Ahad, Ogos 01, 2010

Selangor Bangkit : Kerajaan Negeri bakal bankrap!

Ini ada satu lagi pembohongan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang sangat besar jika kita amati. Ia melibatkan janji Kerajaan Negeri Selangor untuk memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada rakyat yang mempunyai meter individu. Jika dilihat mereka sudahpun melaksanakan skim air percuma sebanyak 20 meter padu ini.

Yang menariknya bukan semua rakyat yang dapat. Pertama sekali jika kita tinggal di rumah apartmen atau apartmen perumahan kos rendah ( yang biasanya ramai orang Melayu yang mendudukinya ) yang TIDAK MEMPUNYAI meter individu maka kita TIDAK akan dapat air percuma.

Rumah yang mempunyai meter individu biasanya rumah kepunyaan golongan yang lebih berada yang sebilangan besarnya terdiri daripada kaum China. Orang Melayu pun ada tetapi jumlahnya kuranglah sedikit. Sebenarnya pemberian air percuma ini bukannya percuma? Dalam dunia ini, mana ada benda yang orang nak diberi ‘free’ begitu saja? Memang mustahilkan!

Apa yang sebenarnya berlaku ialah Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan anak syarikatnya Kumpulan Darul Ehsan Berhad ( KDEB ) membayar Syarikat Bekalan Air Selangor ( SYABAS ) untuk air sebanyak 20 meter padu bagi setiap rumah yang ada meter individu.

Syabas dan KDEB telah membuat perjanjian bertulis bertarikh 26 Ogos 2008.

Tapi sekarang KDEB pun sudah kehabisan wang. Mereka tidak lagi mampu membayar syarikat SYABAS wang untuk menampung Skim Pancing Undi Menteri Besar dengan janji air percuma sebanyak 20 meter padu.

SYABAS kelihatan sudah mula berasa gusar dan gundah kerana tidak ada kutipan lagi dari KDED. Jadi untuk memastikan SYABAS akan terus memberi air percuma 20 meter padu, maka Kerajaan Negeri Selangor sendiri terpaksa memberi Surat Jaminan bertarikh 31 Mac 2010 untuk membayar kos sebenar 20 meter padu air percuma itu. Inilah suratnya :



























Dalam surat ini : ’Kerajaan Negeri dengan ini mengaku janji untuk membayar kos sebenar bagi pelaksanaan pemberian skim air percuma ini” - perenggan no. 2



























Kerajaan Negeri Selangor telah menggunakan sumber kewangan daripada Bendahari Negeri Selangor dan membayar syarikat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd. Di beritakan sekarang kewangan Bendahari Kerajaan Negeri sudah makin susut!

Dan mengikut surat ini lagi, Menteri Besar berkata, yang Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk melanjutkan pemberian air percuma 20 meter padu itu untuk tempoh tiga (3) bulan saja lagi!! Lihat perenggan no. 4. Maksudnya penghujung pada bulan Jun lepas tamatlah pemberian air percuma kepada rakyat negeri Selangor.

Jadi untuk terus memberikan air percuma ini kepada rakyat seperti yang dijanjikan senang sahaja. Mereka akan gunakan wang rakyat daripada tabung kewangan Bendahari Negeri dan membayarnya pada SYABAS. Wang rakyat juga yang mereka kebas! Akhir sekali Bendahari Kerajaan Negeri bakal menjadi bankrap.

Dan memang ini telah berlaku. Sila lihat lampiran ‘Laporan Kewangan Kerajaan Negeri Selangor Bagi Tahun 2009’. Bagi tahun 2009, Kerajaan Negeri Selangor mengalami defisit kewangan sebanyak RM70.0 Juta.



























Jadi persoalan harus dikemukakan kepada SYABAS? Wahai sahabat-sahabat di SYABAS. Apa gunanya Surat Jaminan Menteri Besar Khalid G jika Kerajaan Negeri Selangor sudah menanggung defisit sebanyak RM70.0 juta dan tak ada wang lagi untuk dibayar kepada SYABAS?

Dan terbaru : SYABAS mahu saman kerajaan negeri Selangor RM 1 billion

Syarikat Bekalan Air Selangor ( SYABAS ) sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Selangor untuk menuntut pampasan kerana menangguhkan pelarasan tarif air. Ketua Pegawai Operasinya Datuk Lee Miang Koi berkata, sehingga hujung tahun ini, pampasan yang perlu dibayar kepada Syabas dijangka mencecah RM1 bilion.

“SYABAS akan tuntut pampasan, kami sedang menimbang untuk ambil tindakan undang-undang, ikut perjanjian konsesi kami memang berhak ambil tindakan undang-undang,” katanya di sini baru-baru ini. Beliau berkata SYABAS sudah menghantar tuntutan mengenai pampasan itu bagaimanapun sehingga sekarang, masih tiada maklum balas dari pihak kerajaan negeri.

“Tarif air perlu diselaraskan supaya dapat perolehan untuk bayar hutang yang dipinjam bagi meningkatkan mutu perkhidmatan air. Dengan penangguhan pelarasan dan pembekuan program Capex oleh kerajaan negeri, taraf perkhidmatan air akan merosot,” katanya.

Lee berkata SYABAS juga terpaksa membayar sebahagian bil untuk dibayar kepada operator loji air walaupun mengikut perjanjian, SYABAS harus membayar sama rata. Menurutnya akibat penstrukturan semula air yang tidak dimuktamadkan, Syabas turut mengalami beberapa masalah dalam operasinya, termasuk sukar mendapat dana dari bank kerana syarikat itu tidak tahu hala tujunya.

“Sejak kerajaan negeri Selangor ambil alih, SYABAS menyuarakan beberapa isu dan masalah tetapi tiada maklum balas dari kerajaan negeri sebab mereka kaitkan isu itu dengan penstrukturan semula. “Mereka nak lihat SYABAS tak berjaya dan boleh ambil alih dengan harga yang murah, walaupun terdapat pelbagai kekangan, SYABAS masih perlu beri perkhidmatan kepada pengguna,” katanya.

Lee berkata bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka akan menghadapi kekurangan menjelang 2012 hingga 2014 dan jika tidak diuruskan dengan baik, besar kemungkinan kekurangan itu akan berlaku lebih awal. “Sekarang hanya ada rezab 240 juta liter sehari atau 5.9 peratus daripada keperluan harian, selain dari penggunaan purata, ada keperluan puncak seperti perayaan serta musim panas, dan jumlah 5.9 peratus tidak mencukupi untuk menampung ketika waktu puncak.

“Enam bulan lalu, penggunaan air meningkat empat peratus, jika dibandingkan dengan rezab yang ada, dalam masa setahun enam bulan rezab air akan habis dan akan mengalami kekurangan bekalan air,” katanya.

Selalunya ketika tiada manusia mampu menjanjikan segalanya kerana tujuan utama untuk memiliki sesuatu. Tapi apabila memperolehinya janji akan hanya tinggal di celah gigi. Begitulah juga janji Pakatan Rakyat dalam manifestonya, begitu indah, begitu asyik dan begitu lunak alunannya.

Hakikatnya sejarah lalu membuktikan mulut yang manis sebelum pilihan raya akan bertukar pahit bak hempedu kerana Pakatan Rakyat tidak pernah takut dengan dosa mungkir janji. Justeru itu mereka sesekali tidak akan terkejut jika rakyat tidak akan mengundi mereka kerana mereka tahu dosa yang telah mereka lakukan sebelum ini.
Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

1 ulasan:

joecharlie berkata...

DN SELANGOR AKAN BEKURAP LA..