Selasa, November 30, 2010

Ketuanan Melayu : MB Khalid perlekeh titah Sultan Selangor dengan menyalahkan orang lain!



Agak memalukan dan sedih apabila seorang Menteri Besar yang apabila bercakap di hadapan baginda Sultan Selangor, terpaksa menyalahkan orang lain bagi mempertahankan kenyataan yang telah dibuat oleh Ketua Umum dan Presiden partinya.

Menteri Besar, Khalid Ibrahim hari ini memberi peringatan kepada Raja-Raja Melayu supaya berhati-hati dengan "Si Kitol" yang dikhuatiri akan kembali mempergunakan institusi berkenaan demi kepentingan politik. Baca di sini.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis perasmian wacana 'Kedaulatan Raja-Raja: Institusi Yang Mesti Dipertahankan' di Shah Alam hari ini yang turut dihadiri Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketika disatu pihak mahukan ketuanan Melayu dihapuskan, MB Khalid cuba mempertahankan kenyataan itu dengan menuding jari kearah UMNO yang menjadi puncanya! Mengapa dihadapan baginda Sultan Selangor, MB Khalid tidak berani berterus terang dengan mengatakan yang PKR menolak ketuanan Melayu! Mengapa dihadapan Sultan, Khalid hendak bermuka-muka! Adakah MB Khalid takut!

MB Khalid sedia maklum yang ketika ini heboh satu Malaysia mempersoalkan tindakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menolak konsep “Ketuanan Melayu” sehingga beliau menyarankan agar wajib ditinggalkan konsep itu kerana didakwanya hanya slogan untuk memperdaya bangsa itu sendiri.

Manakala Timbalan Presiden Baru PKR, Azmin Ali juga dengan lantang mengisytihar 'perang' menentang ketuanan Melayu! Azmin berkata, konsep tersebut jika dilaksanakan hanya akan menggalakkan amalan kronisme serta nepotisme dan bukannya memberi manfaat kepada rakyat meskipun ia secara tidak langsung terkandung dalam Perlembagaan.

Sambil menegaskan bahawa beliau sanggup dilabelkan sebagai pengkhianat Melayu demi menghapuskan konsep itu, Azmin berkata, PKR akan mengangkat ketuanan rakyat sebagai dasar perjuangan parti jika dipilih untuk mentadbir negara.

Anwar Ibrahim jelas didalam petikan video ini mahukan "Ketuanan Rakyat" lalu menolak Ketuanan Melayu! Malah Ketuanan Rakyat telah Anwar laungkan sejak PRU ke-12 yang lalu sehingga membuatkan mereka memenangi banyak kerusi DUN dan Parlimen!

Dari kenyataan ketiga-tiga mereka ini jelas membuatkan baginda Sultan Selangor berdukacita. Baginda Sultan kesal dengan sikap orang Melayu yang mempertikaikan kerelevanan institusi raja Melayu dan peranannya dalam sistem pemerintahan negara.

Baginda mendedahkan, matlamat golongan berkenaan adalah agar sistem Raja Berperlembagaan disemak dan dikaji semula. Sedangkan, titah baginda, alasan golongan terbabit bahawa ia perlu dilakukan kerana negara telah menjalani arus pemodenan dan sistem yang diamalkan sekarang sudah tidak bersesuaian adalah amat tidak tepat.

"Sehingga ada suara yang lantang daripada orang Melayu sendiri yang meminta perkataan 'Melayu' yang ada pada ungkapan 'Raja-raja Melayu' hendaklah dihapuskan.

Jadi mengapa MB Khalid mahu memperlekehkan titah ucapan baginda Sultan! Siapa sebenarnya " Si Kitol " yang Khalid maksudkan! Takkan nak menyalahkan UMNO lagi padahal yang nak menghapuskan Ketuanan Melayu terang-terang dari kalangan pemimpin PKR sendiri!

Mahukah MB Khalid memohon maaf kepada baginda Sultan Selangor dan juga UMNO! Jika Khalid masih lagi mahu menyalahkan UMNO, bagaimana pula dengan perangai bekas MB Perak yang memohon sembah derhaka terhadap Sultan Perak!

Bagaimana pula tidak lama dahulu apabila Raja Permaisuri Agong telah dimalukan dengan satu acara rasmi di Stadium Malawati! Dan bermacam-macam peristiwa lagi yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

Tak perlulah MB Khalid nak bersandiwara dan memperbodohkan rakyat negeri Selangor lagi. Sudah terang lagi bersuluh. Si Kitol yang sebenarnya adalah Anwar dan pemimpin PKR yang lain. Amatilah kata-kata Anwar didalam video yang disertakan disini dan nilaikan lah sendiri. Persoalannya disini adalah sanggupkah MB Khalid mempertahankan Ketuanan Melayu! Tepuk dada, tanya selera. Wallahuallam.

Suara Politik

Taminsari



2 ulasan:

eM JaY... berkata...

kah kah kah kah...!!!,mantap bro..ulasan yang cantikkk..!!!

Unknown berkata...

SALAM, KITA DOAKAN TUANKU SULTAN SIHAT WALAFIAT AGAR TIDAK JATUH SAKIT SEBAB DAH BANYAKSANGAT BUAT TEGURAN PADA KERAJAAN SELANGOR DAN PR.