Nampaknya Khalid Samad ini masih tidak berpijak dibumi yang nyata. Kalau sudah datang bertandang ketempat orang, buatlah cara bertandang. Jangan bila masuk kekandang kerbau, nak mengembek pula! Hormatlah sikit adat ditempat kita menumpang dan jangan jadi macam orang kurang ajar.
Khalid Samad sepatutnya sudah tahu iaitu mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, beliau tidak boleh membuat apa-apa penyampaian agama termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah dan apa-apa pengisian agama di masjid-masjid dan surau-surau di seluruh Selangor ekoran ketiadaan tauliah daripada MAIS.
Dan ianya selaras dengan perkenan Sultan Selangor untuk tidak memberikan tauliah mengajar atau berceramah mengenai agama Islam kepada mana-mana ahli politik di masjid dan surau di Selangor. Adakah Khalid Samad dan para pemimpin lain tahu akan hal dan peraturan ini!
Jadi tidak perlulah Khalid Samad membuat kecoh cuba menyerang pihak berkuasa agama dengan mengaitkannya dengan UMNO ekoran tidak berpuas hati dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang mengambil tindakan terhadapnya kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau bulan lalu.
Malah, Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor itu turut mengeluarkan kenyataan berbeza apabila menyatakan tauliah penceramah tidak perlu, selain mendakwa JAIS sebagai sebuah badan yang tidak bebas dan menyifatkan keperluan tauliah mengajar adalah peraturan lama yang digubal semasa pentadbiran negeri dikuasai oleh Barisan Nasional (BN) dulu.
Beliau juga mendakwa para pegawai penguat kuasa yang menjalankan tugas berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 mengamalkan diskriminasi dan bersekongkol dengan UMNO.
“Mereka (para pegawai JAIS) masih mempunyai pemikiran lama. Mereka dengan UMNO menggunakan peraturan tauliah untuk menyekat pergerakan Pas mengadakan ceramah di masjid dan surau.
“Pas dilihat lebih mendekati masyarakat melalui aktiviti ceramah di masjid dan surau. Mereka tidak mahu perkara ini berlaku atas kepentingan politik, maka mereka ambil tindakan menggunakan larangan ceramah tanpa tauliah.
“Kita (pemimpin Pas) mengadakan ceramah di masjid dan surau. Pas sebagai sebuah parti Islam, sudah tentukah kita selitkan hal-hal yang berkaitan tentang agama Islam dalam ceramah,” katanya di sini hari ini.
Semalam, Khalid menyatakan akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Klang pada 24 November ini atas dakwaan menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau pada Ogos lalu. Dalam kenyataannya semalam, beliau menyatakan, pihaknya tidak menyatakan tauliah mengajar tidak perlu sebaliknya kehadirannya di surau berkenaan hanya mengadakan ceramah mengenai Islam sahaja.
Beliau hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kira-kira pukul 10 pagi semalam untuk memberikan keterangan terhadap tuduhan yang didakwa dilakukannya di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.
Berdasarkan Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, individu yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Islam tanpa tauliah di bawah Seksyen 118, melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Khalid berkata, meskipun JAIS ketika ini di bawah pentadbiran parti-parti pembangkang, masih ramai pegawai pihak berkuasa agama itu merupakan orang yang sama ketika pentadbiran BN sebelum tahun 2008.
“Pegawai-pegawai JAIS yang ada adalah orang yang sama seperti sebelum ini (pentadbiran BN) kita tidak pecat mereka kerana kita tidak mahu bertindak zalim. Kita tidak boleh pecat mereka,” ujarnya.
Apa yang dapat dilihat adalah reaksi Khalid Samad terhadap JAIS kerana bertindak ke atas beliau yang memberi ceramah agama tanpa tauliah amat tidak wajar. Seperti apa yang penulis nyata sebelum ini diatas, nampaknya Khalid Samad perlu lebih banyak 'belajar' lagi untuk mengenali adat ditempat orang. Jangan nak serang orang tak tentu pasal kerana itu akan menyerlahkan lagi kebodohan anda sebagai wakil rakyat.
Dalam apa keadaan sekalipun, semua pihak perlu mengambil semangat daripada titah nasihat Sultan Selangor berkaitan isu-isu agama Islam di negeri tersebut. Jangan cuba perlekeh atau persenda perkenan baginda Tuanku Sultan Selangor sebagai ketua Ugama Islam negeri. Janganlah memalitkan isu-isu politik ke dalam institusi agama Islam demi perpaduan umat Islam. Jangan perlekehkan institusi-institusi tersebut tetapi perkasakanlah mereka.
Justeru, apa juga kritikan terhadap apa juga isu berkaitan agama Islam, ambillah pendekatan yang bijaksana supaya kelangsungan syiar Islam tetap terpelihara. Dalam hal ini, sebarang pandangan yang mempunyai niat tersembunyi, apa lagi jika ia penuh dengan matlamat yang tidak relevan daripada kepentingan Islam, tidak sepatutnya timbul terutama daripada kalangan yang mempunyai pengaruh.
Jika itu berlaku, tiada siapa yang beroleh untung sebenarnya. Oleh itu, semua pihak terutama kalangan umat Islam di Selangor, berpeganglah kepada titah nasihat Sultan sebagai pedoman. Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan