Ahad, Mac 30, 2014

#MH370 Hari Ke-22 : Syarikat China boikot penerbangan MAS?


Beberapa agensi pelancongan online di China mengumumkan memboikot penggunaan khidmat penerbangan syarikat Malaysia Airlines (MAS) sehingga misteri kehilangan pesawat penerbangan MH370 diselesaikan.

Perkara berikut dilaporkan South China Morning Post.

Syarikat pelancongan China itu termasuk eLong, LY.com, Qunar dan Mango yang turut merupakan antara agensi pelancongan dalam talian yang terbesar di China. Boikot tersebut dijalankan susulan kemarahan orang ramai di China terhadap MAS dan apa yang dianggap sebagai ketidakcekapan kerajaan Malaysia menangani krisis.

"Kami akan meneruskan boikot ini sehingga kerajaan Malaysia dan MAS mendedahkan semua maklumat yang mereka ada untuk mencari kebenaran tentang kehilangan pesawat itu secepat mungkin," kata kenyataan eLong yang disebarkan melalui rangkaian sosial media, Weibo.


Syarikat itu juga mengumumkan akan memberikan bantuan kewangan sebanyak 100,000 yuan (lebih kurang RM11,700) kepada waris dua penumpang MH370 yang membuat tempahan menggunakan laman webnya.

LY.com juga membuat kenyataan yang mengatakan akan membayar pampasan kepada pelanggannya yang mahu membatalkan tempahan mereka dengan MAS.

Namun tidak semua syarikat China sertai boikot tersebut kerana sebuah syarikat lagi, CTrip.com tidak mendapat persetujuan bahagian jualan.

Tahniahlah diucapkan kepada DAP dan tentera siber mereka (RBA) kerana telah berjaya menghasut kaum kerabat mereka di China untuk berdemo di hadapan kedutaan Malaysia dan seterusnya memboikot MAS!

Suara Politik
Belantan

2 ulasan:

jj man berkata...

Jangan boikot je, harap jangan datang terus ke Malaysia... Lagi bagus yang kat Malaysia pakat pakat boikot Malaysia, balik ke China,... Kalau ada yang Dapster Melayu, Sekapal Singh, chombi macam Latif Koyak nak hijrah ke China pun di alu alu kan...

zul ibrahim berkata...

Takkan satu pihak je boleh boikot,kita kat MALAYSIA pun mulakan boikot semua produk CHINA , tak kira banyak ke sikit ke ,boikot tetap boikot, rasanya tak mati pun orang MALAYSIA kalau tak gunakan barang CHINA