Rabu, November 03, 2010

N45 Galas : Berilah Abdul Aziz peluang berkhidmat kepada rakyat di Galas!

Kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sampai ke penghujungnya hari ini dan esok penduduk di kawasan berkenaan akan keluar mengundi bagi menentukan siapakah calon pilihan mereka.

Sehelai kertas undi yang bakal dimasukkan ke dalam peti undi bakal menentukan wajah DUN Galas selepas ini, sama ada ia akan terus berada di takuk lama seperti mana di bawah Pas sebelum ini atau menikmati limpahan kemajuan melalui pelbagai program pembangunan yang dirancang oleh Barisan Nasional (BN) demi kesejahteraan rakyat.

Oleh itu, sebelum jari jemari pengundi memangkah calon mana yang mereka inginkan maka berfikirlah dengan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan. Apabila kertas undi sudah dipangkah dan kaki pun sudah melangkah meninggalkan pusat pengundian maka tiada apa lagi yang boleh dilakukan.

Justeru jangan sesekali melihat kertas undi yang diamanahkan kepada kita sebagai pengundi hanyalah sekadar sehelai kertas semata-mata. Sebaliknya, ia boleh dianggap penentu kepada masa depan kawasan yang kita diami.

Sudah jelas, berdasarkan rentetan sepanjang kempen berjalan dan sejarah pentadbiran serta politik negara ini, pengundi Galas perlu mengembalikan kerusi DUN berkenaan kepada BN melalui wakilnya, Abdul Aziz Yusoff.

Ia kerana, ketika kawasan lain sedang memacu ke arah kemakmuran dan kesejahteraan, Galas tidak boleh ditinggalkan di belakang hanya semata-mata disebabkan ia dikuasai oleh Pas - sebuah parti yang hanya bijak berhujah di pentas ceramah tetapi tidak mampu merancang dan melaksanakan agenda demi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Penduduk Galas tidak perlu terpedaya dengan mainan politik Pas yang sepanjang kempen berlangsung bukan sahaja hanya pandai memburuk-burukkan Kerajaan Pusat yang diterajui oleh BN tetapi juga cuba memainkan sentimen agama bagi menarik sokongan.

Hakikatnya, sebagai umat Islam sudah tentulah kita menyokong setiap perjuangan Islam tetapi perjuangan berkenaan bukannya bermaksud kita perlu menyokong membuta-tuli apa juga hujah yang dikeluarkan oleh Pas.

Perjuangan Islam yang sebenarnya ialah berusaha meningkatkan martabat bangsa dan agama itu tanpa meminggirkan kaum lain. Sementara maruah dan martabat Islam ditingkatkan serta kemajuan dinikmati selaras dengan kehendak Islam, tetapi dalam masa yang kita juga memastikan kaum bukan Islam turut menikmati kemajuan dan kemakmuran.

Inilah perjuangan yang dikehendaki Islam dan ia sedang dilakukan dengan gigih oleh UMNO yang menjadi tonggak BN. Pengundi Galas terutamanya orang Melayu perlu memahami, pendekatan Islam dan dakwah islamiah bukan melalui maki-hamun orang di pentas ceramah atau menabur janji-janji manis seperti mana dilakukan Pas yang mengaku memperjuangkan Islam.

Tetapi Islam menyeru umatnya meningkatkan martabat dan taraf hidup mereka melalui perancangan dan tindakan. Kalau sekadar bermodalkan air liur di atas pentas ceramah, Islam tidak akan ke mana, sebaliknya umat Islam akan terus mundur tidak akan mampu mengecapi apa-apa kemajuan.

Fikirkanlah, sepanjang kempen berlangsung tiada pemimpin BN termasuklah UMNO mencaci mana-mana pemimpin Pas. Apa juga kenyataan yang dibuat semuanya berlandaskan kepada fakta dan hasrat untuk melaksanakan program bagi memajukan rakyat Galas.

Namun ini tidak dilakukan oleh Pas yang bersekutu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, apa yang mereka lakukan hanya melemparkan pelbagai tuduhan kepada BN - betul atau tidak soal kedua yang penting mewujudkan persepsi demi meraih undi.

Pengundi Galas diharapkan tidak terperangkap dengan taktik sama ada oleh Pas, PKR atau DAP. Agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat yang dirancang oleh BN di Galas tidak harus terbantut hanya kerana mainan politik pemimpin ketiga-tiga parti itu terutamanya dari luar.

Mereka itu hanya singgah di Galas untuk sementara dan akan meninggalkan kawasan berkenaan apabila misi memperdayakan rakyat berjaya tetapi bagaimana dengan penduduk Galas yang meneruskan kehidupan di kawasan berkenaan?

Oleh itu, berilah peluang kepada Abdul Aziz yang mewakili BN melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Amanah diberikan kepada beliau bukan kekal sehingga kiamat, sebaliknya boleh dikaji semula apabila pilihan raya umum nanti. Jika beliau berkhidmat dengan baik, kekalkanlah, jika tidak tolaklah, tetapi yang penting berilah beliau peluang terlebih dahulu.

ZULKIFLEE BAKAR

Suara Pilitik
Taminsari

2 ulasan:

akulah69 berkata...

salam 1malaysia...
berilah aziz peluang.... kita dah beri 53 thn pada bn.... apa dapat... hak melayu 54 billion tinggal 2 billion... tak pa sbb melayu yg amik... Bank bumiputera hancur.. tak pa sbb melayu dapat habuan... kuasa sultan dirampas... tak pa sebb melayu berkuasa.... mas ham pir lingkup, tak pa melayu yang kaya.... pkfz hancur, takpa sebb itu bangsa tolong melayu.... ETP, malaysia hab hiburan malam, tak pa sbb melayu akan dapat peluang bekerja, tukang tuang arak, tukang goyang punggung, dan bermacam tukang lagi....

haaa.... hampir lingkup pru12... tlg kembalikan ketuanan melayu, jangan isu perkauman, jangan itu, jgn ini.... salam tuan... melayu takkan hilang didunia selagi ISLAM dijunjung dimulia.....

ddinbunga berkata...

sALAM, DIDOAKAN BN MENANG DI GALAS DAN ABTU SAPI