Air merupakan sumber semula jadi dan nadi hidup kepada hidupan di mukabumi ini. Sedihnya, pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan menghadapi catuan air sekiranya kerajaan Selangor tidak memberi kerjasama dalam pembinaan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) ataupun Langat 2 ini.
Rakyat Selangor akan menjadi mangsa apabila krisis bekalan air berlaku di negeri ini jika kerajaan negeri masih terus berdegil enggan menerima pelan Projek loji rawatan air Projek Langat 2. Catuan air tidak hanya membawa masalah kepada pengguna, bahkan kepada sektor industri juga.
Keperluan air di Selangor akan mencapai 4,326 juta liter sehari pada akhir tahun ini tetapi mungkin mencecah 4,625 juta liter sehari berdasarkan pembangunan pesat di Selangor. Selangor akan menghadapi kekurangan air sebanyak 299 juta liter sehari bermula pada tahun 2012.
Adakah kerana kerajaan negeri gagal menguasai SYABAS maka Projek PPAMPS dijadikan mangsa dendam Khalid? Atau adakah Projek PPAMPS bakal dijadikan sebagai “ umpan “ mengugut supaya Khalid dapat mengambil alih SYABAS. Atau jika Khalid gagal mendapatkan SYABAS dan tidak mahu meluluskan Projek PPAMPS, maka lombong pasir yang begitu banyak digali tanpa dikawal di Selangor sekarang bakal dijadikan kolam takungan untuk menyalur air ke seluruh Selangor! Jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar.
Mungkin Khalid sudah berkira dari sekarang yang kolam-kolam lombong yang ada di sekitar Selangor akan penuh dalam 2 atau 3 tahun lagi. Mungkin disebabkan kemewahan Khalid membuatkan beliau tidak merasa keperitan semasa krisis air di Selangor tidak lama dahulu!
Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid berkata, kepayahan rakyat ketika negara mengalami krisis air sebelum ini seharusnya dijadikan iktibar agar ia tidak berulang.
"Pelaksanaan PPAMPS tidak boleh ditangguhkan sehingga 2019 dan pelan tersebut seharusnya dimulakan segera bagi mengelak berlakunya krisis air. Pembinaan infrastruktur bekalan air mengambil masa yang panjang dan pelaburan yang tinggi bagi memastikan bekalan air mencukupi pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi di sini .
Beliau mengulas cadangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya ditubuhkan suruhanjaya bagi mengkaji semula keperluan sebenar air bersih bagi Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Menurut Khalid, Selangor tidak perlu terlalu bergantung kepada PPAMPS kerana berdasarkan kajian pakar menunjukkan sumber air di negeri itu mencukupi sehingga 2019.
Menurut Ku Halim, pengurusan secara bersepadu perlu dirancang dari sekarang bagi memastikan permintaan bekalan air yang semakin meningkat dapat dipenuhi. "Sebagai contoh, kita perlu melihat bagaimana negara maju menguruskan sumber air. "Selain itu, proses merawat air minuman serta kegunaan harian dan industri juga perlu diasingkan agar kualiti air dapat ditingkatkan," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Nazarudin Zainun berkata, sumber air perlu diuruskan dengan bijak bagi mengelakkan krisis air berlaku. "Tumpuan harus diberikan bagi menguruskan sumber air dengan baik selain penambahan peruntukan untuk memastikan permintaan air yang sentiasa meningkat dapat dipenuhi.
"Selain itu, penggunaan air yang dikitar semula terutamanya untuk kegunaan industri juga antara langkah yang wajar difikirkan dalam menangani krisis air pada masa hadapan," ujarnya.
Untuk makluman Projek PPAMPS sedang rancak dalam pembinaan sekarang. Kerja-kerja yang dijalankan sudah boleh dikatakan sudah lebih 40%. Terowong dari Pahang ke Selangor sudah pun ditebuk. Semua dilakukan mengikut jadual dan jika kerajaan Selangor masih berdegil tidak mahu meluluskan projek tersebut, maka akan tergendala lah projek itu nanti.
Projek ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan untuk kemudahan rakyat. Loji Rawatan Air Projek Langat 2, yang bernilai RM8.65 bilion, telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menampung keperluan air bersih di tiga tempat ini sehingga tahun 2025.
Tetapi mengapa kerajaan negeri tidak mahu memberi kerjasama! Jika diberhentikan separuh jalan, siapakah yang bakal menanggung kerugian sebanyak lebih RM 8 billion ini. Janganlah nanti sudah terantuk baru nak tergadah. Ketika itu tiada rotan, akar pun berguna.
Suara Politik
Taminsari
5 ulasan:
Terlalu melampaulah kalau agenda politik yang sempit itu sehingga menjejaskan perancangan untuk menjaga keperluan rakyat jelata.
