Isnin, Mei 17, 2010

Tahniah PAS : Sanggup jadi ‘ balaci ‘ untuk tegakkan ISLAM bersama DAP!

PRK Sibu kali ini menjadi bukti apabila PAS sendiri telah mem"balaci"kan dirinya kepada DAP. Dengan sedikit dana dan tiket kapal terbang, PAS telah menerbangkan beberapa peraih undinya untuk "beraksi" di Sibu. Antaranya Khalid Samad, Dr.Mariah, Mat Sabu dan lain-lain lagi. Dilihat mereka galak berkempen untuk DAP dan itulah sebenarnya agenda mereka. Maka tidak hairanlah apabila kita dapat melihat bendera " bulan " berselang-seli dengan bendera " roket " dari hari penamaan calon sehinggalah hari pembuangan undi. Hati penyokong PAS, hanya Allah swt sahaja yang tahu! Terpaksa menyokong DAP walaupun jiwa mereka sebenarnya memberontak!

Adakah dunia sudah terbalik bagi PAS! Atau adakah perkara yang dilakukan oleh PAS ini boleh dikatakan perkara pelik tapi benar! Apakah mungkin PAS menyokong 100% kehendak DAP yang melaungkan konsep " Malaysian Malaysia "? Apakah mungkin PAS sudah berfikir beratus-ratus kali untuk mengorbankan laungan mereka selama ini untuk mendaulatkan Islam di Malaysia? " Mimpi " menubuhkan negara Islam yang PAS laungkan dahulu telah pun dilaksanakan oleh UMNO dengan mendahului PAS mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam. Nampaknya, UMNO telah berjaya melangkah " over Karpal Singh's (DAP) body " dalam hal ini.

Adakah PAS sudah terdesak sangat untuk menunjukkan kesetiaan mereka pada DAP sehingga sanggup ‘ melacurkan ‘ ugama! Apakah PAS terpaksa " menyokong 100% " seteru politik utama mereka pada suatu ketika dahulu. Walaupun kini mereka bergelar " rakan sepakatan ", ternyata dasar antara PAS dan DAP sangat berbeza dan bercanggah antara satu sama lain. Bezanya bagaikan " air dengan minyak ". Itu hakikatnya, walaupun dinafikan oleh kedua-dua pucuk pimpinan masing-masing tetapi semua orang sudah tahu akan cerita yang sebenarnya.

Kita lihat pakatan antara PAS dan DAP hanya sekadar mempunyai satu persamaan iaitu untuk " menjatuhkan kerajaan BN ", khususnya UMNO. Tiada " tujuan " lain dalam " ikatan PAS dan DAP ". Semua ini amat jelas dan rakyat sangat maklum tentang perkara ini.

Fakta itulah yang amat dikesali oleh penyokong-penyokong PAS di seluruh Malaysia. Kerana " satu matlamat " itulah maka PAS bersedia " menghalalkan apa jua cara " dalam percaturan politik mereka. Hatta jika terpaksa bersaudara dengan " DAP " pun mereka sanggup " telan ", demi kuasa politik yang " belum pasti milik mereka ". Jika disoal mengenai perkara ini, maka tidak segan silu pemimpin mereka menjawab " inilah yang dikatakan siasah Islam "! Islam bagaimana jika perjuangan itu merugikan umat Islam sendiri? Islam bagaimana jika perjuangan itu men"jumud"kan pemikiran umat Islam itu sendiri? Islam apa yang cuba PAS perjelaskan jika terpaksa menjadi " kuda " kepada kafir harbi iaitu DAP?

Semasa berkempen Timbalan Mursidul Am PAS, Dato’ Haron Din telah melarang keras parti politik khasnya DAP dari menggunakan kalimah ALLAH untuk tujuan politik, tetapi Tok Guru Nik Aziz pula menghalalkan DAP menggunakannya! Malah Tok Guru Nik Aziz menyanggah pula pandangan Dato’ Haron Din kononnya itu merupakan pendapat peribadi dia, tapi saya ( Nik Aziz) benarkan. Politik menghalalkan cara! Ugama di pergunakan untuk kepentingan politik! MasyaAllah..

Kalau dilihat ceramah DAP penuh dengan ugutan berbau perkauman. Dalam siri ceramah DAP segala jenis hasutan telah mereka keluarkan malah ada seorang penceramah mereka dengan bangganya mengatakan, negara ini dari zaman nenek moyang kita (cina) lebih dulu telah berada di Malaysia. Malaysia bukan milik melayu!. Nampak tak bertapa teruknya DAP memainkan sentimen perkauman, segala fakta dan sejarah tentang kedatangan kaum Cina telah mereka buang ke longkang, hasutan dan fitnah sahaja yang mereka angkat dan jual sebagai fakta dan penceramah cuba meniup sentimen perkauman dikalangan pengunjung yang datang supaya membenci kaum melayu. Adakah penyokong-penyokong PAS bertakbir ketika itu bagi menyahut seruan DAP itu! Apakah penyokong-penyokong PAS terlalu dunggu untuk menerima apa sahaja yang dikatakan oleh DAP tanpa dapat mempersolakannya walaupun kepala mereka sendiri sudah dipijak-pijak oleh DAP!

