Khamis, Julai 22, 2010

Diploma Fisioterapi UNISEL tidak mendapat kelulusan daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA)!

Berikut adalah keluhan seorang ibu yang mendapati Diploma yang diperolehi oleh anaknya tidak diiktiraf.

Anak saya mula belajar di UNISEL ( Universiti Industri Selangor, Kampus Shah Alam ) pada 3 Mei 2007 dan tamat pengajian pada April 2010 dalam bidang Diploma Fisioterapi dengan nilai purata gred yang cemerlang. Sebelum mendaftar, pihak UNISEL telah memberi jaminan bahawa bidang yang diambil oleh anak saya ini telah mendapat kelulusan daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Setelah anak saya mengikuti pengajian selama setahun lebih, dia kemudian mendapat tahu bahawa bidang pengajiannya di UNISEL tidak mendapat kelulusan MQA. Perkara ini terbongkar setelah anak saya ingin menjalani latihan praktikal tetapi ditolak mentah-mentah oleh pihak hospital. Hal ini terjadi kerana UNISEL tidak memenuhi syarat-syarat yang diingini oleh pihak hospital di mana salah satunya tidak mendapat kelulusan MQA.

Selain itu, suami saya pula harus bersusah payah menghabiskan kudrat dan wang ringgit bagi mendapatkan tempat praktikal buat anak saya. Saya rasa ibu bapa pelajar lain juga menghadapi masalah yang sama.

Setelah anak saya tamat pengajian, dia telah memohon untuk menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan berkat doa saya dan suami, anak saya diterima sebagai pelajar sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi (Kepujian) Fakulti Sains Kesihatan di salah sebuah pusat pengajian tinggi awam (IPTA). Beliau telah mendaftar pada 2 Julai 2010. Sebagai seorang ibu, saya rasa sangat gembira di atas kejayaan anak saya.

Saya sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kegembiraan terhenti hanya setakat itu sahaja. Pada 8 Julai 2010 anak saya telah dimaklumkan bahawa beliau tidak boleh lagi meneruskan pengajiannya di IPTA tersebut kerana setelah disemak dan diteliti oleh pihak IPTA, kursus diploma yang diikuti anak saya dulu tidak mendapat kelulusan MQA sepenuhnya. Saya amat kecewa dan marah apabila mengetahui perkara tersebut. Jadi dengan berat hati, saya dan suami terpaksa mengambil anak saya untuk dibawa pulang.

Sampai sekarang saya masih memikirkan nasib yang menimpa anak saya. Tentang masa depan dan umurnya yang semakin meningkat. Penat dan jerih anak saya selama ini belajar untuk mendapatkan segulung diploma dan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi hayalah sia-sia belaka.

Harapan saya semoga pihak UNISEL, kerajaan negeri Selangor, Kementerian Pengajian Tinggi dan kerajaan akan mengambil tindakan segera bagi mengelakkan orang lain menghadapi nasib malang seperti anak saya.

Sekiranya pihak UNISEL dapat memenuhi segala syarat-syarat dan keperluan yang disenaraikan oleh pihak MQA, saya amat yakin dan percaya pihak MQA dapat memberikan kelulusan secepat mungkin seperti IPTS-IPTS lain di Malaysia. Seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ‘Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’.

Harapan saya semoga pelajar lain tidak menghadapi masalah sama seperti anak saya.

IBU SEDIH
Kemaman, Terengganu

Komen : Apa dah jadi pada UNISEL sekarang. Sudah terdesak ke sehingga sanggup menipu semata-mata untuk menampung beban kewangan yang dihadapi sekarang oleh UNISEL. Penurunan bilangan pelajar yang begitu besar telah menjejaskan pendapatan UNISEL, sedangkan kos pengurusan dan operasi tidak dapat dikurangkan kerana kemudahan-kemudahan yang sedia ada terpaksa diselenggara walaupun tidak digunakan sepenuhnya.

Mengikut satu laporan yang kesahihannya mungkin dipersoalkan oleh kerajaan, perbelanjaan UNISEL meningkat daripada RM 79 juta pada tahun 2008 kepada RM 94 juta pada tahun 2009 walaupun bilangan pelajar menurun dengan besar. Pada tahun 2009, UNISEL mengalami defisit sebanyak RM 20 juta.

Sebenarnya UNISEL sekarang sedang menghadapi masalah kredibiliti dan keyakinan awam. Kerajaan Selangor jangan bersifat ‘defensive’, dengan izin, – sindrom penafian. Hanya menyalahkan pentadbiran yang lalu. Kita hendaklah melihat sejauhmana wawasan menjadikan UNISEL bertaraf dunia dapat dicapai sepenuhnya dengan masalah-masalah yang sedang dihadapi sekarang.

" BN Mampu Berubah. Sayangi Selangor, Yakini Barisan NAsional ( BN )"

Suara Politik
Taminsari

6 ulasan:

joecharlie berkata...

Lain-lain DIPLOMA DAN IJAZAH yang TIDak MENDAPAT PENGIKTIRAFAN MQA ?

C L J berkata...

Sebok sebok tukar pimpinan di UNISEL tu dulu ingatkan semuanya beres dah.

SBK Motoworks berkata...

Begitulah nasib UNISEL di bawah PR.

