Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Ahad, Jun 14, 2015
DAP terus tekan Pas?
DAP sekali lagi memberi peringatan kepada Pas dengan menegaskan Kerajaan DAP Pulau Pinang masih stabil dan tidak terjejas tanpa penyertaan atau penglibatan wakil Pas dalam kerajaan negeri.
Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng berkata, wakil Pas dalam kerajaan DAP Pulau Pinang dilantik atas kesudian bekerjasama dengan kepimpinan kerajaan negeri dan berikrar dengan setia akan menerima arahan serta melaksanakan dasar-dasar kerajaan negeri.
Sehubungan itu, katanya, keputusan pimpinan baharu Pas memutuskan hubungan dengan DAP akan menyentuh prinsip tersebut yang mempunyai impak terbesar ke atas empat wakil Pas yang merupakan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai.
"Ini disebabkan mereka akan terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan Ketua Menteri dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan negeri, Chow Kon Yeow," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan terbaharu itu dilihat seolah-olah gesaan berterusan DAP supaya pimpinan baharu Pas mengarahkan ahli mereka meletakkan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan agensinya.
Perkara itu berikutan tindakan Muktamar Pas ke-61 baru-baru ini yang meluluskan tanpa bahas usul Dewan Ulama yang menggesa parti itu dan Majlis Syura Ulama memutuskan hubungan dengan DAP.
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan tindakan Dewan Ulama Pas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP dalam muktamar parti itu pada awal bulan lalu telah ‘membunuh’ pakatan pembangkang.
Pada masa sama, beliau turut menyanggah dakwaan DAP yang menjadi punca pakatan itu kini sudah berada pada tahap kebinasaan.
“Selepas Muktamar Pas, pakatan pembangkang sudah ‘dibunuh’. Sekarang kita dalam peringkat kebinasaan dan apa kedudukan kita dalam pakatan, lihat bagaimana kebinasaan ini berlaku,” kata kepada pemberita di Gua Musang, Kelantan, hari ini.
Kit Siang berkata, pakatan pembangkang perlu memperbetulkan kembali kuasa politik bagi meneruskan agenda perpaduan Malaysia agar negara terus makmur dan rakyat mendapat keadilan sewajarnya.
Suara Politik
Belantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUANGNYA AKI,RUSLAN, KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..THANZ ROOMX ZHOBATH
JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
THNKS ROOMX SOBAT
Catat Ulasan