang berbeza. Dalam kepayahan menjelaskan peri pentingnya cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada kelangsungan negara yang telah dimanipulasikan oleh pakatan pembangkang, jentera BN dilihat terus gigih.
Dengan MIC berjanji untuk memaksimumkan perolehan undi daripada kira-kira 3,000 pengundi India, semua ini tidak mustahil untuk berlaku. MCA dan Gerakan pula tidak perlu melakukan banyak kerja, kecuali meyakinkan 4,000 ahli mereka sendiri untuk mengundi Suhaimi Sabudin.
Kemudian, nantinya kita akan sama-sama menentukan nilai sebenar seorang Wan Azizah.
Amat menarik untuk dilihat di Permatang Pauh yang menjadi kubu kuat PKR ini akan menentukan nilai sebenar Wan Azizah. Apakah nilainya masih seperti dulu, seperti sebelum Pas menolak beliau sebagai calon Menteri Besar Selangor atas alasan tidak layak? Semakin hari mendekati tarikh penting 7 Mei ini, nilai Wan Azizah dilihat semakin menurun.
Oleh : Zulkiflee Bakar
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catatan (Atom)









