Setuju dgn Belantan, UNISEL mengalami krisis keyakinan awam yg serius. Tak nampak strategi PR utuk menaikkan martabat pendidikan negeri. Mungkinkah UNISEL ditutup? Sama nasibnya seperti IKYS? Atas alasan tidak menguntungkan.

Anak2 pemimpin PR pun hantar anak2 belajar overseas.

UNISEL kena harapkan anak2 penyokong PR dari Selangor,Kedah, Penang dan Kelantan. Tapi apa nak buat disebabkan bapa2 sibuk berpolitik, tak sempat memikirkan soal pendidikan anak2. Penyokong2 PR pun nak anak2 mereka masuk universti2 awam Kerajaan. Biar Kerajaan uruskan anak2 mereka. Maklumlah mereka sibuk nak berpolitik mengutuk Kerajaan.

wasabi berkata...

Salam..

Tindakan tegas IPTS tipu pelajar

Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang dikesan memperdaya pelajar dengan menawarkan pengajian diploma dan ijazah tidak diiktiraf kerajaan akan dipastikan tidak terlepas tindakan undang-undang.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chung berkata, pihaknya memandang serius kesalahan yang dilakukan IPTS itu dan akan bertindak tegas dalam menanganinya.

Menurutnya, dalam tempoh enam bulan pertama ini, 45 IPTS diambil tindakan kerana melanggar beberapa syarat termasuk 32 IPTS yang dibatalkan permit.

Tambah beliau, dalam tempoh sama, kementerian mengeluarkan kompaun kepada 20 IPTS membabitkan empat kesalahan utama dengan 12 kompaun dikeluarkan kepada IPTS yang mengendalikan kursus tamat pendaftaran.

"Empat lagi kompaun kerana mengajar tanpa permit yang sah manakala masing-masing dua kerana kesalahan mengoperasikan premis tanpa berdaftar dan berpindah premis tanpa kelulusan.

"Kementerian akan sentiasa bertegas dan tidak akan berkompromi atau bertolak ansur dengan mana-mana pihak dalam menangani isu ini," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Muka depan Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan khas bertajuk 'IPTS tipu kursus, pelajar putih mata' yang membongkar taktik licik beberapa IPTS memperdaya pelajar dengan menawarkan pengajian diploma dan ijazah yang kononnya telah mendapat akreditasi semata-mata untuk mengaut keuntungan mengikut jalan kotor.

Akhirnya, pelajar menjadi mangsa dan 'tersangkut' kerana tidak dapat mencari pekerjaan atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi gara-gara menerima ijazah atau diploma yang tidak diiktiraf.

Kok Chung berkata, penipuan IPTS itu bukan saja menjejaskan kualiti serta etika pendidikan negara malah memberi kesan negatif dalam mencapai hasrat kerajaan menjadikan Malaysia hab pendidikan serantau.

Tambah beliau, sehingga Jun tahun ini, pihaknya menerima 251 aduan berhubung isu tersebut dan kesemua aduan itu sedang disiasat.

Mengulas lanjut, Kok Chung berkata, beliau sendiri sedia 'turun padang' menyiasat isu yang didedahkan oleh Utusan Malaysia itu.

"Berhubung laporan Utusan Malaysia hari ini, saya sendiri sedia turun padang untuk menyiasat kerana saya di kementerian sendiri ingin tahu IPTS yang main taktik kotor itu," katanya.

Tiga institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) telah didakwa di mahkamah sehingga bulan ini manakala 13 lagi didenda ekoran melewatkan permohonan akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Profesor Datuk Radin Umar Radin Sohadi (gambar) berkata, antara tindakan tegas yang dikenakan dalam ‘Operasi Kursus Matang Tidak Dapat Akreditasi’ itu adalah menarik balik permit dan juga saman di bawah Akta IPTS 1996 (Akta 555).

“Kementerian Pengajian Tinggi telah melakukan siasatan dan mengenal pasti beberapa IPTS yang terlibat dalam penipuan tersebut.

“Pihak pengurusan kolej yang sengaja melewatkan permohonan akreditasi penuh walaupun kursus sudah matang akan didakwa di mahkamah beserta denda RM10,000 bagi setiap satu kursus,” katanya.

Beliau mengulas laporan khas Utusan Malaysia hari ini yang mendedahkan mengenai banyak IPTS di negara ini yang memperdaya pelajar dengan tawaran kursus yang tidak mendapat akreditasi daripada MQA.

Laporan khas itu menyatakan, sikap IPTS yang mementingkan keuntungan semata-mata telah menyebabkan ribuan pelajar mereka gagal mendapat kerja kerana sijil, diploma atau ijazah yang diperoleh tidak laku di pasaran pekerjaan.

Menurut Radin Umar, pihaknya memandang serius perkara itu berikutan kementerian menyasarkan 50 peratus rakyat Malaysia berumur 17 hingga 23 tahun tergolong dalam warga berpendidikan tinggi menjelang 2020.

Jelasnya, sasaran itu sejajar dengan usaha membangunkan modal insan kelas pertama ke arah mencapai status negara maju.

“Untuk mencapai sasaran tersebut, kita memerlukan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS yang bagus dan bermutu dari setiap segi,” katanya.

Menurut Radin Umar, statistik menunjukkan 39 peratus belia kini tergolong dalam kumpulan berpendidikan tinggi.