Pas sanggup menghabiskan duit infaq yang berikan oleh penyokongnya untuk kegunaan DAP, tak cukup dengan itu mereka sanggup meminta lagi sedekah dari penyokong mereka di semenanjung supaya meninfaqkan duit mereka untuk membantu DAP menang dalam pilihanraya di Sibu. Duit infaq yang di berikan oleh penyokong mereka di gunakan untuk membantu DAP dan bukan di gunakan untuk perjuangan islam. Kita kena ingat, bukan semua ahli PAS yang bersetuju dengan kerjasama PAS dan DAP itu, apa agaknya perasaan mereka bila mereka dapat tahu yang PAS menghabiskan duit sumbangan mereka untuk membantu kafir harbi DAP?

Kita lihat pula apa yang berlaku di negeri Perak sebelum ini. Lihat saja bekas kerajaan Pakatan Rakyat Perak apabila PAS menjadi MB dan diperkudakan oleh DAP? Bagaimana Nizar boleh menderhaka kepada DYMM Sultan Perak dan menjadi " boneka " kepada Ngeh dan Nga? Lihat saja bagaimana Nizar hilang rasa hormatnya pada Ketua Agama Islam di Perak dan tidak hairanlah jika dia menghina mufti Perak yang ternyata lebih berilmu agama dari dirinya.

Berbeza dengan BN yang sejak dahulu menghormati perkongsian kuasa di antara parti komponen, BN tetap konsisten dengan peranannya. Selain mematikan hujah Pakatan Rakyat ( masih lagi Pakatan Haram? ), BN bertindak mengupas isu yang cuba dimanipulasi oleh pihak PR dalam setiap kali pilihanraya.

BN menyedarkan semua rakyat betapa Pakatan Rakyat itu suka berbohong dan menabur fitnah jahat. Tiada niat sekelumit pun dari Pakatan Rakyat untuk membela nasib rakyat, malah perjuangan sebenar mereka hanyalah tidak lebih untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri dan menipu rakyat dengan janji-janji yang bakal dimungkiri. Begitulah resam " sesumpah ". Hakikatnya PAS menjadi " balaci " lagi kali ini. PKR menjadi " tukang sorak " manakala DAP menjadi " raja ".

Suara Politik
Taminsari

8 ulasan:

Unknown berkata...

Itu lah politik nama nya, perkara jatuh menjatuh kan satu sama lain itu perkara yang mesti dilakukan.

Dalam UMNO itu sendiri pun berlaku juga perkara jatuh menjatuhkan antara satu sama lain.

Dalam hal semua pertandingan atau perlawanan, kita tidak boleh salahkan pehak lawan kerana kekalahan kita. Salahkan diri sendiri - cari kelemahan diri, perbaiki kelemahan diri. Kuatkan pertahan diri.

Bukan nya mengutuk dan menghina pehak lawan.

drafunt berkata...

Tak perlulah nak cakap orang tu balaci ke ape ke. Sekurang-kurangnya bukan mereka yang jadi ketua gerombolan yang memalukan Islam. Sebab aku rasa orang Islam tahu judi tu haram tapi orang umno takpa judi sebab nak bantu ekonomi......tu balaci siapa agaknya?

wasabi berkata...

Salam Bro. Belantan..

Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad S.A.W bersabda (maksudnya) : Tiga perkara, sesiapa yang ketiga-tiganya itu ada padanya, nescaya ia seorang munafik meskipun ia berpuasa, mengerjakan solat dan menduga bahawa dirinya orang Muslim, iaitu apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia ingkar dan apabila dipercayai dia khianat.

Jika dilihat ayat al-Quran dan hadis ini dan dipadankan dengan beberapa janji yang dibuat oleh parti pembangkang terhadap masyarakat, ternyata manusia munafik ini terlalu berkuasa dan rakus demi kepentingan politik mereka.

Dalam manifesto Pas bertajuk Program Pas Negeri Kelantan 1990 butiran 3.3 ( c ) , Nik Aziz berikrar mewujudkan sebuah badan bebas yang dinamakan Badan Hisbah bagi mengawasi pentadbiran kerajaan jika Pas menang dalam pilihan raya umum di Kelantan.

Sehingga kini badan yang bernama Hisbah itu hanya tinggal janji. Yang dipakai hanya Badan Pencegah Rasuah (BPR). Badan itu dibentuk oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Barisan Nasional (BN). Sekarang ini pula di tukar kepada SPRM.