Salam... sebagai rakyat negeri Selangor yang lahir di Selangor dan menetap di Selangor, aku merasakan pemimpin2 UMNO-BN yang terlalu rakus merosakkan eko-sistem bumi Malaysia dengan cubaan untuk memotong banjaran titiwangsa yang merupakan pasak bumi.. sudahlah masa zaman Mahathir banyak bukit ditarah.. Selangor kaya dengan sungai. Lebih baik dibersihkan dengan kos yang jauh lebih kurang dari RM 2 bilion yang dicanang oleh pihak kerajaan persekutuan. Jangan dilihat di negeri Selangor sahaja. Apa dah jadi dengan air di Johor, Negeri Sembilan dan Pahang sendiri.
Fikir-fikirkanlah wahai sahabat-sahabat yang terpedaya dengan mainan politik sempit kerajaan persekutuan. Jika tiada agenda tersembunyi, kenapa TAKBIR URUS AIR DI SELANGOR TIDAK DISERAHKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR SENDIRI???
Jika ada masalah, barulah kecam... Selangor nak uruskan air sendiri tak bagi.. Gaji Pengerusi SYABAS RM425K sebulan takde siapa pula nak bersuara.
BAGILAH RAKYAT SELANGOR YANG MENENTUKAN NASIB AIR DI SELANGOR.. JANGAN SEMPITKAN PERMIKIRAN DENGAN POLITIK KAMPUNG UMNO-BN..
Banyakkan berdoa dengan Allah SWT semoga diberikan taufik dan hidayah kepada mereka yang menabur fitnah ini...
Projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) akan menemui jalan buntu sekiranya kerajaan negeri Selangor masih enggan memberi persetujuan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Beliau berkata, keengganan kerajaan negeri Selangor akan mengakibatkan penduduk bakal berdepan dengan masalah kekurangan bekalan air yang serius.
"Kita minta kerajaan negeri Selangor supaya bersetuju dan memberi kebenaran kerana kerajaan negeri Pahang telah memulakan projek pembinaan terowong untuk proses pemindahan air dari negeri itu ke Selangor.
"Jika pembinaan itu boleh dimulakan sekarang, loji itu boleh siap menjelang 2014 dan proses pemindahan air boleh dilaksanakan dengan lancar," katanya di Putrajaya, hari ini.
Mengulas status terkini Langat 2 yang masih gagal mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri Selangor.
Projek yang menelan belanja RM8.65 bilion tersebut telah mendapat persetujuan kerajaan negeri Selangor sewaktu ditadbir oleh Barisan Nasional (BN), namun proses pembangunan seterusnya terbantut selepas kerajaan negeri itu ditadbir oleh pakatan pembangkang.
Menurut Peter Chin, Langat 2 adalah untuk menampung keperluan air bersih di tiga kawasan iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga tahun 2025.
Katanya, langkah alternatif untuk menampung bekalan air di tiga kawasan berkenaan selain menerusi projek Langat 2, akan membabitkan kos yang sangat tinggi.
"Ia bukan sesuatu yang mustahil (untuk guna alternatif lain) tapi ia akan membabitkan kos yang sangat tinggi. Kita perlu guna logik untuk tangani hal ini," katanya.
Mengulas penggunaan sumber air semula jadi seperti yang dihasratkan oleh kerajaan negeri Selangor, beliau berkata, sumber semula jadi seharusnya tidak diganggu kerana ia boleh digunakan ketika kecemasan.
"Saya tahu ada tasik, ada sungai dan sumber bawah tanah di Selangor untuk menampung permintaan pengguna, tetapi nanti kalau kita berdepan dengan kemarau yang luar biasa atau kecemasan, kita boleh gunakannya," katanya.
Peter Chin berkata, bekalan air yang sentiasa berterusan adalah sangat penting berikutan bahan tersebut digunakan setiap hari dalam pelbagai urusan, termasuk perindustrian yang akan menjana pertumbuhan ekonomi.
"Kita tak boleh hanya bergantung kepada sumber semula jadi kerana jika berlaku kecemasan, kita tidak mungkin akan berjaya mengatasinya.
"Oleh itu langkah bijak adalah dengan membenarkan projek Langat 2 dimulakan agar isu bekalan air tidak akan menjadi masalah semua pihak.
"Apabila air dari Pahang sampai ke Selangor pada tahun 2014, ia harus dirawat untuk kegunaan penduduk.
"Projek ini tidak membabitkan sebarang agenda politik kerana ia adalah keperluan untuk rakyat," katanya sekali gus menafikan dakwaan bahawa Langat 2 adalah usaha kerajaan persekutuan untuk memancing undi daripada rakyat negeri Selangor.

Catat Ulasan