Kerajaan Selangor tidak bermoral dan tidak beretika kerana membeli" hutang daripada syarikat korporat Talam Corporation menggunakan wang kerajaan / duit rakyat.
Pada 9 November tahun lalu, Sidang Dewan Undangan Negeri telah meluluskan bajet tambahan berjumlah RM391.7 juta untuk sayap pelaburan Kerajaan Negeri, iaitu Perbadanan Menteri Besar (MBI) membeli hutang yang ditanggung Talam Corp kepada beberapa agensi kerajaan negeri.
Secara prinsipnya adalah tidak bermoral dan tidak beretika menggunakan duit kerajaan / “duit rakyat” untuk membeli mengambil alih hutang sebuah syarikat swasta.
Pada hal kaedah “menyelamatkan syarikat swasta dan korporat” ini telah ditentang habis-habisan oleh pakatan pembangkang ketika era krisis ekonomi tahun 1998. Justifikasi kaedah kerajaan membantu syarikat bermasalah ketika itu adalah untuk menyelamatkan ekonomi negara secara keseluruhannya akibat ketidakupayaan mantan Menteri Kewangan ketika itu dan kini Penasihat Ekonomi Selangor mengeluarkan negara dari kemelut ekonomi akibat serangan spekulator mata wang.
Tetapi mengapa kini kaedah tersebut digunakan kerana masalah hutang Talam Corporation ini tidak akan menjejaskan ekonomi Selangor keseluruhannya. Ya ia satu masalah tetapi kenapa tidak digunakan cara kutipan yang biasa sahaja.
Adakah pakatan pembangkang kini Pakatan Rakyat sudah berubah dan menggadai prinsip ATAU YB Menteri Besar terlalu cerdik sehingga semua EXCO, Adun Pakatan dan rakyat seluruhnya diperbodohkan.
Kerajaan Selangor mengaburi mata rakyat kerana "membeli" hutang daripada syarikat Talam Corporation untuk meningkatkan pendapatan negeri itu sebanyak RM392 juta lagi. Ia membuatkan rakyat keliru tetapi seronok mendengar kerajaan dapat tambah kewangan.
Pengambialihan hutang Talam Corporation oleh kerajaan negeri adalah satu pengumuman acara silap mata kewangan dalam sektor korporat yang dikenali sebagai round-tripping. Antara strategi round-tripping ialah “syarikat menjual aset yang tidak digunakan kepada syarikat lain, dan pada masa yang sama setuju untuk membeli kembali aset yang sama atau yang bersamaan nilainya pada harga yang sama” (dengan izin “a company selling an unused asset to another company while at the same time agreeing to buy back tke same or similar assets at about the same price”).
Apakah tujuan round-tripping ini? Ia bertujuan untuk menunjukkan peningkatan untung dalam akaun biar pun tiada untung sebenar. Ia banyak dilakukan oleh syarikat-syarikat di Bursa Saham untuk memberi keyakinan kepada pelabur.
Kaedah round-tripping ini biasa digunakan oleh “penyangak korporat”. Memetik kata-kata Mantan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salahuddin Hashim yang turut mengkritik pembelian hutang Talam Corporation ini sebagai berkata “Ini adalah muslihat lama yang digunakan oleh penyangak-penyangak di dalam sektor korporat” (dengan izin - "This is an old trick used by the crooks in the corporate sector." )
Persoalannya siapakah penyangak-penyangak ini - “tepuk dada tanya selera”, “sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula ".
Kaedah round-tripping yang digunakan oleh Kerajaan Negeri ini dianggap penyelewengan kerana ia bertujuan untuk menunjukkan tambahan pendapatan besar dalam akaun kerajaan negeri walhal keuntungan ini tidak tulen.
Walaupun aset-aset hutang Talam ini merupakan milik anak syarikat kerajaan negeri namun ia dimasukkan ke dalam akaun kerajaan negeri sebagai bayaran hutang mereka kepada kerajaan negeri.
Mengapa ia dimasukkan ke dalam akaun kerajaan negeri? Ini untuk menunjukkan akaun kerajaan negeri mempunyai pendapatan yang lebih baik berbanding tahun lalu dan juga lebih baik dari anggaran pendapatan dalam Bajet 2008.
Pengumuman Menteri Besar berkenaan dengan pengambil alihan hutang-hutang Talam merupakan satu strategi bagi memanipulasi rekod keuntungan organisasi tanpa mencerminkan nilai sebenar.
Maka benarlah anggapan bahawa tindakan ini tidak bermoral dan tidak beretika kerana turut memanipulasikan kaedah perakaunan untuk memperlihatkan seolah-olah kerajaan negeri cukup cerdik, cukup pandai mengurus wang dan hutang negeri di mata mereka yang tidak faham dan rakyat kebanyakan yang tidak arif hal-ehwal kewangan dan perakaunan.
Pengambilalihan hutang syarikat Talam Corporation oleh kerajaan Selangor tidak telus, pelik dan diselubungi pelbagai pertanyaan dan persoalan
Pertama: kerajaan negeri menggunakan mekanisme yang tidak ada semak dan imbang (dengan izin check and balance) dalam pengambilalihan hutang tersebut. Ini kerana aset hutang yang berjumlah RM 392 juta ini dijual kepada sebuah syarikat milik PKNS, Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd (SIC) yang tidak memerlukan kelulusan Kementerian Kewangan untuk membuat pinjaman berbanding PKNS, KDEB dan PNSB.
Pada hal SIC tidak disebutkan pun sebagai salah satu anak syarikat negeri di mana Talam Corporation berhutang dengannya. Malah SIC terpaksa pula membuat membuat hutang melalui pembiayaan dari CIMB Bank.
Apakah kerajaan negeri cuba melindungi kepentingan seseorang, syarikat atau apa sehingga memilih kaedah ini yang bebas daripada padangan pihak lain (dengan izin second opinion)?
Kedua: bagi kaedah perlaksanaan round-tripping ini adalah perlu kerajaan menggunakan khidmat konsultan kerana melibatkan perbagai entiti, dokumen tertentu, perjanjian dan ketepatan transaksi.
Tetapi adalah pelik YAB Menteri Besar mengakui bahawa tiada khidmat konsultan kerana beliau sendiri adalah konsultannya. Katanya pada media “Konsultan itu adalah Khalid Ibrahim kerana saya orangnya yang membuat cadangan tersebut dan saya akan memastikan proses pelaksanaannya nanti."... “kos untuk konsultansi dalaman itu adalah percuma melainkan saudara-saudari semua nak saya caj kerajaan negeri”.
Sedangkan kita difahamkan bahawa SIC juga menanggung kos guaman dan konsultasi sebanyak RM 700 ribu. Siapakah peguam dan konsultan yang menguruskannya. Apakah kretaria pemilihan mereka?
bersambung ke siri 2/3..
Suara Politik
Taminsari
1 ulasan:
Wahai blogger UMNO yang tak baca fakta, kamu tahu ke! bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor beli hutang Talam yg berlaku masa Kerajaan BN/UMNO dulu yang melibatkan aset rumah pangsa, kedai dan bangunan perushaan kecil yg tergantung statusnya? Kalau tak beli aset itu bagaimana nak tolong baiki rumah-rumah pangsa yang rakyat duduk tu!
Takkan DS Najib nak baiki rumah yg bukan kita punya! Kenapalah bingai sangat?
Catat Ulasan