Pas juga berjanji beberapa enakmen akan dipinda ke arah lebih kepada kehendak Islam secara menyeluruh. Pas berjanji, “demi keadilan semua golongan, pindaan perlembagaan juga akan dilakukan bagi membolehkan pelantikan beberapa orang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) (dilantik) untuk mewakili kumpulan tertentu.”

Pas sudah memerintah Kelantan lebih 18 tahun. Sehingga ini, belum ada satu pun janjinya mengenai pindaan enakmen itu dibuatnya. Begitu juga janjinya untuk melantik beberapa Adun. Sudah beberapa kali menang pilihan raya, mana Adun yang dijanjikan itu? Adakah janji itu nak bawa ke dalam manifesto baru pula?

Pas kutuk kerajaan BN kerana membenarkan pelbagai kegiatan dan perniagaan yang tidak dibenarkan Islam. Sewaktu kempen pilihan raya umum 1990, Pas berjanji untuk mengharamkan semua kegiatan judi dan arak. Pada 19 November 1992 kata Nik Aziz “kita mengharamkan sama sekali penjualan judi. Sementara bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam menikmatinya.

Pendapat Nik Aziz pada 26 November 1994 lebih menarik lagi. Katanya, “Pendapatan hasil cukai daripada arak dan lesen anjing boleh diguna pakai untuk muslimat umum. Sebab itu, Kelantan menggunakan hasil cukai arak lesen anjing dan sebagainya (tentulah termasuk sama babi) bagi menampung kos membuat jalan dan projek pembangunan lain. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila boleh minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana?”

DULU : “Pas hukum bahawa orang Islam menjadi kafir kerana berikat dengan orang kafir memerintah negara Oleh itu, orang UMNO adalah kafir kerana bekerjasama dengan orang MCA dan MIC. “Pas sedia bekerjasama dengan UMNO tapi dengan cara lain. Suruh UMNO tukar, terima Islam sebagai Aad-din. Syarat kita (untuk kerjasama ialah terima) Islam.” (Kenyataan kepada pemberita di Kota Bharu, Kelantan – 4 Oktober 1996)

KINI : “Pas terima DAP dengan mudah walaupun parti itu terang-terang bukan-Islam. Kerana perlukan bantuan DAP dalam usaha memenangi pilihan raya, Pas sanggup menggugurkan slogan bagi menubuhkan negara Islam. “Saya bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan Pas asalkan tidak mendirikan negara Islam.” (Kenyataan dalam Utusan Malaysia – 12 Mei 1999)

Pas meletakkan bermacam-macam syarat untuk bekerjasama dengan UMNO. Sebaliknya DAP yang letak syarat kepada Pas untuk gugurkan hasratnya menubuhkan negara Islam pun Pas boleh terima. Kenapa Pas berani dengan UMNO tapi penakut dengan DAP?

Jadi di sini siapakah yang sebenarnya anti-Islam, pengkhianat bangsa, dalang yang bakal menghancurkan negara? Tak perlu toleh ke mana kerana jawapannya sudah jelas. Hanya mereka yang buta hati dan dangkal pemikiran sahaja yang tidak akan mahu mengakuinya.

Salam perjuangan...

Unknown berkata...

”Harap Umno dan BN sedar, tidak semua manusia boleh dibeli. Taburlah berlian dari langit sekalipun, prinsip bukan barang dagangan, kami di Kelantan sudah lama kenal perangai Umno,” kata Mursyidul Am PAS di sini.

||Aku Pemikir|| berkata...

Salam perkenalan,

menarik cara penulisan tuan,

keras tapi bahasa2 masih dijaga..

mohon linknya untuk masuk ke blog saya dan mohon masukkan link saya ke link tuan..

http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com/

khairul hafidz
YDP Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) Pusat,
Bandung, Indonesia

wasabi berkata...

Salam sekali lagi..Info yang saya dapat dari Sarawak..!

Malam tadi Hadi Awang berceramah di sebuah restoran yang pro DAP. Lampu bergemerlapan dan tetamu yang hadir pun ramai, hingga penuh dan sesak jalan. Tak terkira jumlah pendengar ceramah Hadi Awang dan akhir sekali hidangan sebanyak 20 pinggan pun dikeluarkan untuk menjamu tetamu.

Soal makanan dan jumlah kehadiran tidak menjadi soal, yang pentingnya ialah fatwa Hadi Awang yang menyeru supaya orang Islam mengundi calon DAP . Tambahnya lagi undi DAP membuatkan kita tidak dijilat api neraka. Wah patutlah ramai wanita PAS Selangor turun ke Sibu untuk mencari syafaat Hadi Awang.

Semalam sudah ramai penyokong Pas telah balik ke semenanjung kerana gagal dalam misi mereka untuk menawan hati penduduk tempatan. Hari ini ramai dari mereka berderet dan berserandih berjalan kaki dari Kampung Hilir menuju ke Bandar Sibu untuk membeli belah sebagai buah tangan untuk di bawa balik ke semenanjung.

Wallahuallam....

paktam berkata...

Pelik tapi benar.
1. MAIS tangkap dan dakwa DR. Asri.
2. Semasa di tangkap terdapat orang kuat PKR sebagai pengikut Dr. Asri.
3. Dr. Hasan Ali Exco Selangor hal ehwal agama,bos MAIS.
4. Dr. Asri kini sokong Nik Aziz.
5. Tun Dr. Mahathir lancar buku Dr. Asri.
5. Kesimpulan: Dari premis-premis di atas ada yang tak kena!!!

Abu Faiq berkata...

Aslkum sdra2 Muslim semua,

1 Apabila Dap menang, Umno caci Pas balaci kafir. Kalaulah Supp yg menang, tentu Pas pula kutuk Umno balaci kafir. Pkr tentulah ikut semangkuk.

2 Tolak non-Muslim dari Sabah, siapa batang tubuh Umno? Siapa penjunjung Pas? Siapa kuasai/ kepalai Pkr? Kemudian, buat analisis mudah: siapa yg sebenar-benarnya telah & mahu Anda [Umno, Pas, Pkr] menangkan? Siapa pula yg sesungguhnya tertewas?

3 Kalau mahu teguh jujur kpd ikrar Anda - wanusuki wa mahyaa ya wa mamaati lillahi rabbil 'alaamin - sila lihat ke dalam cermin lslam, kerana hanya itu tolok ukur [standard] bagi setiap perbuatan sseorang Muslim, lalu nilaikan apakah semua perilaku ini menepati ajaram lslam, mencakupi politik.

4 Atau, apakah Anda buang agama [lslam] ketika berpolitik, supaya Anda dgn sesuka-sukanya saja dapat mengoyak-nyoyak & mencerai-berai ukhuwah lslamiyyah sesuai dgn jalan politik Anda? Bukankah itu Sekularisme? Orang tidak dapat terima jika cap najis lagi kufur itu dikenakan padanya. Tapi, dlm sistem politik yg tidak lslami yg ada sekarang, dia sendiri yang melekatkan cap itu pada dahi2 masing2.

3 Jika demikian keadaannya, politik apakah ini? lni bukan politik lslam. Dlm politik lslam, yg menang bertanggungjawab kpd Allah di atas landasan syariat- Nya, lalu yg lain taat patuh dan menyokong, kerana politik lslam hanya demi menegakkan syariah.

4 Dlm sistem politik yg memang sengaja diacu oleh penjajah utk memerangkap umat Muslim masuk ke dalam jerat politik sekular ini - bukan politik di atas minjahin nubuwwah [jalan kenabian] - menangkah Najib? Menangkah Nik Aziz? Menangkah Anwar? Bahkan semua mereka - termasuk para pendukung mereka - itulah yg tewas belaka sesungguh-sungguhnya. Sedangkan yg telah mereka menangkan itulah yg tidak ada apa2 kaitan & ikatan syahadah pun dgn mereka; yg boleh hidup di atas apa saja sistem & hukum.

3 Lalu, apabila entah siapa2 dari Dap memang, tak pasal2 sesama Muslim drp Pas, Umno, Pkr gah & bersemarak cerca-mencerca, kutuk-mengutuk; seolah-olah lslam & Muhammad SAW yg sama2 mereka akui beriman [??] dengannya tidak pernah mengajar mereka bahawa perpecahan dan permusuhan sesama Muslim hukumnya HARAM, walau atas alasan apa pun; apalagi atas politik - yg sejati & sewajarnya diperjuangkan demi memperteguh ukhuwah lslamiayh dan melestarikan mashlahat ummah.

4 Politik selukar bukan politik lslam. Ia terpesong jauh dari jalan politknya Rasulullah SAW. Ada alterlatif demi membanteras amalan politik selular yg buruk dan busuk ini - Daulah Khilafah
- sistem politik & bernegara yg menegakkan syariah - sistem yg pasti mampu mempersatukan dan memuliakan umat Muhammad SAW ke persada kehormatannya di mata manusia, apatah lagi di depan Rabb mereka Allah SWT yg memerintahkan agar ia ditegakkan utk membawa rakmat ke seluruh penjuru alam..

Marilah, wahai sdra2 Muslim semua, kita cari jalan itu, ikatkan diri kpdnya lalu sama2 perjuangkan penegakannya demi membebaskan diri dari politik sekular warisan penjajah yg hanya memecah-belahkan kita spt sekarang ini.

Wallahu a'lam.